Rabu, 15 Jun 2011

BILA NAK TUNJUK JAGUH...TAK KIRA HURU HARA....SEDARLAH KEMATIAN...AMBIK MUDARAT KECIL..MUDARAT BESAR TINGGAL SEPERTI PERGADUHAN...YG UNTUNG SYAITAN...

Ancaman Anonymous: M'sia pertingkat keselamatan
Jun 15, 11 12:06pm

Malaysia mempertingkatkan keselamatan di alam siber berikutan ancaman sekumpulan pengodam tanpa nama yang mahu menyerang portal kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat beberapa laman web perkongsian fail, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dengan menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, mereka berkata tindakan kerajaan Malaysia yang menyekat beberapa laman web berkenaan dianggap sebagai satu bentuk penapisan.

NONESerangan yang diberi nama "Operation Malaysia", kata Anonymous akan dilancarkan pada jam 1930 GMT (3 pagi esok waktu tempatan) bagi memberi pengajaran kepada sesebuah negara yang menapis laman web Wikileaks.

"Kami menerima berita mengenai ancaman ini. Pelbagai agensi yang terlibat dan kita akan siasat,” kata Ismail kepada Reuters.

"Siasatan perlu dijalankan dan kita perlu melindungi sistem kita pada masa yang sama.”

Malaysia adalah negara terbaru yang menjadi perang siber oleh aktivis berkenaan yang sebelum ini melumpuhkan laman web MasterCard dan Paypal kerana menghentikan perkhidmatan kewangan kepada Wikileaks.

Mereka juga pernah menggodam laman web di Syria, Tunisia, Mesir dan India.

Polis harus bertindak terhadap provokasi Perkasa
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pihak polis dinasihatkan untuk mengambil tindakan terhadap provokasi Perkasa dan juga presidennya, Datuk Ibrahim Ali yang muktahir ini membuat pelbagai kenyataan yang nyata boleh mengancam keselamatan awam dan mencetuskan kemarahan awam dalam bantahan keras mereka terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

“Tiada tindakan pihak polis membuatkan seolah-olah negara ini tiada undang-undang kerana ada badan NGO yang mengatasi undang-undang sehingga pelbagai kenyataan yang terang-terangan bersifat provokasi boleh dikeluarkan dengan tanpa segan dan bebas,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Ibrahim, yang juga ahli parlimen bebas Pasir Mas kebelakangan ini telah secara lantang membantah perarakan aman Gabungan Pilihan Raya dan Adil (Bersih 2.0) pada 9 Julai ini dengan mengerahkan ahli-ahli Perkasa-nya turut berarak pada hari yang sama semata-mata untuk menentang dan bertembung dengan kumpulan Bersih 2.0.

"(Jika mereka teruskan) akan ada pertembungan. Jika berlaku, ini demi kebaikan," Ibrahim telah dipetik sebagai berkata sambil menyifatkan perhimpunan BERSIH 2.0 sebagai sesuatu yang kotor.

Bagi PAS, kata Tuan Ibrahim, Bersih 2.0 mempunyai matlamat yang baik dan murni bagi mendesak satu pilihanraya yang adil dan bersih.

“Himpunan ini jelas dengan objektif dan matlamat demi kebaikan negara. Kerana sebarang penyelewengan dalam pilihanraya umum akan datang akan menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat, dan isu ini, kalau tidak diatasi segera akan membawa kepada pemberontakan dalaman rakyat apabila penyelewengan pilihanraya dibiarkan untuk dilakukan secara terang-terangan untuk menjamin kemenangan parti pemerintah,” kata Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, katanya memilih jalan demokrasi bersama Pakatan Rakyat dan pihak yang lain yang menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya kerana yakin bahawa hanya dengan satu sistem yang adil sahaja keadilan dan hak rakyat, yang juga termasuk rakan-rakan dan saudara mara pihak polis dapat dijamin.

“Bila mana pelbagai salahguna mula dilakukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta penyalahgunaan media secara berleluasa; maka penyelewengan ini mesti diperbetulkan,” tambahnya.

Disebabkan itu, katanya, PAS menyarankan supaya pihak polis mesti menghalang perhimpunan Perkasa yang dilakukan hanya semata-mata untuk mencetuskan huru-hara untuk bertembung dengan perhimpunan awam Bersih 2.0 yang telah dijadualkan dari awal lagi.

Pertemuan dengan SPR

Menurut Tuan Ibrahim, PAS akan mengadakan dialog dan perundingan dengan pihak SPR sebelum perhimpunan Bersih 2.0 berlangsung.

“Pertemuan ini sangat penting bagi memastikan tuntutan Bersih 2.0 dapat dipenuhi, dan pihak kerajaan perlu faham kenapa rakyat membantah SPR.

Dialog dan pertemuan demi pertemuan yang diadakan membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang suka mencetuskan suasana gawat dengan demonstrasi aman tetapi ianya sebagai jalan keluar terakhir bagi memperlihatkan kepada pihak kerajaan betapa seriusnya kemarahan rakyat kepada ketidakadilan sistem yang sedang berjalan kini,” terang Tuan Ibrahim.

Sebagai contoh, katanya tindakan JPN mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing di Selangor, Kedah dan juga Kelantan sebagaimana yang dilaporkan kepada pihak polis bukanlah satu isu kecil dan remeh yang boleh dipandang sebelah mata.

Begitu juga isu pendaftaran pengundi baru yang sangat luar biasa di Selangor, Kedah dan Pahang telah menimbulkan pelbagai bantahan dan kebingungan rakyat.

“Semua usaha ini memperlihatkan seolah-olah SPR dan JPN mempunyai konspirasi bersama Umno dan Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka,” kata Tuan Ibrahm.

Sehubungan itu, PAS ingin melihat sesuatu tindakan ke atas Perkasa bagi mengelakkan satu provokasi menjelang Bersih 2.0 dapat dielakkan dapat diambil pihak polis, yang juga akan mendapat kebaikan sekiranya pilihanraya umum dapat dilakukan dengan adil.


Mutiara HAMKA.. ♥♥♥

Ketika rumahku diketuk oleh kemiskinan, aku buka jendela dan aku lompat keluar. Apakah kemiskinan itu? Kemiskinan Ilmu, Kemiskinan Iman, Kemiskinan Akhlak, dan Kemiskinan Harta...

Tiada ulasan: