Posted on Friday, September 13 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: laniismaa
"
Resipi biskut coklat almond square yang hangat di eRESIPI.COM. Hangat kerana begitu mendapat sambutan dicari peminat resipi sebelum aidilfitri baru-baru ini.
BAHAN-BAHAN
Bahan A
-220 gram mentega
-210 gram gula kastor
-100 shortening
-1 sudu teh ising vanila
Bahan B
-350 gram tepung gandum
-135 gram tepung beras
-25 gram serbuk koko
90 gram badam kisar
-1 sudu teh emplex
-Coklat ball dan coklat masakan untuk hiasan
CARA-CARANYA KLIK!! "
Mati selepas langgan pelacur
Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi, lelaki berkenaan yang berumur 66 tahun, dilihat sendirian memasuki perkarangan hotel berkenaan pada jam 10 pagi.
Lelaki terbabit yang masih bujang diberitahu mendaftar masuk sebuah bilik yang terdapat lima pelacur, namun pengsan sebaik sahaja selesai melakukan hubungan seks bersama salah seorang daripada wanita terbabit.
Kesemua wanita terbabit yang panik melihat keadaan lelaki terbabit bertindak memanggil pemilik hotel berkenaan untuk memaklumkan insiden berkenaan sebelum menghubungi ambulans.
Hasil pemeriksaan oleh pasukan kesihatan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini mendapati warga emas berkenaan sudah meninggal dunia.
Timbalan Ketua Polis Muar, Superintendan Sahadan Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke rumah mayat HPSF untuk bedah siasat dan kematiannya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
1,000 ayam mati kena penyek
- Keadaan reban sepanjang 60 meter itu yang ranap dan dianggarkan lebih 1, 000 ayam mati dalam runtuhan itu.
Dalam kejadian di Kampung Tanjung Jawa itu, Mohd Isam Ramli, 40 dan pembantunya, Nazri Ismail, 28, yang ketika itu sedang leka memandikan ayam dan membasuh reban dikejutkan dengan bunyi gegaran sebelum kandang berusia 13 tahun itu runtuh.
Mohd Isam berkata, dia dan Nazri melalui detik cemas apabila terperangkap dalam reban itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian belakang yang meranapkan hampir keseluruhan reban itu.
“Kami terpaksa merangkak perlahan-lahan untuk keluar dari reban kerana bimbang ia akan runtuh bila-bila masa saja kerana kami dapati bahagian belakang reban sudah runtuh,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Isam, dia dan rakannya itu terpaksa berhimpit-himpit dengan ayamnya yang mati bergelimpangan dan hanya berjaya keluar kira-kira lima minit selepas itu.
“Kejadian ini memang mengejutkan kami, apatah lagi berdepan dengan dugaan seperti ini, apa pun saya bersyukur kerana kami tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Mohd Isam berkata, dia mengalami kerugian lebih RM300,000 apabila reban sepanjang 60 meter itu musnah dan lebih 1,000 ayam ternakannya mati.
Malah, katanya, kejadian itu juga menyebabkan berguni-guni makanan ayam turut musnah.
“Saya menternak kira-kira 12,000 ayam dan saya masih belum dapat mengenal pasti berapakah yang mati, tetapi dianggarkan lebih 1,000 ayam terperangkap dan mati terhempap akibat runtuhan ini,” katanya.
Katanya, dia mengambil bekalan benih ayam itu dari Linggi, Negeri Sembilan dan akan menjualnya selepas 38 hari kepada sebuah syarikat pemborong dari Bukit Tinggi, Klang untuk jual di pasar dan diproses untuk dijadikan nugget.
“Biasanya ayam standard ini akan dijual RM4 sekilogram, manakala ayam sakit pula pada harga RM1.50 sekilogram, tetapi dengan keadaan ayam yang bergelimpangan mati sudah tentu saya mengalami kerugian yang besar.
“Saya sedih kerana semua ayam-ayam ini sepatutnya dapat dijual kepada pemborong minggu depan,” katanya.
Pekerja lombong gempar temui artifak sejarah
BUKIT BESI – Sekumpulan pekerja yang sedang menjalankan kerja melombong
bijih, dekat sini, gempar berikutan penemuan beberapa objek pelik.
Objek tersebut dipercayai sebahagian peralatan yang pernah digunakan untuk aktiviti melombong pada tahun 40-an hingga awal 70-an dahulu.
Penyelia tapak lombong, Hisham Abdullah berkata, batang besi berbentuk leper dan bulat itu ditemui ketika kerja mengorek tanah dilakukan di kawasan tapak lombong bijih besi milik Wahaba Wangin Sdn Bhd.
Menurutnya, pada awalnya, pekerjanya beranggapan ia adalah serpihan besi biasa, namun apabila dilihat dengan lebih dekat ia menyerupai rel dan rim tayar kereta api.
“Saya syak ia merupakan sebahagian peninggalan bekas lombong dahulu. Jadi besi ini kita simpan di tapak lombong dan mungkin akan diserahkan kepada pihak muzium sebagai bahan sejarah,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Sejarah Terengganu Cawangan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, rel kereta api dan takungan besi yang dipanggil opal itu merupakan peralatan yang digunakan syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMCO) iaitu sebuah syarikat lombong milik British untuk kerja-kerja melombong bijih besi.
Menurutnya, ketika itu, syarikat EMCO yang beroperasi dari 1948-1971 menggunakan kereta api wagon untuk mengangkut hasil bijih dari kawasan lombong ke pelabuhan Sura Jetty.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak lagi peninggalan sejarah yang tertimbus di kawasan berkenaan.
“Walaupun ia sekadar rel kereta api, namun penting sebagai bahan bersejarah.
“Penemuan rel berkenaan membuktikan kewujudan jalinan jalan kereta api di lokasi tersebut yang telah meletakkan Bukit Besi dalam peta perlombongan dunia pada ketika itu," katanya.
BANDAR MARAN - Seorang warga emas tidak menyangka dompet yang berisi
dokumen penting dan wang tunai berjumlah RM1,700 yang hilang Ahad lalu
diperolehinya semula.
Bapa kepada tiga anak yang menetap di Paka, Terengganu itu, Zainuddin Mohd Lani, 60, berkata, dompet yang hilang ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Paka dikembalikan seorang peniaga jam berbangsa Cina di bandar ini.
Menurutnya, selepas dua hari tinggal di rumah saudara bagi membantu urusan kenduri perkahwinan, dia sekeluarga singgah di Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh untuk berehat dan makan, kira-kira jam 10.30 malam hari kejadian.
“Mungkin sebaik memasuki kereta selepas ke tandas, dompet ini terjatuh di hentian rehat tersebut.
“Saya hanya menyedari kehilangan dompet itu apabila sampai di rumah memandangkan makan minum dan bayaran tol dibayar anak saya.
“Memang saya runsing dan hati tidak tenang sepanjang malam memikirkan di mana dompet itu tercicir selain wang tunai yang ada di dalamnya adalah untuk perbelanjaan bulan ini,” katanya.
Zainuddin berkata, dua hari kemudian, dia dihubungi peniaga itu yang mendapatkan nombor telefon rumahnya berdasarkan alamat di kad pengenalan melalui talian direktori Telekom Malaysia.
Menurutnya, khabar gembira yang diterima itu membuktikan masih ada insan yang jujur walaupun berlainan bangsa dan agama apabila sedia memulangkan beg dompet tersebut.
Sementara itu, peniaga terbabit, Woon Pok Lum, 62, berkata, dia menjumpai dompet berkenaan di kawasan tempat letak kereta hentian RnR Temerloh pada jam 11.30 malam hari kejadian.
“Saya faham, hati kita mesti susah dan tidak tenteram jika kehilangan dompet kerana ada dokumen peribadi dan lebih teruk kalau hilang wang yang banyak,” katanya.
Objek tersebut dipercayai sebahagian peralatan yang pernah digunakan untuk aktiviti melombong pada tahun 40-an hingga awal 70-an dahulu.
Penyelia tapak lombong, Hisham Abdullah berkata, batang besi berbentuk leper dan bulat itu ditemui ketika kerja mengorek tanah dilakukan di kawasan tapak lombong bijih besi milik Wahaba Wangin Sdn Bhd.
Menurutnya, pada awalnya, pekerjanya beranggapan ia adalah serpihan besi biasa, namun apabila dilihat dengan lebih dekat ia menyerupai rel dan rim tayar kereta api.
“Saya syak ia merupakan sebahagian peninggalan bekas lombong dahulu. Jadi besi ini kita simpan di tapak lombong dan mungkin akan diserahkan kepada pihak muzium sebagai bahan sejarah,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Persatuan Sejarah Terengganu Cawangan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah berkata, rel kereta api dan takungan besi yang dipanggil opal itu merupakan peralatan yang digunakan syarikat Eastern Mining and Metal Company (EMCO) iaitu sebuah syarikat lombong milik British untuk kerja-kerja melombong bijih besi.
Menurutnya, ketika itu, syarikat EMCO yang beroperasi dari 1948-1971 menggunakan kereta api wagon untuk mengangkut hasil bijih dari kawasan lombong ke pelabuhan Sura Jetty.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak lagi peninggalan sejarah yang tertimbus di kawasan berkenaan.
“Walaupun ia sekadar rel kereta api, namun penting sebagai bahan bersejarah.
“Penemuan rel berkenaan membuktikan kewujudan jalinan jalan kereta api di lokasi tersebut yang telah meletakkan Bukit Besi dalam peta perlombongan dunia pada ketika itu," katanya.
Masih ada insan jujur
- Zainuddin bersyukur dan berterima kasih kepada Woon yang jujur dengan mengembalikan dompet tersebut.
Bapa kepada tiga anak yang menetap di Paka, Terengganu itu, Zainuddin Mohd Lani, 60, berkata, dompet yang hilang ketika dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Paka dikembalikan seorang peniaga jam berbangsa Cina di bandar ini.
Menurutnya, selepas dua hari tinggal di rumah saudara bagi membantu urusan kenduri perkahwinan, dia sekeluarga singgah di Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh untuk berehat dan makan, kira-kira jam 10.30 malam hari kejadian.
“Mungkin sebaik memasuki kereta selepas ke tandas, dompet ini terjatuh di hentian rehat tersebut.
“Saya hanya menyedari kehilangan dompet itu apabila sampai di rumah memandangkan makan minum dan bayaran tol dibayar anak saya.
“Memang saya runsing dan hati tidak tenang sepanjang malam memikirkan di mana dompet itu tercicir selain wang tunai yang ada di dalamnya adalah untuk perbelanjaan bulan ini,” katanya.
Zainuddin berkata, dua hari kemudian, dia dihubungi peniaga itu yang mendapatkan nombor telefon rumahnya berdasarkan alamat di kad pengenalan melalui talian direktori Telekom Malaysia.
Menurutnya, khabar gembira yang diterima itu membuktikan masih ada insan yang jujur walaupun berlainan bangsa dan agama apabila sedia memulangkan beg dompet tersebut.
Sementara itu, peniaga terbabit, Woon Pok Lum, 62, berkata, dia menjumpai dompet berkenaan di kawasan tempat letak kereta hentian RnR Temerloh pada jam 11.30 malam hari kejadian.
“Saya faham, hati kita mesti susah dan tidak tenteram jika kehilangan dompet kerana ada dokumen peribadi dan lebih teruk kalau hilang wang yang banyak,” katanya.
Warga emas cekal cari rezeki sekolahkan anak
Sik - Hendak seribu daya, Malik Darus, 76, atau lebih dikenali sebagai
Pak Long K dari Kampung Parit, Jeneri di sini cekal mencari nafkah
sampingan dengan membuat atap dari daun rumbia ataupun nipah.
Biarpun pendapatan tidak seberapa, namun di usia emas hanya itu mampu dilakukannya untuk menyara seorang lagi anak bongsunya yang masih bersekolah.
Menurutnya, dengan basikal tua miliknya dia mengangkut daun nipah yang diambil dari pelosok kampung.
“Saya buat atap rumbia ini ikut tempahan, tiap keping saya jual dengan harga RM2.50. Namun kini permintaannya makin kurang. Atap rumbia tak dijual kini tersadai di bawah rumah menunggu reput.
“Mujur isteri saya menoreh getah, jadi sedikit sebanyak dapat tampung perbelanjaan kami biarpun pendapatan menoreh getah RM300 sebulan.
“Selain itu saya turut mendapat bantuan bulanan sebanyak RM450 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, duit itulah saya gunakan untuk perbelanjaan anak sekolah,” katanya ketika ditemui.
Malik berkata, anak bongsunya yang bernama Rosnah kini di tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulong, Jeniang sedang menunggu kemasukan ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) setelah mendapat keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menurutnya, dia gusar memikirkan jalan mencari wang bagi membiayai pengajian anaknya di IPTA nanti disebabkan pendapatannya tidak menentu.
“Saya ada dua anak dengan isteri pertama, selepas isteri pertama meninggal dunia saya berkahwin dengan isteri sekarang dan mempunyai tiga anak tapi mereka semuanya bekerja di kampung dan hanya mampu menyara diri dan keluarga mereka.
“Dalam serba kekurangan ini saya lakukan apa saja kerja yang boleh menampung hidup kami. Masalahnya kudrat saya tak kuat macam dulu untuk saya melakukan kerja-kerja berat seperti menoreh getah ataupun berkebun,” katanya.
Sementara itu, isteri Pak Long K, Zainab Bedun, 53, berkata, dia sudah biasa hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
“Sejak berkahwin 30 tahun lalu dengan Pak Long saya bahagia walaupun tinggal di rumah papan yang usang ini. Pasal makan minum pula kami akan makan apa saja walaupun berlauk ulam-ulaman. Alhamdulillah anak-anak tak pernah merungut.
“Saya harap anak bongsu saya dapat mengubah kehidupan kami lepas ini. Jika dia ditawarkan ke IPT saya dan suami akan berusaha untuk mencari wang sehingga dia berjaya dan mendapat kerja yang baik,” katanya.

Paid masih tunggu laporan pasangan bersekedudukan
SABAK BERNAM – Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Sabak Bernam masih
menunggu laporan daripada nazir masjid dan penduduk Kampung Tebuk
Berihun bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang penduduk
kampung itu yang didapati tinggal bersekedudukan dengan seorang wanita
warga asing.
Ketua Penguatkuasanya, Muhammad Suhaili Sajiman berkata, pihaknya sebelum ini pernah menjalankan siasatan atas pasangan terbabit, namun pasukannya itu diugut dan diacukan parang oleh lelaki berkenaan.
Menurutnya, atas nasihat polis yang bimbang keselamatan terancam, pihaknya terpaksa mengambil keputusan untuk beredar dan menunggu laporan daripada nazir serta penduduk kampung.
“Saya sendiri sudah berbincang dengan bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam dan kami menunggu laporan daripada nazir masjid dan penduduk untuk tindakan lanjut,” katanya.
Muhammad Suhaili berkata, melalui maklumat nazir masjid, pasangan itu tidak tinggal menetap di situ sebaliknya tinggal sementara di rumah berkenaan dan ia menyukarkan tindakan penguatkuasaan dijalankan.
“Bagaimanapun, kita memandang serius aduan daripada penduduk dan jika ada aduan, kita sudah bersiap sedia untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan,” katanya.
Sinar Harian 9 September lalu melaporkan, penduduk Kampung Berihun Paid Sabak Bernam mengambil tindakan tegas terhadap seorang penduduk kampung itu yang didapati tinggal bersekedudukan dengan seorang wanita warga asing.
Penduduk, Irahim Abdul Samad, 54, berkata, lelaki anggaran lingkungan 40-an itu didapati tinggal serumah dengan wanita itu lebih lima bulan lalu tetapi tiada tindakan penguatkuasaan dijalankan atas pasangan bukan muhrim tersebut.
Menurutnya, penguatkuasa Paid Sabak Bernam juga pernah datang menyiasat perkara itu, namun tiada tindakan diambil selepas lelaki terbabit menunjukkan parang dan berbogel kononnya mengalami masalah mental.
BANTING - Lima kakitangan sebuah pasaraya di Pekan Banting yang mahu
keluar makan tengah hari hilang selera makan apabila mendapati motosikal
diletakkan di kawasan parkir belakang premis disaman.
Seorang mangsa Lau berkata, dia terkejut apabila mendapati motosikalnya disaman apabila hendak keluar makan tengah hari sedangkan dia mendakwa meletakan kenderaannya di kawasan dibenarkan.
“Saya tahu jika menghalang lalu lintas, memang kena saman tetapi saya meletakkan motosikal saya di tempat dikhaskan.
“Sedangkan terdapat penunggang lain turut meletakkan motosikalnya di kawasan sama, namun tidak pula dikenakan saman,” katanya.
Dalam pada itu, pengurus cawangan pasaraya berkenaan, Loh Man berkata, pihaknya menerima rungutan kakitangan dan pelanggannya terhadap saman terhadap motosikal.
“Pihak bertanggungjawab perlu mencari jalan menambah kawasan parkir supaya tidak mengelirukan pengguna.
“Ini tidak, sudahlah kawasan parkir motosikal tidak mencukupi, pelanggan terpaksa meletakkan motosikal sehingga berada di dua barisan,” katanya.
Katanya, dia juga kesal keadaan parkir di hadapan pasar raya dibawah seliaan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengelirukan pengguna.
“Sudah menjadi kebiasaan penunggang motosikal meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir kerana tanda parkir sudah hilang dan juga tidak mencukupi.
“Pihak berkenaan perlu meneliti keadaan ini supaya tidak menjejaskan semua pihak terutama kepada pelanggan kami,” katanya.
Sementara itu, pegawai keselamatan, Abdul Rahman Abdul Rahim mengakui terdapat masalah parkir di situ apabila kebanyakan pengguna merungut disaman MDKL atau trafik.
“Saya berharap pihak bertanggungjawab mengambil perhatian masalah ini supaya masalah sama tidak berulang,” katanya.
Dalam pada itu, Adun Telok Datok, Loh Chee Heng meminta pengurusan pasar raya berkenaan mengumpul surat saman diterima kakitangannya untuk di bawa berjumpa pihak berkuasa.
Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil perhatian perkara itu supaya tidak membebankan kakitangan pasar raya berkenaan sekiranya dakwaan pekerja terbabit meletakkan kenderaan di kawasan parkir benar.
“MDKL juga disarankan supaya melakar semula kotak parkir supaya tidak mengelirukan penunggang motosikal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, kenderaan yang didapati melanggar peraturan lalu lintas terutama menghalang lalu lintas akan terus disaman.
Menurutnya, dakwaan pihak berkenaan mengenai polis sengaja menyaman kakitangan dan pelanggan pasar raya berkenaan adalah tidak benar kerana polis hanya menjalankan tugas.
“Semua pihak perlu peka dengan keadaan sekeliling supaya tidak melanggar peraturan lalu lintas,” katanya.
KUALA LIPIS - Tujuh orang cedera apabila terlibat dalam satu kemalangan
membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 10 Jalan Lipis-Benta di
sini, kira-kira jam 2 petang semalam.
Turut terlibat dalam kejadian itu Pegawai Staf Logistik Gred (1) Markas 4 Divisyen Kem Woordiven, Kuala Lumpur, Leftenan Kolonel Abu Hurairah Talib.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki sepasang suami isteri sedang dalam perjalanan dari arah Benta menuju ke Kuala Lipis.
“Sampai di tempat kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 54 tahun itu gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentangan.
“Dalam masa yang sama sebuah lori dengan membawa muatan kayu sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menuju ke Benta gagal mengelak pacuan empat roda terbabit lalu bertembung,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Abdul Razak berkata, setelah melanggar bahagian hadapan lori berkenaan, pacuan empat roda terbabit berpusing beberapa kali di atas jalan raya.
“Pacuan empat roda itu kemudian bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dinaiki oleh Abu Hurairah bersama isteri, Kamariah Husin, 54, seorang anak perempuan berusia 15 tahun dan seorang anggota tentera yang juga pemandu kereta pemandu berkenaan.
“Kesemua mereka mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lipis. Saksi yang melihat kejadian itu diminta berhubung dengan Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis di talian 09-3122222 untuk membantu siasatan,” katanya.
JEMPOL - Seorang ibu tidak menyangka kelakuan pelik anaknya, Aminudin
Joni, 41, menyediakan kelapa untuknya merupakan pertolongan terakhir
sebelum maut di Kilometer 8, Jalan Bahau-Batu Kikir, petang kelmarin.
Ibunya, Ramlah Mansor, 70, berkata, kebiasaannya anaknya itu hanya mengait kelapa untuk dijual, namun sehari sebelum kejadian, dia memberikan semua 12 biji kelapa kepadanya.
Pelik dengan tindakan itu, Ramlah menyatakan kepada anaknya, jumlah kelapa itu terlalu banyak untuk digunakan memandangkan dia tinggal bersendirian di rumah.
“Makcik hanya sempat makan tengahari bersama arwah sebelum dia memaklumkan kepada makcik untuk ke Pekan Bahau mengambil buah mangga. Namun, tak sangka ia pertemuan terakhir sebelum dia meninggal dunia.
“Hati makcik sayu apabila melihat buah mangga bertaburan di atas jalan raya ketika tiba di tempat kejadian bersama isteri serta dua anaknya," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Jempol, semalam.
Jenazah mangsa, yang merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bayai Baru, semalam selepas selesai proses bedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superitendan, Tukiman Seriman berkata, mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badannya.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang, mangsa menunggang motosikal jenis Suzuki Snash Revo menghala ke rumahnya di Kampung Bayai Baru selepas mengambil buah mangga, dekat Pekan Bahau.
“Tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiang Telekom yang berada di sebelah kiri bahu jalan. Akibatnya, mangsa tercampak atas jalan serta maut di tempat kejadian.
“Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Kes ini masih dalam siasatan polis di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika mengesahkan kejadian.
LEDANG - Polis berjaya menyelesaikan kes kecurian dua kereta yang
berlaku dua minggu lalu di Kajang, Selangor, dengan penahanan enam
lelaki dan dua wanita dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Sialang,
Tangkak, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, serbuan jam 6 petang itu dilakukan empat anggota Balai Polis Tangkak yang membawa penemuan kereta jenis Honda Accord dan Perodua Myvi di premis terbabit.
Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan berjumlah lebih RM200,000 termasuk enam paket kecil plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu daripada suspek lelaki berusia 26 tahun.
Jelasnya, premis tersebut dipercayai menjadi port semua suspek melepaskan gian menghisap dadah.
“Kereta itu dicuri serentak di sebuah rumah termasuk wang tunai RM5,000, namun ia tidak ditemui dipercayai sudah digunakan.
“Semua suspek lelaki yang ditahan berusia antara 20 hingga 37 tahun, sementara dua wanita masing-masing berusia 24 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di sini, semalam.
Beliau berkata, lima daripada suspek berasal dari Tangkak, manakala tiga lagi dari Melaka, Muar dan Kluang.
Tambahnya, ada kemungkinan semua suspek terlibat dalam sindiket curi kereta dan ubah suai cukai jalan serta kereta itu akan diserahkan ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.
“Siasatan lanjut mendapati semua suspek mempunyai pelbagai kesalahan rekod lampau. Suspek pertama, lelaki berusia 26 tahun memiliki 14 rekod dadah yang dilakukan pada 2011 hingga 2013 dan dua rekod jenayah,” katanya.
Harun berkata, suspek kedua, lelaki berusia 37 tahun pula memiliki 11 rekod dadah dan tiga rekod jenayah.
Manakala, suspek ketiga, wanita berusia 24 tahun memiliki 13 rekod dadah dan suspek keempat, lelaki berumur 23 tahun memiliki dua rekod sama.
Menurutnya, suspek kelima yang juga seorang lelaki berusia 33 tahun memiliki 16 rekod dadah dan tiga jenayah sejak 2005 hingga tahun ini.
“Suspek keenam, wanita berusia 24 tahun memiliki satu rekod dadah.
"Suspek ketujuh, lelaki berusia 20 tahun pula memiliki dua rekod dadah dan dua rekod jenayah. Manakala, suspek terakhir, lelaki berusia 24 tahun memiliki empat rekod dadah.
“Semua suspek didapati positif dadah jenis syabu dan mereka ditahan reman sehingga esok (hari ini) untuk siasatan lanjut,” katanya.
Harun berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) akta
Ketua Penguatkuasanya, Muhammad Suhaili Sajiman berkata, pihaknya sebelum ini pernah menjalankan siasatan atas pasangan terbabit, namun pasukannya itu diugut dan diacukan parang oleh lelaki berkenaan.
Menurutnya, atas nasihat polis yang bimbang keselamatan terancam, pihaknya terpaksa mengambil keputusan untuk beredar dan menunggu laporan daripada nazir serta penduduk kampung.
“Saya sendiri sudah berbincang dengan bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam dan kami menunggu laporan daripada nazir masjid dan penduduk untuk tindakan lanjut,” katanya.
Muhammad Suhaili berkata, melalui maklumat nazir masjid, pasangan itu tidak tinggal menetap di situ sebaliknya tinggal sementara di rumah berkenaan dan ia menyukarkan tindakan penguatkuasaan dijalankan.
“Bagaimanapun, kita memandang serius aduan daripada penduduk dan jika ada aduan, kita sudah bersiap sedia untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan,” katanya.
Sinar Harian 9 September lalu melaporkan, penduduk Kampung Berihun Paid Sabak Bernam mengambil tindakan tegas terhadap seorang penduduk kampung itu yang didapati tinggal bersekedudukan dengan seorang wanita warga asing.
Penduduk, Irahim Abdul Samad, 54, berkata, lelaki anggaran lingkungan 40-an itu didapati tinggal serumah dengan wanita itu lebih lima bulan lalu tetapi tiada tindakan penguatkuasaan dijalankan atas pasangan bukan muhrim tersebut.
Menurutnya, penguatkuasa Paid Sabak Bernam juga pernah datang menyiasat perkara itu, namun tiada tindakan diambil selepas lelaki terbabit menunjukkan parang dan berbogel kononnya mengalami masalah mental.
Selera makan terus hilang
- Chee Heng bersama sebahagian kakitangan pasar raya menunjukkan surat saman diterima pemilik motosikal.
Seorang mangsa Lau berkata, dia terkejut apabila mendapati motosikalnya disaman apabila hendak keluar makan tengah hari sedangkan dia mendakwa meletakan kenderaannya di kawasan dibenarkan.
“Saya tahu jika menghalang lalu lintas, memang kena saman tetapi saya meletakkan motosikal saya di tempat dikhaskan.
“Sedangkan terdapat penunggang lain turut meletakkan motosikalnya di kawasan sama, namun tidak pula dikenakan saman,” katanya.
Dalam pada itu, pengurus cawangan pasaraya berkenaan, Loh Man berkata, pihaknya menerima rungutan kakitangan dan pelanggannya terhadap saman terhadap motosikal.
“Pihak bertanggungjawab perlu mencari jalan menambah kawasan parkir supaya tidak mengelirukan pengguna.
“Ini tidak, sudahlah kawasan parkir motosikal tidak mencukupi, pelanggan terpaksa meletakkan motosikal sehingga berada di dua barisan,” katanya.
Katanya, dia juga kesal keadaan parkir di hadapan pasar raya dibawah seliaan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengelirukan pengguna.
“Sudah menjadi kebiasaan penunggang motosikal meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir kerana tanda parkir sudah hilang dan juga tidak mencukupi.
“Pihak berkenaan perlu meneliti keadaan ini supaya tidak menjejaskan semua pihak terutama kepada pelanggan kami,” katanya.
Sementara itu, pegawai keselamatan, Abdul Rahman Abdul Rahim mengakui terdapat masalah parkir di situ apabila kebanyakan pengguna merungut disaman MDKL atau trafik.
“Saya berharap pihak bertanggungjawab mengambil perhatian masalah ini supaya masalah sama tidak berulang,” katanya.
Dalam pada itu, Adun Telok Datok, Loh Chee Heng meminta pengurusan pasar raya berkenaan mengumpul surat saman diterima kakitangannya untuk di bawa berjumpa pihak berkuasa.
Katanya, pihak berkuasa perlu mengambil perhatian perkara itu supaya tidak membebankan kakitangan pasar raya berkenaan sekiranya dakwaan pekerja terbabit meletakkan kenderaan di kawasan parkir benar.
“MDKL juga disarankan supaya melakar semula kotak parkir supaya tidak mengelirukan penunggang motosikal,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, kenderaan yang didapati melanggar peraturan lalu lintas terutama menghalang lalu lintas akan terus disaman.
Menurutnya, dakwaan pihak berkenaan mengenai polis sengaja menyaman kakitangan dan pelanggan pasar raya berkenaan adalah tidak benar kerana polis hanya menjalankan tugas.
“Semua pihak perlu peka dengan keadaan sekeliling supaya tidak melanggar peraturan lalu lintas,” katanya.
Tujuh cedera terlibat nahas
- Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian kemalangan di Kilometer 10 Jalan Lipis-Benta di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.
Turut terlibat dalam kejadian itu Pegawai Staf Logistik Gred (1) Markas 4 Divisyen Kem Woordiven, Kuala Lumpur, Leftenan Kolonel Abu Hurairah Talib.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaiki sepasang suami isteri sedang dalam perjalanan dari arah Benta menuju ke Kuala Lipis.
“Sampai di tempat kejadian, pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 54 tahun itu gagal mengawal kenderaan lalu masuk ke laluan bertentangan.
“Dalam masa yang sama sebuah lori dengan membawa muatan kayu sedang dalam perjalanan dari arah Kuala Lipis menuju ke Benta gagal mengelak pacuan empat roda terbabit lalu bertembung,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Abdul Razak berkata, setelah melanggar bahagian hadapan lori berkenaan, pacuan empat roda terbabit berpusing beberapa kali di atas jalan raya.
“Pacuan empat roda itu kemudian bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona yang dinaiki oleh Abu Hurairah bersama isteri, Kamariah Husin, 54, seorang anak perempuan berusia 15 tahun dan seorang anggota tentera yang juga pemandu kereta pemandu berkenaan.
“Kesemua mereka mengalami kecederaan dan menerima rawatan lanjut di Hospital Kuala Lipis. Saksi yang melihat kejadian itu diminta berhubung dengan Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis di talian 09-3122222 untuk membantu siasatan,” katanya.
Perangai pelik petanda ajal
- Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk akibat kemalangan tersebut. Gambar kecil: Aminudin
Ibunya, Ramlah Mansor, 70, berkata, kebiasaannya anaknya itu hanya mengait kelapa untuk dijual, namun sehari sebelum kejadian, dia memberikan semua 12 biji kelapa kepadanya.
Pelik dengan tindakan itu, Ramlah menyatakan kepada anaknya, jumlah kelapa itu terlalu banyak untuk digunakan memandangkan dia tinggal bersendirian di rumah.
“Makcik hanya sempat makan tengahari bersama arwah sebelum dia memaklumkan kepada makcik untuk ke Pekan Bahau mengambil buah mangga. Namun, tak sangka ia pertemuan terakhir sebelum dia meninggal dunia.
“Hati makcik sayu apabila melihat buah mangga bertaburan di atas jalan raya ketika tiba di tempat kejadian bersama isteri serta dua anaknya," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Jempol, semalam.
Jenazah mangsa, yang merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bayai Baru, semalam selepas selesai proses bedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superitendan, Tukiman Seriman berkata, mangsa disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badannya.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang, mangsa menunggang motosikal jenis Suzuki Snash Revo menghala ke rumahnya di Kampung Bayai Baru selepas mengambil buah mangga, dekat Pekan Bahau.
“Tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar tiang Telekom yang berada di sebelah kiri bahu jalan. Akibatnya, mangsa tercampak atas jalan serta maut di tempat kejadian.
“Jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. Kes ini masih dalam siasatan polis di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika mengesahkan kejadian.
Lapan suspek diberkas
- Harun menunjukkan kereta yang dilaporkan hilang di Kajang, Selangor, selepas menahan lapan suspek di sebuah premis di Jalan Sialang, Tangkak, Selasa lalu.
Ketua Polis Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, serbuan jam 6 petang itu dilakukan empat anggota Balai Polis Tangkak yang membawa penemuan kereta jenis Honda Accord dan Perodua Myvi di premis terbabit.
Menurutnya, nilai rampasan keseluruhan berjumlah lebih RM200,000 termasuk enam paket kecil plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu daripada suspek lelaki berusia 26 tahun.
Jelasnya, premis tersebut dipercayai menjadi port semua suspek melepaskan gian menghisap dadah.
“Kereta itu dicuri serentak di sebuah rumah termasuk wang tunai RM5,000, namun ia tidak ditemui dipercayai sudah digunakan.
“Semua suspek lelaki yang ditahan berusia antara 20 hingga 37 tahun, sementara dua wanita masing-masing berusia 24 tahun,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang, di sini, semalam.
Beliau berkata, lima daripada suspek berasal dari Tangkak, manakala tiga lagi dari Melaka, Muar dan Kluang.
Tambahnya, ada kemungkinan semua suspek terlibat dalam sindiket curi kereta dan ubah suai cukai jalan serta kereta itu akan diserahkan ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.
“Siasatan lanjut mendapati semua suspek mempunyai pelbagai kesalahan rekod lampau. Suspek pertama, lelaki berusia 26 tahun memiliki 14 rekod dadah yang dilakukan pada 2011 hingga 2013 dan dua rekod jenayah,” katanya.
Harun berkata, suspek kedua, lelaki berusia 37 tahun pula memiliki 11 rekod dadah dan tiga rekod jenayah.
Manakala, suspek ketiga, wanita berusia 24 tahun memiliki 13 rekod dadah dan suspek keempat, lelaki berumur 23 tahun memiliki dua rekod sama.
Menurutnya, suspek kelima yang juga seorang lelaki berusia 33 tahun memiliki 16 rekod dadah dan tiga jenayah sejak 2005 hingga tahun ini.
“Suspek keenam, wanita berusia 24 tahun memiliki satu rekod dadah.
"Suspek ketujuh, lelaki berusia 20 tahun pula memiliki dua rekod dadah dan dua rekod jenayah. Manakala, suspek terakhir, lelaki berusia 24 tahun memiliki empat rekod dadah.
“Semua suspek didapati positif dadah jenis syabu dan mereka ditahan reman sehingga esok (hari ini) untuk siasatan lanjut,” katanya.
Harun berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) akta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan