Khamis, 23 Jun 2011

ALLAH SUKA KEPADA YG BERSIH2...INDAH2 SERTA CANTIK2....PATUTNYA KITA BERSIH PADA SEMUA HAL..JANGAN TAKUT JIKA KITA ORANG BAIK2....

SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan
Jun 23, 11 10:03am

Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

ngo pro selangor government rally 230111 ambigaAmbiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS itu.

"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis,” katanya.

SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".

Wan Azizah Mahmood · Pengulas Tertinggi · Smka perempuan kangar
sikit2 sms ugut bunuh, apa dia igt nyawa org ni dia punya ker? allah punya la..nnt allah ambik nyawa dia dulu br tahu...umno punyer keje la ni..pengikut depa mmg xcaya islam, nabi & allah..rata2 muka penyokong umno pun mcm mafia, apath lagi perangai..
Fiq Imt Iaz · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Program Managerbetol2 wan azizah.. mereka ingat mereke berkuasa.mereka boleh menguasai nyawa..haha.. yg nk bunuh org ni lah manusia laknat sebenarnya..hee

Ugutan bunuh tindakan pengecut, kata BERSIH
Kow Gah Chie
Jun 23, 11
4:43pm

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) membidas tindakan 'pengecut' dalang yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk membunuh pemimpin NGO itu Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pakatan Rakyat yang lain.

NONE“Ini tidak boleh diterima, SMS is bukan sahaja mengancam nyawa tetapi berbaur hasutan perkauman,” kata Maria Chin Abdullah seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0.

“Biarlah berani ke depan dan berbincang dan bukan menjadi pengecut dengan menghantar SMS ugutan bunuh dan berbaur perkauman, kata Maria kepada wartawan selepas membuat laporan polis di pejabat Travers di Kuala Lumpur petang ini.

Maria juga mahu pengirim SMS itu memberhentikan tindakannya itu.

Sekurang-kurangnya enam laporan polis dibuat berhubung ugutan bunuh SMS yang diterima lewat malam semalam dan awal pagi ini.

Antara mereka yang membuat laporan adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Wong Chin Huat, timbalan ketua Pemuda PKR Khairul Annuar Ahmad Zainudin, Ambiga dan juga ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya.

NONEAmbiga yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkata, beliau yakin pihak polis dapat menjejaki individu yang menghantar SMS itu.

“Ugutan itu tidak akan menukar rancangan kita (untuk berhimpun),” kata Ambiga.

Namun kata Ambiga beliau dan anggota lain akan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan mereka tidak terancam.

"Kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan saya percaya polis akan dapat mengenal pasti pihak yang menghantar SMS itu kerana ada nombor telefon,"kata Ambiga.

SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

NONE“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".

Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
BUkan pengecut saja malah PONDAN , TIADA TELOR. RACIST...&#P@u*&K^i*^M%A$&K*(^...rakyat cukup marah.
BERSIH merupakan batu permata.
UMNO bagai telor ,
Kalau UMNO ingin telor melanggar batu.
Dijamin Telor kuning UMNO akan menitik dilantai.
...Lihat seterusnya..
  • Sungai Rapat · Pengulas Tertinggi · UCLA
    Semua ni lakonan jer, pembohong macam Anwar juga
  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Sungai Rapat
    Kalau lakonan ...jom ikut antimamak pakai baju kuning
    Ikut kami demo sekali . waktu kena air asid .. lakonan??
  • Syafiq Marzuki · Pengulas Tertinggi · Tohoku University 東北大学
    haha ini sah2 bukan bohong.
    Tengok ayat pun gaya melayu samseng.

    Haritu brother Ibrahim pijak2 gambar Ambiga pun kira lakonan ke? Kah kah kah

    Moral : Penilaian yang lemah datang daripada mereka yang gagal memanfaatkan anugerah otak.

Majlis Peguam sokong semua himpunan 9 Julai
Hafiz Yatim
Jun 23, 11
3:58pm

Majlis Peguam berkata kebebasan berhimpun adalah hak yang perlu bagi sesebuah demokrasi. Justeru, badan itu menyokong ketiga-tiga kumpulan yang bercadang mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini.

NONEPengerusinya Lim Chee Wee berkata kebebasan berhimpun dijamin mengikut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan pihak berkuasa mesti mengambil-kira perkara itu.

Katanya, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak sepatutnya menyekat perhimpunan dan mengingatkannya bahawa arwah datuknya, Datuk Onn Jaafar juga pernah turun ke jalanan atas nama demokrasi.

"Perlu diingatkan bahawa Umno yang diketuai oleh Onn Jaafar, yang ketika itu presiden Umno, yang adalah datuk kepada Menteri Dalam Negeri sekarang, pernah memimpin rakyat turun ke jalanan bagi memprotes pembentukkan Malayan Union.

“Begitu juga dengan pemimpin Umno lain yang juga pernah turun ke jalanan, sebagai contoh menuntut kemerdekaan dan juga menyokong perjuangan Palestin,” katanya.

burmese umno demo 011007 processionLim berkata perhimpunan awam adalah sebahagian daripada sejarah negara sama ada bagi membantah ketidak-adilan seperti yang diami dengan sistem pilihan raya sekarang ini.

“Mereka yang kata protes jalanan bukan sebahagian daripada budaya kita jelas adalah jahil dengan sejarah negara kita yang kaya,” katanya pada sidang akhbar bagi mendesak kerajaan supaya menghormati perhimpunan yang bersih dan aman.



Gesaan tarik balik pingat Ambiga pula
Jun 23, 11 6:27pm

Pergerakan Pemuda Kongres Indian Muslim Malaysia (Kimma) hari ini menghantar memorandum kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, supaya mempertimbang untuk menarik balik gelaran kepada Datuk Ambiga Sreenevasan, bekas presiden Majlis Peguam Malaysia.

Memorandum itu diserahkan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Shamsul Baharin Hasan di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.
Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Selangor turut memohon agar Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang dikurniakan oleh Sultan Perak kepada Ambiga ditarik balik.

Ketua Pemuda Kimma, Amir Hamzah Abdul Rajak berkata permohonan itu dibuat kerana tindakan Ambiga yang cuba "bertindak di luar batasan undang-undang" untuk menganjurkan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Beliau mendakwa Ambiga cuba mengheret rakyat terutama golongan belia untuk menyertai perhimpunan itu.

Amir Hamzah berkata tindakan menganjurkan perhimpunan itu boleh menyebabkan rakyat menghadapi risiko keselamatan.

- Bernama

  • Miorraduan Miormila · Pengulas Tertinggi · Institut kejuruteraan tentera darat
    uusah busuk perut, pelembagaan negara , membenarkan perhimpunan aman, hati kalau dengki jiwa tak tenang dalam kehidupan sehari harian.
  • ßoß Nizam · Pengulas Tertinggi · Kovancılar
    pingat tu agak2 kalo gadai bole kaye sampai mati tak.... kalo tak kaye bagi jer kat mamak hamzah tu or kat pak brahim katak..
  • Muhammadon Bin Ahmad Tajudin · Friends with Que Quraisyah
    kebuloq sangat ke Ketua Pemuda Kimma, Amir Hamzah Abdul Rajak? kalau nak sangat pingat ambiga tu ambik la. pingat tidak menjamin masa depan.
  • Mgt Shamsul · Pengulas Tertinggi · Unikl
    KIMMA ni bukan orang Melayu sejati, telah tahu KIMMA = kelahiran India Muslim je, Agama je serupa, tapi mereka itu bukan MELAYU, Bangsa India ni sama saja , yang muslim ke , yang tak muslim ke paria ke memang perangai mereka macam tu , kalau seorang diri dia tak berani punya nak tunjuk samseng, tapi kalau kumpulan mereka macam Hindu sejati, di Kepala Batas ni dan di Pulau Pinang memang banyak bangsa ni, mereka tak sedar yang mereka punya tok nenek berasal dari Karala INDIA.
    • Anantha Kannan Kuppusamy · Sales Associate di Perodua
      kiranya mereka nie kafir ye....
    • Abdul Rahman · Pengulas Tertinggi · Velaslee
      mgt shamsul ,kamu tahukah sejarah india, dari mana kamu belajar india muslim itu paria,mahtir pun india juga, kenapa perna jadi periden umno, kimma ini sebenarnga pak turut umno dia ikut telujuk umno dan baruah umno,kimma ini bodohkan diri sendiri, tapi ingat bukan semua mamak sokong umno, banyak yang sokong pakatn,shamsul komen biar logik....
  • Nizarasa Mohd Isa · Pengulas Tertinggi · SMK
    Hai kimma kau dah dapat untung besar mahyudin bagi kau bawa masuk pekerja asing dari india kerja restoran sekarang ni dah ada ketua pemuda kimma nanti kami pulaukan semua restoran India yang guna nama orang melayu ha..ha... baru kau tau gulung tikar nanti....?

Bunuh Ambiga: Hisham arah polis siasat segera
Joseph Sipalan
Jun 23, 11
1:09pm

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata polis diarahkan segera menyiasat ugutan bunuh yang dibuat ke atas pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenevasan berhubung perhimpunan kumpulan itu 9 Julai ini.

NONEKatanya, ugutan bunuh yang dikirim melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beberapa anggota BERSIH 2.0 dan juga wartawan pada lewat malam semalam dan awal pagi ini harus “dipandang serius”.

“Saya akan ke Bukit Aman selepas ini dan meminta polis pastikan ugutan daripada SMS yang tersebar itu tidak menjadi kenyataan dan menyiasat dari mana SMS ini berasal,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas Ambiga dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

bar council egm isa 200908 ambiga“Kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu,” petik SMS itu.

Hishammuddin berkata adalah biasa bagi orang kenamaan menerima ugutan bunuh dan dirinya sendiri pernah menerima ancaman seumpama itu.

“Dalam keadaan ini, kita mesti lebih serius... saya anggap ugutan ini cukup serius, khususnya Ambiga ini saya kenal semasa mengamalkan undang-undang dahulu,” katanya.

Wak Jono · Pengulas Tertinggi
...wak pikih ugutan tur terhasil dari sikap terlampau provaksi brahaim pada penyokongnya....kalu nak cari puncanya..brahim ali lerr....apa susah sangat nak siasat.....http://panduanwasiat.weebly.com/
  • Lan Kodiang · Pengulas Tertinggi · Sek Men Air Hitam, Kedah
    siasat jgn tak siasat...tp tangkapan ???? kah..kah..kah..boleh percaya ke???
  • Nora Azlin · Pengulas Tertinggi
    tunggu dlupolis umum siasatan..ini kenapa penulis mcm perli aje tulis "dipandang serius"..?ade motif ni
  • Pakai Otak · Pengulas Tertinggi · Dgn Kawan 2
    Teruk punya kenyataan(UGUTAN). Dia ni lebih teruk dari kafir sbb memang jelas dah munafik. Ayat mcm ni hanya dikeluarkan oleh org MUNAFIK.
Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
Ini lawak bodoh.....
Jawapan yang diberikan bahawa nomber itu dari negara asing.
Pihak polis tiada kuasa menyaisat di oversea. lebih mcam itu lah kata Keris Pondan.
Kalu polis benar benar boleh siasat.... awal awal kes video disiasat duhulu/ hingga kini sunyi bin senyap....pordah.
  • Muhd Zaid Robby · Pengulas Tertinggi · Smk riam tmn tunku
    Salam tu bukan no negara asing...tapi no maxis baru sekrg macam tu... sedara saya ramai yang pakai no macam tuh
  • Abdul Hakim · Sentul, Kuala Lumpur, Malaysia
    keje polis untuk siasat, keje kita apa yg kita bt skrg...yg aku x faham napa nak bunuh ambiga sedangkan ada org lain lg yg patut dibunuh!!!cuma perhimpunan aman je...takat kdi tutup & jln sesak 2 perkara biasa. demo ni mcm karnival klu kt brazil...masa utk kita berjumpa kwn...jg bunuh ambiga nti demo x jdi...
  • Nordin Othman · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Ns2 Network
    itu no celcom..01119 --maxis 01112...

Apa yang ditakuti sangat pada BERSIH 2.0?
Wira Arjuna
Jun 23, 11
11:00am

Apakah dia tuntutan penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang dipandang oleh polis, Umno (termasuk Pemuda Umno) serta PERKASA sebagai keterlaluan dan memudaratkan keselamatan negara?

bersih rally 271207 02Apakah salahnya membenarkan orang ramai, aktivis masyarakat, pemimpin pelajar dan pemimpin politik berkumpul sebelum berarak di dua tiga batang jalan utama Kuala Lumpur dan menyampaikan memorandum secara aman kepada Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong?

Jalan-jalan Kuala Lumpur pun kerap ditutup untuk acara marathon, lumba basikal, dan pelbagai perarakan lain. Tidak pula ada laporan polis atau aduan dibuat kononnya peniaga dan pemandu teksi hilang pendapatan. Kenapa Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dianggap begitu berlainan sekali?

one million youth gathering in putrajaya on stage najib razak speakerJangan lupa, jalan-jalan Putrajaya ditutup baru-baru ini untuk menghimpunkan sejuta belia yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu menggunakannya bagi “mempertahankan” singgahsana kuasa politik negara daripada ditawan oleh Pakatan Rakyat.

Kenapa Umno dan juak-juaknya begitu negatif terhadap BERSIH 2.0? Apakah perlunya polis memberikan amaran untuk “bertindak tegas' terhadap mereka yang menyertai perhimpunan ini?

Apakah bezanya perhimpunan ini dengan puluhan himpunan-himpunan yang dianjur oleh PAS, Umno, PERKASA dan pertubuhan lain di kedutaan Amerika Syarikat, Britain setiap kali isu Palestin diperjuangkan.

Gulingkan kerajaan

BERSIH 2.0 bukanlah tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana yang didakwa oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONEDan ia jauh sekali untuk mengalih pandangan rakyat daripada perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim.

BERSIH 2.0 adalah insiatif pertubuhan bukan kerajaan yang dipimpin oleh peguam Datuk Ambiga Srinevasam, seorang aktivis yang mendokong keluhuran pelembagaan dan hak asasi manusia.

Benar, BERSIH disokong oleh parti-parti pembangkang. Namun adalah satu hakikat juga bahawa Ambiga telah beberapa kali menggesa parti-parti BN untuk turut serta menyokong perhimpunan ini kerana:

  • Perhimpunan adalah secara aman
  • Seluruh rakyat mahukan pilhanraya yang telus dan adil, dan parti politik harus memberi sokongan kepada tuntutan ini
  • Semua pihak mahu melihat SPR lebih professional dalam isu-isu seperti tempoh kempen minimum 21 hari, penggunaan dakwat kekal untuk mengatasi masalah pengundian bertindih dan pendaftaran automatik pengundi mencapai umur 18 tahun.

Tidak ada satu pun dalam tuntutan ini yang boleh dikatakan memihak kepada pembangkang mahu pun pemerintah.

bersih rally 271207 05Tidak ada satu pun dalam desakan pada perhimpunan BERSIH 2.0 akan memberikan sebarang kelebihan kepada Umno mahupun PAS dalam mempengaruhi citarasa pengundi Melayu.

Malaysia jauh daripada ambang kebangkitan rakyat yang menumbangkan Presiden Hosni Mobarak di Mesir dan lebih jauh lagi daripada sebarang serangan NATO seperti yang berlaku di Libya.

Banyak rungutan

Namun secara jujur, apakah BN beranggapan rakyat tidak mempunyai sebarang rungutan tentang cara Suruhanjaya Pilihanraya mengendalikan pemilihan di negara ini?

azlanSelepas 12 pilihan raya umum, rasanya tidaklah keterlaluan untuk berharap rakyat tidak lagi diselubungi dengan undi pos yang mencurigakan, atau pengundi hantu dalam daftar pemilih. Begitu juga dengan perpindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Namun ini semua berlaku dan kadar amalan-amalan ini berleluasa menjelang pilihan raya umum ke-13 amat membimbangkan pihak-pihak di sebalik penganjuran BERSIH 2.0.

Selepas lima dekad kita mengurus negara sendiri, masih berlaku kes 'bekalan elektrik boleh terputus tiba-tiba apabila calon Pakatan Rakyat mendahului pengiraan dengan lebih 1,000 undi. Bekalan elektrik pulih sejam kemudian dan calon BN menang dengan 58 undi, dibantu oleh undi pos.

NONELebih mengejutkan Pegawai Pilihanraya mengambil keputusan tidak perlu diadakan pengiraan semula walaupun undang-undang memperuntukkan keperluan itu. Ini berlaku di Senadin, Miri pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini.

Undi pos dikatakan membantu Umno-BN menang di sekurang-kurangnya 25 kerusi parlimen dalam PRU yang lalu dan menjadi kebimbangan paling besar gagasan pembangkang untuk PRU ke-13.

Amat mencurigakan

Penambahan mendadak jumlah undi pos amat mencurigakan – hampir enam ribu di Pulau Pangkor, 10 ribu di Setiawangsa.

NONEDi Kok Lanas, Kelantan, hampir 500 isteri prajurit didaftarkan sebagai pengundi pos tanpa pengetahuan mereka.

Mereka tidak mengisi Borang A iaitu borang perpindahan daripada pengundi biasa kepada pengundi Pos, namun pendaftaran itu diterima oleh SPR.

Nama mereka hanya dikeluarkan daripada senarai pengundi pos setelah PAS membuat bantahan dan menuntut SPR menjalankan siasatan.

Hujah yang dilazim diberikan oleh Umno-BN adalah jika SPR tidak adil dan cenderong kepada pemerintah, mana mungkin pembangkang boleh menang besar pada PRU yang lalu.

Hujah balas ialah, jika SPR memang adil dan berkecuali dalam melaksanakan tanggungjawabnya, maka negara sudah pun ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

azlanKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata calon-calon Pakatan tidak mempunyai pilihan kecuali memastikan mereka mendapat sekurang-kurangnya 55 peratus daripada jumlah undi untuk memastikan pengiraan undi tidak dimanipulasi.

Ini satu tanggungjawab yang amat berat kerana lawan Pakatan Rakyat dalam PRU bukan parti Umno-BN semata-mata.

Pakatan Rakyat sebenarnya berdepan dengan parti Umno-BN yang disokong dengan segala wang rakyat, kemudahan awam, institusi kerajaan dan jentera media arus perdana.

Bagi Umno-BN, tidak ada batas untuk menggunakan segala kelebihan kerajaan pemerintah untuk agenda politiknya, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya.

NONEApakah SPR mahu sekali lagi tergolong sebagai sebahagian daripada aparatus BN untuk memenangi PRU yang akan datang?

Biarlah Himpunan BERSIH 2.0 menzahirkan harapan rakyat yang mahu SPR melaksanakan amanahnya secara adil, telus, dan berkecuali dalam mengendalikan pilihanraya demi masa depan negara tercinta ini.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.


  • Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Nil
    MEREKA YANG MENENTANG 'BERSIH' AGAK MEMBUAT PEKARA YANG KOTOR DAN LUAR DARI UNDANG UNDANG SEBAB ITU -LAH MEREKA GENTAR. POLIS HARUS BERSIKAP ADIL DAN TAHU UNDANG UNDANG NEGARA.
    • Zurani Serikandi Ayah · Pengulas Tertinggi · Nil
      UNDANG UNDANG NEGARA ADA-LAH UNDANG UNDANG NEGARA UNTUK RAKYAT BUKAN UNDANG UNDANG UMNO, SAYA HARAP PIHAK POLIS AKAN FAHAM INI !
    • Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
      Cara UBN supaya terus kekal berkuasa... Undi pos harus di hapuskan kalau SPR benar2 telus...

Apabila politik perkauman melebihi segala-galanya...
Edwin Michael
Jun 23, 11
6:02pm
“Saya ingin beri nasihat kepada anak-anak sekalian... Jangan terlibat dalam sebarang perhimpunan. Anasir-anasir ingin merosakkan negara kira. Ini negara kita. Ini tanah Persekutuan Tanah Melayu.

“Mereka hendakan negara kita hancur supaya Melayu hancur. Jangan cepat pengaruh dengan orang manis mulut untuk merosak orang Melayu. Perhimpunan yg dirancangkan akan membawa hancuran negara Tanah Melayu. Jangan Melayu lawan Melayu. Awas anak sekalian.”


Apa yang anda baca ini ialah pesanan yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Prof Sahol Hamid Abu Bakar dalam laman peribadi facebook beliau yang pastinya ditujukan buat para penuntut UiTM di seluruh Malaysia.

Pelajar saya menunjukkan pesanan ini sewaktu kami sedang berbual ringan melibatkan pelbagai isu semasa di Malaysia ini. PPSMI, Interlok hinggalah kepada loji nadir bumi di Gebeng, semuanya dikupas secara santai tetapi berintelektual.

bersih rally 271207 01Saya ditanya, apa salahnya dengan BERSIH 2.0 ini?

Media arus perdana melihatnya seperti suatu dosa besar, amat menakutkan dan seterusnya boleh menghancurkan negara.

Andaian dibuat bahawa mereka yang menyertai BERSIH 2.0 ini sebagai anasir-anasir yang ingin merosakan negara sedangkan mereka yang menikmati segala macam kemewahan melalui segala macam korupsi di negara ini tidak pula dilihat seperti itu.

Demokrasi dalam konteks negara kita hanya pada namanya sahaja. Apa sahaja yang mengugat status quo pemerintah dilihat sebagai ancaman kepada kepentingan nasional. Oh ya, hingga hari ini saya gagal menemui satu definisi mutlak kepada apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan kepentingan nasional?

Kepentingan siapa di sini yang sebenarnya dirujuk? Pemerintah atau rakyat?

bersih rally 271207 05Jika benar rakyat menjadi keutamaan maka bukankah atas dasar prinsip demokrasi itu sendiri rakyat seharusnya dibenarkan turun menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 ini agar rakyat bebas menyuarakan pendapat, pandangan mereka tentang sistem politik negara ini.

Benarkah setiap individu yang berhasrat menyertai BERSIH 2.0 bermimpikan agar Melayu hancur dan berpaksikan kepada Melayu lawan Melayu?

Kaum Melayulah yang perlu dikasihani di sini. Tak semena-mena mereka diheret bersama-sama atas nama kepentingan nasional dan keperluan mempertahankan Tanah Melayu. Tanah Melayu?

NONEBukankah rakyat Malaysia menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan Malaysia sebagai Malaysia? Apakah ada individu yang 'lebih Malaysia' daripada individu lain?

Tetapi jika ini melibatkan percaturan politik melayu maka ia adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan amat malang sekali apabila minda anak-anak muda yang seharusnya diberikan ruang untuk melihat segenap aspek kehidupan meliputi politik, ekonomi dan sosial secara kritis ini sengaja ditutup demi menyelamatkan politik melayu itu sendiri.

Membicarakan secara serius tentang politik Melayu ini umpama menjerat diri sendiri kerana setiap pandangan politik seseorang ahli akademik tidak akan dianalisis secara kritis sebaliknya dilihat sebagai satu bentuk jenayah benci yang berbahaya di negara ini.

NONEPolitik Melayu bukan sahaja telah mewujudkan masalah sektarianisme (berpuak-puak) di kalangan orang melayu itu sendiri malah menjuruskan kepada sikap ekstremis antara umat Islam itu sendiri. Inilah realitinya politik melayu di Malaysia yang merugikan rakyat dan menguntungkan mereka yang bermati-matian menyahkan demokrasi.

Para politikus bermati-matian mahukan BERSIH 2.0 dibatalkan demi kepentingan nasional. Kepentingan nasional yang meliputi kepentingan para politikus yang mengaut pelbagai macam keuntungan dengan menggunakan label politik perkauman dan kemudiaanya meletakkan beban pada bahu rakyat yang sememangya sudah menderita dengan segala macam keputusan tidak popular yang telah dilaksanakan sebelum ini, begitu?

NONESaya cukup hairan apabila seorang ahli akademik gagal melihat isu BERSIH 2.0 daripada sudut pandangan seorang ilmuwan sebaliknya memilih untuk melihatnya sebagai suatu isu politik Melayu? Cerdik pandai jenis apakah yang akan/sedang dihasilkan oleh universiti ini? Kemana hala tuju sistem pendidikan tinggi negara?

Membentuk mahasiswa berkelas dunia ini bukannya bersandarkan dengan menggalakkan para mahasiswa menyertai aktiviti kampus yang kebanyakkannya bersifat rekreasi dan hedonistik semata-mata sebaliknya menyemarakkan kegiataan kemahasiswaan yang bersifat keintelektualan dan tidak dipagari dengan peraturan yang mengekang percambahan idea mahasiswa.

NONEWalau apa jua justifikasi negatif dilemparkan, BERSIH 2.0 tetap bersih. Dan apabila golongan ilmuwan memilih untuk menilainya daripada sudut politik perkauman maka belum tentu kita akan merekayasa bangsa Malaysia yang berintelektual dan berpendidikan tinggi.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Penulis adalah pensyarah Jabatan Kewartawanan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Tunku Abdul Rahman, Perak.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Wahai penyokong penyokong UMNO.
    Ikutlah kami pakai baju kuning turun jalanraya buat demo.
    Kami syorkan geng UMNo belajar lah cara cara demo.
    Kalau selepas PRU 13, PR jadi pemerintah , sekiranya ada rasuah , salahguna kuasa atau apa apa terjadi, kami rakyat Malaysia akan bantu UMNO demo balik. tetap kami turun jalan raya seperti BERSIH 2.
    Ini lah semangat Gua tolong Lu , Lu tolong Gua.
    Apa macam? ada komen?
    • Mo Dol · Pengulas Tertinggi · Isbi arizona usa
      9 julai akan menjadi hari bersejarah buat malaysia. Rakyat turun berhimpun dgn harapan dapat menuuntut hak untuk rakyat malaysia. Namun kerajaan BN umno terus melawan harus yg semakin deras ? Saya yakin mereka semua turun bukan, sebeb lain melainkan menegakkan keadilan oleh spr ? Apa yg menjadi susah sangat kpd spr untuk menerima pakai sistem yg memang baik untuk malaysia ? inilah akibat bila mana spr sudah di menjadi agensi untuk umno bn, bukan untuk rakyat ? Seleuruh dunia akan menyaksikan himpunan ratusan ribu org akan menuntut keadilan oleh bersih......tq

Tiada ulasan: