Khamis, 26 September 2013

BILA AMANAH DIABAIKAN....BILA KEKAYAAN DINIKMATI OLEH KELUARGA TERDEKAT

Jenazah Ustaz Azizan selamat dikebumikan

Bashir Ishak, 26 Sep 2013
POKOK SENA: Jenazah mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Razak selamat dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, dekat sini pada jam 5.50 petang tadi dengan disaksikan para pemimpin dan ribuan rakyat negeri ini.


Talkin dibacakan Ketua Urusan Ulamak PAS Jerlun, Ustaz Mat Rejab Mat Akhir.

Antara yang hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din; mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad; Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir;  Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ustaz Salehen Mukhyi;   Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamaruddin Jafar; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan mantan Menteri Besar, Tan Sri Mahdzir Khalid.

Solat jenazah dilaksanakan  di Markaz PAS Pokok Sena, Jalan Langgar  jam 4.15 petang dengan diimamkan anak lelaki Allahyarham, Izzatul Islam Azizan manakala doa dibacakan ulama tempatan, Tuan Guru Haji Salleh Musa.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah turut berangkat menziarahi jenazah Allahyarham (gambar).

Jenazah kemudiannya dibawa ke Muassasah Darul Ulum yang menempatkan  kubur mantan Presiden PAS, Ustaz Datuk Fadzil Mohd Nor untuk dikebumikan dengan diiiringi ribuan kenderaan (gambar kiri).


Kenderaan yang membawa jenazah Allahyarham sampai di perkarangan Muassasah darul Ulum pada jam 4.55 petang disambut ribuan hadirin.


Solat jenazah sekali lagi diadakan dengan diimamkan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.


Ustaz Azizan  kembali ke rahmatullah pada jam 11.10 pagi ini di Unit Kawalan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Allahyarham meninggalkan dua  isteri, Puan Sri Faikah Syeikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14  anak.

Baik sungguh hati Lim Kit Siang, DAP

http://duniacacamarba.blogspot.com, 26 Sep 2013
DAP sudi maafkan Utusan Malaysia berhubung Tanda Putera
Baca lagi

Anak siapa beli banglo RM7,242,555.07 ni?

http://darisungaiderhaka.blogspot.com, 26 Sep 2013

Anak Siapa Beli Bungalow RM7,242,555.07 nie?


Di kala rakyat semakin ekonomi terhimpit dengan kenaikan harga barang keperluan dan di kala usahawan mula terkesan dengan kadar nilai matawang yang menjunam, terdedah lagi bagaimana anak seorang pemimpin negara berbelanja mewah..

Gambar di atas ialah bungalow yang dikatakan bernilai RM7,242,555.07 didakwa sebagai telah dibeli oleh seorang anak kepada seorang pemimpin negara.

Menurut NGO tersebut oleh kerana individu yang membeli rumah tersebut adalah seorang Bumiputera diskaun RM500,9444.08 atau 7% telah diberikan.

NGO yang membuat pendedahan mengenainya mempersoalkan kemampuan anak pemimpin tersebut untuk memilikinya.

Kerana menurut mereka sememangnya ianya amat meragukan bagaimana anak pemimpin itu yang jelas begitu muda dan dikatakan menjalankan perniagaan mampu memiliki rumah tersebut.

Adakah kerana kelulusan pinjaman yang diberikan berdasarkan keupayaan anak pemimpin tersebut membayar kembali pinjaman atau pinjaman diberikan kerana bapanya seorang menteri?

Oleh itu mereka mendesak agar penjelasan diberikan oleh pihak yang terbabit..

Siapa menteri itu, siapa pula anaknya dan dokumen-dokumen bukti pembelian sila lihat di SINI

Negeri pengeluar petroleum ramai rakyat miskin

Hazayani Zakaria, 26 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan disarankan mewujudkan mekanisme bagi menentukan keberkesanan peruntukan yang dibelanjakan kepada rakyat.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah (PAS-Kuala Terengganu) berkata, kerajaan harus memberikan perhatian kepada peningkatan taraf hidup rakyat di luar bandar dengan bantuan yang diberikan.

"Sepatutnya laporan bajet diukur mengikut jumlah peruntukan dan juga jumlah yang dibelanjakan iaitu laporan mesti mengukur keberkesanan untuk mengurangkan dan menghapuskan kemiskinan.

"Oleh itu perlu satu mekanisme diwujudkan supaya menyentuh bagaimana berkesannya peruntukan yang telah dibelanjakan dan bukan hanya melibatkan statistik iaitu berapa ribu kilometer jalan yang telah dibina tetapi berapa berkesankan jalan telah dibina itu untuk manaikkan taraf hidup kemiskinan di kawasan luar bandar," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata, Majlis Penasihat Petroleum Negara perlu dihidupkan semula seperti dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Hal ini kerana katanya, negeri-negeri pengeluar utama petroleum seperti Terengganu, Sabah dan Sarawak masih menunjukkan kadar kemiskinan tertinggi.

"Dari segi pengeluaran kekayaan hasil bumi iaitu negeri pengeluar minyak dan gas terutama Terenganu, Sabah dan Sarawak walaupun selepas 35 tahun menerima royalti tetapi masih di antara negeri yang mempunyai rakyat termiskin selepas 35 tahun diberi royalti.

"Di sinilah perlu diukur sampaikah matlamat atau sumber pendapatan daripada peruntukan kepada rakyat yang dihajatkan.

"Mungkin satu cara dengan mewujudkan majlis penasihat petroleum seperti yang diperuntukkan dalam Akta Petroleum 1974 supaya negeri ini dapat berbincang dengan Kerajaan Pusat untuk menaikkan taraf hidup rakyat," katanya.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasin dalam jawapannya berkata, soal keberkesanan bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat harus dibuat kajian.

"Antara kesannya kesan langsung dan tidak langsung. Kesan langsungnya ialah orang menghargai program yang dibuat kerajaan BN tapi secara tak langsung pihak pembangkang di kawasan yang kita bantu dapat keuntungan.

"Banyak di kalangan orang miskin lebih mudah menyokong pembangkang sebab pembangkang ni pandai. Dia datang hari akhir (kempen), BN datang awal," katanya.

Beliau juga mendakwa, terdapat rakyat miskin yang juga 'miskin minda' kerana tidak bersyukur dengan bantuan yang diberikan kerajaan.

"Kalau orang miskin mempunyai minda yang kuat dan diajar bersyukur sudah pasti dia menyokong BN," katanya.

Raja Kamarul dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan Malaysia mempunyai mekanisme untuk mengukur keberkesanan bajet-bajet tahunan setiap tahun untuk menaikkan taraf hidup serta menghapuskan kemiskinan di negeri-negeri termiskin tertentu di Malaysia.

Rosmah dan bendera Malaysia terbalik

http://pakat-pakatkalih.blogspot.com, 26 Sep 2013

Rosmah dan Bendera Malaysia Terbalik.. Mana Laporan Polis?

Lihat di sini

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Harga petrol RON95 akan naik lagi?

Harakahdaily, 26 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Baru sahaja dinaikkan sebanyak 20 sen awal September lalu, spekulasi harga petrol RON95 bakal dinaikkan lagi dalam masa terdekat mula tersebar.

Dikatakan pengumuman berkaitan kenaikan harga baru itu akan dibuat oleh kerajaan dalam masa dua minggu ini.

Menurut cakap-cakap di media sosial, sorang menteri di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) ketika satu jamuan makan malam di sebuah hotel beberapa hari lalu, telah mengesahkan akan ada pengumuman penting oleh kerajaan dalam masa terdekat.

Jika spekulasi ini benar, bermakna rakyat negara ini bakal bertambah lgi bebenan mereka khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sejak RON95 dinaikkan pada 3 september lalu, rata-rata rakyat merungut bukan sahaja terbeban kerana terpaksa membeli minyak lebih mahal, malah kesan berantai yang menyebabkan harga barangan keperluan juga naik.

Biarpun kerajaan memberi jaminan kenaikan tersebut tidak membebankan dan tidak akan berlaku kenaikan harga barang keperluan, namun realitinya berbeza dengan apa yang terpaksa dihadapi rakyat bawahan.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan orang ramai boleh menjangka kenaikan petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Laporan yang memetik kenyataan Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman itu berkata, langkah kenaikan ini juga sebagai usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran.

Tiada ulasan: