Khamis, 26 September 2013

YANG PERGI TETAP PERGI...YANG TINGGAL HIDUP...LEBIH2 PEMIMPIN2 ISLAM TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB LAKSANAKAN HUDUD....JANGAN ANGGAP UNDANG2 ALLAH LEMAH DAN DAN TAK SESUAI...ALLAH TIADA SIFAT LEMAH DAN TIDAK ARIF DAN TAK MENGETAHUI...NAK TERBANG KE AKIDAH KITA

Rogol kumpulan, hukuman liwat lebih berat dicadang

Rogol berkumpulan dan penggunaan kekerasan oleh pasangan suami isteri antara dua konsep baru yang diperkenalkan dalam Kanun Keseksaan yang dibentangkan dalam rang undang-undang di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu juga mencadangkan hukuman lebih berat, daripada 20 kepada 30 tahun penjara untuk kesalahan persetubuhan luar tabii (termasuk liwat) dan sumbang mahram.

Pada masa ini, hukuman untuk kesalahan rogol dan liwat adalah 20 tahun penjara dan sebatan.

Rang undang-undang pindaan bagaimanapun tidak menyebut berkaitan sebatan sebagai hukuman untuk kes rogol berkumpulan.

Menurut rang undang-undang, rogol berkumpulan akan dihukum 10 hingga 30 tahun penjara sementara serangan atau kekerasan jenayah oleh pasangan suami isteri boleh membawa kepada enam bulan penjara atau denda RM2,000.

EDISI KANTOI!!!! ... SEJAK BILA MARK ZUCKERBERG MENJADI CEO TWITTER?????

Mark Zuckerberg adalah pengasas dan CEO Facebook sementara CEO Twitter ialah Dick Costolo.

Tapi dalam satu kicauan akaun twitter Najib Razak beliau telah memberitahu satu dunia yang beliau ' HAD A GOOD CHAT WITH MARK ZUCKERBERG AT TWITTER HQ..

Beliau memang diakui dan sah pergi melawat Ibu Pejabat Twitter berjumpa dengan CEO Dick Costolo dan jua berjumpa dengan CEO Facebook Mark Zuckerberg.

Persoalannya .... adakah beliau tidak tahu membezakan siapakah CEO Twitter dan CEO Facebook.

Atau paling tepat akaun twitternya tidak beliau kendalikan sendiri sebaliknya dijaga oleh pembantu peribadi.

Kalau begitu adakah pembantu peribadinya mau sabotaj dan memalukan dirinya?????

Satu dunia tahu bahawa Mark Zuckerberg adalah CEO Facebook....Suatu kesilapan yang amat memalukan negara .. Sama ada suatu kesilapan tulin atau tidak ianya bukan satu alasan.

Ustaz Azizan kembali ke rahmatullah

Harakahdaily, 26 Sep 2013


ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

Jenazah almarhum akan disemadikan di Muasasah Darul Ulum, di sini petang ini.

(lanjut menyusul)

Hampir 8 peratus komuniti Islam diami Vienna

Lan Jusoh, 26 Sep 2013


VIENNA: Berbeza berbanding bandar besar lain di Eropah Timur, di sini pula boleh ditemui dengan mudah orang Islam.

Malah banyak juga terdapat kios kebab dimiliki penduduk Muslim. Perkataan halal juga ada dipamerkan bagi mengelakkan timbul rasa was-was kalangan pelanggan Muslim.

Bagi pelancong Muslim, inilah yang mereka cari-cari ketika berada di negara non Muslim. Penduduk Muslim boleh ditemui di Shopping Karutner Street.

Di situ boleh dilihat manusia pelbagai bangsa dan warna kulit. Suasana itu sukar dirasakan ketika berada di bandar raya Brastilava, Budapest dan Prague.

Penduduk Muslim berjalan bersama keluarga. Dan sebahagian besar merupakan golongan pelajar. Mereka merupakan imigran dari Turki dan negara Arab lain.

Kelainan juga ditemui apabila terdapat deretan kedai milik peniaga Cina, Jepun dan Korea. Ada kedai milik mereka yang tertera tulisan Asia Shop, Lili Markt dan banyak lagi.

Kawasan itu juga dikenali sebagai China Town. Ditemui juga café Vietnam.

Vienna merupakan ibu negara Austria. Sama juga dengan bandar-bandar lain di Eropah Timur, mengekalkan senibina lama.

Namun kelebihan ketara di setiap bangunan pastinya ada patung tanpa pakaian dipamerkan. Ia seolah-olah menggambarkan keaslian seni bagi masyarakat Vienna.

Di mana sahaja ditemui patung-patung tanpa menutup aurat. Inilah wajah sebenar Vienna yang terkenal dengan kegiatan seni tersohor di dunia.

Di sini lahirlah pengubah lagu, pengukir dan penggiat seni yang cukup terkenal.

Mereka yang didapati berjasa diabadikan pada patung mirip tokoh terbabit antaranya Zehar, seorang pengubah lagu terkenal di Austria.

Austria didominasi Roman Katolik. Berdasar bancian penduduk pada 2001 sebanyak 49.2 peratus penduduk Vienna penganut Roman Katolik.

Manakala 25.7 peratus tidak beragama, 7.8 peratus (Muslim) dan 6.0 peratus penganut mazhab Ortodoks.

Sebahagian lain ialah penganut Protestan, Yahudi, dan tiada agama.

Maka tidak hairanlah di Vienna banyak terdapat gereja Roman Katolik di tengah-tengah lautan bandar seni tersebut.

Gereja-gereja Katolik Roman termasuk Katedral St Stephen (Stephansdom), Karlskirche (Gereja St Charles) dan Votivkirche menjadi tarikan pelancong.

Bagaimanapun penganut Roman Katolik menurun mendadak dalam tempoh 50 tahun iaitu daripada 90 peratus pada 1961 kepada 39.8 peratus (2010).

Austria menggabungkan sembilan wilayah di mana Vienna merupakan bandar utama mempunyai penduduk lebi 1.8 juta. Vienna juga disenaraikan dalam kelompok tujuh bandar tujuh terbesar di Kesatuan Eropah.

Vienna juga menempatkan banyak organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan OPEC.

Bandar seni tersebut terletak di bahagian timur Austria dan berhampiran sempadan Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Pada 2001, pusat bandar Vienna diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia (UNESCO).

Mozart Square, The Horse Fountain dan Cathedral Square antara disenaraikan Unesco. Semuanya itu memperlihatkan unsur-unsur Kristian.

Pelancong yang datang ke sini disajikan detik-detik lama sejarah pada monumen yang membayangkan betapa besar empayar Rom.

Q&A: Haji dengan berhutang

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil , 26 Sep 2013
Soalan;
Adakah di bolehkan membuat pinjaman wang daripada Bank untuk menunaikan Haji dan apakah pendapat ulama (Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki) berdasarkan masalah tersebut.

Jawapan;
Haji hanya diwajibkan apabila ada kemampuan. Firman Allah (bermaksud); “…Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu bagi orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana.” (Ali Imran; 97). Antara kemampuan yang diambil kira oleh syarak ialah dari sudut kewangan. Tidak wajib haji jika seseorang itu tidak memiliki belanja yang cukup merangkumi belanja perjalanan, sara hidup untuk dirinya dan juga keluarga yang ditinggalkannya. Oleh itu, tidak perlu seseorang berhutang atau membuat pinjaman untuk mengerjakan haji.

Apatahlagi jika hutang secara riba yang membawa kepada dosa besar. Seorang yang meminjam secara faedah dan mengerjakan haji dengan wang pinjaman itu, hukumnya berdosa kerana ia telah melakukan sesuatu yang haram. Haji dan umrah yang dilakukannya tidak berpahala. Tetapi jika haji itu haji fardhu, gugur kewajipan untuk untuk melaksanakan fardhu haji sepanjang hayatnya. Wajib ke atasnya bertaubat dan beristighfar kerana melakukan dosa dalam bentuk membuat pinjaman secara faedah itu. (Himpunan Fatwa Semasa, Syeikh Kamil ‘Uwaidah, terjemahan oleh; Dr. Basri Ibrahim, hlm. 264).

Malah terdapat hadis melarang seseorang berhutang untuk tujuan mengerjakan haji. Ibnu Abi Aufa RA menceritakan; “Aku bertanya Rasulullah SAW berkenaan seorang lelaki yang belum menunaikan haji; Adakah harus ia berhutang bagi membolehkannya mengerjakan haji?. Baginda menjawab; Tidak.” (HR Imam as-Syafi’ie dan al-Baihaqi)[2].

Walaupun tidak digalakkan berhutang untuk mengerjakan haji, namun haji yang dikerjakan dengan duit hutang itu adalah sah jika memenuhi segala rukun dan syarat yang ditetapkan dalam ibadah haji dan gugur kewajipan haji sepanjang hidup.

http://ilmudanulamak.blogspot.com

Takziah buat keluarga pelumba Mohammed Izzat

Harakahdaily, 26 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa terkejut dan sedih di atas kehilangan sebutir permata sukan permotoran, Mohammed Izzat Hakim, 17, akibat terlibat di dalam satu  kemalangan pada Sabtu lepas semasa sesi latihan perlumbaan motosikal Super Siri Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga allayarham dan mengharapkan semoga pihak keluarga Allahyarham redha di atas kehilangan ini dan bersabar dengan ketentuan Ilahi,” ujar ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya menyifatkan allayarham sebagai seorang bakat baru sukan permotoran yang mempunyai peluang besar untuk mencipta nama sebagai bintang sukan permotoran Malaysia.

Allahyarham juga, jelasnya pernah menjadi johan di dalam salah satu kategori acara  permotoran Karnival Selangor Motor Race (SMR) Track Day 2012 anjuran WADACS Resources, syarikat promoter sukan permotoran berlesen dengan kerjasama ARC Selangor dan DACS Negeri Selangor.

“Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendoakan semoga roh allahyarham diberkati dan dicucuri rahmat oleh Allah Taala serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” katanya.

Mohamed Izzat Hakim adalah pelumba superbike telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam1 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur.
Pada insiden Sabtu lepas, beliau melanggar Satish Suppiah selaku marsyal perlumbaan ketika dalam latihan.

Babi: Setelah Dr Maza ‘basuh’ ulama muda Umno

Harakahdaily, 26 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Ekoran komen melalui facebook yang tertera Abu Aqif Studio mengenai subsidi kerajaan, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza) memberi respons.

Dipercayai komen yang bertulis ‘Babi pun bangun pagi cari rezeki sendiri tanpa mengharap subsidi kerajaan’ daripada ulama muda Umno, Dr Maza menulis di facebooknya ‘kita tidak setuju dengan kenyataan ulama muda umno ini..bahasa yang lebih baik hendaklah dipilih..tidak wajar samakan rakyat demikian rupa.."

Rentetan daripada itu, beberapa blogger memetik nasihat Dr Asri itu dan memasukkan di dalam blog masing-masing yang menyifatkan ia adalah suatu ‘kebiadapan’ kumpulan ‘ulama’ berkenaan kerana membandingkan dengan haiwan mughalazah itu.

Satu komen yang diberikan oleh pembaca Harakahdaily yang menggunakan nama Nur Jannah berhubung perkara itu boleh dijadikan renungan kepada semua pihak.

“Pandai pulak ulamak UMNO ni kata babi pun pandai bangun pagi cari rezeki, tapi berapa ramai pemimpin UMNO yang tak tak pandai bangun pagi cari rezeki sendiri, yang dia orang tau makan RASUAH, adakah mereka ini staraf dengan Babi @ lebih hina? sebab Babi tak makan rasuah, Ulamak UMNO tolong jawab,” tulisnya.

Apabila PAS dikata menyokong komunis

Mohammad Faizal Che Yusof, 26 Sep 2013
Wajar untuk kita memberi penghargaan secukupnya kepada kajian-kajian baru berkaitan sudut perjuangan pelbagai kelompok pra merdeka. Tidak kurang kajian berkaitan Parti Komunis Malaya yang hingga kini menimbulkan pelbagai tiori dan andaian.

Sebagai contoh mudah, tidak salah untuk memperincikan pelbagai sudut pandang dalam peristiwa Bukit Kepong. Siapa yang memperjuangkan tanah air, siapa yang bertindak seolah-olah mempertahankan British dan pelbagai isu yang boleh digarap.

Dalam mengutarakan pelbagai pandangan tersebut, saya merasakan Parti Islam Semalaysia PAS perlu cukup berhati-hati. PAS adalah sebuah parti politik. Kita bukannya pertubuhan bukan kerajaan yang kewujudannya hanya untuk memperjuangkan kelompok-kelompok tertentu.

Kita mensasarkan penubuhan sebuah negara yang tertegak di dalamnya syariat Allah SWT buat masa kini, antara halangan utama kepada cita-cita tersebut ialah parti United Malay National Organisation - UMNO. Justeru, wajarlah kita mengatur pelbagai strategi demi mendepani Umno hinggalah ia tewas seterusnya menjadi pembangkang di parlimen Malaysia.

Berbalik kepada isu mengutarakan kajian dan pandangan berkaitan perjuangan kemerdekaan, PAS mesti berwaspada dengan permainan propaganda media tentang perjuangan PKM yang dikepalai Chin Peng. Sekali lagi saya nyatakan bahawa kita tidak sekali-kali menafikan pelbagai sudut pandang terhadap perjuangan PKM.

Mungkin ramai yang menyedari betapa masyarakat Melayu termasuklah kumpulan pertengahan yang berkerja di bandar-bandar dan sebahagian penjawat awam masih mempunyai sikap yang terlalu waspada terhadap pertukaran kerajaan dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat yang ditunjangi PAS. Kelompok Islam ini adalah tanggungjawab kita untuk memastikan undian mereka mampu menukar rejim pemerintahan di Malaysia.

Lihat saja bagaimana Kelantan yang berhadapan dengan gerombolan Umno yang cukup ampuh mampu mempertahankan Kelantan dengan bantuan pengundi luar. Mereka adalah sebahagian dari kelompok Melayu pertengahan dan penjawat awam yang berkerja di luar Kelantan. Kenapa situasi ini tidak berlaku di luar Kelantan?

Demikianlah cabaran yang perlu kita hadapi. Dengan propaganda media yang cukup licik, masyarakat Melayu yang masih waspada untuk mengubah pemerintah di Malaysia akan terus hanyut dengan stikma PAS menyokong komunis. Pada fahaman orang melayu hari ini, komunis terlalu kejam dan jahat. Membunuh dan menyeksa penentangnya yang terdiri dari askar-askar melayu tanpa ada belas dan kasihan.

Sekali lagi saya tegaskan, kita menyedari betapa ada pelbagai sudut pandang kepada perjuangan PKM atau lebih mudah disebut komunis. Namun begitu, demi menjatuhkan parti Umno, kita tidak ada banyak masa untuk mengutarakan teori-teori sejarah yang memerlukan sesi pengajian yang cukup panjang.

Sesungguhnya rakyat bawahan semakin hari semakin hilang keupayaan menghadapi keperitan hidup atas kegagalan pengurusan Negara yang sebenarnya cukup kaya. Pun begitu, rakyat bawahan juga tidak sedar bahawa mereka ada kuasa ampuh untuk mengubah segalanya.

Memberi kesedaran politik kepada setiap rakyat itu pun menjadikan kita tidak menang tangan. Demi menjatuhkan parti Umno, kita tiada alas an untuk berkompromi.

20 Zulkaedah 1434H.

 INI BUKAN SIARAN BERMUSIM....JANGAN KIASKAN DENGAN LAGU...MANA NAS HADIS DAN QURANNYA


Tiada ulasan: