Posted on Sunday, September 01 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Ucapan Tuan Guru Abdul Hadi Awang di tengah tengah jutaan rakyat Turki, Berkenaan penggulingan kerajaan ISLAM , Al hafiz Dr. Muhammad Mursi.
Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang baru-baru ini di Istanbul, Turki berucap dirapat umum Saadat Partisi, protes tentera dan campurtangan luar di Mesir.
Disini dapat dilihat suasana kebangkitan ISLAM di TURKI yang semakin HEBAT. Mereka berhimpun beramai ramai memberi sokongan penuh pada kepimpinan ISLAM Dr. Mursi yang di khianat pemimpin tentera AL SISI LAKNATULLAH.
Video penuh himpunan Mesir di Turki
Himpunan ini disiarkan secara Live di TV Turki.
Youtube morsi azhar
Munasabahkah Anwar minat dengan kerajaan perpaduan
Posted on Sunday, September 01 @ 09:10:12 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: anaabdullah
"Dahulu PAS pernah disebut sebut sangat berminat dengan penubuhan kerajaan perpaduan. Bukan setakat itu sahaja, malah terbongkar antara pemimpin kanan pas dan Umno pernah mengadakan siri pertemuan membincangkan prihal tersebut.
Kali ini Anwar dan Mohd Najib Razak pula dikatakan pernah bertemu untuk membincangkan perihal kerajaan perpaduan di Malaysia.
Tajuk tulisan penulis kali ini berbentuk soalan munasabahkah Anwar minat dengan kerajaan perpaduan.
Barangkali
ada yang memberi jawapan “Ya” kerana gagal untuk ke Putrajaya selapas
PRU 13 lepas.Jika jawapan “ya” bermakna Anwar sudah mengaku kalah dalam
memperjuangkan niatnya untuk memerintah Malaysia atas nama Pakatan
Rakyat.
Penulis lebih cenderung dengan jawapan
“tidak” kerana Pakatan rakyat ada harapan yang sangat cerah untuk
menang dan memerintah pada PRU 14 nanti.
Buktinya,
Kerajaan membelanja RM 80 bilion wang rakyat untuk menang memerintah
dengan majority 2/3 pada PRU 13, tetapi menemui kegagalan dengan
keputusan yang paling burok sejarah pilihanraya umum Negara.
RM
6 bilion untuk membeli undi RM 500 satu kepala juga turut gagal.Oleh
itu Pakatan rakyat ada cam untuk menang dan memerintah Malaysia pada PRU
akan datang.
Pilihanraya kecil pertama Kuala
Besut selepas PRU 13 boleh dijadikan contoh kerana 158 undi sahaja
yang memberi kepercayaan kepada umno/BN miskipun dijanjikan dengan
seribu buah rumah percuma kepada pengundi.
Penulis difahamkan kerajaan perpadun adalah kerajaan pengkongsian kuasa antara pakatan rakyat dan Barisan Nasional.
Tidak
dinafikan Kabinet Najib boleh wujud timbalan perdana menteri II
sepertimana diwujudkan menteri pendidikan II dan menteri kewangan II
tetapi bagaimana pula dengan lain lain menteri.
Jika boleh berbuat demikian ada munasabah Anwar ada minat berbincang pasal kerajaan perpaduan.
Jika
tidak adalah tersangat tidak munasabah kerana jalan untuk menubuhkan
kerajaan perpaduan tidak berpijak dibumi nyata, nalah sia sia sahaja.
Buang masa.
Ahli politik guna gangster, M’sia tidak selamat?
Posted on Saturday, August 31 @ 23:57:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Posted on Saturday, August 31 @ 23:57:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUALA LUMPUR: Majis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) memandang serius kenyataan Datuk Seri Suleiman Muhamed, bekas Menteri Penerangan yang mendakwa wujud ahli politik yang mengguna gangster di negara ini.
Malah beliau mendakwa terdapat 70,000 gangster di seluruh negara sekarang.
“Jika benar, maka persepsi negara ini tidak selamat adalah juga benar,” ujar Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Ini juga, katanya bermakna gejala jenayah berat yang kini berleluasa di negara ini ada hubungan dengan kewujudan kumpulan gangster yang demikian banyak.
“Kami mengambil maklum juga betapa jumlah anggota pasukan polis yang terlibat dalam menangani jenayah masih tidak mencukupi di negara ini,” katanya lagi.
Ini, ujar beliau pernah didedahkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata, biarpun jumlah keseluruhan pegawai dan anggota dalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 112,583 orang, namun jumlah itu meliputi mereka yang terlibat dalam kerja-kerja pengurusan.
Jelas Wan Junaidi, daripada jumlah itu, tiga jabatan di bawah pasukan itu terlibat khusus dalam pembanterasan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah (10,150 anggota), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (4,224) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (1,663).
Beliau juga memaklumkan jumlah keseluruhan tiga jabatan ini iaitu 16,037 anggota juga termasuk mereka yang berada di pejabat sebagai kerani dan sebagainya, oleh itu tidak ramai yang betul-betul bertugas khusus menangani jenayah.
Dengan fakta itu, kata Mohd Azmi maka pihaknya kami mempersoalkan bagaimana gangster boleh menjadi suatu realiti di negara ini.
Tambahnya, operasi kumpulan haram ini tidak mungkin bermaharajalela jika ia tidak dilindungi oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan sindiket gangster.
“Adakah ini menggambarkan bahawa Malaysia sudah semakin tidak selamat sehingga kumpulan gangster wujud untuk mengawal keselamatan orang kenamaan dan ahli politik di negara ini?” tanya beliau.
Harakahdaily 31 Ogos 2013
Dakwaan hubungan dengan Pekida disiasat
Posted on Saturday, August 31 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Polis akan menyiasat bagi mengesan sama ada wujud kegiatan kumpulan kongsi gelap Melayu yang didakwa mempunyai hubungan dengan Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai Geng Tiga Line, Geng 30 dan geng-geng kongsi gelap Melayu yang diumumkan kerajaan semalam didakwa mempunyai kaitan dengan pertubuhan itu.
"Kita akan siasat terlebih dulu, sama ada mereka ada kaitan dengan Pekida atau sengaja mahu dikaitkan dengan pertubuhan itu supaya tidak memburukkan nama Pekida yang sah di sisi undang-undang.
"Sehubungan itu juga kita harap orang ramai dapat menyalurkan maklumat berkaitan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Abdul Jalil berkata, orang ramai diminta tampil membuat laporan polis sekiranya mengetahui mana-mana orang kenamaan (VIP) atau artis terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.
Dalam pada itu, Pekida dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, pengumuman nama-nama kumpulan kongsi gelap semalam adalah selari dengan 'pemutihan' yang dilakukan oleh pertubuhan itu.
"Kumpulan 77, Tiga Line, Kumpulan 30 adalah penyakit dan liabiliti kepada pertubuhan Islam terutamanya Pekida.
"Pada tahun 2010 dan 2011, PDRM dan Pekida berjaya menghalang kumpulan 77 membuat majlis pengambilan ahli baru di Perak," ujar kenyataan itu.-utusan
Pegawai China yang Tersenyum di Lokasi Kemalangan Bas Didakwa Rasuah
Posted on Saturday, August 31 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Perlanggaran bas dan trak tangki pada Ogos 2012 menyebabkan 36 orang terbunuh.
Seorang pegawai yang tersenyum di lokasi kemalangan bas tersebut dibicarakan atas dakwaan rasuah.
Yang Dacai didakwa menerima suapan dan memiliki sejumlah besar harta, seperti dilaporkan media pemerintah.
Mantan pegawai badan keselamatan kerja Wilayah Shaanxi itu memyebabkan kemarahan di internet setelah terlihat tersenyum di tempat kemalangan bas dan trak tangki, Ogos 2012.
Dia dilihat mengenakan jam tangan mewah yang memicu penyiasatan atasnya kerana muncul komentar-komentar di internet yang menyebutkan dia tidak mampu membeli jam mewah dengan gaji sebagai pegawai negeri.
Yang kemudian dipecat dengan alasan kesalahan serius dan Februari tahun ini dikeluarkan dari Parti Komunis Cina.
Ketika memberi komen, senyumnya di tempat kemalangan 26 Ogos lalu, dia mengatakan hatinya berat ketika tiba di lokasi.
"Para petugas yang junior gugup ketika mereka memberitahu perkembangan kepada saya tentang situasinya."
"Saya berusaha untuk membuat mereka tenang sedikit, tapi mungkin, pada ketika yang tidak terkawal, saya menjadi terlalu tenang" jelasnya waktu itu.
Dia juga menegaskan menggunakan pendapatan sah untuk membeli sejumlah jam tangan dan yang termahal seharga 35,000 yuan
Perbicaraannya berlangsung di tengah kemarahan masyarakat atas para pegawai yang dianggap rasuah.
Presiden Xi Jinping sudah memulakan kempennya antirasuah, yang antara lain sudah mendakwa mantan Menteri Kereta Api dan seorang pegawai tinggi badan perancang ekonomi.
Pengguna internet juga semakin aktif menekan para pegawai yang dianggap rasuah.
BBCIndonesia.com
Hari ini hari kemerdekaan ke-56 Malaysia(310813)
Posted on Saturday, August 31 @ 22:07:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh Teresa Kok
Saya pergi menyaksikan pertunjukan dan perarakan di Dataran Merdeka. Saya "terpangggil" untuk hadir pada awal pagi apabila kedua-dua rakan ahli Parlimen DAP, Sdr Jimmy Wong (KK) dan Sdr Steven Wong (Sandakan) hadir di majlis sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ini.
Saya pergi menyaksikan pertunjukan dan perarakan di Dataran Merdeka. Saya "terpangggil" untuk hadir pada awal pagi apabila kedua-dua rakan ahli Parlimen DAP, Sdr Jimmy Wong (KK) dan Sdr Steven Wong (Sandakan) hadir di majlis sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ini.
Saya sebagai ahli Parlimen di Kuala Lumpur rasa bertanggungjawab untuk bersama dengan mereka. Saya juga gembira lihat bekas Presiden MIC, Samy Vellu hadir di majlis sambutan merdeka hari ini.
Saya sebenarnya tiada "mood" untuk menyaksikan pertunjukan dan perarakan tersebut, bukan kerana pertunjukan itu tidak menarik, tetapi hati saya rasa berat bila teringat siri isu perkauman dan keagamaaan dimainkan oleh Kerajaan BN dan UMNO.
Di manakah jiwa "Satu Malaysia" sekarang? Sejak pilihanraya 505 sehingga sekarang, semua isu yang ditonjolkan dan diperjuangkan oleh pemimpin UMNO dan BN adalah berkaitan dengan agama dan kaum.
Sekarang filem Tanda Putera yang memutar-belitkan sejarah 13 Mei ditayangkan di pawagam di seluruh negara. Filem ini dikeluarkan oleh Finas, agensi kerajaan. Apakah filem yang menyentuh sensitiviti kaum ini boleh ditayangkan secara terbuka manakala pemimpin Pakatan Rakyat yang menyalahkan bekas pemimpin UMNO yang mencetuskaan 13 Mei didakwa ke Mahkamah? Bukankah ini "double standard"?
Apakah makna sambutan Hari Merdeka bagi BN? Apakah pemimpin UMNO dan BN ini ingin lihat negara kita berpecah-belah dengan lebih lanjut?
Kesalnya Pakatan Rakyat tidak menang jadi Kerajaan Pusat, kalau kami menang, banyak isu yang dimain-mainkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan ditangaani dengan cara ini.
Berdoa lah untuk Malaysia!
Facebook Teresa Kok
Dailog PR BN
Posted on Saturday, August 31 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: karyawan
"Anuar Ibrahim mencadangkan diadakan dialog antara PR dan BN untuk kepentingan rakyat dalam beberapa isu penting yang wajar diberi perhatian tapi respon awal dari pemimpin UMNO seperti Khairi aku lihat menunjukan atau lebih jelas memaparkan tahap dangkal otak setaraf murid tingkatan 1.
Anuar Ibrahim mencadangkan diadakan dialog antara PR dan BN untuk kepentingan rakyat dalam beberapa isu penting yang wajar diberi perhatian tapi respon awal dari pemimpin UMNO seperti Khairi aku lihat menunjukan atau lebih jelas memaparkan tahap dangkal otak setaraf murid tingkatan 1.
Aku memang dari dulu memerhatikan pemimpin umno ni banyak yang pendek akal tapi yang memberi undi kepada mereka ni pula KONTOT akal kerana itu Mahathir kata pemimpin UMNO ni ramai yang tak berapa pandai sebab itu ramai cendikawan muda lari ke PR.
Yang jelas mereka takut tapi komen dalam media konon nya Anuar terdesak. Maka bersorak sama lah pak kadok yang kontot akal ini menyokong Anuar terdesak.
Kawan opis aku kata benda yang sama Anuar terdesak tu tapi aku tak hairan sangat kerana jawatan nya dalam opis sekadar pencari fail je kalau dulu panggil pion."
MASHAA ALLAH!! Gambar 3 Doktor Muda Hafiz Al Quran [SAKSIKAN...]
Posted on Saturday, August 31 @ 20:02:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: matuse68
"
Alhamdulilah... Gambar 3 Doktor Muda Hafiz Al Quran [SAKSIKAN...]
WAJAH-WAJAH DOKTOR MUDA YANG HAFIZ AL-QURAN YANG BERTUGAS DI HOSPITAL TUANKU JAAFAR, SEREMBAN.
Hospital Tuanku Jaafar, Seremban kini memiliki sekurang-kurangnya tiga orang Huffaz yang sedang berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di sana.
Mereka telah berjaya menghafaz Al-Quran pada usia 16 tahun. Kesemua mereka adalah lepasan Maahad Tahfiz Al-Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor.
Juga antara mereka, ada yang pernah berjaya melakukan 'Shahadah' iaitu memperdengarkan bacaan Al-Quran penuh dari Surah Al-Baqarah hingga ke Surah An-Nas tanpa melihat Al-Quran secara langsung kepada Ustaz.
Perkara ini mengambil masa dari selepas Solat Subuh dan tamat beberapa masa sebelum Maghrib. Hanya berhenti untuk solat fardhu, makan sedikit dan membuang hajat (jika perlu).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan