IGP: Tiada unsur perkauman dalam Ops Cantas
dikemaskini Ops
Cantas yang sedang dijalankan oleh pihak polis tidak mempunyai sebarang
unsur perkauman dan tidak mensasarkan kaum India sahaja, kata Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Menurutnya, cakap-cakap orang ramai yang mendakwa hanya satu kaum disasarkan adalah tidak benar dan merupakan "komen-komen nakal yang tidak sepatutnya dibuat".
"Tangkapan yang paling ramai adalah terhadap orang Melayu.
"Kita tangkap lebih kurang 15,000 orang Melayu berbanding hanya lebih 3,000 lebih orang India. Lebih 15,000 orang Melayu ditangkap, itu rasiskah?" katanya dalam sidang media hari ini.
Bercakap lebih lanjut, Khalid berkata polis sehingga kini telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 130 orang yang akan didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966 manakala 56 orang lagi akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 susulan Ops Cantas.
Ops Cantas bermula pada 17 Ogos lalu untuk membanteras jenayah gangster dan masih lagi berterusan sehingga hari ini.
"Saya mahukan semua ketua pegawai eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang
dianugerahkan kepada vendor," katanya ketika berucap kepada lebih 2,000 orang di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM), di Shah Alam hari ini.
Sambil mengumumkan institusi tersebut sebagai simbol pendidikan bumiputera, perdana menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada BN dalam pilihanraya umum Ke-13 untuk terus menerajui kepimpinan negara.
"Atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini..., maka, .... pada hari ini..., kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas.
"Kita namakan sebagai Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan masyarakat bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya," katanya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan perdana Menteri mengumumkan langkah dan strategi baru memperkasakan ekonomi bumiputera, serta penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikannya sendiri bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera, sebagai peneraju utama strategi tersebut.
Langkah-langkah yang diumumkan Perdana Menteri yang juga
Menteri Kewangan itu termasuk :
* Kerajaan akan memperbanyak program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua kepada golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran.
* Program latihan semula dipergiat menerusi peruntukan tambahan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan.
* Bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara akan ditambah menerusi pendekatan latihan dua syif.
* Program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluas untuk menambah bilangan penerima manfaat bagi mengatasi masalah kebolehpasaran.
* Agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluas Program Pendidikan Lepasan Ijazah terutama dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.
* Program Peneraju Profesional diperluas bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera yang mendapat pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah terutama dalam bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.
* Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan suntikan 10 bilion unit saham.
* Ekuinas mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi membimbing syarikat Bumiputera di senarai di Bursa Malaysia.
* Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemas untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat bagi mengoptimumkan nilai aset bukan kewangan seperti hartanah.
* Pelaburan Hartanah Bhd, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad akan diperkukuh bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutama di lokasi strategik di seluruh negara.
* Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat Perumahan Negara Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara.
* UDA Corporation akan diperkukuh untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.
* GLC dan GLIC terlibat dalam perniagaan hartanah diarahkan untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutama perumahan, rumah kedai dan premis komersial.
* Peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh.
* Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.
* Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia disasarkan meningkat kepada 500,00 daripada 350,000 orang pada 2015.
* Dana tambahan sejumlah RM700 juta diberi kepada TEKUN Nasional.
* Bilangan usahawan TEKUN Nasional disasarkan meningkat kepada 370,000 tahun 2015 daripada 270,000 sekarang.
* Semua Kementerian dan GLC diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor juga berasaskan meritokrasi dalam kalangan
Bumiputera supaya mereka berdaya maju dan mampan.
* Jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank.
* Lonjakkan program Pembangunan Vendor (VDP) oleh Petronas bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.
* Ketua Pegawai Eksekutif di GLC akan menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang diluluskan kepada vendor. Ini wajib dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.
* Bagi menangani isu rantaian perbekalan, kerajaan melalui GLC dan GLIC akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian. GLC dan GLIC akan mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.
* Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan mengenal pasti perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.
* Dasar 'Carve-out' akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC. Empat projek yang dikenal pasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.
* Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) diperkenal untuk membantu syarikat permulaan dengan peruntukan dana sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun. SUPERB akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 ribu ringgit kepada entrepreneur baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.
* Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) akan diwujudkan di semua kementerian dan bertanggungjawab merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.
* Peningkatan pengambilan pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020 termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baharu di seluruh negara.
* Penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah RM1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk 'Matching Fund' nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan disalurkan secara berperingkat.
* TERAJU diletakkan langsung di bawah Perdana Menteri, dengan diketuai Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri
* Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Skim Permulaan Entrepreneur Baharu Bumiputera (SUPERB) akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU.
Menurutnya, cakap-cakap orang ramai yang mendakwa hanya satu kaum disasarkan adalah tidak benar dan merupakan "komen-komen nakal yang tidak sepatutnya dibuat".
"Tangkapan yang paling ramai adalah terhadap orang Melayu.
"Kita tangkap lebih kurang 15,000 orang Melayu berbanding hanya lebih 3,000 lebih orang India. Lebih 15,000 orang Melayu ditangkap, itu rasiskah?" katanya dalam sidang media hari ini.
Bercakap lebih lanjut, Khalid berkata polis sehingga kini telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 130 orang yang akan didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966 manakala 56 orang lagi akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 susulan Ops Cantas.
Ops Cantas bermula pada 17 Ogos lalu untuk membanteras jenayah gangster dan masih lagi berterusan sehingga hari ini.
Najib 'tabur ganjaran' pasca-p'raya untuk bumiputera
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelbagai
langkah untuk memperkasakan ekonomi bumiputera, termasuk mengkehendaki
syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) menetapkan sasaran penyertaan
bumiputera."Saya mahukan semua ketua pegawai eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang
dianugerahkan kepada vendor," katanya ketika berucap kepada lebih 2,000 orang di Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM), di Shah Alam hari ini.
Sambil mengumumkan institusi tersebut sebagai simbol pendidikan bumiputera, perdana menteri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada BN dalam pilihanraya umum Ke-13 untuk terus menerajui kepimpinan negara.
"Atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada pilihanraya umum ke-13 baru-baru ini..., maka, .... pada hari ini..., kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas.
"Kita namakan sebagai Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan masyarakat bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya," katanya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan perdana Menteri mengumumkan langkah dan strategi baru memperkasakan ekonomi bumiputera, serta penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikannya sendiri bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera, sebagai peneraju utama strategi tersebut.
Langkah-langkah yang diumumkan Perdana Menteri yang juga
Menteri Kewangan itu termasuk :
* Kerajaan akan memperbanyak program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua kepada golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran.
* Program latihan semula dipergiat menerusi peruntukan tambahan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan.
* Bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara akan ditambah menerusi pendekatan latihan dua syif.
* Program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluas untuk menambah bilangan penerima manfaat bagi mengatasi masalah kebolehpasaran.
* Agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluas Program Pendidikan Lepasan Ijazah terutama dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.
* Program Peneraju Profesional diperluas bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera yang mendapat pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah terutama dalam bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.
* Skim Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad dengan suntikan 10 bilion unit saham.
* Ekuinas mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera bagi membimbing syarikat Bumiputera di senarai di Bursa Malaysia.
* Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemas untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat bagi mengoptimumkan nilai aset bukan kewangan seperti hartanah.
* Pelaburan Hartanah Bhd, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad akan diperkukuh bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutama di lokasi strategik di seluruh negara.
* Kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta Syarikat Perumahan Negara Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri akan memperbanyak pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara.
* UDA Corporation akan diperkukuh untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.
* GLC dan GLIC terlibat dalam perniagaan hartanah diarahkan untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutama perumahan, rumah kedai dan premis komersial.
* Peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh.
* Tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun.
* Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia disasarkan meningkat kepada 500,00 daripada 350,000 orang pada 2015.
* Dana tambahan sejumlah RM700 juta diberi kepada TEKUN Nasional.
* Bilangan usahawan TEKUN Nasional disasarkan meningkat kepada 370,000 tahun 2015 daripada 270,000 sekarang.
* Semua Kementerian dan GLC diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor juga berasaskan meritokrasi dalam kalangan
Bumiputera supaya mereka berdaya maju dan mampan.
* Jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank.
* Lonjakkan program Pembangunan Vendor (VDP) oleh Petronas bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas, Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.
* Ketua Pegawai Eksekutif di GLC akan menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang diluluskan kepada vendor. Ini wajib dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat.
* Bagi menangani isu rantaian perbekalan, kerajaan melalui GLC dan GLIC akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian. GLC dan GLIC akan mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.
* Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) akan mengenal pasti perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.
* Dasar 'Carve-out' akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC. Empat projek yang dikenal pasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.
* Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera (SUPERB) diperkenal untuk membantu syarikat permulaan dengan peruntukan dana sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun. SUPERB akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 ribu ringgit kepada entrepreneur baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.
* Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) akan diwujudkan di semua kementerian dan bertanggungjawab merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.
* Peningkatan pengambilan pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020 termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baharu di seluruh negara.
* Penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah RM1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk 'Matching Fund' nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan disalurkan secara berperingkat.
* TERAJU diletakkan langsung di bawah Perdana Menteri, dengan diketuai Menteri atau Pegawai Eksekutif bertaraf Menteri
* Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Skim Permulaan Entrepreneur Baharu Bumiputera (SUPERB) akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU.
IGP: Lelaki ugut saya terpelajar tetapi celupar
dikemaskini Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid abu Bakar berkata individu yang menyerah diri kepada polis semalam selepas disyaki melakukan ugutan bunuh terhadap beliau di laman Facebook akan dibebaskan hari ini.
Namun, tegasnya, orang ramai perlu mengambil pengajaran daripada kejadian agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan di laman sosial agar tidak disalah anggap.
"Saya mengambil keputusan untuk membebaskan dia hari ini sebab saya rasa dia ini terpelajar tetapi dia ini mulut celupar," katanya pada sidang media hari ini.
Semalam, seorang peniaga jualan langsung dilaporkan direman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung kes ugutan bunuh tersebut.
Dia didakwa mengeluarkan komen dalam Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa tindakan undang-undang tidak akan dikenakan terhadap seorang peniaga jualan langsung berhubung kes ugutan bunuh terhadap ketua polis negara melalui laman sosial, Khamis lepas.
Perkara itu diputuskan oleh Khalid sendiri selepas memaafkan tindakan lelaki berusia 33 tahun itu dan akan membebaskannya hari ini selepas kenyataannya diambil semalam.
"Saya telah semak latar belakang dia dan kita (polis) melihat dia merupakan orang terpelajar, kita juga telah kaji kenapa dia bertindak sedemikian dan sebagainya...mungkin kerana emosi, dia terlepas cakap," katanya kepada pemberita di ibunegara hari ini.
Ketika ditanya sama ada tindakan itu menunjukkan kelonggaran yang diberikan Polis Diraja Malaysia (PDRM), beliau menegaskan: "Kita mahu masyarakat tahu bahawa kita bukan 'gila' sangat hendak menangkap dan tuduh orang".
"Tetapi saya ingatkan dia agar tidak mengulangi perkara sama dan berharap tidak ada yang akan melakukan perkara sama dengan mengeluarkan percakapan atau entry dalam laman sosial yang berunsur ugutan kerana ia boleh disalahertikan pihak lain.
"Bagaimanapun dalam menghadapi kes seperti itu (ugutan bunuh), pihak polis tetap akan menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang yang ada tidak kira siapa yang diugut atau siapa yang mengugut," katanya.
1. Kes uguh bunuh IGP, individu direman 4 hari

Keputusan kes Papagomo diharap akhiri politik kotor
Keputusan Mahkamah Tinggi terhadap bekas anggota polis, Wan Muhammad Azri Wan Deris aka Papagomo dan memerintahnya membayar RM500,000 dalam satu kes saman fitnah semalam akan meningkatkan rasa hormat di kalangan penulis blog terhadap undang-undang, kata peguam N Surendran.
Beliau memberitahu Malaysiakini bahawa ini sudah tentu akan mengukuhkan saman fitnah jutaan ringgit yang difailkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Wan Muhammad Azri, yang lebih dikenali sebagai penulis blog Papagomo.
Surendran mendakwa Papagomo merupakan satu lagi alat Umno
untuk memfitnah dan menyiarkan berita palsu tentang pembangkang dan oleh itu, beliau mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut bagi menamatkan pembohongan dan politik kotor.
Anwar telah memfailkan saman fitnah terhadap Papagomo kerana didakwa mengaitkan beliau dengan lelaki lain dalam satu video seks, tetapi Wan Muhammad Azri selama ini menafikan bahawa dia adalah Papagomo .
Surendran mengesahkan bahawa kes Anwar terhadap Papagomo akan didengar di mahkamah pada Januari tahun depan.
Katanya, tanpa mengira keputusan mahkamah semalam, pihaknya sudah mempunyai cukup bukti yang mengaitkan Wan Muhammad Azri dengan Papagamo .
Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai berkata adalah tidak masuk akal bagi Wan Muhammmad Azri untuk terus menafikannya.
Seorang lagi ahli politik pembangkang, Rafizi Ramli, juga sedang menimbang untuk menyaman Papagomo kerana didakwa membuat serangan yang sangat peribadi terhadap tokoh pembangkang yang seringkali tanpa justifikasi.
"Ini merupakan satu kes ujian dan mahkamah telah menghantar isyarat yang jelas kepada setiap penulis blog di luar sana yang berkelakuan seperti Papagomo."
Rafizi (kanan) berkata, keputusan awalnya untuk tidak memfailkan
saman adalah kerana sebagai seorang ahli politik, beliau menimbang kesan tindakannya kepada parti politiknya.
Bagaimanapun, beliau berharap lebih ramai akan tampil menyaman Papagomo atau Wan Muhammad Azri.
Rafizi , pengarah strategi PKR, tersinggung dengan Papagomo yang menulis dalam blognya mendakwa pengarah strategi PKR itu dipecat daripada jawatan di Petronas kerana isu-isu disiplin.
Ini diterbitkan sejurus sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei, yang menyaksikan Rafizi memenangi kerusi Parlimen Pandan.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga dilaporkan telah memfailkan saman terhadap Papagomo .
Husam menyaman penulis blog itu kerana didakwa menyiarkan artikel yang mengaitkan pemimpin PAS itu dengan seorang wanita.
Papagomo juga menyiarkan gambar wanita yang didakwa menjadi mangsa gangguan seksual anak Lim yang berusia 15 tahun, yang kemudian didapati tidak benar, dengan wanita itu secara terbuka menafikan perkara itu.
Bagaimanapun, peguam mereka tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai status kes mereka.
Wan Muhammad Azri berdepan dengan banyak lagi masalah. Satu laporan polis telah dibuat terhadapnya bulan lalu oleh Pemuda MCA kerana didakwa membuat kenyataan rasis di talian.
"Oleh kerana Papagomo telah dikenal pasti, saya berharap pihak polis boleh mula menyiasatnya," kata ahli jawatankuasa pusat Pemuda MCA, Chong Sin Woon ketika dihubungi.
1. Identiti Papagomo disahkan, berdepan hina mahkamah

TEKUN dapat RM700j dana tambahan, RM300j untuk Amanah Ikhtiar
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dana tambahan
berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan
pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh
lima tahun.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bilangan usahawan Tekun Nasional juga dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015 manakala sahabat AIM pula disasarkan meningkat kepada 500,000 pada 2015.
Berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Shah Alam, Najib berkata peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti AIM, Tekun Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh dalam mengatasi isu akses kepada pembiayaan bagi kalangan usahawan kecil dan sederhana.
Ini, kata Najib bagi memastikan bilangan usahawan Bumiputera yang menerima pembiayaan dapat ditingkatkan.
Perdana Menteri turut memperkenal skim pembiayaan unik baharu - Skim Permulaan 'Entrepreneur' Baharu Bumiputera (Superb) yang akan membantu syarikat permulaan menerusi dana sebanyak RM100 juta, dalam tempoh tiga tahun.
Superb akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada usahawan baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik dan mempunyai potensi masa hadapan yang besar.
"Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baharu Usahawan Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko.
"Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau," katanya.
Perdana Menteri berkata bagi menjawab keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses pasaran, semua Kementerian dan GLC telah diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera.
Pemilihan vendor juga mestilah berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera bagi memastikan mereka dapat dipupuk supaya berdaya maju dan mampan, katanya.
Menyentuh pemerkasaan Program Pembangunan Vendor (VDP), Najib berkata Petronas akan melonjakkan program VDPnya bagi mengukuhkan rantaian bekalan sektor minyak dan gas.
Tindakan yang sama akan dilaksanakan Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.
"Seiring itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat berjalan lancar," katanya.
Sementara itu, sebagai langkah untuk memastikan peluang syarikat Bumiputera memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar 'Carve-out' akan diperluas kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC.
"Dasar ini telah berjaya dilakukan dalam projek MRT, dengan 47 peratus atau RM9.0 bilion diluluskan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi.
"Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenal pasti untuk terlibat dalam program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh," kata Najib.
- Bernama

Bahang pemilihan pimpinan Umno kian panas
Era
baru pemilihan Umno akan bermula, merealisasikan transformasi politik
yang diperkenalkan Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bahang pemilihan parti terbesar orang Melayu kian panas dengan berakhirnya mesyuarat peringkat cawangan esok, dan disusuli persidangan bahagian bagi memilih barisan kepimpinan peringkat bahagian dan pusat.
Mulai hari ini juga mereka yang bercita-cita untuk memegang jawatan-jawatan dalam parti boleh mengisi borang dan mendaftar menjadi calon. Mereka mesti menyerahkan borang pencalonan bagi pemilihan sayap - Wanita, Pemuda dan Puteri - pada 21 September manakala bagi peringkat pusat pada 28 September.
Sistem pemilihan baru Umno, yang pertama kali dilaksanakan, membolehkan siapa jua ahli Umno dengan kelayakan minimum sekurang-kurangnya menjadi anggota parti selama sepenggal atau tiga tahun layak untuk bertanding di peringkat bahagian.
Bagi jawatan peringkat pusat sama ada ahli Majlis Tertinggi (MT), naib presiden, timbalan presiden dan waima presiden sekalipun, kelayakan minimum adalah menjadi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian selama sepenggal.
Sistem pemilihan ini mengadaptasi sistem 'Electoral College' yang menggabungkan sistem pemilihan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Beberapa persoalan timbul di minda masyarakat tentang bagaimana ia dilaksanakan dan bagaimana ia dikatakan mampu menyuburkan demokrasi dan telus?
Perbezaan sistem
Menjelaskan gambaran proses pemilihan itu, Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman berkata banyak perbezaan dapat dilihat pada sistem pemilihan ini.
Paling utama sistem baru ini akan menyaksikan lebih ramai ahli parti iaitu 146,500 perwakilan terlibat secara langsung memilih kepimpinan bahagian dan MT. Umno mempunyai 3.3 juta anggota.
Beliau berkata perwakilan daripada cawangan, yang sebelum ini hanya menentukan kepimpinan bahagian, kini turut diberi peluang memilih kepimpinan peringkat pusat.
Berbeza dengan sistem lama, hanya 2,500 perwakilan layak mengundi bagi memilih kepimpinan tertinggi parti.
"Sebenarnya di bawah perlembagaan baharu, kami ada konsep keterbukaan dan tak rigid (ketat) sangat... katakan dulu ada halangan untuk dapat pencalonan untuk bertanding di bahagian atau pusat, sekarang dah tak ada, cuma yang diperlukan ialah kelayakan daripada segi keahlian dan jawatan di bahagian," katanya dalam satu temubual dengan Bernama baru-baru ini.
Sebelum pindaan perlembagaan parti pada 2009, seseorang yang mahu bertanding jawatan tertinggi parti perlu terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno.
Misalnya untuk jawatan Presiden sebanyak 30 peratus atau sokongan 57 bahagian, Timbalan Presiden (20 peratus atau 38 bahagian), Naib Presiden (10 peratus atau 19 bahagian), anggota MT (5 peratus atau 10 bahagian), Ketua Pemuda dan Ketua Wanita (masing-masing 20 peratus atau 38 bahagian) dan Ketua Puteri satu peratus atau dua bahagian.
Cara pemilihan
Hamidah, yang akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng pada pemilihan kali ini, berkata kira-kira 80,000 perwakilan pergerakan itu bakal menghadiri persidangan sayap bahagian pada 12 Oktober dan masing-masing akan dibekalkan dua kertas undi untuk memilih barisan kepimpinan di peringkat bahagian dan sayap pusat.
Wanita Umno mempunyai 1.3 juta ahli.
Katanya kertas undi pertama adalah untuk memilih ketua sayap, naib ketua dan barisan Exco sayap peringkat bahagian manakala satu lagi kertas undi untuk memilih barisan kepimpinan sayap peringkat pusat.
Beliau menjelaskan selepas menghadiri persidangan bahagian bagi sayap masing-masing, mereka yang dipilih menjadi Ketua Wanita, Puteri, Pemuda, naib-naib ketua, setiausaha dan ketua-ketua cawangan serta dua perwakilan yang dipilih daripada cawangan kemudiannya akan ke persidangan bahagian pada 19 Oktober.
"Pada mesyuarat bahagian, mereka (perwakilan) akan memilih kepimpinan bahagian dan MT. Mereka akan diberikan dua kertas undi iaitu satu kertas undi untuk memilih ketua bahagian, naib ketua serta AJK dan satu lagi untuk pilih presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ahli MT," katanya.
Pengiraan
Hamidah berkata pengiraan pemilihan hanya dibuat di peringkat bahagian manakala ibu pejabat Umno menjadi pusat penjumlahan undi dan mengumumkan secara rasmi keputusan pemilihan.
"Pada 12 Oktober, sayap bahagian seluruh negara bersidang serentak. Pengiraan akan dibuat di bahagian masing-masing untuk mengira kepimpinan bahagian dan Exco pusat," katanya.
Beliau menjelaskan satu bahagian akan dikira sebagai satu undi dan calon yang menang hanya akan menerima maksimum 191 undi.
"Katakanlah (Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) menang 500 undi dan lawan dia 300 undi, jadi ia akan dikira sebagai satu undi. Satu bahagian dikira sebagai satu undi sahaja. Dulu beribu undi sekarang maksimum 191 undi," katanya.
Hamidah berkata sekiranya berlaku kedudukan seri melibatkan banyak calon, contohnya jawatan MT yang memerlukan 25 orang sahaja, maka jumlah undian perwakilan atau undi popular dikira untuk menentukan kemenangan seseorang calon.
"Kita ada ketua tempat mengundi yang akan melaporkan siapa menang dan kita jangka keputusan mungkin dalam tempoh 24 jam. Ibu pejabat sahaja akan umumkan siapa calon yang menang. Jika berlaku kiraan semula undi, ia dibuat di bahagian."
Demokrasi dan ketelusan
Berhubung ketelusan pemilihan kali ini yang antara lain bertujuan menghapus politik wang, Hamidah berkata kalau dahulu kepimpinan Wanita Umno dipilih antara 800 sehingga 1,500 perwakilan tetapi kini kira-kira 80,000 perwakilan.
"Ini jelas bahawa suara akar umbi lebih didengari dan lebih mencerminkan hasrat pemilihan akar umbi.
"Agar sukar kalau dulu dikatakan setiap perwakilan itu dibayar sejumlah wang bagi mengundi pucuk pimpinan parti, tetapi kali ini kalau anda nak, anda bayarlah 80,000 perwakilan (untuk Wanita) dan 146,500 perwakilan (pusat) itu.
Siapa yang mampu? Maka sudah tentu ada ketelusan pemilihan kali ini," katanya.

Pemuda MCA mahu BM di SJKC kekal 210 minit
Pemuda
MCA meminta Kementerian Pendidikan menimbang untuk mengurangkan masa
pembelajaran bahasa Malaysia di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJK) (C)
kepada 210 minit seminggu daripada 240 minit seminggu yang ditetapkan di
bawah rangka tindakan pendidikan nasional.
Ketuanya Datuk Wee Ka Siong berkata walaupun Pemuda MCA gembira dengan penambahbaikan yang dibuat dalam rangka tindakan itu berbanding laporan awalnya, namun mereka berpendapat 210 minit seminggu sudah mencukupi bagi pembelajaran bahasa itu kerana ia seimbang dengan jumlah masa bagi pembelajaran bahasa Inggeris.
"Menggunakan masa yang lebih panjang untuk mempelajari bahasa itu bukan satu-satunya faktor yang boleh meningkatkan kecekapan. Ada perkara lain seperti kurikulum dan metodologi, yang patut juga diberi perhatian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat sayap itu semalam.
Selain Pemuda MCA, beberapa NGO Cina mencadangkan agar Bahasa Malaysia diajar selama 210 minit seminggu, sama seperti bahasa Inggeris.
Silibus sedia ada bagi bahasa Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan memerlukan 180 minit seminggu.
Wee, yang pernah menyandang jawatan timbalan menteri pendidikan, berkata Pemuda MCA akan mengemukakan satu memorandum berhubung perkara itu kepada Kementerian Pendidikan tidak lama lagi dan akan membuat resolusi mengenainya dalam mesyuarat agungnya Disember ini.
Beliau juga menggesa Kementerian Pendidikan supaya segera menempatkan kembali 460 guru, yang sebelum ini mengajar di sekolah Cina sebagai guru sementara dan sudah selesai menjalani latihan perguruan Jun lepas, ke sekolah asal masing-masing bagi mengatasi masalah guru kurang berkelayakan di sekolah berkenaan.
Mengenai pemilihan jawatan dalam Pemuda MCA, Wee berkata 2,363 daripada cawangan sayap itu telah menghantar keputusan pemilihan masing-masing dan daripada jumlah itu, keputusan 2,299 cawangan diterima jawatankuasa pusat Pemuda MCA.
Keputusan pemilihan 64 cawangan ditolak kerana terdapat kesilapan seperti pertindihan nama, katanya.
Wee berkata untuk julung kalinya, pada tahun ini 175 anggota wanita sayap itu dipilih sebagai ketua cawangan berikutan dasar Pemuda MCA yang membenarkan anggota wanita berusia bawah 35 tahun menyertai pergerakan itu.
Kata Wee, pada mesyuarat hari ini, beliau memberi taklimat kepada anggota jawatankuasa pusat sayap itu tentang perkembangan terbaru berkaitan mesyuarat luar biasa yang dipanggil kumpulan Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai untuk membincangkan penarikan balik hukuman gantung selama tiga tahun yang dikenakan terhadap anggota exco Johor Datuk Tee Siew Kiong.
"Anggota CC memberi pandangan mereka tentang isu itu. Namun, kami tetap dengan keputusan kami bahawa resolusi berkenaan (tidak menerima jawatan dalam kerajaan) perlu dikekalkan dan dihormati," katanya.
- Bernama
Muhammad Azmi Ismail berkata beliau tidak mahu mencari masalah dengan sesiapa dan mempersoalkan sama ada tindakannya membela ratusan anjing di Kedah telah melanggar undang-undang.
Beliau yang mesra dipanggil Pak Mie berkata Majlis Bandaraya Alor Setar mengarahkan beliau mengosongkan premis itu pada 19 September ini.
Bagaimanapun, Majlis Daerah Padang Terap pula memaklumkan kepadanya bahawa pondok sementara bagi menempatkan binatang peliharaannya itu tidak boleh dipindahkan ke kawasan pilihan mereka di situ kerana bantahan penduduk setempat.
Walaupun kini beliau tidak tahu ke mana lagi mahu berpindah, Pak Mie berkata beliau tidak akan sekali-kali mengabaikan anjing-anjingnya.

Lelaki penyelamat anjing rela disaman PBT
Walaupun
diarahkan mengosongkan premis mereka, seorang lelaki yang menyelamat
ratusan anjing terbiar mencabar pihak berkuasa tempatan (PBT)
menyamannya sekiranya mereka tidak menyukai apa yang dilakukannya.Muhammad Azmi Ismail berkata beliau tidak mahu mencari masalah dengan sesiapa dan mempersoalkan sama ada tindakannya membela ratusan anjing di Kedah telah melanggar undang-undang.
Beliau yang mesra dipanggil Pak Mie berkata Majlis Bandaraya Alor Setar mengarahkan beliau mengosongkan premis itu pada 19 September ini.
Bagaimanapun, Majlis Daerah Padang Terap pula memaklumkan kepadanya bahawa pondok sementara bagi menempatkan binatang peliharaannya itu tidak boleh dipindahkan ke kawasan pilihan mereka di situ kerana bantahan penduduk setempat.
Walaupun kini beliau tidak tahu ke mana lagi mahu berpindah, Pak Mie berkata beliau tidak akan sekali-kali mengabaikan anjing-anjingnya.
MP: Kurang cukai kereta, baru naik harga minyak
Rakyat
tidak boleh berkompromi apabila kerajaan BN menaikan harga minyak
sedangkan mereka terpaksa membayar "lebih kurang sekali ganda" cukai
kereta berbanding rakyat negara lain, kata ahli parlimen Pandan Rafizi
Ramli.
Mengulas laporan akhbar The Edge berhubung harga kereta di Malaysia adalah kedua tertinggi di dunia, Rafizi menyifatkan perkara itu "tidaklah mengejutkan".
"Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.
"Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Rafizi berkata BN sering mengungkit kononnya rakyat tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel sehingga dijadikan alasan menaikkan harga minyak.
Sebaliknya, katanya, BN tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.
"Sebenarnya, sebuah isirumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70% dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding jumlah subsidi minyak yang diperolehi.
"Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan," katanya.
Rafizi berkata sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar ansuran selama tujuh tahun duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun atau sekitar RM300 sebulan.
"Ini bermakna, Barisan Nasional mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.
"Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat. Lebih teruk apabila Barisan Nasional enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diuar-uarkan," katanya.
Sehubungan itu, Rafizi menegaskan beliau akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak selagi harga kereta tidak diturunkan sekiranya BN mahu harga minyak mengikut pasaran dunia.

Allah yang naikkan harga barang?
Apabila
artikel ‘Kenaikan Harga Barang Ketetapan Allah' muncul di saat rakyat
sedang merasai ancaman kenaikan harga barang akibat potongan subsidi
minyak oleh kerajaan, majoriti rakyat memang tidak puas hati.
Saya tidak tahu, apakah hasrat sebenar penulis berkenaan. Mungkin niatnya hendak meredakan perasaan rakyat terhadap kerajaan ataupun meredhakan kerajaan terhadapnya, itu tidak pasti. Kata penulis, dia bercakap dalam konteks sabar. Mungkin itu maksudnya.
Menariknya saya terbaca satu komen yang menyebut: ‘Kalau begitu pegawai-pegawai penguatkuasa kawalan harga barang sedang menentang ketetapan Allahlah!' Ringkas, tapi penuh makna.
Akidah
Sebelum kita pergi kepada hadis yang diguna pakai dalam penghujah isu ini, saya suka menyebut bahawa dalam sejarah umat Islam pernah muncul aliran Jabariah yang menganggap bahawa semua perkara adalah ketetapan Tuhan, manusia sama sekali tiada pilihan.
Jabariah tidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, sebaliknya mereka termasuk dalam golongan Ahlul Hawa (pengikut hawa nafsu). Saya percaya penulis berkenaan tidak demikian.
Nabi Muhammad SAW mengajar kita tentang takdir dan usaha dalam masa yang sama. Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak; iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu.
Segala yang berlaku dalam alam ini dengan izin Allah. Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izin-Nya. Namun, apa yang DIA izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan. Dia tidak redha kezaliman Firaun, tetapi DIA mengizinkan kewujudan Firaun atas sistem alam yang dicipta-Nya.
Dia redha hamba-hamba-Nya bersedekah, tapi bukan semua mereka DIA izinkan memiliki harta yang banyak, atas sistem alam ciptaan-Nya. Maka, di situlah adanya pahala bagi niat yang baik. Maka, DIA juga menetapkan Hari Pembalasan selepas kematian untuk membalas kebaikan dan keburukan.
Usaha
Kita disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. DIA boleh memenangkan para nabi-Nya dalam sekelip mata, namun itu tidak berlaku. Semua para nabi terpaksa berjuang dan mencari sebab musabab untuk membolehkan mereka menang.
Lihat Maryam ibu Nabi Isa, ketika dia dalam keadaan lemah hendak melahirkan Nabi Isa a.s., Allah menyuruh dia menggoncang pokok tamar. Rutab (tamar masak) pun jatuh berguguran. Firman Allah yang bermaksud:
"(Ketika Maryam hendak melahirkan Isa) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar; dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan jadilah aku dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang! lalu dia diseru dari sebelah bawahnya:" janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan goncanglah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur ke atasmu buah tamar yang masak." (Surah Maryam 23-25).
Lihat, padahal Allah Pemberi Rezeki, tidak bolehkah DIA gugurkan sahaja buah tanpa perlu Maryam bersusah payah menggoncangnya? Jika pun dia goncang, sekuat mana sangat wanita yang sarat mengandung dapat menggoncang pohon tamar? Tidakkah dia sedang mengandung dengan pilihan Allah terhadap dirinya. Ya, namun, Allah mahu hidup ini berjalan menurut tabiatnya, usaha tetap disuruh dan bantuan Allah akan mengiringnya.
Takdir
Sama halnya dengan sakit demam, walaupun segalanya ketentuan Tuhan, namun Nabi SAW menyebut:
"Jika kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kita kena berusaha, kita tidak boleh cakap "ini semua takdir" lalu membiarkan penyakit merebak. Allah itu al-Syafi (Penyembuh). Benar, tapi kita kena berusaha mengatasi penyakit.
Sabda Nabi yang bermaksud: "Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah." (Riwayat Muslim).
Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H) ketika mensyarahkan hadis ini memetik kata-kata al-Qadi ‘Iyadh yang menyebut:
"Hadis-hadis ini juga menolak golongan sufi yang melampau, yang membantah berubat dan berkata: "Kesemuanya dengan qada dan qadar Allah, tidak memerlukan kita berubat". Hadis-hadis ini adalah hujah para ulama dalam menolak mereka." (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).
Jika seseorang jaga kesihatannya, namun penyakit datang juga maka bersabarlah. Anggaplah itu ketetapan Allah. Ada hikmahnya. Ada sebab musabah di luar dari kemampuan diri. Ada pahala atas kesabaran itu. Tapi jika sendiri membahayakan diri.
Melakukan perkara yang merosakkan seperti mengambil dadah, ataupun rokok, ataupun apa-apa tindakan yang bahaya lalu terkena penyakit, maka sebelum dia menyerah kepada takdir, dia hendaklah menyalahkan sikapnya terlebih dahulu.
Allah telah ingatkan dengan maksudnya: "Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan." (Surah al-Baqarah, ayat 195).
Jika seseorang mati kerana sakit atau tanpa sebarang sakit maka kita terima sebagai takdir. Namun jika dia dibunuh, walaupun itupun takdir, pembunuh mesti dihukum. Ulama tidak boleh beritahu mahkamah ‘jangan salahkan pembunuh kerana itu takdir, Allah itulah yang menghidup dan mematikan'.
Demikian jika ada yang dirompak dan dirogol, tidak boleh kita beritahu bahawa dalam Islam penyelesaiannya ‘terimalah sebagai takdir dan bersabar, jangan salah sesiapa, rezeki ketentuan Allah'. Dalam Islam ada undang-undang jenayah dan pesalah boleh dihukum. Ada sistem keadilan yang wajib ditegakkan.
Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab "Allah menaikkan harga barang". Apakah anda akan berkata: ‘Masya-Allah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman'. Ataupun, ‘awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!'.
Dalam negara ini, ada berbilion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina dengan harga berbilion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai alasan berbilion harganya. Apakah jawapannya: "Semua itu takdir Allah?". Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela.
Maksud hadis
Apabila anda faham teras-teras di atas, maka fahamlah maksud hadis Anas bin Malik, dia berkata: "Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah SAW. Maka orang ramai pun berkata: "Wahai Rasulullah, Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami.
Jawab Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta". (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani)
Ertinya, jika kenaikan itu bukan disebabkan perancangan buruk manusia, tetapi secara semula jadi yang jika ditetapkan harga barang akan menzalimi para peniaga, maka hadis ini dipakai dalam suasana yang seperti itu. Ertinya haram menetapkan harga barang.
Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi. Kerajaan menjaga keadilan untuk kedua pihak.
Justeru Islam melarang monopoli yang zalim seperti ihtikar (hoarding/sorok barang). Jika kezaliman berlaku, pemerintah boleh masuk campur menetapkan harga barang. Inilah yang sarjana seperti Ibn al-‘Arabi sebut:
"Sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu (peraturan) Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan". ( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Menariknya, Lajnah Fatwa Arab Saudi (fatwa 12076) juga membolehkan menetapkan harga barang dan tidak membenarkan seseorang sewenang-wenang menaikkan harga barang yang ditetapkan penguasa.
Kesimpulannya, hadis itu sahih. Konteks ia dikemukakan di waktu ini mungkin tidak tepat. Macam kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada Khawarij: "Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).
Adapun saya, tidak tahu apakah tujuan tokoh agama parti berkenaan mengemukakannya. Saya serahkan urusannya kepada Allah.
Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah bekas mufti Perlis.

Pemuda PAS: Tanda Putera gagal, rakyat tolak perkauman
Dewan
Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan kegagalan filem Tanda Putera
memikat hati penonton dan sambutan dingin terhadapnya membuktikan rakyat
menolak "perkauman sempit yang cuba diserapkan dalam jiwa dan minda"
mereka.
Setiausaha Dewan Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata masyarakat kini bijak menilai sesuatu termasuk filem tersebut dan tidak mahu terikat dengan doktrin yang dipaksakan ke atas mereka.
"Rakyat Malaysia cintakan keamanan dan kesejahteraan dan mereka hidup dalam dalam keadaan harmoni dalam pelbagai budaya dan adat.
"Rakyat menolak sentimen perkauman sempit yang cuba diserapkan dalam jiwa dan minda mereka. Rakyat bencikan sejarah yang dipolitikkan demi kepentingan sesetengah pihak," katanya dalam kenyataannya semalam.
Menurut Khairul Faizi lagi, rakyat di negara ini membaca sejarah dan mengetahui susur galur perjuangan generasi terdahulu sehingga kini termasuk motif sesuatu isu yang ingin disampaikan termasuk melalui filem.
"Dan sambutan dinginnya menceritakan segala-galanya. Tanda Putera menjadi cermin bahawa kesemua pihak perlu berlaku adil dalam menceritakan atau menggambarkan sesuatu melalui filem mereka," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan