RCI: BN kerajaan haram yang perlu dijatuhkan
Hazayani Zakaria, | 04 Feb 2013 |
Beliau berkata, pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah pada tahun 90-an dahulu secara jelas bertujuan memenangkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Justeru tegasnya, rakyat mesti menjatuhkan kerajaan BN melalui PRU 13 dan memastikan tida berlaku penipuan dalam proses pilihan raya.
"Skandal beri kad pengenalan dan daftar pemilih (di Sabah) betul-betul untuk memenangkan BN. Kalau satu juta orang didaftar di Sabah untuk memenangkan BN, ertinya kerajan BN sekarang ini kerajaan haram kerana menang secara haram di Sabah.
"Oleh sebab itu rakyat Malaysia mesti menjatuhkan kerajaan haram ini dalam pilihan raya akan datang," kata beliau sewaktu berucap di Majlis Minum Petang Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 anjuran Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju semalam.
Mohamad juga berkata, akibat skandal pemberian kad pengenalan itu, beberapa orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tidak mahu ia terbongkar.
"Kalau ikutkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah orang yang paling khianat kerana terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan ini.
"Masa saya ditahan di Kem Kamunting dahulu, ada beberapa orang ditahan di bawah ISA kerana membuat kad pengenalan.
"Sepatutnya mereka didakwa di mahkamah kerana mengkhianati negara. Tapi kenapa di bawah ISA? Sebab kalau diakwa di mahkamah akan terbongkar skandal buat kad pengenalan ini," katanya.
Rakyat jadi Pemantau
Sementara itu, dalam majlis yang sama, ahli jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais berkata, semua orang berperanan sebagai pemantau sewaktu hari mengundi bagi mengenal pasti kewujudan pengundi hantu.
"Pemantau memang memerlukan bantuan semua orang. Hari mengundi nanti semua pakai baju kuning, hijau dan merah, keluar dan perhatikan pengundi hantu yang hadir dengan pelbagai cara," katanya.
Katanya, jika masih berlau penipuan pada PRU 13, rayat akan turun ke jalan raya sekali lagi bagi membantah pilihan raya yang tidak telus.
"Kerajaan hari ini kerajaan haram kerana undi popular adalah di Semenanjung. BN hanya menang besar di Sabah. Jadi Najib jangan cakap besar dan kalau mereka tipu lagi, kita akan turun lagi ke jalan raya," katanya.
Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad, Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Dr Rainey, Penyelaras Parti Keadilan Rakyat Cabang Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Erdorgan kutuk serangan Israel ke atas Syria
Terjemahan Mohamad Yahya, | 04 Feb 2013 |
Perdana
Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menuduh Israel melancarkan
"keganasan ke atas negara" dengan mengutuk serangan udara ke atas Syria
sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang tidak boleh
diterima.
"Mereka yang terlalu memanjakan Israel seperti kanak-kanak tidak harus mengharapkan apa-apa dari mereka, pada bila-bila masa," kata Erdogan pada hari Ahad.
"Seperti yang saya tegaskan berulang kali, Israel mempunyai mentaliti melancarkan keganasan kepada negara. Sekarang, kita tidak dapat menjangka apa yang mereka lakukan dan di mana mungkin mereka melakukannya," katanya kepada pemberita.
Erdogan, pengkritik vokal terhadap Israel, berkata demikian selepas Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengesahkan bahawa mereka telah merancang pengeboman Rabu lalu yang Damsyik laporkan mensasarkan kompleks tentera berhampiran ibu negara.
"Kita tidak boleh menganggap pencerobohan ruang udara sebagai sesuatu yang boleh diterima. Apa yang Israel lakukan sememangnya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Ia perbuatan yang adalah di luar kutukan," kata Erdogan.
"Saya bimbang dengan situasi seperti ini, mana-mana senario mungkin akan muncul pada masa hadapan."
Terdahulu, pada hari Ahad, Barak mengelak dari membuat pengesahan penglibatan secara langsung ketika menyebut tentang isu tersebut di Persidangan Keselamatan Munich di Jerman.
"Saya tidak boleh menambah apa-apa maklumat kepada anda berkenaan apa yang berlaku di Syria beberapa hari lalu," Barak memberitahu para peserta.
Namun beliau menambah: "Ia adalah satu lagi bukti bahawa apabila kami menyebut sesuatu bermakna kami memaksudkannya. Kami katakan bahawa kami fikir tidak seharusnya dibenarkan membawa sistem senjata yang canggih ke Hizbullah Lubnan dari Syria, apabila [Presiden Syria Bashar al- ] Assad jatuh. "
Menurut pegawai Amerika Syarikat, serangan Rabu lalu itu melanda konvoi senjata anti-pesawat Syria untuk kumpulan Hizbullah Lubnan tetapi Israel tidak mengakui serangan udara tersebut secara terbuka .
Tentera Syria berkata sasaran jet Israel adalah sebuah pusat penyelidikan saintifik. Kemudahan berkenaan terletak dalam kawasan Jamraya, barat laut ibu negara. (aljazeera.com)
KUALA LUMPUR:
“Sekali lagi aku nak ulang, filem ni sangat-sangat perlu ditonton oleh
semua orang kononnya peduli pasal masalah negara, 36 minit 45 saat yang
bagi aku cukup berbaloi,” tulis blogger Cenangau Politik Daun Kari.
Petikan tulisan beliau seperti di bawah.
Yang pertama pasai filem Indonesia yang bertajuk "Alangkah lucunya negeri ini". Satu filem masyarakat yang bagi aku cukup unik yang mengisahkan mengenai isu pencopet dari kacamata seorang sarjana ekonomi. Aku boleh ulang 3 kali tengok dalam minggu tu.
Yang kedua posting mengenai filem pendek "Ana ikut enta" yang Dewan Pemuda PAS buat untuk mempromosikan program "Ijtima Tarbawi". Bukan bagus sangat pun filem pendek tu tapi aku sokong pasai 'keberanian' DPP untuk cuba buat sesuatu yang baru dan berusaha 'mendefinasikan' 'hiburan' versi PAS.
Baca lagi di sini.
(Datuk Yahya Lampong...Pakatan akan menang di Sabah kali ini)
AMPANG: Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong yakin Sabah akan membentuk kerajaan baru dari Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.
Beliau yakin Pakatan akan menang 18 kerusi parlimen di Sabah yang mana 13 kerusi adalah dari kawasan Kadazan, Dusun, Murut dan Cina (KDMC) dan lima lagi kerusi Bumiputra Islam.
Yahya yang merupakan orang Bajau pernah menjadi timbalan menteri ketika Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri.
Beliau adalah penyokong kepada Tun Datu Mustapha ketika itu pernah menjadi anggota Parlimen dan Adun Sabah beberapa kali.
Hari ini beliau berucap dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS bersama tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS.
"Saya berkeyakinan penuh pada pilihanraya kali ini Sabah akan menyumbangkan 18 kerusi parlimen dari kawasan KDMC.
(Tokoh-tokoh baru PAS bertakbir bersama dalam himpunan hari ini)
"Di Sabah kita telah kena pasti majoriti pengundi Cina sudah menolak Barisan Nasional dan mereka memberi sepenuhnya sokongan kepada kita (Pakatan)," jelas beliau.
Menurutnya lagi, rakyat Sabah kecewa apabila tidak bersama-sama negeri di semenanjung pada 2008 membentuk kerajaan yang baru.
"2008 kita sepatutnya telah bersama-sama membentuk kerajaan baru di peringkat negeri.
"Kali ini pada PRU13 saya yakin perubahan besar akan berlaku dan menjamin perubahan kerajaan akan berlaku," tambah beliau lagi.
Yahya yang menjelaskan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang telah berjaya mengabungkan semua kaum untuk duduk bersama.
Tindakan inilah yang telah menyebabkan rakyat Sabah semakin berani untuk membuat perubahan tampuk pemerintahan, jelas beliau di Hotel De Palma hari ini.
KOTA KINABALU: Penduduk Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, yang terletak kira-kira 10 hingga 15 minit dari Pulau Gaya mempunyai hanya kira-kira 400 penduduk di 70 buah rumah merintih diabaikan BN sekian lama.
Ketua Penduduk Pulau Sepanggar yang juga Ketua SAPP (Sabah Progressive Party), Haji Ahmad Abu Bashar berkata sudah sekian lama penduduk Pulau Sepanggar diabaikan kerajaan Barisan Nasional.
Katanya, infrastrukur Pulau Sepanggar tidak dibangunkan dan masjid yang ada juga uzur tanpa dipedulikan oleh kerajaan BN. Lebih teruk, kebajikan penduduk seperti kesihatan juga diabaikan.
Semalam, rombongan PAS yang diketuai Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh telah berkunjung ke Pulau Sepanggar untuk meninjau keadaan penduduk dan menjalin ukhuwah Islam.
“Kami datang memahami masalah mereka dan juga mengambil kesempatan untuk mengadakan sambutan dan penghayatan kepada Maulidur Rasul,” kata Nik Zawawi ketika dihubungi Harakahdaily.
Di dalam lawatan ini juga, Nik Zawawi berkata PAS memberikan pemeriksaan kesihatan percuma.
“Alhamdulilah, program kebajikan ini disambut meriah. Hampir semua penduduk Sepanggar menghadiri program ini. Mereka semua menyokong PAS,” katanya lagi.
Nik Zawawi, yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS berkata penduduk Pulau Sepanggar kini sedar mereka mempunyai pilihan alternatif, iaitu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.
“Insya Allah. mood ‘Ini Kalilah – Tukar’ sudahpun dirasai di sini,” kata beliau lagi.
KUALA LUMPUR: PAS menerima konsep kepelbagaian kaum yang wujud di negara ini dan sentiasa melihat perbezaan tersebut sebagai kelebihan dan keistimewaan dalam membina tamadun negara.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biarpun wujud perbezaan dari sudut kepercayaan, kaum dan budaya, namun PAS tidak pernah meletakkan ianya sebagai halangan untuk saling hormat menghormati.
Menurutnya, tindakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh, serta Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis sebagai satu contoh bagaimana PAS tidak pernah memisahkan prinsip kemanusiaan.
"Itu satu terjemahan kepada orang Islam yang tak faham bahawa Islam tidak memisahkan kemanusiaan dengan kaum lain. PAS pecahkan dinding perkauman.
"Juga memberi faham kepada orang bukan Islam bahawa inilah (cara) Islam dalam menangani masyarakat majmuk. Islam bukan tertutup dalam muamalah dengan pihak lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakahdaily baru-baru ini.
Ketika berkunjung ke kediaman Karpal di Jelutong, Pulau Pinang sebelum ini, TG Nik Aziz diraikan ahli parlimen Bukit Gelugor itu penuh mesra dan akrab.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut diminta memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82.
Dalam kunjungan terhadap Francis Sebastian pula, TG Nik Aziz juga telah dihadiahkan sebiji kek untuk dipotong.
Kedua-dua kunjungan spontan tersebut dilihat memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara agama di negara ini yang cuba dimainkan pihak tertentu.
Ianya juga mencerminkan bahawa hubungan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain sangat ampuh dan berbeza dengan apa yang cuba digambarkan media arus perdana yang dikawal Umno BN.
Selain itu, TG Abdul Hadi sendiri sebelum ini memperlihatkan sikap toleransi PAS apabila turun melawat tiga buah gereja yang terbakar termasuk gereja Metro Tabernacle di Wangsa Maju pada 2010 lalu yang dipercayai angkara perbuatan khianat.
"Mereka yang terlalu memanjakan Israel seperti kanak-kanak tidak harus mengharapkan apa-apa dari mereka, pada bila-bila masa," kata Erdogan pada hari Ahad.
"Seperti yang saya tegaskan berulang kali, Israel mempunyai mentaliti melancarkan keganasan kepada negara. Sekarang, kita tidak dapat menjangka apa yang mereka lakukan dan di mana mungkin mereka melakukannya," katanya kepada pemberita.
Erdogan, pengkritik vokal terhadap Israel, berkata demikian selepas Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengesahkan bahawa mereka telah merancang pengeboman Rabu lalu yang Damsyik laporkan mensasarkan kompleks tentera berhampiran ibu negara.
"Kita tidak boleh menganggap pencerobohan ruang udara sebagai sesuatu yang boleh diterima. Apa yang Israel lakukan sememangnya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Ia perbuatan yang adalah di luar kutukan," kata Erdogan.
"Saya bimbang dengan situasi seperti ini, mana-mana senario mungkin akan muncul pada masa hadapan."
Terdahulu, pada hari Ahad, Barak mengelak dari membuat pengesahan penglibatan secara langsung ketika menyebut tentang isu tersebut di Persidangan Keselamatan Munich di Jerman.
"Saya tidak boleh menambah apa-apa maklumat kepada anda berkenaan apa yang berlaku di Syria beberapa hari lalu," Barak memberitahu para peserta.
Namun beliau menambah: "Ia adalah satu lagi bukti bahawa apabila kami menyebut sesuatu bermakna kami memaksudkannya. Kami katakan bahawa kami fikir tidak seharusnya dibenarkan membawa sistem senjata yang canggih ke Hizbullah Lubnan dari Syria, apabila [Presiden Syria Bashar al- ] Assad jatuh. "
Menurut pegawai Amerika Syarikat, serangan Rabu lalu itu melanda konvoi senjata anti-pesawat Syria untuk kumpulan Hizbullah Lubnan tetapi Israel tidak mengakui serangan udara tersebut secara terbuka .
Tentera Syria berkata sasaran jet Israel adalah sebuah pusat penyelidikan saintifik. Kemudahan berkenaan terletak dalam kawasan Jamraya, barat laut ibu negara. (aljazeera.com)
Filem yang semua orang patut tengok
Harakahdaily, | 04 Feb 2013 |
Petikan tulisan beliau seperti di bawah.
Yang pertama pasai filem Indonesia yang bertajuk "Alangkah lucunya negeri ini". Satu filem masyarakat yang bagi aku cukup unik yang mengisahkan mengenai isu pencopet dari kacamata seorang sarjana ekonomi. Aku boleh ulang 3 kali tengok dalam minggu tu.
Yang kedua posting mengenai filem pendek "Ana ikut enta" yang Dewan Pemuda PAS buat untuk mempromosikan program "Ijtima Tarbawi". Bukan bagus sangat pun filem pendek tu tapi aku sokong pasai 'keberanian' DPP untuk cuba buat sesuatu yang baru dan berusaha 'mendefinasikan' 'hiburan' versi PAS.
Baca lagi di sini.
Yahya yakin Pakatan dapat 18 kerusi Parlimen di Sabah
Muhammad Faizal, | 03 Feb 2013 |
(Datuk Yahya Lampong...Pakatan akan menang di Sabah kali ini)
AMPANG: Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong yakin Sabah akan membentuk kerajaan baru dari Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.
Beliau yakin Pakatan akan menang 18 kerusi parlimen di Sabah yang mana 13 kerusi adalah dari kawasan Kadazan, Dusun, Murut dan Cina (KDMC) dan lima lagi kerusi Bumiputra Islam.
Yahya yang merupakan orang Bajau pernah menjadi timbalan menteri ketika Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri.
Beliau adalah penyokong kepada Tun Datu Mustapha ketika itu pernah menjadi anggota Parlimen dan Adun Sabah beberapa kali.
Hari ini beliau berucap dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS bersama tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS.
"Saya berkeyakinan penuh pada pilihanraya kali ini Sabah akan menyumbangkan 18 kerusi parlimen dari kawasan KDMC.
(Tokoh-tokoh baru PAS bertakbir bersama dalam himpunan hari ini)
"Di Sabah kita telah kena pasti majoriti pengundi Cina sudah menolak Barisan Nasional dan mereka memberi sepenuhnya sokongan kepada kita (Pakatan)," jelas beliau.
Menurutnya lagi, rakyat Sabah kecewa apabila tidak bersama-sama negeri di semenanjung pada 2008 membentuk kerajaan yang baru.
"2008 kita sepatutnya telah bersama-sama membentuk kerajaan baru di peringkat negeri.
"Kali ini pada PRU13 saya yakin perubahan besar akan berlaku dan menjamin perubahan kerajaan akan berlaku," tambah beliau lagi.
Yahya yang menjelaskan, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang telah berjaya mengabungkan semua kaum untuk duduk bersama.
Tindakan inilah yang telah menyebabkan rakyat Sabah semakin berani untuk membuat perubahan tampuk pemerintahan, jelas beliau di Hotel De Palma hari ini.
'Ini Kalilah' sudah dirasai penduduk Pulau Sepanggar
Harakahdaily, | 03 Feb 2013 |
KOTA KINABALU: Penduduk Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu, yang terletak kira-kira 10 hingga 15 minit dari Pulau Gaya mempunyai hanya kira-kira 400 penduduk di 70 buah rumah merintih diabaikan BN sekian lama.
Ketua Penduduk Pulau Sepanggar yang juga Ketua SAPP (Sabah Progressive Party), Haji Ahmad Abu Bashar berkata sudah sekian lama penduduk Pulau Sepanggar diabaikan kerajaan Barisan Nasional.
Katanya, infrastrukur Pulau Sepanggar tidak dibangunkan dan masjid yang ada juga uzur tanpa dipedulikan oleh kerajaan BN. Lebih teruk, kebajikan penduduk seperti kesihatan juga diabaikan.
Semalam, rombongan PAS yang diketuai Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh telah berkunjung ke Pulau Sepanggar untuk meninjau keadaan penduduk dan menjalin ukhuwah Islam.
“Kami datang memahami masalah mereka dan juga mengambil kesempatan untuk mengadakan sambutan dan penghayatan kepada Maulidur Rasul,” kata Nik Zawawi ketika dihubungi Harakahdaily.
Di dalam lawatan ini juga, Nik Zawawi berkata PAS memberikan pemeriksaan kesihatan percuma.
“Alhamdulilah, program kebajikan ini disambut meriah. Hampir semua penduduk Sepanggar menghadiri program ini. Mereka semua menyokong PAS,” katanya lagi.
Nik Zawawi, yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS berkata penduduk Pulau Sepanggar kini sedar mereka mempunyai pilihan alternatif, iaitu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini.
“Insya Allah. mood ‘Ini Kalilah – Tukar’ sudahpun dirasai di sini,” kata beliau lagi.
Lawat Bishop: PAS tonjol kemanusiaan melangkaui perbezaan
Nazri Abdullah, | 03 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS menerima konsep kepelbagaian kaum yang wujud di negara ini dan sentiasa melihat perbezaan tersebut sebagai kelebihan dan keistimewaan dalam membina tamadun negara.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, biarpun wujud perbezaan dari sudut kepercayaan, kaum dan budaya, namun PAS tidak pernah meletakkan ianya sebagai halangan untuk saling hormat menghormati.
Menurutnya, tindakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melawat Pengerusi DAP, Karpal Singh, serta Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis sebagai satu contoh bagaimana PAS tidak pernah memisahkan prinsip kemanusiaan.
"Itu satu terjemahan kepada orang Islam yang tak faham bahawa Islam tidak memisahkan kemanusiaan dengan kaum lain. PAS pecahkan dinding perkauman.
"Juga memberi faham kepada orang bukan Islam bahawa inilah (cara) Islam dalam menangani masyarakat majmuk. Islam bukan tertutup dalam muamalah dengan pihak lain," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakahdaily baru-baru ini.
Ketika berkunjung ke kediaman Karpal di Jelutong, Pulau Pinang sebelum ini, TG Nik Aziz diraikan ahli parlimen Bukit Gelugor itu penuh mesra dan akrab.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut diminta memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulang tahun kelahirannya ke-82.
Dalam kunjungan terhadap Francis Sebastian pula, TG Nik Aziz juga telah dihadiahkan sebiji kek untuk dipotong.
Kedua-dua kunjungan spontan tersebut dilihat memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara agama di negara ini yang cuba dimainkan pihak tertentu.
Ianya juga mencerminkan bahawa hubungan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat yang lain sangat ampuh dan berbeza dengan apa yang cuba digambarkan media arus perdana yang dikawal Umno BN.
Selain itu, TG Abdul Hadi sendiri sebelum ini memperlihatkan sikap toleransi PAS apabila turun melawat tiga buah gereja yang terbakar termasuk gereja Metro Tabernacle di Wangsa Maju pada 2010 lalu yang dipercayai angkara perbuatan khianat.
Kalau dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat
Harakahdaily, | 03 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Mahathir
sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami tanpa UMNO Melayu akan
tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut
waktu dan zamannya.
“Dulu-dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.
Menurutnya, di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan raya.
Berikut adalah tulisan penuh beliau.
UMNO sedang berusaha dan mungkin telah dapat menyenaraikan ‘winnable candidate’ untuk pilihanraya kali ini. Itulah yang disebut-sebut setiap kali dalam mesyuarat dan perbincangan tentang pemilihan calon dalam UMNO sekarang ini. Tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan dan keyakinan rakyat untuk memperbaiki prestasi UMNO yang sudah merudum sekarang ini.
Semalam Mahathir berlainan pula pandangannya. Beliau meminta semua rakyat mengundi UMNO dan jangan memilih calon. ‘Siapa sahaja yang diturunkan oleh UMNO sebagai calon kita mesti undi’ katanya. Apa yang dikehendaki Dr Mahathir ialah rakyat tidak payah menggunakan otak dan pemikiran. Bagi Mahathir apabila rakyat memilih itu ikut sahaja siapa yang dicalonkan dan tidak payah berfikir banyak. Mahathir sudah biasa dengan membuat arahan sahaja dan arahan beliau mesti diterima.
Tidak berapa lama dahulu dia juga yang menyatakan UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi semalam beliau juga yang meminta kita mengundi parti yang beliau katakan busuk itu. Beliau juga yang mengatakan beberapa bulan dahulu UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi, kerana yang pandai masuk PAS, yang baik sertai PKR dan yang bijak sudah menyokong DAP. Oleh itu jelas Mahathir ini tidak boleh diikuti langsung kerana kita akan diperbodoh-bodohkannya sepanjang masa. Sesungguhnya Mahathir ini mudah lupa, bukannya Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau katakan dahulu.
Apa yang paling menariknya lagi, pada pilihanraya yang lalu Mahathir telah meminta rakyat jangan mengundi mengikut parti. Beliau mahukan rakyat memilih calon kerana jika parti menurunkan calon yang tidak baik maka ia tidak akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara termasuk parti-parti yang menurunkan calon-calon itu. Semasa itu Mahathir berkata yang negara perlukan calon-calon yang baik dan mengikut kehendak masa dan zamannya.
Memang sikap Mahathir suka membodoh-bodohkan orang lain. Kita bukan tidak faham, tujuan beliau meminta rakyat mengundi calon bukannya parti dalam pilihanraya yang lalu, ialah untuk menjatuhkan Abdullah Badawi kerana beliau terlalu sakit hati dengan penggantinya itu kerana terlalu degil dan tidak mahu bertindak mengikut kehendak beliau. Semasa berkempen di Kedah dalam pilihanraya itu beliau hanya pergi ke Jerlun untuk membantu anaknya Mukhriz.
Tujuannya ialah untuk melemahkan keputusan pilihanraya itu. Dengan jatuhnya prestasi kemenangan BN maka mudahlah beliau untuk melakukan dan membantu sesiapa yang hendak mengambilalih Badawi itu dengan mudah dan kehendak beliau telah berjaya dilakukannya. BN menang tetapi hilang sokongan 2/3 dalam Parlimen. Maka mudahlah mendesak Abdullah untuk berundur. Najib pun naik setakuk lagi dan menjadi Perdana Menteri sekarang ini, tetapi mempunyai terlalu banyak dan besar ‘baggage’ nya untuk menjadi seorang PM yang diyakini rakyat.
Walaupun Mahathir sudah membayangkan agar Najib perlu meletakkan jawatan jika keputusan PRU nanti lebih teruk dari keputusan PRU yang lalu. Tetapi kali ini Mahathir tidak boleh lagi meminta rakyat memilih calon dan bukannya parti. Jika itu masih menjadi saranannya maka UMNO akan kalah terus dan Mahathir sudah barang tentu memahami keadaan sekarang . Mahathir bukannya tidak faham keadaan sekarang. Beliau tahu UMNO sedang tenat dan imej UMNO begitu buruk dan parti itu sudah dianggap parti usang oleh majoriti rakyat termasuk orang Melayu sendiri.
Memahami keadaan itu sekarang lah yang menyebabkan Mahathir terpaksa mendesak semua pihak memberikan undi terhadap sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh UMNO nanti. Mahathir terlupa yang rakyat yang ramai-ramai ini pergi juga ke sekolah sikit-sikit dan rakyat mampu untuk memberikan pertimbangan yang wajar untuk kebaikan negara. Lagi pun Mahathir sudah disedari oleh ramai yang beliau merupakan seorang yang terlalu mahir memutar belitkan kata-katanya sendiri serta keadaan politik negara. Mahathir mempunyai ‘stake’ yang begitu besar jika UMNO kalah.
Mahathir sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami yang tanpa UMNO Melayu akan tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut waktu dan zamannya. Dulu-dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus. Di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan raya.
Malahan rakyat sudah sedar jika mahukan kemajuan, pemikiran rakyat tidak boleh dikongkong. Mereka sekarang ini sedar jika pemikiran rakyat dikongkong, orang melayu tidak mampu untuk maju kerana pemikiran dan otak yang tidak pernah mempunyai pemikiran sendiri. Selama ini mereka hanya mengharapkan UMNO untuk melakukan pemikiran bagi pihak mereka. Akhirnya mereka sedar yang UMNO itu hanya lah menjadi alat kepada ‘warlords’ yang tidak pun membantu UMNO untuk kepentingan rakyat ramai. Rakyat sudah sedar yang UMNO yang memperlakukan rakyat sebagai lembu dan kaldai mereka sahaja untuk kepentingan segulungan kecil rakyat semata-mata.
Menolak UMNO itu merupakan satu tindakan yang mulia kerana membiarkan UMNO menggunakan kita sebagai kaldai itu adalah satu tindakan yang menzalimi diri sendiri. Rakyat mesti melakukan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada rakyat yang ramai, bukannya untuk kebaikan Dr Mahathir dan konco-konconya sahaja. UMNO itu bukan kepunyaan Mahathir sahaja malahan UMNO sudah tidak disegani oleh banyak pihak kini.
Apa yang UMNO tahu hanyalah membeli perasaan rakyat dengan BRIM RM500 sahaja. Murah betul nilai jiwa rakyat ini dari pandangan UMNO terutamanya dari pandangan Najib.
Cukup-cukuplah rakyat diperkudakan oleh pimpinan UMNO selama ini. Kalau tidak kesian kepada rakyat yang ramai, setidak-tidak kesian lah kepada diri kita sendiri.
1. PRU13 yang digelar sebagai ‘ibu segala pilihanraya’ (mother of
all elections) bakal menjadi penanda aras terhadap tahap kematangan
sistem demokrasi di Malaysia. Cadangan pelaksanaan konsep kerajaan
sementara (caretaker government) yang disyorkan oleh Jawatankuasa
Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan bakal dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya
Pilihanraya (SPR) dalam masa terdekat adalah sangat bertepatan dan
wajib dilaksanakan oleh pihak kerajaan, bagi menjamin pilihanraya yang
bakal berlangsung, berjalan secara adil dan aman.
2. Pemuda PAS berpendapat, konsep kerajaan sementara (caretaker government), atau lebih tepat diterjemahkan sebagai ‘kerajaan pemegang amanah’, adalah sebuah kerajaan yang mengambil alih peranan kerajaan yang memerintah (incumbent government) secara sementara, bermula daripada tempoh pembubaran parlimen dan sepanjang tempoh kempen pilihanraya, berakhir dengan tempoh kerajaan baru terbentuk (new government), dengan memenuhi kriteria tidak-berpihak (neutral), bebas-politik (apolitical) dan berwibawa (competent).
3. Prinsip ini adalah bertepatan dengan prinsip kepemimpinan (siyadah) dalam Islam yang menekankan ketinggian nilai integriti dan amanah dalam proses perlantikan pemimpin dan peralihan sesebuah kuasa, berpaksikan kepada pengiktirafan terhadap hak ahli mesyuarat dan rakyat dalam membuat keputusan melantik pemimpin secara adil dan telus. Rasional untuk melaksanakan konsep kerajaan pemegang amanah (caretaker government) ini adalah bagi menghormati prinsip peluang samarata (level playing field) bagi semua pihak yang berpatisipasi dalam proses pilihanraya dan prinsip kelangsungan perkhidmatan kerajaan (life goes on) dalam menjaga kepentingan awam, di samping prinsip pemisahan kuasa (separation of power) di antara entiti kerajaan dan parti politik.
4. Memandangkan konsep ini tidak pernah dilaksanakan secara komprehensif di Malaysia, pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri wajar mengambil model kejayaan sistem kerajaan sementara (caretaker government)di beberapa negara Komenwel seperti di Australia dan Bangladesh untuk dilaksanakan dalam tempoh PRU13 ini. Antara amalan terbaik yang wajar dicontohi untuk dijadikan kod etika sepanjang tempoh tersebut adalah dengan penekanan terhadap tanggungjawab halangan (negative obligation) sepanjang tempoh kempen pilihanraya, antaranya tiada penggubalan dasar dan keputusan besar, tiada perlantikan jawatan utama, tiada kelulusan tender dan kontrak besar, dan yang paling utama, tiada penyalahgunaan kewangan, jentera dan media ataupun 3M (Money, Machinery, Media) oleh pihak kerajaan memerintah (incumbent government).
5. Bagi memperincikan konsep kerajaan pemegang amanah ini, Pemuda PAS telah menjalankan kajian yang diselia oleh Institut Kajian Polisi DPPM, dengan mengambil kira pandangan ahli akademik dan pengamal undang-undang serta konsultasi awam bersama beberapa NGO-NGO, untuk menerbitkan nota cadangan ke arah pelaksanaannya. Dokumen polisi tersebut bertujuan untuk mengemukakan syor dan kaedah terbaik pelaksanaan di peringkat kerajaan Persekutuan dan Negeri, khususnya dalam aspek siapa (who) dan bagaimana (how) dalam konteks pengamatan terhadap ruang dan implikasi undang-undang bagi menjunjung prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia.
6. Pemuda PAS menjangkakan pilihanraya kali ini bakal dicemari oleh pihak UMNO/BN yang terdesak untuk mempertahankan kuasa dan survival politik demi kepentingan peribadi dan periuk nasi mereka, di samping tidak menolak kemungkinan situasi parlimen tergantung (hung parliament) dalam PRU13 ini, iaitu kebarangkalian keputusan pilihanraya yang tidak memihak kepada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang untuk mendapat mandat membentuk sebuah kerajaan secara mutlak. Seluruh anak muda Malaysia menolak sebarang taktik kotor dan jahat, sepanjang tempoh kempen sehinggalah kepada pembentukan kerajaan pasca PRU13.
7. Pemuda PAS sentiasa komited untuk berpatisipasi dalam proses pilihanraya secara berakhlak dan berstrategi, menghormati etika dan prinsip undang-undang, mengiktiraf hak rakyat untuk memilih secara bijak, dan menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh rakyat. Sejarah telah menjadi saksi terhadap keikhlasan PAS.
Mencorak Masa Depan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Mencorak Masa Depan
Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~

Pelaksanaan Caretaker Government [Kerajaan Sementara]
Nasrudin Hassan, | 03 Feb 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan