Posted on Saturday, September 14 @ 14:37:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Saya kongsikan secara ringkas kronologi peristiwa Mesir. Kena banyak lagi membaca, bertanya, dan berbincang dengan sumber yang diyakini untuk mengetahui lebih lanjut.
Bila mana ada peluang untuk mengikuti forum isu Mesir ini, jangan lepas kan peluang.
Ambil tahu!
tarbiyah-dzatiyah.blogspot.com
Nazar jalan kaki 13 hari baham RM650 000
Posted on Saturday, September 14 @ 13:34:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: laniismaa
"Perjuangan apa kebendanya kalau dah dapat RM650 000. Makan sedap tidur hotel, berjalan lenggang-lenggang dapat RM650 000. Seronok kan! Dapat duit dari rakyat [mungkin] Kerajaan Terengganu dan Kementerian Belia dan Sukan yang tanggung kerana tak dinyatakan tajaan tersebut. Atau ada mana-mana syarikat swasta yang tak berapa betul yang nak terlibat.
Buatlah apa-apa yang nampak ‘merapu’ pun untuk Umno tentu ada habuannya.
Katanya yang nak berjalan tersebut dia bernazar sempena BN menang PRU13 dan PRK Kuala Besut. Nak bernazar, bernazarlah, nak tunai nazar, tunailah tetapi kenapa baham duit rakyat[?]!! Bernazar sendiri, nak buat nazar minta orang tanggung. Banyak cantik!! Ke baham duit Yayasan Terengganu kerana dia kakitangan Am Rendah Yayasan Terengganu.
Kata yang nak berjalan tu juga, dia buat kerana orang kampung, kerana wakil rakyat Malaysia, malah melakukannya dengan hati ikhlas serta tabah dan perjuangannya untuk negara. Ikhlaslah dengan RM650 000.
Khairy serah cek, Mat Said ada, agak-agak duit siapa RM650 000 tu. Maka dia dan 40 atlit pejalan kaki makin bertambahlah cinta kepada Umno dan negara dengan RM650 000. Kalau RM1 juta, makin-makin dia sayang kepada negara.
Atau dari duit Umno, kalau duit Umno lantaklah, itu pun baham dari projek kerajaan!! Perjelaskan tajaan tersebut!!
Baca juga : Patutlah Fathul Bari beriya pertahan minyak naik!!"
Dari mana Salleh dapat angka 82%?
Posted on Saturday, September 14 @ 11:36:55 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KOTA BELUD: Kenyataan Umno bahawa 82% jawatan perkhidmatan persekutuan di Sabah kini disandang anak tempatan serta kadar kemiskinan sudah turun dari 24% kepada hanya 8% tahun lalu dipersoalkan anak tempatan.
Peguam Peter Marajin yang juga aktivis politik dan masyarakat di sini mempersoalkan kenyataan Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak itu yang disiarkan oleh Bernama semalam.
“Dari mana Salleh dapat angka 82% itu? Kalau benar tolong beri pecahan mengikut setiap jabatan persekutuan yang ada di Sabah termasuklah polis, askar dan pendidikan yang ramai stafnya dari kalangan bukan anak jati negeri Sabah,” katanya ketika dihubungi FMT.
Marajin yang juga penasihat NGO, Gindol Initiative for Civil Society Borneo, berkata selain tiga jabatan berkenaan, banyak jabatan persekutuan di Sabah mempunyai pegawai dan kakitangan rendah termasuklah pemandu dan kerani dari luar Sabah.
“Tolong juga beri pecahan staf Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), hospital, KEMAS, RISDA, FELDA, MARA, MARDI, universiti, kolej, Jabatan Kerja Raya Persekutuan dan banyak lagi agensi pusat yang ada di sini,” tambahnya.
Angka kemiskinan
Beliau juga berkata angka penurunan kemiskinan dari 24% pada tahun 2004 kepada kepada 19.7% pada 2009 dan akhirnya hanya 8% tahun lepas yang disebut Salleh juga meragukan.
“Kita tidak boleh terus memetik angka dari angin begitu sahaja, sedangkan keadaan di lapangan dan banyak kampung di Sabah menunjukkan keadaan sebaliknya berikutan kenaikan kos hidup terus meningkat dengan kenaikan harga minyak,” terangnya.
Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah memberi angka-angka itu dalam ucapannya pada satu perhimpunan penjawat awam Persekutuan di Sabah di sini yang turut dihadiri Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Abu Bakar Hassan.
Menurut Salleh, terdapat kira-kira 100,000 pelbagai jawatan dalam perkhidmatan Persekutuan di Sabah sekarang ini, melibatkan perbelanjaan mengurus perkhidmatan tersebut di Sabah saja mencecah RM7 billion setahun.
Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan dan pernah memegang jawatan ketua menteri sebelum ini turut memuji kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman kerana telah mengurangkan kadar pengangguran di kalangan rakyat Sabah kepada hanya 5% sekarang.
Kadar pengangguran
Bagaimanapun menurut Marajin, angka begitu terlalu baik untuk dipercayai sedangkan negara-negara maju pun ada yang kini dikatakan mempunyai kadar pengangguran melebihi 20%.
“Saya tidak pastilah dari mana Salleh dan Umno boleh dapat angka begitu tetapi setahu saya di daerah Kota Belud sendiri pun masih ramai graduan diploma dan ijazah yang menganggur.
Apalagi hampir 30 daerah lain di Sabah juga dilaporkan mempunyai ramai penganggur graduan, itu kita belum cakap fasal lepasan sekolah menengah lagi.
“Di Kota Belud sahaja yang mempunyai sembilan sekolah menengah, setiap tahun mengeluarkan ratusan lepasan sekolah tiap tahun.
Adakah mereka ini semua dapat pekerjaan? Saya rasa tidak. Angka pengangguran 5% di kalangan anak Sabah ternyata tidak teguh dan tidak boleh dipercayai langsung,” kata Marajin lagi.-FMT
BONGKAR!!! Petua Tradisional Menghilangkan Bau Badan [SAKSIKAN...]
Posted on Saturday, September 14 @ 11:18:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Oleh: matuse68
"Badan yang berbau sememangnya memalukan dan boleh mengganggu teman-teman sekeliling kita. Di bawah ini disertakan petua-petua tradisional menghilangkan bau badan.
MENTIMUN.
Ambil sebiji mentimun muda kupas kulitnya dan basuh dengan bersih. Sapukan sahaja isi dalam mentimun ke bahagian badan yang berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Insyaallah...
BERAS GORENG DAN ASAM JAWA.
Ambil segenggam beras dan gorengkan tanpa minyak sehingga hangus. Hancurkan dan bancuh bersama air asam jawa. Sapukan atau gosokkan ke bahagian badan yang berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Insyaallah akan ada perubahan kepada anda.
PEWANGI PELUH.
Ambil tawas dan hancurkannya menjadi serbuk dan gaulkan dengan sedikit bedak. Setelah itu sapukan dengan rapi ke semua bahgian badan yang berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum anda tidur. Insyaallah anda akan dapati peluh yang dari badan anda menjadi wangi.
[Baca seterusnya...]"
Blogger Omakkau Trauma Dirompak 4 Lelaki
Posted on Saturday, September 14 @ 11:05:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
KLANG 13 SEPT: Blogger Omak Kau, Rohani Abdul Hamid, 44 masih trauma berikutan diacu parang ketika rumahnya dirompak sekumpulan lelaki minggu lalu.
Beliau berkata, perasaan takut menyelubungi dirinya ketika malam dan bersendirian biarpun empat lelaki yang merompaknya sudah ditangkap polis semalam.
“Saya berasa seolah-olah diekori. Anak saya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 17 tahun turut trauma kerana kejadian itu berlaku depan matanya,” kata ibu tunggal itu.
Diziarahi YB Rodziah Ismail
Kejadian itu mendapat perhatian Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail yang menziarahinya di sebuah pangsapuri di Bukit Raja di sini, petang semalam.
Rodziah bimbang terhadap kejadian yang menimpa Rohani dan keluarganya dan berharap polis harus mempergiat rondaan supaya kejadian itu tidak berulang.
“Perlu ada tindakan lebih mantap dan fokus dari polis untuk melihat bagaimana perkara itu boleh diatasi, dengan peratus jenayah meningkat saban hari,” katanya.
Turut hadir, wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memberi sumbangan bagi meringankan beban Rohani.
Pada 6 September lalu, Rohani yang baru pulang dari program pelancaran buku karya Ikhwanul Muslimin di sebuah hotel di Shah Alam, dirompak empat lelaki bertopi keledar, sekitar jam 2 pagi.
Beliau turut diacu dengan parang selain ada antara perompak itu cuba berkelakuan tidak senonoh terhadap kehormatannya.
Mangsa kerugian lebih RM5,000 berikutan pelbagai barang berharga termasuk komputer riba, televisyen telefon bimbit dan barang kemas dilarikan perompak itu.-selangorku
Malaysia tidak sebahagia dahulu, menurut laporan PBB
Posted on Saturday, September 14 @ 10:46:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh lararatu
Malaysia tidak sebahagia seperti sebelumnya menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin.
Kedudukan Malaysia merudum dari tangga 51 pada tahun lalu ke tangga 56 berdasarkan Laporan Kebahagiaan Dunia 2013.
Ini menjadikan Malaysia ketinggalan berbanding negara Asia Tenggara lain seperti Singapura di tangga 30 dan Thailand di tangga 36 namun masih mendahului Indonesia yang berada di kedudukan 76.
Tahun lalu, Singapura berada pada kedudukan 33, Thailand (52) dan Indonesia (83). Rujuk rajah di bawah.
Manakala Denmark berada di kedudukan pertama negara paling bahagia di dunia dengan memperoleh markah 7.693 berdasarkan "Tangga Cantril" iaitu satu bentuk pengukuran berdasarkan penilaian responden dengan menggambarkan kehidupan sebagai tangga, berdasarkan skala 10 paling bahagia dan 0 sebagai terburuk.
Malaysia mendapat markah 5.760 dalam ujian tersebut merudum 0.377 mata daripada laporan sebelumnya. 40 negara lain turut mencatat penurunan sementara 60 negara lagi mencatat peningkatan.
Bagaimanapun, kajian tersebut tidak menyatakan butiran lengkap keputusan yang diperoleh.
Laporan tahun ini berdasarkan maklumbalas yang diterima dari tahun 2010 hingga 2012 daripada156 negara yang dikeluarkan oleh Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Mapan PBB (SDSN).
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, jangka hayat sihat, sokongan sosial untuk mendapatkan bantuan, persepsi rasuah, sifat pemurah dan kebebasan membuat pilihan adalah faktor yang diambil kira dalam kajian itu.
Laporan tersebut juga mendedahkan beberapa perkembangan baru seperti dunia kini lebih bahagia dan pemurah sejak lima tahun lalu berdasarkan penilaian penduduk mengenai hidup mereka.
"Laporan ini kaya dengan maklumat dimana ukuran dan kajian yang dilakukan secara sistematik boleh mengajar kita bagaimana untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dan perkembangan mapan," kata Pengarah Institut Bumi Universiti Columbia, Jefrrey D. Sachs.
"Kini berlaku peningkatan permintaan sedunia apabila penduduk mementingkan polisi dan mengutamakan kualiti hidup," katanya. - 13 September, 2013.-TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan