Rabu, 22 Jun 2011

SYOK JUGA..JIKA SYOK SENDIRI..ADA ORANG INGAT MATI...ADA YG TAKUT MATI TAPI ADA YG TAK INGAT MATI...INI LAGI BAHAYA.....

PAS rombak kepimpinan bagi rampas Terengganu
Abdul Rahim Sabri
Jun 21, 11
4:47pm
PAS Terengganu mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru Sabtu lalu yang bertujuan mengejutkan parti itu yang dianggap lesu dan terus lena sejak dua pilihan raya umum lalu.

najib on kuala terengganu by election 060109 04Sejak tumbangnya PAS di negeri paling kaya di Malaysia pada 2004, parti itu dilihat agak tempang dan tidak dapat menyaingi pengaruh Umno yang juga tidak sepi dengan pelbagai masalah dalaman.

Walaupun meraih kejayaan mengejutkan dengan merampas 28 daripada 32 kerusi DUN pada 1999, PAS Terengganu hari ini boleh diibaratkan "orang buta yang kehilangan tongkatnya".

Pada pilihan raya umum 2004, PAS hanya menang di empat kerusi DUN. Semasa 'tsunami politik' melanda empat tahun kemudian, parti itu hanya menambah dua kerusi, sedangkan BN tumbang di empat negeri dan terus gagal di Kelantan.

pas hadi awang pc in terengganu regarding pkns 031108Berdasarkan senario itu, jelas PAS Terengganu cukup lesu dan pemimpin yang ada tidak lagi boleh disandarkan bagi merampas semula negeri berkenaan.

Justeru, selaras dengan perubahan pada muktamar parti itu awal bulan ini, PAS Terengganu dilihat menjadikan perkara itu sebagai pertimbangan utama dengan membariskan pemimpin yang lebih muda sekitar 40 hingga 50 tahun.

Kejar bola

Kabinet yang dibentuk pada 18 Jun lalu itu menyaksikan beberapa pemimpin baru cuba diketengahkan bagi mengimbangi dominasi hampir 20 tahun pemimpin seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Harun Taib dan Datuk Wan Mutalib Wan Embong.

kuala terengganu by election 060109 abdul wahid endutPesuruhjaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut yang baru dilantik ke jawatan itu mengakui bahawa bahawa pemimpin kanan - yang rata-rata berumur lebih 60 tahun - kini tidak lagi berada di barisan hadapan bagi mendepani pilihan raya.

Ia susulan rungutan akar umbi PAS bahawa pemimpin senior berkenaan tidak mampu lagi menarik sokongan golongan muda yang merupakan penentu dalam setiap pilihan raya.

"Saya hendak yang muda-muda sedikit, seperti pasukan bola sepak ada yang nak berlari kejar bola, nak berebut bola (mesti anak muda)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Dalam rombakan Sabtu lalu, Mohd Abdul Wahid menamakan Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal) sebagai timbalan pesuruhjaya. Seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga dilantik.

Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha dan dibantu oleh tiga penolong setiausaha - Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.

M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai pengarah pilihan raya negeri.

pas and mafrel meeting 031207 hadi awang and mustafa aliDi samping itu, tujuh ahli jawatankuasa yang dilantik antara mereka Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex- officio) dan dua pemeriksa kira-kira.

Dalam rombakan itu juga daripada lima jawatan tertinggi perhubungan negeri itu, hanya Abu Bakar dilantik semula sebagai anggota jawatankuasa PAS negeri, manakala Abdul Hadi yang juga presiden PAS hanya dilantik sebagai penasihat.

Pemimpin lama yang tidak dilantik menganggotai pasukan baru negeri itu termasuklah Mustafa, Harun dan Wan Mutalib.

Kecuali Satiful Bahri Mamat yang merupakan pengasas sekolah pensendirian agama, Mohd Abdul Wahid dan barisan pemimpin penting dalam kabinetnya berlatarbelakang profesional dengan kebanyakannya usahawan dan doktor.

Mohd Abdul Wahid sendiri terlibat dalam projek pertanian dan penternakan ayam.

Ahli jawatankuasa yang dilantik pertama kali adalah Dr Azman Ibrahim, Zarani Othman dan Dr Mohd Khazani Abdullah - yang dikatakan amat rapat dengan Abdul Hadi.

Pemerhati politik berpandangan perubahan pucuk kepimpinan PAS boleh disamakan dengan pendekatan BN pasca pilihan raya 1999 yang terpaksa mengetengah Datuk Seri Idris Jusoh sebagai teraju utamanya setelah bekas menteri besar Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad disingkirkan.

Lebih bertenaga

Mohd Abdul Wahid bagaimanapun menyifatkan kabinetnya sebagai gabung jalin antara golongan ulama muda, aktivis dan profesional.

Malah, jawatankuasanya turut dianggotai golongan profesional, termasuk tiga orang orang doktor perubatan.

kuala terengganu by election pas dikir barat performance 090109 crowd"Saya nampak muka-muka baru ini lebih bertenaga untuk buat kerja," katanya.

Beliau juga menafikan mengetepikan peranan pemimpin senior yang pernah berada dalam kepimpinan PAS Terengganu sejak sekian lama.

"(Pemimpin) yang senior, kita tidak tinggal. Mereka kekal tetapi tidak dalam barisan hadapan... Yang senior (kita beri tugas) dari segi taktik atau menjadi penasihat," katanya.

Tegasnya, tanggapan golongan itu diketepikan tidak benar kerana ada antara mereka mahu memberi tumpuan kepada tugas di peringkat pusat dan ada yang mahu memberikan tumpuan kepada urusan peribadi.

"Tidak (ketepi), tidak mereka semua bekerja... Mereka datang ke program. Tidak timbul kita mengetepikan mereka," katanya.

Menurut Abdul Wahid, perubahan pucuk kepimpinan negeri itu "proses yang normal" kerana di negeri lain, termasuk Kedah dan Perak turut mengambil pendekatan yang sama.

kuala terengganu by election 170109 pas centre with crowdSehubungan itu, Abdul Wahid yang juga ahli parlimen Kuala Terangganu berkata sebahagian 'muka baru' itu pernah lama dalam kepimpinan negeri dan perlu diketengahkan ke depan.

Walaupun kepimpinan Abdul Wahid ini belum teruji, namun jika strateginya mantap tidak mustahil BN ditumbangkan, lebih-lebih lagi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said belum berjaya mententeramkan gelora politik Umno di negeri itu.


Bancian 'Star' - 99% sokong himpunan BERSIH
Jun 21, 11 3:45pm
Sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden menyokong perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini dalam bancian yang dijalankan oleh The Star Online.

Jumlah sebenar bilangan responden tidak dapat disahkan apabila portal berita berkenaan menghentikan banciannya kira-kira tengahari tadi.

NONEMenurut skrin yang dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, jumlah responden mencecah 1.3 juta pada jam 12.25 tengah hari berbanding 527,330 yang dicatatkan pada jam 6.11 pagi ini, yang dirakamkan menerusi laman Google Cache.

Soalan yang dikemukakan berbunyi 'Apa pandangan anda berhubung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai?, 1,312,917 responden menjawap 'Ia sepatutnya dibenar diteruskan' pada 12.25 tengahhari.

Manakala pilihan satu lagi - 'Ia harus dibatalkan' - hanya dipilih oleh 14,222 responden.


Ibrahim: 'Cina duduk di rumah' satu nasihat saja
S Pathmawathy
Jun 21, 11
4:03pm

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata seruannya kepada masyarkat Cina supaya menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 bersifat nasihat dan bukannya satu ugutan.

NONEKenyataan itu buat pada perhimpunan mini PERKASA pada Ahad lalu bagi membantah ralli BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya yang lebih adil di negara ini.

"Bila saya kata masyarakat Cina baik duduk di rumah dan jika perlu belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah, apa maksud saya? Ia bermaksud apabila ada protes, saya tidak lihat orang Cina menyertainya.

"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan. Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno. Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.

NONE"Jadi pertembungan adalah antara Melayu dengan Zmelayu. Jadi bagi mengelakkan bangsa lain terheret, saya kata lebih baik bagi orang Cina duduk di rumah. Itu sahaja,” kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Dua hari lalu, Ibrahim berikrar untuk mengadakan “Perhimpunan Aman' PERKASA pada 9 Julai yang bakal menimbulkan huru hara jika Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) tidak membatalkan perhimpunan mereka.

"Tuan-tuan bayangkan perhimpunan BERSIH tidak dibatalkan, mereka teruskan juga, (mereka) tidak umum bahawa mereka akan batal pada 7 atau 8 Julai, saya percaya masyarakat Tiong Hua mungkin ramai-ramai, semua sekali, belilah bekalan makanan tambahan simpan di rumah.

NONE"Apa sahaja boleh berlaku," kata Ibrahim Ahad lalu.

Bercakap pada wartawan di lobi parlimen hari ini, Ibrahim mempersalahkan mereka kerana didakwa salah mentafsirkan apa yang diluahkannya serta mensensasikan berita.
Usul bincang laman web k'jaan kena godam ditolak
Jun 21, 11 7:11pm

Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi membincangkan isu beberapa laman web kerajaan dan agensinya yang digodam dan diserang oleh kumpulan yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.pihak tidak bertanggungjawab.

NONESpeaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul yang dikemukakan oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) itu atas alasan ia tidak perlu disegerakan.

"Saya telah meneliti perkara ini dan saya dapati bahawa bagi persoalan sama ada ia perkara tertentu, perkara ini pada pendapat saya adalah tertentu, sama ada ianya berkepentingan orang ramai, pada saya ia berkepentingan orang ramai, sama ada ia berkehendakkan disegerakan, pendapat saya ialah perkara ini tidak perlu disegerakan," katanya.

Dalam usulnya sebelum itu, Salahuddin membawa hujah sehingga ke hari ini, dilaporkan sudah hampir 51 laman web rasmi milik kerajaan telah digodam selepas satu kumpulan bergelar 'Anonymous' yang berpangkalan di luar negara mengancam menyerang portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

NONEKatanya, beliau bimbang sekiranya serangan DDos (Distributed Denial-of-Service) itu juga boleh memberi kesan besar jika penggodam mensasarkan sektor keselamatan dan perbankan negara.

"Perkara ini suatu yang amat serius dalam negara berdepan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan kemudahan tanpa sempadan ini bagi tujuan yang amat memalukan negara dan menggugat keselamatan negara," katanya.

Pemuda PAS mahu pengerusi SPR tutup mulut
Jun 21, 11 4:46pm
Pemuda PAS Johor meminta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tutup mulut daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

Ketua dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, tindakan itu lebih baik bagi memastikan SPR menjadi badan bebas yang melaksanakan pilihan raya yang adil dan bersih.

anti ppsmi rumah pena 100309 suhaizan kaiat"Hujah yang mengatakan kemenangan pembangkang dalam pilihan raya (umum) 2008 telah membuktikan bahawa SPR telah berlaku adil dalam pilihan raya adalah hujah yang meleset.

"Sistem undi pos yang ternyata mempunyai ruang manipulasi yang sangat jelas sehingga SPR berjanji mahu membuat perubahan," katanya.

Suhaizan (kiri) yang juga exco Pemuda PAS di peringkat pusat berkata, kenyataan SPR untuk membuat reformasi dalam sistem pilihan raya masih lagi tinggal janji dan belum sampai ke peringkat perlaksanaan.

Katanya, pengakuan individu bersubahat memangkah kertas undi pos dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang dan kuasa terhadap terhadap media membuktikan sistem pilihan raya tidak berlaku dengan adil.

Suhaizan mengulas kenyataan Abdul Aziz semalam yang membuka pintu rundingan dengan jawatankuasa BERSIH yang disifatkannya sebagai "janggal walaupun bukannya luar biasa".

Suhaizan mendakwa kenyataan Abdul Aziz itu berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang dilaporkan menutup pintu rundingan.

'Kuasa SPR terhad'

Justeru, Suhaizan mendakwa "perubahan mendadak" pendirian SPR itu dipercayai akibat tekanan kerajaan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Suhaizan juga berkata SPR tidak mempunyai cukup kuasa untuk membuat perubahan kepada lapan tuntutan BERSIH.

"Sebarang rundingan dengan pihak SPR tidak boleh menyelesaikan semua tuntutan.

NONE"Ini kerana SPR hanya mempunyai kuasa yang sangat terhad terhadap media, kuasa terhad untuk mengukuhkan institusi awam, kuasa terhad untuk menghentikan rasuah dan politik kotor," katanya.

Suhaizan turut membidas kenyataan Abdul Aziz bahawa demonstrasi tidak menyelesaikan sebarang masalah, sedangkan demonstrasi anti-Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menyebabkan polisi itu berubah.

"Mungkin Tan Sri Abdul Aziz terlupa bahawa Himpunan 100 Ribu Gerakan Rakyat Membantah PPSMI tahun 2009 telah menyebabkan polisi itu berubah.

"Sedangkan sebelum demonstrasi, kerajaan khususnya menteri pelajaran pada masa itu Datuk Seri Hishamuddin Hussein bertegas akan mengekalkan PPSMI.

"Itulah bukti yang paling jelas bagaimana demontrasi boleh mengubah sesuatu polisi kerajaan," katanya yang bekas setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

'Pelekat ajaib' masih tak murnikan Interlok
Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 21, 11
7:46pm

Pindaan 9 halaman menggunakan 'pelekat ajaib' dalam novel Interlok bertentangan dengan janji Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, dakwa panel pindaan novel itu Uthaya Sankar SB.

Sasterawan itu berkata, Muhyiddin yang juga menteri pelajaran pada 23 Mac lalu bersetuju menerima kesemua 106 pindaan yang meliputi lebih 40 halaman dalam novel itu.

NONEJusteru, Uthaya (kiri) menyifatkan tindakan kementerian itu "boleh ditafsirkan sebagai 'lakonan' dan sekadar bertujuan mengabui mata rakyat".

"Bagi saya, tindakan menggunakan 'pelekat ajaib' juga tidak membantu mengangkat maruah dan hak Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain yang menerima Anugerah Sastera Negara daripada Yang Dipertuan Agong pada 1996," katanya.

New Straits Times hari ini melaporkan, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, dalam pindaan terbaru, pihaknya akan menggunakan pelekat di 9 halaman yang berkenaan.

Menulis di blognya hari ini, Uthaya berkata, selagi kesemua pindaan yang diperakukan tidak dilaksanakan seperti dijanjikan, selagi itulah Interlok belum “dimurnikan”.

"Saya sedia menerima undangan untuk tampil memberi penerangan lanjut berhubung perkara ini kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang berminat mendapatkan penjelasan lebih mendalam berserta bukti berhubung kontroversi ini," katanya.

DAP puji menteri pelancongan
Joseph Sipalan
Jun 21, 11
7:14pm

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen mendapat pujian daripada orang yang tidak disangka-sangka apabila anggota parlimen Rasah Anthony Loke membangkitkan "penjimatan wang kita" dalam perbelanjaan perjalanannya.

NONELoke (kiri), yang selalu mengkritik menteri berkenaan, berkata ucapan tahniah perlu diberikan kepada Ng kerana berjaya mengurangkan peruntukan perbelanjaan perjalanannya sebanyak 87 peratus dalam tempoh lima bulan dalam tahun ini.

Berdasarkan jawapan bertulis di parlimen yang diterima Loke berhubung soalannya, menunjukkan setakat ini Ng telah membelanjakan RM92,102.10 ketika mengepalai dua misi pelancongan di Dubai, UAE dan Iran pada Mei untuk menarik pelancong Asia Barat ke Malaysia.

Secara perbandingannya, Ng membelanjakan RM719,788 dalam tempoh yang sama pada tahun lalu bagi menghadiri lima acara antara Januari dan Mei, di mana perbelanjaan terbesar dicatat dalam misinya ke Eropah dengan belanja RM491,987.

"...kita mesti ucapkan tahnia padanya tahun ini. Ini peningkatan yang baik, dan ia menunjukkan dia mendengar kritikan kita," kata Loke dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

"Tiada yang peribadi antara saya dengan dia. Sudah tentu apabila dia membelanjakan wang yang banyak, kami sebagai pembangkang akan mengkritiknya.

"Tetapi kita mesti ucapkan tahniah padanya ekoran perbelanjaan tahun ini... bagus Ng Yen Yen. Harapnya dalam separuh masa kedua tahun ini dia terus menjimatkan wang."


NGO Eropah mahu aset Taib di Jerman dibekukan
Jun 21, 11 7:30pm

Lagi NGO yang berpangkalan di Eropah terus mengenakan tekanan kepada pihak berkuasa untuk membekukan aset-aset milik Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Dalam kenyataan media hari ini, NGO Switzerland Dana Bruno Manser berkata pihaknya telah menulis kepada canselor Jerman meminta campurtangannya.Surat itu dibuat dengan kerjasama dua lagi NGO lain iaitu - Persatuan Penduduk Terancam dan Rettet den Regenwald.

NONE“Kami minta kerajaan Jerman menjelaskan hubungan perniagaan antara Deutsche Bank dengan Taib dan minta supaya semua aset Taib (pertama dari kiri) di Jerman dibekukan.

"Kami amat prihatin kerana sebagai sebuah institusi perbankan utama di Jerman, Deutsche Bank bekerjasama dengan seorang perasuah.

"Kami berpendapat kerjasama ini tidak boleh memberikan kepentingan kepada kerajaan Jerman, yang secara antarabangsa memupuk cara menangani rasuah,” tulis NGO itu.

Sambil merujuk Taib sebagai 'pencuri' utama di Asia Tenggara, Dana Bruno Manser mendakwa Deutsche Bank menjalankan urusniaga bagi kedua-dua kerajaan negeri sarawak dan juga syarikat yang berkaitan dengan keluarga Taib.


Ibrahim 'bangga' dengan desakan beliau ditangkap
Jun 21, 11 3:30pm

“Saya merasa sungguh hebat,” kata presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas bidasan yang diterimanya daripada pihak pembangkang mahupun kerajaan yang mahu beliau diheret ke mahkamah mengikut Akta Hasutan.

NONEDalam kenyataan mediannya menerusi SMS, Ibrahim berkata beliau menyambut baik kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan penasihat DAP Lim Kit Siang yang membidasnya hanya berdasarkan laporan sebuah portal berita.

“Mereka tidak peduli semak apa kenyataan bermaksud saya kata masa sidang akhbar... yang penting ada peluang mereka mahu belasah saya.

“Bagi Lim Lim Kit Siang tidak ada apa nak dihairankan. Bagi dia, saya ibarat lembu tua yang kalau direbus pun tidak lembut lagi... Manakala Malaysian Insider cari Khairy untuk kecam saya sebab kita tahu hubungan mereka,” kata Ibrahim yang merupakan ahli parlimen Pasir Mas.

Di Dewan Rakyat, semalam, Khairy menganggap amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya.”

NONELim pula mencabar kerajaan di Parlimen yang didakwa gagal bertindak berhubung ugutan Ibrahim untuk melancarkan perang jihad menentang orang Kristian.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee pula menggesa kerajaan menggunakan Akta Hasutan ke atas Ibrahim berhubung kenyataannya pada Ahad lalu.

Menurut Ibrahim beliau sanggup berjuang seorang diri jika komen tiada ahli-ahli parlimen Melayu yang menyokongnya.

“Saya juga tidak mengharap ahli-ahli parlimen Melayu yang lain sokong saya. Seorang saya pun, saya boleh berjuang,” katanya.

NONESementara itu, setiausaha PERKASA Syed Hassan Syed Ali membidas Majlis Peguam yang mengecam kumpulan pendesak Melayu itu kerana bertindak memijak dan membakar gambar pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan.

“PERKASA nak tanya Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yg buat kenyataan itu, mengapa bila ada pihak lain membakar gambar seorang Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain penulis buku Interlok, Majlis Peguam tidak pernah kritik atau kecam mereka.

“Mengapa bila bakar gambar org Melayu, Majlis Peguam diam seribu bahasa? Apakah jika kena kepada pihak Melayu, Majlis Peguam akan perlu bising dan kaum lain diamkan saja?” soalnya juga menerusi kenyataan media SMS yang dihantar kepada Malaysiakini.

NONEMenurut Syed Ali, PERKASA juga mahu Majlis Peguam bertindak ke atas Ambiga kerana menghasut rakyat berhimpun di jalanraya.

“Bukan ke Chee Wee tahu BERSIH tidak mendapat permit dan Chee Wee juga tahu Ambiga terus menghasut rakyat turun ke jalan raya. Bukankah itu satu hasutan dan ia juga melanggar undang-undang negara?

“Jadi mengapa hanya salahkan Ibrahim seorang? Apakah Majlis Peguam memilih bulu? Apakah Majlis Peguam satu NGO memihak-mihak?” katanya.

Kabinet PAS S'gor ikut gaya Kelantan
Jun 21, 11 11:12am

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman berkata, kabinet barunya yang dilantik malam tadi bukanlah kehendaknya seorang tetapi melambangkan hasrat akar umbi parti itu.

Ini kerana, katanya, nama-nama yang dicadangkan datang terus daripada PAS kawasan yang dihubunginya.

NONE"Kita ikut stail Kelantan. Kita hubungi semua YDP (yang dipertua) dan minta nama-nama (cadangan). Majoriti PAS kawasan minta orang ini dilantik," katanya.

Dr Rani (kiri) yang baru dipilih menggantikan Dr Hasan Ali hari ini mengumumkan kabinet barunya yang menyaksikan perubahan drastik, antaranya apabila dua timbalan pesuruhjaya yang lama digugurkan.

Selain itu, rombakan itu juga menyaksikan dua wakil rakyat PAS Khalid Samad (Shah Alam) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang dipecat Khalid pada November 2008 dilantik semula ke jawatan masing-masing.

Dalam sidang media di pejabat PAS negeri di Shah Alam hari ini, Dr Rani yang juga ADUN Meri menjelaskan, dua pemimpin itu dipilih kedua-duanya boleh bekerjasama dengannya.

"Saya lihat begini, yang duduk ini orang yang boleh bekerjasama. Kita kena ambil yang boleh bekerjasama.

"Dalam PAS ini pelik, kalau tidak dilantik lagi suka. Saya dulu nak potong (sembelih) kambing kalau tak terpilih," katanya sambil disambut gelak ketawa pemberita.

'Hasan Ali ikon saya'


Bagaimanapun, menurut Dr Rani, Dr Hasan hanya dilantik sebagai anggota jawatankuasa bagi membolehkan exco kerajaan negeri itu memfokuskan kepada peranannya di pringkat lebih negeri.

"Demi Allah, beliau antara pemimpin yang menjadi ikon saya," katanya yang dilihat secara tidak langsung menafikan terdapat usaha menyingkirkan Dr Hasan dan pengaruhnya dalam PAS Selangor.

hasan ali khalid samad saari sungib pas selangorDr Hasan pada 24 November lalu dilaporkan menggugurkan Khalid dan Saari kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri.

Tempat Khalid digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat. Bagaimanapun, dalam sesi ini, Dr Che Rosli dan seorang lagi timbalan pesuruhjaya Dr Osman Sabran digugurkan.

Saari juga berjaya mendapat kembali tempatnya yang digantikan bekas setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir yang dilihat sebagai orang kepercayaan Dr Hasan.

Bagaimanapun, pemimpin popular PAS Dr Halimah Ali yang juga exco kerajaan Selangor hanya dilantik semula sebagai anggota jawatankuasa perhubungan negeri.

Bagi Dr Rani, selain menggabungkan muka baru dan muka lama, kabinet itu juga merupakan gabungan pelbagai kumpulan, termasuklah ulama, profesional dan aktivis.

Jalan tengah

Ketika banyak pihak melihat rangkaian Mohamad akan menguasai teraju kepimpinan PAS Selangor, Dr Rani dilihat mengambil langkah bijak dengan memilih jalan tengah dan menggabungkan semuanya.

Ini jelas kelihatan daripada pelantikan tiga timbalan pesuruhjaya apabila exco Selangor Iskandar Abd Samad sebagai muka lama dikekalkan bergandingan dengan Khalid yang dilihat mewakili kumpulan Erdogan dan Sallehen Mukhyi sebagai muka baru yang dikatakan sealiran dengan Dr Hasan.

NONE"Saya seorang doktor. Dalam badan kita ada hati, ada buah pinggang dan pelbagai organ lain. Semuanya perlu bekerjasama untuk memastikan tubuh kita sihat," kata pengamal perubatan itu.

Dr Rani juga menjelaskkan dua timbalan pesuruhjaya sebelum ini digugurkan disebabkan masalah kesihatan yang dideritai mereka.

Ditanya sama ada beliau akan meneruskan 'kelantangan' kepimpinan lama di bawah pentadbiran Dr Hasan, Dr rani berkata "lantang sahaja tidak jadi".

"Semua kena main peranan. Kalau tidak ada kerjasama tak jadi. Kena libatkan semua. Lantang macam mana pun, kena bincang dulu," katanya.

Dr Abd Rani menghadapi tugas berat menukar imej PAS Selangor yang mencetuskan pelbagai kontroversi sebelum ini, antaranya dalam isu larangan penjualan arak di negeri itu.


Lebih 51 peratus tak bayar balik pinjaman PTPTN
Jun 21, 11 6:45pm

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya menerima bayaran balik pinjaman sebanyak RM2.45 bilion iaitu daripada 48.56 peratus peminjam.

Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain, berkata PTPN sepatutnya menerima bayaran balik pinjaman berjumlah RM5.04 bilion daripada pelajar yang telah tamat belajar.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 booths"Setakat ini kita berjaya dapatkan balik bayaran sebanyak RM2.45 bilion iaitu 48.56 peratus sahaja dan sepatutnya kita perlu dapat pulangan berjumlah RM5.04 bilion daripada pelajar-pelajar yang telah tamat belajar," katanya selepas majlis penyampaian komputer Notebook 1Malaysia kepada 1,500 pelajar dalam kawasan Parlimen Merbok di Sungai Petani, hari ini.

Menurutnya, PTPTN mengeluarkan pinjaman berjumlah RM25.3 bilion bagi tempoh 1997 hingga 30 April tahun ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar yang tamat belajar dan bekerja supaya membayar balik bayaran pinjaman mereka kepada PTPTN bagi memudahkan urusan perbadanan untuk memberi pinjaman kepada pelajar lain.

ptptn one stop centre kl sentral 260307 applicantsTajul juga berkata, pihak PTPTN akan melayan
sepenuhnya permohonan yang dibuat untuk mendapatkan sambungan pinjaman sekiranya pelajar memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0.

Sebelum ini, beliau dilapor berkata PTPTN tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik.

- Bernama


PAS S'gor kerah 50,000 ahli sertai BERSIH
Jimadie Shah Othman
Jun 21, 11
11:17am

PAS Selangor menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan.

NONE"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun).

"Kita sudah arah semua keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham bagaimana," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.

Beliau menjangkakan lebih separuh daripada 72,000 anggotanya akan menyertai perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan.

"Kita ada 72,000 ahli di Selangor. Paling minima 50,000 akan keluar (berhimpun). Kita sudah arah keluar tanpa kecuali," kata setiausaha PAS negeri Khairudin Othman.

'Itu cerita Ambiga dulu'

Bercakap dalam sidang media di pejabat PAS Selangor di Shah Alam hari ini, beliau bagaimanapun enggan mendedahkan bagaimana mobilisasi anggotanya itu akan dibuat.

"Tak pernah jadi strategi kita naik bas. Ahli kita faham (melakukannya)," katanya ketika ditanya sama ada parti itu menyediakan bas untuk membawa anggotanya.

NONEPerhimpunan anjuran gabungan NGO mensasarkan kehadiran 10,000 orang bagi menyerahkan memorandum lapan tuntutan kepada Yang Dipertuan Agong bagi membaikpulih sistem pilihan raya sedia ada.

Di sebalik angka yang banyak itu, Khairudin bagaimanapun menjamin tidak akan berlaku sebarang keganasanan walaupun mendakwa diprovok PERKASA dan presidennya Datuk Ibrahim Ali.

"PERKASA ini biasanya tak ramai pun. Perhimpunan BERSIH yang lalu, tidak ada sebiji pasu pun yang pecah. Jadi, jangan provok," katanya yang mahu membuat laporan polis terhadap Ibrahim.

"Saya harap dia (Ibrahim) disiplinkan ahlinya dahulu."

Ahad lalu, ketika melancarkan perhimpunan anti-BERSIH, Ibrahim dilaporkan meminta masyarakat Tiong Hua beramai-ramai membeli bekalan makanan tambahan simpanan di rumah kerana "apa sahaja boleh berlaku" sekiranya BERSIH tidak dibatalkan.

Sementara itu, ditanya tentang kewajaran PAS mendokong perhimpunan yang diketuai Ambiga Sreenevasan yang dikatakan menyokong kontroversi dialog antara agama, Khairudin menjelakan:

"Ia isu kebersamaan. Sebab itu PAS boleh bekerjasama dengan PKR dan DAP. Apa dia (Ambiga) buat cerita dia dahulu. Persamaan kita untuk mendapat perubahan dalam (sistem) pilihan raya."

Tiada ulasan: