Posted on Thursday, September 19 @ 15:48:39 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya.
Kelebihan:
1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.
2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.
3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.
Sumber: http://nursyirah.wordpress.com
Rashid Sidek sah letak jawatan
Posted on Friday, September 20 @ 07:10:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
JURULATIH badminton perseorangan negara, Rashid Sidek mengumumkan peletakkan jawatannya dari Persatuan Badminton Malaysia, (BAM) hari ini.
Rashid dilaporkan sukar bekerja dibawah pucuk pimpinan baru BAM, yang diketuai Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.
Beliau disahkan menghantar surat peletakkan jawatannya kepada pengurus besar BAM, Kenny Goh.
Selain kesukaran bekerja di bawah pimpinan baru BAM, Rashid juga dilaporkan sukar bekerja di bawah pengarah pengurusan bakat BAM, Tan Aik Mong.
Kenny turut mengesahkan peletakan jawatan Rashid kepada sebuah stesen televisyen.
Beberapa hari lalu, Rashid diletakkan dibawah penyeliaan abangnya, Razif Sidek selepas Aik Mong melakukan beberapa perubahan dalam struktur kejurulatihan BAM.
Aik Mong ketika dihubungi enggan mengulas mengenai peletakkan jawatan Rashid, kerana satu sidang media tergempar akan diadakan di Pejabat BAM pada Jumaat.
Tindakan Rashid ini jelas satu tamparan buat BAM dan ia perlu ditangani segera.
Sebelum ini, seorang lagi abang kepada Rashid, Datuk Misbun Sidek turut mengambil tindakan sama pada 2010.
SINAR HARIAN
Senarai rasmi calon layak bertanding diumum Selasa ini
Posted on Thursday, September 19 @ 20:09:35 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Senarai rasmi calon yang layak bertanding bagi pemilihan UMNO Oktober ini akan diumumkan Selasa ini, setelah penamaan calon ditutup pada 5 petang Sabtu ini.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata tempoh bertenang selama tiga hari itu bertujuan memberi ruang kepada Jawatankuasa Pemilihan membuat saringan bagi menentukan kelayakan bakal calon untuk bertanding.
Bercakap kepada Bernama selepas sesi simulasi pencalonan di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini, Abdul Rauf berkata tempoh itu juga bagi membolehkan mereka yang telah menghantar borang pencalonan untuk menarik diri daripada bertanding.
"Kita tidak ada tempoh bantahan seperti pilihan raya, tetapi penolakan mungkin ada kalau ada maklumat yang tidak betul.
"Bagi yang hendak tarik diri, (beliau) boleh maklumkan kepada jawatankuasa, atau jika kenyataan penarikan diri itu dibuat melalui media pun, (ia) akan dikira (sebagai tarik diri) asalkan ia dikeluarkan oleh bakal calon sendiri dan dibuat dalam tempoh bertenang," katanya.
Abdul Rauf berkata selepas tempoh bertenang berakhir, senarai calon yang layak bertanding akan dimuktamadkan sebelum diumumkan.
Kemudian, ibu pejabat UMNO akan mencetak kertas undi yang berkualiti tinggi dengan dilengkapi 18 ciri keselamatan termasuk nombor siri, katanya.
Beliau berkata kesemua kertas undi pula akan diedarkan kepada semua Bahagian UMNO selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh pemilihan dijalankan.
"Saya jamin ia akan sampai seminggu sebelum hari pengundian kalau keadaan logistiknya baik. Kalau tidak...sehari sebelum itu.
"Jawatankuasa pemilihan Umno akan meneliti setiap kertas undi yang diedarkan ke seluruh bahagian bagi memastikan ketelusannya dan ia dijamin selamat," katanya.
Tarikh mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian dan pemilihan bagi jawatan Exco pusat bagi ketiga-tiga sayap parti itu akan diadakan serentak pada 12 Oktober ini.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan peringkat Bahagian dan jawatan Majlis Tertinggi pula dijadualkan serentak pada 19 Oktober.
Perhimpunan Agung UMNO 2013 akan diadakan dari 2 hingga 7 Disember depan. -BERNAMA
Ketua Wanita: Shahrizat nafi halang Azalina bertanding
Posted on Thursday, September 19 @ 20:25:03 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUALA LUMPUR 19 Sept. - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa wujud usaha daripada pihaknya menggesa Datuk Seri Azalina Othman memberi laluan kepada beliau mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO.
Shahrizat memberitahu, tidak ada usaha seumpama itu kerana beliau bukanlah seorang yang begitu terdesak dan percaya Azalina juga berpendirian sama.
"Saya tidak begitu terdesak, dan saya berpendapat Azalina juga tidak terdesak. Kami berdua mempunyai visi masing-masing.
"Kami mempunyai ramai sokongan akar umbi yaang serupa. Kami berjuang untuk wanita dan juga rakyat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
UTUSAN ONLINEwww.utusan.com.my
Pemilihan UMNO: yang menang dan yang kalah sama saja
Posted on Thursday, September 19 @ 18:43:40 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Dr Mahathir menulis dalam blognya beberapa hari lepas dan memberikan anggapan yang UMNO sedang menghadapi penyakit tua dan akan mati tidak lama lagi. UMNO tidak lagi menggalakkan penyertaaan orang muda-muda dan yang tua-tua tidak mahu berundur bagi memberi tempat kepada yang muda-muda untuk mendapat tempat.
Tetapi keadaan ini bermula dari beliau mengambil alih kuasa negara dan
beliau telah membunuh kerjaya pemimpin-pemimpin yang muda lagi berwibawa
semasa beliau mula mengambil tempat kepimpinan parti dan negara ini.
Malahan itulah tindakan yang mula-mula dilakukan oleh Dr Mahathir semasa
beliau mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Hussein Onn.
Mana-mana pemimpin yang beliau anggap akan mencabar kewibawaan beliau
telah beransur-ansur diketepikan secara sistematik.
Beliau tidak mahu sesiapa yang cerdas di sekeliling beliau semasa
menjadi Perdana Menteri. Kesalahan dan kelemahan mana-mana pemimpin yang
bersama beliau adalah asset politik kepada beliau dan mudah bagi beliau
menentukan politik mereka itu. Beliau tidak seperti pemimpin sebelum
beliau yang menggalakkan dan mendidik pemimpin-pemimpin pelapis yang
berwibawa.
Hasil
kerja tangan beliau yang nyata pada hari ini ialah apa yang kita lihat
sekarang. Kalau beliau mendidik dengan jujur kepimpinan partinya masakan
pemimpin seperti Abdullah Badawi dan Najib menjadi pewaris kepada
kepimpinan beliau. Dr Mahathir sendiri menganggap pemimpin partinya
sebagai ‘Red Indians’ sahaja dan beliau tidak mahu pemimpin-pemimpin
yang benar-benar berwibawa berada di dalam kabinetnya. Beliau hendak
berkuasa seorang diri tanpa sesiapa yang berani menasihati beliau.
Pemimpin didikan pucuk pimpinan Tun Razak dan Tunku Abdul Rahman yang
berusia sepuluh atau dua belas tahun lebih muda dari beliau pun beliau
bunuh secara halus dan ini sudah menjadi budaya kepada UMNO dan pucuk
pimpinan sendiri. Beliau sendiri duduk di kerusi kuasa selama 22 tahun
dan dalam menduduki kerusi kuasa lebih dua dekad itu beliau telah
melakukan segala-galanya untuk mempertahankan keenakkan kuasa itu.
Untuk mengelakkan yang lebih muda dari beliau mengambil alih
kepimpinan, beliau telah membunuh partinya sendiri dan telah
menghancurkan semua sistem dan institusi demokrasi dan sakitnya
dirasakan oleh ramai sehingga ke hari ini. Seburuk-buruk pimpinan UMNO
selepas ini tidak akan ada yang akan sanggup melakukan apa yang Dr
Mahathir telah lakukan untuk mengekalkan kuasa. Kos untuk mengekalkan
kuasa untuk Mahathir begitu mahal harganya.
Kata-kata Dr Mahathir itu sebenarnya adalah untuk dirinya sendiri,
bukannya untuk diri mereka yang mewarisi kepimpinan beliau. Malahan
kelemahan kepimpinan selepas beliau bersara itu adalah hasil kerja
tangan beliau sendiri. Semasa pimpinan beliau hanya beliau sahaja yang
dibenarkan berfikir untuk yang ramai. Tugas dan tanggungjawab yang lain
hanyalah untuk mengangguk dan mengiyakan sahaja apa yang beliau katakan
dan lakukan.
Berkata-kata benar adalah salah dan memberikan pandangan yang berlainan
dari pandangan beliau dianggap sebagai tidak menyokong beliau.
Pandangan dari Perdana Menteri yang bersara tidak di indahkan tetapi
beliau tidak berpuas hati jika Perdana Menteri-Perdana Menteri selepas
beliau tidak mendengar kata-kata beliau.
Sekarang beliau menyebut tentang penyertaan pimpinan muda dalam UMNO
yang beliau pernah lakukan. Sekarang ini beliau menuduh yang pimpinan
sekarang tidak mahu membawa pemimpin pelapis yang muda pula. Mungkin
kerana beliau mempunyai zuriat yang masih muda dan ingin mencelah untuk
menjadi pemimpin negara membuatkan beliau bercakap tentang penyertaan
pihak yang muda dalam kepimpinan UMNO. Dalam nafas yang sama beliau
tidak bersetuju dengan Khairy Jamaludin, seorang lagi pemimpin muda
yang sedang berusaha mengasah kepimpinan beliau dalam negara.
Pendeknya Mahathir mahukan yang tua itu hanya untuk beliau dan yang
muda pula adalah anak dan generasi keluarga beliau sahaja. Bagi saya
UMNO biarlah dibina oleh ahli-ahlinya sendiri dan bukannya oleh mereka
yang mempunyai agenda untuk keluarga dan peribadi mereka sendiri. Tidak
ada pihak yang ingin menyekat kenaikan Mukhriz kerana ini demokrasi.
Tetapi Mukhriz tidak akan terlepas dari bersalah-salahan dengan
ahli-ahli UMNO yang ramai dan beliau wajar menerimanya dengan terbuka.
Mukhriz
tidak boleh mengikut cara bapanya yang sentiasa tidak mahu mendengar
pandangan lain dari pandangan beliau sendiri. Mendengar pandangan lain
itu adalah haram bagi Dr Mahathir kerana beliau mengganggapkan hanya
pandangan beliau sahaja yang betul.
Tetapi itu hak beliau untuk memberikan pandangan tetapi setiap ahli
mempunyai pandangan sendiri dan boleh menilai semua yang kehadapan
memperagakan diri mereka untuk duduk dibarisan kepimpinan negara. Hanya
yang penting mereka jangan dengan tidak sengaja terperaga
kelemahan-kelemahan yang nyata dalam proses kempen- mengempen itu.
Sesiapa sahaja yang mempunyai kesihatan yang baik dan tidak bercakap
seorang diri serta tidak bankrap atau terlibat dengan sodomi sex dan
terlibat dengan rasuah sememangnya boleh menawarkan diri untuk menjadi
pemimpin.
Biarkan ahli-ahli yang ramai untuk menentukan siapa yang hendak mereka
mandatkan. Siapa pun boleh di pilih, lagi pun yang terpilih dan tidak
terpilih itu pun dari kumpulan yang sama kemampuannya, pemikirannya
serta sikap dan moralnya.
Ramai yang berkata jika Najib boleh terpilih sebagai PM, yang lain pun
tidak ada sebab tidak boleh dipilih. Kata orang tua-tua, yang menang
panjat bendul dan yang kalah panjat tiang. Sama sahaja.
ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Najib Umum Pertahan Jawatan Presiden UMNO
Posted on Thursday, September 19 @ 20:02:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan akan mempertahan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti 19 Okt ini.
Perdana menteri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan sokongan dan kepercayaan yang disuarakan anggota parti di peringkat akar umbi.
Katanya, berdasarkan makluman timbal balas yang diterima, badan-badan perhubungan UMNO negeri membuat ketetapan supaya beliau meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti.
"Daripada suara yang diutarakan dalam persidangan cawangan UMNO, sebahagian besar daripada ahli mahukan supaya saya meneruskan kepimpinan sebagai presiden parti.
"Saya amat berterima kasih lagi terharu dengan sokongan dan kepercayaan yang diberikan dan disuarakan oleh ahli UMNO di semua peringkat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Middle Temple 2013 di ibu Negara.
Najib berkata dengan perasaan rendah diri, beliau menerima sokongan itu, dengan menawarkan diri bertanding mempertahan jawatan sebagai presiden parti.
Pemilihan anggota Majlis Tertinggi, pemimpin bahagian dan wakil peringkat bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 yang dijadual pada Disember akan diadakan serentak pada persidangan perwakilan bahagian 19 Okt ini.
Pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan ketiga-tiga sayap parti pula akan diadakan Sabtu ini di Ibu Pejabat UMNO.
Mengenai pandangannya jika jawatan presiden parti dicabar mana-mana pihak, Najib berkata: "Tunggu hari Sabtu baru kita tahu kedudukan."
Beliau juga memberi jawapan yang sama apabila ditanya mengenai kemungkinan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir merebut jawatan naib presiden.
Ditanya sama ada beliau dan Muhkriz telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara itu, perdana menteri secara berseloroh berkata: "Saya memang bertemu dengan ramai orang."
Najib juga ditanya sama ada beliau mempunyai 'pasukan' sendiri untuk pemilihan kali ini dan beliau berkata: "Saya ialah kapten pasukan UMNO, jadi semua orang adalah sebahagian daripada pasukan itu. (Bagaimanapun) kita lihat barisan calon dulu. Kita tengok Sabtu ini apa yang akan berlaku."
Mengenai sama ada keputusan bagi beliau mempertahan jawatan presiden akan memberi kelebihan ke arah mengekalkan status quo dalam kepimpinan UMNO, Najib berkata apa yang penting ialah kestabilan parti sambil membenarkan perubahan berlaku.
Menarik perhatian bahawa UMNO telah terbukti sebagai sebuah parti yang dinamik, beliau berkata perubahan akan mengambil tempat dalam UMNO di pelbagai peringkat termasuk pemimpin atasan dari semasa kesama.
Najib berkata UMNO sedang cuba memperbaiki dan mengukuhkan parti, terutama selepas pilihan raya umum ke-13.
Beliau berkata apa yang penting ialah untuk memperkukuh nilai murni dalam parti seperti berjuang demi kepentingan parti, menolak politik wang dan menjaga kepentingan rakyat.
"Inilah nilai yang anggota UMNO di semua peringkat harus tunjukkan kepada rakyat," katanya sambil melahirkan harapan bahawa dengan cara ini keyakinan rakyat terhadap UMNO akan meningkat.
BERNAMA
http://www.bernama.com
JFL : Rakyat Malaysia Terlalu Serius ?
Posted on Thursday, September 19 @ 18:07:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: Amir_ziyad
"Salam sejahtera Bros & Sis,
Rakyat Malaysia rata-ratanya terlalu serius kah?
Tak boleh diusik, dikenakan dan dijadikan bahan ketawa komersil langsung?
Apa pendapat anda?
Bukan apa, bro & sis...
Saya timbulkan isu ini kerana saya adalah peminat sitcom/series reality TV Just For Laugh dan juga Hidden Camera. Saya seringkali menontonnya di Youtube.
Paling saya minati ialah Just For Laugh from GAG, Canada. Bahkan saya juga bercita-cita suatu hari nanti ingin ke Canada untuk melihat pembikinan (belakang tabir) cara-cara bagaimana mereka membuat sesuatu isu/siri Just For Laugh. Tambahan pula saya juga mempunyai Destinasi Pelancongan Idaman yang saya ingin kunjungi di Canada iaitu untuk melihat keindahan Air Terjun Niagara (Niagara Falls) dan persekitarannya bersaksikan mata saya sendiri.
Jika anda belum tahu apa itu Just For Laugh, anda boleh lihat link ini:
http://www. youtube. com/user/JustForLaughsTV
Ianya merupakan satu siri pendek menunjukkan situasi ‘prank’ (iaitu mengenakan seseorang) dengan niat untuk bergelak ketawa dan juga bagi menimbulkan ‘responses’ atau pun ‘reaction’ si pelaku (doer/doers) dalam siri tersebut. Ianya biasa dilakukan di persekitaran awam, di pejabat, di kawasan tumpuan ramai, seperti pusat membeli belah, lapangan terbang, kedai-kedai, restoran-restoran dan juga di mana-mana saja yang difikirkan sesuai.
Apa yang menarik ialah sebagai penonton siri tersebut, selalunya kita sering ketawa dan rasa terhibur menontonnya. Manakala pada yang ‘terkena’ (di dalam siri tersebut), saya tidaklah pernah bertanya sama ada mereka suka atau tidak.
Namun, saya memang terhibur, rasa riang dan ‘release tension’ tiapkali menonton siri Just For Laugh ini.
Apa yang saya perhatikan, Just For Laugh juga dilakukan/dibuat sirinya di Singapura. Namun tidak di Malaysia. Ini yang menjadi persoalan saya.
Adakah rata-rata rakyat Malaysia ini bersikap serius, pembengis dan pantang/tidak suka diusik (dikenakan) atau dijadikan bahan ‘prank?
Jika ditanya kepada saya, adakah saya sanggup jika Syarikat Just For Laugh mengenakan saya?
Jawapannya, saya sanggup. Namun bergantunglah kepada jenis ‘prank’ nya.
Jika jenis ‘prank’ tersebut tidak melibatkan mendedahkan aurat/maruah atau pun isu agama Islam, tidak melibatkan kecederaan, seperti luka, jatuh atau pun melibatkan senjata, maka saya masih boleh terima. Tambahan pula jika di akhir siri, pihak Just For Laugh memberikan saguhati berupa wang atau pun cenderamata. Lagilah bagus.
Saya percaya, selepas berakhir setiap siri, pihak Just For Laugh mesti ada memberikan ‘somekind of appreciation’ untuk orang/individu yang dijadikan bahan ‘prank’. Mungkin hadiah,mungkin wang atau pun barangan cenderamata penghargaan.
Di sudut lain pula, sebenarnya memang wujud ‘prank’ yang dibuat tidak menjadi dan berakhir dengan bencana atau pun malapetaka. Bahkan saya pernah tonton di Youtube, ada ‘prankster’ (orang yang berlakon mengenakan orang lain), ditendang dengan satu tendangan KO hingga rebah dan pengsan. Bahkan ada juga kanak-kanak yang ditembak mati dengan senjata api sebenar. Sungguh menakutkan dan amat kasihan kepada mangsa tersebut. Tujuan untuk main-main dan mengenakan orang, namun malapetaka yang dapat.
Jadi, saya menganggap orang Malaysia, jika tidak semua pun, rata-ratanya mungkin berdarah pahlawan, pembengis, cepat marah dan juga akan memberikan reaksi negatif jika ada pihak lain cuba mengenakan mereka. Mereka mudah tersinggung, tidak ‘sporting’ dan juga mungkin jenis yang tidak boleh disentuh langsung. Kalau sentuh atau usik, atau permainkan mereka, siaplah, mahunya bergaduh besar.
Oleh sebab itu, kita tidak pernah melihat di mana-mana Youtube atau pun di mana-mana siri Just For Laugh di dunia ini yang melibatkan mengenakan rakyat Malaysia.
Jika wujud pun, seperti siri TV tempatan yang mengenakan artis contohnya ‘Wakenabeb’ pun ianya dipercayai diberitahu awal kepada artis tersebut untuk melakukan aksi yang kononnya nampak ‘real’ tersebut.
Ada juga yang berpendapat siri Just For Laugh juga adalah lakonan dan kononnya dibuat-buat nampak seperti ‘real’, tetapi jika benar ianya lakonan dan sengaja direka,mengapa mereka tidak berani membuat penggambaran di Malaysia?
Saya percaya, siri Just For Laugh terdapat reaksi yang benar dan bukannya 100% lakonan dan di ‘setting’ supaya penonton tertipu. Sebabnya, reaksi orang yang terkena benar-benar bukan menipu. Contohnya penggambaran di Singapura. Rakyat Singapura sudah maju dan ‘sporting’. Mereka menerimanya dan tidak memberikan reaksi negatif walaupun mereka dijadikan bahan ‘prank’.
Saya bertanya kepada anda;
...kalau anda lah yang dijadikan bahan ‘prank’ (dikenakan), dan dirakamkan, anda rasa marah, tersinggung atau pun mengamuk?
Jawapan anda menggambarkan rata-rata rakyat Malaysia mungkin sama perasaan seperti anda dan mungkin tidak bila mereka dijadikan bahan lawak atau pun dikenakan di khalayak ramai.
Masih saya ingat lagi beberapa rakan saya yang ‘mungkin berdarah pahlawan kot?’, mengatakan,.. ’’pantang tok nenek aku orang mempermainkan aku dan mengenakan aku di hadapan orang ramai, memalukan aku bermakna penumbuk (bergaduh) lah jawabnya!’’
Adakah anda pun begitu?
Hahaha...
Patutlah Just For Laugh takkan bikin siri mereka di Malaysia sampai bila-bila…"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan