Khamis, 19 September 2013

JANGAN JADIKAN KITA ....GULUNGAN YANG KURANG CERDIK

Pencuri Tulis Surat Minta Maaf Dan Kembalikan Wang Yang Dicuri Selepas 11 Tahun
Posted on Wednesday, September 18 @ 23:54:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Seorang pencuri telah menulis surat permohonan maaf kepada mangsanya serta turut menyertakan wang untuk membayar balik wang yang dicurinya.

Pemilik Interasian Market, di Nashville menerima surat tersebut yang dihantar ke kedainya minggu lalu. Antara kandungan surat itu ialah,

“saya tidak mengambil dadah lagi dan saya merasa bertanggungjawab terhadap mereka yang telah saya sakiti sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya berharap anada akan menerima wang ini dan memaafkan saya. Salam damai untuk anda, Tidak Dikenali”

Selain itu, pencuri yang juga bekas penagih dadah itu turut mengatakan bahawa dia telah mencuri enam tin minuman keras dan sejumlah $300 wang tunai dari kedai mangsa. Dalam surat tersebut, pencuri itu menyertakan $400 wang tuanai sebagai ganti rugi.

Selepas menerima surat itu, pemilik kedai, Wu, menjelaskan bahawa pihaknya sedia memaafkan individu terbabit. Katanya,

“kami nak dia tahu, jika dia sedang menonton, apapun keadaan anda sekarang, kami memaafkan anda atas apa yang telah berlaku”.

malaysiasensasi.net


 UMNO, Henry Gurney dan Penjajah Inggeris
Posted on Thursday, September 19 @ 00:57:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


KLIK


 

Tonton video kita dapat melihat betapa mulianya Henry Gurney di mata hati pemerintah Malaysia di bawah pimpinan UMNO.

Bagi mereka Henry Gurney yang berlumuran darah rakyat Palestin dan rakyat Malaya itu adalah "Sir Yang Mulia" manakala mereka yang menentang penjajah adalah "penderhaka", "pengganas" dan macam-macam lagi.

Namum siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini. Apa tugas dia dan jasa beliau sehingga ada banyak tanda peringatan khas buat beliau.Perkongsian sahabat tentang fakta sebenar siapa Henry Gurney.

Apa kerja beliau?

  1. Henry Gurney berkhidmat dengan King Royal Rifle Corps dari 1917-1921.
  2. Kemudian menyertai pasukan perkhidmatan di tanah jajahan British di Kenya pada
  3. 1921.
  4. Kemudian menjadi Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica ( 1935),
  5. Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabeno Afrika Timur (1938 - 1944),
  6. Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast, Australia (1944 - 1946),
  7. Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946 - 1948).
  8. Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada (1948-1951)
Sejarah yang kita tahu pasal beliau adalah pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu. Dan pasal Rancangan Briggs yang dijalankan oleh beliau untuk menghapuskan komunis di Tanah Melayu.

Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu.

Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier. Pada 7 Oktober 1951, ditembak mati di Bukit Frazer.

Namum sejarah awal sebelum dia datang ke negara kita tidak pula kita ambil kisah. Tahukah anda bahawa sebelum dia datang ke Tanah Melayu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Apa kerjanya dan apa jasa dia di Palestin? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin (Mei 1948), dimana di dalam peristiwa Dier Yasin itu, penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin.

Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin,beliau telah meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam Peristiwa Dier Yasin tersebut.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Jadi apakah kita mahu sanjung orang putih ini? Sir Henry Gurney yang telah menyiksa rakyat Palestin.

Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

Terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah.
Kisah Sir Henry Gurney.

Facebook Pakatan Rakyat Supporters
Youtube Shauqie Aziz


 Syukur, Faham benar Rozita Che Wan tentang fungsi baju ketat!!
Posted on Wednesday, September 18 @ 23:31:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: laniismaa

"Rozita_Che_WanKita ‘syukurlah’ kerana ada artis yang begitu faham benar dengan fungsi baju ketat. Tak sia-sia pengetahuannya untuk dikongsi bersama peminatnya. Jarang-jarang artis yang nak berkongsi rahsia besar begini tetapi hari ini dia mendedahkannya.

Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan rahsianya yang selalu berpakaian ketat. Dapat membantu mengekalkan berat badan di mana lebih mudah untuk dia mengesan berat badannya naik jika baju yang dipakai itu tidak muat.

“Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.

“Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh,” katanya kepada mStar Online.

Eloklah, boleh dijadikan rujukan peminatnya untuk sama-sama berbaju ketat. Semakin tua, semakin ketat lagi baik, tak payah kira sangat tentang larangan agama, asalkan boleh berbaju ketat.

Baca juga: Komen negatif peminat, artis bantai dengan gambar anjing!!"


 Al-Sisi Agen Yahudi - Mesir Jadi Jajahan Israel!
Posted on Wednesday, September 18 @ 20:41:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: ismanusa

"
Rancangan Perluasan Israel Raya
Rancangan Israel Raya (The Greater Israel Project), merupakan rancangan jangka panjang Zionist untuk merampas tanah-tanah yang didiami oleh penduduk Islam dan Arab terletak antara Sungai Nil dan Sungai Furat, sekarang ini sudah hampir menjadi kenyataan.

Pihak Zionist baru saja mengambil alih kawasan Nil.

Rakyat Mesir telah ditipu bulat-bulat apabila al-Sisi yang merupakan agen Israel berjaya merampas kuasa dan memerintah Mesir. Pemerintah yang kejam itu adalah berdarah Yahudi dari sebelah ibunya. Ibunya bernama Malikah Titani adalah Yahudi Maghribi dari Asefi, ini menjadikan al-Sisi adalah Yahudi dan secara automatik merupakan warganegara Israel.

1001420_500196916740637_219213849_n

Al-Sisi berjaya memperdaya rakyat Mesir dengan menyembunyikan maklumat sebenar tentang dirinya sebagai seorang yahudi dan hubungan rahsianya dengan Israel. Dengan licik ia memperdayakan Ikhwan sebagai seorang Islam yang dipercayai tetapi akhirnya kemunafikannya jelas dengan pembunuhan besar-besaran terhadap umat Islam.

Akibat yang lebih buruk lagi ialah al-Sisi bukan setakat berdarah Yahudi tetapi ia hampir pasti merupakan agen Mossad (badan perisik tentera Israel). Ini bermakna Mesir bawah al-Sisi bukan sahaja tidak berperi kemanusian dengan menjadi republik berhukum rimba, natijah yang lebih besar ialah Mesir menjadi wilayah jajahan Israel yang terbaru, wilayah terbesar dalam rancangan perluasan Israel Raya.

Bapa saudaranya, Uri Sibagh (kadang-kadang juga digelar Sabbagh) telah berkhidmat didalam pasukan Perikatan Pertahanan Yahudi (Hamagein) dari 1948 hingga 1950, melakukan 'penghijrahan' ke Israel, dan menjadi orang penting dalam parti politik Ben Gurion. Dia berkhidmat sebagai setiausaha dalam Parti Buruh Israel di Beersheba dari 1968 hingga 1981. Kakak Uri - iaitu emak al-Sisi - berhijrah ke Mesir berkemungkinan atas rancangan rahsia Mossad. Perancangan itu digiatkan selepas Mossad menjatuhkan Presiden Morsi dan melantik agennnya al-Sisi dalam rampasan kuasa 3 Julai, 2013.

Rancangan: Al-Sisi adalah agen Mosaad sepanjang hayat mereka.

Matlamat: Menyusup masuk kedalam haraki tertinggi dalam pihak berkuasa dalam negara Arab Islam. Al-Sisi hari ini adalah seperti Elie Cohen, yang menyusup dalam peringkat tertinggi pihak berkuasa Syria dengan nama Kamal Amin Thabet sebelum terbongkar dan dihukum gantung di medan awam di Damsyik.


Seperti tersebar luas dalam lapuran media utama, dan banyak lagi sumber yang dipercayai, Al-Sisi telah lama berkhidmat sebagai pegawai perhubungan tentera Mesir dengan Israel. Semasa berlaku rampasan kuasa 3 Julai lalu, Al-Sisi sentiasa berhubungan melalui telefon dengan pihak tentera Amerika dan Israel. Pihak Israel telah menjanjikan bantuan penuh dan memberi jaminan bantuan US tidak disekat.

Semenjak rampasan kuasa, Israel telah menghamburkan pujian, kewangan dan bantuan penuh terhadap al-Sisi. Agen Mossad al-Sisi secara terang telah mengisytiharkan perang terhadap Palestin dan secara habis-habisan dengan memusnahkan semua terowong bekalan yang merupakan talian hayat penduduk Gaza. Disamping itu al-Sisi telah mengaut berbilion dolar daripada boneka Rothschild dan mungkin juga donmeh yang menggelarkan mereka mereka "House of Saud".

petunjukzaman"


 'Selagi hidup, aku tak layan kerjasama PAS-Umno'
Posted on Wednesday, September 18 @ 18:15:49 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

PAS Selangor hari ini menyifatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008 banyak mendatangkan kebaikan dan membanggakan parti itu.

Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abd Rani Osman (kiri) menegaskan parti itu tidak pernah rugi dengan kerjasama dengan PKR dan DAP, sebaliknya memberi banyak faedah hasil daripada kerjasama itu.

ADUN Meru juga berkata kerjasama itu menyebabkan PAS diterima oleh kaum lain dan tidak hanya tertumpu kaum Melayu sahaja

"Melalui tahluf siyasi ini, PAS tidak pernah rugi ini malah paling banyak terima kebaikan," katanya dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.

"Kalau dulu orang Cina, India dengar PAS takut. Tetapi sekarang mereka datang berduyun-duyun dengar kita punya ceramah dan dapat menerima Islam sebagi satu agama yang syumul," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kajian semula PAS dengan Pakatan mestilah untuk menambahbaik kerjasama sedia ada, ekoran resolusi persidangan ulama di Kedah hujung minggu lalu.

Resolusi persidangan ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah antara lain mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam Pakatan.

Khalid: Dia ketuk, kemudian ajak kawan

Ditanya berhubung tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PAS, Dr Abd Rani berkata:

"Selagi aku hidup, takkan aku layan benda itu".

Kemudian Timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad (kiri) yang turut berada dalam sidang media itu mencelah:

"Saya nak petik kata-kata almarhum (bekas presiden PAS) Ustaz Fadhil (Nor), beliau kata Umno ni manusia yang pelik, dia ketuk kepala kita, lepas tu dia ajak jadi kawan.

"Lepas tu dia ketuk kepala kita lagi, dia ajak jadi kawan (lagi)," katanya yang juga ahli parlimen Shah Alam.-mkini


  MB Selangor: PM perlu jelas kegagalan DEB
Posted on Wednesday, September 18 @ 16:55:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

BANDAR UTAMA, 18 SEPTEMBER : Disebalik peruntukan berbillion ringgit dengan pelbagai retorik memperkasa pembangunan Bumiputera, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak disaran memberi penjelasan yang tepat mengapa Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebelum ini gagal menempatkan golongan majoriti itu di tempat yang membanggakan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata orang-ramai mempersoalkan mengapa kedudukan Bumiputera kekal rapuh dengan jurang sosioekonomi semakin melebar, serta memerlukan sokongan Kerajaan biarpun DEB sudah lama dilaksanakan.

“Kerajaan sewajarnya mengkaji kelemahan-kelemahan yang ada terlebih dahulu sebelum mengubal dasar baru,” ujarnya.

Abdul Khalid berkata demikian sebagai respon terhadap pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abd Razak mengenai langkah dan strategi baru memperkasa ekonomi Bumiputera menerusi penubuhan Majlis Ekonomi Bumiputera.

Abdul Khalid berkata usaha membangunkan sosioekonomi bumiputera tidak akan tercapai sekirannya Kerajaan masih memberi peluang kepada golongan ‘rentier class’ seperti dasar-dasar sebelum ini.

Abdul Khalid menambah, Kerajaan seharusnya mengubal sebuah dasar yang prihatin kepada Bumiputera dan bukannya melanjutkan survival politik mana-mana individu.

“Dasar Ekonomi Baru sebahagiannya telah memberi peluang kepada ‘rentier class’. Mereka tidak melaksanakan projek-projek diberikan sebaliknya menjalankan projek dengan cara usahasama yang mana sebahagian besar daripada kerja-kerja tersebut dilakukan oleh orang bukan Melayu.

“Keuntungan besar yang tidak berasaskan ‘value for money’ akan menyebabkan kontrak-kontrak itu dijual (alibaba),” jelas Abdul Khalid.-selangorku

Tiada ulasan: