Jentera kerajaan disalah guna ketika PRU13
Harakahdaily, | 20 Sep 2013 |
SUBANG JAYA: Seorang wakil dari NGO pemantau pilihan
raya yang menjadi saksi dalam prosiding Tribunal Rakyat semalam
mendedahkan bahawa wujud penyalahgunaan jentera kerajaan sepanjang
kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Yasmin Masidi dari Badan Bebas Pemantau Pilihan raya (Pemantau), dalam keterangannya semalam mendakwa penyalahgunaan jentera itu bukan sahaja berlaku di peringkat pusat, malah juga di peringkat negeri.
Dalam pemerhatian mereka sepanjang PRU13 lalu, Yasmin berkata pihaknya mendapati jentera kerajaan termasuk milik Felda, Felcra dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga turut disalah guna sepanjang tempoh itu.
Katanya, sebanyak 22 peratus laporan yang diterima daripada keseluruhan kawasan Parlimen merujuk isu penggunaan jentera kerajaan pusat dan negeri.
Justeru, beliau yang membentang laporan pemerhatian berdasarkan maklum balas dari 2,000 sukarelawan Pemantau, membuat kesimpulan PRU tidak bersih.
“Pemantau membuat kesimpulan PRU 13 tidak bebas sepenuhnya dan tidak adil,” katanya seperti dilaporkan Selangorku.
Yasmin berkata, Pemantau juga menggesa beberapa penambahbaikan kepada undang-undang pilihan raya bagi memastikan proses pilihan raya bersih dan adil.
Antaranya, kata beliau, ialah meminda beberapa peraturan undang-undang agar menghormati prinsip kebebasan yang menepati aspirasi Perlembagaan Persekutuan.

Kader Mullah, mangsa politik sekular bangladesh
Mohd Azmir Maideen, | 20 Sep 2013 |
Mahkamah Pengadilan Internasional Bangladesh yang diasaskan Sheikh Hasina Wajed telah mendakwa pemimpin Jamaat-El-Islami menjadi tali barut kerajaan Pakistan untuk menjatuhkan negaranya sendiri kerana tidak bersetuju dengan proses pemisahan Pakistan-Bangladesh. Konflik bersejarah itu berlaku selama 9 bulan, iaitu pada 16 Disember 1971 yakni Pakistan Barat (kini Pakistan), Pakistan Timur (kini Bangladesh) dan India, bertempur sehingga membawa kepada penubuhan negara Bangladesh.
Terbaharu pihak mahkamah telah mendakwa Abdul Kader Mullah, pemimpin Jamaat-el-Islami bersalah dan memutuskan hukuman mati di atas tanggungjawab kejahatan perang 1971. Sedangkan pada bulan Februari lalu, Abdul Kader Mullah dihukum penjara seumur hidup dan tiba-tiba berubah menjadi hukuman mati. Human Rights Watch yang berpusat di New York sebelum ini mengatakan prosedur hukuman yang digunakan oleh mahkamah itu tidak memenuhi standard internasional.
Perubahan hukuman terhadap Abdul Kader Mullah ini adalah perubahan yang berpunca daripada protes golongan sekular yang menganggap keputusan asal terhadap Abdul Kader Mullah terlalu ringan dan mendesak hukuman lebih berat dikenakan ke atasnya. Dalam hal ini, Mahkamah Agung Bangladesh tunduk kepada tekanan segelintir golongan sekular pelampau dengan mengenepikan keadilan yang sebenar yang sepatutnya diberikan kepada Abdul Kader.
Sejak tahun 2010 lagi Perdana Menteri Hasina Wajed membentuk Mahkamah Internasional berkenaan isu kejahatan perang Bangladesh untuk mengadili mereka yang dituduh melakukan kejahatan di masa perang 1971, tetapi pengadilan itu telah dikritik luas kerana menjadikan lawan politiknya mangsa dan sasaran, dan ia beroperasi tanpa melibatkan pengawasan PBB.
Sepatutnya Mahkamah Bangladesh melihat kepada keadilan dengan berpandukan kepada fakta kes dan bukan kepada sentimen sesetengah pihak semata-mata. Apakah Abdul Kader telah mendapat keadilan yang sewajarnya dengan hukuman mati dan adakah ia adil untuk rakyat Bangladesh? Hukuman ini menggambarkan kerajaan Bangladesh adalah zalim dan Sheikh Hasina adalah pemimpin kuku besi yang mewarisi pemerintahan negara tersebut.
Dalam keadaan parti politik seperti Jamaat-el-Islami semakin berpengaruh dan mendapat tempat di hati rakyat, kerajaan Bangladesh sanggup mengharamkan pertubuhan gerakan Islam tersebut pada bulan lepas. Sementara itu, hampir ke semua pemimpin tertinggi Jamaat-el-Islami ditangkap dan beberapa orang pemimpin telah dijatuhkan hukuman mati. Apakah ini bentuk demokrasi yang ingin disuburkan di Bangladesh?
Mengenai isu berkaitan politik dendam Hasina Wajed, Ikhwanul Muslimin telahpun mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari Jumaat, 8 Februari 2013 :
1.Kami bersama deru angin kemerdekaan laungan rakyat yang bertiup melalui seluruh pelusuk dunia, menganggap perbicaraan di Bangladesh terhadap tujuh pemimpin kumpulan Islam (Jamaat-el-Islami) melanggar hak keadilan sejagat dan merupakan tuduhan bersifat politik (tuduhan kerajaan pemerintah terhadap parti Islam), bukannya tuduhan jenayah.
2.Kami menyeru kepada semua Negara, dan di negara-negara Islam khususnya, bersama badan-badan dan institusi antarabangsa untuk melakukan tekanan agar tragedi kemanusiaan yang menimpa akibat ketidakadilan politik terhadap tahanan politik di Bangladesh ini dihentikan.
3.Salah satu tujuan syariah (undang-undang Islam) adalah untuk melindungi kehidupan rakyat supaya hak-hak mereka dipenuhi. Kita mesti mendukung nilai Islam yang tinggi, prinsip dan cita-cita keadilannya melebihi dari pihak-pihak tertentu yang bercakap tentang keadilan kerana sebab-sebab politik dan matlamat menjatuhkan politik lawan.
4.Kami menuntut kerajaan Bangladesh (pimpinan Hasina Wajed) agar melepaskan semua pimpinan Jamaat-El-Islami yang ditangkap sementara menunggu penyiasatan ke atas kes diselesaikan. Mereka harus menerima perbicaraan yang adil sebelum hakim menentukan semula hak-hak mereka yang termaktub dalam semua lapangan perlembagaan.
5.Kami memberi amaran kepada pimpinan yang diberi amanah mentadbir negara agar tidak menggunakan kuasa untuk melakukan penindasan, dendam dan ancaman untuk menghilangkan lawan politik rejim.
6.Kami yakin bahawa Persidangan Kemuncak Islam yang diadakan baru-baru ini di Kaherah, menyokong sepenuhnya pendaulatan negara berpaksikan keadilan dan kesaksamaan. Kami berdoa kepada Allah agar membimbing mereka berkhidmat demi kepentingan terbaik rakyat dan negara, serta menolak ketidakadilan untuk semua yang ditindas.
Jamaat-el-Islami diasaskan pada tahun 1941 dan berakar dari politik pemikiran Maulana Sayyid Abul A'la Maududi (1903-1979), intelektual yang paling penting Islam dalam sejarah Asia Tenggara. Al-Maududi juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas Ikhwanul Muslimin dan secara global ia mempunyai hubungan rapat dengan Jamaat-el-Islami. Kerana pengaruh yang dibawa oleh Al-Maududi, Kerajaan Bangladesh telah mengambil tindakan mengharamkan seluruh buku-buku karangan beliau di negaranya. Al Maududi sebagaimana yang didakwa Hasina Wajed telah membawa ideologi radikal dalam ajaran Islam.
Bertemu rumah gelap gelita di malam merdeka
Harakahdaily, | 20 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR:
Di sebalik sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-80 yang
diadakan semalam, terselit nasib bekas tentera yang hidup dalam keadaan
daif.
Memetik tulisan daripada blog moniermatdin, beliau bukan sahaja punya keperibadian yang terpuji tetapi juga semangat patriotik yang tinggi.
“Memang tinggi sungguh semangat patriotism Pak Long kita ini,” tulis blogger itu.
Berikut petikan tulisan beliau.
Bersemangat sungguh beliau sewaktu meriwayatkan kepada kami kisah beliau dan platunnya memburu gerombolan komunis di Banjaran Bintang berdasarkan kesan titisan darah seorang musuh yang berjaya ditembak, 15 Hari 15 malam lamanya hingga ke Ijok, Perak.
Perkara biasalah bagi tentera hidup bergelap di dalam hutan belantara waktu itu tapi tak sangkalah pula selepas pencen beginilah pula nasib diri yang menimpanya.
Walaupun jiwa patriotiknya begitu menebal mengalahkan majoriti ahli-ahli politik kita di luar sana, namun sebagai manusia biasa, antara rasa semangat yang membuak itu terselit juga rasa kesal yang mendalam. Saya agak terkesima dan sedikit rasa terkedu bila dengan nada suara yang agak perlahan Paklong Lazim cakap: “Kita dah tolong negara, takkan negara tak boleh tolong kita pula kot?”
Baca di sini

Jangan sanjung penjenayah!
Subky Latif, | 20 Sep 2013 |
Masyarakat lazimnya tidak akan bersimpati dengan kongsi gelap kerana kongsi gelap, tiada lain kerjanya selain membunuh, menyamun, merompak dan lain-lain.
Tetapi masyarakat kadang-kadang keliru dengan penjenayah yang merompak bank dan orang kaya dan menggunakan sebahagian hasil rompakan itu untuk membantu orang miskin seperti yang dilakukan oleh Robin Hood misalnya.
Mungkin Robin Hood merompak dan membunuh orang-orang jahat seperti Ah Long, Ali Baba, Tokeh pelacur dan lain-lain yang sememangnya penjenayah juga yang semuanya tidak berperi kemanusiaan. Tetapi Robin Hood walau pun menyamun tetapi berperi kemanusiaan. Maka orang yang keliru memuji Robin Hood.
Pernah di Malayia ada penjenayah yang mengikut jejak Robin Hood satu masa dulu terkenal dengan panggilan Botak Chin. Dia pun merompak dan membagikan sebahagian hasil rompakan kepada orang susah. Ramailah yang memuji Botak Chin tetapi dia penjenayah nekad yang bermurah hati.
Penjenayah adalah satu nama lagi bagi ahli maksiat. Bagi orang awam, ahli maksiat ialah melanggar hukum agama sedang penjenayah melanggar undang-undang negeri. Padahal yang melanggar undang-undang penal kod itu ahli maksiat juga.
Orang yang membuat maksiat adalah orang berdosa dan orang ini tidak wajar dipuji kerana memujinya seolah-olah menggalakkan mereka terus maksiat. Mereka akan rasa diri mereka disukai orang.
Tiada masyarakat Islam memuliakan ahli maksiat dan tiada masyarakat toleren dengan perompak hatta yang dipanggil panjang tangan. Orang tak terima penyamun jadi menantu dan hendak berbesan dengan ahli maksiat pun tak mahu sekalipun anaknya baik.
Kecualilah masyarakat mengetahui taubatnya. Orang taubat kita kena muliakan. Kalau Tuhan memuliakan orang taubat, tidak bolehlah manusia tidak boleh memaafkannya. Walaupun dia dimaafkan tetapi jenayah dulunya tidak pula wajar kita banggakan. Cuma kita jangan sebut lagi tentang jahatnya dulu sesudah dia taubat.
Satu contoh yang kita kena menungkan ialah Ketua Polis Negara yang memukul bekas Timbalan Perdana Menteri hingga separuh mati. Ketua polis itu disabitkan jenayahnya dan dikenakan tindakan.
Tetapi sekarang media memberi tempat kepadanya. Dia seperti juru cakap masyarakat pula tentang berbagai isu. Dia bercakap banyak tentang jenayah kongsi gelap seolah-olah dia tidak pernah dikenakan tindakan memukul orang.
Adakah layanan baik yang media beri kepada orang yang pernah dihukum itu, boleh dikira menyanjung penjenayah seperti yang dititah baginda di Perak itu?
Atau adakah media yang memberi ruang kepada individu seperti itu antara pihak yang disindir oleh Raja Muda itu?
Apapun ramai penjenayah yang berkeliaran merompak harta negara dan melakukan kemungkaran besar tetapi tidak dihukum atau dikenakan tindakan, pertama tidak cukup bukti mensabitnya, atau tidak disiasat dan didakwa kerana kuasanya hebat atau kalau didakwa tidak dikemukakan saksi penting hingga payah menghukumnya.
Apakah tidak menghukum orang seperti itu termasuk dalam tindakan menyanjung penjenayah. Logiknya, polis enggan menyiasat dan jabatan peguam negara enggan mendakwa, mereka orang yang memuliakan jenayah dan maksiat.
Kota sejarah jadi tarikan utama pelancong ke Jerman
Lan Jusoh, | 20 Sep 2013 |
Kota yang dibangunkan di lembangan Sungai Rhine kini menjadi tempat tarikan pelancong.
FRANKFURT: Kemasyhuran empayar Rom biar pun sudah lama ditelan zaman, namun kesan-kesannya masih lagi dapat dilihat sehingga sekarang.
Pada zaman lampau dikatakan terdapat kira-kira 4,000 bandar dalam empayar Rom sekitar tahun 1600. Semasa zaman pertengahan bilangan bandar tersebut berkurangan biar pun pernah menikmati status bandar-bandar imperial.
Senarai sebahagian daripada Bandar Imperial Swabia berdasarkan sejarah Reichsmatrikel pada 1521.
Bandar-bandar tersebut dibina berasaskan kepada gereja sebagai pusat kegiatan masyarakat ketika itu. Sebab itulah Rom dikenali sebagai Empayar Rom Suci, yang turut mempunyai kekuatan ekonomi bagi mempertahankan kota yang besar.
Kesan-kesan pembinaan kota tersebut masih lagi utuh sehingga sekarang. Malah ia menjadi tumpuan pelancong bagi melihat dari dekat struktur pembinaannya daripada campuran konkrit dan binaan batu batan.
Malah kayu yang dibuat gelegar biar pun berusia beratus tahun masih lagi utuh sehingga sekarang. Kota tersebut yang dibina ke dalam tanah seperti tempat perlindungan ketika perang.
Seni binanya begitu unik sekali. Kota lama itu kini diberi wajah baru apabila dibina kediaman penduduk tempatan dan hotel bagi membolehkan pelancong melihat dari dekat, kehidupan zaman lampau.
Binaan lama dikekalkan dengan struktur asal, namun ditambah dengan binaan baru yang digunakan sebagai tempat kediaman. Kota lama tersebut terletak di Frankfurt dikenali sebagai Rothenburg od Tauber.
Begitu juga sebuah lagi kota lama iaitu peninggalan Komander Julius Caesar terletak di lembangan Sungai Rhine. Kemenangan suku-suku kaum Jerman dalam pertempuran Hutan Teutoburg pada abab ke-9 dihalang empayar Rom.
Bagaimanapun selepas kejatuhan Empayar Rom, orang Frank menakluki suku-suku di Jerman Barat. Apabila Empayar Frank telah dibahagikan di kalangan waris Charlemagne pada 843 Masihi, bahagian timur menjadi Timur Francia.
Selepas tenggelam kota lama Jerman sekali lagi mulai dikenali dunia apabila muncul Adolf Hitler. Pada tahun 1933 di bawah pengaruh Nazi, Hitler mendapat kuasa dan menubuhkan sebuah rejim totalitarian.
Nazi menguasai Austria dan sebahagian dari Czechoslovakia. Pencerobohan Poland memulakan Perang Dunia Kedua.
Selepas membentuk satu pakatan dengan Kesatuan Soviet pada tahun 1939, Hitler dan Stalin membentuk Eropah Timur.
Bagaimanapun Perang Dingin menyebabkan pembahagian negara kepada Jerman Barat dan Jerman Timur. Bagaimanapun selepas tamat Perang Dingin pada 1989, Tembok Berlin telah diruntuhkan dan Kesatuan Soviet pun runtuh.
Bermula dari detik itulah Jerman Timur bersatu semula dengan Jerman Barat pada 1990.
(Laporan khas dalam Harakah cetak akan datang)
Pemerkasaan ekonomi: Bayar royalti Kelantan
Salmah Mat Husain, | 20 Sep 2013 |
KOTA BHARU:
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang mendakwa
slogan kerajaan untuk membantu masyarakat bumiputera hanya diibarat
umpan untuk Perhimpunan Agung Umno yang bakal diadakan nanti.
Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak
dan Gas Ke Kelantan (Royalti), Muhammad Hisyamuddin Ghazali, berkata
ianya juga slogan untuk menyedapkan hati kontraktor Kelas F semata-mata
dengan mengaitkan golongan bumiputera untuk dibantu.
Menurutnya, kenyataan perdana menteri seolah-olah menyangkal masyarakat Kelantan mempunyai 95 peratus masyarakat Melayu dari 1.7 juta rakyatnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri kelmarin yang mendakwa kerajaan mengangkat agenda bumiputera sebagai Agenda Nasional ditempatkan di tempat yang lebih tinggi.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, di Shah Alam baru-baru ini.
Sambungnya, dengan menyelesaikan masalah ekonomi seperti tidak menafikan hak penerimaan royalti, bantuan pembinaan RAKR dan lain-lain lagi, ianya secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah ekonomi bumiputera secara keseluruhannya.
Kata Hisyamuddin lagi, sekiranya perdana menteri ikhlas dalam isu itu, Kelantan sepatutnya dibayar royalti lima peratus mengikut perjanjian seperti yang diterima Terengganu, Sarawak dan Sabah yang kini tertunggak RM12 billion.
Pada masa yang sama, beliau turut mempertikaikan pendaratan Gas Kelantan di North Malay Basin yang kini diperolehi sebanyak 1.7 trillion kaki padu sepatutnya didaratkan ke Bachok sebagaimana titah Sultan Kelantan.
“Bagaimanapun ianya telah didaratkan di Parlimen beliau iaitu Pekan. Ini jelas menunjukkan slogan perdana menteri hanya untuk menghadapi pemilihan dalam Perhimpunan Agung Umno,”ujarnya.
Katanya, begitu juga berhubung pembinaan Lebuhraya Persekutuan antara negeri patut dibina di Kelantan, kerana negeri itu satu-satunya negeri di Semenanjung yang masih dinafikan pembinaan lebuhraya.
“Status jalan sekarang kelas F (tidak selamat) sejak 1986 membahayakan pengguna dan sentiasa menjadi ‘jalan maut’ setiap kali tiba musim perayaan,” ujarnya.
Sambungnya, begitu juga dengan infrastruktur dan utiliti air di negeri ini yang dinafikan geran pembangunan air seperti menjadikan Kelantan ketinggalan dari segi mutu kualiti air mentah untuk kegunaan rakyat.
Selain itu, beliau turut menyentuh tentang Lapangan Terbang Berstatus Antarabangsa di Kelantan, kemudahan pelabuhan air yang merupakan katalis penting dalam pembangunan ekonomi negara yang perlu diselesaikan oleh kerajaan Malaysia di negeri itu.
Begitu juga katanya, berhubung Tebatan Banjir di Sungai Golok dinafikan, sedangkan sejak 1990 an lagi disebut akan dibina tebatan banjir untuk mengatasi banjir di Sempadan Malaysia (Kelantan) - Thailand.
“Jika tebatan banjir ini dilaksanakan, Kelantan akan menikmati impak sosio-ekonomi negeri-negeri di Sempadan seperti di Perlis-Thailand, Johor-Singgapura.
“Apa gunanya sambut Hari Malaysia dan untuk membantu Bumiputera sebagai Agenda National sekiranya masih menafikan hak bumiputera di Kelantan,” ujarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan