Ahad, 15 September 2013

PEMBELI SEMUA PERINGKAT...ORANG CERDIK AGAMA DAN POLITIK TELAH BERTAMBAH...MAKA RAKYAT DAH TAHU MENILAI BAIK DAN BURUK...BENAR ATAU TAK BENAR


Fathul Bari boleh menangis baca status ini, terhangat

Harakahdaily, 15 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Komen yang bakal menyebabkan ustaz Fathul Bari yang menyatakan kenaikan harga barang adalah ketetapan Allah menangis daripada bekas mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin menjadi artikel paling diminati pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-37. Dalam komennya, Dr Asri mengingatkan Fathul Bari bahawa ajal maut juga di tangan Allah, tapi Allah tetap membuat hukuman qisas kepada yang membunuh untuk menjawab hujah ustaz pro-Umno tersebut mengenai harga barang naik.

Artikel yang bertajuk “Fathul Bari boleh menangis baca status ini” mengalahkan artikel “2 pelajar UM dibuang kolej” dan “Amerika tersungkur aib di Afghanistan” yang menduduki kedua dan ketiga.

Berikut ialah 10 artikel pilihan pembaca Harakahdaily bagi minggu 8-14 September 2013:

1.Fathul Bari boleh menangis baca status ini
2.2 pelajar UM dibuang kolej
3.Amerika tersungkur aib di Afghanistan
4.Husam Musa angkat sumpah Adun Rabu ini
5.Imam Nawawi & Fathul Bahri pada sisi rakyat
6.Mukhriz macam tidak beradab
7.Taklimat pelajar Mesir: Ibu bapa anggap buang masa
8.Perdana Menteriku jadi jurujual Utusan pulak dah...
9.Tinggal Ku Li satu-satunya pencabar Najib?
10.Guru j-Qaf bakal dipisah dengan suami kali kedua

 Adakah Yg Lebih Utama Daripada Jihad?
Posted on Sunday, September 15 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: hishamahmad

"

“Emak, Mail nak pergi ke Syria minggu depan. Mail nak berjihad bersama rakyat di sana. Kalau Mail terbunuh, ampunkan segala dosa Mail, ya” Mail memberitahu emaknya pada suatu pagi yang hening.
“Kenapa pula kau nak menggadai nyawa sampai kesana. Siapa pula nak jaga emak ni, Mail. Mail yang emak dapat harapkan. Nanti kalau emak sakit, siapa yang hendak bawa emak ke klinik. Bapa kau dah tua dan bukan kuat sangat,” Mak Esah tidak bersetuju dengan hajat anaknya.


“Rumah kakak dengan abang ipar ada dihujung sana. Mereka boleh tolong bila diperlukan. Janganlah emak menghalang niat suci saya. Saya nak mati syahid, emak”, Mail merayu lagi.
“Kakak kau tu ada suami dan anaknya ramai, ibu tidak suka menyusahkan dia. Mereka pun bukan orang senang. Kau tu, kami hantar sampai luarnegeri, sampai jadi engineer.. hidup dah senang. Ngapa pula kau nak berkorban ditempat yang jauh…  Kau jangan ikut hati yang kecewa kerana isteri dan anak kau meninggal. Mereka kemalangan, Mail”.
“Sudah emak tak redha kau pergi…” Mak Esah memuktamadkan jawapannya.
“Bukan kerana itu saya pergi emak. Saya redha dengan pemergian mereka. Saya kini hanya ingin mati syahid…. Itu sahaja. Maafkan Mail,mak. Mail dah nekad” Mail melangkah meninggal ibunya. Mail merasa sungguh sedih dengan kata-kata ibunya. Mail tidak peduli. Baginya,  jihad lebih afdal daripada restu ibunya. Dia mahu buat ibadah paling hebat, tentu agama benarkan walaupun ibunya tidak bersetuju.
“Mail, Mail. Mengapa ni, nampak sedih sahaja?”, Imam Razak menegur Mail yang masih duduk disejadah tetapi tidak bersolat, tidak berdoa. Hanya termenung. Mail adalah antara mereka yang sering hadir bagi solat jemaah setiap waktu solat zohor dan asar di Masjid berdekatan tempat kerjanya.
Mail tersedar. “Oh Imam. Baguslah imam bertanya dulu. Saya ada konflik untuk membuat keputusan ni.” Mail kemudian menceritakan tentang hajat hati dan bantahan ibunya.
“Saya dan rancang pemergian. Segala dokumen dah siap. Saya dah ada ‘contact’ dengan beberapa orang dari luar negara bagi tujuan yang sama. Ada kawan lama di luar negara yang turut serta. Kami akan melalui proses latihan ala- ketenteraan untuk suatu tempoh. Semuanya dah diatur. Tetapi saya tiba-tiba merasa resah…gelisah. Tanpa restu ibu… hati ini tidak begitu gembira” Mail mengakhirkan ceritanya.    
Imam Razak terdiam.  Terkelu seketika. Dia percaya Mail memang serius. Ini Mail yang dikenalinya. Imam Razak mengesat dahi dengan saputangan walaupun dahinya tidakpun berpeluh.
Mati Syahid, Masya Allah. Itu cita-cita yang besar Mail. Saya kagum, saya cemburu dengan awak. Saya tidak terfikir sejauh itu. Saya pun tidak tahu sama ada saya cukup berani untuk melakukannya. Tapi Mail…” Imam Razak memulakan pendekatan psikologi atas pengalaman.  
“Abila berlaku pertembungan antara tugas untuk pergi berjihad dan tanggungjawab kepada ibubapa, tanggungjawab kepada ibubapa adalah mesti didahulukan, diutamakan. Inilah perintah Agama.  Inilah perintah Allah dan Rasulllah!”, Imam Razak memperjelaskan kedudukan hukum secara tepat dan jelas.
“Saya kurang faham , Imam…” balas Mail terperanjat dan merasa keliru.
“Mail, awak nak berjuang kerana Allah dan Rasulullah, betul?”  
“Betul”, jawab Mail.
“Awak juga tahu awak kena taat perintah Allah dan Rasulullah, betul?” “Betullah Imam, please straight to the point”, Mail sudah tidak sabar lagi..
“Baiklah, begini. Permintaan untuk berjihad pernah dibuat oleh seorang sahabat kepada Rasulullah s.a.w. tapi Rasulullah telah mengarahkan dia agar balik dan berbakti kedua ibubapa kerana itu jihad yang lebih utama baginya. Ia hadith sahih daripada sahih Bukhari”[1], Imam Razak menjelaskan.
“Dalil ini sangat bertepatan dalam situasi awak. Ibubapa awak telah berusia lanjut. Mereka perlukan awak. Ibu awak jelas menuntut khidmat bakti daripada awak. Paling penting dia tidak setuju, tidak reda dengan hasrat awak. Dia berhak melakukannya. Tiada yang salah pada syarak!”       
Mail hanya diam membisu. Imam Razak menyambung lagi.
 “Janganlah awak pergi. Panggilan jihad itu tidak wajib ke atas awak. Kalau awak nak pergi juga berjihad, biarlah sesudah kedua orang tua awak tiada lagi. Sekarang tidak boleh. In  sya Allah, telah tertulis pahala jihad untuk awak atas niat tulus awak itu”.
Percayalah saya, ada hadith sahih merekodkan bahawa “barang siapa bercita-cita untuk mati syahid dengan hati yang jujur, Allah akan menyampai dia kepada martabat itu , walaupun dia mati akan katilnya sendiri”.
Mail mengangguk-angguk lemah.
Kes Pertama di atas membuktikan besarnya keutamaan dan kepentingan cinta kepada ibubapa. Ia boleh dikatakan berada pada pada kedudukan selepas cinta kepada Allah s.w.t dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.


Kes Kedua : Terpaksa Kembali Sesat?
(Untuk kes 2 ada dalam blog)


Tangguh AES sebelum pelaksanaan baru

Muhammad Faizal, 15 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) meminta agar kerajaan menangguh sepenuhnya pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang serta membatalkan saman-saman yang dikeluarkan. Penasihat Undang-undang Kase, Zulhazmi Shariff (Gambar) memberitahu walau apa jua cadangan yang diutarakan, pertama sekali perlu dilakukan adalah menanggung dulu pelaksanaan sebelum ini.

Jelasnya, terlalu banyak kelemahan yang berlaku terutamanya dari sudut teknikal dan juga perundangan sepertimana yang diperkatakan Peguam Negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Ismail Ahmad sebelum itu dalam satu kenyataan berkata kerajaan akan menggunakan budi bicara dalam pelaksanaan AES termasuk mengambil kira lokasi pemasangan kamera AES.

"Walau apa jua cadangan yang kerajaan utarakan, pertama sekali kerajaan perlu hentikan segera pelaksanaan AES terlebih dahulu dan batalkan kesemua saman yang telah dikeluarkan.

"Terlalu banyak kepincangan yang berlaku terutamanya dari sudut teknikal dan perundangan, kalau yang ini pun belum selesai tak guna nak buat apa-apa cadangan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan kenyataan Ismail yang akan memberi keutamaan kepada laluan had laju 110 kilometer sejam terlebih dahulu serta mengambil kira kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

"Dulu kerajaan kata AES ini dipasang untuk kawasan-kawasan kemalangan dengan tujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan.

"Tetapi kenyataan hari ini amat berbeza, apa dah jadi kepada matlamat asal dan kalau kerajaan hendak pasang pada kawasan 110 kilimeter sejam sahaja itu bukan kawasan tumpuan.

"Dan kita juga hendak tahu AES di lampu isyarat dan juga beberapa lokasi yang kelajuan bawah 80 kilometer sejam, kalau hanya nak tumpu pada kawasan 110 maka saya minta kamera AES di lokasi-lokasi lampu isyarat dan had laju yang rendah ditanggal serta merta," sambung beliau.

Beliau yang mengesa agar kerajaan mendedahkan perjanjian yang ditandatangani antara syarikat pembekal sebelum cadangan baru diperolehi bagi mengetahui apa pindaan yang telah dilakukan dari perjanjian asal.

"Dedah dulu perjanjian asal dan baru kita boleh tahu apa perubahan yang dibuat hasil dari perbincangan.

"Kalau perjanjian pun tak mahu dedah, macam mana kita hendak tahu perubahan pindaan tersebut dan jadi adalah lebih baik kerajaan mengumumkan supaya rakyat lebih tahu," sambung beliau.

Menurutnya lagi, setiap cadangan perlu diadakan perbincangan meja bulat dengan memanggil semua yang terlibat dan persetujuan perlu dilakukan sebelum pelaksanaan sepenuhnya.

Isteri pendemo kudeta Perak terpaksa jual rumah untuk sara keluarga
Posted on Sunday, September 15 @ 14:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu



SHAH ALAM, 14 SEPT: Isteri perserta demontrasi protes rampasan kuasa Perak 2009, Nashita Md Noor,47, mengambil keputusan menjual rumah yang didiami demi meneruskan kelangsungan hidupnya sekeluarga.

Langkah itu terpaksa diambil sekiranya suami beliau, Bad Latif Mansor, 47, gagal dalam proses rayuan yang bakal difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping Selasa ini.

Menurut Nashita, perkara ini sempat dibisikkan kepada suaminya itu sebaik sahaja Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada 13 tertuduh semalam.

“Keempat-empat anak kami masih bersekolah termasuk seorang yang sedang belajar di Jordan.

“Tanggungan yang perlu dipikul memang agak besar, maklumlah akak suri rumah sepenuh masa, tiada pendapatan sebab itulah terpaksa jual rumah yang kami duduk sekarang tetapi nasib baik yang belajar di Jordan itu tajaan Lembaga Zakat Selangor.

“Perkara ini akak sempat bisikkan kepada abang (suami) sebelum dia dibawa ke Penjara Tapah semalam, dia setuju,” kata Nashita ketika dihubungi TV Selangor hari ini.

Menurut Nashita lagi, beliau dibenarkan untuk bertemu Bad Latif di Penjara Tapah pagi tadi.

Dalam pertemuan itu Nashita memberitahu, Bad Latif memaklumkan keadaan kesihatan salah seorang perserta demontrasi yang dipenjarakan, Isha Redzuan, 59, tidak berapa baik disebabkan penyakit kanser tirod yang dihidapinya.

“Abang sihat, begitu juga yang lain kecuali Isha yang perlu ambil ubat setiap hari, malah abang bersemangat dan berharap masyarakat di luar tidak luntur semangat, teruskan perjuangan, .

“Dia anggap pemenjaraan dia dan 12 lagi itu sebagai pengorbanan agar obor semangat yang lain tidak terpadam, maklumlah selepas pilihan raya ni masing-masing nampak macam perlahan sikit,” ujar Nashita lagi.-selangorku 


Kenyataan TGNA: Kaji Hanya Untuk Penambahbaikan
Posted on Sunday, September 15 @ 14:22:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.
Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam. Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam. Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,

Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

Facebook


 Kenapa Hanya Mukhriz Disyaratkan Minta Nasihat Presiden Jika Mahu Bertanding?
Posted on Sunday, September 15 @ 14:04:36 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Shahbudin Husin

Pemegang jawatan nombor satu Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi mengambil langkah yang dianggap mengejutkan apabila mencadangkan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir mendapatkan nasihat dan pandangan daripada Presiden UMNO, Najib Razak terlebih dahulu sebelum memutuskan mahu bertanding jawatan nombor tiga itu dalam pemilihan akan datang ini.

Menurut Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, Najib mungkin mempunyai pandangan yang tersendiri berhubung calon bagi jawatan itu kerana ia menyentuh hubungan kerjasama dengan mereka dalam menentukan hala tuju parti.

"Saya beri pandangan, jika mahu memasuki gelanggang ini, berbincang dulu dengan presiden parti. Dapatkan nasihat atau pandangan daripada presiden parti.

"Tentu presiden parti mempunyai pandangan yang tersendiri tentang hasrat seseorang yang mahu berada di tahap kepimpinan nombor tiga dalam parti dan pandangan presiden harus diambil kira sebelum sesuatu keputusan muktamad dibuat," jelas Zahid sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama.

Zahid berkata demikian ssbagai mengulas pertanyaan mengenai hasrat Mukhriz, anak bongsu bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang dilaporkan sedang menimbang kemungkinan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Sebuah blog baru-baru ini telah membuat undian daripada orangramai dan hasilnya mendapati Mukhriz paling dikehendaki bagi menduduki jawatan itu dengan mendapat undian paling tinggi.

Dalam UMNO pula, berikutan kejayaan BN menawan semula Kedah, di samling pengaruh Mahathir yang dilihat masih kuat dan antara penyumbang kepada kemenangan BN dalam pilihanraya lalu, ramai yang berpendapat Mukhriz perlu bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan akan datang ini.

Selain tiga penyandang Naib Presiden sedia ada iaitu Zahid, Hishammuddin dan Shafie Apdal, Isa Samad dan Ali Rustam sudah pun mengumumkan penyertaan mereka dalam persaingan merebut jawatan itu.

Soalnya, kenapa hanya Mukhriz yang diminta oleh Zahid mendapatkan pandangan daripada presiden terlebih dahulu untuk bertanding Naib Presiden UMNO sedangkan ketika Isa Samad dan Ali Rustam mengumumkan bertanding, beliau mengalu-alukannya?

Apakah Mukhriz tidak dialu-alukan untuk bertanding untuk sama-sama memeriahkan demokrasi serta transformasi dalam parti?

Adakah kerana Zahid takut kalah apabila meminta Mukhriz mendapatkan nasihat presiden parti terlebih dahulu? Atau barangkali bimbang kedudukan nombor satunya bakal terlucut? Atau mungkinkah pada penilaian Zahid, Mukhriz masih terlalu junior dan belum layak lagi berada di kerusi nombor tiga itu?

Adakah juga Isa Samad dan Ali Rustam dialu-alukan kerana pada pandangan Zahid, orang pencen seperti kedua mereka itu tiada taring lagi dan tidak mengancam kedudukannya? Bukankah jika ikut logik, Isa Samad dan Ali Rustam lebih perlu mendapatkan nasihat presiden kerana penyertaan mereka tidak menyumbang apa-apa kepada transformasi, selain kacau daun saja?

Kepada Zahid juga, perlu ditanyakan soalan, sejak bila mahu bertanding jawatan Naib Presiden memerlukan nasihat dan pandangan daripada presiden parti dan adakah ketika beliau mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda dan Naib Presiden sebelum ini, beliau pernah meminta nasihat dan pandangan daripada presiden parti?

Pandangan Zahid mengenai Mukhriz ini bukan saja menimbulkan persoalan, malah menjengkelkan banyak pihak. Setelah jawatan presiden dan timbalan presiden mahu dikongkong daripada ditandingi atas alasan menjaga keharmonian parti, kini jawatan naib presiden pula mahu diletakkan kunci daripada berlakunya transformasi dan penyertaan daripada pemimpin-pemimpin muda.

Dalam suasana UMNO sekarang yang bukan saja ada demokrasi tetapi juga transformasi, penyertaan pemimpin muda untuk berada di landasan yang sewajarnya tidak seharusnya disekat. Tambahan pula, dalam konteks pasca pilihanraya, kehendak dan keperluan kepada kepimpinan daripada golongan muda terlihat amat mendesak jika UMNO mahu terus kekal dan relevan dalam perhatian rakyat.

Naib Presiden UMNO adalah wadah untuk golongan pelapis. Tidak pernah perebutan jawatan itu menimbulkan masalah dan perpecahan kepada parti. Dalam ketiga-tiga penyandangnya pula, walaupun ada yang masih ditakrif muda seperti Hishammudin dan Shafie Apdal, tetapi isu dan pertikaian terhadap mereka juga bertimbun banyaknya. Penerimaan terhadap mereka masih berbelah bagi.

Zahid pula, sebagaimana yang banyak ditulis sebelum ini, walaupun popular dan mendapat undi tertinggi, beliau sudah terkeluar daripada kategori pelapis berikutan usianya lebih tua daripada Najib. Begitu juga Muhyiddin yang kini menjadi timbalan presiden, turut lebih tua daripada Najib.

Mustahil apabila Najib bersara nanti, kedua-dua mereka, Muhyiddin dan Zahid menjadi penggantinya. UMNO akan kelihatan mundur ke belakang jika itu berlaku. Sebab itu perlu lebih ramai pemimpin muda diberi peluang berada di kedudukan penting mulai sekarang.

Mukhriz dan Khairy Jamaluddin adalah antara pemimpin muda yang perlu diketengahkan, ditonjol dan diberi peluang. Beberapa lagi pemimpin muda juga seharusnya diberi peluang menduduki kerusi Majlis Tertinggi. Menyekat mereka atau salah seorang daripadanya dengan pelbagai alasan yang direka-reka hanya akan menjadikan UMNO semakin tidak relevan di mata rakyat.

Sementara ramai pemimpin bercakap, utamakanlah parti daripada kepentingan peribadi, inilah masa untuk membuktikannya. (SH 15/09/2013)-shahbudindotcom


 Siapakah boleh menang lawan Mat Sabu
Posted on Sunday, September 15 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Sebaik selesai solat jumaat 13 September 2013 seorang pemuda kaki tangan kerajaan negeri Terengganu tanya penulis pasal cakap Nik Aziz Nik Yang mahu timbalan preisiden PAS diganti.

Penulis ada baca sikit  mengenai cakap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu supaya Timbalan presiden PAS seorang ulamak.

Sebelum ini tiada orang PAS yang mempertikaikan kemenangan Muhamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS ketika dicabar dua calon ulamak.


Mungkin ada yang tidak kena. Kalau tak mana mungkin ada dases desus disana sini agar timbalan presiden PAS diganti dengan seorang ulamak.
Termasuk mursyidul PAS sendiri yang mahu jawatan timbalan presiden diganti manakala jawatan presiden dikekal. Dengan kata lain jangan ada presiden dicabar pada Muktamar tahunan yang akan berlangsung pada November ini.
Mungkin atas sebab Muhamad Sabu ada kaitan dengan fahaman syiah yang dikatakan ada didalam PAS, terutama Pas Kedah.
Atas sebab itu juga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cakap sikit yang dikatanya apa yang dia cakap  lain media massa tulis.
Mungkin kaki tangan kerajaan Terengganu yang mahu pandangan penulis merasa keliru dengan apa yang dicakapkan oleh Nik Aziz yang mahu presiden Pas diganti dengan seorang calon ulamak.
Pada penulis,  Muhammad Sabu juga seorang ulamak yang sikit ilmunya dan sangat popular, malah poppularnya mengatasi presiden sendiri.
oleh itu dua calon yang cabar Nasharuddin Mat Isa dulu itu seorang ulamak yang banyak ilmu, tetapi kurang popular berbanding adik Mat
Maka, ada benarnya kata Nik Aziz yang mahu Muhamad Sabu diganti pada Muktamar tahunan kali ini agar PAS tidak banyak masalah dalam melayari perjuangan yang semakin mencabar.
Itulah harapan musyidul PAS, tetapi untuk menentukkan Muhammad Sabu diganti dalam muktamar tahunan PAS kali ini terletak pada tangan para perwakilan.
Penulis pernah buat andaian kemenangan Mohamad Sabu lalu atas sebab pertandingan tiga penjuru punca Ustaz Nasyaruddin Mat Isa kalah.
Jika pertandingan itu satu lawan satu kemenangan pasti ditangan penyandang. Tetapi menang dengan majority tipis.
Pada hemat penulis, Muhammad Sabu boleh diganti pada Muktamar tahunan PAS kali ini apabila Tuan Ibrahim tuan Man dicalon semula.

 Kerajaan Perlu Serius Tingkatkan Martabat Universiti Tempatan
Posted on Sunday, September 15 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Kementerian Pelajaran memberi penjelasan mengapa kedudukan universiti tempatan berada jauh di belakang malah tertinggal di bawah 200 universiti terbaik dunia. Dalam kedudukan 'QS World University Rankings 2013/14', universiti terbaik di Malaysia iaitu Universiti Malaya jatuh 11 anak tangga dari kedudukan 156 pada 2012 kepada 167 pada tahun ini.

Meskipun media mempertahankan kedudukan Universiti Malaya berada dalam kelompok elit bawah ranking 200, namun hakikatnya ia merudum beberapa anak tangga. Selain UM, universiti lain ternyata masih jauh ketinggalan dan dilihat tidak berdaya saing dan maju untuk menempatkan diri dalam senarai universiti terbaik dunia.
Soalnya, mengapa universiti-universiti lain di negara ini jauh ketinggalan berbanding dengan universitidi negara lain? Apa yang kurang pada universiti tempatan sehingga gagal menyaingi kehebatan universiti negara lain? Keadaan ini menjadikan lebih sukar bagi rakyat luar negara datang untuk menimba ilmu di universiti tempatan kerana keyakinan mereka kepada tahap kualiti akademik dan reputasi universiti tempatan yang tidak seberapa.
DPPM melihat kerajaan gagal memberi perhatian dalam aspek pembangunan dan pendidikan negara sehingga tahap pencapaian universiti tempatan tidak mampu melonjak naik. Segala kemudahan dan fasiliti terbaik yang dimiliki oleh universiti-universiti tempatan nampaknya masih gagal mengangkat martabat kedudukan univerisiti tempatan di mata dunia. Mungkin berbilion lagi kerajaan perlu berbelanja bagi memastikan kedudukan universiti tempatan yang lain mampu menandingi universiti terbaik di rantau ini.
Kementerian Pendidikan perlu berbuat sesuatu bagi memastikan kedudukan universiti tempatan mempunyai daya saing yang tinggi dengan universiti luar. Aspek pendidikan terutama pendidikan tinggi perlu dipandang berat kerana ia merupakan suatu pelaburan penting negara. Pendidikan menjamin masa depan yang cemerlang pada generasi muda selain daripada menyuburkan kepakaran dalam industri pekerjaan. Negara memerlukan bukti bahawa graduan Malaysia sama hebat dan setaraf dengan graduan luar negara dan mampu melonjakkan nama negara di mata dunia.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia 


 Utusan tak jadi pilihan walau diedar percuma
Posted on Sunday, September 15 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 walaupun ianya diberikan secara percuma.

Majlis yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula dibanjiri pengunjung seawal 7 pagi lagi namun setelah jam 5 petang, kira-kira 2,000 naskhah masih tidak diambil pengunjung.

Akhbar dengan muka hadapan bertajuk 'Ekonomi Bumiputera diperkasa' berharga RM1.50 senaskhah dan bertarikh hari ini berbanding akhbar berbahasa Inggeris edisi semalam yang turut diedarkan percuma  pada majlis sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian bangunan Utusan baru semalam menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan Utusan.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC dan syarikat Bumiputera menghargai Utusan dengan memberikan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.

Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu. Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut. - 14 September, 2013.-TMI






Tiada ulasan: