Sabtu, 14 September 2013

KEIMANAN DAN KEISLAMAN PERLU DIUJI

'Kami kuat, yang lain teruskan perjuangan'
Posted on Saturday, September 14 @ 01:53:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA KANGSAR:
"Kami bersama perjuangan Dr Morsi serta seluruh pejuang Islam diseluruh negara dan Malaysia. Kami kuat dan yang lain diluar teruskan perjuangan," demikian pesanan ringkas Bad Latif.

Beliau adalah salah seorang daripada 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan ketika krisis politik di Perak yang dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari.ini.



Kata-kata itu dinyatakan beliau ketika dihubungi oleh isterinya Nashita Md Noor.

Mengulas tentang keputusan mahkanmah itu, Nashita berkata, beliau dan suami memang difahamkan kes tersebut agak berat kerana berkait dengan institusi diraja.

Namun katanya, di dalam perbicaraan kes itu, pihak tertuduh telah mengemukakan hujah serta bukti yang kukuh berbentuk rakaman video dan gambar bagi menjadikan rujukan dalam menentukan hukuman.

"Suami saya ditahan ketika mengambil gambar dan ketika ditahan, kamera masih berada tergantung di bahunya.

"Jadi kita sudah bagi bukti, mereka bukan membuat rusuhan bahkan daripada bukti-bukti rakaman dan gambar yang kami kemukakan, mereka ini membantu menyekat pihak-pihak yang ingin membuat provokasi.

"Jadi kita harap hakim pertimbangkan daripada bukti, keterangan tertuduh serta saksi tetapi beliau tidak sangka hakim menjatuhkan hukuman mandatori," katanya ketika ditemui Harakahdaily di perkarangan mahkamah.

Beliau terkejut hakim memutuskan semua tertuduh tidak boleh dibuat rayuan dan penangguhan hukuman kerana ianya tidak pernah berlaku di negara ini dalam kes berkaitan.

"Saya tak sangka, mereka terus digari dan dibawa ke penjara sekarang juga," jelasnya lagi.

Biarpun berdepan dugaan suaminya dipenjara, Nashita berkata beliau cuba kuat untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak selepas ini.

Ujarnya, telefon bimbitnya tidak putus-putus dihubungi oleh pelbagai pihak bagi menyatakan sokongan dan dorongan kepadanya.

"Ramai yang menghubungi saya dan bertanya nak beri bantuan macam mana dan dari segi mana, ini memberikan semangat kepada saya.

"Sebelum ini saya banyak membantu keluarga mangsa tahanan ISA yang lebih berat hukumannya.

"Saya yakin saya boleh lakukan, saya seorang wanita yang kuat!," tegas beliau yang juga aktivis Gerakan Mansuh ISA (GMI).-HD


 Facebook Tanda Putera mohon maaf kepada Kit Siang berhubung gambar kencing
Posted on Saturday, September 14 @ 01:41:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


Gambar yang dipaparkan di Facebook rasmi Tanda Putera dan kemudian ditarik balik.

Laman Facebook rasmi filem kontroversi Tanda Putera hari ini memohon maaf secara terbuka berhubung gambar dikatakan Lim Kit Siang kencing di tiang bendera rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, selepas setahun kesilapan itu berlaku.

Pihak pentadbiran laman sosial itu, salah seorang daripada pengendali laman rasmi filem itu menerima sekeping gambar yang dihantar daripada pengguna internet.

"Admin masa tu, kawan kita gak, terima link dari pengunjung yang hantar gambar Lim Kit Siang dan caption salah. Admin muda kita pun bukan sengaja, dia ingat benda tu betul, dia upload," katanya di laman Facebook berkenaan.

Pentadbir laman itu berkata, gambar itu dipadam apabila menyedari berlaku kesilapan.

"Tapi didelete cepat bila penerbit sedar kesilapan itu. YB LKS ada menulis tentang kesilapan itu. Tapi semua cyber troopers marah dan serang Facebook kami. Gambar dan caption dah diturunkan," katanya merujuk kepada Penasihat DAP itu.

Pengendali akaun Facebook Tanda Putera itu juga menafikan mempunyai niat dengan sengaja untuk memuat naik dan menulis kapsyen gambar itu, tetapi ia sebenarnya dihantar oleh orang lain.

"Admin masa tu pun dah minta maaf. Penerbit pun dah minta maaf secara bertulis atas perkara tak sengaja itu. Tapi kami diminta buat ucapan mohon maaf itu dalam Facebook.

"Tak ada masalah, kami akan lakukan. Gambar serta caption tersebut bukan ciptaan kami tapi dihantar kepada kami. Ini antara episod dalam sejarah Tanda Putera yang sering menjadi bahan politik bukan atas kehendak kami. Terlalu banyak tuduhan palsu dan tanpa asas dibuat mengenai filem ini dan penerbitnya. Tetapi kami tak akan melatah dan ambil tindakan bagi setiap tohmahan – hanya yang dikira perlu sahaja," katanya.

Terdahulu bekas pegawai atasan polis, Tan Sri Yuen Yuet Leng tampil mengesahkan insiden kencing di hadapan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei 1969 itu adalah rekaan semata-mata.

Menurut Lim Kit Siang, Yuen mengatakan kalau memang ada orang yang berani berbuat demikian, tidak mungkin dia dapat meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor itu dalam keadaan bernyawa. - 13 September, 2013.-TMI


Ucapan Takziah Kepada Dr Syed Husin Ali
Posted on Saturday, September 14 @ 01:32:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

13 September 2013

Takziah Buat Dr Syed Husin Ali Dan Keluarga

KEADILAN merakamkan ucapan takziah buat mantan Timbalan Presiden Parti, YB Senator Dr Syed Husin Ali dan keluarga di atas pemergian isteri beliau yang tersayang, Puan Sabariah Abdullah yang telah meninggal dunia jam 7.40 malam tadi. Semoga Dr Syed Husin dan keluarga sentiasa tabah, sabar dan redha.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

Via: DS Anwar

pakatanrakyat.com.my
 



Resipi Ikan Kaloi Masak Berlada
Posted on Saturday, September 14 @ 01:27:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: matuse68

"

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ikan Kaloi Masak Berlada. Resipi Ikan Kaloi Masak Berlada ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini..

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 30 minit
45 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 3-4 orang

Bahan-bahan:
Ikan kaloi
4 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
3 sudu besar cili kering kisar
1 tomato dicincang
Sedikit belacan
1 serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi - ambik jus

Cara menyediakan [Klik disini...]"
 


 PR Perak bersolidariti buat keluarga Ops Bubar
Posted on Friday, September 13 @ 23:30:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

KUALA LUMPUR: Pemimpin Pakatan Rakyat Perak akan berkumpul di hadapan penjara Tapah malam ini bagi menunjukan solidariti dan sokongan moral kepada 13 peserta demonstrasi Ops Bubar.

Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, beliau bersama-sama pemimpin lain akan hadir bersolidariti pada malam ini.

"PAS Perak dan Pakatan rakyat akan ke penjara Tapah malam ini untuk menyatakan sokongan kita kepada mereka semua," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

Mengulas keputusan hari ini, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menyifatkan ianya satu lagi episod hitam dalam sistem keadilan negara ini.

Menurutnya, PAS akan cuba membantu mangsa yang ditahan dan meminta ahli keluarga bersabar dengan ujian yang menimpa.

"Para paguam kita akan segera mengemukakan permohonan Selasa ini untuk menangguhkan perlaksanaan hukuman sementara rayuan dikemukakan," katanya lagi.

Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pagi tadi menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu.

Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM5,000.-HD


 Sabar Tempohi Ujian
Posted on Friday, September 13 @ 22:52:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh Ustaz Nasrudin Hassan


KLIK


 

1. Saya dan seluruh warga DPPM sangat bersimpati atas hukuman yang diterima oleh 13 orang rakan - rakan yang menyertai Himpunan di hadapan Masjid Ubudiah pada tahun 2009 dan kini dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara dan denda RM 5000



2. Kami serahkan kepada kebijaksanaan para peguam mereka yang telah bertungkus lumus membela untuk mengambil langkah berikut. Sementara itu kami sangat kecewa dengan hukuman yang dijatuhkan dan mendesak agar rayuan pihak peguam mewakili 13 orang tahanan didengar dan diterima oleh mahkamah.

3. Mereka bukan penjenayah. Sebaliknya sejarah mereka ialah bangkit menentang pengambilalihan kuasa kerajaan negeri Perak pada tahun 2009 yang dilakukan secara tidak demokratik. Mereka memperjuangkan hak. Namun hari ini perjuangan mereka dibayar dengan denda dan penjara.

4. Sabarlah ! dan tabahkan hati menghadapi ujian ini. Semoga Allah swt terus bersama kalian semua. Mudah - mudahan pengorbanan kalian adalah inspirasi kepada seluruh rakyat untuk terus bangkit menentang ketidakadilan dan menentang sebarang pencabulan demokrasi yang diamalkan dalam negara ini.

5. Doa kami bersama kalian agar apa yang kalian tempuh hari ini adalah pembuka hijab doa antara orang yang dizalimi dengan Allah swt. Kelak kita akan menyaksikan kejatuhan sang penguasa yang angkuh dipersada kuasa. Yakinlah kuasa Allah mengatasi kekuatan dan pengaruh manusia.

Selamat Berjuang dan tabah depani ujian.~ DPPM

Facebook Nasrudin Hassan


 13 Aktivis Rakyat Di Penjara 2 Tahun Kes Rampasan Kuasa Di Perak.
Posted on Friday, September 13 @ 22:19:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh amenoworld



Di penjarakan serta merta sejurus keputusan di umumkan oleh hakim sebentar tadi.

Mereka didapati bersalah oleh hakim. Mereka bukan saja perlu menjalani hukuman penjara selama 2 tahun tanpa rayuan bahkan juga perlu membayar denda sebanyak RM5k setiap seorang.

Apa kesnya neh?

Video kat bawah akan jelaskan kepada korang. 13 aktivis ini antara lain yang melawan berhabis habisan rampasan kuasa yang berlaku di Perak pada tahun 2009. Dari ribuan yang lain polis aim 13 individu tersebut. Mereka di anggap melawan keputusan yang ditetapkan oleh Sultan Perak ketika itu.



Penjelasan.

1. Mereka bukan lawan raja. Nampaknya ada yang salah faham disitu.

2. Mereka melawan penipuan ataupun penyelewengan yang menyebabkan peralihan kuasa PR daripada menjadi kerajaan negeri kepada menjadi pembangkang negeri. Be it jika raja yang buat sekalipun, ia harus di anggap melawan penyelewengan. Bukan nya melawan mana2 individu yang memegang apa2 jawatan atas kapasiti dia memegang jawatan tersebut. Senang cakap, kita lawan isu, bukan lawan jawatan. Kita lawan 'perkara' bukan lawan sistem.

3. Lihat saja banner2 yang menuntut agar Sultan/Raja kembalikan semula kuasa kepada yang hak.

4. Menghalang Zambry dan beberapa ADUN BN dari mengangkat sumpah.

5. Kemarahan mereka boleh difahami oleh aku kerana ia memang menzalimi rakyat apabila keputusan rakyat dirampas begitu saja.

6. PRU ke 12 menyaksikan PR berjaya merampas PERAK dari kekuasaan BN akan tetapi disebabkan beberapa taktik/teknik/strategi kotor, maka PERAK kembali kepada BN semula.

7. Ahli2 PAS berdemo dan melawan bagi menyatakan bantahan terhadap perkara tersebut.

8. Ia tidak aneh. Kerana mereka paling terkesan dan paling tertindas dalam kes rampasan kuasa ini.

Dan inila perkara yang menyebabkan 13 aktivis rakyat dipenjarakan. Selama 2 tahun melawan berhabis habisan untuk membebaskan diri dari dakwaan akhirnya pada hari ini 13 aktivis tersebut dijatuhkan hukuman penjara serta merta. Mereka di bawa ke penjara Tapah.

Aktivis2 ini telah kehilangan kerja kerana kes ini.

Sesetengah orang mengejek2 dan menghina2 mereka. Eley padan muka. Sapa suruh berdemo bagai lawan BN. Hah amek kaw.

Memang cakap padan muka lebih senang dari memahami situasi dan keadaan sebenar. Memang menjadi musuh lebih senang dari mendekati dan membantu mereka. Memang menyindir dan menganggap semua yang tak sokong BN adalah pengkhianat lebih senang dari mendengar masalah2 yang mereka hadapi sehingga memaksa mereka mengambil pendekatan itu.

Ia adalah hak korang untuk memilih cara yang senang. Tiada mana2 manusia boleh memaksa korang untuk pilih cara yang susah pun. Tapi aku nak pilih cara yang susah.

Mari kita lakukan sesuatu untuk bantu 13 aktivis ini. Diri mereka perlukan kita. Terutamanya keluarga mereka, yang lebih2 lagi memerlukan kita. Keluarga2 kepada 13 aktivis ini kehilangan tunggak utama keluarga. Yang bekerja, hilang pekerjaan. Yang menanggung keluarga tidak boleh menanggungnya lagi kerana dipenjarakan. Yang jadi bapa harus lepaskan tanggungjawab buat sementara waktu. Yang jadi suami harus tinggalkan isteri. Yang menjadi anak harus tinggalkan ibu bapa. Yang menjadi rakan2 pula tidak boleh bertemu dengan mereka seperti biasa selama 2 tahun..





Alasan hakim yang menjatuhkan hukuman penjara 2 tahun mandoriti adalah sebagai pengajaran kepada pihak2 lain agar tidak melakukan perkara yang sama.

Secara tidak langsung memberikan gambaran kepada kita jika kita berdemo melawan penindasan kita boleh dikenakan hukuman penjara atau denda atau kedua2nya sekali seperti kes yang baru saja berlaku di Perak ketika ini.

Ini adalah ugutan. Bacaan minda aku. Dan ini adalah kekejaman. Menghalang rakyat dari menyatakan ketidakpuasan ahti apabila mereka ditindas adalah satu perkara yang sangat2 zalim.

Apa saja ayat yang cuba digunakan untuk menenangkan keluarga 13 aktivis ini tidak akan berkesan selagi mana orang tersayang mereka berada di dalam. Kata2 terakhir Abah Anas sebelum dibawa ke penjara;

Suamiku dan 12 yang lain menyampaikan salam dan ucapan Terima kasih kepada semua.

Pesanannya

"Kami bersama perjuangan DR Morsi, Ikhwanul Muslimin dan seluruh pejuang tanah air. Kami kuat dan yang di luar teruskan perjuangan."

Pesanan dari panggilan telefon dalam trak polis untuk dibawa ke Penjara Tapah.

Rabia!
Penjara Tapah akan menyaksikan air mata rakyat tumpah. Kerana selain dari itu sebagai rakyat biasa tiada apa lagi daya yang mampu kami lakukan.

Allah, sabarkan ahti keluarga2 ini.

Allah, kuatkan aktivis2 rakyat untuk terus melawan kezaliman.

Rujukan: https://www.facebook.com/nashita.noor?fref=ts

Derma kilat kpd keluarga @NashitaMN. Suaminya dipenjara 2 tahun krn bantah rampasan kuasa di #Perak. Nashita Md Noor 162209939776 Maybank
amenoworld.blogspot.com

 Muslimat lancar tabung bantu keluarga Ops Bubar
Posted on Friday, September 13 @ 21:44:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) hari ini melancarkan tabung bagi membantu keluarga 13 peserta demonstrasi yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda 5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala kangsar.

Mereka dibicarakan dan didapati bersalah kerana menyertai demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan semasa dalam Ops Bubar Perak pada 6 Februari 2009.

"DMPP sebagai tanda solidariti dan zahirkan keprihatinan melancarkan tabung segera ini bagi meringankan beban keluarga mereka yang pasti belum bersedia menerima keputusan ini.

"Rata-rata mereka isteri tidak bekerja dan anak-anak masih bersekolah. Sokongan dan kasih sayang semua sangat diharapkan," kata Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al-Jundi.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank DMPP 564025400711.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp: 0192135353 atau email psu1.dmpp@pas.org.my

Menurut Aiman juga, DMPP terkejut dengan keputusan hakim yang tidak membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman malah terus digari dan dibawa ke Penjara Tapah.-HD




 Identiti Papagomo disahkan, berdepan hina mahkamah
Posted on Friday, September 13 @ 22:44:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: imamsurau

"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris memang penulis blog pro-Umno, Papagomo.

Selain diperintah membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah, Wan Muhammad Azri turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung satu lagi tulisannya yang lain yang mengaitkan hakim yang mendengar kes dan dianggap memudaratkan badan kehakiman.

Wan Muhammad Azri (kanan) sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera berkata Wan Mohammad Azri berbohong kerana walaupun membuat penafian tersebut ketika memberi keterangan, tetapi penulis blog berusia 30 tahun itu, dalam pernyataan pembelaannya, mengaku dia adalah Papagomo dan membela diri atas alasan membuat komen yang adil.

Beliau memutuskan bahawa penulis blog itu tidak menyesal dengan tindakannya seperti yang dipaparkannya dalam perbicaraan kes fitnah itu.

Di samping itu, semasa perbicaraan, seorang penulis blog, yang memberi keterangan sebagai saksi, mengaku mengenali Wan Muhammad Azri sebagai Papagomo apabila mereka bertemu dalam satu sidang penulis blog pada tahun 2009. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.

Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar gantirugi am sebanyak RM200,000 dan gantirugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.

Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009.

"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mereka cuba melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.

"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah, saya dapati ianya sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar itu," katanya.

Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh peguam yang mewakili defendan.

Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga tidak dicabar oleh peguam.

Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan dalam artikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang tidak berasas.

"Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel berkecenderungan merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan y bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau 'anonymity' untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat penulisan mereka.

Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang berpotensi menggugat
ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.

Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah.

"Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.

Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Disember 2011.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.

Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto dan Malik Imtiaz Sarwar manakala Wan Muhammad Azri diwakili

Prosiding hina mahkamah 21 Oktober

Sementara itu, Reuben ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penghakiman mahkamah hari ini dan berkata hakim itu telah menolak pembelaan Wan Muhammad Azri atas alasan membuat komen yang adil.

"Perkara yang paling besar adalah mahkamah mengakui bahawa Wan Muhammad Azri adalah Papagomo," katanya.

Selain itu, Ruben berkata, mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk prosiding menghina terhadap Wan Muhammad Azri berhubung tulisannya yang lain dalam blognya.

Katanya, prosiding menghina prosiding terhadap Wan Muhammad Azri akan berlangsung pada 21 Oktober.

Selain Abdul Razak, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibahim turut memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog tersebut.

Turut memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Penulis blog tersebut adalah seorang bekas anggota polis yang telah menjalani hukuman lapan bulan penjara selepas disabitkan dengan kesalahan rasuah.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, juga dilaporkan Wan Muhammad Azri sebagai pengundi hantu yang didaftarkan secara berasingan dengan IC polis dan IC awam.

sumber


 Kumpulan 13 individu pro-demokrasi dipenjara: DAP Perak kesal
Posted on Friday, September 13 @ 21:17:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



IPOH, 13 SEPTEMBER: “Mereka bukan pengganas tetapi rakyat Malaysia dan pejuang mempunyai hak untuk bersuara apabila demokrasi dicemar dengan rampasan kuasa,” kata Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham.

Beliau juga sedih dan terkejut dengan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 ke atas 13 peserta demonstrasi di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, 6 Februari 2009 lalu.

Menurut Ngeh, keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum juga amat tidak wajar memandangkan semua yang dihukum itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Malah, katanya, semua tertuduh telah memberi kerjasama yang sangat baik kepada mahkamah sepanjang lima tahun perbicaraan dijalankan.

“Bagi DAP Perak, kami menghormati keputusan mahkamah tetapi amat bersimpati kepada semua yang disabitkan kesalahan.

“Ada antara mereka adalah pesara kerajaan dan hukuman itu mungkin akan memendekkan penerimaan pencen mereka dan ada yang masih bekerja dan berkeluarga, bagaimana dengan kebajikan ahli keluarga mereka apabila punca pendapatan keluarga terjejas selama dua tahun,” soal beliau.

Ngeh yang juga Ahli Parlimen DAP Beruas berkata, tuduhan liar sesetengah pihak yang mengaitkan peserta demonstrasi itu menentang sistem kesultanan Negeri Perak adalah tidak benar kerana mahkamah telah menjatuhkan hukuman mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana mengingkari perintah bersurai oleh pihak polis.

“Tuduhan ini sama seperti mereka yang berjuang untuk kemerdekaan menentang British. Asal sahaja yang berjuang untuk merdeka, mereka di tuduh pengganas,” kata Ngeh.

Pada masa yang sama beliau berharap agar mahkamah akan mempertimbangkan rayuan semua yang disabit kesalahan bagi meringan hukuman.

Menurut Yang Dipertua PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin pula dalam kenyataan media, PAS negeri dan Pakatan Rakyat (PR) Perak akan berusaha membantu semua tertuduh dalam proses permohonan rayuan itu.

“Bagi meringankan beban keluarga semua yang disabitkan kesalahan itu, PAS Perak telah mengarahkan semua PAS Kawasan melancarkan tabung khas bagi menyalurkan sumbangan,” ujar beliau.

Mereka yang mahu menghulurkan sumbangan melalui akaun Maybank Berhad, Parti Islam SeMalaysia (PAS), nombor akaun 558453100225 atau hubungi Pejabat PAS Perak di nombor 05-2557231.

Hakim Norsalha Hamzah hari ini memutuskan semua 13 tertuduh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 seorang.-Roketkini


 13 aktivis dipenjara, SAMM rancang solidariti depan penjara Tapah
Posted on Friday, September 13 @ 21:24:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Hari ini menyaksikan satu lagi siri hitam pasca PRU berlaku apabila 13 peserta demonstrasi menentang rampasan kuasa negeri Perak dipenjara serta-merta.

Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada semua aktivis yang membantah kudeta di Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 adalah kejam dan tidak berhati perut.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar semua peserta demo dibebaskan segera bagi memberi laluan kepada pembelaan rayuan di mahkamah tinggi yang dinotiskan oleh peguam.SAMM

Kerajaan pemerintah yang sebelum ini pernah menjatuhkan kerajaan sah negeri Perak melalui rampasan kuasa, hari ini telah menunjukkan belang taringnya menggempur rakyat yang hanya menyuarakan bantahan.

Selepas menang PRU13, kerajaan kini boleh lakukan apa sahaja demi menunjukkan kekuasaan mereka bertujuan menakutkan rakyat.

Ketika pembunuh dibebaskan, ketika perasuah dan peragut wang rakyat berprofile tinggi diberi hukuman yang cukup ringan, 13 rakyat yang menyatakan bantahan terhadap rampasan kuasa diberi hukuman cukup berat dan tidak setimpal. Malah 13 rakyat biasa ini dilayan seperti penjenayah berat!


Antara 13 tahanan dibawa ke penjara Tapah berkuat kuasa serta-merta

SAMM mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kamu hari ini tidak punya pilihan selain terus menderita dalam negara sekejam ini, ketika ruang demokrasi ditutup dan jika bersuara akan dihukum dengan seperti penjenayah.

Hukuman yang tidak mengambil kira soal kemanusiaan ini juga bersifat seperti di zaman penjajah. Dengan tekanan terhadap rakyat seperti ini, apakah kita sudah benar-benar merdeka?

Justeru SAMM menyeru semua rakyat khususnya anak muda supaya bangkit dan lawan. Ayuh bersama SAMM Perak, turun ke penjara Tapah memberi solidariti kepada 13 saudara kita yang dianiaya oleh regim legasi penjajah.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

keadilandaily.com


 13 bantah angkat sumpah MB dipenjara dua tahun
Posted on Friday, September 13 @ 21:10:11 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Tiga belas orang yang dijatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000 dihantar ke Penjara Tapah selepas Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman yang bermula hari ini.



Semua mereka dijatuhkan hukuman itu di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan selepas didapati bersalah kerana meneruskan perhimpunan haram walaupun diarahkan supaya bersurai pada 6 Februari 2009 di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Perak empat tahun lalu.

Ia adalah hari sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengangkat sumpah sebagai menteri besar baru selepas tiga ADUN Pakatan Rakyat beralih menyokong BN.

Menurut peguam Augustin Anthony, pihaknya akan memfailkan rayuan untuk menangguhkan hukuman di Mahkamah Tinggi Taiping seawal-awalnya Selasa minggu depan selepas Hakim Norsalha Hamzah menolak permohonan mereka pagi tadi.

"Ada di antara OKT (orang kena tuduh) merupakan penghidap kanser dan ibu tunggal," katanya kepada Malaysiakini.

Turut sama bertindak sebagai peguambela adalah Aminuddin Zulkifli dan Zamri Ibrahim.

Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah manakala pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka setelah meneliti serta menimbang kesemua keterangan termasuk hujahan kedua-dua pihak.
 
Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail S.M Abdul Kadir, 47, didapati bersalah menyertai perhimpunan haram itu pada pukul 3.30 petang, 6 Feb 2009 semasa istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan menteri besar Perak.
 
Hakim Norsalha memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini selepas menolak permohonan peguam Augustine Anthony yang mengetuai pasukan lapan peguam mewakili kesemua tertuduh, bagi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dan menetapkan penjara lima bulan jika gagal membayar denda itu.
 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
 
Dalam penghakimannya, Hakim Norsalha beliau berkata hukuman yang dijatuhkan mahkamah adalah demi kepentingan dan ketenteraman awam serta institusi diraja selepas turut mengambil kira rayuan kedua-dua pihak.
 
"Ini sebagai satu pengajaran dan keinsafan kepada semua pihak dan mahkamah mendapati ia satu kesalahan serius," katanya.
 
Terdahulu, Augustine memohon mahkamah menggunakan budi bicara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 294, Kanun Prosedur Jenayah dengan mengambil kira fakta sebelum menjatuhkan hukuman kerana ini merupakan kesalahan pertama mereka.
 
Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud berkata hukuman setimpal perlu dikenakan kerana kes itu telah mengambil tempoh hampir lima tahun yang melibatkan perbelanjaan serta masa mahkamah.

"Apa yang berlaku semasa kejadian adalah keadaan huru-hara kerana menentang satu proses perundangan, menimbulkan keadaan tidak aman dan banyak kerosakan.

Seksyen 145 dilihat lebih serius sebab itu ayat yang digunakan dalamnya adalah "...shall be punish...", oleh yang demikian tidak timbul Seksyen 294 wajar diguna pakai," katanya.
 
Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga Menteri Besar Perak semasa pakatan pembangkang menerajui pentadbiran negeri selama 11 bulan selepas pilihan raya
umum ke-12 turut hadir di mahkamah bagi mengikuti kes itu.
 
Beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain serta sejumlah penyokong PAS turut hadir di perkarangan mahkamah.-mkini


 Peserta Ops Bubar dipenjara 2 tahun, denda RM5,000
Posted on Friday, September 13 @ 21:13:59 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada kesemua 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu.



Hakim, Norsalha Hamzah memutuskan kesemua tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun dan didenda sebanyak RM 5000.

Hakim juga memutuskan bahawa permohonan tertuduh untuk pergantungan perlaksanaan ditolak.

Wakil peguam tertuduh, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya memfailkan notis rayuan di mahkamah tinggi.

Sebelum keputusan, barisan peguam tertuduh telah mengemukakan mitigasi bagi tujuan peringanan hukuman.

Katanya, semenjak kes ini bermula iaitu 6 Februari 2009, ke semua mereka yang tertuduh telah hadir memberikan kerjasama sebaik mungkin kepada pihak mahkamah.



Peguam juga telah mengemukakan alasan-alasan munasabah berhubung keseluruhan tertuduh dengan mengambil kira kesan, kos dan pengorbanan yang dilakukan oleh mereka sepanjang 5 tahun perbicaraan kes ini.-HD

Tiada ulasan: