Isnin, 16 September 2013

SEMUA AKAN MATI...BAIK ATAU JAHAT...MENYEKUTU ALLAH ATAU TIDAK...SOKONG ISLAM ATAU TIDAK..SUKA ISLAM ATAU BENCI ISLAM...MATI TETAP MATI

Kias jadi pilihan pelajar antarabangsa

Rizal Tahir, 16 Sep 2013
KOTA BHARU: Pada sesi pengajian tahun ini seramai 25 lagi pelajar antarabangsa mendaftar di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias). Dan sehingga sekarang Kias mempunyai seramai 177 pelajar antarabangsa yang berasal dari Singapura, Thailand, Kemboja, Nigeria dan China.
Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, pertambahan bilangan pelajar dari luar negara menggambarkan semakin ramai berminat menyambung pelajaran di Kias.
Kias sebuah institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri. Pada peringkat awal dikenali sebagai Maahad ad Dakwah Wal Imamah ditubuh pada 1994.
Maahad tersebut ditubuh menggantikan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan yang diserap kepada Universiti Malaya selepas kerajaan PAS tumbang pada pilihan raya umum 1978.
Bilangan pelajar sekarang 1,813 orang, manakala tenaga pengajar seramai 80 termasuk 13 pensyarah lulusan PhD dan 41 sarjana.
“Kalau dibandingkan pada peringkat awal kewujudan Kias pada 2003, pelajar antarbangsa hanya datang datang dari Singapura dan Thailand sahaja,” katanya di Majlis Konvokesyen Kias Kali ke-15, di Dewan Yayasan Islam Kelantan, semalam.
Teks ucapannya dibaca Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Turut hadir Speaker Dun Kelantan, Ustaz Abdullah Ya’kob, anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan, Ketua Eksekutif Kias, Prof Dr Ab. Aziz Mohd Zin dan wakil-wakil IPTA dan IPTS.
Ahmad juga berkata, Kias akan memperkenalkan beberapa program baru di peringkat diploma untuk memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar yang ingin melanjut pelajaran ke Kias.
Kias juga akan menambah lagi dua jabatan iaitu Jabatan Perbandingan dan  Jabatan Qiraat dan Taranum.
Sempena konvokesyen berkenaan, Mohd Hafidz Mohd Zawawi dan Nurul Syahadatul Akmal Md Nor diumum sebagai penerima anugerah graduan cemerlang.
Seramai 121 pelajar menerima diploma disampaikan Mohd Amar pada majlis tersebut.
Pelajar berkenaan lulusan Diploma Usuludin, Diploma Al-Syariah, Diploma Al-Dakwah Wal Qiadah, Diploma Bahasa Arab, Diploma Qiraat dan Taranum, Diploma Tahfiz al Quran dan Diploma Kewangan Islam.
Kias juga menawarkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda Usuluddin dan Syariah dengan kerjasama Kolej Universiti Insaniah.
Selain itu Kias turut mengadakan kerjasama akademik dengan Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Banda Acheh; Institut Agama Islam Sultan Thaha Saifuddin, Jambi; Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol, Padang Indonesia, Kolej Universiti Insaniah.
Selain itu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor; Universiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Malaya; Universiti Kaherah, Mesir; Universiti Al- Hasyimiah; Universiti Al-Yarmouk; Universiti Aal Al-Bayt dan Universiti Jordan di Jordan.

PBS: PAS Sarawak khuatir nasib guru, murid pedalaman

Harakahdaily, 16 Sep 2013
KUALA LUMPUR: PAS Sarawak menggesa pihak Kementerian Pelajaran mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) agar dapat membantu guru dan memberi kebaikan kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Jofri Jaraiee (gambar) berkata, perkara itu harus dipandang serius oleh pihak kementerian terutama nasib guru dan pelajar yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur dan kemudahan talian internet.

“Harap pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian yang sewajarnya untuk mengatasi masalah PBS ini dari terus berlarutan yang boleh membebankan tugas guru dan prestasi pelajar juga boleh terjejas akibat perlaksanaan PBS yang tidak sistematik, teratur dan sempurna,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) adalah bentuk holistik penilaian yang menilai aspek kognitif (intelektual), afektif (emosional dan spiritual), psikomotorik (fisik) dan sosial iaitu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PBS menilai proses dan produk dalam penilaian formatif dan sumatif dari konsep assessment for learning and assessment of learning.

PBS yang dilaksanakan oleh pihak kementerian pelajaran ini mendapat beberapa pandangan dari kalangan warga guru. Di sini kita menerima beberapa pandangan dari warga guru yang mahu PBS dibaik pulih sepenuhnya agar ianya tidak membebankan tugas harian guru.

Pada dasarnya pelaksanaan PBS ini adalah suatu yang baik jika dilihat dari fikiran yang positif, tidak membebankan, cuma masih ramai di kalangan warga guru yang belum memahami konsep pelaksanaan PBS ini secara mendalam.

Prasarana untuk pelaksanaan PBS ini masih kurang diberi perhatian, jika PBS dapat dilaksanakan dengan berkesan negara kita dapat melahirkan rakyat kelas pertama yang terbaik di dunia. PBS bukan dibuat oleh orang politik tetapi oleh tokoh-tokoh pendidik sesuai dengan perkembangan semasa menurut pandangan seorang guru yang tidak mahu namanya disiarkan.

Kita juga menerima pandangan guru yang mahu PBS dikaji semula agar ianya tidak membebankan tugas harian mereka. Bebanan kerja bertambah kepada guru yang mengajar pada dasarnya ia bertujuan untuk mewujudkan keadaan persekolahan murid-murid yang bukan lagi berorentasikan peperiksaan.

Namun begitu guru-guru kena menyediakan fail setiap murid diisi dengan hasil kerja murid tersebut dan akan disimpan dari tahun 1 hingga tahun 6. Cuba fahami tugas seorang guru yang mengajar, aktiviti kokurikulum, latihan sukan dan lain-lain menyebabkan PBS menjadi tugas tambahan bagi mereka. PBS cantik andai guru diberi pembantu dalam melaksanakannya.

Untuk memberi lebih gambaran/perkongsian pengalaman dan pemerhatian seorang guru, di sini kita beri contoh tugas harian yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru.

1. Guru mengajar 24 waktu seminggu, 8 kelas, 1 kelas 36 orang pelajar.

2. Selesai menilai 1 penyataan bertulis, guru perlu memasukkan penyataan ke dalam fail individu pelajar, setiap kelas (36 pelajar x 8 kelas = 288 fail setiap kali hendak masukkan dan keluaran penyataan)

3. Waktu memasukkan penyataan adalah pada masa waktu cikgu ada luang.

4. Kelas guru mengajar 24 waktu (1 waktu = 30 - 40 minit) kadang-kadang ditambah waktu menggantikan kelas guru yang tidak hadir menjadikan 28 waktu seminggu.

Dengan tugasan yang bertambah tersebut, PBS secara tidak langsung menjadi bebanan kepada guru. Warga guru mengesa PBS dikaji semula agar ianya boleh memberi manfaat kepada semua.

Antara cadangan warga guru untuk penambaikan PBS adalah seperti berikut.

- Memberi kefahaman yang jelas kepada guru tentang PBS.

- Sediakan prasarana yang cukup dan baik seperti ICT (Informasi Komunikasi dan Teknologi) talian internet di kawasan luar bandar juga perlu diperbaiki.

- JPN (Jabatan Pelajaran Negeri) dan PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) harus membantu sekolah dan guru yang perlu bantuan dalam melaksanakan PBS

- Pengurusan sekolah perlu sentiasa membantu masalah guru yang tidak mempunyai kemudahan internet.

- Guru-guru jangan dibebani dengan kerja-kerja pekeranian.

- Sediakan pembantu tambahan yang boleh membantu  guru masukkan data online.

Perkara ini harus dipandang serius oleh pihak kementerian pelajaran Malaysia terutama nasib guru dan pelajar yang berada di kawasan luar bandar dan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak yang masih jauh ketinggalan dari segi infrastruktur dan kemudahan talian internet.

Kita menggesa pihak kementerian pelajaran mengkaji semula PBS agar ianya dapat membantu guru dan memberi kebaikan kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran.

Harap pihak yang berkenaan dapat memberi perhatian yang sewajarnya untuk mengatasi masalah PBS ini dari terus berlarutan yang boleh membebankan tugas guru dan prestasi pelajar juga boleh terjejas akibat perlaksanaan PBS yang tidak sistematik, teratur dan sempurna.


Jofri Jaraiee

PAS Sarawak

Chin Peng meninggal dunia pagi ini

Harakahdaily, 16 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun, lapor The Malaysian Insider.

Menurut laporan Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Setiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.

Memetik Wikipedia, Chin Peng yang dilahirkan pada 21 Oktober 1924 sebagai Ong Boon Hwa merupakan seorang ketua Parti Komunis Malaya. Beliau telah dianugerahi Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.
Beliau merupakan seorang Cina berketurunan Kantonis yang mendakwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak.

Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, dia gagal mengemukakan sijil kelahirannya.

Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.
Menteri: Bumi Malaysia tak terima jasad Chin Peng
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata golongan veteran polis dan tentera masih berasa benci pada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng yang meninggal dunia dalam buangan di Thailand hari ini.

NONEKatanya, golongan tersebut pastinya tidak akan dapat menerima sekiranya terdapat sebarang usaha untuk membawa pulang mayat atau abu mayat Chin Peng ke negara ini.

"Kematian Chin tidak dapat memadamkan rasa kebencian kepada mendiang terutama di kalangan  balu-balu polis dan tentera kepada ketua pengganas komunis yang telah mengorbankan ramai pejuang-pejuang negara yang terdiri dari polis dan tentera semasa darurat. 

"Tidak mungkin veteran polis dan tentera menerima mayat atau abunya sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

zainuddin maidin at fiesta merbok 240206 arrogantMengulas lanjut, Zahid yang juga naib presiden Umno berkata Chin Peng bukan perjuang kemerdekaan seperti yang didakwa sesetengah pemimpin politik dan NGO.

MP Bagan Datoh itu menegaskan bahawa Chin Peng adalah ketua pengganas "yang tidak boleh diterima di bumi ini".

Turut menentang usaha tersebut ialah bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin (kanan) yang bimbang sekiranya terdapat pihak yang akan membina tugu bagi memperingati Chin Peng apabila mayat atau abu mayat tersebut dibawa pulang.

Katanya, jenazah tersebut tidak perlu dibawa pulang seperti yang berlaku kepada seorang rakan Chin Peng, Rashid Maidin, yang turut dikebumikan di Thailand.

"Jika nak bawa abunya balik maka kenalah juga gali kubur Rashid Maidin untuk bawa balik jenazahnya.

“Tetapi tidak ada saudara maranya atau orang Melayu yang suarakan demikian kerana mereka hargai sensitiviti rakyat yang setia dan korban perajurit kita," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

NONEMengulas isu sama, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata beliau percaya Chin Peng tidak pernah menjadi warganegara Malaysia.

Katanya, beliau pasti bahawa Chin Peng akan berasa gembira sekiranya dikebumikan di negara yang paling lama dihuni anggota gerila itu.

“Dia tidak pernah mendapatkan kerakyatan (Malaysia) ketika dia menyertai PKM... Saya tidak pasti sama ada beliau mendapat kewarganegaraan dari Thailand tetapi dia bukan seorang warga Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan seorang bekas anggota PKM bahawa berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya sewaktu pertemuannya dengan Chin Peng tahun lalu di Bangkok.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90 meninggal dunia di hospital di ibu negara Thailand itu pagi ini.
'Chin Peng mahu abu mayat dibawa pulang'
 
Seorang bekas anggota Parti Komunis Malaya berkata pemimpinnya Chin Peng yang meninggal dunia hari ini hari ini berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak.Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya ketika bertemu Chin Peng pada tahun lalu.
chin peng hat yai interview 6"Pada kamli terakhir saya bertemunya adalah setahun lalu di Bangkok.
"Dia beritahu saya perkara sama: Dia mahu pulang ketika masih hidup. Jika tidak, dia mahu abu mayatnya dibawa pulang.
"Dia tidak dapat pulang semasa hayatnya. Inilah kekesalannya yang paling besar," kata Fang, 75 yang pernah menjadi pemimpin propaganda PKM.
Fang berkata beliau akan pergi ke Bangkok untuk bertemu anggota keluarga Chin Peng yang akan memutuskan sama ada akan membawa pulang abu mayat berkenaan.
Katanya, beliau percaya bahawa bahawa rakan-rakan bekas anggota PKM, berjumlah sekitar 300 orang, juga mahu abu mayat Chin Peng dibawa pulang/
Seramai kira-kira 340 orang bekas anggota KPM dibenarkan pulang ke Malaysia dan ditempatkan semula ke pelbagai kawasan di negara ini.
Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan pada 1924. Beliau meninggal dunia pada jam 6.20 pagi ini di Bangkok.

Rumah papan hijau popular di Pulau Melaka

M Faqih, 16 Sep 2013
KOTA BHARU: Sekarang Pulau Melaka sudah banyak berubah. Lebih istimewa lagi disitulah terletaknya kediaman Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rumah papan berwarna hijau di belakang Masjid Tok Guru tercatat lokasi popular di Kelantan. Jarang orang tidak mengenalinya.

Sepanjang 23 tahun bermula Oktober 1990, kereta rasmi kerajaan negeri sering keluar masuk ke situ. Parkir menempatkan kenderaan yang membawa Tok Guru Nik Abdul Aziz ke Kota Darulnaim setiap pagi.

Bertandang ke situ tidak perlu membuat temujanji, boleh berjumpa Menteri Besar pada waktu solat di masjid. Bagaimanapun bermula 6 Mei 2013, Tok Guru tidak lagi perlu bekejar ke Kota Darulnaim, masa rehatnya di rumah lebih panjang.

Keuzuran dan faktor usia membuatkan beliau menyerahkan tugas kepada Ustaz Datuk Ahmad Yakub.

“Biar pun bukan lagi sebagai Menteri Besar, namun tetamu dan orang ramai tidak putus-putus mengunjungi ayah,” kata anaknya, Ustaz Nik Omar.

Darul Anuar berada dalam linkungan kediaman Tok Guru. Ia merupakan sebuah institusi pendidikan persendirian warisan Tok Guru.


(Cerita lanjut dalam Harakah cetak keluaran akan datang)

Tiada ulasan: