Ahad, 1 September 2013

ORANG ISLAM MEMANG DITUNTUT BERJUANG UNTUK ISLAM SERTA PATUH DENGAN AJARAN ISLAM

Dyana, dari keluarga Umno kepada bintang DAP

WAWANCARA Bertempat di lobi sebuah hotel, Dyana Sofya Mohd Daud bersiap sedia untuk diwawancara selepas seharian berkunjung ke rumah-rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di sekitar Johor Bahru.

Mengenakan baju kurung merah hati dihiasi kerongsang berwarna keemasan, Dyana sebenarnya baru selesai memenuhi jemputan rumah terbuka mewakili majikannya, Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

NONEBerasal dari Ipoh, beliau kini bertugas sepenuh masa di kawasan parlimen Gelang Patah sebagai setiausaha politik pemimpin veteran DAP itu selepas pilihan raya umum yang lalu.

Awal tahun 2012, graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Dyana kesal melihat sebahagian rakan-rakan bukan Melayunya, baik yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang atau pun tidak, dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam.

"Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu.

"Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama seperti yang kita bayar di UiTM," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

'Emak saya masih Umno'

Beliau percaya sudah sampai masanya sistem pendidikan di Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan diacu berasaskan keperluan.  

Walaupun kini bergerak bersama DAP, Dyana sebenarnya datang daripada sebuah keluarga yang aktif di dalam Umno.

NONE"Emak saya masih lagi ahli Umno sehingga sekarang. Beliau adalah setiausaha bahagian wanita yang pertama di Malaysia. Malah, bapa saudara-bapa saudara saya juga terlibat dalam politik (Umno).

"Mereka akan berbincang tentang politik sewaktu perjumpaan keluarga. Saya dengar cerita-cerita mereka dan saya membesar dengan cerita-cerita itu," katanya.

Ditanya tentang reaksi ibunya sewaktu beliau melahirkan hasrat menjadi ahli DAP, Dyana berkata ibunya bersikap memahami dan merestui pilihan beliau.

"Kata ibu kalau itu perkara yang kita percaya, lakukan sahaja kerana kadang-kala elok juga untuk kita melawan arus bagi membuat satu kenyataan," kata peguam muda itu yang mempunyai firma guaman di Cyberjaya.

Stigma curiga DAP

Walaupun percaya politik adalah satu wadah untuk berkhidmat kepada masyarakat, tanggungjawab Dyana di kawasan Gelang Patah tidak sunyi daripada cabaran menguruskan stigma sebahagian orang Melayu Johor yang masih curiga dengan DAP.

Beliau dan dua lagi staf pejabat anggota parlimen Gelang Patah pernah dihalau dari sebuah kampung awal Jun lalu walaupun mereka ke situ untuk mendapatkan butiran masalah penduduk setempat bagi pihak Kit Siang.

NONE"Selepas menang, kami ada menerima panggilan dari penduduk sebuah kampung yang mahu mengadu masalah status tanah yang mereka duduki.

"Sampai di sana ketua kampung datang bertemu kami dan menarik tangan saya dan menyuruh saya balik. Dengan telunjuk betul-betul di depan muka saya dia kata: Kami ada menteri besar kami dan tak perlukan kamu," katanya.

Insiden seperti itu kata Dyana, tidak sama sekali akan menggentarkan semangatnya.

"Walaupun ada risikonya, saya tetap akan terus ke kampung-kampung Melayu ini kerana mereka perlukan saya. Saya akan rasa bersalah jika saya tidak pergi menemui mereka.

"Kesediaan mereka untuk memanggil kami ke sana juga satu kemajuan yang bagus. Sedikit demi sedikit mereka semua pastinya akan tampil ke hadapan untuk berbincang dengan kami," kata Dyana.
Tak cukup bukti bertindak pada pemaju Bukit Relau
3:13PM Sep 1 2013
Majlis Perbandaran Pulau Pinang berkata, mereka tidak dapat bertindak terhadap syarikat yang dikaitkan dengan penggondolan Bukit Relau seperti dituntut kumpulan NGO, ekoran tidak cukup bukti.

NONEDalam kenyataannya menjawab laporan Malaysiakini pada Jumaat, Presiden MPPP Patahiyah Ismail berkata, untuk mendakwanya, bukti mencukupi mesti dibentangkan dalam kes itu.

Tambahnya, bukti itu juga mesti memenuhi "terma pembangunan" yang disebut dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (TCPA).

"Untuk membolehkan tindakan diambil bawah Seksyen 19(1) TCPA, beberapa tuduhan perlu dibuktikan terlebih dahulu.

"Ini termasuk pembinaan, kejuruteraan, perlombongan, industri dan sebarang operasi yang serupa dengan apa yang berada di dalam, atas dan bawah tanah atau perubahan yang dibuat terhadap tanah atau bangunan," katanya.
TPPA: Apa yang berubah lepas 5 tahun?

ULASAN Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menghentikan perundingan perjanjian FTA Amerika-Malaysia yang sudah berlangsung selama dua tahun, dengan 58 "isu tidak selesai".

Antara penentang utama FTA ialah menteri pertanian ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu kesejahteraan hidup petani tempatan.

Malah, beliau dilaporkan pernah mengatakan ‘langkah mayat saya dahulu.'

Khairy Jamaludin, yang ketika itu turun protes, berpendapat bahawa FTA akan mengancam kedaulatan Malaysia dengan perlindungan paten, lantas menghalang akses kepada industri perubatan generik.

Jadi mengapakah kerajaan beriya-iya kini untuk menyertai TPPA? Apakah yang telah berubah selepas lima tahun? Yang pasti, kandungan ala FTA yang bakal mengisi TPPA masih kekal sama.

Kenapa Trans-Pasifik?


Kita boleh membuat andaian bahawa TPPA dikenali sebagai Trans-Pasifik kerana faktor lokasi geografi kedudukan negara-negara yang terlibat dalam rundingan.

TPPA unik kerana ia adalah perjanjian terbuka. Semua negara yang berminat boleh menyertainya selagi mana mereka bersetuju dengan apa yang telah dirundingkan pada waktu kemasukan itu, dan negara-negara lain bersetuju dengan penyertaan negara tersebut.

Negara-negara yang menyertai TPPA, kebanyakkannya sudah mempunyai perjanjian FTA dengan Amerika kecuali Jepun, New Zealand, Malaysia dan Brunei.

Jepun dan New Zealand merupakan negara maju yang mempunyai antara jaringan hubungan perdagangan yang terbesar di dunia, manakala Brunei ialah sebuah negara yang sangat kaya sumber, walaupun perdagangan yang kecil.

Hal ini menjadikan Malaysia, sebagai sebuah negara yang paling terancam dengan status sebagai negara membangun dan pihak baru dalam perjanjian TPPA dengan Amerika ini.

Bagi negara yang sudah pun mempunyai perjanjian dua-hala sedia ada FTA dengan Amerika, TPPA mungkin hanya melibatkan perubahan kecil kepada status perjanjian sedia ada. Tetapi untuk sebuah negara yang skala ekonominya kecil, TPPA bakal meninggalkan kesan yang lebih besar.

Rundingan pertama TPPA diadakan pada Mac 2010 melibatkan lapan buah negara, Malaysia menyertainya pada Disember 2010, di ikuti oleh Mexico dan Kanada pada Disember 2012. Baru-baru ini, Jepun menyertai rundingan pusingan di Kota Kinabalu.

Perjanjian FTA antara Amerika dan Singapura, Korea Selatan dan Chile boleh disandarkan sebagai panduan untuk kita melihat apa yang boleh diharapkan daripada TPPA.

FTA ini juga tidak banyak berbeza antara satu sama lain, dengan perbezaan kurang daripada 5 peratus secara puratanya.

Hal ini membawa kepada kita merumuskan bahawa Amerika melihat TPPA ini sebagai hanya satu daripada perjanjian-perjanjiannya yang menggunakan kerangka ‘standard'.

Mereka kelihatan tidak akan melayan "kerenah-kerenah" dan kehendak negara-negara yang lebih kecil ini (dikenali sebagai ‘pengecualian') di meja rundingan.

Kandungan teks TPPA juga sulit dan rundingan dijalankan secara tertutup. Hanya lima bab yang ketirisan secara tidak sengaja kepada orang awam iaitu pelaburan, harta intelek, perdagangan dan sekatan, dan garis panduan kawal selia. MITI melaporkan hampir 14 bab daripada 29 bab yang dibincangkan sudah pun dipersetujui dan disimpulkan.

Pelaburan & kedaulatan
Isu ini boleh dikatakan isu terpenting, kerana berkait dengan hampir semua bab yang dibincangkan. Bab ini akan menyekat ruang pembuatan dasar oleh kerajaan melalui klausa ‘Investor-To-State Dispute Settlement (ISDS)' dan ‘State-To-State Dispute Settlement' (SSDS).

ISDS ialah peruntukan bawah bab pelaburan, yang secara asasnya membenarkan mana-mana syarikat untuk mengheret kerajaan Malaysia ke mahkamah bagi tuntutan kerosakan dan ganti rugi.

TPPA bakal memperkuat "keadilan korporat" merentasi semua negara atas alasan "kesaksamaan dan kesamarataan".

Apakah kesaksamaan dan sama rata yang dimaksudkan di sini? Pendek kata, syarikat multinasional boleh selesa dengan kefahaman bahawa tiada perubahan ke atas undang-undang domestik yang akan melibatkan mereka secara buruk, sebaik sahaja mereka memulakan operasi di negara-negara rakan TPPA mereka.

Hakikatnya, hal ini menjadi tiket kepada syarikat gergasi multinasional untuk melangkah sistem undang-undang sebuah negara, melalui sebuah tribunal pengadilan antarabangsa yang dianggotai oleh tiga orang hakim; dua orang hakim antarabangsa dan seorang hakim tempatan.

Misalnya, jika Malaysia tiba-tiba mendapati bahawa terdapat kandungan kecil di dalam tembakau yang berbahaya dan membuat keputusan untuk mengharamkan kandungan tersebut, seterusnya menjejaskan keuntungan syarikat multinasional tembakau, syarikat itu mempunyai hak untuk menyaman kerajaan Malaysia berdasarkan potensi kerugian yang mereka alami sepanjang tempoh permit mereka beroperasi di Malaysia, beeserta faedah.

Itulah yang terjadi dalam kes Philip Morris, apabila syarikat itu menyaman kerajaan Australia atas pembentukan undang-undang baru tentang pembungkusan rokok. Perkara yang sama boleh terjadi ke atas Malaysia sekiranya negara kita hendak mengenakan undang-undang yang lebih ketat, ke atas pengusaha LYNAS, misalnya.

Malah, tidak melampau jika kita menjangkakan bahawa penggubal undang-undang dan Parlimen akan dibiarkan tidak berfungsi; mereka tidak boleh menggubal undang-undang yang memberi kesan kepada keuntungan syarikat multinasional dan kelangsungan perniagaan!

Kita masih ingat bagaimana Mexico disaman AS$16 juta kerana tidak membenarkan pembuangan sisa toksik berbahaya ke dalam alam sekitarnya oleh syarikat Amerika.

Satu lagi hal yang diketahui umum ialah negara maju seperti Amerika dan Jepun sedang berusaha untuk melaksanakan ISDS melalui TPPA dan juga apa-apa yang dilihat sebagai kekurangan di bawah perjanjian Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).

Walaupun kita hanya boleh mengandaikan klausa ini tidak diratifikasikan kerana potensi kesan negatif, kebimbangan yang wujud ini ada asasnya.

Perolehan k'jaan & pembangunan vendor Petronas
Dalam bahagian ini, semua perolehan kerajaan termasuklah berkaitan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas tidak boleh dalam apa jua cara memihak kepada kontraktor tempatan dalam kaedah yang boleh disifatkan sebagai tidak adil kepada perusahaan asing lain daripada negara-negara rakan TPPA.

Ada paras lantai dalam peraturan ini; daripada perjanjian-perjanjian lepas FTA Amerika, kita boleh menganggarkan ianya sekitar RM23 juta dan ke atas.

Jelas hanya kontrak sampingan kepada kontraktor tempatan yang tinggal. Sementara itu, kita melihat saiz perolehan kerajaan Malaysia sebanyak RM130 bilion, atau 25 peratus daripada KDN Malaysia.

Bukti empirikal menunjukkan bahawa 94 peratus daripada perolehan kerajaan Amerika diperolehi oleh syarikat tempatan Amerika (Khor, 2008) dan hanya 6 peratus diberikan kepada 170 syarikat di seluruh dunia.

Betapa terhadnya potensi yang diperolehi daripada sebuah usaha yang sepatutnya membuka peluang kita di Amerika! Apakah yang akan terjadi kepada kontraktor tempatan kita terutamanya kontraktor minyak dan gas?

Mampukah walau syarikat besar milik tempatan seperti Sapura Kencana dan MMHE sekalipun, bertahan menghadapi persaingan yang tidak bersimpati daripada negara maju? Apatah lagi nasib pemain-pemain industri kecil sederhana (SME).

Program Pembangunan Vendor Petronas yang telah banyak membantu membangunkan industri gas dan minyak tempatan juga nampaknya bakal tersingkir daripada persaingan ini.

SME dan pertanian
TPPA bertujuan untuk membebaskan perdagangan dan mengurangkan tarif, yang mana boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan yang drastik dalam banyak sektor.

Kesan langsung ialah tekanan terus kepada gaji pekerja lantas meluaskan lagi jurang pendapatan yang sudah sedia besar sekarang.

Mexico ialah contoh terbaik; hasil daripada pemeteraian Perjanjian Perdagangan Besar Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Amerika, tiga juta daripada sepuluh juta rakyat Mexico kehilangan pekerjaan.

Pengurangan tarif akan memberikan kesan langsung terutama kepada produk pertanian. Bagaimana mulia pun niat TPPA mempromosikan keberkesanan dan persaingan sihat, niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90 peratus syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian ialah syarikat kecil dan sederhana (SME).

Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat-syarikat gergasi pertanian daripada negara-negara seperti Amerika, Kanada dan Jepun, yang mana kerajaan tidak menurunkan pun subsidi yang besar kepada petani mereka.

Kajian oleh UNCTAD menunjukkan bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45 peratus, kacang soya 32 peratus dan kapas sebanyak 52 peratus.

Pengiraan kasar menunjukkan bahawa hasil beras mereka mampu memenuhi pasaran Malaysia serendah RM1.40kg. Apakah yang akan terjadi kepada BERNAS, dan nasib pengeluar tempatan yang lebih kecil?

Harta intelek, paten perubatan & hak cipta

Syarikat farmasi gergasi akan mendapat hak ke atas paten ubat-ubatan dan mengekalkan pegangan hak cipta lebih lama dengan cara yang lebih mudah.

Hal ini akan melewatkan pengeluaran ubat generik dan penggunaan ubat-ubatan penyakit kronik dan melewatkan akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit seperti kanser, HIV dan penyakit kronik lain.

Sebagai contoh, Herceptin, yang digunakan untuk kanser pada masa kini memerlukan RM8,000 setiap rawatan dan memerlukan kepada 17 pusingan rawatan.

Purata kos untuk rawatan pesakit kanser paru-paru boleh mencecah RM44,725 (AS$14,455) setiap tahun untuk seorang pesakit.

Peluang untuk mendapatkan rawatan ubat-ubatan ini semakin berkurang, terutamanya bagi mereka yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi, apabila akses kepada ubat-ubatan generik akan dilewatkan melalui TPPA kerana negara maju akan menambah jangka hayat paten lebih daripada tempoh 20 tahun.

Bahagian Hak Cipta dalam TPPA akan mengakibatkan rawatan perubatan bertambah mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia, aktiviti penyelidikan dan pendidikan juga akan menerima musibah dan kosnya meningkat disebabkan oleh undang-undang hak cipta yang lebih ketat dicadangkan.

Ini termasuklah ‘digital commons' atau harta umum digital seperti sumber maklumat daripada Internet. Undang-undang hak cipta kini akan dipanjangkan hayatnya daripada 50 kepada 120 tahun.

Maksudnya, 70 tahun lagi akses kepada pelajar dan dunia akademik diterhadkan, kerana harga buku rujukan dan sumber maklumat yang begitu tinggi.


ANAS ALAM FAIZLI profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama BLINDSPOT dan BANTAH TPPA, tweet di @aafaizli. Artikel ini bahagian pertama daripada dua bahagian.
Kementerian arah lukisan kontroversi ditarik balik

dikemaskini  Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mengarahkan sebuah lukisan kontroversi yang dipamerkan dalam satu pameran seni lukis 'M50 Selamat Hari Malaysia' di ibunegara, ditarik balik kerana didakwa menghina agama.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata setiap pameran yang hendak diadakan semestinya melalui satu jawatankuasa yang terdiri daripada Balai Seni Visual Negara (BSVN) yang di bawah kementeriannya.

"Dalam soal (karya seni) itu, ia tak ditunjukkan kepada jawatankuasa, tak melalui jawatankuasa, jadi (apabila) benda itu masuk (dalam pameran), orang yang bertanggungjawab itu tidak jujurlah.

"Apabila item itu dipamerkan, kita dapati ia 'offensive'.

"Jadi kita telah mengarahkan ia digugurkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-50 Muzium Negara.
Menurutnya penganjur pameran itu masih dibenarkan untuk meneruskan aktiviti tu sehingga tarikh akhir sebaik lukisan kontroversi itu ditarik balik.
Kelmarin polis mengambil sebuah karya Anurendra Jegadeve yang dipamerkan dalam pameran M50 Selamat Hari Malaysia untuk siasatan terhadap dakwaan menghina agama.

'I is for Idiot' sebahagian daripada siri karya 'ABC For The Middle-Age Middle Classes' (ABC untuk kelas menengah Zaman Pertengahan), diambil daripada Publika Mall, tempat ia dipamerkan.

Difahamkan laporan polis dibuat terhadap 'I is for Idiot' atas dakwaan menghina Islam, antaranya berhubung tulisan bissmillah dalam bahasa Arab.

Semalam Anurendra menjelaskan bahawa karya seni 'I is for Idiot' itu sebenarnya merujuk kepada peristiwa serangan Amerika Syarikat (AS) di Iraq semasa pentadbiran Presiden George W Bush.

Justeru, kata Anurendra, beliau tidak berniat menghina Islam tetapi menunjukkan pendirian berbeza sebagai kebersamaan dengan "warga jalanan Iraq", yang kebanyakannya orang Islam.

Beliau juga menjelaskan ayat al-Quran yang digunakan sebagai mewakili rakyat Iraq. Ia juga diterbalikkan bagi menggambarkan keadaan dunia ketika itu.

"Perkara ini dilakukan, dengan niat, untuk menggambarkan keadaan dalam sejarah dunia apabila semuanya dilihat secara terbalik," katanya.
Mayat bayi baru lahir ditemui terapung di sungai
8:43PM Ogos 31 2013
Mayat bayi lelaki yang baru lahir ditemui terapung di dalam Sungai Pari berhampiran Taman Falim Indah di Ipoh hari ini.
  
Pegawai Bomba Kanan Dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Abdul Manap Hashim berkata mayat bayi itu yang masih bertali pusat dan uri ditemui orang awam yang melalui jambatan di sungai itu kira-kira pukul 5 petang tadi.
  
"Bayi itu ditemui dalam keadaan sudah kembung dan tanpa pakaian. Kita percaya ia baru dilahirkan berdasarkan tali pusat dan uri yang masih ada pada bayi itu," katanya ditempat kejadian.
  
Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan bayi itu dibuang di kawasan berhampiran dan dibawa arus sungai.
  
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.

- Bernama
Pasangan khalwat rayu gambar tidak diambil
  • Pasangan khalwat rayu gambar tidak diambil Penguatkuasa Jaij Batu Pahat sedang memeriksa pasangan berkenaan.
1 / 1
BATU PAHAT - Seorang wanita berusia lingkungan 30an merayu supaya gambarnya bersama pasangan tidak dirakam dalam serbuan di sebuah hotel bajet, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi itu, pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat terpaksa menunggu lama kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, selepas pintu bilik dibuka, pemeriksaan awal mendapati wanita terbabit bersama seorang lelaki dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurutnya, lelaki tersebut yang bekerja di sekitar bandar ini terdiam apabila ditanya mengenai status hubungan mereka, manakala pasangannya merayu berkali-kali supaya tidak dikenakan tindakan.

“Pasangan berusia lingkungan 30-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, tetapi selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk selain beberapa pegawai penguat kuasa mendesak untuk memecah pintu, barulah ia dibuka.

“Hasil pemeriksaan yang kami lakukan mendapati lelaki dan seorang wanita yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai ikatan yang sah dan berada dalam keadaan yang mencurigakan,” katanya.

Saiful Ariffin berkata, pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi.

Jelasnya, mereka ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997.

Tambahnya, pasangan terbabit akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan selesai dilakukan berhubung kesalahan itu.
Tinggal kekasih dalam hutan
  • Tinggal kekasih dalam hutan Polis menahan teman wanita suspek selepas ditemui terhumban dalam semak setelah terbabas.
1 / 1
KULIM -  Gara-gara takut ditahan polis, seorang pemuda berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang mekanik sanggup meninggalkan teman wanitanya di dalam hutan setelah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mereka terbabas.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam di Jalan Batu Empat, Sungai Ular ketika Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim  membuat pemeriksaan rambang di kawasan berkenaan.

Menurutnya, suspek dilihat menunggang dalam keadaan laju bagaimanapun memperlahankan motosikalnya apabila menghampiri polis. Menyedari ramai kalangan penunggang motosikal ditahan, suspek kemudiannya melarikan diri ke kampung berdekatan sebelum diburu polis.

“Suspek cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam kawasan ladang getah. Bagaimanapun taktik digunakannya itu memakan dirinya sendiri apabila motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas.

"Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya bangun dan melarikan diri dalam hutan berdekatan tanpa menghiraukan kekasihnya yang  terhumban  ke dalam semak.

"Walaupun dipanggil beberapa kali oleh kekasihnya, suspek tetap melarikan diri. Teman wanita suspek dan motosikal ditunggang mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut kekasih suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja di sebuah kedai roti itu, dia mengenali lelaki itu setahun lalu dan sekarang tinggal bersama ibu suspek di Terap.

Katanya, disebabkan dia berhadapan dengan masalah keluarga selain mahu selalu bersama teman lelakinya itu, wanita terbabit mengaku sering melakukan hubungan seks dan hidup bersekedudukan bersama kekasihnya.

Polis kemudiannya  menghubungi keluarganya dan meminta datang ke Balai Polis Kulim untuk membawanya pulang ke rumah.

Ibunya ketika ditemui berkata, anak perempuannya memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa dia tinggal bersama seorang rakan perempuan di Kampung Siam dan tidak tahu langsung akan perlakuan buruk dilakukan anaknya itu selama ini.

“Dia tak mahu tinggal dengan keluarga kerana nak bebas. Dia bukan ada pelajaran tinggi, setakat darjah enam sahaja. Kali pertama dia menikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya bercerai.

"Kami sudah menasihatinya tetapi dia tidak mahu dengar. Kehidupan kami memang tidak mewah kerana bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dulu lelaki itu (suspek) memang berhajat hendak meminang anak kami, bagaimanapun majlis itu dibatalkan kerana dia maklumkan kepada kami dia tak ada duit. Saya tahu dia cuma nak main-main kerana anak kami ni janda,” katanya.

Ghuzlan meminta pemilik motosikal Modenas Kriss yang ditahan untuk datang IPD Kulim.
Dicekup bawa balik kekasih gelap
  •  Rahimin Bani Rahimin Bani
1 / 1
BANDARAYA MELAKA - Gara-gara membawa balik ‘kekasih gelap’ ke rumah sewaktu suami keluar bekerja, seorang wanita di Bukit Rambai, dekat sini, dicekup polis dan penduduk awal pagi, semalam.

Dalam kejadian 2 pagi itu, wanita kepada dua anak berusia 27 tahun itu dicekup bersama lelaki berusia 28 tahun selepas didapati berkhalwat di rumah wanita berkenaan.

Pasangan terbabit yang dicekup  sepasukan polis kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit datang setengah jam sebelum dia bersama wanita terbabit dicekup.

Katanya, ketika itu wanita terbabit membuka pintu dan selepas anggota polis masuk dan membuat pemeriksaan menemui lelaki berkenaan di sebuah bilik.

“Lelaki terbabit datang selepas suami kepada wanita itu keluar bekerja dan turut mengetahui temannya itu berstatus isteri orang.

“Wanita itu memberi alasan dia mempunyai krisis rumah tangga dengan suaminya dan memberi alasan tidak mengetahui pukul berapa suaminya bekerja serta mengambil kesempatan mengajak lelaki berkenaan datang ke rumah,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, pasangan berkenaan sudah kenal sejak enam tahun lalu dan lelaki itu pula berstatus bujang.

Ketika wanita berkenaan dan pasangannya dicekup, kedua-dua anak wanita itu tiada di rumah.

“Kehadiran lelaki terbabit disedari penduduk sebelum membuat aduan kepada polis untuk menahan mereka kerana disyaki berkhalwat,” katanya.

Katanya, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Mati ditembak dalam kuil

JAGANATHAN


NUSAJAYA - Seorang bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) yang dipercayai menjadi kepala gengster Geng 21 maut akibat ditembak tanpa belas kasihan ketika dia sedang melakukan upacara sembahyang di sebuah kuil di Taman Nusantara dekat Gelang Patah kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 7.30 malam itu, K. Jaganathan, 37, seorang penternak lembu mati selepas terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan dari jarak dekat oleh seorang lelaki bermotosikal.
Difahamkan, si mati pernah ditahan di Penjara Simpang Renggam, Kluang, Johor selama dua tahun selain turut terlibat dengan kumpulan kongsi gelap.
Geng 21 aktif melakukan pelbagai jenayah di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.
Ketika kejadian, mangsa berada di dalam kuil itu bersama ibu, isteri dan tiga anaknya namun ahli keluarganya tidak cedera.
Ibu Jaganathan, M. Letchumi, 63, berkata, kejadian itu berlaku terlalu pantas apabila seorang lelaki yang memakai topi keledar bertutup penuh, iaitu pembonceng motosikal masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan tembakanbertubi-tubi ke arah anak lelakinya.
Tembakan itu mengenai dada, bahu dan belakang mangsa.
Ketika kejadian, terdapat lebih 10 orang yang sedang bersembahyang di dalam kuil berkenaan bertempiaran lari.
Suspek kemudian beredar bersama seorang lagi rakannya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha LC putih.
"Apa salah anak saya? Mengapa mereka menembak dia tanpa belas kasihan," kata Letchumi ketika ditemui semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, mangsa yang cedera parah disahkam mati selepas dibawa ke sebuah klinik berhampiran dan mayatnya dihantar ke HSA untuk dibedah siasat.
Siasatan awal mendapati si mati yang tinggal di Taman Universiti, Skudai memiliki lapan rekod jenayah termasuk kes bunuh.
"Susulan kejadian tembak itu, polis menahan lelaki berusia 30-an di kawasan Gelang Patah pada pukul 10 malam kelmarin.
"Dengan penahanan itu, kita percaya kes ini dapat diselesaikan," kata beliau.
Polis setakat ini, masih menyiasat motif sebenar kejadian termasuk pembabitan si mati dalam kumpulan kongsi gelap Geng 21 serta aktiviti-aktiviti jenayah lain.

Maut terjun hotel

Oleh MOHD FADLY SAMSUDIN
Selayang: Seorang kakitangan awam terbunuh selepas terjun dari tingkat dua sebuah hotel di Selayang Point, di sini, selepas premis berkenaan diserbu anggota penguat kuasa dalam Op Zina, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi, mangsa yang berusia 43 tahun ditemui dalam keadaan tertiarap di belakang hotel selepas panik dengan kehadiran pihak berkuasa yang melakukan pemeriksaan ke biliknya.
Operasi diketuai penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) itu turut dijalankan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak sempena malam ambang kemerdekaan.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang panik dengan kehadiran anggota penguat kuasa nekad terjun dari tingkat dua hotel.
FotoMAYAT lelaki selepas terjun dari hotel.

“Ketika serbuan, mangsa dipercayai berdua-duaan bersama teman wanitanya di bilik hotel. Akibat terjatuh dari ketinggian itu, mangsa cedera parah di kepala,” katanya.

Mangsa trauma, takut

Kuala Lumpur: “Dia mendakwa bapa ayam itu menggertak bahawa seorang wanita pernah dibunuh kerana cuba melarikan diri,” kata Wati, 32, wanita yang membantu menyelamatkan seorang gadis dari selatan Filipina daripada berterusan menjadi mangsa sindiket pelacuran di Sandakan, Sabah.
Sebelum itu, gadis malang berusia 24 tahun dikenali sebagai Lisa itu diperdaya sindiket pelacuran antarabangsa sebelum dijual dan dipaksa menjadi pekerja seks di daerah itu sejak 11 Julai lalu.
Selama 16 hari Lisa menderita apabila terpaksa melayan nafsu buas lelaki tanpa kerelaannya hingga menyebabkan dia mengandung.

Lisa juga dikurung di sebuah apartmen bagi mengelakkannya melarikan diri daripada jagaan bapa ayam.
FotoLISA mangsa tipu agensi pekerjaan.

Sengsara Lisa berakhir selepas diselamatkan keluarga Wati pada 27 Julai lalu sebelum diletakkan dalam jagaan polis sejak 24 Ogos lalu hasil bantuan Metro Ahad.

Bekas anggota TUDM mati ditembak

Posted on the September 1st, 2013 under Tempatan by admin




IPOH: Seorang bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mati ditembak berhampiran restoran milik bapanya di deretan premis perniagaan di Jalan Permasuri Mazwin, Taman Rishah, Silibin di sini pagi tadi.
Mangsa S. Jambukeshan, 39, yang mempunyai tiga orang anak meninggal dunia ketika dibawa anggota keluarganya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Mangsa yang bersara selepas 19 tahun berkhidmat dengan TUDM kini membantu perniagaan restoran bapanya.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika mangsa mahu mengeluarkan barangan dari kereta Perodua Kancil di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 30 meter dari restoran bapanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata semasa mangsa keluar dari keretanya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih perak tiba-tiba menghampiri mangsa dan seorang suspek yang memakai topi keledar dengan cermin muka penuh keluar dari kereta itu lalu melepaskan beberapa das tembakan.
“Suspek kemudiannya terus masuk ke dalam kereta Vios itu dan melarikan diri. Polis percaya terdapat sejumlah suspek di dalam kereta itu.
“Kita akan dapatkan rakaman kamera litar tertutup mengenai kejadian,” katanya kepada pemberita di Balai Polis Taman Rishah di sini hari ini.
Sum berkata polis menjumpai tiga kelongsong peluru dan slug jenis .9mm di tempat kejadian.
Beliau berkata polis sedang menyiasat motif pembunuhan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi mana-mana balai polis.
Astro Awani

Tiada ulasan: