Tuan Ibrahim juga diramal bakal melangkah bergaya ke kerusi nombor dua PAS dengan sokongan ulama yang kini beralih arah kepadanya, sekali gus turut mengetepikan pemimpin popular di peringkat akar umbi Mohamad Sabu.
Hasrat golongan ulama mahu mengangkat Tuan Ibrahim (kiri, tengah) sebagai 'ayam tambatan' baru bagi menggantikan Nasharudin tidak dapat dibendung lagi apabila dikatakan Tuan Ibrahim yang pada mulanya enggan bertanding dipujuk berulang kali.
Menurut pemerhati politik PAS Mohd Sayuti Omar, penyertaan Tuan Ibrahim -- kini naib presiden -- dilihat seakan-akan "firman" yang mampu memenangkannya.
"Penyertaan Tuan Ibrahim ini seperti firman, tidak kiralah daripada atas atau bawah (hierarki parti)," katanya kepada Malaysiakini semalam.
"Bagaimanapun kelemahannya, (apabila) perwakilan melihatnya sebagai oportunis kerana mengumumkan kesediaan di saat-saat akhir (sebelum tarikh akhir penerimaan). Oleh kerana dapat pencalonan banyak, beliau pun masuk."
Mohd Sayuti yang juga ketua pengarang Siasah -- akhbar yang banyak melaporkan kegiatan PAS -- bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas dari mana datangnya "firman" itu secara terperinci.
Sementara menurut sumber yang dekat dengan golongan ulama, usaha mengetengahkan Tuan Ibrahim dijalankan oleh beberapa "pemikir" di belakang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (atas, kiri) yang kebanyakannya terdiri daripada beberapa "ilmuan" dan ahli akademik.
Pujuk, ziarah rumah
Menurutnya, bagi menjayakan agenda ini, beberapa pemimpin penting PAS, antaranya Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib diutuskan menemui dan memujuk Tuan Ibrahim secara berterusan sehingga didakwa memberikan tekanan kepadanya untuk bertanding.
"Peranan ini dimainkan oleh Dewan Ulama dan apa yang disebut sebagai 'Geng Terengganu'. Usaha mereka ini termasuklah mengadakan ziarah ke rumah Tuan Ibrahim. Usaha yang sama juga dijalankan pada (Ketua Pemuda) Nasrudin Hasssan (kiri)," jelasnya.
Menurut sumber lagi, golongan ulama dalam PAS terpaksa mengambil langkah drastik itu kerana mereka tidak boleh lagi bergantung kepada Nasharudin untuk menjeruskan agenda kumpulan itu.
"Imejnya sudah terjejas," katanya merujuk kepada prestasi anggota parlimen Bachok itu yang menjadi sudah menjadi cakap-cakap kuran senang di kalangan pemimpin PAS.
Kemasukan Tuan Ibrahim sebelum ini dilihat berikutan kebimbangan golongan ulama terhadap asakan kuat Mohamad yang bertanding untuk jawatan itu buat kali kedua dan menjadi yang paling awal mengumumkan hasratnya itu.
Ia juga dikatakan mengambil perkiraan jumlah pencalonan Tuan Ibrahim yang memberangsangkan. Menurut sumber, pesuruhajaya PAS Pahang itu mendapat 39 pencalonan di belakang Mohamad (kanan, tengah) (47) dan Nasharudin (43).
Bagaimanapun, difahamkan terdapat sekurang-kurangnya 15 kawasan yang menyokong Tuan Ibrahim gagal menghantar pencalonan pada masa yang ditetapkan.
Sementara itu, ramai penganalisis politik rata-rata melihat pertembungan tiga penjuru untuk merebut kerusi nombor dua itu bakal berlangsung sengit dan tiada kemenangan mudah akan berlaku.
Tapi dia 'nobody'
Ramai daripada mereka sepakat bahawa pertembungan sebenar masih antara Tuan Ibrahim dan Mohamad Sabu. Nasharudin pula dilihat agak terkebelakang dan masih bergelut mempertahankan sokongan sedia ada, di samping memenangi hati golongan profesional PAS.
Felo Kanan Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusoff mengakui bahawa kali ini Nasharudin (kiri) masih menghadapai protes terhadap kepimpinannya yang besar.
"Cuma persoalannnya, ke mana undi itu akan pergi? Sama ada pada Mat Sabu atau Tuan Ibrahim. Tetapi saya dok jangka, kemungkinan besar Tuan Ibrahim akan memang. Kemungkinan ada kompromi dengan Mat Sabu (di saat akhir)," katanya.
Bagaimanapun, menurut Dr Kamaruzaman, cabaran bagi kumpulan ulama adalah apabila berlakunya perpecahan undi di antara Nasharudin dan Tuan Ibrahim dan populariti Mohamad sebagai pemidato terkenal yang didakwa kukuh menguasai beberapa negeri seperti Sabah, Johor, sebahagian Selangor dan Kelantan.
Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan pula berpendapat sebaliknya.
Baginya, walaupun Mohamad masih memikul beban pemikirannya yang berbeza, pendekatan kempennya setakat ini "bagus" dan tidak berlebih-lebihan.
"Ia berjalan dengan betul," katanya sambil memberitahu dalam PAS, calon yang berkempen berlebihan boleh mengundang kekalahan.
Walaupun Tuan Ibrahim dianggap cabaran itu, tetapi bekas 'selebriti agama' itu dilihat "nobody" (bukan sesiapa) dalam sepak terajang poitik tanah air dan hanya berpengaruh dalam lingkarannya sendiri sahaja, dakwa Wan Saiful.
Timbalan menteri belia dan sukan, Senator Gan Ping Siew berkata, PAS juga sepatutnya tidak mengeluarkan kritikan ke atas penganjuran konsert berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.
"(PAS) menggunakan prejudis mereka seperti biasa ke atas perkara yang mereka sendiri tidak faham," katanya yang merujuk kepada bantahan yang disuarakan ahli parlimen PAS, Khalid Samad sebelum ini.
Khalid sebelum ini juga turut membangkit semula pesanan yang ditinggalkan oleh almarhum Sultan Selangor yang tidak mahu Shah Alam menjadi bandar maksiat.
Mengulas kenyataan itu, Gan berkata pandangan yang diutarakan berhubung isu berkenaan perlulah rasional dan tidak bersandarkan andaian semata-mata.
Tutup semua televisyen
"Jika kita membuat andaian bahawa menganjurkan satu acara antarabangaa di Shah Alam... Anda pasti mempunyai niat tertentu untuk fikir bahawa ia adalah satu kegiatan maksiat. Oh, tolonglah.
"Adakah anda maksudkan MTV merupakan stesen media maksiat?
"Jadi adakah kita perlu tutup semua televisyen kita?
"Ia satu kerugian kecil untuk menganjurkan kegiatan maksiat di mana sahaja di dunia, berbanding (jika) ICT atau Malaysia harga lebih mahal.
Katanya lagi, timbalan menteri belia dan sukan itu juga berkata, program itu turut dipromosikan menjadi sebahagian daripada aturcara kementerian.
Sekiranya program seperti itu dipertikaikan, bagaimana pula dengan acara kebudayaan, soalnya.
Jika ada aktiviti maksiat, atau jenayah di sini, bukan saja kerajaan negeri, kerajaan persekutuan juga tidak akan menyokongnya, kata Gan lagi.
"Kadang-kadang ada orang yang hendak menunjuk-nunjuk (playing to the gallery) dan kepada orang kawasan mereka.
"Macamlah (program) ini tergolong dalam perkara negatif," katanya dalam satu sidang media di I-City, Shah Alam hari ini.
Perkara negatif
Katanya, penganjur program kontroversi itu telah memastikan bahawa tiada perkara negatif seperti alkohol dan rokok dipromosikan dalam konsert berkenaan.
Sementara itu, ketua pegawai eksekutif I-Berhad, Datuk Eu Hong Chew berkata, beliau tidak mengetahui mengenai pesanan yang didakwa telah ditinggalkan oleh almarhum Sultan Selangor.
"Tapi tindakan kerajaan negeri melulurkan status taman antarabangsa kepada I-City menunjukkan mereka telah mengambil kira perkara itu," katanya lagi dalam sidang media sama.
Konsert menampilkan kumpulan rock 30 Seconds From Mars itu akan turut disiarkan melalui saluran MTV Asia Tenggara pada tengah malah 8 Ogos.
Naib presiden parti itu N Surendran yang menyerahkan memorandum berkenaan kepada ibu pejabat polis di Bukit Aman pagi ini mempersoalkan mengapa tiada tangkapan ataupun pendakwaan berhubung kes tersebut setakat ini.
“Tidak ada tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis yang boleh mengembalikan keyakinan orang ramai ataupun apa-apa yang dilakukan bagi menyelesaikan kes itu,” katanya.
Rakan naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang juga hadir bersama mahu tindakan segera dan juga jawapan daripada SPRM berhubung mengapa kes berkenaan masih belum diselesaikan.
“Mereka bukan sahaja berhutang jawapan kepada kami tetapi juga kepada balu Ahmad Sarbani,” katanya.
Sarbani, 56, dijumpai mati di tingkat satu ibu pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April selepas secara sukarela ke pejabat berkenaan bagi memberi keterangan berhubung siasatan yang sedang dijalankan.
Beliau adalah penolong pengarah di Jabatan Kastam Selangor dan adalah antara 62 orang yang ditahan pada 1 April dalam satu operasi membanteras gejala rasuah yang dijalankan ke atas pejabat Kastam seluruh negara.
Namun balunya, Masiah @ Maziah Manap yang membuat laporan polis pada 2 Mei lalu mendakwa seorang pegawai kastam secara tidak langsung memberitahunya bahawa Sarbani dibunuh oleh seorang pegawai SPRM.
Menurut Surendran, dakwaan itu sangat serius tetapi SPRM terus membisu.
Berdasarkan nota Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang dibuat semasa pembentangan semalam, seorang ahli panel berkata kemungkinannya adalah terlalu kecil bagi mencapai thorium atau uranium sifar - kedua-dua bahan radioaktif - selepas nadir bumi diproses.
Ini merujuk kepada soalan oleh perwakilan MMA berhubung dakwaan Lynas bahawa gipsum yang kaya dengan magnesium dan sintetik gipsum yang dinyah sulfur selepas diproses akan mempunyai thorium atau uranium sifar.
Menjawap satu lagi soalan oleh MMA, seorang ahli panel berkata adalah mustahil bagi memastikan kandungan radioaktif kedua-dua elemen itu akan dineutralkan 100 peratus.
"Terdapat proses untuk mengurangkan kandungan radioaktif - kami berharap mencapai kecekapan 99 peratus tetapi mustahil bagi mencapai 100 peratus,” kata ahli panel itu mengikut laporan MMA.
Semasa mesyuarat tertutup itu, perwakilan MMA juga membuktikan bahawa pelbagai kajian menunjukkan pusat pemproses nadir bumi di China, Amerika Syarikat dan Malaysia mempunyai kesan negatif terhdap alam sekitar.
Langkah ini sekaligus menambah jumlah parti pembangkang di negara ini, sesuatu yang dilihat kurang bijak dari segi strategi untuk menumbangkan BN.
Namun jawapan kepada persoalan itu terungkai dalam tempoh beberapa bulan lalu dan semakin jelas dengan langkah terbaru pemimpin parti itu menganjurkan peraduan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan minggu lalu.
Peraduan itu menawarkan hadiah kereta Rolls Royce dan wang tunai RM10,000.
Hadiah lumayan itu diatur oleh Pengerusi KITA di Kedah Zamil Ibrahim adalah sebuah sandiwara yang bertujuan membantu Umno meneruskan proses mengaibkan Anwar bersabit video seks 'Datuk T'.
Mungkin kerana “sambutan” orang ramai khususnya masyarakat Melayu terhadap cubaan untuk mengaitkan video itu kepada Anwar semakin hambar, maka KITA tampil membantu Umno memberi kekuatan baru kepada kempen anti- Anwar dengan peraduan sebegitu.
'Anak emas'
Hubungan Umno-KITA memang akrab pada masa ini, walaupun Zaid pernah digelar 'kaki kuda' dan 'kaki arak' oleh Utusan Malaysia (akhbar milik Umno) khususnya ketika beliau dalam PKR dan menjadi calon parti itu pada pilihan raya kecil Hulu Selangor 13 bulan lalu.
Namun, Zaid menjadi 'anak emas' Utusan dan Umno apabila beliau mengkritik Anwar secara terbuka dan pada masa sama serangan beliau terhadap Najib menjadi makin luntur.
Pada masa sama, KITA mencatat sejarah kerana pendaftar pertubuhan (ROS) meluluskan pendaftaran parti itu, hanya tiga bulan selepas Zaid mengambil alih kepimpinan AKIM yang kemudian diubah menjadi KITA.
Hindraf yang membuat permohonan untuk didaftar sebagai NGO pada tahun 2009, masih belum mendapat jawapan daripada ROS.
Begitu juga dengan Pakatan Rakyat yang memohon pendaftaran untuk menjadi entiti politik seperti BN. Permohonan dibuat tahun lalu namun ROS masih membisu.
Berbalik kepada peraduan mencari mirip Anwar – Zamil berkata kereta Rolls Royce yang ditawarkan itu adalah miliknya sendiri. Kereta mewah sebegitu lazimnya sinonim dengan kekayaan yang dimiliki juak-juak Umno.
Agenda KITA
Bagaimanapun bukan harta mahu pun gaya hidup Zamil atau Zaid yang dipertikaikan. Apa yang perlu diperjelaskan ialah kenapa Zamil dan Zaid dan pemimpin KITA merelakan diri diheret dalam permainan Umno.
Ketika rakyat bergelumang dengan kenaikan harga barangan termasuk tarif elektrik yang diumumkan Isnin lalu pemotongan subsidi barangan keperluan dan risiko cukai GST diperkenalkan, Zaid dan juak-juak dalam KITA masih sibuk dengan video lucah, malah mempunyai 'ilham' menganjurkan peraduan mirip Anwar.
Namun itu hak mereka. Tentunya peraduan mirip Anwar yang diumumkan oleh Zamil bertujuan mengisi agenda tertentu yang perlu didokong oleh KITA demi kelangsungan politik parti itu sendiri.
Kesahihan video lucah itu sudahpun diputuskan oleh mahkamah rakyat. Laporan polis yang dibuat oleh pihak yang menerima video itu menerusi pos, atau menjumpainya di masjid cukup membuktikan rasa mual rakyat dengan isu ini.
Dalam keadaan sebegitu, tampil pula pemimpin KITA menawarkan hadiah kereta Rolls Royce untuk mencari seorang yang seiras Anwar. Tujuan khusus peraduan ini adalah semata-mata untuk mengkitar semula, memerah dan menghangatkan kembali isu berkenaan demi mencari keuntungan politik.
Orang 'bijak pandai'
Hakim untuk peraduan mirip Anwar ditetapkan sebagai Presiden KITA, Zaid Ibrahim sendiri, bekas Ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor yang kini bergelar Senator selepas lompat masuk Umno, serta ahli perniagaan Datuk Sharyzl Eskay – satu daripada tiga 'Datuk T' yang mendalangi video lucah itu.
Zamil berkata peraduan berkenaan beserta dengan barisan hakim yang disediakan bertujuan 'membela' nama baik Anwar. Pada anggapan orang-orang 'bijak pandai' seperti Zamil dan Zaid ini mungkin kenyataan yang dianggap sinis dan menyindir secara cerdik.
Namun hakikatnya ialah, peraduan mirip Anwar anjuran mereka hanya menyerlahkan budaya politik murahan yang semakin didokong oleh Zaid dan pengikut-pengikutnya.
Alangkah baiknya jika kereta Rolls Royce itu dilelong dan duitnya diguna untuk membela nasib penduduk yang dihimpit keperitan akibat langkah kerajaan memotong subsidi dan mengizinkan harga barangan perlu melonjak.
Alangkah baiknya jika Zaid memberi tumpuan untuk menggerakkan rakyat supaya bangun dan menuntut kerajaan Umno-BN menghentikan amalan kronisme dan penyelewengan kuasa.
Kenapa desakan ini yang cukup lantang ketika Zaid dalam PKR semakin lesu apabila beliau beralih ke KITA?
Rakyat dibebankan
Yang dirasakan lebih mendesak ketika ini bukan isu video lucah atau agenda yang tersirat di sebaliknya .
Yang lebih utama adalah keperluan untuk bertanya kepada pemerintah kenapa rakyat terpaksa menanggung beban hidup yang semakin meningkat akibat salah urus kewangan negara.
Dan jika ia bukan salah urus kerajaan Umno-BN, salah siapa apabila subsidi untuk rakyat dipotong manakala subsidi untuk syarikat IPP dikekalkan.
Apakah manfaat meluluskan RM5 bilion untuk bangunan setinggi 100 tingkat apabila rakyat yang hidup tidak jauh dari situ tidak berupaya menyara hidup walaupun dengan pendapatan RM3,000 sebulan.
Rasanya persoalan-persoalan seperti ini lebih penting, bukannya peraduan huntuk mencari mirip Anwar dengan kereta Rolls Royce sebagai ganjaran.
Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik
Berkongsi pentas dalam forum antifitnah di Shah Alam hari ini, mereka mengulangi desakan supaya pihak yang menayangkan video tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan mengaibkan mana-mana ahli politik.
"Saya rasa kita setuju tidak mahu aibkan mana-mana orang. Itu penting dalam mana-mana politik, khususnya dalam negara Islam. Kita perlu ada peradaban," katanya.
Forum berjudul "Fitnah: Ancaman Umat Akhir Zaman" anjuran akhbar Sinar Harian itu dihadiri kira-kira 500 orang.
Mengulas perkara yang sama, Nasrudin mengulangi pendirian PAS bahawa berdasarkan peraturan Islam pihak yang menuduh sesorang itu berzina mestilah mengemukakan empat orang saksi.
"Mengikut kaedah Islam, salah membebaskan orang yang silap lebih baik daripada menjatuhkan hukuman orang yang tidak bersalah... Hikmahnya, kerana untuk memelihara maruah orang," katanya.
'Betul, salah isu kedua'
Sementara bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas golongan agamawan daripada Umno dan PAS yang didakwanya gemar menggunakan masalah peribadi seseorang sebagai modal politik mereka.
Tokoh agama muda itu berkata, beliau tidak dapat menerima keadaan tersebut sehingga menyebabkan rakyat lupa kepada isu-isu yang lain.
"Kita suka menggunakan kelemahan peribadi orang lain untuk diangkat menjadi isu politik. Bukan sahaja isu Datuk Seri Anwar Ibrahim, isu (pembunuhan) Altantuya (Shaariibu), dan berbagai isu sebelum ini.
"Dan adalah tidak betul bagi orang agama, (keadaan) yang tidak berpihak kepadanya, dia keluarkan dalil, kata tak boleh digunakan kerana Al-Quran cakap. (Apabila) kena kepada orang lain diamkan dalil. Maka itu tidak boleh.
"Kita kena konsisten, PAS atau Umno mesti sentiasa adil dalam hal ini tidak boleh keluarkan keaiban dijadikan sebagai bahan politik disebar secara meluas. Tidak PAS, tidak Umno, secara adil," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.
Berhubung isu video seks tersebut, beliau menegaskan bahawa beliau antara tokoh yang awal tidak bersetuju dengan pendedahan keaiban individu termasuk menjadikan ia sebagai modal politik.
"(Ia) budaya fitnah, saya kata tidak bersetuju dengan perkara yang membabitkan penyebaran (video itu) dan masuk dalam akhbar. Betul atau salah isu kedua," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan