Isnin, 16 September 2013

TAK TAKUT PADA ALLAH SWT MAKA MEREKA BUKAN GULUNGAN TAKWA...LEBIH DAHSYAT LAGI KALAU TAK MAU ISLAM ATAU MENENTANG ISLAM

Allah Yang Naikkan Harga Barang?!
Posted on Sunday, September 15 @ 19:50:23 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Apabila artikel ‘Kenaikan Harga Barang Ketetapan Allah’ muncul di saat rakyat sedang merasai ancaman kenaikan harga barang akibat potongan subsidi minyak oleh pihak kerajaan, majoriti rakyat memang tidak puas hati. Saya tidak tahu, apakah hasrat sebenar penulis berkenaan. Mungkin niatnya hendak meredakan perasaan rakyat terhadap kerajaan ataupun meredhakan kerajaan terhadapnya, itu tidak pasti. Kata penulis, dia bercakap dalam konteks sabar. Mungkin itu maksudnya.
Menariknya saya terbaca satu komen yang menyebut: ‘Kalau begitu pegawai-pegawai penguatkuasa kawalan harga barang sedang menentang ketetapan Allah lah?!’ Ringkas, tapi penuh makna.


Akidah
Sebelum kita pergi kepada hadis yang diguna pakai dalam penghujah isu ini, saya suka menyebut bahawa dalam sejarah umat Islam pernah muncul aliran Jabariah yang menganggap bahawa semua perkara adalah ketetapan Tuhan, manusia sama sekali tiada pilihan. Jabariah tidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, sebaliknya mereka termasuk dalam golongan Ahlul Hawa (pengikut hawa nafsu). Saya percaya penulis berkenaan tidak demikian.
Nabi s.a.w mengajar kita tentang takdir dan usaha dalam masa yang sama. Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak; iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu. Segala yang berlaku dalam alam ini dengan izin Allah. Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izinNYA. Namun, apa yang DIA izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan. DIA tidak redha kezaliman Firaun, tetapi DIA mengizinkan kewujudan Firaun atas sistem alam yang diciptaNYA. DIA redha hamba-hambaNYA bersedekah, tapi bukan semua mereka DIA izinkan memiliki harta yang banyak, atas sistem alam ciptaanNYA. Maka, di situlah adanya pahala bagi niat yang baik. Maka, DIA juga menetapkan Hari Pembalasan selepas kematian untuk membalas kebaikan dan keburukan.

Usaha
Kita disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. DIA boleh memenangkan para nabiNYA dalam sekelip mata, namun itu tidak berlaku. Semua para nabi terpaksa berjuang dan mencari sebab musabab untuk membolehkan mereka menang. Lihat Maryam ibu Nabi Isa, ketika dia dalam keadaan lemah hendak melahirkan Nabi Isa a.s., Allah menyuruh dia menggoncang pokok tamar. Rutab (tamar masak) pun jatuh berguguran. Firman Allah: (maksudnya)

“(ketika Maryam hendak melahirkan Isa) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan jadilah aku dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:” janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur ke atasmu buah tamar yang masak.” (Surah Maryam 23-25).
Lihat, padahal Allah Pemberi Rezeki, tidak bolehkah DIA gugurkan sahaja buah tanpa perlu Maryam bersusah payah menggoncangnya?! Jika pun dia goncang, sekuat mana sangat wanita yang sarat mengandung dapat menggoncang pohon tamar?! Tidakkah dia sedang mengandung dengan pilihan Allah terhadap dirinya. Ya, namun, Allah mahu hidup ini berjalan menurut tabiatnya, usaha tetap disuruh dan bantuan Allah akan mengiringnya.

Takdir
Sama halnya dengan sakit demam, walaupun segalanya ketentuan Tuhan, namun Nabi s.a.w menyebut:

“Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kita kena berusaha, kita tidak boleh cakap ‘ini semua takdir’ lalu membiarkan penyakit merebak. Allah itu al-Syafi (Penyembuh). Benar, tapi kita kena berusaha mengatasi penyakit. Sabda Nabi:
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).
Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H ketika mensyarahkan hadis ini memetik kata-kata al-Qadi ‘Iyadh yang menyebut:
Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau yang membantah berubat dan berkata: “Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat”. Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka.” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).
Jika seseorang jaga kesihatannya, namun penyakit datang juga maka bersabarlah. Anggaplah itu ketetapan Allah. Ada hikmahnya. Ada sebab musabah di luar dari kemampuan diri. Ada pahala atas kesabaran itu. Tapi jika sendiri membahayakan diri. Melakukan perkara yang merosakkan seperti mengambil dadah, ataupun rokok, ataupun apa-apa tindakan yang bahaya lalu terkena penyakit, maka sebelum dia menyerah kepada takdir, dia hendaklah menyalahkan sikapnya terlebih dahulu. Allah telah ingatkan (maksudnya)
“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan” (Surah al-Baqarah, ayat 195).
Jika seseorang mati kerana sakit atau tanpa sebarang sakit maka kita terima sebagai takdir. Namun jika dia dibunuh, walaupun itupun takdir, pembunuh mesti dihukum. Ulama tidak boleh bagitau mahkamah ‘jangan salahkan pembunuh kerana itu takdir, Allah itulah yang menghidup dan mematikan’. Demikian jika ada yang dirompak dan dirogol, tidak boleh kita beritahu bahawa dalam Islam penyelesaiannya ‘terimalah sebagai takdir dan bersabar, jangan salah sesiapa, rezeki ketentuan Allah’. Dalam Islam ada undang-undang jenayah dan pesalah boleh dihukum. Ada sistem keadilan yang wajib ditegakkan.
Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab “Allah menaikkan harga barang”. Apakah anda akan berkata: ‘masyaAllah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman’. Ataupun, ‘awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!’.
Dalam negara ini, ada berbillion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina dengan harga berbillion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai alasan berbillion harganya. Apakah jawapannya: ‘semua itu takdir Allah?!’. Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela.

Maksud Hadis
Apabila anda faham teras-teras di atas, maka fahamlah maksud hadis Anas bin Malik, dia berkata:
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Ertinya, jika kenaikan itu bukan disebabkan perancangan buruk manusia, tetapi secara semulajadi yang jika ditetapkan harga barang akan menzalimi para peniaga, maka hadis ini dipakai dalam suasana yang seperti itu. Ertinya haram menetapkan harga barang.
Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi. Kerajaan menjaga keadilan untuk kedua pihak. Justeru Islam melarang monopoli yang zalim seperti ihtikar (hoarding/sorok barang). Jika kezaliman berlaku, pemerintah boleh masuk campur menetapkan harga barang. Inilah yang sarjana seperti Ibn al-‘Arabi sebut:
“Sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu (peraturan) Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan”.( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.).
Menariknya, Lajnah Fatwa Arab Saudi (fatwa 12076) juga membolehkan menetapkan harga barang dan tidak membenarkan seseorang sewenang-wenang menaikkan harga barang yang ditetapkan penguasa.
Kesimpulannya, hadis itu sahih. Konteks ia dikemukakan di waktu ini mungkin tidak tepat. Macam kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada Khawarij:
“Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).
Adapun saya, tidak tahu apakah tujuan tokoh agama parti berkenaan mengemukakannya. Saya serahkan urusannya kepada Allah.

Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin

(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

 Hidup Di Malaysia Dan Hidup Di Brunei
Posted on Sunday, September 15 @ 19:11:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: upinipin

"

BEZA KEHIDUPAN MALAYSIA DAN BRUNEI

Gaji permulaan bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda ialah BRU2 600.00 (gaji pokok)-sektor awam

Pinjaman perumahan maksimum BRU300 000.00; tanpa interest -sektor awam

Setiap rakyat brunei diberi pilihan s/ada mahu sebidang tanah atau sebuah rumah yg telah siap (projek perumahan rakyat)-semua rakyat brunei layak mohon
Jika seseorang memilih untuk memiliki sebidang tanah percuma, maka kerajaan Negara Brunei mensyaratkan tanah tersebut wajib dibina rumah di atasnya dalam tempoh 2 tahun. sekiranya gagal membina rumah dalam tempoh 2 tahun maka tanah tersebut wajib diserahkan kembali kepada kerajaan.

Penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan tidak dikenakan sebarang bayaran sewa rumah/perabot kerajaan (tinggal percuma)

Kuarters kerajaan lengkap dengan pemanas air (mcm dlm bilik hotel), mempunyai 5 buah bilik yang lengkap dengan bilik air di dlm bilik masing2, lengkap dengan penghawa dingin, peti ais dan mesin basuh, manakala sistem pembuangan sampah adalah secara terus dari dapur (disediakan lubang campak sampah terus ke bawah; lori bandaran akan datang selenggara pungutan sampah)

Tiada satu bar/kelab malam/kedai arak dalam negara Brunei.

Harga beras siam wangi adalah BRU10 sekampit (10 kg)

Kadar bayaran letrik sangat rendah (bayangkan sebuah rumah yang punyai 5 buah penghawa dingin yang dipasang sepanjang masa, bil letrik sekitar BRU150.00 sebulan
Gunalah sebanyak manapun air (hatta untuk membasuh pakaian menggunakan mesin basuh setiap hari) hanya dikenakan caj BRU4.00

Harga nasi beriani (3 mangkuk kecil nasi+ayam yg dipotong 6) sekitar BRU3.50

Mari kita sama-sama bandingkan dengan malaysia yang kucintahi ini..."


 Membangun Ekonomi Bumiputera Perlu Benteras Amalan Kroni Dan Gangguan Politik
Posted on Sunday, September 15 @ 19:06:27 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

TERAS Pengupayaan Melayu  melihat pelancaran Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera kelmarin akan menjadi tidak lebih dari menukar nama kepada program yang sama jika kerajaan tidak bersikap terbuka, telus dan membenteras amalan kronisme.

Bagi kami mendaya modal Insan Bumiputera tidak harus dilihat hanya kepada soal kemahiran dan pengijazahan semata. Hal ini telah dilakukan sedemikian lama namun maseh belum melahirkan bumiputera yang mempunyai jati diri yang kukuh untuk hidup berdikari.

Kami berpendapat tidak wajar graduan hanya dilihat dari sudut kebolehpasaran sahaja. Apa yang sangat diperlukan ialah membina keperibadian graduan yang kuat sehingga boleh menjadi warga masyarakat yang bermanfaat.

Apa yang menjadi persoalan utama ialah kedayaupayaan generasi muda yang lemah didorong oleh pelbagai pengaruh yang negatif dalam persekitaran sekarang.

Kemahiran tanpa jatidiri insan yang kuat akan mengakibat lahir generasi muda bumiputera yang rapuh. Apa yang sangat diperlukan ialah melahirkan bumiputera yang mampu berfikir kritikal , berdaya upaya dan mempunyai kekuatan akhlaq yang kukuh.

Kami juga prihatin kepada soal pelbagai skim yang diujudkan untuk meningkatkan  pemilikan Ekuiti Bumiputera Dalam Sektor Korporat . Beberapa saham bumiputera yang telah diagihkan selama ini tidak menambah nilai ekuiti akibat harga saham yang menurun yang tidak menjana kekayaan yang diharapkan. Suntikan pelaburan atas nama bumiputera harus dilihat dengan kritikal supaya dayatahan pemilikkan saham tidak menurun.

Mentransformasikan program pelbagai skim hanya bermakna jika ia diuruskan dengan amanah dan tidak diganggu oleh keputusan politik yang akan menjejaskan ekuiti bumiputera .

Dalam hal memperkukuhkan pemilikan Aset Bukan Kewangan Bumiputera , kami memerhatikan berlaku ketidaktelusan dalam pembelian dan penjualan aset oleh pelbagai agensi yang mengendali aset atas nama bumiputera.

Membeli bangunan atau aset hartanah yang tidak telus sehingga menjadi beban kepada kewangan agensi tidak membawa makna. Malah ada aset yang terbiar tanpa diurus secara produktif. Ada juga penjualan aset yang tidak wajar sehingga aset yang dimilikki sedemikian berpindah milik kepada bukan bumiputa.

Kami menuntut agar semua agensi yang diamanahkan untuk mengurus aset hartanah dipantau secara professional dan tidak dipengaruhi oleh ganguan politik.

Memperkemaskan Yayasan Wakaf Malaysia dan peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Bhd (AHB), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Perbadanan Usahawasan Nasional Bhd (Punb) bagi membangun dan memperoleh hartanah komersil dan industri mesti dilakukan secara professional.

Kami menilai bahawa memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada bumiputera melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dengan kerajaan negeri perlu dilihat secara menyeluruh dari sudut kualiti.

Kedudukan kawasan perumahan yang tidak munasabah untuk kaum bumiputera tidak akan mencapai matlamat sepatutnya. Hakikikat bahawa maseh banyak perumahan rakyat yang tidak ada pembeli kerana faktor kesesuaian tempat.

Kami berpendapat kuota perumahan untuk kaum bumiputera dikawasan strategik hendaklah dikuatkuasakan dengan tegas dan tidak membiarkan pemaju melepaskan tanggungjawab sosial mereka untuk meningkat taraf kehidupan kaum bumiputera.

Peranan agensi seperti UDA Corporation untuk membangunkan hartanah dikawasan bandar hendaklah dinilai dengan kritikal kerana banyak hartanah orang Melayu yang terjual akibat pembangunan yang dijalankan oleh Uda yang akhirnya dimilikki oleh bukan bumiputera.

Demikian juga dalam hal saranan terhadap  Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pembangunan hartanah. Pembangunan hartanah bumiputera hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana matlamat keuntungan tidak boleh dibiarkan mengatasi tujuan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi bumiputera.

Mengenai membangunkan  Keusahawanan Dan Perniagaan Bumiputera kami berpendapat para usahawan bumiputera perlu dibina dengan skim yang berbeza. Semua agensi yang sedia ada nampaknya tidak melahirkan usahawan bumiputera yang diharapkan.

Prosidur perniagaan perlu dipermudahkan dan anugerah projek-projek kerajaan hendaklah dilakukan secara meritokrasi yang telus . Kaum bumiputera yang benar-benar menunjukkan daya perniagaan yang baik hendaklah diberi peluang meningkatkan perniagaan.

GLC tidak harus menjadi pesaing kepada para ushawan bumiputera. Peniaga sederhana dan kecil perlu diberi kemudahan dan lokasi perniagaan yang strategik. Penyeliaan perniagaan bumiputera yang mendapat pinjaman dari pelbagai agensi perlu dilaksanakan agar tidak berlaku salahguna modal perniagaan.

Program pembangunan vendor perlu dilakukan berdasar penyeliaan yang rapi dan teliti. GLC yang mengujudkan skim vendor untuk bumiputera perlu melaksanakan skim pengukuhan daya maju vendor secara berterusan. Para Pengurus GLC yang tidak menunjukkan prestasi dalam melahirkan vendor bumiputera hendaklah ditukar.

Kami meneliti banyak usahawan bumiputera yang terbantut dan gagal ialah akibat amalan kronisme dalam menganugerah projek . Mereka yang maseh mengamalkan perniagaan atas angin tanpa menunjukkan daya kemahiran perniagaan yang layak maseh berterusan diberi projek .

Polisi "carve out" yang dicadangkan oleh Perdana Menteri harus dilihat dengan teliti kerana perlaksanaannya terdedah kepada penyelewengan jika tidak dilakukan dengan telus.

Kami berpendapat menambah pelajar dan kampus UITM tidak akan bermakna jika keupayaan pengurusannya tidak dipastikan berjalan dengan baik. Kualiti pelajar UITM perlu dipastikan dengan menjaminkan  pembinaan keperibadian dan jatidiri berjalan dengan sempurna.

Semua agensi yang berkait dengan memastikan sistem penyampaian berlaku dengan lancar hendaklah tidak terlalu birokratik. Agensi yang terlalu banyak dan mengguna peruntukan yang tinggi hendaklah dinilai semula .



Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
 PKR terbuka dengan kajian politik Pas
Posted on Sunday, September 15 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

SHAH ALAM - PKR menyatakan keterbukaannya terhadap syor Dewan Ulama Pas untuk mengkaji semula kerjasama politik (Tahaaluf Siyaasi) dengan parti reformasi itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, kajian itu adalah cadangan daripada sayap parti dan ia tidak akan menggugat kerjasama yang sedia ada dalam PR.

Menurutnya, PKR akan terus komited menjalinkan kerjasama politik seperti yang telah dipersetujui oleh tiga parti perikatan PR iaitu DAP, PKR dan Pas.

"Itu hanya keputusan daripada sayap parti, kita akan respon untuk keputusan daripada pucuk pimpinan Pas secara total sahaja bukan Pemuda dan sebagainya.

"Kita berpegang kepada apa yang telah dipersetujui dalam perjanjian kerjasama PR. Jadi tidak timbul untuk PKR juga untuk mengkaji semula kerjasama politik itu.

"Kita akan terus komited untuk bekerjasama dengan Pas dalam PR, apabila kita telah diberi kepercayaan oleh rakyat melalui undi popular pada PRU lalu," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib mencadangkan supaya kerjasama politik di antara perlu PKR dikaji semula.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan Pas dan merosakkan hubungan di dalam Tahaaluf Siyaasi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan menyokong supaya tahaluf siasi wajar dikaji semula.

Nasrudin yang dipetik sebagai berkata, sekiranya hasil kajian itu mendapati Tahaaluf Siyaasi yang berlangsung selama empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam dan mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didokong oleh Pas maka haram tahaluf itu diteruskan.

Mengulas perkara sama, Saifuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Machang itu berkata, parti perikatan itu akan terus berpegang kepada konsensi yang telah dipersetujui PR.-SH
 Sudah Sampai Masanya, "KITA MEMILIH PEMIMPIN YANG TAKUTKAN ALLAH SWT"
Posted on Sunday, September 15 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Blog atsixty



Sebagai Rakyat Marhaen Kita Perlu BerTanggungJawab Dengan Pemilihan Kita...

Seharusnya Kita Mampu Menilai Dengan Lebih SemPurna yg Benar2 Layak diKalangan yang Berhak MenJamin Kesejahteraan Juga KeAmanan Kita Keseluruhannya...

Harap Pemimpin Kita Tidak Mudah DiPimPin hingga TerPimpin....

Pilihan diTangan Kita.. Ada Mata PandangLah... Buka Minda Seadanya..

Apepun..Kita Harus BerSangKa Baik (Husnul Zan) Pemimpin Juga HAMBA yg Kerdil Sama Macam Kita..ni..

Bersyukur Sentiasa Kerana Tanah Tumpahnya DarahKu KeKaL Aman SeJahtera...

atsixty-zakriali.blogspot.com




Hanya di Mesir: Ditahan Semasa Menziarahi Saudara

Posted on Sunday, September 15 @ 11:18:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan


Rabab Abdul Jawad (bulatan)

dakwatuna.com – Manshurah, Mesir. Kejadian terbaru menggambarkan kekejaman pemerintah kudeta di Mesir. Polis menahan seorang gadis remaja bernama Rabab Abdul Jawad (17 tahun) bersama saudaranya, Umar Abdul Jawad semasa mereka berdua menziarahi saudara mereka, Mu’tashim Abdul Jawad, Jumaat (13/9/2013) di Bandar Manshurah.

Mereka berdua ditangkap dan ditahan dengan tuduhan membentak dan menghina polis. Polis berkata akan segera melaporkan kes mereka kepada pendakwaraya.

Menurut saksi, Mu’tashim sendiri ditangkap oleh pihak polis secara rambang di jalan Manshurah selepas sholat Jumaat kemarin. Pihak polis melakukan penangkapan selepas sholat Jumaat termasuk melepaskan melepaskan tembakan dan gas pemedih mata. (msa/dakwatuna/egyptwindow) 



Perginya Permata iaitu Al-Habib Munzir Al-Musawa

habibmunzirmeninggal Dikahabarkan dari salah seorang ulama ASWJ, Al Habib Munzir bin Fuad Al Musawa telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 15.30 WIB di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta. Dimaklumkan Jenazah Al-Habib akan diSolatkan di MAsjid Al munawwar Pancoran jakarta.
Al-Fatihah
habibmunzirmeninggalalmarhumhabibmunzir



antara Nasihat Habib Munzir Al Musawa..
Berita Kematian al Habib :
1. http://www.tribunnews.com/nasional/2013/09/15/pimpinan-majelis-rasulullah-habib-munzir-al-musawa-meninggal-dunia
2. http://news.detik.com/read/2013/09/15/171712/2359239/10/habib-munzir-pimpinan-majelis-rasulullah-meninggal-dunia?ntprofil
3. http://id.berita.yahoo.com/pimpinan-majelis-rasulullah-habib-munzir-al-musawa-meninggal-092919945.html
Siapakah Almarhum Al Habib Munzir?

Al-Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa atau lebih dikenal dengan Munzir bin Fuad bin Abdurrahman Almusawa lahir di Cipanas, Cianjur, Jawa Barat, 23 Februari 1973. Ia adalah pimpinan Majelis Rasulullah, majelis dzikir yang tergolong besar.
Ia merupakan anak keempat dari empat bersaudara dari pasangan Fuad bin Abdurrahman Al-Musawa dan Rahmah binti Hasyim Al-Musawa. Ayahnya bernama Fuad yang lahir di Palembang dan dibesarkan di Mekah.
Setelah lulus pendidikan jurnalistik di New York University, Amerika Serikat, ayahnya kemudian bekerja sebagai seorang wartawan di harian ‘Berita Yudha’ yang lalu menjadi Berita buana. Masa kecilnya dihabiskan di daerah Cipanas, Jawa barat bersama-sama saudara-saudaranya, Ramzi, Nabiel Al-Musawa, serta Lulu Musawa.
Ia mulai mendalami Ilmu Syariah Islam di Ma’had Assaqafah Al Habib Abdurrahman Assegaf di Bukit Duri Jakarta Selatan, lalu mengambil kursus bahasa arab di LPBA Assalafy Jakarta Timur.
Ia memperdalam lagi Ilmu Syari’ah Islamiyah di Ma’had Al Khairat, Bekasi Timur, yang dipimpin oleh Habib Naqib bin Muhammad bin Syehk Abu Bakar bin Salim,beliau banyak menimba ilmu di ma’had al Khairat dan disinilah beliau kenal dengan Habib Umar bin Hafidz yang kemudian diteruskan ke Ma’had Darul Musthafa di pesantren Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syech Abubakar bin Salim di Tarim Hadhramaut Yaman pada tahun 1994 untuk mendalami bidang syari’ah selama empat tahun. Di sana ia mendalami ilmu fiqh, ilmu tafsir Al Qur’an, ilmu hadits, ilmu sejarah, ilmu tauhid, ilmu tasawwuf, mahabbaturrasul, ilmu dakwah, dan ilmu ilmu syariah lainnya. (tribunnews/dakwatuna/hdn)
Sumber: http://www.dakwatuna.com/2013/09/15/39311/pimpinan-majelis-rasulullah-habib-munzir-al-musawa-meninggal-dunia
Mimpi Habib :
kematianhabib

Al-Habib munzir Al-Musawa wafat pada usia 40 tahun, sama seperti mimpi beliau..

Tiada ulasan: