Khamis, 2 Jun 2011

JANGAN GADAI AKIDAH@IMAN DEMI KEJAR DUNIA SERTA KEMEWAHAN SEMENTARA....SEDANGKAN KECUNDANG DIAKHIRAT NANTI...FIKIR2KANLAH....

Buang tanggapan 'pelengkap lelaki', Muslimat perlu lebih nasional
Hazayani Zakaria

SHAH ALAM, 2 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Muslimat PAS lebih kehadapan dan tidak lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan Adam.

Kata, dengan perkembangan semasa hari ini, muslimat juga harus melengkapkan diri untuk bersaing di peringkat nasional.

"Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan.

"Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan.

"Hari ini, pada saat dunia berkembang pesat dengan segala arus kemodenan, muslimat perlu dilihat berketrampilan menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa agar dilihat mampu bersaing dengan pergerakan wanita dari parti-parti lain," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat ke-51 di Dewan Banquet, Bangunan SUK, dekat sini hari ini.

Disamping itu juga beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Muslimat juga perlu mempersiapkan diri selengkapnya untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU-13).

Katanya, Muslimat PAS mempunyai kelebihan tersendiri yang boleh memainkan peranan untuk menjatuhkan Umno BN pada pilihan raya akan datang.

"Disiplin, thiqah, dan keteguhan pimpinan dan ahli-ahli PAS adalah syarat yang perlu dipatuhi.

"Atas syarat inilah, kerajaan PAS di Kelantan mampu bertahan walaupun dengan majoriti satu kerusi sahaja.
Prestasi ini dipandang tinggi oleh rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan muslimat agar menyediakan genarasi pelapis yang berpotensi besar untuk berkecimpung dalam arena politik tanah air.

"Saya melihat Dewan Muslimat PAS pada hari ini semakin menarik minat pelbagai latar belakang untuk turut bersama dengan perjuangan ini. Tidak dilupakan, muslimat perlu kepada generasi pelapis.

Tambahnya, beliau sendiri menyaksikan ada perbezaan berikutan kehadiran pelbagai latar belakang dan bakat baru.

Justeru beliau berharap agar golongan senior di dalam Dewan Muslimat dapat membimbing bakat-bakat baru agar memahami perjuangan PAS dan terus istiqomah membantu bahtera PAS sampai ke pantai destinasinya.

"Kepelbagaian ini saya ibaratkan sebagai sejambang bunga yang menampilkan pelbagai jenis bunga dan wangian yang berbeza. Ia sama sekali tidak mencacatkan jambangan bunga bahkan ia menambahkan seri dan menaikkan perhatian orang yang memerhati. Muslimah ibarat bunga yang sedang berkembang mekar di jambangan yang namanya jihad, insya-allah jika dibajai dan dijaga bunga ini, wangiannya akan terus kekal semerbak sepanjang zaman," katanya.


Semua jawatan menang tanpa bertanding
Aziz Muda
KUALA LIMPUR, 2 Jun: Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 mencatat sejarah apabila kesemua jawatan dalam dewan itu diumumkan menang tanpa bertanding.

Jawatan-jawatan yang diisytiharkan menang tanpa bertanding meliputi jawatan Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Penolong Setiausaha 1,2 dan 3, Bendahari, AJK dan pemeriksa kira-kira bagi sessi 2011-2013.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap Dewan Ulama, Ustaz Hamdan Mohamad sekitar jam 9.00 pagi ini.

Dewan Ulama PAS Pusat mengadakan Muktamar Tahunan Ke-50 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar di sini, hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Ucap utama disempurnakan oleh Timbalan Ketua Dewan Ulama bagi mewakilo Ketuanya, Datuk Harun Taib yang turut hadir mengikutinya.

Pada sessi perbahasan ucap utama bermula jam 11.30 pagi tadi yang dipengerusikan oleh Ustaz Hamdan Mohamad, seramai 7 peserta telah mengambil bahagian.

Peserta terbabit terdiri daripada perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah, Kedah (Mohd Lutfi Ariffin), Perlis (Idris Yaakub), Johor (Ustaz Arif Salim Osman), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Ustaz Mohd Nazmi Kamaruddin), Perak (Muhammad Nuri Al-Amin Endut) dan Pahang (Ahmad Nazri).

Perbahasan ucap utama akan disambung jam 2.30 petang dengan dimulaikan perwakilan Dewan Ulama PAS Selangor setelah muktmar berehat jam 1.00 tengahari.


Pertembungan PAS dan Umno pertembungan akidah
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Pertembungan antara PAS dan Umno perlu difahami dengan jelas oleh setiap pihak sebagai bukan hanya sekadar pertembungan politik, tetapi adalah pertembungan akidah.

Oleh iitu, para ulama dalam PAS di semua peringkat perlu memainkan peranan dengan berkesan bagi menerangkan perkara itu bukan hanya kepada ahli-ahli PAS, tetapi juga kepada orang ramai di seluruh negara.

Perwakilan Dewan Ulama PAS Terengganu, Hamzah Ngah berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan oleh ulama PAS apabila ditanya oleh seseorang tentang perbezaan antara PAS dan Umno.

Menurut beliau, sebalik perbezaan itu perlu dinyatakan dengan jelas dan tegas agar difahami setiap pihak, selaras dengan perjuangan PAS untuk Islam, manakala Umno atas dasar nasionalis.

Namun dalam hubungan ini, beliau kesal kerana terdapat ulama PAS di peringkat kawasan sendiri enggan menjelaskan perkara itu dengan mengatakan terpulanglah kepada kefahaman sendiri untuk menanggapinya.

"Begitu juga jika ditanya tentang kepentingan mendaftar diri untuk menjadi pengundi, ada ulama di kawasan hanya memberikan jawapan seperti itu, pada hal ia perlu dicantas terus dengan menjelaskan perbezaan pertembungan antara PAS dan Umno sebagai pertembungan akidah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap membahaskan ucap utama pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-50 di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd Noor di Taman Melewar, di sini, hari ini.

Bagi mengatasi perkara itu, beliau menyarankan agar para ulama bukan sekadar memilkii pelbagai ilmu, tetapi juga memiliki sifat keberanian untuk menyatakan kebenaran dan melakukan perubahan.

Sejajar dengan itu, beliau menegaskan penolakan PAS untuk bersatu dengan Umno BN sememangnya tepat kerana kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat ternyata jauh lebih menguntungkan PAS dan umat Islam dari sudut dakwah dan pelbagai sudut lain.

Sementara itu, perwakilan Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Lutfi Ariffin berkata, kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat memerintah di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang merupakan satu cabaran penting kepada para pemimpin dan ahli-ahli PAS agar tidak terpedaya dengan kemewahan hidup.

Beliau berharap agar kemenangan itu pula jangan menimbulkan kepuakan dalam PAS.

Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Perlis, Idris Yaakub berkata, kemenangan yang sebenar bagi umat Islam adalah berpegang kepada ajaran Allah.

Perwakilan Dewan Uilama PAS Johor, Ustaz Arif Salim Osman mengingatkan golongan ulama agar memainkan peranan derngan berkesan kepada masyarakat dengan ilmu yang dimiliki kerana ia merupakan amanah Allah kepada mereka.

Manakala perwakilan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Nazmio Kamaruddin berharap agar PAS mewujudkan Majlis Penyelidikan dengan segera bagi kepentingan seluruh ahlinya.

Perwakilan Dewan Ulama PAS Perak, Muhammad Nuri Al-Amin Endut pula meregaskan kekuatan Islam antara lain terletak pada prinsip.

Oleh itu, beliau berharap agar para pemimpin dan ahli-ahli PAS terus cekal dengan prinsip perjuangan Islam bagi membolehkan PAS terus maju mendepani pelbagai cabaran.

Perwakilan Dewan Ulama PAS Pahang dalam ucapannya menyarankan agar rakyat Pahang mengKelantankan Pahang dengan antara lain melakukan pengusaan terhadap masjid dengan mengimartahkan masjid.

Selain itu, beliau juga berharap agar rakyat Pahang turut mencontohi negeri Kelantan menerusi keilmuan dengan berusaha memperbanyakkan pusat penyebaran ilmu di negeri itu.



Hanya satu puak dalam PAS
Panah Hijau

Sebuah akhbar harian Inggeris asyik sahaja menggunakan istilah 'puak Erdogan' bila merujuk kepada sekumpulan pemimpin PAS yang bukan ulama. Nama ahli-ahli 'puak Erdogan' ini pun ada disenaraikan dalam akhbar harian tersebut.

Para pemberita akhbar harian Inggeris ini menulis bahawa kononnya puak ini adalah agresif dan mempunyai matlamat dan halatuju yang berlainan dari puncak pimpinan parti PAS seolah-olah puak ini adalah satu puak baru yang wujud untuk mengancam cara pentadbiran dan organisasi dalam PAS.

Sebagai pemerhati politik selama lebih dari dua dekad, saya disini ingin mengatakan bahawa perjuangan PAS adalah konsisten dan tidak pernah berganjak dari perlembagaannya cuma sekarang pendekatannya adalah berlainan sedikit iaitu bersesuaian dengan era Politik Baru yang merangkumi perjuangan untuk keadilan bagi semua pihak tanpa mengira agama atau bangsa.

Oleh itu, tidak wujud sama sekali 'puak Erdogan' dalam PAS tetapi hanyalah golongan profesional yang bukan ulama. Golongan profesional ini mempunyai idea-idea baru yang kukuh untuk memantapkan parti supaya PAS dapat meraih sokongan dari semua lapisan masyarakat dan idea-idea baru ini adalah perlu dan relevan untuk perjuangan PAS pada masa kini.

Pada masa ini apabila BN kuat memainkan sentimen perkauman, parti PAS lah yang merupakan parti yang berani mengambil langkah untuk memadamkan api sentimen perkauman dan meredakan keadaan.

Dalam isu penggunaan kalimah Allah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku selepas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, PAS telah berani menonjolkan pendirian yang teguh berasaskan kepada ajaran Islam sementera pihak UMNO diam membisu seribu bahasa.

Dalam zaman perjuangan PAS kali ini dimana PAS berjuang bersama dengan PKR dan DAP atas wadah Pakatan Rakyat, perwira-perwira PAS digalakkan menggunakan idea-idea baru yang innovatif untuk menghadapi cabaran yang semakin sengit dari pihak musuh dimana fitnah dan politik durjana digunakan oleh pihak musuh dengan sewenang-wenangnya.

Untuk mengharungi cabaran ini, pemimpin-pemimpin PAS, ahli-ahli dan penyokong serta rakan-rakan PAS mestilah sama-sama menyumbang idea dan menggembeleng tenaga, tidak kira dari kumpulan ulama ataupun bukan ulama.

Janganlah terpedaya dengan media arus perdana yang hanya bertujuan melaga-lagakan para pemimpin dalam PAS kerana itulah hasrat terpendam mereka.

Rakyat Malaysia mestilah tahu bahawa hanya wujud 1 puak sahaja dalam PAS, iaitu puak yang akan bekerja bertungkus-lumus untuk menjadikan BN sebagai puak pembangkang.

Justeru itu, harapan saya adalah supaya pemimpin-pemimpin ulama dan profesional sama-sama akan diberi peluang untuk mengetuai bala tentera di medan pertempuran Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

PANAH HIJAU
2hb Jun 2011


Ada ketawa di tengah kepanasan muktamar pemuda

Harakahdaily

SHAH ALAM, 2 Jun: Walaupun pemilihannya agak panas, namun perjalanan Muktamar Pemuda PAS Pusat di Auditorium MBSA dekat sini penuh dengan keceriaan.

Muktamar yang dikendalikan oleh tokoh pemuda PAS dari Perak, Misbahul Munir Masduki penuh dengan gelak ketawa di samping ucapan yang berapi-api dan teriakan takbir dari para pemimpin dan perwakilannya.

Ia juga disulami dengan lawak dan gurau senda dari perwakilan dan pemimpin Pemuda PAS sehingga kadang-kadang ditegur dengan gurauan oleh Misbahul Munir, antara tokoh utama kerajan Pakatan Perak di bawah Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Yup, ini bukan muktamar pemuda PAS Perak, ini muktamar pusat," kata Pengerusi Tetap, Misbahul Munir Masduki kepada Mohd Sany Hamzan, Pengarah Jabatan Seni dan Budaya (DACS) Pemuda PAS.

Sany (gambar) yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor bercakap dengan loghat Perak ketika menjawab persoalan dari perwakilan Perak mengenai aktiviti Pemuda.

"Saya nak tunjukkan, orang Selangor pun boleh juga cakap Perak juga yup," balas Sany disambut gelak ketawa perwakilan dan pemerhati.

Namun, Misbah bertegas, ini muktamar Pemuda PAS Pusat bukan Pemuda PAS Perak.

Sany dalam jawapannya menjelas, bukan soal Pemuda PAS Pusat tidak menganjurkan aktiviti tetapi sambutan dari pemuda negeri amat lemah terutama dari negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sendiri.

"Ia termasuk di Perak sendiri ketika negeri itu diperintah oleh Pakatan Rakyat," kata Sany.

Sany yang memimpin DACS banyak menganjurkan pelbagai program untuk remaja dan pemuda di seluruh negara.

"Remaja nak futsal, kita anjur futsal, pemuda nak bola kita anjur bola...tetapi pendekatannya cara kitalah..soalnya kerjasama dari negeri-negeri," kata Sany.


Ikhwan Mesir ucap tahniah, mahu PAS terus maju
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 2 Jun: Parti Ikhwan Muslimin Mesir mendoakan agar PAS akan terus maju dalam perjuangannya untuk Islam dan rakyat supaya Islam terserlah sebagai 'rahmat kepada seluruh alam'.

Dalam masa yang sama, parti itu juga turut merakamkan ucapan tahniah kepada PAS di bawah kepimpinan Mursyidul Amnya, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang akan mengadakan Muktamar Ke-57nya mulai 3 hingga 5 Jun ini.

Murshid Ikhwan Muslimin Mesir, Mohamed Al-Badie’ berkata, beliau berharap agar Muktamar PAS Ke-57 berjalan dengan penuh kejayaan dan perlindungan Allah.

Menurutnya, beliau mendoakan agar setiap pendokong PAS sentiasa istiqamah dalam perjuangan Islam, sentiasa tabah menghadapi segala bentuk halangan dan ujian dalam dakwah serta politik yang diceburi dan sentiasa meletakkan keyakinan akan pertolongan dari Allah.

Katanya, bagi Ikhwan Muslimin di Mesir, mereka bersyukur kepada Allah kerana telah berjaya mencipta sejarah baru, apabila telah berjaya mengadakan Muktamar Senawi secara terbuka, aman dan bebas baru-baru ini selepas kejatuhan rejim diktator Mubarak.

"Sejarah baru ini tercipta setelah kami dari Ikhwan telah menghadapi ujian besar sejak berpuluh-puluh tahun lalu di Mesir. Ikhwan diharamkan, kami dipenjarakan, kami dibuang negeri, tetapi perjuangan kami tetap mekar di hati dan sanubari rakyat Mesir yang cintakan Islam.

"Perubahan yang sedang kami nikmati di Mesir kini semuanya adalah hasil dari berkat kesabaran, keyakinan serta pertolongan dari Allah SWT," katanya menerusi perutusan khasnya sempena Muktamar PAS Ke-57 yang disampaikan melalui Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Syed Azman yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Adun Batu Buruk dalam kenyataannya kepada Harakahdaily semalam berkata, menerusi perutusan itu, Mohamed Al-Badie’ turut mengingatkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS tentang tiga cabaran besar yang dihadapi oleh gerakan Islam di seluruh dunia.

Pertama, cabaran dalam bentuk global yang menyaksikan dunia Islam kini diserang dengan pelbagai tuduhan dan ancaman dengan meletakkan Islam dikandang orang salah.

Kedua, gerakan Islam di serata dunia akan terus ditekan tanpa mengira belas kasihan.

Ketiga, pertembungan yang sedang berlaku kini di antara gerakan Islam dan kuasa-kuasa Barat bukan hanya pertembungan pemikiran, tapi lebih merupakan pertembungan tamadun yang amat mencabar.

Tegas Mohamed, namun kita amat yakin dengan perkembangan politik baru sekarang. 'Kuasa Rakyat’ telah merubah pola politik Mesir dan Timur Tengah.

Perkembangan itu, katanya, tidak mungkin akan mumpu disekat oleh mana-mana pihak termasuk kuasa besar dunia Amerika Syarikat dan Britain. Rakyat di seluruh dunia kini mahukan kebebasan dan hak mereka dikembalikan.

"Akhirnya saya mendoakan agar setiap pendokong PAS sentiasa bersabar menghadapi ujian besar ini. Persiapan yang mendalam perlu dilakukan oleh semua ahli PAS bagi menghadapi situasi politik baru ini.

"Hanya dengan keimanan yang mendalam, persiapan ilmu yang cukup serta pengorbanan yang besar sahaja yang akan menjamin kemenangan serta masa depan Parti Islam.

"Sekali lagi saya mewakili seluruh kepimpinan dari Ikhwan Muslimin mengucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh kepimpinan dan ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS). Melangkahlah kamu semua dengan keberkatan dari Allah SWT," ujar beliau.


Indonesia turun harga petrol, Malaysia?
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Jun: PAS mempersoal sikap kerajaan Malaysia yang hanya berfikir mahu menaikkan harga petrol temasuk RON 95 sedangkan Indonesia bertindak menurunkan harga bahan bakar itu kali kedua dalam tempoh seminggu.

Kelmarin, PT Pertamina Indonesia mengambil tindakan untuk kali kedua dalam tempoh seminggu iaitu menurunkan harga petrol antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam RM0.07 hingga RM0.21 seliter.

Ketua Penerangan PAS Perak ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan yang diambil oleh Kerajaan Republik Indonesia itu merupakan satu jawapan yang jelas kepada apa yang telah dikatakan oleh Pakatan Rakyat di Malaysia bahawa harga minyak boleh diturunkan.

"Pakatan Rakyat menegaskan berulang bahawa Malaysia mampu menurunkan harga minyak bila BN jadi pembangkang selepas PRU ke 13 nanti.

"Malah ada isu yang mengatakan sepatutnya harga minyak di Malaysia sekiranya pengurusan ekonomi negara tidak pincang selama 50 tahun lebih sebenarnya boleh sampai ke tahap RM 0.60 seliter dan tidak semahal sekarang,"katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau turut mempersoal apa penjelasan yang mahu diberikan Umno BN dengan tindakan terbaru negara jiran itu.

Sebelum ini kata Khalil, pemimpin Umno BN sering mengatakan ekonomi Malaysia lebih baik dari Indonesia namun Malaysia dia tidak mampu untuk membela rakyatnya dengan menurunkan harga minyak.

"Ternyata Pemimpin BN berbohong kepada rakyat Malaysia dengan tidak mampu membela nasib rakyatnya yang duduk dalam keadaan tertekan dan dihimpit resiko kenaikan harga barang apabila setiap kali harga minyak naik.

"Realitinya pemimpin BN sekarang menjadi penghisap darah kepada rakyat dengan sewenangnya menaikkan harga minyak RON 97 dan pada bila-bila masa RON 95 akan mengalami kenaikan harga,"tegasnya.

Sehubungan itu beliau menyeru rakyat memastikan dalam PRU ke 13 akan datang BN diletakakan sebagai pembangkang dan memberi harapan kepada Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia yang semakin kritikal.

Presiden Yaman belajar dari Mesir dan Tunisia
Subky Latif

SUDAH lebih tiga bulan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh menghadapi tunjuk perasaan rakyat untuk menggulingkannya, dia masih berdolak dalik mempertahankan kedudukannya yang sudah amat goyang itu.

Dia tidak terkenal lebih garang dari Ali Zeine al Abedene yang meninggalkan kekuasaan di Tunisia dan Hosni Mubarak yang berkuasa 30 tahun di Mesir. Tetapi nampaklah dia lebih liat dari rakan-rakannya di Tunisia dan Mesir itu.

Ali Zeine al Abedene meninggalkan negara kurang dari sebulan selepas rakyat bangkit dan Hosni cabut dari kuasa selepas sebulan bertahan. Tetapi Presiden Yaman yang kurang garang enggan tunduk sesudah lebih tiga bulan.

Apa yang ditunggunya? Tiada apa yang dapat dibuatnya lagi.

Dia menunggu diberi kekebalan selepas turun kuasa; supaya tidak didakwa dan dibiarkan bebas sehingga tiba ajalnya. Tetapi rakyat tidak mahu sebarang syarat daripadanya.

Dia hanya menunggu hari akhirnya sama ada turun tanpa syarat, terpaksa turun hidup atau mati, atau mati bunuh atau mati sendiri kerana serangan jantung atau memilih jalan mati sendiri.

Apa yang menyebabkan dia liat? Ialah kerana dia sudah belajar dari dua nasib presiden saudara Arabnya sebelumnya.

Dia belajar dari rakannya Ali Zeine al Abedene yang lari meninggalkan negara bagi menyelamatkan diri. Raja Tunisia itu bukan kerana hendak memberi laluan kepada negara dan rakyat mengatasi huruhara dengan beroleh presiden dan kerajaan baru, tetapi bagi mengelakkan dirinya dan keluarganya dihukum oleh rakyat.

Lalu dia lari menyelamatkan diri. Itu pun tidak benar-benar menyelamatkannya. Arab Saudi yang membenarkan kedatangannya tidak membenarkannya tinggal menetap. Dia terpaksa minta perlindungan di sana sini, ternyata ia bukan suatu yang mudah.

Belum tentu siapa dapat menerimanya dan harta yang dibawanya lari dan yang isterinya bawa lari dikejar sekarang oleh rakyatnya.

Ali Abdullah Saleh tidak mahu jadi seperti itu. Jika dia terbang ke mana-mana seperti kawannya dari Tunisia, dia akan jadi sepertinya juga. Maka itu bukan pilihannya.

Jika ia mengikut cara Hosni Mubarak; keluar dari kuasa dan menetap sebagai rakyat biasa dalam negara, maka juga tidak dapat lina siang dan malam.

Hosni tidak diberi kebebasan bergerak ke mana-mana. Hendak keluar rumah kena minta permit. Jika dapat permit tidak boleh pergi sendirian. Akan diikut mata-mata dengan segala syaratnya.

Sekarang Hosni dan keluarganya disiasat. Kerana dia sakit dan memerlukan rawatan, maka wad hospital menjadi kawasan tahanan buatnya. Dari seorang yang tidak sihat, siasatan dan layanan yang diterimanya menjad musabab dia sakit.

Anak-anaknya ditahan dan disiasat. Hingga bila? Isterinya juga menjadi tahanan dan disiasat. Isterinya sudah menyerahkan kepada kerajaan antara harta dan rumah kediaman yang diperoleh dengan cara yang tidak sah.

Dipercayai banyak lagi kekayaan keluarga itu akan diambil kerajaan.Apa yang kerajaan sementara dan kerajaan baru nanti akan buat kepada Hosni dan keluarganya di masa akan datang, tidak diketahui.

Tetapi dapatlah dikatakan mereka tidak dapat menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia entah untuk berapa lama.

Keluarga Hosni Mubarak menerima layanan itu kerana bekas diktotor itu memilih untuk tidak keluar negeri, sedia menghadapi apa di dalam negeri.

Presiden Yaman itu belajar dari nasib Mubarak itu, maka ia bukan pilihan yang baik baginya dan keluarganya.

Dia tidak mahu jadi macam nasib keluarga Mubarak.

Sesudah semua tawaran berdamai tidak diterima oleh penentangnya, dia berkeras supaya dia diberi kekebalan tidak diapa-apakan, barulah dia bersetuju turun kuasa.

Ini jugalah yang Ghadaffi dan Basher Assad fikir dan hadapi. Pilihan tidak banyak bagi mereka. Belum nampak ada jalan bagi mereka kekal dalam kekuasaan.

Oleh kerana Ali Abdullah Saleh bukan penentang Amerika dan barat, maka belum adalah tekanan tegas dari dari NATO ke atas Yaman. Presiden Yaman itu boleh berlindung di Amerika tetapi layanan untuknya tidak lebih dari apa yang telah diterima oleh bekas Presiden Marcos dari Filiina dulu.

Bukan sekadar dia tidak banyak pilihan tetapi dia sudah tidak ada pilihan.


Haji Subky dipilih sebagai Tokoh Pemuda

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 2 Jun: Penulis terkenal, Haji Subky Latif dianugerahkan sebagai Tokoh Pemuda memandangkan sumbangan besarnya kepada PAS khususnya dewan pemuda.

Ketika peralihan bentuk kepimpinan PAS pada 1982 yang digagaskan oleh dewan pemuda dalam muktamar di Pulau Pinang, Subky adalah Setiausahanya.

Beliau juga pernah diamanahkan sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat dalam tempoh lama sejak 1995 lagi.

Sehingga kini, beliau masih lagi menulis artikel menarik dan diminati ramai di dalam akhbar rasmi PAS, Harakah sejak mula ditubuhkan pada 1980.

Upacara ini adalah sebahagian dari majlis gilang gemilang yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), dekat sini dihadiri hampir 700 perwakilan pemuda dari seluruh negara.

Perasmian muktamar ini turut disaksikan oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia di mana sahaja mereka berada yang boleh diikuti melalui capaian internet.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran yang disampaikan oleh anak lelaki Speaker Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, 12, yang merupakan johan di peringkat Asean.

Turut hadir dua Naib Presiden PAS, Haji Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Dewan Muslimat Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, AJK-AJK PAS Pusat termasuk Pesuruhjaya PAS negeri.

Dua tayangan multimedia menarik perhatian seluruh hadirin dengan memaparkan kembali program pemuda sepanjang tahun terutamanya demontrasi jalanan Bersih dan PPSMI.

Menariknya bila terpapar Ustaz Nasrudin yang berbadan besar menaiki motosikal yang disifatkan paling kecil dalam dunia; sehingga semua hadirin tergelak seketika.

Dalam majlis ini juga, ramai tokoh-tokoh yang menjadi idola orang muda diberikan anugerah khas kerana kesanggupan mereka bersama dengan pemuda dan menyemarakkan kegiatan bersama.

Antara mereka adalah Dr Abdul Bassit Abdul Rahman (Akademik), Ustaz Azhar Idrus (Ustaz), Radhi Mat Din (bolasepak), Bob Lokman (Selebriti), Yaasin Said (permotoran) dan Datuk Misbun Sidek (badminton, tidak dapat hadir).

Hari ini (2 Jun) akan berlangsung sesi membahaskan ucapan dasar ketua pemuda oleh perwakilan dari seluruh negara dan tamat pada jam 7 petang.

Sementara itu pagi ini juga, Dewan Muslimat PAS Pusat pula akan mengadakan Muktamar Tahunan ke-51 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, bermula jam 8 pagi.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di masa sama, Dewan Ulamak PAS Pusat akan mengadakan muktamarnya di Taman Melewar.

Setelah itu, Muktamar PAS Pusat kali ke-57 akan bermula pada 3 Jun dengan ucapan dasar dan perasmian oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan selesai pada 5 Jun dengan ucapan penggulungan, juga oleh presiden.


Muslimat memimpin perubahan meneraju kebangkitan
Ismail Hashim

SHAH ALAM, 2 Jun: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat ke 51 sedang berjalan sekarang ini dengan Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh menyampaikan ucapan dasarnya dengan tema Muslimat: Memimpin Perubahan Meneraju Kebangkitan.

Upacara perasmian akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut kelihatan adalah pimpinan PAS Pusat termasuk pimpinan dari wanita rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat, wakil-wakil rakyat Pakatan dan suami-suami AJK dewan muslimat.

Dalam ucapannya, Nuridah mempertegaskan peranan Muslimat, huraikan fenomena mutakhir mengenai kebangkitan rakyat Timur Tengah, bencana alam dan tsunami di Jepun, lebih lima dekad dominasi Umno BN, kehancuran jiwa umat.

Beliau juga menekankan tentang kini adalah masa untuk bekerja tanpa henti, mara bersama ke medan jihad, tabiyah dari Allah adalah syarat-syarat kejayaan antaranya seperti keintiman dengan Allah, jentera yang tersusun rapi dan bergerak mengikut peraturan dan sikap realistik.

Semua perwakilan berpakaian seragam berwarna hijau muda pucuk pisang menceriakan suasana Dewan Jubli Perak berhampiran Bangunan SUK, dekat sini

Malam tadi, Dewan Pemuda PAS Pusat melalui Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi menyampaikan ucapan dasar dengan tema Memimpin Kebangkitan Anak Muda, acara perasmian dilakukan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Ketika ini, Dewan Ulamak PAS Pusat juga sedang berjalan di Taman Melewar manakala Muktamar PAS ke 57 akan berlangsung bermula esok 3 hingga 5 Jun di tempat sama.



Perkara-Perkara Yang Merosakkan Iman

SEPERKARA lagi yang perlu kita tahu ialah tentang perkara-perkara yang boleh merosakkan iman. Tujuannya ialah supaya kita dapat mengelakkan diri dari membuat perkara- perkara tersebut yang boleh merosakkan iman kita. Ada tiga perkara atau tiga cara iman itu boleh rosak:

  1. Iktiqad.
  2. Perkataan.
  3. Perbuatan.

1. Iktiqad

Melalui iktiqad, iman boleh rosak dengan sebab-sebab antara yang berikut:

  1. Kurang yakin atau ragu-ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat yang wajib bagi Allah. Contohnya: Ragu dengan Qudrat (kekuasaan) Allah. Sebaliknya ia yakin bahawa ada kuasa lain yang boleh memberi bekas selain Allah.
  2. Ragu dengan perkara-perkara ghaib seperti wujud- nya malaikat, Hari Qiamat, Alam Barzakh, gyurga, Neraka dan lain-lain seumpamanya.
  3. Ragu dengan satu atau lebih dari sifat-sifat nabi dan rasul.
  4. Ragu tentang mampunya Islam, dengan panduan Al Quran dan Sunnah, sebagai pembawa keselamatan.

Secara ringkas, semua keraguan tentang perkara yang disuruh beriman dengannya oleh Allah, adalah membawa kepada rosaknya iman seseorang. Oleh itu amat perlu bagi tiap-tiap individu menilik ke dalarn hatinya, untuk memasti- kan bahawa tidak ada sebarang keraguan olehnya kepada perkara-perkara yang dikehendaki meyakininya.

2. Perkataan

Iman boleh juga rosak melalui perkataan. Ianya boleh berla- ku sama ada sedar atau tidak. Antara perkataan-perkataan yang boleh merosakkan iman ialah:

  1. Mengatakan Allah itu kejam, zalim, tidak adil dan lain-lain yang mencacatkan kesempurnaan sifat Allah.
  2. Mengata dan mencaci Rasulullah sama ada tentang perkataan, perbuatan dan seluruh ajaran baginda.
  3. Mengatakan syariat Islam tidak sesuai untuk semua zaman. Ia hanya sesuai untuk "zaman unta" dan sebagainya.
  4. Menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal. Contohnya: Menghalalkan riba, zina, arak, judi dan lain-lain. Mengharamkan poligami dan lain- lain.

Secara ringkas, bolehlah dikatakan apa sahaja perkataan yang dikeluarkan berbentuk cacian dan penghinaan pada kemuliaan dan kebenaran Islam, sama ada sengaja atau tidak, adalah merosakkan iman seseorang. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga perlulah kita berhati-hati dalam bercakap, dan jagalah perkataan yang keluar dari mulut kita. Di samping itu kita mendalami pengetahuan tentang apa-apakah bentuk perkataan yang boleh membawa kepada rosaknya iman kita.

3. Perbuatan

Kerosakan iman boleh juga berlaku kerana perbuatan kita. Di antara perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan iman ialah:

  1. Sujud pada selain Allah, sama ada pada patung, pokok kayu, matahari, bulan dan lain-lain.
  2. Meraikan dan membesarkan hari-hari agama lain.

Seseorang yang melakukan salah satu dari tiga cara di atas, dalam sedar dan yakin, adalah seorang yang telah rosak imannya. Dengan kata lain ia telah murtad. Ini adalah dosa terbesar. Dosa yang tidak terampun. Firman Allah:

Terjemahan: Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik sebaliknya Dia mengampuni dosa-dosa selainnya pada sesiapa yang Dia kehendaki. (An Nisa': 116)

Kerana itu seseorang yang telah murtad wajiblah bertaubat. Syarat-syarat taubat orang murtad ada dua.

  1. Mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Membaharui dan membetulkan keyakinan tentang apa yang telah diragukan, dikatakan atau dilakukan.

Hanya dengan memenuhkan syarat-syarat ini sahaja dosa akan diampun dan amal ibadah akan dinilai oleh Allah SWT.


AKIDAH

1. PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1. MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :

§ percaya

- DARI SEGI ISTILAH :

§ Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

- membentuk insan muslim sejati

- supaya istiqamah dalam ibadat

- melahirkan generasi berakhlak mulia

3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

· SYIRIK

· MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya

· JENIS-JENIS SYIRIK :

1. Syirik Jali

- Maksud :

§ perlakuan syirik secara terang-terangan

- Contoh :

§ menyembah patung dan berhala

§ menyembah bulan atau matahari

§ mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan

- Akibat :

§ rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat

2. Syirik Khafi

- Maksud :

§ tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat

- Contoh :

§ riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),

§ ujub (mengagumi diri sendiri),

§ takbur (membangga diri)

- Akibat :

§ dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat

§ sukar menerima pandangan orang lain

3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :

· Ia membatalkan iman seseorang

· Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah

· Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik

· Mencemarkan kesucian agama Islam

4. Cara mengelak perbuatan syirik

· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas

· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi

· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

5. Kesan syirik

· Membatalkan iman

· Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah

· Dimurkai Allah

· KUFUR

· MAKSUD :

- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

· JENIS-JENIS KUFUR :

1. Kufur Hakikat :

- Maksud :

§ ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah

- Contoh :

§ tidak mengakui balasan diakhirat

§ menolak hukum yang terdapat dalam al-quran

§ menyatakan solat fardhu merugikan masa

§ menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi

2. Kufur Nikmat :

- Maksud :

§ mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan

- Contoh :

§ menggunakan nikmat kejalan maksiat

§ enggan mengeluarkan zakat / sedekah

§ boros membelanjakan harta

· FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :

§ pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala

§ terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan

§ kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

· KESAN PERBUATAN KUFUR ….

· RIDDAH

· MAKSUD :

- berpaling atau keluar daripada agama islam

· SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA

- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam

- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam

- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

· SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH

- lemah pegangan agama

- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam

- terpengaruh dengan tawaran kebendaan

· AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD

- hubungan suami isteri terfasakh

- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam

- haram dikebumikan diperkuburan Islam

- menjadi penghuni neraka selama-selamanya

· CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD

- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam

- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

· TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD

- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam

- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh

· HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD

- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan

- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam

- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

· LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD

- berpegang teguh dengan ajaran islam

- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah

- mendalami ilmu-ilmu agama

· LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD

- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam

- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad

- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

· KESAN PERBUATAN MURTAD …

· KHURAFAT

· MAKSUD

- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

· CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN

- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang

- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial

- membuang ancak bagi menghalau hantu

- mengunjungi kubur yang dianggap keramat

· FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM

- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat

- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat

- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

· CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM

- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat

- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat

- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

· AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT

- menyebabkan syirik dan batal iman

- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia

- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

· SIHIR

· MAKSUD

- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

· CONTOH

- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna

- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan

- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

· PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR

- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain

- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang

- ada perasaan benci terhadap seseorang

· CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR

- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir

- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat

- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR

- merosakkan akidah dan membatalkan iman

- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah

- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan

· HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR

- supaya akidah seseorang tetap terpelihara

- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera

- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

· CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR

- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat

- membaca surah al-Ikhlas dan sebagainya

- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah

· NIFAK

· MAKSUD

- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

· CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

- berdusta apabila bercakap

- khianat apabila diberi amanah

- bersikap melampaui batas apabila bertengkar

- selalu mungkir janji

· CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK

- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

- bercakap benar apabila berbicara

- bersifat jujur dan amanah

- menunaikan janji

· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK

- menghilangkan sikap percaya-mempercayai

- melemahkan perpaduan masyarakat

- menghancurkan kekuatan umat islam

4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN

· Berpegang teguh pada ajaran Allah

· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah

· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah

5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL

· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah

· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah

· Dilaknat dan dibenci oleh Allah

· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah

6. PERBANDINGAN IMAN ORANG FASIK, MUNAFIK DAN IMAN YANG SEMPURNA

ORANG FASIK

· Tidak beriman sepenuhnya kepada Allah

· Masih melakukan perbuatan yang dilarang Allah

ORANG MUNAFIK

· Keimanan mereka berpura-pura sahaja

· Menunjukkan diri mereka beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka adalah musuh Allah

ORANG YANG SEMPURNA IMAN

· Terus sujud dan memuji Allah jika dibacakan ayat-yat Allah

· Sentiasa berdoa kepada Allah dengan penuh harapan

· Sentiasa membelanjakan harta pada jalan kebaikan



Perkara Yang Mebatalkan Akidah, Tauhid Ataupun Iman




Salam perjuangan dan salam bahagia kepada semua pengunjung blog ini. Artikel kali ini adalah daripada permintaan seorang pengunjung blog ini yang meminta saya menyediakan satu artikel yang berkaitan perkara-perkara yang membatalkan akidah. Maaflah di atas ringkasan yang saya buat ini jika ia mengalami kekurangan dan kecacatan. Sebenarnya saya sibuk sikit sebab hari ini ada kenduri sepupu kahwin. Jadi artikel ini saya ceduk dari blog saya yang dah lama dahulu. Blog lama saya tak boleh digunakan lagi sebab mengalami masalah dan rosak. Puncanya dari pertukaran domain free kepada domain berbayar. Tetapi segala usaha saya tak menjadi, hilanglah sikit duit beli domain tu. Saya redhokan sahaja masalah itu sebab ini adalah ujian Allah kepada saya untuk menguji saya dalam usaha menyampaikan dakwah ini. Mungkin dalam minggu ini sibuklah sikit, kerana saya terpaksa menghadiri kursus KPLI di Kuala Lumpur. Jika diizinkan Allah dan ada masa saya akan update blog ini.




Fokus kepada perbincang kali ini ialah berkaitan dengan perkara-perkara yang membatalkan iman atau akidah ada lapan perkara seperti berikut :
  1. Syirik iaitu mempersekutukan Allah dari sudut ibadah, sudut perbuatan pekerjaan atau pekerjaan harian.

  2. Seseorang itu tidak mengkafirkan orang musyrik atau membenarkan kekufuran mereka dan kefahaman mereka. Maka dengan hal ini ia telah kafir.

  3. Mempunyai keyakinan bahawa ada petunjuk lain daripada petunjuk Nabi saw. berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw adalah lebih baik. Sepertimana mereka mengutamakan hukuman lain daripada hukuman yang telah ditetapkan Islam.

  4. Menginkari setiap perkara yang telah ditetapkan oleh Rasulullah saw sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian ia telah menjadi kafir.

  5. Sihir, ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia.

  6. Membantu orang kafir memerangi kaum muslimin.

  7. Berkeyakinan bahawa sebahagian individu tidak perlu mengikuti syariat Muhammad saw.

  8. Berpaling atau keluar daripada agama Allah atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya.

10 Perkara Yang Membatalkan Syahadah


Pintu masuk kepada Islam adalah aqidah. Kesalahan dalam memahami aqidah menyebabkan seseorang salah dalam memahami hakikat ajaran Islam. Adalah sebuah kekeliruan apabila masyarakat mencoba memahami Islam dari sudut-sudut selain aqidah, seperti melalui fiqah, tasawuf, ekonomi, atau politik, tanpa memahami aqidah terlebih dahulu.

Ketidakpahaman akan aqidah Islam yang benar, membuat orang-orang Islam melakukan hal-hal yang membatalkan ke Islaman mereka tanpa disadari. Tidak perlu heran dengan fenomena ini, karena masyarakat kita hanya tahu apa yang membatalkan wudhu, sholat, atau puasa. Sayangnya mereka tidak tahu apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah atau keislaman mereka. Mereka menganggap sekali mereka lahir dalam keaadaan Islam, dijamin syahadah mereka tidak akan batal seumur hidup.

Inilah penjajahan pemikiran yang diterima oleh masyarakat kita. Di sekolah, masjid, surau, guru-guru lebih menumpukan kepada fiqah, seperti batalnya solat, wudhu, atau puasa, sehingga mereka lupa mengajar murid-murid mereka ataupun orang ramai tentang perkara-perkara yang membatalkan Islam seseorang.

Padahal, salah satu syarat diterimanya amal solih adalah aqidah yang bersih, seperti yang dijabarkan di bawah ini:

  1. Hendaklah betul aqidahnya
  2. Ikhlas kepada Allah
  3. Menepati apa yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Tidak artinya sholat, puasa, sedeqah kita, apabila kita masih sering pergi ke dukun, memakai susuk, menyimpan jimat, dan sebagainya.

10 Perkara Yang Membatalkan Keislaman Kita

  1. Syirik
  2. Perantara
  3. Enggan mengkafirkan
  4. Yakin yang lain
  5. Membenci Syariat
  6. Mempermainkan Islam
  7. Sihir
  8. Bantu kafir memusuhi Islam
  9. Mengecualikan dari Syariat
  10. Berpaling dari agama

1. Syirik

Mempersekutukan Allah dalam ibadah.

2. Perantara

Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah. Misalnya meminta doa dan syafaat serta berserah diri dan bertawakkal kepada perantara tersebut. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan para ulama adalah menjadi kafir.

“Kami tidak menyembah berhala, tetapi kami ingin menjadikan berhala itu mendekatkan kami kepada Allah.” Az-Zumar 39:3

Sebagian golongan dari ajaran yang sesat, menyembah para wali, misalnya Abdul Qadir al-Jailani, Wali Songo, dll. Walaupun wali-wali tersebut adalah orang baik-baik, penyembahnya telah menjadi syrik.

3. Enggan mengkafirkan

Tidak mengkafirkan orang musryik, atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka, atau membenarkan ajaran mereka. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia menjadi kafir. Ini karena mereka telah dikafirkan oleh Allah SWT. Apabila ada orang yang enggan menyatakan mereka bersalah, seakan-akan menganggap perbuatan mereka betul, maka dia telah keluar dari Islam, karena telah membantah ataupun telah menyalahkan Allah dan Rasul.

Secara ringkasnya, orang yang telah jelas kafir, tetapi ada orang Muslim yang enggan mengatakannya, seperti “Saya tidak mau mengatakan orang Hindu kafir. Dia ada caranya sendiri. Kita mengakui semua agama.”

4. Yakin dengan yang lain

Berkeyakinan bahwa petunjuk selain daripada petunjuk Nabi SAW adalah lebih baik atau lebih sempurna.

Contohnya seperti golongan yang menganggap bahwa peraturan Islam ialah peraturan yang usang dan tidak sesuai di zaman modren. Ataupun menganggap Islam sebagai penyebab kemunduran kaum Muslimin.

Barang siapa yang melakukan demikian, beriqtigad demikian, atau mengucapkan hal demikian, maka dia telah membatalkan Islamnya, dan telah masuk ke daerah kufur.

5. Membenci syariat

Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullullah SAW sebagai syariat, walaupun dia mengamalkannya. Sesiapa yang melakukan demikian itu maka dia menjadi kufur.

Contohnya seperti seseorang yang membenci syariat solat, membenci puasa, membenci hukum-hakam yang telah ditunjukkan oleh Rasul, sehingga dia membenci apabila Rasulullah menyatakan: “Makanlah dengan tangan kanan,” umpamanya.

6. Mempermainkan Islam

Mempermainkan (membuat jadi bahan lelucon) Allah, atau kitab-Nya, atau Rasul-Nya, atau sesuatu dari ajaran agama. Sesiapa yang melakukan demikian maka dia menjadi kafir.

Contohnya seperti dia bermain-main dengan hukum-hakam Al’Quran, membuat lelucon hukum-hakam Rasul, meremehkan syariat, menjadikan dia BAHAN KETAWA atau BAHAN SINDIRAN. Maka di sisi Allah SWT dia menjadi kafir.

7. Sihir

Barang siapa yang mendatangi tukang sihir dan membenarkannya, maka dia telah keluar dari ajaran agama, dan menjadi kafir.

8. Membantu orang kafir memusuhi Islam

Perbuatan menolong golongan kafir untuk menyerang masyarakat Islam, atau memusuhi umat Islam, berpakat dengan golongan kuffar, adalah perbuatan murtad, atau riddah, yang menjadikan pelakunya murtad.

9. Mengecualikan diri dari syariat

Berkeyakinan bahwa seorang individu dibolehkan untuk tidak mengikuti syariat Nabi Muhammad SAW. Orang yang melakukan demikian menjadi kafir.

Ini seperti iqtiqad dan keyakinan sebahagian golongan yang menganggap bahwasanya guru mereka, atau syeikh mereka, ataupun orang- orang tertentu, tidak perlu mengikuti syariat, karena sudah sampai pada maqam tertentu. Seperti golongan sufi yang berlebihan, dan ajaran-ajaran sesat yang menganggap adanya manusia-manusia istimiwa yang mereka itu tidak memakai ilmu syariat, tetapi memakai ilmu hakikat, ma’rifat dan seumpamnya.

10.Berpaling dari agama

Yang kesepuluh, ialah berpaling daripada agama Allah, atau perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim, tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakannya.

Diringkas dari buku:
10 Perkara Batal Islam dan Apa Itu Syirik
oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin – Mufti Kerjaan Negeri Perlis – Malaysia

Tiada ulasan: