Ahad, 29 September 2013

JAHIL AGAMA ITU SEBENAR ORANG BODOH

Dendam: DAP cabar menteri tegur Mukhriz

Harakahdaily, 27 Sep 2013
KUALA LUMPUR: DAP mencabar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegur Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka, untuk membuktikan bahawa balas dendam bukan nilai politik Umno.

Demikian penegasan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching dalam satu kenyataan.

Ini ekoran Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan semalam membidas dan menafikan dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa kerajaan Persekutuan menghukum masyarakat Cina di kampung baru kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu.

Katanya, walaupun Abdul Rahman menafikan bahawa rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baharu kepada majlis kerajaan tempatan hanya menambah masalah birokrasi, tetapi sebagai hakikatnya, rancangan beliau juga tidak disokong oleh MCA, salah satu parti komponen BN.

Beliau berkata, sekiranya rakan seperjuangan beliau juga tidak percaya bahawa rancangan beliau adalah berniat suci, bagaimana Abdul Rahman ingin seluruh masyarakat Cina percaya bahawa ini memanglah bukan satu hukuman atau balas dendam.

Menurutnya lagi, kalau BN, terutamanya Umno memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina kerana tidak memilih Barisan Nasional pada PRU13 yang lalu, Datuk Abdul Rahman Dahlan juga perlu menjelaskan kenapa Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kebelakangan ini berkata bahawa kerajaan negeri kini tidak akan melayan sebarang permintaan daripada Sekolah Cina dan mahu menumpukan bantuan Sekolah Kebangsaan berikutan perubahan undi Cina semasa PRU13 Mei lalu yang membelakangkan MCA dan BN.

“Sekiranya Datuk Abdul Rahman Dahlan memang ingin mempercayakan orang ramai bahawa beliau memang tidak berniat untuk menghukum masyarakat Cina, saya mencabar beliau untuk menegur Menteri Besar Kedah yang ingin balas dendam secara terbuka, untuk membuktikan bahawa balas dendam bukan nilai politik Umno.

“Adakah beliau berani?” tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Bunuh: Adakah jiwa pelatih PLKN memberontak?

Basiron Wahab, 27 Sep 2013
KUANTAN: Kerajaan wajar mengkaji semula keberkesanan Program Latihan Pusat Khidmat Negara (PLKN) berikutan berlakunya kes yang membabit kematian seorang pelatih di sebuah kem dekat Muadzam Shah baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad berkata, kes kematian itu menimbulkan persoalan tetang hala tuju PKLN kerana gagal membentuk akhlak pelatihnya yang sepatutnya dibentuk melalui modul yang disediakan.

Katanya, Modul PLKN dilihat gagal membentuk nilai nilai murni.

“Dulu modul PLKN menimbulkan konstroversi kerana dilihat cuba menerapkan  propaganda pro-Umno, kini kes lebih buruk berlaku sehingga pelatih dibunuh.

“Adakah berbaloi bagi ibu bapa dipaksa menghantar anak ke PLKN secara paksaan dengan tindakan undang-undang akan diambil jika ibu bapa enggan menghantar anak mereka berlatih di PKLN?” soal Suhaimi.

Menurut beliau, di sebalik paksaan mengikuti latihan di PLKN, ibu bapa terpaksa menerika tiada jaminan keselamatan kepada anak mereka. Ini  bukanlah  kes pertama, sebelum ini terdapat kes di mana pelatih perempuan dirogol oleh jurulatih.

“Sebagai ibu bapa sudah tentu mereka merasa bimbang untuk menghantar anak mereka menyertai latihan PLKN berikutan kes bunuh ini,” katanya.

Suhaimi mewakili PAS negeri turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa keganasan pelatih PLKN, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh.

Menurut laporan media, kes berlaku hanya disebabkan berebut makanan dan mangsa dikatakan memotong barisan untuk mengambil makanan.

“Jika disebabkan memotong barisan, adalah sangat tidak munasabah mangsa dibunuh. Ini menunjukkan jiwa pelatih PKLN berada dalam keadaan memberontak kerana mereka ke situ semata-mata kerana dipaksa oleh kerajaan,” ujarnya.

Selangor perlu aktifkan sukan daerah

Selangorku, 27 Sep 2013
SHAH ALAM: Majlis Sukan Negeri Selangor (MSN) perlu mengaktifkan peranan Majlis Sukan Daerah (MSD) jika mahu mengembalikan kegemilangan sukan termasuk hoki di negeri ini.

Exco Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi, berkata pihaknya sudah berbincang dengan MSN bagi mencari beberapa penyelesaian.

“Antaranya, kalau Selangor mahu menjadi yang lebih baik dari segi kekuatan sukannya, kita kena bangunkan di peringkat MSD, tidak kira apa jenis sukan, kena berupaya lakukan.

“MSN perlu bersedia untuk mengalas tanggungjawab itu, bukannya melepaskan tanggungjawab kepada persatuan kerana kita tahu persatuan tiada peruntukan.

“MSN perlu bangunkan MSD untuk dapatkan atlet berkebolehan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam Kejohanan Hoki Asia di Kompleks Kebudayaan Belia dan Sukan di sini, malam tadi.

Yunus berkata, MSD perlu mencari pelajar dari sekolah rendah dan menengah untuk digilap supaya Selangor tidak ketandusan atlet berbakat.

“Hoki wanita tidak menyerlah berbanding lelaki. Tidak seperti dulu, hoki sukan yang popular. Sekarang kita ketinggalan berbanding Korea dan Jepun. Jadi pembangunan hoki perlu dilaksanakan dari akar umbi,” katanya.

Selain itu, katanya, stadium hoki Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sedang dinaik taraf manakala stadium hoki Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam perbincangan untuk dinaik taraf.

“MBPJ sudah mengambil inisiatif manakala MPK dalam perbincangan dan mereka bersedia,” katanya.

Muktamar: Tatacara pemilihan pemimpin PAS

Harakah, 27 Sep 2013



PENJELASAN PENGERUSI LAJNAH UNDANG-UNDANG PAS PUSAT, ASMUNI AWI TENTANG TATACARA PEMILIHAN PEMIMPIN PAS MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-59 NOVEMBER INI

Pada 25 Ogos lalu, Jawatankuasa PAS Pusat telah meluluskan satu peraturan baharu dilaksanakan pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-59 tahun. Ia akan berlangsung mulai 22 hingga 24 November depan di Selangor. PAS maju setapak lagi. Bagaimana kedudukan garis panduan itu bagi mesyuarat agung cawangan dan kawasan kerana kelulusan peraturan itu sudah dikira lewat. Ikuti pandangan Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi mengenai perkara ini ketika ditemubual Wartawan Kanan Harakah, AZIZ MUDA pada 23 September lalu.

HARAKAH: PAS akan perkenalkan garis panduan kempen yang disebut "Peraturan dan Tatacara Pemilihan" menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-59 November ini. PAS telah wujudkan satu jawatankuasa berkenaan peraturan dan tatacara pemilihan yang diketuai saudara sendiri. Boleh jelaskan...

ASMUNI AWI: Ini akan saya jelaskan dalam sidang akhbar yang akan saya adakan tak lama lagi. Sidang akhbar itu, insya Allah akan saya adakan minggu ini. Secara dasarnya, garis panduan itu atau dengan tepatnya kita namakan sebagai Peraturan dan Tatacara Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pekara ini kita buat di bawah Fasal 85 Perlembagaan PAS Pindaan 2011. Ia sebenarnya telah digubal pada tahun 2005. Jadi, ia sepatutnya sudah digunapakai untuk pemilihan tahun 2005, 2007, 2009 dan 2011.

Masa itu, Dato' Kamarudin Jaffar yang menjadi Setiausaha Agung PAS. Saya telah diminta oleh Dato' Kamarudin untuk membuat peraturan itu. Tetapi Jawatankuasa PAS Pusat seperti tidak berminat untuk membincangkannya. Disebabkan kelewatan Jawatankuasa PAS membincangkannya, perlaksanaannya ditangguhkan.

Pada tahun 2011, saya juga turut dilantik sebagai Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat. Perkara ini hanya menarik minat Jawatankuasa PAS untuk dibincangkan dalam mesyuarat pada 25 Ogos lalu. Pada mesyuarat itu, peraturan ini telah diluluskan.

Sekarang setelah diluluskan, bermakna peraturan ini akan digunapakai secara rasmi sebagai satu tatacara standard yang digunapakai bagi pemilihan tahun ini dan semua pemilihan akan datang dari peringkat bawah hingga ke peringkat pusat.

Nampaknya ia agak terlewat...

Iya. Disebabkan kesuntukan masa, bagi tahun ini peraturan ini tak sempat untuk digunakan di peringkat cawangan dan kawasan kerana semua cawangan, kawasan telah mengadakan mesyuarat agung masing-masing sebelum peraturan ini diluluskan.

Bagi tahun ini, penggunaan peraturan ini hanya berkuatkuasa pada pemilihan di peringkat pusat termasuk Dewan Ulamak PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Untuk pemilihan dua tahun selepas ini baharulah peraturan ini digunapakai secara menyeluruh di semua peringkat termasuk cawangan, kawasan, negeri-negeri dan peringkat pusat termasuk bagi semua dewan peringkat pusat.

Selebihnya mengenai peraturan ini akan saya jelaskan secara detailnya dalam sidang akhbar yang akan saya adakan selepas ini pada minggu ini. Pada sidang akhbar itu nanti, saya akan turut mengedarkan peraturan ini kepada media.

Akan datang, ia akan dikeluarkan dalam bentuk buku khas untuk diedarkan kepada kesemua perwakilan nanti?

Sudah tentu. Peraturan dan Tatacara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini akan dicetak dan disediakan dalam bentuk buku. Selepas itu, kami akan edarkan kepada Badan-badan Perhubungan PAS Negeri, sama seperti yang kita lakukan dengan buku Perlembagaan PAS.

Kenapa perlu ada peraturan dan tatacara ini?

Sebelum ini, kita sebenarnya tak ada peraturan yang kemas. Jadi ia menimbulkan banyak masalah. Masalah timbul disebabkan ketiadaan peraturan bukan hanya berlaku di peringkat kawasan, tetapi juga di peringkat negeri-negeri, malah kita di peringkat pusat pun jadi pening kepala dibuatnya.

PAS di negeri-negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat peraturan. Kuasa untuk membuat peraturan hanya ada di peringkat pusat. Sebelum ini walaupun ada peraturan, dalam peraturan itu tak disebut dengan jelas dan kemas macam mana peraturan itu.

Tak disebut macam mana peraturan bila bertanding, tak disebut borang apa yang hendak dipakai. Kalau ada pun peraturan, peraturan itu hanyalah peraturan-peraturan asas sahaja.

Sekarang bila kita sudah ada peraturan ini, tak timbul lagi masalah-masalah itu. Menerusi peraturan baharu yang dikemaskinikan ini, ada pendetailan mengenai peraturan-peraturan ini.

Di dalamnya ada dijelaskan tentang peraturan bila bertanding, borang yang hendak dipakai dan peraturan-peraturan lain yang perlu dipatuhi. Sepatutnya peraturan ini dah lama dibuat, tetapi hanya kini baharu dapat dikemaskinikan.

Dengan adanya peraturan ini, ia akan memberikan cukup banyak kebaikan kepada PAS. Ini sesuai dengan kedudukan PAS sendiri sebagai parti yang sedang berkembang di negara ini.

Kalau ada yang melanggar peraturan dan tatacara?

Kalau ada perlanggaran itu, ia lebih kepada pencalonan. Contohnya calon yang bertanding itu tidak mengikut disiplin yang ditetapkan seperti memburuk-burukkan peribadi pihak lawan. Jika ada perlanggaran, jawatankuasa yang saya pengerusikan ini tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan sebarang tindakan kepada mereka yang terbabit.

Jadi, pihak mana yang patut bertindak?

Tindakan hanya boleh diambil oleh pihak Lembaga Disiplin. Namun jawatankuasa yang saya pengerusikan ini bolehlah membuat laporan kepada pihak berkenaan seperti Jawatankuasa Pemilihan untuk dilaporkan kepada Lembaga Disiplin. Tindakannya terserah kepada Lembaga Disiplin kerana hanya Lembaga Disiplin yang boleh bertindak ke atas pihak yang melanggar peraturan ini.

Selain itu, jika ada perlanggaran, calon berkenaan masih juga boleh bertanding. Hanya setelah keputusan diumumkan baharulah Lembaga Disiplin akan bertindak ke atas individu terbabit sama ada membatalkan keputusannya, menggantung keahliannya dalam PAS dan sebagainya.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan-kawasan kali ini ada sedikit kelainan berbanding sebelum ini, apabila disyaratkan mesti ada pihak yang berperanan sebagai SPR daripada Badan Perhubungan PAS Negeri selain dua pemerhati yang memantau perjalanan mesyuarat.

Ini bukan perkara baharu. Ia dah lama dilakukan. Sejak dulu, SPR yang menjadi pemantau atau pemerhati itu dilantik oleh PAS kawasan sendiri. Tetapi mereka itu juga dipersetujui oleh Badan Perhubungan PAS Negeri juga. Jika ikut peraturan baharu ini, SPR itu akan dilantik oleh Badan Perhubungan PAS Negeri.

Tetapi seperti yang saya nyatakan tadi, ini tak sempat dilakukan untuk peringkat kawasan sekarang kerana kelewatan Jawatankuasa PAS Pusat meluluskan peraturan ini. Peraturan ini akan dikuatkuasa untuk semua peringkat termasuk di cawangan-cawangan, kawasan-kawasan dan negeri-negeri dua tahun akan datang.

Selain mesyuarat PAS kawasan, mesyuarat di peringkat Pemuda dan Muslimat kawasan juga ada disyaratkan pemerhati daripada Dewan Pemuda dan Muslimat Negeri masing-masing, bagi meneliti perjalanan pemilihan di peringkat pemuda dan muslimat kawasan?

Sejauh yang saya tahu, SPR atau pemerhati itu adalah daripada dewan pemuda dan muslimat dari kawasan lain, bukan daripada Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Negeri. Tetapi ini saya tak pasti. Mungkin juga begitu.

Saya tak berapa tahu perkara ini kerana ini melibatkan dewan-dewan. Tetapi kalau pun begitu, ia bukanlah suatu perkara yang pelik sebab jika dewan negeri yang hantar pemerhatinya, perlantikan itu daripada dewan negeri juga dan kalau dewan kawasan yang hantar, ia tentu dipersetujui oleh Dewan Pemuda atau Dewan Muslimat Negeri juga.

Satu perkara yang nyata berhubung peraturan yang baharu ini, ia bukanlah membuang kesemua peraturan-peraturan lama yang sudah dilaksanakan. Sebaliknya peraturan baharu ini hanya mengemaskinikan peraturan-peraturan itu supaya segalanya menjadi lebih teratur dan lebih terurus.

Lazimnya PAS kawasan tak boleh adakan mesyuarat jika tak ada cawangan. Contohnya PAS Kawasan Bukit Bintang? Macam mana mereka adakan mesyuarat?

Mengenai perkara ini memang banyak masalah. Sebenarnya bukan hanya PAS Bukit Bintang sahaja yang tak ada cawangan, ada lagi PAS kawasan-kawasan lain yang tak ada cawangan termasuk PAS kawasan tertentu di Pulau Pinang.

Ini berkaitan dengan PAS kawasan, saya tak berapa pasti sebab saya di peringkat pusat. Tetapi perkara ini sebenarnya telah pun diputuskan oleh PAS Pusat. Sungguhpun begitu, saya fikir hanya Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali yang boleh menjelaskan hal ini.

Mengenai pencalonan, kalau dalam Umno dan KeADILan, calon-calon itu sendiri yang menawarkan dirinya untuk bertanding ke sesuatu jawatan. PAS macam mana?

Mengenai soal pencalonan ini, dalam PAS, amalan yang kita lakukan sejak dahulu bukan calon-calon itu sendiri yang menawarkan diri untuk bertanding, tetapi pencalonan itu dilakukan oleh orang lain. Selepas itu baharulah kita maklumkan perkara itu kepada individu berkenaan sama ada individu itu terima atau tidak pencalonannya itu.

Dalam PAS, untuk membolehkan seseorang itu bertanding, dia mesti mendapat sekurang-kurangnya dua pencalonan. Apakah syarat ini juga yang terus diguna pakai untuk pemilihan tahun ini?

Iya, syarat itulah juga yang masih lagi digunapakai hingga sekarang. Malah PAS tak ada hasrat untuk pinda perkara ini. Jadi, hingga sekarang kita terus kekal dengan syarat seseorang yang bertanding itu mestilah mendapat minima dua pencalonan.

Sebelum ini sebenarnya ada cadangan supaya mesti ada lima minima pencalonan, tetapi Jawatankuasa PAS Pusat cadangkan cara lama untuk terus digunapakai iaitu hanya dua pencalonan minima sahaja dalam apa jua jawatan yang dipertandingkan.

Boleh saudara jelaskan etika kempen kali ini?

Sebenarnya setiap calon atau ahli PAS boleh berkempen, tetapi mengikut peraturan yang ditetapkan. Calon itu hanya boleh promosikan dirinya sahaja sahaja. Dia tak boleh perlekehkan orang lain khususnya pihak lawan. Dia boleh jelaskan apa wawasannya dan apa yang akan dia buat kalau dia menang. Calon itu juga tak boleh menyalahgunakan kedudukannya.

Contohnya saya. Walaupun saya pengerusi atau ketua lajnah, saya tak boleh buat satu peraturan dalam lajnah saya dan dalam peraturan itu memusing begitu dan begini untuk membolehkan saya menang.

Ini tak boleh dilakukan sama sekali. Begitulah juga dengan calon-calon lain. Selain itu, setiap calon juga tidak boleh membeli undi. Setiap calon tidak boleh bertindak menyalahi disiplin parti seperti yang telah ditetapkan.

Boleh saudara jelaskan etika kempen kali ini?

Sebenarnya setiap calon atau ahli PAS boleh berkempen, tetapi mengikut peraturan yang ditetapkan. Calon itu hanya boleh promosikan dirinya sahaja sahaja. Dia tak boleh perlekehkan orang lain khususnya pihak lawan.

Dia boleh jelaskan apa wawasannya dan apa yang akan dia buat kalau dia menang. Calon itu juga tak boleh menyalahgunakan kedudukannya.

Contohnya saya. Walaupun saya pengerusi atau ketua lajnah, saya tak boleh buat satu peraturan dalam lajnah saya dan dalam peraturan itu memusing begitu dan begini untuk membolehkan saya menang.

Ini tak boleh dilakukan sama sekali. Begitulah juga dengan calon-calon lain. Selain itu, setiap calon juga tidak boleh membeli undi. Setiap calon tidak boleh bertindak menyalahi disiplin parti seperti yang telah ditetapkan.

S'gor kaji naikkan elaun guru Kafa kepada RM1,500

Harakahdaily, 27 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor sedang mangkaji dan merancang untuk menaikkan elaun guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Exco Pendidikan Dr Halimah Ali berkata, ianya akan diperincikan secepat mungkin sesuai dengan Belanjawan Selangor 2014 yang memberi tambahan peruntukan dalam bidang pendidikan bagi memperkasa institusi pendidikan dan latihan kepada belia.

“Jumlah itu selaras dengan gaji minimum yang sebelum ini dua kali dinaikkan sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri ini.

“Lebih kurang 7,000 guru KAFA akan menerima manfaat,” katanya dipetik Selangorku.

Selain itu, beliau turut mengulangi komitmen kerajaan negeri yang akan menaikkan had kelayakan bagi mendapat hadiah masuk ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Had kelayakan tersebut dinaikkan dari keluarga berpendapatan RM1500 sebelum ini kepada yang berpendapatan RM3,000.

Menurut Halimah, ia bagi memberikan peluang lebih ramai menikmati bantuan itu.

Antara 2008 hingga 2013, Halimah berkata seramai 40,000 individu memohon mendapatkan hadiah itu tetapi hampir 10,000 permohonan ditolak kerana tidak mematuhi syarat.

Beliau berkata, golongan belia pula terus dibantu bagi mendapatkan latihan kemahiran bagi membantu mereka mendapatkan pekerjaan sesuai.

“Kita mahu tahap pembelajaran di negeri ini dalam keadaan kondusif sebagai sebuah negeri maju,” katanya.

Demi Mukhriz, Mahathir kata pemimpin Umno bodoh?

Harakahdaily, 27 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Bagaimana Tun Mahathir pula yang bercakap mengatakan pimpinan Umno sekarang semuanya pemimpin bodoh dan wajar mengundurkan diri untuk memberi mereka yang lebih muda untuk tampil ke hadapan.

“Adakah apabila Mukhriz anak bongsu beliau sekarang sedang mencuba nasib bertanding Naib Presiden Umno baru beliau hendak bercakap tentang peranan penting orang muda?” tanya Aspan Alias di dalam blognya, semalam.

Baginya, Khairy Jamaludin merupakan anak muda dan beliau merupakan ‘budding leader’ yang kini menjadi perhatian ramai tidak mendapat sokongan Mahathir sedangkan Khairy jauh lebih muda dari anak bongsunya sendiri.

Mengulas lanjut, ujarnya sekarang apabila anak bongsu Mahathir mahu mencelah untuk menjadi Naib Presiden Umno, maka Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Hishammudin pun sudah tua.

Bagi Mahathir, kata beliau pemimpin muda yang layak hanyalah anaknya Mukhriz.

“Kita tidak menafikan Mukhriz itu ada sedikit kemampuan tetapi tidak payahlah mengata orang itu tua dan orang ini sudah lanjut usia dan sebagainya.

“Sekarang ini Mahathir baru mengatakan yang Umno itu dipenuhi dengan pemimpin bodoh,” tulisnya lagi.

Baca di sini

Tiada ulasan: