Posted on Friday, September 20 @ 00:09:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: atriza
"SERI KEMBANGAN - Isu diskriminasi terhadap wanita bertudung kembali hangat berikutan rentetan kejadian wanita yang tidak diambil bekerja hanya kerana bertudung, sedangkan ia mempunyai kelayakan pendidikan atau pengalaman.
“Apa yang berlaku menunjukkan kepada kita, betapa besarnya cabaran untuk masyarakat dunia melaksanakan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita atau Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) yang telah diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 Disember 1979 dan berkuat kuasa mulai 3 September 1981,” jelas Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Ustazah Maznah Daud.
Menurutnya, konvensyen ini memberi penekanan kepada usaha menghapuskan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita, termasuk dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan budaya.
“Justeru, wanita IKRAM berpendapat bahawa sudah tiba masanya untuk semua pihak menolak sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita bertudung kerana mereka hanya mengamalkan hak kebebasan beragama.”
Dalam pada itu, kerajaan perlu mengambil tindakan yang bersesuaian terhadap majikan atau syarikat yang mengamalkan diskriminasi terhadap wanita bertudung.
“Wanita IKRAM menyokong pandangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim yang menyelar majikan yang mengamalkan diskriminasi seperti ini dan kementeriannya tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak terbabit,” tegasnya.
Ustazah Maznah berkata, bahawa setiap wanita perlu mengetahui hak mereka yang dijamin melalui perlembagaan dan undang-undang.
“Mereka harus berani tampil untuk membuat aduan kerana sudah tiba masanya, wanita dinilai atas kemampuan dan kebijaksanaan mereka, bukan atas tubuh badan dan rupa paras mereka,” jelasnya lagi.
Sehubungan dengan itu, beliau menyeru agar dihentikan sebarang bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita daripada pelbagai latarbelakang, warna kulit dan juga bangsa.
Sebelumnya, seorang pengguna Facebook (FB) dikenali sebagai Mira Kamil, telah memuat naik status kekecewaannya selepas berulang kali permohonan kerja di sebuah butik ternama telah ditolak atas alasan dia bertudung.
Dan pada bulan Jun 2013, Mokteh Bekeng dari Kajang, dalam ruangan Forum Utusan Malaysia telah mengadu mengenai nasib yang menimpa anak saudaranya apabila salah sebuah hospital di Kuantan, hanya bersedia menawarkan kerja sebagai jururawat jika sanggup membuka tudung.
Di Malaysia, isu tudung pernah mencetuskan pelbagai kontroversi dari isu pelajar sekolah yang dilarang bertudung ketika bersukan (NST 23/3/2006) hinggalah pekerja hotel yang pernah dibuang kerja kerana mengenakan tudung (UM 27/2/2006).
Manakala di peringkat antarabangsa, isu hijab dan tudung juga sentiasa menjadi polemik yang menarik perhatian awam sama ada di benua Asia mahupun Eropah.
Berlainan pula di Sweden baru-baru ini, gerakan pro hijab yang terdiri daripada lelaki dan wanita Sweden telah menghantar gambar wanita mengenakan hijab di atas talian untuk menunjukkan solidariti mereka terhadap wanita yang dikasari kerana mengenakan hijab.
rujuk SINI "
Kajian: Rakyat Mahu Najib Letak Jawatan?
Posted on Friday, September 20 @ 00:37:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR: Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya.
Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?"
Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah.
"Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya.
Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008.
Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik.
"Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti.
"So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.
Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu.
Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia.
Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah.
Anwar kekal
Dalam pada itu, soalan serupa turut ditanya membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Soalan berbunyi "Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu melepaskan jawatan kerana PR gagal menerajui Putrajaya?, itu bagaimanapun disertakan dengan keputusan.
Dalam keputusan kajian itu, 55 peratus menyatakan tidak bersetuju, 28 peratus bersetuju dan 18 peratus lagi tidak pasti.
Daripada 55 peratus yang tidak bersetuju itu, 72 peratus adalah dari kaum Cina manakala 52 peratus dari kaum Melayu.
Selain itu, kajian juga menunjukkan 69 peratus responden mahukan kerajaan BN mewujudkan kesepakatan nasional dengan Pakatan Rakyat.
"Mungkin masyarakat sudah agak penat dengan perbalahan politik sebelum PRU13.
"Ini pandangan rakyat, namun caranya sudah tentu orang politik lebih tahu," kata Prof Redzuan.-HD
Saya Miskin, Saya Tidur Kat Tepi Lorong Dan Saya Tak OK.
Posted on Thursday, September 19 @ 23:04:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Blog Amenoworld
Ada beberapa perkara penting yang perlu kita ketahui mengenai kisah keluarga malang ini. Ia agak keterlaluan untuk melihat keluarga ini tidur di tepi jalan, betul tak? Ramai betul gelandangan2 yang wujud di KL neh, kalau boleh kita nak kurangkan jumlah mereka, bukan nak tambahkan lagi kes2 macam neh.
Menurut satu artikel yang agak menyedihkan neh, aku baca ;
1. Keluarga neh dah 2 minggu duduk kat tepi lorong rumah PPRT.
2. Keluarga neh sebenarnya menyewa rumah DBKL.
3. Tapi DBKL halau dorang.
4. DBKL halau kerana terikat dengan peraturan. Apa peraturan tersebut? Peraturan tersebut kalau ko tak bayar sewa bulanan sebanyak RM124 memang ko akan dihalau. Itu peraturannya samada ko suka atau suka.
5. Berapa lama ye dia tak bayar sewa sehingga menyebabkan DBKL halau dia? Aku tak sure. Sebab berita tersebut tak bagitau secara detail.
6. Cumanya pakcik ini tidak bekerja secara tetap. Kadang2 tak makan pun. Pakcik neh ada anak angkat sorang. Umur 14 tahun. Ini yang paling teruk. Memikirkan nasib anak angkat dia neh. Dah berhenti sekolah sejak awal tahun ini. Sejak itu mencari rezeki sikit2 tapi tak cukup untuk bayar sewa rumah. Mungkin lepas makan minum bayar api air aje kot. Almaklumlah kos sara hidup tinggi sekarang neh. Lagipun sapa nak upah budak 14 tahun kerja? Ia salah woo dengan undang2 negara. Mereka masih kanak2. Kena belajar bukan nya kena kerja mencari nafkah.
7. Pakcik ini juga trauma kerana kehilangan isteri tercinta pada tahun lepas. Sejak2 itu kesihatan dia semakin teruk terjejas.
8. Jiran2 sekeliling yang tinggal kat situ ada la hulurkan bantuan serba sedikit. Tapi dorang pun terdesak bhai. Rumah PPRT kot.
9. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh keluarga ini ialah mereka takde dokumen pengenalan diri yang sah.
10. Orang Malaysia ke bukan orang Malaysia ke macam mana? Susah juga jabatan kebajikan masyarakat nak hulurkan serba sedikit jika proses dokumentasi penting seperti kad pengenalan diri tidak ada padanya.
11. Pelik tak? Kalau takde dokumen pengenalan diri camne boleh menyewa PPR kan? Adakah atas nama bekas isteri?
12. Pun begitu benda tue tak berapa penting sangat untuk difikirkan sekarang neh. Bukan kah kita ada anjung singgah untuk golongan gelandangan? Pada pandangan aku kalau kutip duit untuk bayar sewa bulan2 kat DBKL pun sampai bila la nak bertahan sangat? Melainkan urusan sewa tersebut ditanggung sepenuhnya oleh pihak2 tertentu sehingga la anak angkatnya boleh berdikari sendiri.
Sebenarnya ini salah satu dari kisah2 yang menyedihkan berlaku di Malaysia. Yang sakit, yang tak mampu kerja, yang tak mampu nak kejar kemajuan akibat kos sara hidup yang tinggi dengan kebolehan yang terhad, ada macam2 kes dan situasi yang sangat sukar nak diobjektifkan secara ABCD macam dalam peperiksaan time sekolah dulu. Benda2 ini ialah sangat subjektif. Memang senang nak memperlekehkan tapi pun begitu ia juga begitu sukar untuk menyatakan simpati. Simpati kita tak perlu dibeli, betul tak? Bila kita nak rasa simpati, kita boleh hulurkan rasa simpati jika kita mahu. Aku tak pastila jika ada simpati2 yang perlu dibeli kat dunia neh tapi yang pasti simpati aku adalah percuma.
Aku teringat dulu MSO pernah menulis kisah seorang artis veteran yang bakal dihalau keluar kerana tertunggak sewa rumah DBKL sebanyak RM800. Namun adakah MSO mengambil jalan menyalahkan kerajaan, menyalahkan orang itu, orang ini dan semua orang? Tidak.
Apa yang MSO buat ialah buka tabung kutipan derma dan bantu keluarga tersebut.
Ini la paling kurang rakyat macam kita boleh buat. Bukan aku minta jangan salahkan kerajaan tapi aku minta di saat mulut sedang potpet salahkan semua benda, apakata tangan kita juga berusaha untuk usahakan sesuatu?
Betul tak? Ini link berita tersebut.
http://www.freemalaysiatoday.com - home-for-jobless-man-son
Atas kemampuan aku yang jauh neh, sekadar menulis dan menghulurkan derma je la yang aku mampu. Itupun bukan ribu2 macam Rosmah Mansur oke. Tapi tak pula berita tersebut memaparkan apa2 no account bank. Alangkah bagusnya jika sesiapa yang berdekatan boleh usahakan sesuatu supaya kita sama2 dapat menghulurkan bantuan.
Nota : Aku tidak menyediakan gambar di atas. Pendirian dalam gambar tersebut tidak semestinya mewakili pendirian aku. Perkongsian gambar tersebut adalah untuk menunjukkan kepada korang wajah2 keluarga ini. Itu saja.
Terima kasih.
amenoworld.blogspot.com
Kenapa Mukhriz Perlu Tanding Naib Presiden Sekarang? Jawapannya Ada Di Sini...
Posted on Thursday, September 19 @ 21:57:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KINI apa yang dinanti-nantikan oleh semua orang benar-benar menjadi kenyataan - Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir secara rasminya mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden Umno.
Pengumuman yang dinanti-nantikan itu akan disahkan pada Sabtu ini apabila semua calon diwajibkan mendaftar hasrat mereka untuk bertanding di Ibu Pejabat Umno di PWTC, Kuala Lumpur.
Jika semua calon yang sebelum ini telah pun mengumumkan hasrat mereka untuk bertanding mengemukakan borang pendaftaran Sabtu ini, maka kesemuanya akan ada enam calon yang bakal merebut jawatan panas itu.
Selain penyandang jawatan - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein - mereka akan ditentang oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam dan bekas Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad.
Kini Mukhriz masuk gelanggang menjadikannya orang keenam yang mengumumkan hasrat untuk bertanding jawatan naib.
Tetapi sehingga jam 5 petang Sabtu ini, janganlah terlalu yakin yang jumlah calon terhenti setakat enam orang itu sahaja.
Mungkin ada lagi yang tiba-tiba muncul untuk menyerahkan borang pendaftaran. Siapa tahu.
Kembali ke Mukhriz, sememangnya beliau tidak mempunyai banyak pilihan melainkan turut serta dalam pertandingan ini.
Khairy Jamaluddin
Sebabnya
mudah. Jika Mukhriz tidak berbuat demikian sekarang, dari segi
hierarki kepimpinan, bermakna, beliau akan ketinggalan di belakang
Khairy Jamaluddin yang selaku ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia
adalah juga bertaraf naib presiden Umno Malaysia.Ramai yang melihat ini sebagai tidak baik untuk kerjaya politik Mukhriz.
Bayangkan senario ini: dalam pemilihan sekali lagi tiga atau empat tahun dari sekarang, Khairy akan melangkah setapak di hadapan selaku ketua pemuda yang menawarkan diri untuk jawatan naib presiden sedangkan Mukhriz baru hendak menawarkan diri.
Jika ini berlaku, sudah tentulah Khairy memiliki kelebihan sepertimana Hishammuddin menawarkan diri bertanding kerusi naib selaku penyandang jawatan ketua pemuda dahulu.
Untuk pusingan akan datang, senario Khairy akan bertanding jawatan naib bukan lagi satu kemungkinan tetapi satu kemestian sesuai dengan umurnya yang telah matang dan kedudukannya yang telah kukuh dalam kepimpinan politik Umno.
Bercakap dari segi umur walaupun umur Khairy jauh lebih muda dari Mukhriz iaitu mereka dipisahkan hampir lapan tahun namun barang diingat yang mereka adalah seangkatan atau segenerasi dalam Umno.
Kedua-duanya aktif hampir serentak dan kedua-duanya bertanding jawatan ketua pemuda Umno Malaysia yang berakhir dengan Khairy menang menewaskan Mukhriz dan seorang lagi calon iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo.
Dari sudut itu, Khairy mengatasi Mukhriz tetapi pada masa yang sama, Mukhriz tidak kalah segala-galanya.
Ini kerana dari sudut jawatan dalam kerajaan, Mukhriz terlebih dahulu mengatasi Khairy dengan dilantik sebagai timbalan menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa sedangkan Khairy tidak.
Namun begitu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, kedua-dua mereka kembali berada di tahap yang sama apabila Khairy dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan manakala Mukhriz pula menyandang jawatan Menteri Besar Kedah.
Kedua-duanya telah menunjukkan prestasi yang membanggakan malah di antara ramai menteri dan muka baru, mereka berdua adalah antara yang paling menyerlah dan menunjukkan kematangan serta potensi sebagai pemimpin di peringkat yang tinggi.
Jadi pendek kata, Mukhriz mahu tidak mahu perlu masuk gelanggang sekarang daripada menunggu satu lagi pusingan tiga atau empat tahun dari sekarang.
Dengan itu, jika Mukhriz ditakdirkan menang, maka di dalam hierarki parti, beliau akan meletakkan semula kedudukannya setaraf dengan Khairy yang sudah pastinya akan menang mudah jawatan ketua pemuda Umno yang juga bertaraf naib presiden.
Selamat Bertanding...
KOMENTAR mStar Oleh ROZAID A. RAHMAN
19 Sept 2013
Pencipta logo R4BIA dedah rahsia ‘warna kuning & hitam’
Posted on Thursday, September 19 @ 20:29:05 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
KAHERAH: Sebuah surat kabar Turki melakukan wawancara dengan dua orang perancang simbol R4BIA yang telah menyebar ke seluruh dunia dalam waktu yang sangat singkat.
R4BIA adalah sebuah simbol berwarna kuning yang di tengahnya terdapat gambar tangan yang membuka empat jari berwarna hitam. Simbol ini digunakan untuk menunjuk pembantaian yang dilakukan pemerintah kudeta terhadap para demonstran di Dataran Rab’ah Adawiyah.
Dua perancang R4BIA, yaitu Shalihah Irene dan Cihad Dulles, menyebutkan bahwa simbol ini menunjukkan teriakan protes terhadap kekejaman pembantaian yang terjadi di Rab’ah.
Mereka menerangkan bahwa warna kuning menunjuk kepada kota Al-Quds di Palestina, sedangkan warna hitam menunjuk kepada Kaabah di Makkah Saudi Arabia.
Irene mengatakan bahwa hanya ada satu hal yang dikhawatirkannya, yaitu manusia. Dia bekerja desain grafis selama 12 tahun, bekerja sebagai sukarelawan di sebuah media berita yang menggunakan facebook, Haber Seyret.
Sedangkan Cihad mengatakan bahwa warna hitam menyatukan antara Ka’bah dengan kesedihan. Dia adalah seorang insinyur. Dia bekerja di Haber Seyret juga sebagai sukarelawan selama dua tahun.
Tentang warna kuning, Irene mengatakan bahwa warna itu sudah dilihatnya selama bertahun-tahun. Saat itu matahari sangat terik berada di atas masjid Kubah Shahrah di Al-Quds. Setiap kali umat Islam melakukan perlawanan terhadap kekejaman, aku selalu teringat dengan kuatnya warna kuning di masjid Kubah itu.
Sedangkan warna hitam melambangkan kesedihan yang meliputi Bundaran Rab’ah Adawiyah. Warna itu juga sudah pernah aku lihat di Rab’ah, yaitu ketika bulan Ramadhan sebelum terjadinya pembantaian 14 Agustus. Saat itu ada seorang ibu tua yang memakai pakaian serba hitam melakukan shalat ke arah kiblat dan menengadahkan tangannya ke atas.
Ini mengingatkanku kepada Ka’bah yang kita sucikan. Setiap kali kehilangan arah dalam kehidupan, kita selalu menemukan jalan untuk kembali. Kita mengarahkan wajah kita ke arah Kiblat.
Sumber (msa/dakwatuna/egyptwindow)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan