Ops Bubar: Nashita cadang jual rumah sara keluarga
Harakahdaily, | 17 Sep 2013 |
SHAH ALAM: Seorang isteri kepada perserta demontrasi Ops Bubar Dun Perak, Nashita Md Noor, 47, membayangkan terpaksa menjual rumah yang didiami demi menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Keputusan sukar dan berat itu terpaksa diambil sekiranya suami beliau, Bad Latif Mansor, 47, gagal dalam proses rayuan yang bakal difailkan di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini.
“Keempat-empat anak kami masih bersekolah termasuk seorang yang sedang belajar di Jordan.
“Tanggungan yang perlu dipikul memang agak besar, maklumlah akak suri rumah sepenuh masa, tiada pendapatan sebab itulah terpaksa jual rumah yang kami duduk sekarang," katanya dipetik Selangorku.
“Perkara ini akak sempat bisikkan kepada abang (suami) sebelum dia dibawa ke Penjara Tapah semalam, dia setuju,” kata Nashita ketika dihubungi TV Selangor hari ini.
Menurut Nashita, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada suaminya itu sebaik sahaja Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada semua 13 tertuduh Jumaat lalu.
Dalam reaksinya kata Nashita, suaminya juga akur dan terpaksa bersetuju dengan langkah yang terpaksa diambil itu.
Q&A: Hukum isteri turut sama tanggung belanja rumah
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, | 17 Sep 2013 |
Saya ada sedikit kekeliruan tentang nafkah. Ketika awal perkahwinan, saya pernah memberitahu suami bahawa saya akan membantu suami untuk membayar bil utiliti untuk mengurangkan beban suami. Kadang-kadang saya turut mengeluarkn wang untuk membeli belanja seharian. Setelah beberapa tahun berkahwin, saya dapati pendapatan suami telah meningkat dan saya yakin suami boleh menggunakan wang tersebut untuk membayar bil tersebut. Masalahnya, sekarang suami seolah-olah menganggap saya wajib membayar bil rumah dan kadangkala turut mengatakan ayat bahawa asyik dia sahaja yang mengeluarkan wang belanja rumah, minyak kereta dan sebagainya. Apabila saya memberitahu itu adalah tanggungjawabnya sebagai suami, dia akan mengungkit bahawa dia telah banyak mengeluarkan duit sendiri. Apakah hak saya sebagai isteri dalam permasalahan ini? Mintak penjelasan ustaz. Terima kasih.
Jawapan;
1.Nafkah bagi kehidupan suami-isteri (iaitu belanja-belanja keperluan hidup untuk mereka) adalah tertanggung sepenuhnya di atas bahu suami. Ia adalah kewajipan suami yang ditetapkan Syariat. Sabda Nabi SAW; “Wajib atas kamu (para suami) menyediakan untuk mereka (yakni isteri-isteri kamu) rezeki mereka dan pakaian mereka mengikut kebiasaannya.” (Soheh Muslim; 1218. Abu Daud; 1905, dari Jabir bin Abdullah RA). Menurut ulama; maksud rezeki dalam hadis ialah nafkah hidup merangkumi makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya. Hukumnya adalah wajib atas suami. Berkata Imam an-Nawawi; "terkandung dalam hadis ini kewajipan (suami) menafkahi isteri dan menyediakan pakaian untuk mereka. Hukum ini telah diijmakkan oleh ulama”.
2.Digalakkan isteri membantu suami, namun bukan atas dasar kewajipan, tetapi semata-mata ihsan darinya sahaja. Para suami perlu menyedari hakikat ini. Tidak harus mereka memaksa isteri untuk turut sama menanggung nafkah keluarga. Isteri yang engkar kepada arahan suami dalam perkara tersebut tidak dianggap sebagai nusyuz di sisi Syariat. Dalam hal ini suami tidak harus menggunakan kuasa vetonya, sebaliknya mengesyorkan secara baik kepada isteri. Isteri pula jangan keberatan membantu kewangan suami selagi termampu kerana wang/harta yang dibelanja untuk suami dan keluarga akan diberi dua pahala/ganjaran oleh Allah; pahala sedekah dan pahala qarabah. Ini sebagaimana sabda Nabi SAW – tatkala baginda ditanya berkenaan isteri yang membelanjai suami dan anak-anaknya-; “Untuknya dua pahala; pahala qarabah (mengeratkan ikatan keluarga) dan pahala sedekah.” (Soheh al-Bukhari; 1466. Muslim; 1000).
3.Apabila suami mengizinkan isteri untuk keluar berkerja, pendapatan isteri adalah milik penuhnya. Tidak harus diambil suami melainkan dengan persetujuannya. Kecuali jika suami mensyaratkan sebahagian pendapatan hendaklah digunakan untuk belanja rumah sebagai tukaran kepada keizinan yang diberinya untuk keluar berkerja, ketika itu isteri terikat dengan syarat tersebut. Nabi SAW bersabda; “Orang Islam terikat dengan syarat (yang dipersetujui) sesama mereka kecuali syarat yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.” (as-Sunan al-Kubra, al-Baihaqi; 11430, dari ‘Amru bin ‘Auf al-Muzani RA). Tanpa syarat tersebut, kewajipan nafkah sepenuhnya atas suami.
http://ilmudanulamak.blogspot.com/
Ijtimak Tarbawi 3.0
Nasrudin Hassan, | 17 Sep 2013 |
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia sebagai salah satu sayap Gerakan Islam tanahair ini sekali lagi akan menganjurkan program tahunannya di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi Kundang Ulu Ledang [dalam Parlimen Pagoh Johor] pada 4, 5 dan 6 Oktober 2013 akan datang. Program yang dimaksudkan ini ialah Ijtimak Tarbawi 3.0
2. Ijtimak Tarbawi 1.0 peringkat kebangsaan ini pernah dianjurkan pada 1, 2 dan 3 Oktober 2010 di Perkarangan Masjid Rusila Terengganu dengan kehadiran melebihi 5000 peserta dari seluruh negara.
3. Ijtimak Tarbawi 2.0 pula diadakan pada 28, 29 dan 30 Oktober 2011 di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad Taman Melewar Selangor.
4. Ijtimak Tarbawi anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia ini berperanan besar untuk memperkasakan Gerakan Amal Tarbawi dalam Parti Islam Se Malaysia [PAS] sebagai Gerakan Islam melalui gandingan 3 elemen utama iaitu :
Aqidah yang benar
Fikrah yang syumul
Syakhsiyah yang soleh
5. Penganjuran Ijtimak Tarbawi peringkat kebangsaan ini di tetapkan pada bulan Oktober setiap tahun kecuali DPPM terpaksa menangguhkan penganjuran untuk tahun 2012 kerana memberi laluan kepada tumpuan gerakkerja parti menghadapi pilihanraya umum ke 13.
6. Penyertaan Ijtimak Tarbawi 3.0 ini mewajibkan semua EXCO DPPM, EXCO DPP Negeri - Negeri dan 12 orang peserta daripada setiap DPP Kawasan dengan mengutamakan AJK DPP Kawasan. Ia juga terbuka kepada semua pemuda dan pemudi Islam yang menyintai Amal Tarbawi. Sementara sasaran kali ini ialah 3 - 5 ribu peserta berasaskan kesesuaiaan lokasi program.
7. Saya lampirkan Tentatif Ijtimak Tarbawi 3.0 :
Tentatif Ijtima Tarbawi 3.0
Anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke3
__________________
4 Oktober 2013 (Jumaat)
__________________
3.00pm - Pendaftaran
4.30pm - Solat Asar
5.00pm - Layan diri
[ dan makan malam ]
6.30pm - al Ma'thurat bimbingan Ust Abdul Muiz
- taklimat program oleh Ustaz Riduan Mohd Nor
7.20pm - Solat Maghrib
7.45pm - Kuliah Maghrib
Tajuk: Mengapa Tarbiyah Sepanjang Masa.
Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Jofree
8.45pm - Solat Isya'
9.30pm - Majlis Perasmian Ijtima' Tarbawi
1) Ucapan Ketua DPP Negeri Johor
2) Ucapan Pengarah Ijtima'
3) Ucapan Ketua DPPM
4) Ucapan Perasmian oleh :
Dato Dr Mahfuz Mohamad
Naib Ketua Dewan Ulama' PAS Pusat.
11.45pm - Rehat
__________________
5 Oktober 2013 (Sabtu)
__________________
4.30am - Qiamul-lail
5.45am - Solat Subuh
6.15am - Kuliah Subuh
Tajuk : Khulasah Surah As Shaff. Penyampai : Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi.
7.00am - Rehat dan makan pagi
8.30am - Kuliah Tafsir 1
Tajuk: Surah al Munafiqun
Pembentang: Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
10.30am - Rehat
11.00am - Kuliah Tafsir 2
Tajuk: Surah al Munafiqun
Pembentang: Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
12.45pm - Rehat, makan tengahari
2.00pm - Solat Zohor
2.30pm - Forum Tarbawi
Tajuk: Cabaran Tarbiyah Dalam Gerakan Islam Moden
Panel:
1) Tuan Haji Salahudin Ayub VP
2) Dr Zuhdi Marzuki COO PPP
4.15pm - Rehat dan solat Asar
5.00pm - Rehat dan makan malam.
6.30pm - al Ma'thurat dan Tazkirah oleh : Ustaz Abdul Muiz Muhammad.
7.20pm - Solat Maghrib
7.45pm - Kuliah Maghrib
Tajuk: Dakwah Fardiyah: Pengalaman dalam perjuangan.
Penyampai : Al Fadhil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
8.45pm - Solat Isya'
9.15 - Ceramah Tarbawi
Pemidato:
1) Tuan Hj Mohd Sabu
2) Dato' Nik Mohd Amar Abdullah
3) Dato' Abu Bakar Chik
4) Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
5) Sdr Aminul Huda TPJ Johor
6) Dr. Raja Ahmad Iskandar al Hiss
7) Wakil2 Gerakan Islam
1200am - Rehat
_____________
6 Oktober 2013 (Ahad)
__________________
4.45am - Qiamullail
5.40am - Solat Subur
6.15am - Kuliah Subuh
Tajuk: Ujian dalam perjuangan politik Islam
Penyampai : Ir Hj Khairil Nizam bin Khiruddin. [ Bendahari DPPM ]
7am - Rehat dan makan pagi
8.30am - Wacana Tarbawi
Tajuk: 10 Tarbiyah Utama
Pembentang:
1) YB Ustaz Idris Ahmad
2) Ustaz Zaharudin Muhammad
10.00am - Dialog Tarbawi bersama DPPM.
Panel: Semua EXCO DPPM
11.30am - Rehat
12.00pm - Majlis Perasmian Penutup.
1) Ucapan pengarah
2) Ucapan Ketua DPPM
3) Perasmian Penutup: Al Fadhil Dato' Dr. Harun Din
1.30pm - Solat Zohor
2.00pm - Majlis Wada'
Arak & maksiat: Contohi Brunei
Syed Abdullah Syed Osman, |
Negara Brunei yang berdaulat dan sentiasa peka dengan pembawaan Islamnya kini semua sedia maklum akan keberkatannya kerana boleh dikatakan seluruh rakyat Brunei dididik dengan pengetahuan agama yang mendalam dan mereka mengamalkannya.
Setiap kali apabila adanya sambutan kebesaran Islam seluruh rakyat komited bersama dengan pemerintah meraikannya dengan penuh kyusuk dan ikhlas. Pada masa yang sama, Brunei melarang keras penjualan arak secara terbuka mahupun tertutup, bahkan difahamkan tiada pusat hiburan saperti kelab malam atau kelab dangdut termasuk pusat karaoke. Hotel-hotelnya sentiasa dipantau dan bersih daripada kegiatan kemaksiatan dan setiap mereka yang ingin menginap dengan pasangan perlu memberikan butiran tentang hubungan mereka.
Pengisian ibadah dimasjid dan surau sentiasa penuh dengan majlis zikir dan selawat berterusan dan tidak ketinggalan dengan ceramah yang mampu memberikan manfaat kepada rakyatnya. Setiap rakyat yang sudah dewasa dan berkelayakan dapat menunaikan Haji secara percuma. Segala kebajikan saperti perubatan untuk penyakit kronik ditanggung oleh Kerajaan. Begitu juga elaun sara hidup bagi mereka yang memerlukan sentiasa sahaja diberikan bantuan. Walaupun nilai mata wang Brunei itu tinggi (mengikut nilai dolar Singapura) dan kos sara hidupnya yang agak tinggi, tetapi pendapatan dan gaji kakitangan Kerajaan dan juga swasta berpadanan dengan kos hidup.
Pada pandangan saya untuk membenteraskan segala minuman keras di dalam syarikat penerbangan kita dan mencegah maksiat perlu dilihat sejauh manakah komitednya pemimpin kita dalam menegakkan sebuah negara islam mengikut segala perintah yang diperturunkan melalui Al-Quran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW itu. Tidak ada istilah tangguh atau apa juga alasan menidakkan hukum-hakam-Nya.
Selagi kita tidak kembali kepada Islam yang sebenarnya, selagi itulah masalah jenayah, maksiat dan masalah sosial yang lainnya tidak dapat diselesaikan malahan bertambah berat lagi. Hanya melalui kaedah Islam sahaja yang mampu memberikan jawapannya dan penyelesaianya.
Boros membawa bala
Subky Latif, | 17 Sep 2013 |
Naik pada zaman dulu kerana tuntutan peniaga runcit untung terlalu kecil. Lepas itu bagi mengelakkan minyak diseludup ke negara jiran justeru minyak kita lebih murah dari negara-negara itu.
Naik mendadak selepas BN menang semula PRU13 pula lain sebab. Bagi mengurangkan sabsidi minyak. Dengan kenaikan itu kerajaan dapat menyelamatkan sekitar tiga bilion. Ia adalah untuk mengelakkan negara muflis.
Bagi setengah Pak Pandir, ia adalah alasan amat memuaskan hati, biarlah berat rakyat menangguhnya asal jangan ditimba bala muflis. Beban berat akibat kurang sabsidi mungkin tidak sampai memampuskan rakyat, tetapi jika muflis semua akan mampus.
Dengan kenaikan minyak yang membebankan itu, mengakulah kerajaan dan pemimpin Umno/BN bahawa negara berada di ambang muflis. Tidak seperti yang dirongrongkan sebelum kewangan dan ekonomi kita kukuh dan memberangsangkan.
Seomo-seomo, kata orang Kelantan, negara bagi BN akan muflis jika jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, yang diragui ketepatannya hatta oleh orang tua Umno seperti Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah. Tetapi bala yang disangka Umno itu sudah berada di ambang negara sedang ia masih di bawah pentadbiran BN di bawah Najib.
Bala muflis masih di ambang tetapi bala gara-gara boros yang diwarisi Najib pada zaman bapanya dan bertambah parah di bawah Mahathir, di bawah Najib ini adalah di puncaknya.
Dr Mahathir mengingatkan tentang kejadian naik minyak atau menurunkan sabsidi minyak adalah gara-gara amalan boros pemerintah dan pemimpinnya. Jika perangai syaitan itu tidak dibendung celakalah jadinya.
Sekali pun ingatan itu ditujukan kepada pemerintah semasa, tetapi ia adalah pengakuan rakus sistem yang Umno dan BN pakai selama ini. Boros itulah yang menjadikan menerima bala sekarang.
Bala itu sudah datang sejak lama sebelum Najib menjad Tzar. Sejak dulu minyak naik, maka bala itu diikuti bala kenaikan semua barang dan perkhidmatan. Bala itu menjadikan duit dan harta rakyat susut. Yang kaya kurang kaya, yang cukup makan jadi miskin, dan bala bagi si miskin jadi fakir.
Tetapi sebelum ini bala terdahulu belum diancam oleh muflis buat negara. Yang Idris Jala beri amaran dua tahun lalu tiba di depan pintu. Sekalipun Idris Jala sudah ingatkan tetapi Najib tetap menggandakan borosnya bahkan menggila-gila sepanjang masa sebelum PRU13.
Bukan saja duit kerajaan yang ada diperhabiskan, mana-mana sumber yang ada duit pun dikaut sama. Semua perkembangan itu adalah mengundang bala. Ada orang kata, bila Indonesia tidak cukup duit, Sukarno suruh cetak duit supaya ia dilihat banyak duit. Semuanya itu adalah bala.
Bala sedemikian sedang menunggu. Apabila sekalian Pak Pandir tidak merasakan semuanya bala, maka seolah-olah menggalakkan kongsi gelap mencetak duit.
Sekarang baru kita diberitahu bahkan oleh Dr Mahathir yang selama-lamanya boros dulu, bahawa boros itulah kecelakaan.
Kata Najib kalau minyak tidak dinaikkan atau subsidi minyak tidak diturunkan, logiknya negara dan kerajaan akan menanggung bala. Dengan tindakannya itu bala dikongsi dengan rakyat. Jenis Pak Pandir setuju memikul sama bala itu. Bala yang Najib umum setakat menurunkan subsidi diesel dan Ron 95 saja. 15 sen atas satu Ron lagi tidak diumumkan. Ia disedari oleh yang tahu saja.
Bala sudah ada di sekelilling pinggang. Bala bukanlah sekadar gempa bumi dan tsunami tetapi gara-gara boros adalah bala juga. Bahasa yang Allah gunakan untuk bala ialah melakukan kerosakan di bumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan