Selasa, 17 September 2013

KERETA OH KERETA 2

Tip-tip Tukar Aksesori kereta (basic)

Soalan dari facebook..
epoie: Aku baru aja beli persona 1.6 auto. Lani dia orang kasi rim 15".Rasa hati nak tukar ke 16"atau 17". Tapi tak pandai sangat. Takut kena ketuk dengan tauke rim, He2. Aku buat buat Modified aksesori keta aku almost perubahan.dimana pengubahsuaian minimum ( ni semua gatal tangan, tak boleh nak tengok bende2 ni standard, sakit mataaa!!!).paling2 koman pun akan tukar rim, main adjustable, tukar air filter, kabel plug,stud bar, tukar ekjos dan tinted..itu sajaaa!!! Keluar je kedai, seminggu ni jugak la aku dah mula mengabihkan boreh. Mintak komen bro.So minta tolong jasa baik. Boleh bagi nasihat
Jawapan Kami:
Thanks bertanya... Camner nak mula jawab soalan En. epoie ni yerrr, sebab aku pun tak mahir bab benda macam ni, cuma yang saya dapat bantu macam kat bawah ni:
Apa Yang Perlu kita Tahu
semasa Tukar Aksesori kereta
1.Sport rim-setiap pemilik kereta menyimpan cita-cita untuk memasang sportrim terbaru pada kereta mereka. Memang cantik tetapi berhati-hati dengan saiz sport rim yang anda pilih. Salah pilih, lepas 3 bulan, semua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar. Jadi bagaimana memilih sport rim yang sesuai. sebagai contoh: Kalau rim asal kereta kita cuma bersaiz 13 inci dan 5 1/2 inci lebar dan menggunakan tayar saiz 175/70, pastikan rim yang anda pilih bersama saiz tayar mempunyai diameter keseluruhan yang sama dengan yang asal (minta kedai tayar menasihatkan anda). Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan speedometer kita tidak tepat, clearance terkeluar, aligment susah masuk, kereta jadi berat, pick-up tak ada, minyak makan kuatAdekah anda tahu ape maksud tulisan kat tayar korang ?
Fahami maklumat tertulis pada sidewall tayar
Sport rim 14 inci atau 15 inci?
Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol.
2. Air filter kon
- trend sekarang, bila buka bonet enjin, nampak kon air filter. Memang cantik tapi hati-hati, salah beli mungkin enjin kita akan mengalami kerosakan kekal yang menelan belanja yang tinggi untuk diperbaiki. Maksud saya tak salah kita menukar kon air filter, kereta akan terasa ringan, pick-up terasa bertambah, tapi minyak kuat sikit. Cuma pilih kon filter yang mempunyai liang yang dapat menghalang sepenuhnya habuk dari memasuki enjin kerana kalau habuk masuk ke dalam enjin kemungkinan jangka hayat enjin kita akan pendek. Sebenarnya kenaikan kuasa bhp apabila menukar kon filter tidaklah begitu ketara cuma meningkat 0.5%-1.0%.
Tip2 cara terpantas test pilih quality Air filter:
Arahkan Filter itu ke matahari, tengok dalam air filter tu, ada cahaya tembus atau tidak. kalau tembus, menunjukkan kertas dia tipis sampai tembus cahaya . kalau tidak tembus, ok punya. k&n dan apexi tidak tembus cahaya.... Kalau guna airfilter tak ada brand , cuba bayangkan kalau habuk yang halus masuk, trottle body atau carburator..

Lagi satu Kalau nak pasang airfilter kalau boleh hadap radiator, angin dari luar kena lalu dari radiator baru masuk airfilter. Kalau pakai piping plak halakan jauh di tepi sudut tepi enjin dengan air filter di tutup dengan holder..
3. Silicon Plug wire
-Memang cantik kalau buka bonet, enjin kita berwarna warni tapi hati-hati kerana saya pernah jumpa kereta mengalami kebocoran piston kerana menukar plug cabel yang terlalu baik bersama platinum plug. Kalau kita berhasrat menukar plug cabel, pastikan kita memilih plug yang sejuk (kepala ke dalam). Tanya mekanik tentang plug sejuk dan plug panas.
Apa yang panas dan apa yang sejuk?
Sebagai contoh NGK BP7 lebih sejuk dari NGK BP5..Nombor Kod NGK BP7 dan NGK BP5 menunjuk perbezaan julat haba yang terdapat pada sebiji plug...lebih tinggi nombornya maka lebih lambatlah tahap kepanasannya.Oleh itu ia amat sesuai untuk digunakan untuk melakukan perjalanan jarak jauh.

Aspek membezakannya ialah julat haba ditandakan dengan angka seperti 5,6,7 dan 8. Ia berbeza dari antara jenama.Julat haba 7 bagi NGK tidak sama dengan julat haba 7 bagi Denso atau Champion. Untuk jenama Eropah atau Amerika lebih tinggi nombornya bermakna palam pencucuh lebih panas tetapi sebaliknya jenama Jepun lebih tinggi nombor bermakna lebih sejuk!

Tak kira la spark plug tu ada berapa kepala pun, 1, 2, 3 atau 4 ke. . . . .
fungsi nye tetap same, menghasilkan percikan api, dan percikan api yg dihasilkan tetap 1 walaupun kepala nye 4.. . . . tp advantage nye spark plug tahan lama, keberangkalian spark plug
miss percikan api pun kurang. . . . iaitu lebih cekap. . . .
4. Stud bar @ Stabilizing bar
-sebenarnya bar ni tak perlu kerana ia cuma berfungsi kalau kita memandu melebihi 140km/j dan mengambil selekoh pada kelajuan ini. Bar ini sepatutnya dipasang bersama dengan tayar berprofil rendah dan bersuspension keras (sport). Bagaimanapun tak salah kalau nak nampak cantik cuma agak membazir.

4. Muffler Ekzos
-Kalau nak tukar muffler banyak makan modal , banyak yang kena tukar dari extractor dan pasang tabung bullet tengah ...Cuma saiz piping tu yg lagi beza... antara straight pipe & straight flow ni sesuai utk enjin-enjin v-tec ngan mivec je, kalau kat enjin biase tak elok, membazir.. flow ngn straight flow kn ad kelebihan n kelemahan dia... terpulang pada pengguna gak... biasa kedai akan terangkan performance memang rekemen s-flow utk auto, straight flow utk manual tapi agak bising . tapi pakai s-flow mmg senyap skit...

S-flow muffler
KEBAIKAN
  1. -sangat senyap
  2. -point kuasa kereta berada di rpm rendah dan tengah oleh itu sesuai untuk penggunaan harian
KEBURUKAN
  1. -menghalang pergerakan angin yang lancar kerana pergerakan angin yang berpusing dalam muffler
  2. -menghasilkan back pressure kepade engine lalu mennganggu aliran angin
  3. -kurang kuasa di rpm tinggi
Straight muffler
Kebaikan
  1. -aliran angin yang lebih baik kerana angin hanya melalui muffler tanpa berpusing
  2. -point kuasa berada di rpm tinggi oleh itu sesuai untuk digunakan di track
  3. -engine yang lebih responsif dan lebih pick-up
Keburukan
  1. -Bising berbanding S-Flow
  2. -menaikkan fuel consumption
  3. -kurang kuasa di rpm rendah
Cuma kadang kala ramai membuat sangat berlebihan xtreme, modified ekzos muffler Straight piping terus bawah tangki dan ade pulak yang buat dari satu ekzos then pecahkn kepada dua piping ekzos memang kompom tak leh. Tidak dibenarkan samasekali…mendatangkan bunyi amat bising lebih dari 90db juga salah tidak dibenarkan
6. Tinted Cermin
-Ini kita kena betul-betul periksa. Saya pernah tanya JPJ dan JPJ kata mereka tak pernah meluluskan mana-mana produk tinted cermin. Cuma mungkin pengeluar kata mereka telah menguji tahap ketelusan cahaya dengan produk mereka dan melepasi tahap yang dibenarkan. Tapi hati-hati, produk tinted cermin ni memang betul melepasi tahap yang dibenarkan tapi cermin asal kereta kita mempunyai lebih kurang 90% tahap ketelusan cahaya dan jika ditambah dengan tinted yang didakwa melepasi tahap had dibenarkan iaitu 50%, ketelusan cahaya selepas ditinted jadi 40%. Ini tak lepas kalau JPJ test. Lagi satu berhati-hati dengan produk yang membalikkan cahaya pada waktu panas seperti gold dust dan sebagainya. Saya pernah tanya JPJ, jawapan mereka, memang betul ia melepasi tahap yang dibenarkan tapi ia membalikkan cahaya dan ini membahayakan pemandu lain dan ini menjadi satu kesalahan

Penguasakuasaan peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan ini dikuatkuasakan oleh JPJ melalui Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Peraturan-Peraturan 1991 [P.U. (A) 39/19911, di bawah Seksyen 66 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berdasarkan peraturan ini, tahap ketelusan yang dibenarkan pada kenderaan adalah setakat 70% ketelusan cahaya pada cermin hadapan dan 50% pada cermin belakang. adalah dinasihatkan supaya tidak memasang cermin gelap berbentuk fully tinted film pada kenderaan mereka
Pengguna juga digalak menyemak dan mendapatkan kepastian JPJ atau menrujuk tahap ketelusan cahaya pada kenderaan mereka di PUSPAKOM.





Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh

Soalan yang diajukan
Nabiel said...
bro..mcm tips2 yg utk perjalanan yg jauh, ape yg prlu diperiksa..ade tk?
sbb aku tkde tau byk sgt..cuma yg biase2 jek..
pastu nk mtk nsht cara penukaran air bateri..=)
Jawapan Kami..
Thanks pada Nabiel bertanya soalan tersebut... Aku tak tau lah ini normal atau tidak. Setiap kali nak jalan jauh, sehari atau dua hari sebelum tu…aku akan ada simptom-simptom seperti berdebar-debar, tak senang hati,sebabnya bila nak jalan jauh ajer macam tak confident nak bawa kereta. Boleh sampai ker kereta aku ke destinasi yang nak dituju… Jauh plak tu perjalanan… Macam-macam persolan timbul…
Tips-tips nak buat periksa kereta
Kat sini aku bagikan secara ringkas antara tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni korang kena la rancang sebetulnya. Jangan nanti salah plan pula ye. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni, dapatkan rehat secukupnya. Kalau penat kena la berhenti. Ni semua supaya kita sampai ke destinasi dengan selamat.
1)Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel
Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh atau sekurang2nya separuh tank.. Kalau tak macam mana nak jalan jauh dengan lancar
2)Pemeriksaan Keadaan Minyak Enjin
Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min
3)Pemeriksaan kandungan Minyak Brake
Periksa level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.
4)Pemeriksaan Minyak Power Stering
Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).
5)Pemeriksaan Air Radiator (coolant)
Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas). Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar
6)Pemeriksaan fungsi Wiper
Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..
* jika naktambah sabun cairan pembersih
Windshield Washer Fluid lagi bagus
7)Periksa Getah wiper
Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.
8)Pemeriksaan Aircon sistem
Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih2 itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..
* Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..
Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi
Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah berbenang dan berbulu2 tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas berjalan lancar…
9)Pemeriksaan Keadaan Tayar
Tip mudah mengesan kehausan tayar Ambil duit 20 sen letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut.. lihat jika tulisan "sen" anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna bunga tayar masih elok.. tetapi jika tulisan" sen" itu jelas kelihatan, bunga tayar sudah wajib tukar dengan yang baru.. disebabkan lapisan bunga tayar sudah nipis..Ukur tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Yang pasti kebanyakkan orang pump tayar kereta dengan tekanan 200 kpa.. Pastikan Bunga tayar tidak botak.. tengok yang bahagian dalam sebab selalunya tak perasan.. lihat gak kat dinding tayar kalau ade benjol tu pun tak elok..
10)Periksa Asap yang keluar kat Ekzos
adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).Asap hitam kerana karburator rosak. Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana piston, gelang piston, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak.
11)Periksa bawah Lantai tempat parking kereta
Sila korang periksa tempat parking kereta korang . tengok bawah lantai ada atau tak tompok minyak atau bekas lelehan air… periksa Lantai kalau ada minyak tumpah.. Mungkin leaking pada head engine dan periksa Lantai kalau ada air tumpah.. Mungkin leaking pada hose,water pump, radiator.
Periksaan Sistem lampu
Periksaan Sistem lampu kereta high beam dan Low beam mentol dalam keadaan baik.. Lampu hujan signal kiri kanan dan juga lampu brake juga perlu dipastikan berfungsi sempurna.
12)Pemeriksaan Battery Basah
Bateri Sel Basah,perlukan penjagaan yang rapi kerana menggunakan airbateri.Biasanya ketahan bergantung kepada kekerapan penggunaan kenderaan.Untuk memastikan bateri jenis ini dalam keadaan yangbaik,seeloknya seminggu sekali (Kalau selalu pakai kereta pada waktu malam) periksa level air bateri anda.Kalau jarang-jarang pakai cubalah periksa 2 atau 3 minggu sekali. isi air bateri jangan lebih dan kurang dari tanda aras max dan min... jangan isi air bateri penuh ... nanti karang beteri tu akan kebung dan meletup pecah pulak karang...
13)Pemeriksaan Battery kering
Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Sel kering, tidak memerlukan penjagaan kerana tidak ada tempat untuk mengisi air bateri. Kalau indicator tuh warna hijau maksudnya bateri masih lg bgus...jika warna hitam di tengah2...dan putih di bhg tepi indicator tuh maksud dia charging...so kne charge la.... merah or putih sahaja...bateri kong sudah..tu kena ganti baru..
14)Kenali Fungsi indicator light pada meter kereta
Handbrake signal
Sepatutnya isyarat ini akan padam serta merta apabila “handbrake” dilepaskan. Tetapi apabila ia tetap menyala periksa takat minyak brek anda dan jika ia mencukupi dan lampu isyarat tersebut masih menyala kemungkinan suis handbrake anda rosak.
Oil pressure light
Juga dikenali dengan lampu aladin. Isyarat ini menunjukkan minyak engine anda kurang daripada takat yang sepatutnya. Sekiranya ini kerap berlaku pastikan anda ada menyimpan minyak enjin berlebihan didalam kereta anda kerana kerosakan yang teruk boleh terjadi akibat dari kekurangan @ kehabisan minyak engine.
Check Engine Light (CEL)
Isyarat ini terdapat pada kereta-kereta yang mempunyai system injection (suntikan) bukan lagi karburator. Anda boleh perasan isyarat tersebut menyala ketika anda memutarkan kunci kereta dan ia akan terpadam setelah beberapa saat engine anda dihidupkan. Isyarat ini bertujuan untuk member isyarat bahawa system elektronik (atau lebih tepat lagi sensor) pada kereta anda berada dalam keadaan baik. Jika perkara ini berlaku ketika anda memandu namun tidak memberikan apa-kesan pada prestasi atau suhu engine anda teruskan memandu dan seelok-eloknya hantar kereta anda untuk di diagnosis kan pada bengkel yang mahir.
Low battery charging
Isyarat ini terdapat pada semua jenis kereta. Ia menandakan system elektrik pada kereta mempunyai masalah sama ada beteri atau pun “alternator” kereta anda mempunyai masalah “charging”. Alternator adalah alat seperti dynamo pada basikal. Ia akan menjanakan tenaga elektrik sebaik saya engine kereta dihidupkan. Biasanya sama ada alternator tersebut rosak atau pun tali sawat yang memutarkanya sudah kendur. Jadi sebelum memandu pastikan semua talisawat (belting) mempunyai ketegangan sekurang-kurangnya boleh dikilaskan 45 darjah-jika terlalu ketat engine akan menjadi berat kerana beban dari ketegangan talisawat tersebut dan jika terlalu kendur putaran alternator tersebut akan tergelincir dan seterusnya tenaga yang akan dibekalkan kepada kereta menjadi tidak sempurna.
Temperature gauge-Pengesanan awal Isyarat ini menunjukkan keadaan suhu penyejuk kereta anda. .
Radiator tersumbat
Hos atau sambungan karat dan bocor
Tutup radiator rosak
Air kurang dan tiada air dalam reservoir (tangki simpanan)

Indicator ABS-cuba perhatikan indicator ABS ni...selepas 3 4saat...dia akan padam..menandakan sistem abs berfungsi...kebiasaannye indicator abs ni berwarna kuning.....
15)Periksa ada tak bawa barang penting dalam kereta Barang seperti Botol kosong boleh digunakan untuk mengisi air atau minyak bila keadaan terdesak.. Pastikan ade Jack tayar beserta spanar bukak tayar. ade lampu picit semasa keadaan kecemasan seperti kereta rosak pada waktu malam untuk suluh bahagian enjin.. Kena ada gak jumper Bateri dan spanar tool box kena standby ade cukup lengkap.. senang bila mana nak gunakannya... juga peti kecemasan (first aid tool kena ade dalam simpanan..)

16) Ingatan pada korang?
Tolong buat kunci Spare simpan dalam dompet atau wallet... manalah tau tetiba kunci hilang atau tertinggal dalam kereta dengan pintu tertutup tak boleh buka... hah ni lah kunci pendua yang boleh kita gunakan... dah banyak dah kejadian dimana pintu kereta sukar dibuka sampai panggil tukang kunci minta tolong buka pintu kereta... itu pun kalau boleh bukak kalau tak bleh camner..
Atas kesempatan ini kami mengucapkan
Salam Maulidur Rasul
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat. Allah berfirman,' Kami tidak menurunkan kamu melainkan sebagai rahmat kepada seluruh manusia.' (Al-Anbiya':107)

Tiada ulasan: