Mustapa tiada asas isu tuntutan royalti Kelantan
Muhammad Faizal, | 04 Feb 2013 |
Katanya, bukannya kerajaan negeri mahupun Gabungan Menuntut Royalti Hak Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) yang tidak mempunyai asas dalam isu itu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan berhubung kenyataan Mustapa yang menyatakan tuntutan royalti perlu ada asas yang disiarkan sebuah akhbar tempatan.
Ahli Parlimen Marang itu menyatakan, Pakatan Rakyat sentiasa konsisten dalam soal royalti petroleum sebanyak 20 peratus seperti mana yang telah dipersetujui dalam Buku Jingga.
"Kita mempunyai asas dalam soal tuntutan royalti di Kelantan, bagi saya Mustapa sendiri yang tidak mempunyai asas.
"Apa yang pasti soal pemberian royalti, kita dari PAS sentiasa konsisten dengan apa yang telah dipersetujui bersama Pakatan Rakyat dan terkandung dalam Buku Jingga iaitu sebanyak 20 peratus yang melibatkan Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak termasuk juga mana-mana negeri yang mempunyai minyak," jelas beliau pada satu majlis di sini semalam.
Mustapa selaku Pengerusi BN Kelantan dalam satu kenyataan sebelum ini telah mempersoalkan bayaran tuntutan royalti minyak dan gas di Kelantan perlu mengemukakan asas yang kukuh untuk memastikan tuntutan mereka dipenuhi.
Himpunan buktikan tokoh Melayu bersama PAS
Harakahdaily, | 04 Feb 2013 |
(Allahu Akbar...teriakan yang dibuat oleh semua peserta Himpunan Ummah Bersama PAS semalam)
AMPANG: Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS semalam mempamerkan kepada umum sokongan orang Melayu pelbagai pelbagai sektor kini bersama PAS.
Hampir 300 tokoh dari pelbagai sektor mempamirkan sokongan itu dengan menyertai himpunan yang diadakan di sebuah hotel De Palma.
Ia telah menyebabkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang begitu bersemangat sekali sehingga berucap lebih satu jam semalam. (gambar)
Kegembiraan Ustaz Hadi dikongsi bersama oleh penganjur himpunan ini yang sentiasa menunjukkan tanda bagus tentang program ini.
"Sokongan yang ditunjukkan hari ini menunjukkan kita bersedia untuk ke Putrajaya," kata Salahudin Ayub, Pengerusi Jawatankuasa penganjur himpunan ini.
Semalam, 10 orang tokoh yang mewakili semua sektor masyarkat memberikan ucapan mereka dimajlis yang bersejarah ini.
Memulakan ucapan adalah Datuk Fauzi Shaari bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia.
Fauzi memberikan jaminan, berdasarkan pengalaman beliau sebagai pegawai kanan polis tidak akan berlaku sebarang huru hara
atau kekecohan jika kerajaan bertukar dalam pilihan raya umum nanti.
Beliau menolak sama sekali ugutan yang dibuat oleh Perdana Menteri yang mendakwa kekacauan akan berlaku jika menukar kerajaan.
Selepas Fauzi, naik pula Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir, bekas orang nombor dua angkatan tentera Malaysia.
Beliau melahirkan rasa kebimbangan beliau dengan rasuah dalam pembelian kelengkapan untuk tentera kerana jumlah bajet untuk Kementerian Pertahanan kedua tertinggi selepas Kementerian Pelajaran.
Kemudian naik pula bapa saudara kepada Tuanku Sultan Mizan, Tengku Seri Paduka Raja pula mengambil tempat di rostrum.
Beliau mengecam sikap kerajaan pusat yang merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu melalui kerajaan yang mereka pilih.
Bagi pengacara majlis, Bob Lokman, kemunculan Tengku Paduka bersama PAS membayangkan sokongan besar keluarga diraja kepada PAS.
Oleh itu tidak timbul sama sekali PAS menolak atau tidak senang dengan raja-raja yang menjadi simbol kedaulatan kesultanan Melayu di negara ini.
Selepas ketiga-tiga tokoh itu, satu per satu tokoh dari pelbagai sektor kehidupan orang Melayu yang lain naik ke pentas.
(Datuk Fauzi memulakan ucapan)
Antaranya bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Datuk Nahrawi, pelakun Hairie Othman, Datuk Yahya Lampong bekas timbalan menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil dan bekas lagenda bola sepak nasional, Abdullah Ali.
Penyair A Syukur Harun membacakan sajak yang beliau kaji kandungannya sejak tiga bulan lalu untuk majlis semalam. Anis Afida, gadis manis yang memperjuangkan isu Pengerang di Johor juga berucap.
Turut ke pentas adalah anak muda dari golongan mahasiswa, golongan kurang upaya yang menyerahkan memorandum mereka kepada Presiden PAS dan pelbagai wakil lagi.
Satu persatu mereka naik ke pentas menyatakan keyakinan kepada PAS untuk bersama-sama memacu perubahan di negara ini.
Suasana ini berlaku ketika Umno terus-terusan berusaha untuk memburuk nama PAS di mata orang Melayu kononnya menjadi alat kepada DAP.
PAS juga dituduh bakal menjadi 'biggest casuality' (mangsa paling besar) dalam pilihan raya umum akan datang ini.
"Kita yakin himpunan ini adalah lambang dan bukti PAS diterima oleh tokoh-tokoh masyarakat Melayu dan perlu diikuti oleh semua ummah Melayu yang lain.
"Kita juga yakin, jika nanti PAS tidak diberi peluang oleh rakyat akibat manipulasi media dan sebagainya, dan Umno terus berkuasa atau pihak lain yang berkuasa, ummah Melayu sendiri yang salah," kata Salahudin Ayub.
Keyakinan Salahudin digemakan oleh semua yang hadir dengan teriakan Allahuakbar di akhir himpunan ini.
PAS Perak ada ramuan untuk menang PRU13
Muhamamd Faeez Azahar, | 04 Feb 2013 |
Menurutnya, perjuangan melalui landasan dimensi baru oleh Pakatan Rakyat ini adalah suatu perjuangan yang realiti dan pastinya mewakili komposisi kaum, stratafikasi sosial serta pluralisasi budaya yang wujud di bumi Malaysia.
Kata beliau, pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat tidak akan larut serta termakan dengan kempen dan idea-idea perkauman sempit yang kian dikumandangkan oleh BN khususnya Umno menjelang pilihanraya.
Abu Bakar menjelaskan, idea yang menghalang kelancaran persefahaman antara kaum dan agama dalam komponen Pakatan Rakyat perlu diketepikan.
"PAS Perak akan mengenepikan sikap perkauman dan ketuanan bangsa yang digunakan Umno selama ini dalam menghalang masyarakat bukan melayu melihat Islam sebagai suatu agama yang indah dan baik," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Ujar beliau, pertautan kerja erat antara kaum dalam Pakatan Rakyat Perak adalah ramuan utama bagi mencapai kemenangan di Perak dalam PRU13 ini.
Ketika ditanya mengenai pembahagian kerusi calon-calon PAS, Abu Bakar berkata, secara dasarnya semuanya telah selesai tanpa sebarang permasalahan.
Semua calon katanya sudah digerakkan bersama dengan setiap segmen masyarakat dan membuat kerja kebajikan yang melibatkan kepentingan masyarakat.
"Calon-calon yang akan bertanding mewakili PAS di Perak pada kali ini terdiri dari gabungan kekuatan ulama, pemuda, dan muslimat.
“Alhamdulillah, kesemuanya dibahagikan dengan seimbang dan saya yakin ramuan ini akan memberi kekuatan kepada PAS," jelas beliau.
Jadi secara keseluruhannya, beliau berkata, calon dan jentera pilihanraya PAS Perak sudah bersiap siaga untuk menghadapi PRU13 pada bila-bila masa.
Dalam perkembangan lain, Abu Bakar menegaskan, rakyat Perak masih bersama dan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat walaupun kerajaan yang tertubuh atas sokongan rakyat pada PRU12 lalu telah dirampas oleh BN.
"Tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat Perak bukan kerana pilihan rakyat tetapi oleh perancangan zalim Umno BN bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.
"Saya yakin BN tidak mampu mempertahankan kerajaan sekarang kerana ianya bukan ditubuh atas kapasiti suara rakyat tetapi atas dasar kezaliman dan tidak menghormati hak rakyat.
"Kelompok rakyat yang selama ini menjadi talian hayat mereka juga sudah beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat," jelasnya lagi.
BN juga katanya tidak lagi ada kekuatan dan hanya mengharapkan saki baki kekuatan Umno yang mendominasi pengundi di kampung-kampung namun ianya tidak mampu untuk memenangkan BN dalam PRU13 nanti.
"MCA, MIC dan Gerakan di Perak sudah lumpuh dan hilang pengaruh kerana sebahagian besar pengundi Cina dan India sudah hilang kepercayaan kepada BN.
"Umno sudah hilang tonggak kekuatan mereka menyebabkan terpaksa menggunakan sentimen perkauman bagi meraih undi simpati orang Melayu dan ianya menyebabkan pengundi bukan Islam semakin benci kepada BN," jelas Abu Bakar.
Hiburan: Agenda BN untuk melalaikan anak muda
Muhammad Faizal, | 04 Feb 2013 |
Malah menurut beliau lagi, BN juga turut gagal untuk memahami budaya anak muda sekarang yang lebih memerlukan kepada bentuk pembangunan kesedaran rohani, dakwah, kebajikan mahupun pembangunan ummah.
"Kita melihat BN sehingga sekarang tidak pernah lari dari bentuk kelalaian dalam program yang mereka anjurkan terutama mendekati anak muda.
"Bagi mereka (BN) hanya pentingkan berseronok dalam menyajikan sesuatu untuk anak muda tanpa memikirkan kesannya, anak muda sekarang lebih memerlukan pembangunan minda dan kesejanteraan rohani dalam menghadapi masa akan datang," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Tambah beliau lagi, budaya yang diterap oleh Pakatan Rakyat amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh BN apabila segala aktiviti yang diadakan kepada golongan tersebut lebih kepada sudut ilmiah dan juga pembangunan rohani.
Katanya lagi, perkara ini telah terbukti apabila Selangor dan juga negeri-negeri Pakatan Rakyat setiap kali sambutan tahun baru mahupun kemerdekaan walaupun terdapat sedikit hiburan tetapi unsur keagamaan diterap bersama.
"Sebelum ini kita melihat kepada sambutan hari belia di Putrajaya, tidak ada kesan langsung yang boleh diterap dalam minda anak muda.
"Walaupun mengetahui perkara tersebut tetapi mereka tetap meneruskannya di Pulau Pinang, melalaikan anak muda terus menjadi agenda mereka dengan harapan mereka terus mendapat sokongan dari golongan anak muda," sambung beliau lagi.
Ahli Parlimen Jerai itu turut mempertikaikan jumlah perbelanjaan sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas selama 60 minit penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari ini semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang yang baginya adalah satu pembaziran.
"Bagi saya dengan jumlah yang sebesar itu, kerajaan sepatutnya membelanjakan kepada seluruh kaum Cina yang berada di Pulau Pinang apatah lagi sempena sambutan Tahun Baru Cina.
"Adakah BN ini tidak mengetahui ataupun tidak mahu mengetahui bahawa masih ramai kaum Cina yang memerlukan bantuan untuk mereka menyambut perayaan mereka, jadi bagi mereka (BN) lebih baik berbelanja untuk hiburan dari diberikan kepada rakyat," kata beliau lagi.
Isu kalimah Allah selesai, Majlis Syura sudah putuskan
Harakahdaily, | 04 Feb 2013 |
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berkata, keputusan oleh bandan tertinggi PAS itu sebelum ini adalah sangat jelas dan semua pihak harus menghormati keputusan tersebut.
"Ianya dibuat secara kolektif setelah melalui perbincangan yang mendalam oleh Majlis Syura Ulamak PAS dan ianya bukan diputuskan secara individu.
"Kita meminta agar mana-mana institusi dan individu-individu tertentu agar menghormati pandangan dan keputusan PAS ini sepertimana dalam kenyataan rasmi oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebelum ini," katanya kepada Harakahdaily.
Pada 13 Januari lalu, mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun kalimah suci itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.
Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.
Keputusan itu juga menjelaskan menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.
Kelab IPT BN: Pesan saya, Khairy letak jawatan
Harakahdaily, | 04 Feb 2013 |
Bagi Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) itu, mahasiswa telah bijak untuk membuat penilaian dan pilihan.
Justeru, ujarnya jika Khairy Jamaludin (gambar) sibuk menubuhkan Kelab IPT Barisan Nasional (Kibar) dengan meletakkan sasaran keahlian 5,000 ia bukan idea asli mahasiswa itu sendiri.
“Kenapa Ketua Pemuda UMNO yang bersungguh-sungguh menubuhkan kelab penyokong?” tanya beliau dalam satu kenyataan.
Kenyataan penuh seperti di bawah.
Kerajaan UMNO sekarang ini sangat terdesak untuk meraih simpati dan undi termasuklah dari mahasiswa. Pindaan AUKU dan terbaru pengumuman kelab IPTA BN merupakan sekadar kosmetik supaya kerajaan UMNO/BN ini dilihat mesra mahasiswa serta ingin membawa perubahan dalam universiti.
Jika kerajaan benar-benar ingin menghargai suara mahasiswa mansuhkan AUKU. Itulah kunci yang menyekat pemikiran dan nilai aktivis mahasiswa. Kalau serius kerajaan ingin membawa agenda perubahan kepada universiti perlu disemak kembali polisi pengajian tinggi negara.
Pernyataan saya ini berdasarkan apa yang berlaku dalam penggal ini. Boleh dikatakan 4 tahun kebelakangan ini sekurang-kurangnya 20 orang mahasiswa dijatuhkan hukuman berdasarkan akta rimba AUKU.
Bahkan menurut laporan dari SUARAM aktivis mahasiswa yang paling ramai ditangkap oleh pihak berkuasa berbanding dengan aktivis masyarakat dan politik bagi tahun 2011.
Apa maknanya pindaan terhadap AUKU jika dalam masa yang sama masih ada sekatan-sekatan terhadap mahasiswa di peringkat universiti. Contohnya berkenaan AUKU pindaan 2012 yang membenarkan pelajar universiti memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan di dalam dan di luar kampus. Tetapi tetap ada sekatan buat mahasiswa diperingkat universiti dengan peraturan yang dinamakan Kod Tatakelakuan yang tidak membenarkan mahasiswa untuk terlibat aktiviti-aktiviti politik luar. Jadi pindaan ini sekadar gula-gula untuk kerajaan ini dilihat mesra mahasiswa dan membawa agenda perubahan. Mahasiswa tidak bodoh!
Pada saya mahasiswa telah bijak untuk membuat penilaian dan pilihan. Jika Khairy Jamaludin sibuk menubuhkan Kelab IPT Barisan Nasional (BN) (KIBAR) dengan meletakkan sasaran keahlian 5,000 pada saya ia bukan idea asli mahasiswa itu sendiri. Kenapa Ketua Pemuda UMNO yang bersungguh-sungguh menubuhkan kelab penyokong? Jika sekadar kelab semestinya tiada suara untuk berperanan sebagai decision maker di dalam parti. Tidak lain hanya untuk meraih simpati dan sokongan mahasiswa. Ini tindakan terdesak untuk menghadapi PRU 13. Sehingga kini tidak diumumkan organisasi tertinggi dan agenda kelab penyokong ini. Yang dilihat bersungguh-sungguh dalam penubuhan kelab ini hanya Khairy sendiri. Kesian!
Penubuhan kelab ini bukannya ruang untuk meraikan suara mahasiswa tetapi untuk memastikan mahasiswa tunduk dan ikut telunjuk UMNO/BN. ini adalah projek pembodohan!
Pesan saya kepada Khairy, letak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO dan daftarlah di mana-mana IPT tempatan untuk melayakkan anda menjadi Pengerusi Kelab IPT Barisan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan