Isnin, 23 September 2013

PERKARA BAIK PATUT DI WAR2KAN DAN SENTIASA ULANG TAYANG

Permulaan mesej, whatsapp menuju zina (baca)

http://www.queachmad.com, 22 Sep 2013
PERMULAAN Mesej & Whatsapp MENUJU ZINA | WAJIB BACA !!! | Bukti cinta bukanlah menyerahkan segala jiwa dan raga kepada lelaki. Tapi sebaliknya bukti cinta adalah menjadi isteri yang baik kepada suami kelak. Begitu jugak lelaki, bukti cinta itu dengan melamar dan menikahi gadis yg korang cinta tu :)

Ingat2, bukan kerana hanya nafsu perlu di kawal. Malah amalan dan ingt pada ALLAH SWT juga amat penting untuk menghalang diri kita utk melakukan zina kerana tanpa amalan kita mudah akur pada hasutan syaitan. Semoga kita xkan pernah lupa pada maha pencipta kita.
baca lagi &WAJIB TONTON video ni, klik TAJUK ENTRI ni

Kenapa kita tak pernah sedar dengan semua perkara ini. Kadang kita nampak perkara itu mudah dan remeh tetapi sebenarnya besar maknanya. Harap dari segala sumber yang di paparkan ini kita lebih berhati-hati. Amin semoga di lindungi ALLAH sentiasa.

Perempuan-perempuan, Tengoklah ayat-ayat lelaki yang manis akhirnya membuat awak frust menonggeng. Ambik iktibar!!

Oleh itu xkiralah wanita tu solehah atau2 wanita biasa2 saja, dia perlu mencari bakal suami yang soleh dan berahlak baik, lelaki yang x jaga akhlak jangan pilih, Ingat suami yang akan mendidik dan menjaga isteri, bukan isteri memimpin suami.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. 
Menipu demi seks
Kuala Kubu Bharu - Gara-gara kemaruk seks, seorang pelajar 13 tahun sanggup menipu ahli keluarganya dengan alasan mahu bermalam di rumah rakan, sebaliknya dia menuju ke sebuah surau menanti lapan lelaki untuk menidurinya.

Walaupun diperlakukan seperti pelacur, pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah, masih tidak kesal dengan perbuatannya dan cuba menyembunyikan daripada keluarga.

Bagaimanapun perkara itu dihidu seorang lelaki yang kebetulan berada di kawasan surau dan ternampak remaja itu membersihkan pakaiannya.

Setelah mendapat tahu perkara sebenar, lelaki terbabit yang tinggal di perumahan dalam bandar itu menyampaikan hal tersebut ke pengetahuan keluarga gadis tersebut sebelum laporan polis dibuat.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, pelajar perempuan terbabit dilaporkan sering ponteng sekolah dan kurang mendapat perhatian keluarganya.

Menurutnya, ibunya yang sudah bercerai dengan bapanya sudah kembali ke Indonesia dan kedua-duanya sudah berkahwin lain.  Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bedin berkata, siasatan awal
mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada pagi 20 September lalu di sebuah rumah kosong kira-kira 100 meter dari surau berkenaan.

“Pelajar itu dilaporkan ponteng sekolah pada 19 September dan tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di surau dalam taman perumahan di bandar itu.

“Sebaik perempuan itu sedar keesokannya, rakan-rakan lelakinya sudah menunggu sebelum mengikuti mereka ke sebuah rumah kosong,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan keluarga mangsa, polis menangkap kelapan-lapan suspek dan direman untuk siasatan lanjut.

"Enam suspek berusia 14 tahun manakala dua lagi berusia 12 tahun.

“Pelajar perempuan tersebut dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Kes disiasat berkait rogol kerana mangsa masih di bawah umur," katanya.
 

Warga Sarawak, Sabah dan WP Labuan tak layak mohon pinjaman rumah?

http://omakkau.blogspot.com, 22 Sep 2013

BETULKAH WARGA SARAWAK, SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TIDAK LAYAK MOHON SKIM PINJAMAN PERUMAHAN JABATAN PERUMAHAN NEGARA?????


Omak Kau terkejut besar apabila dimaklumkan bahawa di portal rasmi Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan terdapat suatu ruang untuk warga kita yang layak memiliki rumah di bawah skim Kementerian berkenaan untuk membuat pinjaman perumahan.

Tapi dimaklumkan bahawa untuk mengisi negeri pemohon tiada terdapat negeri Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Persoalan yang cuba dilontarkan oleh si penanya ialah ... Adakah pemohon dari Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan tidak layak untuk memohon?... Adakah rakyat Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dilayan secara berbeza?

Bukankah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ahli Parlimen dari Kota Belud, Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan?

Perlunya suatu tindakan yang pantas lagi segera untuk merungkai dan menyelesaikan permasalahan ini.

Untuk makluman sehingga blog ini ditulis masih lagi berkedudukan sama setelah diklik di bahagian perkhidmatan dan kemudian negeri.

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

30 pesanan Imam Syafie

http://akuhamba-allah.blogspot.com, 21 Sep 2013

Mutiara kata Islam: 30 Pesanan Imam Syafie Untuk Dijadikan Pegangan

Nama sebenarnya adalah Muhamad bin Idris bin Abbas bin Ulthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal daripada keturunan Quraisy dari Bani Mutalib. Ayahnya meninggal dunia ketika Iman Syafie masih kanak-kanak. Ibunya bernama Ummu Habibah al-Uzdiyyah berasal dari kabilah Yaman dari suku Uzd. Beliau dilahirkan di kota Gaza Palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijran. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ada khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari Al-Quran. Beliau mula menghafal al-quran sejak berusia sembilan tahun. Berusia 10 tahun beliau menghafal dan memahami kitab al-Muwatta yang ditulis Imam Malik. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun, beliau mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram. Kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau di sanjung masyarakat. Beliau meninggal di Mesir tahun 204 hijran ketika berumur 54 tahun.

Imam Syafie melarang taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa sahaja. Semasa hidup, beliau selalu menasihatkan orang ramai terutama anak muridnya berkenaan taklid, "Janganlah mereka-reka dalam perkara-perkara agama mengguna pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Al-quran dan hadis."

Pesan Imam Syafie, " Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal Rasulullah bertentangan kepada perkataan saya, Rasulullah itulah yang lebih utama perlu dituruti."

30 PESANAN IMAM SYAFIE

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
  10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
  15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
  19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
  22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
  26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
  27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
  28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
  29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
  30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Semoga bermanfaat.

Dipetik daripada buku Imam Syafie - Pejuang Kebenaran karangan Abdul Latip Talib

ZAKAT MEMANG WAJIB DILAKSANAKAN....BAGAIMANA ARAHAN ALLAH TENTANG HUDUD....NAK LEPAS BEGITU JE KER....BIJAK SYAITAN MENGELIRUKAN MANUSIA

Animasi 3D didik zakat

Apabila menyentuh perihal 'zakat', masih ada segelintir umat Islam berpandangan bahawa ia hanya diwajibkan pada bulan Ramadan dengan merujuk kepada 'zakat fitrah'.

Walhal, skop pengertiannya lebih meluas dan ia merangkumi pelbagai jenis zakat iaitu zakat perniagaan, emas, wang simpanan mahupun ternakan.

Zakat diwajibkan bagi mereka yang layak bertujuan membahagikan harta kekayaan mengikut peraturan yang ditetapkan syarak kepada golongan asnaf.

Kewajipan menunaikan perintah dan ibadah kepada Allah ini bertujuan memberi ketenangan, pendapatan yang berkat kepada si pembayar zakat. Ini kerana, harta dimiliki sebenarnya bukan milik seseorang individu itu tetapi adalah hak Allah SWT.

Justeru, berzakat akan membersihkan pendapatan diperoleh mereka dan bagi memberi peluang kepada golongan asnaf untuk turut menikmati kurniaan Allah SWT di muka bumi ini.

Pendekatan segar


Melihat kepentingan itu, Pusat Pungutan Zakat (PPZ)-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) berpendapat akan keperluan paradigma dalam dakwah mereka bagi menarik lebih ramai tampil menunaikan kewajipan itu.

"Kalau kita tengok rekod pembayar yang ada di PPZ ini (PPZ-MAIWP), 55 peratus daripada jumlah kutipan zakat bagi enam bulan pertama ini disumbangkan oleh golongan berumur 20-50 tahun.

"Ini menunjukkan 'potential' sangat besar dan kita merasakan ada cara, kaedah lebih baik untuk kita gunakan supaya pendekatan dakwah ini dapat sampai kepada golongan sasar," kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan Abdul Hakim Amir Osman kepada Bernama.

Oleh itu pelbagai pendekatan 'segar' disuntik oleh PPZ seperti kaedah pemotongan gaji, perbankan Internet, kad kredit bagi memudahkan urusan pembayaran zakat.

Usaha ini turut meliputi aspek pencerahan 'zakat' menerusi konsep dakwah sambil berhibur seperti ceramah membabitkan artis dan terbaru, paling menarik menggunakan medium 'animasi'.

Mengapa animasi?


Abdul Hakim Amir semasa menjelaskan pemilihan medium animasi berkata ia bertitik-tolak daripada siri kartun popular Upin dan Ipin yang berjaya menambat hati kanak-kanak juga dewasa.

Animasi dilihat sebagai kaedah terbaik memancing minat masyarakat Islam menerokai pengetahuan 'zakat' dan dengan itu PPZ-MAIWP telah melancarkan 'Info Zakat Bersama Ustaz Amil'.

Berkonsepkan video tutorial animasi 3D yang mana setiap karakter itu akan digunakan bagi mengupas dan menjelaskan tajuk berkaitan seperti pengenalan zakat, pengertiannya, jenis harta yang dikenakan zakat dan pengiraan pelbagai jenis zakat.

"Sejak kita melancarkannya pada 7 Julai lepas, respons diterima menggalakkan. Menariknya, ia (animasi) tidak pernah dibuat oleh mana-mana agensi agama lain.

"Jadi, ini menampakkan seolah-olah PPZ-MAIWP membuat satu inovasi penyampaian dakwah kepada kumpulan sasar," katanya.

Pengisiannya tidak 'berat', tetapi santai, mempunyai sembilan siri dan boleh diakses melalui media baharu seperti laman sosial Facebook, YouTube, Twitter mahupun di laman sesawang PPZ.

Beliau menaruh kepercayaan akan kekuatan media baharu berikutan kebanyakan golongan sasar dalam lingkungan 20-an ke atas lebih tertumpu kepada penggunaan media sosial.

Ini seterusnya akan mempertingkatkan kutipan dan bilangan pembayar zakat di Wilayah Persekutuan serta seluruh negara.

Untuk tahun ini, PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan sebanyak RM430 juta dengan bilangan pembayar seramai 120,000 orang bagi kawasan Wilayah Persekutuan.

Kanak-kanak, akar umbi

Istimewanya, PPZ-MAIWP turut melancarkan Maskot Ustaz Amil, antara satu karektor yang digunakan dalam video tutorial animasi berkenaan.

Ia berperanan sebagai pendakwah dan ikon yang ingin ditonjolkan sekali gus membantu mengingatkan masyarakat Islam mengenai kewajipan itu setiap kali terlihat maskot berkenaan.

"Kenapa perlu ada maskot? Apabila masyarakat melihat Maskot Ustaz Amil, ia mewakili PPZ dan boleh menceritakan asas-asas zakat pada masyarakat Islam.

"Inilah julung kali ada maskot, pusat zakat negeri pun tidak ada. Yang membuat dan mengetengahkan video tutorial animasi dan maskot ini adalah PPZ-MAIWP, tetapi ia akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat Islam negara ini," katanya.

Penumpuan semua ini, tidak terhad kepada penarikan minat kumpulan sasar tetapi juga berorientasikan 'pendidikan sejak kecil' untuk diterapkan dalam kalangan kanak-kanak.

Abdul Hakim Amir berkata adalah menjadi matlamat PPZ mengarusperdana pendidikan zakat bermula daripada akar umbi supaya mereka mengetahui secara jelas mengenai kewajipan itu apabila melangkaui dewasa.

"Kita harap kanak-kanak mendapat kesedaran awal. Apabila mereka bekerja nanti, ia (zakat) bukanlah satu perkara baharu. Jadi, tidaklah mereka hanya tahu zakat fitrah sahaja apabila sebut mengenai zakat.

Ada fasa kedua

Sembilan siri animasi ini adalah fasa pertama dan akan dipanjangkan lagi dengan kepelbagaian topik dan kupasan lebih jitu mengenai zakat pada fasa kedua nanti.

Menurut Abdul Hakim Amir, untuk menyiapkan dakwah berbentuk animasi ini tidak memerlukan kos tinggi kerana ia dihasilkan oleh kakitangan PPZ-MAIWP.

"Fasa pertama, ia mengambil masa antara enam hingga tujuh bulan untuk menyiapkannya. Dan, apabila kita hendak meluaskannya ia tidak menjadi masalah kerana sudah ada ikon (maskot yang mana orang mula mengetahuinya).

"Dan, insya-Allah lepas ini kita mungkin lebih tertumpu kepada soal jawab zakat," katanya mengakhiri bicara.

- Bernama


Kehadiran Obama malapetaka buat M'sia

ULASAN Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama pada 11 Oktober 2013 di Malaysia tidak dialu-alukan malah dibantah dan dikecam.

Kami menyatakan pendirian kami bahawa imej AS sangat negatif di sisi rakyat Malaysia. Kehadiran Presiden AS, kami anggap suatu malapetaka buat Malaysia.

AS dilihat sebagai kuasa imperialis Barat yang mempunyai cita-cita untuk mendominasi seluruh dunia melalui pelbagai strategi.

Dari strategi menguasai Majlis Keselamatan PBB, Majlis Hak Asasi Manusia PBB, IMF, Bank Dunia, WTO, G8, APEC sehingga strategi memanipulasi media global, perjanjian ketenteraan, strategi menjatuhkan atau menaikkan seseorang pemimpin atau kerajaan.

AS dari dahulu lagi menghadapi masalah integriti di kaca mata umat Islam dan seluruh pejuang hak asasi manusia sedunia. AS adalah negara paling rasis dan paling hipokrit.

Harus diingatkan bahawa apa yang dilakukan oleh AS terutama di dunia Islam menyebabkan umat Islam melahirkan kemarahan mereka terhadap negara dan presiden AS.

Kebanyakan rakyat tidak dapat menerima Presiden AS sebagai tetamu. Jutaan umat Islam yang terkorban dan menderita di seluruh dunia adalah berpunca dari hegemoni ekonomi, ketenteraan dan politik AS.

Dan oleh sebab itu kedatangan presiden AS adalah suatu yang membangkitkan kemarahan rakyat.

Negara samseng
Umat Islam khususnya melihat dasar kerajaan Amerika yang dipimpin oleh beberapa presidennya jelas mengguris hati kaum Muslimin di Iraq, Pakistan, Iran, Al-Quds, Gaza, Libya, Syria, Mesir, Algeria.

Seluruh polisi AS adalah untuk mengadu-domba dan memperalatkan pemimpin dan diktator negara-negara umat Islam sehingga umat Islam menderita akibat rejim yang pro-Amerika dan anti-Islam.

AS bukan sebuah negara yang layak bercakap mengenai hak asasi manusia, kebebasan dan demokrasi.

Malah di tangan Obama kini dipenuhi darah orang yang tidak berdosa akibat dasarnya untuk memelihara kepentingan Israel dan Zionis Yahudi.

Mempertahankan kepentingan Israel adalah agenda utama AS walaupun melibatkan pencerobohan dan pemusnahan ke atas wilayah Palestin dan pembunuhan rakyat Palestin di Gaza.

Kerana AS mahu menjaga kepentingan imejnya sebagai kuasa besar dunia, Presiden Obama sanggup mengarah penghantaran Drones, kapal terbang perang tanpa pemandu, ke Afghanisatan yang membunuh ribuan orang awam tidak berdosa.

AS dikenali sebagai negara samseng yang sarat dengan konspirasi untuk memporak-perandakan negara umat Islam dan mana-mana negara yang didapati mempunyai kerajaan yang bersikap kritikal terhadap dasar luar AS seperti Iran, Cuba, Venezuela dan Korea Utara.

Perangkap TPP
Perisikan CIA melakukan pelbagai operasi subversif dan sabotaj antarabangsa di pelbagai negara.

AS sebagai negara yang mudah diperalatkan oleh Israel, hanya memastikan seluruh dunia tunduk dan patuh kepada kehendaknya.

Kami membantah keras kedatangan Obama. Beliau adalah simbol kepimpinan hipokrit terulung di dunia dan tidak layak disambut di bumi Malaysia.

Kini Malaysia terperangkap dalam perundingan TPP yang diketuai AS. Jelas TPP adalah satu lagi hegemoni ekonomi AS yang mahu mengikat negara-negara dan berusaha mendominasi pasaran dunia.

Agenda geopolitik AS dalam TPP adalah jelas iaitu untuk menyaingi kebangkitan ekonomi kumpulan negara-negara BRICS (Brazil ,India, Russia, China, Africa Selatan).

Kami menggesa agar kerajaan Malaysia menimbang semula untuk menerima kehadiran Obama. Beliau adalah simbol kuasa imperialis dunia yang tidak mungkin boleh diterima jika Malaysia mahu menegaskan kemerdekaannya dalam erti kata sebenar.

Malaysia harus menunjukkan keberaniannya seperti Presiden Brazil Dilma Rauseff yang baru-baru ini menolak lawatan Obama kerana perisik AS didapati secara rahsia mengesan dan merisik perbualan antara Presiden Brazil itu dengan pegawai tertinggi beliau.

Jelas perhubungan dengan AS mendedahkan negara kepada operasi espionage pada bila-bila masa.

Kami menyeru rakyat Malaysia menyatakan sikap mereka dengan tegas dan jelas terhadap kedatangan Obama, bagi menzahirkan pendirian mereka untuk membantah kedatangan beliau dan menentang kezaliman, imperialisme dan dan penjajahan AS.


MOHD AZMI ABDUL HAMID Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Tiada ulasan: