Perwakilan Muktamar PAS ke-59 makin matang
Muhammad Faizal, | 26 Sep 2013 |
Beliau yang melihat perkembangan itu dari sudut positif dan PAS seharusnya bersedia untuk menyediakan ruang dan peluang bagi perwakilan menyatakan hasrat pandangan mereka demi kebaikan parti pada masa akan datang.
"Saya sendiri melihat aspek ini daripada sudut yang positif di mana keyakinan saya PAS harus berbangga dan bersedia untuk menyediakan ruang dan peluang bagi perwakilan menyatakan hasrat mereka pandangan mereka demi kebaikan parti.
"Ini dapat saya baca dan tekuni melalui kehadiran dalam majlis mesyuarat agung tahunan PAS peringkat kawasan, di mana ahli-ahli telah mula peka dengan peraturan dan perlembagaan parti.
"Ahli-ahli telah mula berani untuk dapatkan hak mereka dan yang paling penting rasa untuk turut sama membuat keputusan," jelasnya kepada Harakahdaily.
Tambah beliau lagi, ini semua adalah merupakan elemen positif yang parti harus berbangga dan mencerminkan bahawa PAS akan memiliki ahli-ahli yang bermaklumat dan berpengetahuan pada masa akan datang.
Jelasnya lagi, beliau merasakan pimpinan PAS yang ada hari ini harus bersedia untuk memberi pendidikan politik supaya ahli-ahli akan terus terdidik dengan displin etika dan terus menjadikan mereka ahli dan perwakilan yang bijak dalam peranan membangunkan parti.
"Saya harapkan sikap terpuji ini akan dibawa oleh perwakilan dalam muktamar akan datang supaya ia lebih segar dan mampu utk melahirkan pandangan serta gagasan besar pemikiran untuk memajukan dan seterusnya mampu untuk mempersada PAS di arena politik tanah air dan antarabangsa.
"Kepimpinan PAS harus bersedia untuk menjawab kritikan ahli supaya satu pengarahan lebih jelas dapat kita jelmakan untuk PAS dan menjadi parti pilihan serta mampu menjadi yang lebih dinamik dalam mendepani cabaran antarabangsa," kata beliau.
Salahuddin yang turut yakin walaupun berlaku perubahan kepada barisan kepimpinan PAS, beliau tidak bimbang dengan kekuatan akar umbi dan ahli yang ada.
"Sejarah telah membuktikan PAS tidak pernah cair dan larut apa jua perubahan, konsep intergriti terus kekal hingga ke hari ini.
"Siapa jua yang terpilih dan diberi tanggungjawab untuk mengurus tadbir parti pada masa akan datang itu bukan satu masalah kerana ahli sudah bersedia untuk bersama-sama berjuang dan memastikan parti ini terus mendapat penghormatan dari rakan-rakan perjuangan," jelasnya.
Beliau pasti PAS sudah memiliki ahli berpengetahuan dan mahu melaksanakan penambahbaikan dalam parti agar terus dapat memposisi kedudukan dalam cabaran masa kini.
Siapa Mahathir maksudkan bodoh dalam Umno
Harakahdaily, | 26 Sep 2013 |
Jika sebelum ini beliau mengatakan Umno sebagai parti yang sudah tua dan akan mati, kali ini pemimpin Umno yang sudah lama memegang jawatan pula dijadikan sasarannya.
Menurut Shahbudin, walaupun hujah Mahathir yang mengatakan Umno sudah tua dan bakal mati itu disanggah oleh Najib dengan mengatakan Umno sebenarnya semakin diterima rakyat berdasarkan lebih kerusi dimenanginya dalam pilihanraya lalu berbanding pilihanraya 2008, namun Mahathir nampaknya terus juga melontarkan kritikannya.
“Beliau yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun berkata, seseorang pemimpin tidak seharusnya memegang kuasa terlalu dan perlu mengetahui bila waktunya mahu berhenti.
“Langkah itu, menurutnya perlu dilakukan untuk mengelakkan parti daripada terus dikuasai oleh orang-orang bodoh,” tulis beliau di dalam blognya.
Namub, ujarnya tidak pasti siapa yang dimaksudkan oleh Mahathir sebagai golongan pemimpin yang tidak perlu memegang kuasa terlalu lama dan harus mengetahui waktu untuk berundur itu.
Baca lagi
Ops Piramid: Kelantan beri RM1,000 kepada pelajar Yik
Salmah Mat Husain, | 26 Sep 2013 |
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco, semalam.
Bagaimanapun, menurutnya sumbangan itu hanya akan diberikan kepada pelajar yang benar-benar ingin melanjutkan pengajian mereka ke Mesir seminggu selepas pengumuman itu.
“Sewaktu membuat tuntutan mereka perlu menyertakan sekali tiket penerbangan mereka ke Mesir selepas seminggu kenyataan ini di Yayasan Kelantan Darulnaim,” ujarnya.
Jelasnya, hasil maklumat yang diperolehi khususnya melalui Kementerian Pelajaran, keadaan Mesir kini tidak tegang sebagaimana sebelum ini dan ia pada tahap stabil.
“Kerana itu kerajaan negeri memberi laluan pada mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke sana boleh berbuat demikian. Pada yang ingin menyambung pengajian di universiti tempatan juga boleh,” ujarnya.
Katanya, kerajaan negeri tidak melarang hasrat pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka di sana, bagaimanapun hanya akan bertindak sebagai ‘pemudah bicara’ untuk membantu pelajar.
Sambung Fadzli lagi, persetujuan itu dibuat berikutan rayuan pelajar Mesir dan ibu bapa sendiri supaya kerajaan negeri menyumbang khususnya untuk kos penerbangan mereka ke sana.
Pada masa yang sama beliau turut memaklumkan Hari Raya Aidiladha keempat, pelajar baru Kelantan tajaan Yayasan Islam Kelantan akan memulakan pengajian mereka di Mesir.
'56 tahun merdeka masih perlu perunding luar?'
Majlis
Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mempertikaikan tindakan
kerajaan menggunakan khidmat perunding luar negara dengan bayaran
RM20.56 juta untuk menghasilkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Menyifatkan perkara itu sebagai "skandal", presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, bukan sahaja bayarannya sangat tinggi, tetapi soalan yang timbul, kenapa kerajaan mengetepikan pakar dalaman untuk tujuan itu.
"Di manakah yang dikatakan Majlis Profesor Negara yang menghimpun ratusan ahli sarjana yang pakar dalam pelbagai bidang?" sindirnya, merujuk kepada bayaran kepada McKinsey and Co.
"Apakah mereka lebih rendah ilmunya untuk menjadi pemikir bagi melakar rancangan sistem pendidikan negara ini, lalu kita memerlukan orang luar untuk melaksanakan tugas ini?"
Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Azmi (kiri) juga menimbulkan soal kebolehan syarikat itu, seperti yang dipersoalkan anggota Parlimen Serdang Ong Kian Ming, bahawa McKinsey tiada kepakaran khusus dalam bidang pendidikan.
Soalnya bagaimana keputusan dibuat untuk melantik perunding ini, apa tujuan dan untuk keperluan apa syarikat itu dilantik serta apakah kriteria syarikat perunding itu dipilih?
Justeru, Mapim berkata, rasional untuk memilih dan meluluskan perkhidmatan perundingan hendaklah dikaji semula, terutama yang melibatkan syarikat perundingan luar negara.
"Kami mendesak kerajaan menghentikan amalan ini dan segala pelantikan perunding yang melibatkan projek dan khidmat kerajaan hendaklah diutamakan syarikat tempatan.
"Itu pun hendaklah dilakukan dengan telus dan dikawal selia dengan ketat supaya tidak berlaku penyelewengan dan pembaziran wang awam," katanya lagi.
Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Muhkriz Mahathir, lapor Berita Harian.
Azizan adalah ADUN Sungai Limau dalam kawasan parlimen Jerai.
Jenazah Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri akan disembahyangkan di Masjid Markaz Pokok Sena selepas solat Asar.
Beliau akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.30 petang ini.

Bekas MB Kedah Azizan Razak meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah pada jam 11.15 pagi tadi.Perkara itu disahkan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Muhkriz Mahathir, lapor Berita Harian.
Azizan adalah ADUN Sungai Limau dalam kawasan parlimen Jerai.
Jenazah Azizan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri akan disembahyangkan di Masjid Markaz Pokok Sena selepas solat Asar.
Beliau akan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum pada jam 5.30 petang ini.
Musim pemilihan, nepotisme dan gila kuasa
ULASAN Musim pemilihan bermula lagi. Bagi penggiat politik kepartian, inilah masanya kegilaan bermula.
Menjelang detik pemilihan bagi Umno, PAS, PKR dan DAP, ahli politik tidak lekang mencatur strategi; sama ada dibunuh atau membunuh. Itulah resam parti politik.
Pemilihan kali ini lebih mencabar. Kegilaan baru sahaja bermula dan bakal mewarnai tajuk utama dada-dada akhbar dalam beberapa bulan ini. Pada masa inilah, keberkesanan politik benar-benar teruji.
Jika pilihan raya menjadi detik setiap ahli politik untuk meyakinkan pengundi-pengundi mereka, pemilihan dalam parti politik pula ruang untuk mereka membuktikan mereka layak mendapat kepercayaan ahli parti.
Tatkala itu, strategi untuk menikam seteru politik masing-masing sudah bermula secara tidak rasmi. Hanya menunggu wisel ditiupkan, maka segala onar dan keburukan pesaing mereka didedahkan untuk mempengaruhi keputusan ahli parti.
Politik kepartian di Malaysia, masih jauh daripada perubahan. Bicara reformasi dan politik idea hanya retorik untuk menjual air liur. Dalam diam, cantas-mencantas menjadi kebiasaan untuk mengekalkan survival politik.
Adanya parti politik yang berdiri di bawah lembayung perubahan, tidak langsung menjanjikan apa-apa. Tiada pun di kalangan mereka yang benar-benar berani dengan perubahan - atas alasan Malaysia dari segi landasan sosiopolitik belum lagi bersedia.
Walhal, merekalah yang menangguk di air yang keruh. Peluang yang ada belum tentu dimanfaatkan sepenuhnya, akibat kegilaan untuk dipimpin dan memimpin.
Perbahasan menarik menjelang pemilihan kali ini, diwarnai dengan gagasan nepotisme. Jika diperhatikan satu per satu, hampir setiap daripada parti-parti di atas berhadapan dengan gejala ‘kabel besar' untuk dipilih.
Umno kali ini terpaksa berhadapan dengan gelombang politik Mahathir Mohamad, tetapi melalui anaknya, Mukhriz.
Kesediaan beliau untuk bertanding jawatan naib presiden, bukan setakat bergantung kekuatan dirinya sendiri sahaja, tetapi seperti diketahui, mendapat suntikan ayahandanya dalam strategi mengukuhkan blok politiknya kembali.
Namun begitu, Umno tampak lebih konvensional dalam pembawaan politik mereka. Dua kerusi tertinggi presiden dan timbalannya tidak pula berlaku pertandingan. Barangkali, inilah ‘demokrasi terpimpin'!
Khairy Jamaluddin turut dicabar kuat beberapa nama untuk merebut kerusi Pemuda Umno. Khairy harus memikirkan cara supaya personaliti politiknya tidak dipalitkan dengan isu hubungannya dengan mertuanya Pak Lah.
Survival politiknya dalam Umno bergantung besar pada langkahnya untuk memastikan kedudukannya dalam parti hari ini, bukan satu 'anugerah'.
Muktamar PAS kali ini juga menjanjikan kelainan. Nama Zaharuddin Muhammad atau digelar orang sebagai "Din Ayam" muncul entah dari mana, namun menjadi bebelan politik buat seketika.
Kemunculan secara tak sengaja Zaharuddin, yang mendakwa dirinya ‘pakar ekonomi Islam' ini tentu sahaja dipengaruhi oleh kedudukan beliau selaku menantu presiden, Hadi Awang.
Sementara Nik Abduh, yang dikatakan bakal menjawat jawatan penting ekoran statusnya selaku anak kepada Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat.
Dakwaan perpecahan kelompok profesional-ulama dalam PAS juga semakin hangat diperkatakan. PAS dalam muktamar kali ini bergolak dengan persoalan identitinya sebagai parti Islam tertua di Malaysia itu.
Muktamar kali ini penting untuk menentukan hala tuju PAS. Kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat bergantung kepada keputusan muktamar kali ini.
Ada pula suara-suara veteran dalam PAS yang sudah mula meragui kepercayaan mereka dalam pakatan politik, secara tak langsung mempertikaikan kembali konsep tahaluf siyasi yang menjadi asas PAS dalam kerjasama Pakatan.
Pertembungan Khalid Ibrahim-Azmin Ali menjelang pemilihan PKR sudah tentunya semakin mengujakan. Tetapi, dalam neraca yang lebih besar, ini bukan perseteruan pendek antara dua tokoh politik ini sahaja.
Perseteruan ini sebenarnya melibatkan 'faction' yang dikatakan melibatkan Kak Wan (Wan Azizah Islaail) dan Nurul Izzah Anwar.
Barangkali rahsia ini mungkin diketahui di kalangan ahli-ahli parti sahaja. PKR juga terjerat dalam dilema kekeluargaan. PKR kini lebih layak digelar Parti Kekeluargaan dan Kroni (PKR).
Anwar Ibrahim kini terpaksa memilih di antara dua - sama ada bersama Azmin atau Khalid. Ternyata, kerusi pemilihan di peringkat tertinggi bakal menyaksikan dua nama tokoh politik memulakan kempen masing-masing, bagi merebut jawatan tertinggi di dalam parti terbabit.
Blok politik Azmin Ali turut rancak menyusun strategi menjelang pemilihan kali ini. Proses cantas-mencantas antara dua ‘faction' besar dalam politik dalam PKR sudah lama bermula dan kini semakin aktif.
Kesediaan PKR yang menjunjung nama besar Reformasi ini hanyalah omongan kosong. Seperti yang dibilang, reformasi kini bukan suatu gagasan idea, tetapi anugerah modal politik untuk dijadikan ‘alat kencing' dalam pemilihan.
Adakah musim pemilihan kali ini bakal diwarnai dengan drama-drama yang lebih mengujakan? Sama-sama kita nantikan!
MAHFOUZ N JAAFAR penulis bebas.
MAJIKAN PERTAHAN AZMAN NAYAN ...Itulah tajuk utama muka depan akhbar Harian Metro hari ini.
Pengurus syarikat keselamatan Valiant Force Sdn Bhd telah membuat ikrar janji akan mempertahankan pengawal keselamatan yang bertugas dengan syarikatnya yang kena maki hamun dan diterajang semasa menjalankan tugas di Lapangan Terbang Subang Skypark 2 minggu lalu oleh isteri pemain bola sepak negara, Mat Yo, Siti Aisya Adam.
Ikrar dan janji keramat ini dibuat berdasarkan kepada rakaman CCTV yang telah dilihat beliau sendiri yang jelas membuktikan sebelum pentengkaran berlaku, pengawal keselamatan yang berumur 49 tahun Azman Nayan telah menjalankan tugas dengan betul dan ikut prosedur operasi standard yang ditetapkan sebelum meminta Mat Yo dan isteri mengalihkan kereta Mini Cooper pasangan itu kerana diletakkan di kawasan larangan selama lebih 20 minit.
Pergh!!!! Jangan isteri Mat Yo ingat Pk Cik itu hanya seorang berjawatan Pengawal Keselamatan tidak mungkin majikan akan mempertahankan tindakan keatas dirinya bila aduan dibuat oleh seorang isteri kepada pemain bola sepak negara.
Sekarang bukan saja rakyat dibelakang Pak Cik Guard itu tapi yang paling penting majikannya sendiri akan pertahankan beliau habis-habisan.
Sekarang mana mau letak muka weh!!!!!.. Sekarang siapa yang BODOH!!!!!!!

BERITA BURUK UNTUK ISTERI MAT YO!!! ... MAJIKAN PENGAWAL KESELAMATAN YANG DIMAKI HAMUN OLEH ISTERI MAT YO AKAN MEMPERTAHANKAN BELIAU HABIS-HABISAN !!!!!
MAJIKAN PERTAHAN AZMAN NAYAN ...Itulah tajuk utama muka depan akhbar Harian Metro hari ini.
Pengurus syarikat keselamatan Valiant Force Sdn Bhd telah membuat ikrar janji akan mempertahankan pengawal keselamatan yang bertugas dengan syarikatnya yang kena maki hamun dan diterajang semasa menjalankan tugas di Lapangan Terbang Subang Skypark 2 minggu lalu oleh isteri pemain bola sepak negara, Mat Yo, Siti Aisya Adam.
Ikrar dan janji keramat ini dibuat berdasarkan kepada rakaman CCTV yang telah dilihat beliau sendiri yang jelas membuktikan sebelum pentengkaran berlaku, pengawal keselamatan yang berumur 49 tahun Azman Nayan telah menjalankan tugas dengan betul dan ikut prosedur operasi standard yang ditetapkan sebelum meminta Mat Yo dan isteri mengalihkan kereta Mini Cooper pasangan itu kerana diletakkan di kawasan larangan selama lebih 20 minit.
Pergh!!!! Jangan isteri Mat Yo ingat Pk Cik itu hanya seorang berjawatan Pengawal Keselamatan tidak mungkin majikan akan mempertahankan tindakan keatas dirinya bila aduan dibuat oleh seorang isteri kepada pemain bola sepak negara.
Sekarang bukan saja rakyat dibelakang Pak Cik Guard itu tapi yang paling penting majikannya sendiri akan pertahankan beliau habis-habisan.
Sekarang mana mau letak muka weh!!!!!.. Sekarang siapa yang BODOH!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan