Posted on Sunday, September 15 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
NGO bantah dialog Mujahid di gereja Kristian
Sekumpulan NGO pro-Melayu membantah penganjuran majlis dialog anjuran MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama sekumpulan penganut Kristian yang dijadualkan berlangsung esok di Pulau Pinang.
Laporan Mingguan Malaysia hari ini memetik kenyataan jurucakap kumpulan aktivis tersebut, Azmi Jaafar yang berkata dialog tersebut sepatutnya menampilkan tokoh yang arif mengenai Islam dan bukannya pemimpin politik seperti Mujahid.
"Kita bimbang ada pihak menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam.
"Kita tidak menghalangnya tetapi sepatutnya dialog itu diberi peranan kepada orang yang fasih tentang Islam seperti mufti," katanya yang mewakili Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN).
Menurut laporan Utusan, NGO terbabit turut membuat laporan polis ke atas majlis dialog yang dijadualkan berlangsung di Gereja St Mark, Butterworth, malam esok.~malaysiakini
addin77.blogspot.com
NEP (New Economic Putsch) - Najib's New Economic Model.
Posted on Sunday, September 15 @ 21:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Just yesterday amidst the pomp and splendour, PM Najib the UMNO president, announced his Permerkasaan Ekonomi Bumiputera. I translate that loosely into English as The Empowerment of Bumiputera economics. I haven't seen the English version.
Muhyidin says he is all for the economic push. It's a lucky day says he. Except he has got it wrong. It will not be a push but it will be a putsch.
Where was it declared? It was done at the UITM main hall in Shah Alam. UITM in the words of the PM, is the ultimate symbol of Malay achievements and potential. That symbolism- I don't find objectionable.What are disturbing are the increasingly flawed leadership qualities of the PM as the proclaimed leader of all Malays. I hear him. I hear him loud and clear as he thanked all the Malays for their fabled support that allowed UMNO to increase its parliamentary seats from 79 to 88. He can only point that part of his generalship from the recent GE. He won't fool everyone.
Of course he didn't and won't qualify this claim by revealing that UMNO increased the number of seats due to gerrymandering and because of unfair voter density in the constituencies. He did not qualify it by saying he only got 133 seats compared to 140 in the previous administration. And he of course didn't say that he only managed 47% of the popular votes and that he failed to regain Selangor where UITM is itself located.
Here is a leader who revelled in ceremonies and decorum. It is anyone's guess to imagine how much money was spent to set up the prop and stage from which the emperor shall issue the edicts and dictates for an economic blueprint for the Malays. If anything, Najib was emperor-like when he announced the economic blueprint for the Malays.
If Tun Razak were to declare such a plan, he would have done it in a natural and unaffected setting. It's a blueprint for the poor and yet the declaration is done in all its pomp and glory more fitting and suitable for a declaration of a business model for corporate mandarins. No doubt many of the Malay economic mandarins were around on hand in the PM's entourage and salivating at the prospects of stealing more.
The first thing that comes to mind- now which of the consultants came up with this idea for the PM to announce? Maybe not many people have realised this, but Najib began the era where many of the ideas and initiatives- as Najib cautiously describes them, are produced by consultants. I am not surprised when friends in the government tell me that the upcoming Budget for 2014 is prepared mostly by consultants with little involvement from officers and researchers in the Finance Ministry. How do we expect government officers to wholeheartedly support the Budget if the final version of the budget wasn't the result of much involvement from them? How do you expect them to defend what you can't claim ownership on? You are asked to implement a version which is put up by consultants using the diverse inputs supplied by them in the first place.
We begin by asking who are the Bumiputeras that Najib has in mind. 60% of our population of around 28 million is Malay. That's about 16.8 million Malays. 8% are non-Malay Bumiputeras. That's another 2.2 million non Malaybumis. Altogether there about 19 million Malays and Bumputeras. The average monthly income of these Bumputeras says the PM is RM4457 I can only exclaim, hip hip hooray.
Najib's declaration of a new economic agenda or blueprint for Malay and Bumupetras has the immediate effect of infusing renewed confidence and comforting feelings among the Malays. It gave many Malays the placebo effect at once. But that is all they will get.
What does the declaration mean actually? I am fearful more for the Malays because I think they are going to be misled further. The basic cause for the failure of Malay economics thus far has not been addressed. What is that? In my mind it's the idea of unqualified entitlement which needs to be secured only by means of edicts and dictates.
Rights and privileges are thought as being birth right entitlements and so create the false thinking that they do not have to be qualified by hard work or corresponding educational levels. Malays are thought to believe that every one of them ought as a right, to become millionaires by way of declaring an edict.
That being so, the new economic blueprint for the Malays is set to become the NEP with a vengeance. Prepare and brace ourselves for economic marauding by the elite and powerful Malays as they use the new empowerment tools and instruments to muscle their way into the economy at the expense of the majority Malays who will continue to be left out.
Do we remember what happened to the RM54billion worth of shares and equities distributed to Malays during the NEP period? RM 52 billon worth has been sold off by the Malay sell-outs. The Malays are left with RM2 billion.
For as long as the Malays are not programmed to believe at the onset that rights and entitlements are objects that you qualify for, there won't be the drive and vibrancy to sustain the Malay economy. How does the Malay qualify? Qualify by working hard to secure the fruits of your labour and qualify by developing technical skills and education. Because in the end of it all, there is no such thing as a free lunch. One is rewarded according to the qualifications one puts in.
Najib is doing a great disservice to the Malays by entrenching the free lunch mind-set. Many Malays will now believe that their economic entitlement is an unqualified right. Malay economics will now become an enforcement of edicts regime.
sakmongkol AK47
http://sakmongkol.blogspot.com
Pemerkasaan agenda Melayu; golongan miskin India tetap disisih
Posted on Sunday, September 15 @ 23:55:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Purata jangkaan hayat untuk seseorang lelaki di Malaysia ialah 72.0 tahun.
(a) Seseorang lelaki Cina di Malaysia pada puratanya akan mencapai usia 74.5 tahun. Seseorang lelaki keturunan India di Malaysia pula pada puratanya akan hidup sehingga umur 68.0 tahun sahaja.
Terdapat perbezaan 6.5 tahun di antara purata jangkaan hayat seorang lelaki Cina dan seorang lelaki etnik India.
Warna kuning pada carta garis di bawah menandakan lelaki Cina manakala garis hijau menandakan lelaki India.
Maklumat di atas diperolehi daripada data tahun 2009-2011 jangkaan hayat Jabatan Perangkaan.
(b) Seseorang perempuan Cina pada puratanya akan mencapai usia 80.0 tahun. Seseorang perempuan keturunan India pula pada puratanya akan hidup sehingga umur 76.8 tahun.
Terdapat perbezaan 3.2 tahun di antara purata jangkaan hayat seorang perempuan Cina dan seorang perempuan etnik India.
(c) Sungguhpun orang India kedua-dua jantina lebih pendek usia berbanding Melayu dan Cina, namun jurang perbezaan di antara jangkaan hayat lelaki India dengan lelaki kaum-kaum lain nampak ketara lebih besar.
Sementara itu, perbezaan di antara jangkaan hayat perempuan India dengan perempuan kaum-kaum lain adalah lebih kecil. Fakta ini diperlihatkan menerusi dua carta di atas — bagi lelaki, jarak menegak di antara garis kuning dan hijau adalah lebar manakala bagi perempuan, jarak di antara garis-garis pelbagai warna adalah lebih sempit.
(d) Perbezaan jangkaan hayat di antara lelaki India dan lelaki Cina – iaitu 6.5 tahun – adalah hampir dua kali ganda perbezaan jangkaan hayat di antara perempuan India dan perempuan Cina, iaitu 3.2 tahun.
Dari segi kaum dan jantina, statistik bagi lelaki India adalah merupakan ‘outlier’, yakni di luar daripada arus perdana. Gejala ini diperlihatkan pada carta palang di atas. Nyata lelaki India pendek umur.
Tambahan lagi, jangkaan hayat bagi lelaki India (68 tahun) adalah empat tahun lebih pendek daripada purata nasional jangkaan hayat (72 tahun) bagi lelaki merentasi kaum.
Rekod-rekod kelahiran (sijil lahir) dan kematian (sijil mati) pada lazimnya adalah agak tepat.
Penakat Sekarang cuba kita lihat pada penakat (survivorship).
Daripada setiap 100,000 kelahiran bayi lelaki dalam tahun 2011, seramai 98,767 orang lelaki Cina akan mencapai usia 25 tahun (ditandakan kotak kuning dalam jadual atas) berbanding dengan seramai hanya 97,200 orang lelaki India (ditandakan kotak merah) yang akan mencecah usia 25 tahun.
Jurang yang lebih besar lagi diperlihatkan pada takuk umur 30 tahun, iaitu lelaki Cina 98,326 orang berbanding lelaki India 95,722 orang daripada setiap 100,000.
Bermakna sekitar usia 25-30 tahun itu adalah tempoh risiko tinggi bagi lelaki India di Malaysia. Antara salah satu sebab ialah kerana pada umur ini, ada sebilangan lelaki India mungkin terlibat kegiatan gangsterisme dan boleh jadi mati ditembak polis ataupun maut akibat pergaduhan dan keganasan.
Pada usia 25 tahun, seorang lelaki Cina mempunyai kebarangkalian 0.00446 (lihat kotak kuning) dia akan menemui ajal. Bilangan kematian lelaki Cina pada usia 25 ialah sejumlah 441 orang daripada setiap 100,000 kelahiran.
Pada usia 25 tahun, seorang lelaki India pula mempunyai kebarangkalian lebih besar, yakni 0.01521 (lihat kotak merah) dia akan menemui ajal. Bilangan kematian lelaki India pada usia 25 ialah sejumlah 1,478 orang daripada setiap 100,000 kelahiran.
Statistik yang dirujuk jelas menunjukkan perbezaan di antara kaum. Bilangan lelaki India yang mati sekitar umur 25 tahun adalah lebih tiga kali ganda berbanding lelaki Cina.
Lelaki Cina mempunyai kebarangkalian 80.5 peratus akan mencapai usia 65 tahun. Lelaki India hanya mempunyai kebarangkalian 63.8 peratus sahaja akan boleh hidup sampai ke umur 65 tahun.
Salah satu sebab mungkin berpunca daripada faktor kemiskinan dengan kesannya lelaki India itu kurang sihat ataupun tidak mampu mengubati penyakit yang dihidapnya.
Secara keseluruhan, tidak dipertikaikan bahawa masyarakat India yang terpinggir hidup melarat.
Gambar: Suspek lelaki India ditembak mati polis di Jalan Cheng, Melaka tiga hari lepas
Kenapa lelaki muda India boleh terjebak jenayah? Faktor-faktor sosioekonomi umpamanya keluarga berpendapatan rendah, diri tidak berpelajaran, berasal daripada latar isi rumah yang porak-peranda, dsb mungkin mendorong kepada gejala golongan muda India terlibat dengan kegiatan-kegiatan geng bersenjata.
Matlamat asal Dasar Ekonomi Baru ialah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Selama berlangsungnya DEB dan pelaksanaan rancangan-rancangan pembangunan kerajaan yang menyusulinya, banyak tumpuan telah diberikan kepada usaha membangkitkan kaum Melayu.
DEB berjaya meningkatkan taraf hidup kelompok Melayu tetapi kelompok India miskin masih ketinggalan dan hidup terbiar atau duduk sebagai setinggan di bandar setelah terjadinya pembubaran ladang-ladang getah.
Kelmarin Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan Agenda Bumiputera kerajaan BN yang bertujuan mengembangkan ekonomi negara serta menghulur bantuan berasaskan program kaum. Sekali lagi bangsa India terkebelakang.
Untuk memenuhi agenda baru bumiputera, beberapa lagi kampus baru UiTM khusus untuk majoriti penuntut Melayu akan dibina.
Mana peluang pendidikan tinggi dan pekerjaan serta membaiki diri ada disediakan bagi kaum India?
Itulah.
Statistics don’t lie.
HELEN ANG
http://helenang.wordpress.com
While wishing Malaysia “Happy Birthday” …
Posted on Sunday, September 15 @ 23:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
On August 28, 1963, Martin Luther King Jr, among others, led a civil rights march on Washington for “jobs and freedom”. There, he delivered his famous “I have a dream” speech, saying he was there to “cash a cheque” for “Life, Liberty and the pursuit of Happiness.”
He spoke of an America where his children “will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.
He concluded: “And when this happens, when we allow freedom to ring, when we let it ring from every village and every hamlet, from every state and every city, we will be able to speed up that day when all of God’s children, black men and white men, Jews and Gentiles, Protestants and Catholics, will be able to join hands and sing in the words of the old Negro spiritual, ‘Free at last, free at last. Thank God Almighty, we are free at last’.”
Nineteen days later, our father of independence, Tunku Abdul Rahman, stood before a nation and said: “Now finally, the peoples of Malaysia are celebrating the establishment of Malaysia. This is the time to think earnestly and hopefully on the future of Malaysia as the whole country resounds with joy.
“So I pray that God may bless the nation of Malaysia with eternal peace and happiness for our people.
“The Federation of Malaya now passes into history. Let us always remember that the Malayan Nation was formed after many difficulties during a long period of national Emergency, yet its multi-racial society emerged, endured and survived as a successful and progressive nation, a true democracy and an example to the world of harmony and tolerance.
“As it was with Malaya, so it can be with Malaysia. With trust in Almighty God, unity of purpose and faith in ourselves, we can make Malaysia a land of prosperity and peace.
“In doing so, let every Malaysian in all the States of Malaya, Singapore, Sarawak and Sabah ensure that our Malaysia is truly worthy of the aims and hopes we have shared, the trials and stress, we have endured, in working together to achieve our common destiny.
“MERDEKA! MALAYSIA!”
Both of them are great men. Both shared a dream. While King dreamed of a day “when all of God’s children, black men and white men, Jews and Gentiles, Protestants and Catholics, will be able to join hands”, the Tunku recognised that Malaysia’s “multi-racial society emerged, endured and survived as a successful and progressive nation” and he wished for a Malaysia that “is truly worthy of the aims and hopes we have shared”.
Fifty years on and now America has a black President. Unfortunately, Malaysia is still grappling with the “ownership” of the word “Allah”; which race should get more or less; which institute of higher learning should be restricted to which race; who should be empowered to determine the religion of a child and the likes.
We should not, however, forget that Malaysia is only 50 years old while America is 237 years old. In terms of nation-states, Malaysia is but a small kid in pre-school.
The greatness of any country is not measured by the absence of crisis but, in my opinion, by how the country rises itself from a crisis to become better, stronger and wiser.
May 13, 1969, for example, left a huge black blot on Malaysia’s white historical canvas. But the real question is whether we have learned anything from that sad and very unfortunate episode and whether we have emerged a better nation since then. There is of course the Tanda Putera film which suggests that to some people May 13, 1969 is all about finger pointing and blame games. However, the strong public opinion against that film and the general reaction of distaste at the film is suggestive of a citizenry which is matured, idealistic and adverse to racial polarisation. That is heart-warming.
Oh yes, we have had our moments of shame. The Memali incident. The rape of the judiciary. The famous black-eye incident. The Al-Ma’unah botched uprising. The sodomy trial. The Operasi Lalang. The cow head shame. The Allah issue. The body snatching incidences. And so on.
But each of them was met with incredulity by the society at large. And each time it happened, there are brave voices of dissent fighting to be heard and were in fact heard. Never mind that the powers that be had sometimes brushed aside these voices. That’s politics. The bulk of the mature and level-headed citizenry dabbles in politics but are not consumed and drowned by politics. That to me is a good sign. It is a good sign for a young child in pre-school to notice all these; to analyse and to learn from them.
At the end of the day what marks a great country are not the monuments, the highways, the racing tracks or the administrative centres. It is the soul of the country. It is the soul and spirit of its people. It is US, the children of the country.
We determine everything. Regardless of what is thrown at us, we hold the option. Do we want a Malaysia which is “is truly worthy of the aims and hopes we have shared” or a Malaysia with endless hatred, bigotry, bickering and fractiousness?
Do we, as a people want the next 50 years to define us?
Or do we, as a people, wish to define the next 50 years? – September 15, 2013.
Art Harun
Special to The Malaysian Insider
September 15, 2013
* Azhar “Art” Harun is a Malaysian.
Jangan tadbir kerajaan seperti mengurus khairat kematian
Posted on Sunday, September 15 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
BN khususnya UMNO perlu kembali kepada asas (basic) politik sebenarnya yang telah membezakan kejayaan dahulu dengan kegagalannya sekarang ini. Tidak munasabah tidak ada kelainannya jika tidak ada perbezaan dahulu dan sekarang. Jika ia sama seperti dahulu masakan sekarang keadaan rakyat tidak seindah dahulu.
Benar, lain dahulu lain sekarang, dan keadaan berbeza tetapi asas
perjuangannya jangan sekali-kali berubah. Ia mesti berdasarkan kepada
menjaga perpaduan kaum dan mengisi kemerdekaan negara dengan pembangunan
rakyatnya secara menyeluruh yang berpandukan kepada budaya dan identiti
negara dan rakyat yang kukuh.
Tetapi faktor penyebab kenapa dahulu kita berjaya perlu diperkaya dan
diperkuatkan, itu merupakan tuntutan zaman dan waktunya. Sebenarya
budaya kehidupan termasuk budaya politik merupakan faktor yang
terpenting. Apabila perubahan kepada budaya itu berlaku maka kita semua
harus bertanggungjawab dengan perbezaan dengan dahulu itu, kerana itu
adalah hasil dari perbuatan dan perlakuan kita sendiri.
Hidup ini termasuk politik mesti mempunyai nilai dan ‘virtues’ yang
selari dengan keadaan rakyat dan dalam kes negara kita ini, budaya
itulah yang difahami dengan baik oleh pemimpin-pemimpin dahulu seperti
Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Razak dan Hussein. Asas kita bersatu
diantara semua kaum contohnya, ia terlandas kepada asas yang sangat
sempit dan tidak boleh dianjak dan dialih dengan mudah jika kita mahu
perpaduan itu terus menerus wujud dan mengamankan kehidupan kita semua.
Tetapi oleh kerana kita dipimpin oleh seorang atau kumpulan pemimpin
yang kononnya hendak melakukan semua perkara semasa pemerintahannya,
maka isu moral dan nilai serta adab dan adat yang ada kepada kita
diketepikan maka kita terimalah badainya sekarang ini. Setiap kaum dan
bangsa ada adat dan cara hidupnya sendiri.
Bermula dari kepimpinan lapan puluhan, semuanya ini telah diubah diatas
nama kemajuan dan kemodenan. Kita hilangkan identiti kita sendiri.
Menganjak dan mengalih ‘paradigm’ yang dilakukan oleh Mahathir dahulu
memulakan perbezaan keadaan siasah negara kita. Mengalih dan menganjak
budaya siasah kita itu telah menghilangkan segala sahsiah politik kita
dan ia telah menjadikan rakyat lupa kepada nilai dan ‘virtues’ yang baik
yang ada dikalangan bangsa-bangsa dinegara ini.
Jika kita baca dan lihat Bab3 Perlembagaan parti pemerintah UMNO itu
pun tidak terlaksana. Dalam Bab itu telah nyata ditulis yang budaya
rakyat mestilah budaya keperbilangan kaum yang berteraskan kepada
kebudayaan Melayu. Malahan pemimpin-pemimpin besar pun ada yang belum
pun terbaca Bab ini dan tidak pun memahami kandungan Perlembagaan parti
yang telah menjadikan masing-masing pemimpin yang bernama dan bergelar.
Itu sebenarnya penyakit yang dihadapi oleh siasah negara kita hasil
dari peralihan ‘paradigm’ yang sangat sensitif itu. Maka wujudlah
masalah dalam mana kerajaan terpaksa melakukan tindakan tanpa
perancangan dan tindakan mereka selalu dilakukan secara 'ad hoc'.
Masalah tidak diselesaikan dengan perancangan yang betul. Pembayaran
BRIM, bayaran ‘one offs’ kepada beberapa sektor awam itu semua tindakan
'ad hoc' tanpa perancangan tersusun. Semuanya ini merupakan tindakan
menghilangkan sakit tetapi tidak pernah berusaha menghilangkan penyakit
yang menghinggapi negara.
Semuanya tidak terancang sehinggakan terpaksa memujuk kaum India dengan
berbelanja puluhan dan ratusan juta ringgit untuk sekolah Tamil dan
berbagai-bagai lagi dorongan untuk kaum India. Begitu juga dengan
sekolah jenis kebangsaan Cina yang disogok dengan pemberian dan
peruntukan secara 'ad hoc' semata-mata kerana hendak membeli jiwa dan
raga kaum Cina dalam setiap pilihanraya.
Berbelanja secara ‘impulsive’ ini membebankan rakyat. Jumlahnya
berbillion-billion ringgit. Kita bernasib baik kerana kita ada Petronas
yang ditubuhkan oleh pimpinan masa dulu yang sentiasa dijadikan sumber
kewangan bagi kerajaan berbelanja seperti membelanjakan wang datok nenek
mereka sendiri. Selain dari itu sumber wang rakyat yang lain seperti
KWSP dan KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) dan yang lain-lain terpaksa
menjadi bahan gadaian untuk kepentingan politik parti yang kian hari
kian lemah.
Sumber kekayaan dari Petronas itu jika ada di negara Scandinavia atau
negara Eropah yang lain kita tidak dapat bayangkan bagaimana kemajuan
negara-negara tersebut. Tanpa sumber asli seperti minyak itu pun
negara-negara tersebut telah menjadi negara yang mempunyai pe kapita
pendapat yang lebih tinggi dari negara G8 sendiri. Disebaliknya
disebalik kekayaan yang kita ada kita masih ketinggalan dengan banyak
negara, waimma dari negara-negara jiran kita sendiri.
Cara Najib dan barisan pimpinannya berbelanja tidak memerlukan orang
yang cerdas. Sesiapa yang diberikan kuasa seperti itu boleh berbelanja.
Bak kata setengah orang, ‘nothing to shout about’. Pengurusan kerajaan
bukannya seperti pengurusan khairat kematian. Bagi Najib, wang yang
dibelanjakan itu bukannya wang beliau, tetapi wang itu adalah wang
rakyat. Kerana apa keadaan ini berlaku? Jawapannya kerana mereka
bukannya ‘planners’ atau perancang yang berkemampuan. Itu sebab
semuanya dilakukan kerana kepentingan politik peribadi dan kepartian
masing-masing.
Apabila negara di urus secara tidak tersusun dan baik, maka wujud kesan
sampingan seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berterusan
tanpa had. Di tambah pula dengan kefakiran jiwa kepimpinan itu maka
rasuah menjadi cara hidup dan siasah negara.
Politik menjadi kacau bilau dan parti-parti politik yang mana sekali
pun tidak dapat diyakini. Kekeruhan perhubungan diantara kaum semakin
menjadi-jadi dan polarisasi kaum bertambah nyata. Tidak ada satu kaum
pun mempunyai rasa percaya dan mempercayai diantara satu dengan lain.
DAP yang memperjuangkan keperbilangan kaum di negara ini juga tidak
melaksanakan apa yang mereka laungkan dan parti ini telah menggunakan
kaum Melayu dan India sebagai penampal poster sahaja. Tetapi tidak boleh
di salahkan DAP semata-mata kerana parti itu tidak percayakan orang
Melayu.
Maka DAP meletakkan semua kaum Cina sebagai calon di Pulau Pinang dan
mana-mana negeri sekalipun dan hasil dari kejayaannya sejak akhir-akhir
ini. Parti itu nampak lebih angkuh dengan berbagai-bagai kesalahan
seperti yang berlaku dalam mana-mana parti dalam BN juga.
Elemen tamakkan kuasa sudah terlalu jelas dan tidak dapat dibayangkan
bagaimana sikapnya jika Tuhan izinkan parti ini bersama-sama berkuasa di
Putrajaya selepas PRU 13 yang lepas. ‘Attribute’ terlalu 'kecinaan'nya
tidak dapat dinafikan kerana sekarang kita boleh lihat dengan mata
kepala kita sendiri hasil kerja parti itu dalam PRU yang lalu.
Laungan parti itu tidak lagi laku kepada keseluruhan rakyat dan ini
merupakan kejayaan yang optima bagi parti itu. Selepas ini dijangka
parti itu akan menghadapi zaman menurunnya ditambah pula dengan masalah
dalaman yang sangat besar yang sedang wujud di dalamnya.
Semuanya ini kerana kerakusan. Tidak akan kekal lama sesebuah parti
yang dikuasai oleh segelintiran atau satu keluarga sahaja. Walaupun
parti itu bukannya parti yang bersifat ‘mass movement’, ia mudah di
fahami oleh rakyat termasuk ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya
sendiri.
DAP telah gagal untuk membuktikan yang parti itu adalah ‘multiracial’
dalam PRU yang lalu. Yang nyata parti itu tetap parti Cina dan jangan
ada yang menafikannya. DAP tidak boleh menyorok di sebalik telunjuk atau
disebalik pelita yang terang.
'Once a liar, it remains a liar'…and forever.
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan