Isnin, 30 September 2013

BUKAN SAJA INTERNET MALAH MAJLIS ILMU MESTI DIPERTINGKATKAN...LEBIH2 MASALAH AKIDAH DAN HUKUM HAKAM FEKAH SERTA TASAUF

Anda tanya, kami jawab 2 Okt di KLSCH

Harakahdaily, 30 Sep 2013


Kuala Lumpur: Semua dijemput hadir ke program dialog anjuran Free Public Forum Malaysia (FPF) khususnya kepada anak-anak muda dan para profesional.

Pada kali ini, kami membawa bersama-sama anda Dato' Haji Husam Musa, Sdr. Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Syed Azman.

Kesemua adalah figura dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) khusus kami bawakan ke pentas dialog bagi menerjah dan meneroka idea serta fikrah pemikiran mereka yang terlibat secara langsung sebagai pimpinan serta penggerak PAS.

Apakah parti Islam yang cukup berusia dalam lakaran sejarah ini mampu berdepan dan kekal relevan dalam arus deras kepelbagaian ragam politik semasa tanah air kini?

Ayuh ke program dialog kalii ini. Anda BERTANYA, biar mereka MENJAWABNYA!

Tarikh: 2 Oktober 2013
Hari: Rabu
Tempat: KLSCAH (Hadapan monorel Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Masa: 8 – 11 malam

Parlimen rakam takziah buat keluarga Ustaz Azizan

Harakahdaily, 30 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ni  menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia pada Khamis, 26 September lalu.

Ucapan takziah itu dibacakan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, bagi mewakili seluruh ahli dewan.

"Kita mendoakan semoga Allah memberi rahmat kepada Allahyarham dan menempatkan Allahyarham bersama-sama orang beriman. "Pemergian Allahyarham adalah satu kehilangan besar kepada negara," katanya.

Persidangan juga berhenti seketika bagi memberi peluang kepada ahli parlimen beragama Islam menghadiahkan bacaan Al-Fatihah dan bagi yang bukan Islam untuk bertafakur.

Ustaz Azizan, 69, meninggal dunia jam 11.10 pagi di wad ICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Ssebelum itu beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) pada awal Mei lalu.


Bagaimanapun kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei lalu di HPP akibat jangkitan kuman.


Hujung bulan lalu, almarhum menunjukkan perkembangan positif apabila doktor mula menukar tiub pernafasan, selain mula bersuara biarpun masih perlahan, bagaimanapun ia mula merosot sejak jam 3.30 pagi, 25 September.


Almarhum merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas PAS dan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Negeri Kedah atas kemenangan dalam Pilihan raya Umum ke-12, pada 2008.


Upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40 petang, 9 Mac 2008.


Pada 16 Julai 2008, Almarhum telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

PAS mahu capaian internet luar bandar dipertingkat

Harakahdaily, 30 Sep 2013



KUALA LUMPUR: Dr Mohd Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) mahukan kerajaan memperluaskan dan meningkatkan capaian internet khususnya di kawasan luar bandar.

Bercakap ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini, Mohd Hatta berkata, tindakan kerajaan memperkenal program Kampung Tanpa Wayar telah mendekatkan jurang digital di luar bandar.

"Di tempat saya, kawasan yang saya dapat score dengan baik (pada PRU13 lalu) adalah kawasan yang ada liputan komunikasi.

"Kita lihat anak muda khususnya di Kuala Krai berkumpul di kawasan hotspot sehingga malam untuk menggunakan internet ini, ada yang mengaksesnya dari atas motor.

"Adakah kerajaan bercadang untuk mewujudkan seumpama cybercafe untuk memudahkan mereka menggunakan kemudahan internet ini," soalnya.

Menurut Mohd Hatta lagi, kerajaan juga dicadang memperbanyakkan menara komunikasi bagi tujuan capaian lebih menyeluruh.

Menjawab kepada soalan itu, Timbalan Menteri Telekomunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata terdapat tiga Pusat Internet 1Malaysia, di kuala kerai sehingga kini.

Mengulas cadangan pembinaan menara komunikasi, beliau berkata kerajaan berhadapan dengan masalah khususnya soal tapak dan bantahan penduduk yang menganggap menara ini memberi kesan radiasi kepada mereka.

Terdahulu Mohd Hatta menayakan bilakah usaha kerajaan untuk meningkatkan capaian telekomunikasi khususnya tanpa wayar di Kuala Kerai akan dicapai sepenuhnya.

YDP Kepala Batas bertukar, Nibong Tebal kekal

Mohd Sabri Said, 30 Sep 2013
GEORGETOWN: PAS Kawasan Kepala Batas memilih teraju baru apabila Mohd Khair Che Mat dipilih ke jawatan Yang Dipertua setelah menewaskan pencabarnya, Osman Ayub dalam pertandingan dua penjuru.

Yang Dipertua PAS kawasan penggal lalu, Rosidi Husain (gambar) pula menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua.

Naib Yang DiPertua PAS kawasan pula disandang  Ridwan Osman manakala Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat PAS kawasan kekal disandang  Hafiz Kassim dan Ustazah Nurulhuda Ahmad.

Sementara itu di Nibong Tebal,  Abdul Rahman Ramjan  terus diberi mandat sebagai Yang Dipertua PAS kawasan untuk sesi 2013-2015.

Jawatan Timbalan Yang DiPertua PAS kawasan dimenangi Ustaz Razali Ahmad manakala  Naib Yang Dipertua diamanahkan kepada Ustaz Shukri Che Yunus.

Universiti wajib umum awal tarikh pilihan raya

Harakahdaily,


Kuala Lumpur: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dalam kenyataannya hari ini mendesak supaya Institiut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mengumumkan tarikh pilihanraya kampus lebih awal supaya ia menjadi langkah kepada seluruh mahasiswa untuk bersedia berhadapan dengan pilihanraya kampus nanti.

Malangnya sehingga kini kebanyakan IPTA masih belum mengumumkan bila sebenarnya tarikh pilihan raya kampus akan berlaku walaupun sebahagian daripada MPP di universiti masing-masing sudah melangkaui setahun tempoh kepimpinan.

Preisden GAMIS, Muhamad Azan Bin Safar (Gambar) berkata perkara yang biasa berlaku untuk universiti mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam keadan yang tergesa-gesa dan sudah hampir dengan tarikh penamaan calon. Budaya sebegini tidak membantu untuk memberikan pendidikan politik kepada mahasiswa termasuk mengurangkan partisipasi mahasiswa di dalam proses pemilihan kepimpinan pelajar.

“Universiti harus menjadi contoh dan bukannya terikut-ikut dengan budaya politik di luar yang mana tarikh pilihan raya hanya dalam pengetahuan Perdana Menteri, dan tarikh hanya akan diumumkan apabila parti daripada kerajaan sedia ada sudah bersedia. Kebimbangan yang serupa juga berlaku di universiti apabila satu pihak yang mungkin ingin dimenangkan oleh HEP universiti dibiarkan bersedia terlebih dahulu daripada kumpulan mahasiswa yang lain ,” Katanya lagi.

“Bahkan pengumuman awal akan memudahkan urusan MPP sedia ada yang bekerja dan berkhidmat tetapi tidak tahu bila tarikh tamat perkhidmatan, sedangkan kepimpinan MPP makin mengecil dikala ada sebahagian daripada mereka sudahpun tamat belajar,” Tambahnya lagi.

“GAMIS mendesak pihak universiti selewat-lewatnya mengumumkan tarikh pilihan raya kampus dalam minggu ini sebelum kita akan menyerahkan memorandum seterusnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya Khamis ini,”

Peristiwa yang sama juga sudah berlaku sebelum ini sewaktu menjelang PRU-13 yang lalu apabila tarikh pilihan raya dianjak tanpa notis daripada bulan Februari ke bulan Oktober menyebabkan kepimpinan pelajar hanya terdiri daripada ‘Care Taker Student’ lebih daripada setengah tahun.  

Zunar akan 'menconteng Lynas' di Kuantan

Harakahdaily, 30 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Zunar dan beberapa kartunis tempatan yang bergabung di bawah Kumpulan Kartunis Independen (KKI) akan menggunakan bakat mereka untuk membantu kempen anti-Lynas di Kuantan pada 5 Oktober depan.

Dalam program "Conteng-conteng Lynas" itu, mereka antara lain akan mengadakan demonstrasi melukis kartun, melukis karikatur, melukis atas kain rentang, peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan sebagainya.

Selain Zunar (gambar), kartunis lain yang akan mengambil bahagian ialah Megat, Jonos, Azman Matnoh, Baba, Shem dan Noky.

Acara tersebut akan diadakan pada jam 5 petang di Pantai Batu Hitam,  Balok (5-7) dan pada sebelah malam di Pantai Teluk Chempedak (bermula jam 9).

Menurut kenyataan KKI, semua acara melukis tersebut bertujuan menanamkan kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya kilang nadir bumi Lynas dan supaya mereka bersama-sama bangun memprotes kehadiran kilang tersebut di bumi Malaysia.

"Sebagai kartunis, ini adalah sumbangan kami untuk memastikan Malaysia bebas dari ancaman bahan kimia beracun yang bakal memusnahkan masa depan kita," kata kenyataan itu.

Semua acara tersebut terbuka dan boleh disertai orang ramai dan untuk maklumat lanjut,  boleh menghubungi nombor telefon 012 9517661.

CEC DAP kekal, Liew Chin Tong undi tertinggi

Anis Nazri dan Salmiyah Harun, 29 Sep 2013
PETALING JAYA: Barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) yang kononnya dikatakan tidak sah oleh ROS terus membarisi kepimpinan bagi sesi 2013.

Bagaimanapun, keputusan kali ini menyaksikan satu-satunya calon Melayu, Zairil Khir Johari telah berjaya memenangi pemilihan ini.

Kepimpinan itu dipilih melalui Kongres Khas DAP 2013 yang diadakan hari ini di sebuah hotel, di sini hari ini.

Pegawai Pengurus parti, Dr Ong Kian Meng mengumumkan keputusan itu pada jam 8.15 malam selepas proses pengiraan undi selesai dilakukan.

Bagaimanapun, terdapat peningkatan undi bagi beberapa calon yang bertanding sebelum pada pemilihan kali ini, antaranya Liew Chin Tong (gambar) yang memperolehi undi paling tertinggi iaitu sebanyak 1,438 undi.

Sebelum ini, beliau dalam pemilihan lalu hanya memperolehi 984 undi.

Keputusan CEC DAP kali ini adalah ssperti berikut:

Liew Chin Tong - 1438 undi berbanding 984 sebelum ini.
Lim Kit Siang - 1436 (1607)
Karpal Singh - 1421 (1411)
Gobind Singh Deo - 1409 (1197)
Lim Guan Eng - 1304 (1576)
Chong Chieng Jen - 1294 (1211)
Anthony Loke - 1263 (1202)
Chow Kon Yeow - 1203 (986)
Fong Kui Lun - 1193 (1137)
Teng Chang Kim - 1164 (1152)
Tony Pua - 1158 (1162)
Zairil Khir Johari -1132
Teresa Kok - 1127 (925)
Chong Eng - 1111 (1006)
M. Kula - 1088 (984)
Tan Kok Wai - 1088 (1199)
Teo Nie Ching - 1081 (903)
Boo Cheng Hau - 961 (958)
Nga Kor Ming - 956 (1075)
Ngeh Koo Ham - 809 (824)

Pada pemilihan semula kali ini, sebanyak 1725 kertas undi dikeluarkan dan dikembalikan, 1663 undi sah, 62 undi rosak, dan 33 260 jumlah undi yang diperolehi semua calon.

Ketika ini, kesemua barisan kepimpinan yang dipilih sedang bermesyuarat bagi menentukan kedudukan jawatan dalam parti.

Dr Ariffin dilantik Naib Pengerusi DAP

Harakahdaily, 29 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Dr Ariffin Omar dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP bagi sesi 2013-2016 selepas Kongres Khas yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, hari ini.

Ibu pejabat DAP memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, malam ini.

Beliau adalah antara 10 orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) yang dipilih pada kongres itu yang mengadakan mesyuarat setelah keputusan pemilihan diumumkan, malam ini.

Berikut ialah senarai Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP 2013-2016

Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw

2. Dr P Ramasamy

3. Dr Ariffin Omar

4. Jimmy Wong Sze Phin

5. Vincent Wu

6. Dr John Brian Anthony

7. Dr Edwin Bosi

8. Leong Ngah Ngah

9. V. Sivakumar

10. Su Keong Siong

Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi:

1. Chow Kon Yeow

2. Chong Chieng Jen

3. M Kula Segaran

4. Teresa Kok

5. Dr Ariffin Omar

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Timbalan Setiausaha Agung:

1. Chong Eng

2. Ngeh Koo Ham

3. P Ramasamy

Bendahari: Fong Kui Lun

Timbalan Bendahari: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi: Loke Siew Fook

Timbalan Setiausaha Organisasi: Thomas Su Keong Siong, Vincent Wu Him Ven

Setiausaha Publisiti: Tony Pua Kiam Wee

Timbalan Setiausaha Publisiti:

Teo Nie Ching

Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong

Timbalan Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau

Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin

Ketua Parlimen Parlimen: Lim Kit Siang

Jawatankuasa Disiplin

Pengerusi: Tan Kok Wai

Ahli-ahli: M. Kula Segaran, Tan Seng Giaw, P. Ramasamy

Biro Pilihanraya

Pengerusi: Tan Kok Wai

Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee,

Liew Chin Tong

Pengerusi Biro Guaman: Gobind Singh Deo

Biro Pakatan Rakyat

Pengerusi: Teng Chang Khim

Ahli-ahli: Anthony Loke Siew Fook, Tony Pua Kiam Wee, Liew Chin Tong, Teresa

Kok, Gobind Singh Deo

Pengerusi Kebudayaan: P. Gunasekaran

Pengerusi Biro Buruh: A. Sivanesan

Pengerusi Majlis Perundingan Dayak: Dr John Brian Anthony

Pengerusi Majlis Kadazandusunmurut (KDM): Dr Edwin Bosi

Whip: Anthony Loke Siew Fook

Timbalan Whip: Teresa Kok, M. Kula Segaran

Jawatankuasa Keahlian

Pengerusi: Anthony Loke Siew Fook

Ahli-ahli: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong

Tiada ulasan: