PRK: PAS gesa SPR ambil kira tarikh muktamar
Harakahdaily, | 30 Sep 2013 |
"Harapan PAS agar pertimbangan diberi supaya tidak bertembung muktamar.
"Sebaik-baiknya SPR pertimbangkan kerana memang sukar untuk PAS mengubah tarikh muktamar yang sudah dirancang lama," katanya kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, PAS akan menunggu pengumuman dari SPR terlebih dahulu berhubung tarikh PRK tersebut sebelum memberi komen lanjut.
Katanya, isu PRK Sungai Limau ini akan disentuh pada Mesyuarat PAS Pusat pada 13 Oktober ini.
"Saya difahamkan PAS Kedah telah menubuhkan Jawatankuasa Operasi yang dipengerusikan Datuk Ir Amiruddin Hamzah," jelasnya.
Empat YDP PAS kawasan kekal di Melaka
Harakahdaily, | 30 Sep 2013 |
MELAKA: Lima PAS kawasan di negeri ini selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing iaitu PAS Kawasan Bukit Katil, Kota Melaka, Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu, manakala PAS Kawasan Alor Gajah akan mengadakan mesyuarat agung pada 5 Oktober depan.
Empat daripada lima kawasan yang bermesyuarat agung mengekalkan Yang Dipertua (YDP) masing-masing membabitkan tiga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri iaitu Ustaz Kamaruddin Sidek (Jasin), Ustaz Mohd Nor Omar (Tangga Batu) dan Mohd Sofi Abdul Wahab (Bukit Katil).
Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Harun Mohammed (kanan) kekal sebagai YDP PAS Kota Melaka. Kesemua mereka dipilih tanpa bertanding.
PAS Kawasan Masjid Tanah mendapat YDP baru apabila Ustaz Imran Abdul Imran dilantik menggantikan Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman yang uzur.
Ustaz Imran yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua sesi lalu dilantik tanpa sebarang pertandingan.
Di Jasin, Timbalan dan Naib Yang Dipertua sesi lalu, Yuhaizad Abdullah dan Azrin Majid dipilih dengan mengenepikan saingan mereka dalam pertandingan satu lawan satu.
Ketua Urusan Ulama disandang Ustaz Faizol Ahmad manakala Ketua Dewan Pemuda, Yuzi Azhar. Ketua Dewan Muslimat pula diamanahkan kepada Shopiah Ahmad.
PAS Kawasan Tangga Batu menyaksikan semua jawatan utama kecuali Ketua Urusan Ulamak dipilih tanpa bertanding.
Selain Ustaz Mohd Nor (kiri), Timbalan YDP diamanahkan sekali lagi kepada Rafie Ahmad dan Naib YDP disandang oleh Husni Balis Ali.
Ketua Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat diamanahkan kepada Mohd Hanim Abas dan Amidah Haron. Ustaz Musa Mohamed pula dipilih sebagai Ketua Urusan Ulamak.
Bagi Kawasan Masjid Tanah, semua jawatan utama juga dimenangi tanpa bertanding dengan Naiib Yang Dipertua PAS Kawasan sesi lalu, Ustaz Julasapiyah Kassim diamanahkan sebagai Timbalan YDP dan Ibrahim Daud dilantik sebagai Naib YDP manakala Ustaz Hilmi Harun dilantik sebagai Ketua Urusan Ulamak.
Ketua Dewan Pemuda disandang oleh Azmi Sambul manakala Ketua Dewan Muslimat diamanahkan kepada Radziah Muhammad.
PAS Kawasan Kota Melaka mendapat Naib YDP dan Ketua Dewan Pemuda yang baru apabila Norazizan Md Nordin dan Hafiz Abdullah diamanahkan menjawat jawatan-jawatan tersebut.
Timbalan YDP, Ahmad Saidin dan Ketua Dewan Muslimat sessi lalu, Siti Faizah Ismail mengekalkan jawatan masing-masing.
Bekas Yang Dipetua PAS Kawasan Kota Melaka, Ustaz Abdul Rahman Jaafar pula dipilih menjadi Ketua Urusan Ulamak.
Bagi Kawasan Bukit Katil semua jawatan utama dimenangi tanpa bertanding dengan Timbalan dan Naib YDP sesi lalu iaitu Mohd Ali Sharif dan Md Yassim Musa dipilih semula perwakilan.
Ketua Urusan Ulama dan Ketua Dewan Pemuda disandang Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz dan Jauhar Md Dawi yang menang tanpa bertanding.
Naib Ketua Dewan Muslimat sesi lalu, Maisarah Abu Bakar diamanah sebagai Ketua Muslimat yang baru.
Kelebihan 10 hari awal Zulhijjah & Korban
Dr Abdul Basit Abdul Rahman, | 30 Sep 2013 |
Salah satunya ialah:
Sepuluh hari yang terawal pada bulan Zulhijjah.
Beberapa dalil dari al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah, maksudnya;
“Demi fajar dan malam yang sepuluh.” (Surah al-Fajr : ayat 1-2)
Kata Ibnu Kathir : Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].
2. Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang 10 ini. Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” [HR: Ahmad, At-Tirmizi].
3. Firman Allah, maksudnya:
“Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.” (Surah al-Haj : 28).
Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang 10 itu.
4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
5. Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. [HR Ad-Darimi- Hasan].
6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, antara sebab keistimewaan 10 hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
Kelebihan Korban, Adab & Hukum
Amalan-amalan yang baik dilakukan pada hari-hari tersebut:
1.Solat. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ia sebaik-baik amalan. Thauban berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim]. Ini umum untuk semua waktu.
2.Puasa. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]
Kata Imam An-Nawawi :: Berpuasa pada hari-hari 10 adalah sunat yang sangat digalakkan.
3.Takbir, Tahlil dan Tahmid. Hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah menuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”
Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”
Ibnu Umar t bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah.
Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti orang-orang soleh yang terdahulu.
4. Puasa Pada Hari Arafah. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya.
“Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim].
PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.
5. Kelebihan Hari Raya Korban (Yaum An-Nahr), 10 Zulhijjah. Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.
Kata Ibnu Al-Qayyim: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zulhijjah).
Setengah ulama lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.
Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.
Cara Menyambut Musim Kebajikan
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.
2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.” (Surah al-Ankabut : ayat 69).
Contohi Korban Nabi Ibrahim, Hajar & Ismail
Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Apabila masuk 10 terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim].
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulamanya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang sangat besar dan hampir kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persedian pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.
http://www.abuanasmadani.com
Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim pula dipilih bersama 15 yang lain sebagai Ahli Jawatankuasa.
PAS Kawasan Jasin, Masjid Tanah dan Tangga Batu mengadakan mesyuarat Ahad lalu, manakala Kota Melaka dan Bukit Katil mengadakan mesyuaratnya masing-masing pada 28 dan 22 Oktober.
Masjid runtuh: Kecuaian yang disengajakan?
., | 30 Sep 2013 |
Fakta yang perlu diambil perhatian dalam insiden ini ialah:
1. Insiden ini melibatkan rumah Allah yang mulia yang perlu dimakmurkan setiap masa.
2. insiden seumpama ini berisiko melibatkan nyawa sekiranya runtuhan berlaku ketika ahli qaryah sedang memakmurkan masjid apatah lagi masjid boleh memuatkan jamaah hingga 1,000 orang.
3. Dilaporkan runtuhan membabitkan kira-kira 40 peratus bahagian masjid dan melibatkan struktur asas bangunan juga. Jika benar ia adalah runtuhan berskala besar yang menimbulkan keraguan terhadap tahap keselamatan seluruh struktur masjid.
4. Masjid adalah masih baru iaitu siap dibina dua tahun lepas. Ini menimbulkan persoalan tahap profesional pihak yang bertanggungjawab terhadap pembinaan tersebut.
5. Kos pembinaan ialah RM6 juta dan ia melayakkan masjid ini dibina dengan binaan yang kukuh dan terbaik.
6. Insiden seumpama ini bukan yang pertama berlaku di negeri ini. Bumbung masjid runtuh di negeri ini telah berlaku 20 Mei lepas di Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu yang hampir melibatkan nyawa 12 jemaah yang baru sahaja selesai solat Isyak. Pada 3 Oktober 2009, bumbung bahagian hadapan Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman juga runtuh menyebabkan tiga mangsa cedera.
7. Siri runtuhan juga berlaku di negeri ini malah di parlimen yang sama Kuala Nerus pada 2 Jun 2009 melibatkan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja RM292.9 juta dan siap dibina pada Mei 2008. Pada 20 Feb 2013 sebahagian struktur bumbung stadium berkenaan runtuh lagi menyebabkan tiga pekerja parah manakala dua lagi cedera ringan.
Melihat kepada insiden ini melibatkan harta awam dan merisikokan nyawa, justeru, saya menegaskan:
1. Siasatan segera perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana kelulusan untuk masjid ini digunakan dijalankan secara profesional oleh JKR tanpa sebarang kecuaian yang disengajakan.
2. Siasatan segera perlu dilakukan terhadap kontraktor yang terlibat untuk melihat sejauh mana kelayakannya untuk membina masjid dan adakah di sana terdapat unsur-unsur kecuaian yang disengajakan dalam pemberian tender pembinaan.
3. Siasatan segera perlu dibuat terhadap punca kejadian melibatkan penggunaan bahan binaan sejauh mana menepati standard yang diperlukan bagi masjid yang bernilai RM5.7 juta.
4. Semakan semula tahap keselamatan masjid-masjid yang baru dibina di negeri ini terutamanya melibatkan kontraktor pembinaan yang sama jika ada.
5. Jika berlaku kecuaian dipihak pembekal atau kontraktor berkenaan tindakan tidak patut hanya berpada dengan pembinaan semula bahkan ganti rugi setimpal mesti dikenakan menurut undang-undang dan senarai hitam mesti dikenakan sebagai peringatan kepada pihak berkenaan dan pihak pembekal lain yang melibatkan harta awam dan nyawa.
6. Kerajaan perlu mendedahkan laporan siasatan kes runtuhan bumbung Masjid Kampung Binjai Kertas, Hulu Terengganu 20 Mei lalu. Kecuaian dalam mendedahkan kes runtuhan lepas boleh menggoyah harapan rakyat untuk melihat laporan untuk siasatan kes runtuhan Masjid Tebauk.
7. Kerajaan perlu menyenaraikan semua kontraktor dan pembekal yang mendapat projek pembinaan masjid yang telah runtuh sejak tahun 2009 hingga terkini.
Akhirnya saya menegaskan bahawa pembinaan masjid adalah melibatkan harta awam yang menjadi amanah kepada semua yang terlibat sebagai kontraktor, pentadbir dan pengurus berkenaan. Ia juga melibatkan rumah Allah yang mulia. Ia merisikokan nyawa orang-orang soleh yang memakmurkan masjid.
Justeru, semua pihak berkaitan perlu memandang isu ini dengan serius untuk kebaikan seluruh umat.
YB Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Senang-senang kerajaan mahukan RM14 bilion lagi
Shirzad Lifeboat, | 30 Sep 2013 |
BERCAKAP di San Francisco pada 24 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu rasuah menjadi sebahagian daripada sejarah silam Malaysia dan bukannya amalan masa depan.
Tidak ada salahnya idea seperti itu. Sebaliknya ia adalah satu idea baik, bernas dan pasti menyelamatkan banyak wang awam dari disambar para buaya lapar yang semakin banyak berkeliaran dalam komuniti kontrak pembinaan, perkhidmatan dan perolehan membabitkan wang awam.
Begitupun, sejarah menunjukkan idea seperti itu cukup bersifat retorik, jarang diimplementasikan sepenuhnya (dibaca sekadar batuk ditangga) dan sudah menjadi modal piawaian Perdana Menteri Malaysia sejak beberapa dekad lagi
Hal seperti ini menimbulkan tanggapan umum betapa selagi amalan rasuah berterusan maka selagi itulah ia boleh dipergunakan oleh pemimpin kerajaan Umno-BN peringkat tertinggi untuk mempamerkan betapa serius dan ikhlasnya kerajaan mahu memerangi rasuah.
Rasuah wujud dalam bentuk ketara dan tidak ketara. Rasuah berbentuk ketara adalah ketara – bagi sekian banyak dapat itu dan ini. Rasuah (juga bermaksud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa) jenis tidak ketara barangkali lebih signifikan jumlahnya berbanding dengan rasuah ketara.
Apabila rakyat sendiri dirasuah dengan pelbagai pemberian one-off (sekali gus); dijanjikan pelbagai projek bidan terjun menjelang pilihan raya umum dan pilihan raya kecil dan janji tersebut ditunaikan sebagai habuan memilih parti kerajaan; kontrak mega dan bukan-mega kerajaan dianugerahkan kepada pihak tertentu secara rundingan terus tanpa apa juga bentuk ketelusan; maka amalan seperti ini ‘memakan’ dana awam baik dari sumber Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan ataupun Negeri, menjadikan peruntukan bajet dan memaksakan kedudukan kewangan kerajaan mendaftar angka ‘merah’.
Hutang kerajaan Persekutuan meningkat kepada 53.3 peratus dari KDNK pada akhir tahun fiskal 2012, bertokok dari 51.6 peratus pada akhir 2011 atau 39.8 peratus pada akhir 2008 tatkala Abdullah Badawi masih menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Defisit am bajet kerajaan Persekutuan pula, sebagaimana yang dikira oleh agensi perkadaran Fitch meluas kepada 4.7 peratus dari KDNK untuk 2012 berbanding 3.8 peratus pada 2011.
Pada 24 September, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan telah membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan bagi jumlah RM14.12 bilion.
Rang Undang-Undang ini sekiranya diluluskan bakal menyaksikan Jabatan Perbendaharaan mendapat peruntukan terbanyak iaitu RM11.854 bilion untuk Perkhidmatan Am Perbendaharaan dan RM606.9 juta untuk kegunaan Jabatan itu sendiri.
Sukar untuk dipastikan sama ada peruntukan tambahan sebegini besar adalah berpunca dari kesilapan menyediakan bajet atau timbul dari pemberian berbentuk janji pemimpin politik kerajaan yang tidak termasuk dalam bajet 2013 ketika dibentangkan pada November 2012.
Sekiranya ia merupakan kesilapan menyediakan bajet, maka ralat 5.6 peratus dari angka asal bajet, RM251.6 bilion sudah tentu merupakan satu ralat besar dan mencerminkan ketidakefisien pihak yang menyediakan bajet tersebut.
Namun apapun punca berlakunya ralat tersebut (sekiranya ia benar-benar merupakan kesilapan), rakyat sudah tentu ingin mengetahui apakah perbelanjaan-perbelanjaan yang dilonggokkan ke dalam butiran Perkhidmatan Am Perbendaharaan sehingga angkanya mencecah lebih daripada RM11 bilion? Jika perbelanjaan tersebut merupakan perbelanjaan luar jangka mengapa tidak sahaja peruntukan luar jangka digunakan bagi menampungnya?
Lebih pelik lagi mengapakah Perbendaharan sendiri memerlukan pertambahan sebanyak itu sedangkan perkhidmatan penting lain bakal menerima jumlah lebih kecil sekiranya Rang Undang-Undang tersebut diluluskan – Kementerian Pendidikan, RM322.8 juta; Kementerian Kesihatan, RM300 juta, Kementerian Pertahanan RM239 juta, dan Kementerian Dalam Negeri RM205.1 juta.
Bahaya kecelaruan istilah dalam parti
Dr Angin Budiman, | 30 Sep 2013 |
Saya memahami beliau cuba membawa keluar daripada kerangka dikotomi ulama-profesional yang memerangkap sebahagian besar khalayak parti. Usaha memecah-mecahkan tekstur anggota parti kepada kepingan kertas ijazah, warna jubah, lokaliti dan sebagainya harus disokong. Walau bagaimanapun, pengkategorian pemikiran atau pendekatan ahli kepada kutub konservatif dan kutub reformis secara tidak cermat akan mengelirukan akhirnya.
Istilah ‘konservatif’ bermaksud bersikap mempertahankan adat, nilai yang menjadi tradisi ataupun kelaziman. Bahkan istilah ini juga membawa maksud tidak mudah menerima perubahan. Makna itu sendiri meletakkan konservatif pada sudut kelompok yang ‘bermasalah’ dengan perubahan. Tidak mesra perubahan. Berada pada takuk lama. Mandom.
Manakala istilah ‘reformis’ adalah golongan yang menganjurkan atau mengusahakan perubahan dan pembaikan dalam bidang-bidang tertentu. Akar kata reformis ini mempunyai nilai yang asing dengan budaya kita tetapi telah diberi nafas tempatan sehingga diterima sebagai suatu istilah yang baik. Jika dikorek dalam-dalam lagi, istilah ini adalah masalah agama Kristian!
Sayapun tidaklah berhasrat menambah-nambah kecelaruan yang sedia ada melainkan cuba memberi sedikit ruang untuk menjadi sebuah perbahasan yang mematangkan pimpinan dan ahli parti. Mungkin sebagai satu bata-bata bagi mewujudkan persekitaran parti yang sihat dan merangsangkan pemikiran.
Dalam aspek kepimpinan politik, kita boleh melihat bagaimana kupasan James Mac Gregor Burns memahami pendekatan pemimpin. James Gregor Burns memang bukan seorang Muslim tetapi anggapkan ideanya sebagai suatu ‘hikmah’ yang tercicir. Sebagai pengutip hikmah, tidak salah untuk mengambil manfaat untuk kepentingan bersama.
Beliau membahagikan gaya dan pendekatan pemimpin secara umum dibahagikan kepada dua; transformational leadership dan transactional leadership. Saya tidak sempat untuk mencari dalam Kamus Dewan. Istilah itu masih muda dalam kamus pemikiran orang Melayu.
Secara umumnya, transformational leadership adalah seorang pemimpin yang memiliki keupayaan melebarluaskan ideanya, memberi inspirasi, mendidik ataupun membentuk pengikutnya dan memiliki tahap toleransi yang seimbang. Pendekatan kelompok ini tidak berkembang dengan keupayaan berpidato, retorika ataupun susuk tubuh pemimpin yang memiliki aura tersendiri. Perlu diakui, setiap pemimpin yang karismatik memiliki daerah auranya yang tersendiri. Semakin luas daerah auranya, semakin tinggilah nilai karismatiknya.
Inti kepada kepimpinan transformational adalah kekuatan idea dan proses pengembangan idea itu sendiri. Idea itu menjadi sumber kuasa yang merangsang para pengikut bekerja dan berjuang. Pemimpin yang baik bukan sekadar mampu melontarkan idea yang bagus tetapi memahami proses menyampaikan idea secara berkesan. Pemimpin bukan sahaja perlu ‘alim’ atau berpengetahuan secara asas agama tetapi dalam sebuah organisasi politik dan dakwah, PAS sebenarnya lebih memerlukan pemimpin yang ‘alim sosial’.
Alim sosial adalah salah satu kualiti kepimpinan transformational. Mereka memahami keperluan sosial semasa dan mampu merangsang masyarakat bergerak sama. Kepimpinan transformational sentiasa bertolak ansur bagi memastikan idea besar mereka berkembang. Ini dapat dilakukan melalui sessi penerangan, pengajaran, pendidikan ataupun dalam konteks PAS disebut tarbiyah.
Kepimpinan transformational ini tidak sangat bergantung kepada kuasa karismatik seorang pemimpin. Kekuatan mereka adalah bergantung kepada kekuatan idea yang dibawa oleh mereka. Idea inilah yang membentuk dan mewarnai pemikiran para pengikutnya.
Manakala, transactional leadership pula adalah seorang pemimpin yang memiliki keupayaan menggunakan kuasa dan kedudukannya dalam menggerakkan organisasi (jamaah atau parti) ke arah yang menjadi objektif perjuangan mereka.
Pemimpin kelompok ini memiliki nilai karismatik melalui keupayaannya berpidato, berkomunikasi dengan pengikut mereka. Tentu sekali pemimpin ini memiliki daerah aura yang lebih luas. Daerah aura mereka dibentuk oleh tradisi pemikiran yang sedia ada. Secara tradisinya, ia agak berbau feudal tetapi bukan kerana faktor darah tetapi kerana kedudukannya sebagai pemimpin.
Untuk akhirnya, maaflah kerana mengajak sidang pembaca membaca nota universiti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan