Khamis, 30 Jun 2011

KUASA MANUSIA BIASA AJE...APALAH KUATNYA....KUASA ALLAH TIADA TANDINGAN....HANTAR GEMPA...HANTAR PUTING BELIUNG....MASA ITU SEMUANYA TERGAMAM..

“Jangan mengukur kebijaksanan seseorang hanya kerana kepandaianya berkata2 tetapi juga perlu di nilai buah fikirannya serta tingkah lakunya.....

SPR: Ambiga diperalat, BERSIH kian kusut
Salhan K Ahmad
Jun 30, 11
1:03pm

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa Datuk S Ambiga telah diperalat oleh pemimpin politik dalam BERSIH 2.0 kerana ingin meneruskan perhimpunan pada 9 Julai.

NONEKatanya, ruang untuk mengadakan perbincangan masih terbuka tetapi pengerusi BERSIH 2.0 itu tetap ingin mengadakan perhimpunan bersama pemimpin Pakatan Rakyat.

"Saya rasa Datuk Ambiga dah terikat benar, dia dah tak boleh tarik diri lagi, dia dah diperalatkan.

"BERSIH sekarang bukan BERSIH yang saya kenal dulu. BERSIH sekarang sudah berubah, dah jadi begitu kusut, saya rasa dah tak bersih lagi.

"Kalau perhimpunan NGO dicampur aduk dengan politik - bukan lagi demo BERSIH, ia sudah jadi demo politik," katanya lagi dalam satu program dialog berhubung lapan tuntutan yang dikemukakan BERSIH di Kuala Lumpur hari ini.

Wan Ahmad juga berkata, perhimpunan kali ini, seperti juga perhimpunan pada November 2007, dirancang bagi membolehkan Pakatan Rakyat memperolehi keputusan seperti dalam pilihan raya Mac 2008.

azlan"Kerajaan diramal akan bubar parlimen dan pilihan raya mengejut mungkin diadakan, jadi sejarah dah nak berulang.

"Sekarang dengan penyokong yang lebih kuat mungkin (Pakatan) dapat tawan Putrajaya," katanya lagi.

Tambahnya, polis tidak memberi kebenaran berhimpun memandangkan setiap parti politik ini masing-masing telah bersedia untuk membawa puluhan ribu penyokong pada 9 Julai.

Wan Ahmad juga berkata, BERSIH sebelum ini ingin mengadakan pertemuan tetapi pada masa itu SPR sibuk kerana perlu membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.

Tambahnya, tuntutan yang dikemukakan BERSIH juga tidak semestinya dapat diselesaikan sebelum pilihan raya Sarawak.

Katanya lagi, SPR mungkin berpeluang untuk meminda peraturan tertentu sebelum pilihan raya umum ke-13 dijalankan.

  • Mohd Razif Bin Sohimi · Pengulas Tertinggi · Bekerja di PPG Industries
    bercakap mcm ketua umno kawasan... datuk..cuba datuk baca 8 tuntutan yg diminta oleh Bersih... kami xminta bnyk..minta lapan tuntutan... xboleh ke SPR wat kajian dulu pada tuntutan ini... bukan susah pun datuk..yg susahnyer.. bila spr nie menjadi alat kepda kerajaan untk kepentingan mereka... so datuk..sila bebas kan pemikiran datuk...SPR kena bebas..FREEDOM...

SPR kata tak boleh paksa media buat liputan
Andrew Ong
Jun 30, 11
6:52pm

Suruhanjaya Pilihan Raya hanya boleh menasihati pihak media supaya memberi akses yang adil kepada parti politik yang bertanding tetapi tidak boleh memaksa mereka supaya berbuat demikian.

Timbalan pengerusi suruhanjaya itu, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, suruhanjaya itu juga telah menghubungi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan bagi perkara yang melibatkan RTM.

Namun kementerian itu berpandangan bahawa RTM hanya perlu menjadi saluran untuk menguar-uarkan dasar kerajaan, katanya.

"Siapa saja yang menjadi kerajaan, saya pasti, mereka akan buat perkara sama juga," kata Wan Ahmad kepada wartawan selepas menyertai satu program dialog berhubung tuntutan oleh BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini.

Ketika ditanya, Wan Ahmad berkata Malaysia juga tidak boleh dibandingkan dengan negara lain dalam isu berhubung liputan media yang adil ke atas pilihan raya, termasuk media yang dimiliki kerajaan.

Pemberita: Ianya tidak sama di negara lain, Datuk.

Wan Ahmad: Jangan bandingkan dengan negara lain.

Pemberita: Kenapa tidak?

Wan Ahmad: Jika anda bandingkan dengan negara lain, susahlah.

Pemberita: Singapura juga benarkan pembangkang...

Wan Ahmad: Tetapi...

Pemberita: ... Thailand, Indonesia, dan Filipina...

Wan Ahmad: Tidak... Biar saya kata...

Pemberita: Mereka dianggap sebagai negara yang lebih ke belakang, tapi mereka lebih terbuka dalam perkara ini.

Wan Ahmad: Kita sedang berbincang dengan kerajaan. Inilah yang SPR boleh buat. Kita berbincang dengan kerajaan tentang kebimbangan NGO dan masyarakat sivil berhubung perkara ini.



Timbalan speaker: Tiada salah MP berpakaian kuning
Hazlan Zakaria
Jun 30, 11
5:16pm
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar, hari ini memutuskan tidak ada salah bagi ahli parlimen pembangkang untuk berpakian kuning ke parlimen. parliament house leak leakage 050508 wan junaidi"Apa-apa keputusan yang dibuat oleh menteri, Kementerian Dalam Negeri atau polis tidak mengikat Dewan Rakyat. Jika kita benarkan, kita akan juga akan terikat dengan mana-mana sekatan oleh keputusan yang lain,” katanya. Atas hujah itu, Wan Junaidi berkata tidak ada sekatan berpakaian akan dikenakan kepada ahli parlimen asalkan mereka tidak melanggar kod pakaian mengikut peraturan tetap dewan. Beliau mengulas perkara itu yang dibawa oleh Datuk Tajuddin Abdul Rahman (bawah) (BN-Pasir Salak) yang dibangkitkan pada perbahasan rang undang-undang gaji minumum dan meminta penjelasan. "Saya lihat semua MP pembangkang berpakaian kuning hari ini. Adakah mereka menyokong perhimpunan haram?” soalnya. NONEBeberapa ahli parlimen Pakatan kemudiannya dengan segera bangkit dan mempertahankan pilihan cara berpakaian mereka. Bertindak bagi mengelakkan keadaan yang tidak terkawal, timbalan speaker menolak perkara itu dan berkata dewan adalah bebas daripada peraturan luar. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak polis bukan sahaja mengisytiharkan perhimpunan 9 Julai itu adalah haram tetapi juga melarang penggunaan baju kuning dan apa-apa yang mempunyai logo BERSIH.

PM: Umno pun mampu kerah 3 juta ahlinya...
Jun 30, 11 3:41pm

Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Umno, jika ia mahu, mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan. Bagaimanapun, kata perdana menteri, parti itu tidak akan berbuat demikian kerana ia bukannya cara yang bertanggungjawab dalam mencari penyelesaian. "Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," katanya.

Perdana menteri menegaskan demikian semasa berucap kepada hadirin yang menyambut kunjungan beliau di pekan pesisir pantai ini, kira-kira 150km ke selatan Kota Kinabalu hari ini. Najib berkata kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak mahukan kekerasan kerana menurutnya, "itu bukan cara kita selesaikan masalah di bumi Malaysia ini". Menurutnya pilihan raya sentiasa diadakan di Malaysia apabila tiba waktunya dan semua pihak boleh ambil bahagian semasa kempen. "Kita ada pilihan raya... nak kempen, kempen lah, nak berucap sampai tak larat lagi nak cakap, buatlah, nak bertempek pun, tempeklah," kata Najib yang sebelum itu berkunjung ke daerah pedalaman Tenom, di barat daya Sabah. "Mereka kata bersih... belum tahu dia bersih. Dia (pembangkang) pun ada banyak masalah," kata Najib. Perdana menteri menegaskan Malaysia bukannya seperti negara tertentu di mana pemerintahnya menang 95 peratus undi semasa pilihan raya yang pastinya banyak pihak yang mencurigai keputusan pilihan raya. "Di Malaysia tidak pernah berlaku seperti itu. Kita menang sebab rakyat support (sokong). Saya tak rela jadi perdana menteri atas penipuan. Saya nak jadi perdana menteri kerana rakyat sukakan kita (BN) dan rakyat percaya dan senang dengan BN," katanya. Atas kepercayaan rakyat terhadap BN, kata beliau, kerajaan akan bekerja keras dan bersungguh-sungguh untuk perjuangkan nasib rakyat. Najib berkata Malaysia kini berada di ambang transformasi ke arah menjadi negara yang lebih maju dan sejahtera dengan pelan pembangunan yang jelas dan hanya menunggu masa untuk melaksanakannya. "Tetapi apakah ini harus dikorbankan semata-mata kerana hawa nafsu sesetengah pihak yang nak kejar jawatan perdana menteri, hendak menguasai Putrajaya?" katanya. Najib mengingatkan bahawa demonstrasi jalanan seperti dirancang pada 9 Julai boleh membawa kecelakaan dengan sekelip mata, lebih-lebih lagi apabila pihak tertentu membakar emosi dan perasaan orang ramai. Katanya jika ada pihak yang menjadi "tukang kipas, tukang bakar" emosi semasa perhimpunan haram itu, golongan yang bakal menjadi mangsa adalah juga "rakan kita, keluarga kita". Beliau berkata apabila berlaku "psikologi samseng", orang yang baik akan tiba-tiba bertukar menjadi ganas dan tidak boleh dikawal sehingga tidak kira harta benda atau nyawa orang lain terancam. Perdana menteri seterusnya menegaskan pentingnya gagasan 1Malaysia dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia agar ia bukan sekadar menjadi slogan yang menjadi sebutan atau paparan semata-mata, sebaliknya diterjemahkan sehingga menjadi nilai pegangan, sikap dan cara pemikiran rakyat Malaysia. Katanya, beliau mendapati keharmonian yang wujud di Sabah merupakan contoh terbaik konsep 1Malaysia bagi membolehkan rakyat pelbagai kaum hidup aman damai tanpa sebarang tembok pemisah. Di majlis itu, perdana menteri mengumumkan peruntukan RM30 juta untuk membina semula Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sipitang dan peruntukan RM2.7 juta untuk memperbaiki bumbung Esplanade Sipitang yang sebelum in sering mengalami kerosakan akibat ditiup angin kencang. Hadir sama ialah ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan beberapa wakil rakyat tempatan parti komponen BN. - Bernama


  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    Pergh! 3 juta.. termasuk ratusan ribu dari Sabah....perlu ingat majoriti ahli Umno bukannya golongan elit.. jenis no money no talk...tiada wang kerja tak jalan... ini diakui sendiri olkeh Tun M dulu sampaikan lambat sampai nasi bungkus bilik gerakan PRU ditutup dan ditinggalkan begitu saja..seorang paling kurang pun kena belanja : duit poket RM50/, nasi bungkus, air mineral, baju T, cap duit minyak atau bas pengangkutan..jumlah RM100/-.. kali dengan 3,000,000... sudah jadi RM 300 juta.... CAKAP MACAM TAK MASUK AKAL..APA PUNYA CLASSLAH NAJIB SEBAGAI PM..PATUT PUN DIA KENA TURUN SELEPAS PRU 13 NANTI..
    • Ameer Mat · MPSP
      baca apa yg najib ckp tu... btullah apa yg dia ckp tu.... umno tak akan buat mcm org pr buat demi keharmonian negara ni....
    • Aku Lelaki · Friends with Maba Budu
      demi "keharmonian" yang mcm mana tuuuuuu...?
    • Wan Nawawi · Sek men petaling kl
      Perghh!!! Kalau bab kencing rakyat, Najib memang champion. Dulu, masa kumpul kat Bukit Jalil pun tak penuh stadium...Yang pegi dapat duit. Habis budak2 kolej kena paksa naik bas kilang. Yang tak nak pegi pun kena paksa pegi...
  • Noor Ra
    tipu nak kempen kempenlah...nak buat ceramah terbuka kat padang kami sendiri pun permit x bagi......mmg penipu besarlah. mmg dia penakut tu sbb pakai baju kuning x tulis apa2 pun kena tangkap...biarlah org pakai baju shj...bukan buat apapun...x guna kekerasan konon...pirahhh cakap mmg x serupa bikin....cakap lah apa yg dia mahu tapi hakikatnya dia dan partinya mmg menzalimi rakyat.
    • Nor Hisham Mohd Yunus · umur 32 tahun
      pe kata nnti masa perhimpunan bersih.. tak pakai baju. Kalo kena tangkap juga memang bodoh punya KERAJAAN MALAYSIA.
Baju kuning pun jadi sasaran polis
Lee Weng Keat
Jun 30, 11
12:09pm

Polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak. NONEAhli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning. Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh. "Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,” katanya ketika dihubungi. Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu. Menurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH. Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah".

  • Muzanny Zamri · Pengulas Tertinggi · Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia
    aku yg umur bru nak masuk 21.... ptt nye aku malas nak lyn politik ni.. tp rakyat mcm aku cpt sedar, org umno biar la umor 100thn pun tk sedar2.. Anwar kalau nak jd PM dulu lg dia bleh jd PM.. tak tahu sejarah kot org2 umno ni? kepala otak nak duit jeee.... dah tu blaja tk pndai kt skolah, lps tu menyesal, tk dpt keje, tk de duit. mula bt aktiviti mkn duit atas angin. aku pun blaja tk pndai, tapi aku tk putus asa.. nak berjaya dri bawah.. skrng aku mula dri bwh.. Insyallah 1 hari nnt aku berjaya.. tp berjaya dgn cara dri bawah. walaupun aku muda sgt, aku tahu cara kerajaan org atas pusing duit mcm mn. fikir2 la... mungkin aku muda korang smua tak heran sgt.. tapi fikir2kan lah.. Salam..
    • Ezuddin Jaini · Masjid Tanah
      betol kata kau.. org muda pencorak masa dpn.. kena pandai menilai..
    • Yap Karey · Ipoh, Perak
      Sungguh sedih bila melihat seorang MP digari sebegini,di negara ini masih ada respect ke sesama manusia?
    • Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
      Teruskan Perjuangan kawan2....kita tukar kerajaan yg rasuah koruop nie...kita kerja kuat mcm mana pun improvement tak nampak...sb asyik dok layan kenaikan harga barang dan minyak....

Tuntutan palsu: MP Sabak Bernam diarah bela diri
Hafiz Yatim
Jun 30, 11
6:46pm

Ahli Parlimen Umno bagi kerusi Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri dan pembantu khasnya, Rosli Busro diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan tuntutan palsu bagi program yang tidak dijalankan tiga tahun lalu. NONEAbdul Rahman, 46, didakwa dengan lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasan parlimennya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan. Hakim Azhaniz Teh Azman Teh memutuskan kedua-dua mempunyai kes prima facie untuk dijawap selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap mereka bagi semua pertuduhan. Kedua-dua tertuduh akan mula membela diri pada 14 September ini.


Felda belanja RM3.5 bilion wang pinjaman KWSP
Jun 30, 11 6:15pm

Felda telah membelanjakan RM3.5 bilion daripada keseluruhan RM6.5 bilion pinjaman yang diperolehnya daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). NONETimbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, perbelanjaan itu adalah RM2 bilion untuk projek penanaman semula kelapa sawit dan RM1.5 bilion untuk memiliki saham dalam syarikat gula MSM Holdings Sdn. Bhd. "Saya mahu menjelaskan bahawa yang kita guna pinjaman itu baru RM3.5 bilion, pinjaman yang diluluskan ialah RM6.5 bilion. Sama ada kita buat keputusan untuk mengambil RM3 bilion lagi baki pinjaman itu akan diputuskan kemudian. "Semasa kita membuat keputusan untuk meminjam, harga kelapa sawit tidak berapa tinggi nilainya, sekarang harga kelapa sawit dan getah sudah tinggi, jadi ada kemungkinan Felda akan mengkaji sama ada akan mengambil baki RM3 bilion pinjaman itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata Felda telah membuat pelaburan yang menguntungkan dengan memiliki syarikat gula tersebut apabila memiliki dana terkumpul berjumlah RM1.1 bilion selepas hanya dua hari disenaraikan di Bursa Malaysia. "Saya nak maklumkan hari ini MSM ketika menyenaraikan tawaran awam permulaannya adalah RM3.50 dan pada hari pertama meningkat tertinggi kepada RM5.04 dan semalam RM4.98 dan hari ini RM4.80. Jadi peneroka tidak perlu risau dengan pinjaman daripada KWSP ini," tambahnya. Katanya, Felda sebelum ini pernah membuat pinjaman berjumlah RM4.9 bilion pada 70-an atau 80-an daripada kerajaan, Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kuwait dan Tabung Saudi, dan berjaya membuat bayaran balik lebih awal iaitu pada 2000 berbanding tempoh yang diberi iaitu sehingga 2013. "Felda mempunyai rekod yang baik dalam menyelesaikan pinjaman. Pinjaman dengan KWSP RM3.5 bilion ini patut diselesaikan 10 tahun dan kita lihat bagaimana kita boleh melunaskan pinjaman itu," katanya. Ahmad berkata kenyataan KWSP juga menyebut secara keseluruhan syarikat itu menganggap pinjaman tersebut merupakan pelaburan yang dapat menyumbang ke arah pencapaian dividen yang baik kepada pencarumnya memandangkan ia menjana pulangan yang menarik serta berisiko rendah. - Bernama


Speaker: Tian Chua kekal ahli parlimen Batu
S Pathmawathy
Jun 30, 11
10:43am

Tian Chua kekal sebagai ahli parlimen Batu, kata speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini. Katanya, kelayakan Chua hanya lucut jika beliau didenda melebihi RM2,001.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07"Keputusan tersebut diambil berdasarkan Doktrin Pengasingan Kuasa, maka dewan yang mulia ini perlu berpegang dan berpandukan kepada keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi. "Doktrin tersebut jelas menyatakan dan membezakan peranan tiga cabang demokrasi, pertama eksekutif sebagai kerajaan, kedua perundangan sebagai penggubal undang-undang dan ketiga ialah kehakiman sebagai pihak yang mentafsir undang-undang dan menjatuhkan hukuman," katanya sebelum menyambung semula membahaskan Rang Undang-undang Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Minggu lalu, Pandikar berkata pihaknya telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk nasihat berhubung implikasi hukuman denda RM2,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Chua kerana menghalang tugas polis ketika menghadiri demonstrasi. Beliau merujuk soalan dari Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang mengemukakan surat menuntut penjelasan status Chua setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sebelum ini. NONEMenurut Ibrahim, Chua (kanan) sepatutnya dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen kerana perlembagaan persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana ahli hilang kelayakkannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

Pandikar Amin berkata berdasarkan penghakiman Mahkamah Tinggi yang diterimanya, denda sebanyak RM2,000 itu tidak menjadikan perayu (Tian Chua) hilang kelayakannya secara automatik, sebaliknya seseorang ahli parlimen itu hanya akan hilang kelayakannya sekiranya denda adalah RM2,001 ke atas. "Hukuman denda itu tidak akan memberikan suatu implikasi kepada suatu pilihan raya kecil di kawasan Parlimen Batu," katanya.

  • Ryu Serizawa · Friends with Mohd Roszeli M
    Katak si katak lompat..lompat lah tinggi2...cpt lah katak cpt, cepat katak kena pijak lori...kah3.
    • Ck Din · Pengulas Tertinggi · Sabah, Malaysia
      lompat katak lompat , lompat tinggi2
      badan ibrahiim memang berat, sebab itu dia darah tinggi,
      pembohong besar, sebab itu jadi menteri,
      lepas tamat bersih, habis la dia mati...
    • Rashid Ramli · Pengulas Tertinggi · TEKNOLOGI MALAYSIA
      sahabat PR semua jgn dilayan juak2 umno nie.mereka semua memang dah dikhaskan utk menghentam komen kpd kite semua didlm web alternatif....ini semua strategi mereka utk kuasai media2 di alam maya.SEMUA KOMEN MEREKA KITA JGN BALAS,SEKIRANYA KITA BALAS RATING MEREKA AKAN NAIK................JGN BALAS KOMEN JUAK2 UMNO
    • Kopitea My · Pengulas Tertinggi
      Lompat sikatak lompat,lompat la tinggi2,memang dia ni melayu haprak. siapa lagi kalau bukan IBRAHIM ALI...lagu popular miggu ini..

Lokman mahu saman Saifuddin RM500,000.99
Abdul Rahim Sabri
Jun 30, 11
1:53pm

Galeri Foto

Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam membuat laporan polis terhadap setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution yang didakwanya telah memfitnahnya mahu membakar ibupejabat PKR. NONEDalam laporan tersebut, Lokman juga mendakwa Saifuddin memfitnahnya bahawa beliau mengugut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi BERSIH 2.O, Datuk S Ambiga jika perhimpunan BERSIH diteruskan pada 9 Julai. Lokman tiba dengan diiringi kira-kira 30 ahli Umno dan Kimma menuju ke balai polis Tropicana - yang terletak bersebelahan ibupejabat PKR - pada kira-kira jam 12.50 tengahari. Beliau kemudian bersama ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Marican Naina Marican masuk membuat laporan. NONEKetika hendak masuk ke balai, penyokong AMK bersorak dan Reezal kelihatan cuba menghampir mereka. Bagaimanapun, lima anggota polis bertindak menenangkan keadaan tersebut bagi mengelak kejadian yang tidak diingini. Manakala timbalan ketua AMK, Khairul Annuar Ahmad Zainuddin turut kelihatan menenangkan ahli-ahlinya. Dalam sidang media selepas membuat laporan polis itu, Lokman berkata, dakwaan Saifuddin itu adalah satu fitnah dan beliau menyaman bernilai RM500,000.99 terhadap setiausaha agung PKR itu. Menurut Lokman, nilai saman tersebut ialah RM500,000 kerana 'menyusahkan saya' dan RM0.99 nilai Saifuddin. pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionBeliau menuduhkan Saifuddin sebagai pembohong besar dan Pemuda Umno tahu bangunan bukan milik PKR.

"Bangunan ini milik Datuk Soh Che Wen. Beliau sekarang ini belaga angin dengan Datuk Seri Anwar.

"Takkan kita nak bakar bangunan yang dimiliki musuh Anwar. Musuh Anwar kawan kita," tegasnya lagi. Lokman juga mencabar Saifuddin (kanan) supaya menunjukkan pita video yang mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan mahu membakar bangunan PKR. Katanya, beliau ada mendengar ucapan, tetapi tiada seorang pun yang berkata hendak bakar pejabat PKR.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Reezal menyifatkan tindakan AMK melaungkan perkataan "mamak Marican" merupakan satu penghinaan kepadanya. Sedangkan, katanya, beliau hadir bersama dengan rakan-rakannya untuk membuat laporan polis dengan aman sebagai hak rakyat Malaysia.

VIDEO | 6.33 min

Mat Sabu: PAS tetap sertai perhimpunan 9 Julai
Hafiz Yatim
Jun 30, 11
1:30pm

Di sebalik pelbagai tekanan dan amaran kepada penyokong BERSIH 2.0, PAS yakin ramai rakyat negara ini akan memberanikan diri menyertai perhimpunan aman bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara itu. Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu juga berjanji anggota parti Islam itu akan berkelakuan baik dan mematuhi undang-undang. azlan“Arahan presiden PAS (Datuk Seri Hadi Awang), mursyidul am (Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) supaya ahli turun menyertai perhimpunan itu... kita tidak ada pilihan melainkan menyertai perhimpunan ini.

“Semua anggota akan berkelakuan baik dan teratur seperti pada demonstrasi sebelum ini. Jika tidak, polis boleh bertindak ke atas mereka," katanya.

Menurut Mohamad, polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang. "Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya.

Mohamad yang terkenal sebagai pemidato yang lantang hadir di balai polis daerah Gombak untuk memberi keterangan berhubung apa yang diperkatakannya pada muktamar parti itu yang lalu. Katanya, PAS menyokong BERSIH kerana tuntutannya yang mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Ditanya apa yang akan dilakukan jika BERSIH membatalkan perhimpunan itu, Mohamad berkata terpulang kepada gabungan itu kerana mereka adalah badan yang bebas.

“Namun, kita akan tentukan apa yang perlu dilakukan seterusnya (jika ini berlaku),” katanya. bersih rally 271207 01Mohamad juga memberi jaminan bahawa ramai akan keluar menyokong perhimpunan 9 Julai itu tetapi tidak dapat memberikan ramalan jumlahnya tetapi mengulangi ia adalah himpunan yang aman. “Saya mahu polis dengan serius menyiasat sebuah pertubuhan yang mendakwa akan berlaku 'pertumpahan darah' jika BERSIH diteruskan. Perkataan seumpama ini berbaur hasutan dan tidak perlu,” katanya.


Teo See Lian · Pengulas Tertinggi · High School Batu Pahat
Syabas! PAS Baru, harapan baru....Semoga Ahli Komponen parti PR juga akan bergandingan bersama PAS dengan berani dan yakin sokong perhimpunan BERSIH 2.0..Takbir!

'Gelombang kuning' MP Pakatan di Parlimen
Hazlan Zakaria
Jun 30, 11
12:00pm

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat hadir di Parlimen hari ini - sama ada memakai baju kuning atau bertali leher kuning - sebagai membantah tindakan polis menjelang perhimpunan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. NONEKebanyakan ahli parlimen lelaki Pakatan, kelihatan bertali leher kuning - warna 'rasmi' BERSIH 2.0 - manakala ahi parlimen wanita pula memakai pakaian kuning. Manakala ahli parlimen Bakri, Er Teck Hwa (kanan) memakai baju-T BERSIH 2.0. Begitu juga dengan menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin. Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata baju-T BERSIH haram dipakai dan mereka yang berbuat demikian boleh ditangkap.


Tiada ulasan: