Rabu, 25 September 2013

MELUAT ATAU TAK....ITU TAK KISAH....YANG PENTING SYOK BILA DIIRING....TAPI JIKA DIAKHIRAT...AHLI NERAKA... MALAIKAT AZAB@ZABANIAH AKAN MENGHERET KE NERAKA

Menteri tak sebut duta Indonesia cetus persoalan

Hazayani Zakaria, 24 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Menteri Luar Negeri Datuk Hamzah Zainuddin yang tidak menyebut nama duta Malaysia ke Indonesia ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan tanda tanya.

Ketika menjawab soalan dari Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Hamzah menjelaskan sehingga hari ini kerajaan hanya melantik empat orang duta secara lantikan politik.

Ianya termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sebagai Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datin Seri Blanche Olbery ke Finland, Datuk Yong Teck Shing ke Taiwan dan Datuk Awang Sahak Awang Salleh ke Brunei.

Penjelasan itu sekaligus menimbulkan persoalan terhadap status bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang sebelum ini telah disahkan perlantikannya sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

"Tadi menteri sebut ada empat negara sahaja yang ada lantikan politik tapi tak sebut pasal Indonesia.

"Persoalan, apakah cadangan lantikan (Zahrain) dibatalkan atau adakah cadangan tersebut dilasanakan tapi belum mendapat pengesahan dari Indonesia," soal Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Kerai) pada sidang media hari ini.

Menurut Mohd Hatta, beliau mempunyai bukti bergambar bahawa bekas MP Bayan Baru itu hadir ke majlis taklimat dan memperkenalkan bakal duta Malaysia yang diadakan di Wisma Putra dua minggu lalu.

Terdahulu ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, Mahfuz memohon jawapan kerajaan berhubung jumlah duta yang dilantik secara lantikan politik.

Beliau juga memohon penjelasan atas kreteria dan kelayakan apakah, duta-duta dari orang 'pencen' politik ini dipilih.

Ini kerana katanya, masih ramai pegawai Wisma Putra yang berkelayakan dan mendapat latihan secara formal untuk mengisi jawatan itu sebagai peluang kenaikan pangkat.

Tindakan itu katanya bukan sahaja dilihat sebagai 'membalas budi politik' terhadap orang tertentu, tetapi juga 'mencantas' peluang pegawai Wisma Putera untuk menawar khidmat dan kepakaran kepada negara.

Menjawab soalan Mahfuz itu, Hamzah berkata, lantikan yang dibuat itu mengikut Fasal 144 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh melantik sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang difikirkan layak dan dipersetujui oleh Yang DiPertuan Agong.

Belanjawan alternatif PR tumpu tanggungjawab fiskal

Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari, 24 Sep 2013

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat dijangka membentangkan Belanjawan Alternatif 2014 yang tertumpu kepada tanggungjawab fiskal yang mapan melalui reformasi struktur belanjawan.

Ianya, seperti memperkukuhkan peraturan perbelanjaan dan pembelian aset kerajaan untuk mengurangkan pembaziran, ketirisan dan kos yang melampau; dasar inovatif untuk melebarkan sumber pendapatan diganding dengan pemantauan perbelanjaan untuk penjimatan serta mengutamakan perbelanjaan yang memberi manfaat maksimum kepada rakyat merentasi semua kementerian dan agensi kerajaan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, mereka yakin dengan pendekatan reformasi fiskal mapan sebegini mampu memperkukuhkan ekonomi negara daripada kejutan pasaran dunia, sekali gus memperbaiki profil kewangan negara yang diukur oleh agensi-agensi penilaian kredit antarabangsa dan mengurangkan keresahan pelabur asing yang tidak akan membebankan rakyat atau mengugat kestabiloan ekonomi-makro negara.

"Kita mesti jujur dan berani mengaku bahawa masa depan perkembangan sekonomi negara bukan sahaja akan terjamin malah akan berkembang dengan teramat pesat jika Reformasi Politik dilaksanakan yang akan menjadi penimbang-tara dan penentu dasar-dasar ekonomi yang menguntungkan semua rakyat dan bukan segelintir rakyat yang terpilih," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pantai Nurul Izzah Anwar turut menggesa kerajaan mengusulkan sebuah Belanjawan yang jujur lagi berani memandangkan keadaan kewangan negara berada dalam keadaan yang lemah lagi rapuh dengan penurunan 'rating' antarabangsa oleh agensi penilaian kredit antarabangsa Fitch.

Katanya, kerajaan tidak boleh lagi berselindung di sebalik unjuran ekonomi yang sentiasa tersasar sehingga memerlukan perbentangan usul pembekalan tambahan setiap tahun menjadikan belanjawan kerajaan Persekutuan 'Belanjawan Tidak Jujur'.

Kerajaan dijangka akan membentangkan usul Perbekalan Tambahan 2013 ke atas perbelanjaan operasi yang bernilai RM15.014 billion yang terdiri daripada RM14.13 billion untuk perbelanjaan bekalan dan RM888.46 juta untuk perbelanjaan tanggungan.

Jelasnya, usul perbekalan tambahan ini akan memberi kesan negatif ke atas kesihatan perbendaharaan awam Malaysia dan pemantapan kedudukan fiskal dalam tempoh terdekat dan sederhana.

Katanya, perbelanjaan tambahan untuk 2013 ini berkemungkinan akan menyebabkan nisbah hutang awam ke KDNK akan melebihi sempadan 55 peratus (naik dari 45% pada julai 2009 dan naik dari 40% pada April 2008) di hujung 2013 selepas melangkaui 53.3% pada hujung 2012 iaitu rekod tertinggi di Asia Tenggara.

Tambahnya, risiko kemerosotan dana awam ini melalui defisit fiskal yang bertambah dan kenaikan berterusan hutang awam merupakan salah satu daripada kepincangan dalam pengurusan dan pentadbiran negara di bawah pemerintahan nBN.

"Kita mesti jujur dan berani mengaku bahawa negara memerlukan ‘Belanjawan Jujur dan Berani' yang akan membina daya saing, melebarkan sumber pendapatan negara, menstruktur ekonomi negara agar amalan kronisme, pembaziran dan pengherotan pasaran dengan kadar segera," katanya.

Tentang usaha jahat untuk hancurkan DAP – Guan Eng

Harakahdaily, 24 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Perlembagaan parti memberi kuasa untuk mengadakan pemilihan dalam Kongres Khas Kebangsaan,” tegas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, katanya mereka yang terlibat menggesa DAP untuk patuh kepada keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya mengadakan pemilihan semula kini terlibat pula dalam usaha menghalang dan mengkhianati pemilihan semula tersebut.

Menurutnya, mereka telah mencabar pelaksanaan pemilihan semula dengan memohon perintah injunksi dari mahkamah yang akan didengar pada 25 September 2013.

Beliau berkata, seandainya para pengkhianat (saboteur) itu berjaya, Kongres Khas Kebangsaan akan ditunda sebaliknya kongres khas akan diadakan pada 29 September ini.

“Kalau pun para pengkhianat ini gagal, mereka tidak akan berputus asa.

“Atas sebab ini, mesti ada kehadiran yang baik oleh para perwakilan parti untuk menolak dan menentang usaha jahat untuk menghancurkan DAP, yang gagal dilakukan BN dan Umno dalam pilihanraya umum,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, DAP adalah satu-satunya parti yang menepati kata-kata, melaksanakan apa yang disebut dan bertindak atas prinsip dan polisi.

“Jelas sekali bahawa kita mampu mentadbir dengan lebih baik berbanding BN,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Katanya, DAP mewakili harapan rakyat Malaysia dan masa depan anak-anak muda.

“Marilah kita berlaku adil terhadap harapan mereka untuk masa depan yang lebih cerah dengan memastikan survival DAP demi merealisasikan impian Malaysia untuk peluang saksama bagi semua orang untuk hidup makmur dalam keamanan serta berjaya dengan hasil usaha gigih.

“Kita jumpa di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor pada 29 September 2013,” ujarnya lagi.

Usul Mesir ditolak ada kaitan kehadiran Obama?

Salmiyah Harun | Foto Wan Zahari, 24 Sep 2013


KUALA LUMPUR: Usul bagi membincangkan pendirian Malaysia terhadap rampasan kuasa dan pergolakan di Mesir yang berlarutan sehingga hari ini, ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul tersebut, dikemukakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1).

Ketika membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mempersoal alasan penolakan yang diberikan kerana didakwa meminta penerangan tentang negara asing dan bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 23 (1) (i).

Menjelas lanjut pada sidang media selepas itu, Mahfuz mendakwa, alasan penolakan yang diberikan speaker tidak tepat kerana beliau bukan meminta penerangan tentang negara Timur Tengah itu.

Menurutnya, usul tersebut hanya mahu meminta pendirian kerajaan atas nama dewan bahawa dewan perlu membuat pendirian tegas atas apa yang berlaku di Mesir.

"Saya agak tidak setuju dengan speaker menggunakan alasan ini untuk katakan kita tidak boleh sentuh negara luar.

"Sebelum ini kerajaan pernah bentang usul berhubung krisis di Iraq dan Afghanistan, kita sentuh prinsip asas yang disepakati antarabangsa dan ini harus difahami kerajaan," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua maklum bahawa rampasan kuasa yang berlaku di Mesir adalah didalangi kuasa besar termasuk Amerika Syarikat dan sekutunya Zionis Israel.

Ini kerana katanya, presiden yang dipilih secara sah, Dr Muhammad Morsi telah memberi nafas baru kepada rakyat Palestin di Gaza melalui pintu Rafah yang dibuka setelah ditutup sekian lama ketika zaman Hosni Mubarak.

Kengganan kerajaan Malaysia menyatakan pendirian terhadap rampasan kuasa oleh tentera Mesir katanya, akan dilihat seperti menyokong tindakan kudeta tersebut.

Dalam pada itu, Mahfuz tidak menolak kemungkinan, penolakan usul tersebut ada kaitan dengan kedatangan Presiden AS, Barack Obama ke Malaysia pada Oktober ini.

"Kami daripada PAS bawa usul ini untuk parlimen buat sidang khas tetapi kerajaan tak mahu bawa.

"Saya percaya (penolakan) ini bukan kehendak speaker, tetapi sebab Obama yang akan datang ke negara ini," katanya.

Menteri biasa pun guna pengiring, rakyat meluat

Harakahdaily, 24 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kenapa tiba-tiba sekarang seorang menteri meminta rakyat memberi penghormatan dan laluan kepada golongan VIP sedangkan rakyat yang sedang terperangkap dalam kesesakan juga sudah cukup sengsara deritanya?

Bukankah lebih baik dan disanjung tinggi jika golongan VIP juga sanggup bersama-sama dengan rakyat biasa mengharungi kesesakan jalanraya tanpa sebarang keistimewaan?

“Atau kalau tidak mahu terperangkap dalam kesesakan, keluar awal dan rancang perjalanan dengan baik,” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya, hari ini.

Baginya, bukankah terlihat angkuh dan sombong jika seorang pemimpin atau VIP diberi keistimewaan begitu

Lagi pula, ujarnya bukanlah sikap pengguna jalanraya begitu buruk sehingga permintaan sebegini dibuat.

Ini, katanya kerana mereka biasanya tiada halangan untuk memberi laluan jika melibatkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau golongan diraja tertentu lantaran memahami desakan tugas dan selalu berkejar dengan masa. “Apa yang berlaku, ada menteri biasa pun turut menggunakan pengiring dan tidak sanggup bersesak bersama-sama dengan rakyat kebanyakan. Inilah yang menimbulkan rasa meluat rakyat,” tulisnya lagi.

Baca di sini


Malaikat Zabaniyah digeruni Api Neraka

Malaikat Zabaniyah digeruni Api Neraka. Amat Garang dan Kuat, Api neraka amat gerun kepada mereka. Penyiksa Neraka yang Gagah. Cahaya Zabaniyah Kalahkan Api Neraka.  Kisah Malaikat Zabaniyah Tentera Allah dan Tugasnya menyiksa orang-orang di neraka

 

Malaikat Zabaniyah digeruni Api Neraka

Kisah Malaikat Zabaniyah dan Tugasnya

ZABANIYAH merupakan nama malaikat yang bertugas menyiksa orang-orang di neraka dalam ajaran agama Islam. Ia digambarkan dengan memiliki sosok yang sangat garang dan sadis, tidak mengenal ampun terhadap orang yang telah masuk kedalam perut neraka. Zabaniah berjumlah 19 malaikat sebagaimana jumlah huruf Basmallah dan mereka dipimpin oleh Malaikat Maalik.

Malaikat Zabaniyah Tentera Allah Yang Amat Garang

Rasulullah Saw bersabda: Siapa yang ingin supaya Allah selamatkan dia dari penanganan Malaikat Zabaniyah yang berjumlah 19 orang (Malaikat penjaga Neraka), maka hendaklah membaca Bismillahirrahmanirrahim, niscaya Allah buatkan untuknya, dari setiap satu huruf itu sebuah Syurga.

Amat Garang dan Kuat Malaikat Zabaniyah

Malaikat Zabaniyah mengambil ahli nerakanya dengan menggunakan tangan dan kakinya.Maka salah satu dari Malaikat Zabaniyah itu dapat mengambil 10,000 orang kafir dengan menggunakan satu tangan, dan 10,000 lagi dengan memakai tangan yang lain,dan 10,000 dengan menggunakan salah satu kakinya serta 10,000 lagi menggunakan kakinya yang lain, kemudian melemparkannya keneraka. Jadi 40,000 orang kafir itu dengan sekali ambil kerana di dalam diri Malaikat Zabaniyah memiliki kekuatan dan kemampuan yang luar biasa.

Cahaya Zabaniyah Kalahkan Api Neraka

Penglihatan para malaikat itu bagaikan kilat yang menyambar, gigi mereka sepuh tanduk sapi, sedangkan bibir-bibir mereka menjulur sampai ketelapak kaki, kobaran api keluar dari mulut-mulut mereka, dan jarak antara kedua bahunya adalah sekitar perjalanan satu tahun. Allah tidak menjadikan dalam hati mereka rasa belas kasihan dan lemah lembut sebesar semut kecilpun. Salah seorang dari mereka ada yang menyelam dalam lautan api neraka selama 70 tahun tetapi api neraka itu tidak membahayakan atas dirinya, kerana cahaya dirinya itu dapat mengalahkan api neraka.

Penyiksa yang Garang digeruni Api Neraka

Betapa garang dan gagahnya Malaikat Zabaniyah sehinggakan api neraka amat gerun kepada mereka. Malik merupakan ketua di neraka menunjukkan ia lebih garang daripada Zabaniyah. Ikutilah arahan Malik kepada api neraka yang amat tegas menjalankan perintah Allah....

Kisah Malaikat Malik dan Zabaniyah

Malik: "Lemparkanlah mereka ke dalam api neraka,wahai zabaniyah".
lalu Malaikat Zabaniyah melemparkan mereka kedalam api neraka, mereka berteriak dengan mengucapkan; "Lailahaillallah." Akhirnya neraka itu mengembalikan mereka.
Malik:"Wahai api,kenapa kamu tidak membakar mereka?"
Api: "Bagaimana aku hendak membakar mereka, sedangkan mereka mengucapkan 'Lailahaillallah."
Malik:"Yang demikian itu adalah perintah Allah,maka kamu bakarlah mereka".
akhirnya api akur dan terus membakar mereka. Api membakar mereka bermula daripada kaki hingga ke atas. Apabila api mendekati wajah mereka...
Malik: "Jangan engkau bakar wajah mereka, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersujud dengan wajahnya kepada Dzat Yang Maha Penyayang, dan janganlah engkau bakar hati mereka, kerana hati itu adalah tempat tauhid, ma'rifat dan iman, akan tetapi mereka tetap tinggal di neraka."

Empayar Uthmaniah pernah bertapak di Hungary

Lan Jusoh, 24 Sep 2013



BUDAPEST: Biar pun Empayar Uthmaniyah pernah bertapak di Hungary, Yugoslavia dan Slovakia, namun kesannya semakin hilang.

Islam dikatakan bertapak di Hungary bermula pada abad ke-12. Pengaruh Islam lebih ketara lagi pada abad ke-16 iaitu semasa pemerintahan Uthmaniah.

Mengikut catatan sekitar 1179 sehingga 1229 terdapat 30 kampung yang didiami penduduk Islam di Hungary.

Selepas itu orang-orang Turki pula memasuki Hungary dan berlaku pertempuran Mohacs pada 1526. Pemerintahan Uthmaniah di Hungary akhirnya jatuh antara 1687 dan 1699.

Ketika itu ramai tokoh Islam dilahirkan di Hungary antaranya Wazir, Kanijeli Siyavu, Mevlevian Darwis dan Pecsevi Árifi Ahmed Dede.

Di Hungary orang Islam dipanggil Böszörmény.  Kesan kedatangan Islam boleh dilihat dengan kewujudan Masjid Turki di Esztergom.

Hungarian Islam Society menganggarkan pada 2004 terdapat kira-kira 20,000 komuniti Islam di Hungary. Statistik itu ialah 0.2 peratus daripada jumlah penduduk.

Penduduk Islam juga membina pusat Islam di Budapest. Pusat Islam dilengkapi perpustakaan yang mempunyai kira-kira 50,000 buku.

Begitu juga di Slovakia pada 1526 tentera Turki menduduki Sturovo dan bahagian-bahagian lain di wilayah selatan.

Turki menakluki beberapa lagi wilayah di selatan pusat Slovakia dan mara sehingga ke Nitra.

Pada abad ke-17 sebahagian wilayah di selatan Slovakia diduduki Turki dan penempatan Turki diwujudkan di Novohrad.

Kebanyakan penduduk Islam di Slovakia merupakan pelarian dari bekas Yugoslavia (Bosnia dan Albania).

Bilangan umat Islam di Slovakia mengikut banci 2001 terdapat 5,000 orang. Jumlah itu hanya membentuk sekitar 0.1 peratus.

Yugoslavia sebelum ini menggabungkan Serbia-Croatia, Macedonia dan Slovene terletak di bahagian barat Eropah Tenggara, sebelum abad ke-20.

Kerajaan Yugoslavia sehingga 3 Oktober 1929 dikenali sebagai Kerajaan Serb, Croat dan Slovenes yang ditubuhkan pada 1 Disember 1918.

Yugoslavia telah ditukar nama kepada Persekutuan Republik Rakyat Yugoslavia pada 1946 setelah komunis berkuasa.

Tentunya orang ramai masih ingat Yugoslavia mencatat sejarah hitam pada

1999 apabila berlaku pemberontakan orang Albania di Kosovo.

Serbia memadam dengan menguasai Albania yang merupakan jirannya.

Akhirnya Kosovo diwujudkan identiti tersendiri. Milosevic yang membunuh ramai penduduk Islam di Kosovo kalah pada pilihan raya dan Vojislav Kostunica dilantik pemimpin baru.

Milosevic pada 2001 diadili di Mahkamah Keadilan Antarabangsa terhadap pembunuhan etnik Muslim di Bosnia.

Dan akhirnya 2003 berakhirnya negara Yugoslavia dan sekarang muncul negara bangsa Slovenia, Kroasia, Bosnia-Herzegovina, Serbia, Kosovo Montonegro dan Macedonia.

Rombongan anjuran Poto Travel yang melewati Hungary sejak semalam dapat  menyaksikan sendiri kesan-kesan peninggalan daulah Islamiah Otmaniah.

Apa yang tinggal sekarang kesan pengaruh Kristian yang masih bertapak kukuh. Ini dapat dilihat peninggalan monumen bersejarah menjadi tarikan utama pelancong ke Budapest.

Sekarang sukar lagi ditemui kesan-kesan nyata tamadun Islam, biar pun kelihatan monumen yang mengekalkan ciri-ciri kubah, lambang masjid milik orang Islam.

TPPA: Jangan untung secupak, rugi segantang

Hazayani Zakaria, 24 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan diingatkan agar tidak menandatangani sebarang perjanjian yang hanya memberikan sedikit keuntungan sebaliknya beban kerugian terpaksa ditanggung rakyat.

Merujuk kepada Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) mempersoal sama ada wakil Kerajaan Negeri khususnya Pakatan Rakyat turut dilibatkan dalam rundingan berkaitan TPPA.

"Apa pun perjanjian yang kita buat, kita tidak mahu mendapat untung secupak, rugi segantang.

"Siapakah yang terlibat yang menjadi perunding bagi pihak Malaysia dan bagaimana cara pemilihan dibuat dan apakah wakil-wakil kerajaan negeri dilibatkan bagi menjaga kepentingan negeri khususnya negeri Pakatan Rakyat.

"Apakah terma-terma pembatalan perjanjian setelah kita tandatangan, apa syarat untuk tarik diri?" soal beliau ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam jawapannya berkata, beliau bertanggungjawab sepenuhnya ke atas dasar pelaburan dan perdagangan dalam dan luar negara.

Beliau terlibat secara langsung melantik pegawai-pegawai untuk mengadakan perundingan dengan negara-negara yang terlibat dalam TPPA berdasarkan keputusan kabinet.

Terdahulu Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh (BN-Putatan) meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sama ada kerajaan terdesak untuk menandatangani TPPA dan kerangka yang diolah oleh kementerian bagi melindungi kepentingan negara dan pemain industri dalam TPPA dan manfaat negara sekiranya menyertai TPPA dan kesan sekiranya tidak menyertai TPPA.

Sementara itu, Mustapa menasihatkan sekumpulan NGO yang membantah TPPA agar menghentikan siri jelajah Bantah TPPA dan tidak meneruskan himpunan 'menyambut' Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama pada 11 Oktober depan.

Minggu lalu, jurucakap gabungan Bnatah TPPA, Badrul Hisham Shahrin yang juga Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, himpunan tersebut mesti diteruskan bagi menunjukkan isyarat yang jelas kepada Obama bahawa rakyat Malaysia menolak TPPA.

Tegasnya, soal Obama akan menandatangani TPPA di Kuala Lumpur atau tidak bukan isu utama namun rakyat harus sedar bahawa kerajaan Malaysia pro TPPA walaupun mendakwa ia masih dalam perbincangan.

Tiada ulasan: