Peserta Ops Bubar dipenjara 2 tahun, denda RM5,000
Muhammad Faeez Azahar, | 13 Sep 2013 |
KUALA KANGSAR: Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5,000 kepada kesemua 13 peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan ketika krisis politik Perak pada 6 Februari 2009 lalu.
(lanjut menyusul)
Roboh premis: Noh usah tunjuk lagak
Harakahdaily, | 13 Sep 2013 |
KLANG: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dinasihatkan mendapat maklumat tepat berhubung isu perobohan premis perniagaan di Jalan Teratai, Meru di sini sebelum membuat ulasan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Abdul Rani Osman, berkata tindakan Noh mempersoal tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu tanpa maklumat tepat hanya menampakkan sikap cuba mencari keuntungan politik semata-mata.
Menurut Abdul Rani, tindakan meroboh sembilan premis perniagaan milik warga tempatan dan empat milik warga asing melibatkan gerai makanan, kedai runcit dan buah-buahan di bahu jalan itu dilakukan selepas menerima aduan penduduk setempat.
Tindakan itu juga dibuat mengikut lunas undang-undang di bawah Akta Kanun Tanah Negara kerana beroperasi secaraa haram.
“Jangan salahkan MPK, tindakan ini adalah operasi bersama atas aduan penduduk, malah penduduk di situ sendiri mengakui bahawa mereka menghadapi masalah dengan premis tersebut sejak 15 tahun lalu," katanya.
Abdul Rani berkata, tidak sewajarnya Noh mempersoalkan tindakan MPK itu lebih-lebih lagi tindakan itu adalah operasi bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan negeri dan pusat.
Ianya termasuk Jabatan Perkhidmatan dan Persekitaran (JPP), Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Noh sebelum ini mendakwa MPK dan kerajaan Pakatan Pakatan Selangor berat sebelah kerana merobohkan premis perniagaan milik rakyat tempatan di Jalan Teratai di sini.
Sedangkan katanya tindakan serupa tidak pula dibuat terhadap beberapa kediaman di kawasan sama yang dijadikan premis kedai oleh warga asing.
Beliau juga menuduh Pakatan Rakyat Selangor Katanya tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan memandangkan kerajaan negeri Selangor selama ini mendakwa ingin membela nasib rakyat apabila memerintah negeri itu.
Dalam pada itu, MPK dalam penjelasannya juga memaklumkan bahawa tindakan perobohan yang diambil pihaknya adalah dibuat berdasarkan aduan awam terutama penduduk setempat.
Pemangku Yang Dipertua MPK Ehsan Mukri berkata, operasi fasa pertama itu melibatkan premis perniagaan yang didapati melakukan kesalahan di bawah Kanun Tanah Negara.
"MPK akan mengadakan operasi fasa kedua ke atas rumah milik penduduk tempatan yang diubah suai secara haram untuk dijadikan kedai dan disewakan kepada warga asing untuk menjalankan perniagaan," katanya dalam satu kenyataan.
Sabah, Sarawak juga perlu keretapi
Abdul Aziz Mustafa, | 13 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketika beratus bilion dibelanjakan
untuk infrastruktur di Semenanjung, adakah Sabah dan Sarawak terus
dilupakan lagi, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Sebelum ini kita mendengar projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang akan memakan belanja RM50 bilion, sekarang kita mendengar pula kerajaan memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM160 bilion bagi meningkatkan keberkesanan industri rel keretapi di negara ini menjelang 2020.
"Persoalannya, berapa banyak pula yang benar-benar dibelanjakan oleh kerajaan untuk membangunkan infrastruktur jalan raya dan keretapi di Sabah dan Sarawak," katanya.
Sempena lima tahun penubuhan Persekutuan Malaysia, Salahuddin bertanya, bila lagi kerajaan pusat akan membangunkan infrastruktur perkhidmatan keretapi yang memenuhi keperluan semasa dan sebenarnya di Sabah dan Sarawak.
"Atau adakah Sabah dan Sarawak akan dilupakan lagi?
"Jangan lupa, undi rakyat Sabah dan Sarawaklah yang membolehkan BN terus berkuasa tetapi adakah selepas pilihan raya umum mereka dilupakan?" soal beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyatakan kerajaan mengunjurkan berbelanja lebih RM160 bilion untuk melaksanakan projek berkaitan rel sehingga 2020.
Katanya, sejak 1990 kerajaan melabur lebih RM50 bilion dalam industri rel yang hampir lumpuh tetapi kini diunjurkan menjadi kaedah pengangkutan yang sibuk pada tahun-tahun mendatang.
KUALA LUMPUR: “Saya
akan terus bersuara menentang sebarang usaha menaikkan harga minyak
selagi harga kereta tidak diturunkan, kalau benar Barisan Nasional mahu
harga minyak mengikut pasaran dunia,” kata Rafizi Ramli.
Pengarah Strategi PKR itu merujuk kepada laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan.
Katanya, struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.
“Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Barisan Nasional sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak.
Sebaliknya, kata beliau Barisan Nasional tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.
Sebenarnya, ujar Rafizi sebuah isirumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70% dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding jumlah subsidi minyak yang diperolehi.
“Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Beliau menjelaskan, bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.
Ini bermakna, ujarnya Barisan Nasional mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.
“Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat. Lebih teruk apabila Barisan Nasional enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan,” katanya lagi.
KUALA LUMPUR:
Dengan keyakinan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Inggeris (BI) sebagai
subjek wajib, PAS ingin bertanya apakah langkah mengambil guru India
mengajar BI solusi yang dirahsiakan.
“Apakah kerajaan telah membuat perjanjian dengan kerajaan India sebelum NEB diumumkan lagi?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Ini berikutan pada 20 Disember 2012, semasa lawatan ke India, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah “bawa untuk pertimbangan kepada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh” untuk Malaysia menerima sejumlah guru-guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar pelajar-pelajar kita.
Najib berkata Manmohan menyambut baik cadangan itu dan akan mengarahkan menteri yang berkenaan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan hasrat itu.
“Apakah langkah membuat Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib sekadar untuk kepentingan komisyen golongan tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk mengimport guru-guru India ini?” tanya Tuan Ibrahim lagi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (NEB) berkata Kementerian Pendidikan telah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM bermula pada 2016.
Namun, tiada pelan khusus dinyatakan untuk menaiktaraf mutu guru-guru Bahasa Inggeris di negara kita ke arah merealisasikan matlamat tersebut.
Hari ini, pula Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata 70 peratus daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris, yang menduduki peperiksaan, English Language Cambridge Placement Test, mencatatkan keputusan yang rendah.
Ini bermakna kira-kira dua pertiga guru Bahasa Inggeris di negara ini telah diklasifikasikan sebagai 'tidak berupaya' atau 'tidak layak' untuk mengajar subjek berkenaan di sekolah.
Mungkinkah perkara ini boleh diselesai menjelang 2016? Bagaimana pula dengan para pelajar, terutamanya mereka di luar bandar untuk menyediakan diri menghadapi subjek Inggeris wajib lulus dari sekarang ke 2016 dengan kualiti guru bahasa Inggeris yang ada kini?
Apakah kerajaan sudah ada penyelesaian kepada masalah ini, tapi masih dirahsiakan kerana pemilihan Umno yang semakin dekat?
Pada 20 Disember 2012, semasa lawatan ke India, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah “bawa untuk pertimbangan kepada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh” untuk Malaysia menerima sejumlah guru-guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar pelajar-pelajar kita.
Beliau berkata Manmohan menyambut baik cadangan itu dan akan mengarahkan menteri yang berkenaan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan hasrat itu.
Dengan keyakinan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib, PAS ingin bertanya apakah langkah mengambil guru India ini solusi yang dirahsiakan?
Apakah kerajaan telah membuat perjanjian dengan kerajaan India sebelum NEB diumumkan lagi?
Apakah langkah membuat bahasa Inggeris sebagai subjek wajib sekadar untuk kepentingan komisyen golongan tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk mengimport guru-guru India ini?
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa 1.4 juta warga Bangladesh akan dibawa masuk bagi mengisi peluang pekerjaan di negara ini.
Sekarang, berapa ramaikah guru-guru India akan dibawa masuk sekiranya perjanjian dengan kerajaan India sudah dimeterai? Bagaimana skim gaji mereka? Berapa lama kontrak mereka? Apakah mereka akan diberi kerakyatan selepas tempoh tertentu? Apakah kemasukan mereka akan menindas guru-guru yang ada?
Bagaimana pula dengan nasib 42,000 guru Bahasa Inggeris yang lemah kini?
Kerajaan sepatutnya melabur untuk meningkatkan kualiti guru Inggeris tempatan dan bukannya melabur pada negara India dan memberikan pekerjaan pada warga asing tatkala rakyat disuruh berjimat dengan pengurangan subsidi.
Jika tidak benar bahawa guru-guru India akan diimport masuk, kementerian pendidikan harus mengemukakan satu pelan untuk mengatasi kekurangan guru bahasa Inggeris berkualiti yang dihadapi kini.
PAS menuntut kerajaan memberikan penjelasan segera dalam hal ini.
Soalan;
Berapa lamakah kita bolih masih berada dalam wuduk, selagi tidak melanggar perkara2 yg bolih membatalkan wuduk,bolihkah terus dari Zuhur ke Asar, atau Maghrib ke Isyak?
Jawapan;
Selagi tidak berlaku perkara yang membatalkan wuduk, selagi itu boleh mengerjakan solat dengan wuduk yang sama seberapa banyak solat sekalipun. Namun disunatkan memperbaharui wuduk setiap kali ingin mengerjakan solat fardhu kerana ia menjadi amalan Nabi SAW sebagaimana diceritakan oleh Anas bin Malik RA; "Nabi SAW mengambil wuduk setiap kali baginda mengerjakan solat (fardhu). Adapun kami, kami mengerjakan semua solat dengan wuduk yang sama selagi tidak berhadas" (Soheh al-Bukhari; 214. Jami' at-Tirmizi; 60). Ada juga diriwayat Nabi SAW bersabda; "Sesiapa mengambil wuduk ketika dalam suci (tidak berhadas), Allah menulis untuknya 10 kebajikan." (Jami' at-Tirmizi; 59, dari Ibnu 'Umar RA. Status hadis; dhaif).
http://ilmudanulamak.blogspot.com
1. Saya telah ditanya wartawan Sinar Harian: Apakah ustaz setuju Timbalan Presiden adalah dari kalangan ulama'?
Saya jawab, Ya! Saya setuju. Tetapi ulama' yang haraki. Ulama' yang perform dan ulama' yang benar-benar menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan ulama' as Suu' [buruk sikap]
2. Saya bina pandangan ini tanpa menafikan hak sesiapa. Sementelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menyebut bahawa "semua ahli PAS adalah ulama'. Semua ahli PAS adalah orang ulama'. Membezakan mereka ialah tinggi rendah penguasaan ilmu Islam mereka." Maka tiada siapa yang terjejas dan tiada siapa yang perlu terasa panas dengan kenyataan saya. Saya tidak memburukkan sesiapa. Saya menyatakan pandangan saya. Suatu pandangan yang boleh diterima dan boleh ditolak selama mana penerimaan dan penolakan itu bersandarkan hujjah yang benar.
3. Saya konsisten sejak awal meletakkan Formasi Kepimpinan PAS adalah "Trio Formasi" yang menggandingkan Ulama' , Profesional dan Aktivis. Malah saya pernah menyifatkan trio ini sebagai 3 tungku yang menjadi pengimbang kepada keutuhan dan kestabilan formasi kepimpinam PAS. Ulama', Profesional dan aktivis mestilah saling kukuh mengukuh bukan runtuh meruntuh, saling bina membina bukan hina menghina dan saling bentuk membentuk bukan kutuk mengutuk.
4. Saya tidak pernah membantah dan menghalang hasrat sesiapa jua untuk menyertai pemilihan kepimpinan parti justeru itu adalah hak mereka masing-masing selama mana mereka layak menyertainya. Malah saya sendiri tidak pernah menolak apa lagi menghalang siapa jua yang mahu menyertai pemilihan posisi ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
5. Justeru saya yakin bahawa ahli PAS mahupun pemuda akan membuat pilihan yang baik dan tepat untuk kebaikan parti. Mungkin saya tidak terpilih malah mungkin tiada pencalonan pun. Segalanya hak anggota jamaah dan mereka telah dididik untuk bijak dan benar memilih mengikut skima yang diajar oleh Islam.
6. Sekiranya wartawan itu atau siapa jua yang bertanya: "apakah ustaz bersetuju profesional menjadi timbalan presiden?" Nescaya saya juga akan menjawab: Ya! Saya setuju. Tetapi profesional yang haraki. Profesional yang perform dan profesional yang benar-benar mendalami dan menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan profesional yang jahil tentang Islam.
7. Ulama' atau profesional atau aktivis mestilah memiliki kriteria layak sebelum menjadi pemimpin jamaah. Asas utama kelayakan itu ialah ilmu Islam lantaran perjuangan yang kita dokong ini adalah perjuangan Islam. Sangat tidak munasabah jika perjuangan Islam ini dipimpin oleh mereka yang tidak memahami dan mendalami manhaj perjuangan Islam. Apatah lagi yang menyanggahi nas dan ketetapan syara'.
8. Kita mahu pemimpin yang memelihara asolah [ketulenan] manhaj perjuangan Islam warisan peninggalan Rasulullah saw. kerana PAS adalah Parti Islam Se Malaysia dan ia menepati sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islam di atas tanahair tercinta ini. Tentu sahaja kita tidak mahu mereka yang membawa pengaruh negatif apalagi menodai ketulenan manhaj perjuangan Islam biarpun ia datang atas nama pembaharuan. Pembaharuan tidak semuanya betul sebagaimana tradisional tidak semuanya salah.
9. Posisi dalam parti ini banyak, bukan hanya posisi sebagai presiden dan timbalan presiden. Paling penting kesepaduan, kesefahaman dan keseimbangan trio formasi kepimpinan ini terus dipelihara dan dipertahankan. PAS bergerak secara kolektif atau jamaei.
10. Usahlah semuanya bimbang. Pasti ahli PAS memilih dengan betul dan tepat berasaskan apa yang diajar oleh Islam. Mereka tentunya sedar dan faham mengenai dosa pahala. Tidak perlu kita merendahkan nilai keintelektualan anggota parti. Hanya saya berpandangan bahawa
a - pemimpin parti Islam ini mestilah yang mendalami dan menguasai ilmu Islam, bertaqwa dan dekat dengan Allah swt pula perform dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin.
b- Mampu membaca gerak musuh yang menentang Islam serta bijak mengesan tindakan anggota parti yang merugikan Islam.
c - Memahami uslub dakwah dan menguasai approach politik semasa dalam kerangka atau frame al Quranul Karim dan sunnah An-Nabawi dengan sifat kontemporary pada tindakan, fundamental pada pegangan dan futuristik pada pemikiran.
Maka berasaskan pandangan itu , saya meletakkan keutamaan dan kesesuaian kepada alim ulama' kita yang berjuang untuk mengisi posisi dua kepimpinan tertinggi tanpa menafikan kelayakan profesional dam aktivis dalam parti, sementara profesional dan aktivis adalah rakan ganding yang mantap untuk mengisi posisi-posisi yang sesuai pula bagi membentuk formasi hebat membawa parti berjaya dan memenangi PRU akan datang sekaligus berjaya mendaulat dan menobatkan Islam di atas tanahair tercinta.
"Sebelum ini kita mendengar projek aliran transit massa (MRT) di Lembah Klang akan memakan belanja RM50 bilion, sekarang kita mendengar pula kerajaan memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM160 bilion bagi meningkatkan keberkesanan industri rel keretapi di negara ini menjelang 2020.
"Persoalannya, berapa banyak pula yang benar-benar dibelanjakan oleh kerajaan untuk membangunkan infrastruktur jalan raya dan keretapi di Sabah dan Sarawak," katanya.
Sempena lima tahun penubuhan Persekutuan Malaysia, Salahuddin bertanya, bila lagi kerajaan pusat akan membangunkan infrastruktur perkhidmatan keretapi yang memenuhi keperluan semasa dan sebenarnya di Sabah dan Sarawak.
"Atau adakah Sabah dan Sarawak akan dilupakan lagi?
"Jangan lupa, undi rakyat Sabah dan Sarawaklah yang membolehkan BN terus berkuasa tetapi adakah selepas pilihan raya umum mereka dilupakan?" soal beliau.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini menyatakan kerajaan mengunjurkan berbelanja lebih RM160 bilion untuk melaksanakan projek berkaitan rel sehingga 2020.
Katanya, sejak 1990 kerajaan melabur lebih RM50 bilion dalam industri rel yang hampir lumpuh tetapi kini diunjurkan menjadi kaedah pengangkutan yang sibuk pada tahun-tahun mendatang.
Turunkan harga kereta sebelum naik harga minyak
Harakahdaily, | 13 Sep 2013 |
Pengarah Strategi PKR itu merujuk kepada laporan The Edge yang menyebut bahawa Malaysia mempunyai harga kereta yang kedua tertinggi di dunia tidaklah mengejutkan.
Katanya, struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.
“Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Barisan Nasional sering mengungkit kononnya rakyat Malaysia tidak membayar harga pasaran bagi seliter petrol atau diesel, lalu dijadikan alasan untuk menaikkan harga minyak.
Sebaliknya, kata beliau Barisan Nasional tidak pula mahu menurunkan harga kereta supaya rakyat Malaysia juga membayar harga pasaran bagi sebuah kereta, seperti mana rakyat negara lain.
Sebenarnya, ujar Rafizi sebuah isirumah purata rakyat Malaysia (keluarga berpendapatan bawah RM5,000 sebulan yang dianggarkan membentuk 70% dari keluarga Malaysia) membayar lebih banyak cukai dan tol berbanding jumlah subsidi minyak yang diperolehi.
“Secara purata sebuah isirumah menggunakan 300 liter petrol sebulan. Dengan subsidi sebanyak 63 sen setiap satu liter, ini bermakna sebuah isirumah menerima subsidi minyak sebanyak RM189 sebulan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pandan.
Beliau menjelaskan, bagi sebuah kereta berharga RM60,000 yang dibayar secara ansuran selama 7 tahun (seperti amalan biasa sebuah isirumah), duti eksais kereta dan bayaran faedah ke atas duti eksais kereta dianggarkan sebanyak RM3,565 setahun, bersamaan sekitar RM300 sebulan.
Ini bermakna, ujarnya Barisan Nasional mencukai rakyat Malaysia dalam bentuk duti eksais kereta sebanyak RM300 sebulan sedangkan subsidi minyak yang diterima hanyalah RM189 sahaja bagi setiap isirumah purata.
“Ini adalah ketidakadilan yang nyata dan jelas menindas rakyat. Lebih teruk apabila Barisan Nasional enggan pula mengakui hakikat bahawa ia mencukai rakyat lebih banyak dari subsidi minyak yang diwar-warkan,” katanya lagi.
Ada perjanjian ambil guru dari India ajar BI?
Harakahdaily, | 13 Sep 2013 |
“Apakah kerajaan telah membuat perjanjian dengan kerajaan India sebelum NEB diumumkan lagi?” tanya Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.
Ini berikutan pada 20 Disember 2012, semasa lawatan ke India, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah “bawa untuk pertimbangan kepada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh” untuk Malaysia menerima sejumlah guru-guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar pelajar-pelajar kita.
Najib berkata Manmohan menyambut baik cadangan itu dan akan mengarahkan menteri yang berkenaan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan hasrat itu.
“Apakah langkah membuat Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib sekadar untuk kepentingan komisyen golongan tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk mengimport guru-guru India ini?” tanya Tuan Ibrahim lagi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara (NEB) berkata Kementerian Pendidikan telah menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus SPM bermula pada 2016.
Namun, tiada pelan khusus dinyatakan untuk menaiktaraf mutu guru-guru Bahasa Inggeris di negara kita ke arah merealisasikan matlamat tersebut.
Hari ini, pula Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata 70 peratus daripada 60,000 guru Bahasa Inggeris, yang menduduki peperiksaan, English Language Cambridge Placement Test, mencatatkan keputusan yang rendah.
Ini bermakna kira-kira dua pertiga guru Bahasa Inggeris di negara ini telah diklasifikasikan sebagai 'tidak berupaya' atau 'tidak layak' untuk mengajar subjek berkenaan di sekolah.
Mungkinkah perkara ini boleh diselesai menjelang 2016? Bagaimana pula dengan para pelajar, terutamanya mereka di luar bandar untuk menyediakan diri menghadapi subjek Inggeris wajib lulus dari sekarang ke 2016 dengan kualiti guru bahasa Inggeris yang ada kini?
Apakah kerajaan sudah ada penyelesaian kepada masalah ini, tapi masih dirahsiakan kerana pemilihan Umno yang semakin dekat?
Pada 20 Disember 2012, semasa lawatan ke India, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau telah “bawa untuk pertimbangan kepada Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh” untuk Malaysia menerima sejumlah guru-guru dari India yang mahir dalam bahasa Inggeris untuk mengajar pelajar-pelajar kita.
Beliau berkata Manmohan menyambut baik cadangan itu dan akan mengarahkan menteri yang berkenaan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran untuk merealisasikan hasrat itu.
Dengan keyakinan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib, PAS ingin bertanya apakah langkah mengambil guru India ini solusi yang dirahsiakan?
Apakah kerajaan telah membuat perjanjian dengan kerajaan India sebelum NEB diumumkan lagi?
Apakah langkah membuat bahasa Inggeris sebagai subjek wajib sekadar untuk kepentingan komisyen golongan tertentu yang dipertanggungjawabkan untuk mengimport guru-guru India ini?
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan pengumuman Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa 1.4 juta warga Bangladesh akan dibawa masuk bagi mengisi peluang pekerjaan di negara ini.
Sekarang, berapa ramaikah guru-guru India akan dibawa masuk sekiranya perjanjian dengan kerajaan India sudah dimeterai? Bagaimana skim gaji mereka? Berapa lama kontrak mereka? Apakah mereka akan diberi kerakyatan selepas tempoh tertentu? Apakah kemasukan mereka akan menindas guru-guru yang ada?
Bagaimana pula dengan nasib 42,000 guru Bahasa Inggeris yang lemah kini?
Kerajaan sepatutnya melabur untuk meningkatkan kualiti guru Inggeris tempatan dan bukannya melabur pada negara India dan memberikan pekerjaan pada warga asing tatkala rakyat disuruh berjimat dengan pengurangan subsidi.
Jika tidak benar bahawa guru-guru India akan diimport masuk, kementerian pendidikan harus mengemukakan satu pelan untuk mengatasi kekurangan guru bahasa Inggeris berkualiti yang dihadapi kini.
PAS menuntut kerajaan memberikan penjelasan segera dalam hal ini.
Q&A: Satu wuduk untuk berapa solat?
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil , | 13 Sep 2013 |
Berapa lamakah kita bolih masih berada dalam wuduk, selagi tidak melanggar perkara2 yg bolih membatalkan wuduk,bolihkah terus dari Zuhur ke Asar, atau Maghrib ke Isyak?
Jawapan;
Selagi tidak berlaku perkara yang membatalkan wuduk, selagi itu boleh mengerjakan solat dengan wuduk yang sama seberapa banyak solat sekalipun. Namun disunatkan memperbaharui wuduk setiap kali ingin mengerjakan solat fardhu kerana ia menjadi amalan Nabi SAW sebagaimana diceritakan oleh Anas bin Malik RA; "Nabi SAW mengambil wuduk setiap kali baginda mengerjakan solat (fardhu). Adapun kami, kami mengerjakan semua solat dengan wuduk yang sama selagi tidak berhadas" (Soheh al-Bukhari; 214. Jami' at-Tirmizi; 60). Ada juga diriwayat Nabi SAW bersabda; "Sesiapa mengambil wuduk ketika dalam suci (tidak berhadas), Allah menulis untuknya 10 kebajikan." (Jami' at-Tirmizi; 59, dari Ibnu 'Umar RA. Status hadis; dhaif).
http://ilmudanulamak.blogspot.com
Formasi kepimpinan PAS
Nasrudin Hassan, | 13 Sep 2013 |
Saya jawab, Ya! Saya setuju. Tetapi ulama' yang haraki. Ulama' yang perform dan ulama' yang benar-benar menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan ulama' as Suu' [buruk sikap]
2. Saya bina pandangan ini tanpa menafikan hak sesiapa. Sementelah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga telah menyebut bahawa "semua ahli PAS adalah ulama'. Semua ahli PAS adalah orang ulama'. Membezakan mereka ialah tinggi rendah penguasaan ilmu Islam mereka." Maka tiada siapa yang terjejas dan tiada siapa yang perlu terasa panas dengan kenyataan saya. Saya tidak memburukkan sesiapa. Saya menyatakan pandangan saya. Suatu pandangan yang boleh diterima dan boleh ditolak selama mana penerimaan dan penolakan itu bersandarkan hujjah yang benar.
3. Saya konsisten sejak awal meletakkan Formasi Kepimpinan PAS adalah "Trio Formasi" yang menggandingkan Ulama' , Profesional dan Aktivis. Malah saya pernah menyifatkan trio ini sebagai 3 tungku yang menjadi pengimbang kepada keutuhan dan kestabilan formasi kepimpinam PAS. Ulama', Profesional dan aktivis mestilah saling kukuh mengukuh bukan runtuh meruntuh, saling bina membina bukan hina menghina dan saling bentuk membentuk bukan kutuk mengutuk.
4. Saya tidak pernah membantah dan menghalang hasrat sesiapa jua untuk menyertai pemilihan kepimpinan parti justeru itu adalah hak mereka masing-masing selama mana mereka layak menyertainya. Malah saya sendiri tidak pernah menolak apa lagi menghalang siapa jua yang mahu menyertai pemilihan posisi ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
5. Justeru saya yakin bahawa ahli PAS mahupun pemuda akan membuat pilihan yang baik dan tepat untuk kebaikan parti. Mungkin saya tidak terpilih malah mungkin tiada pencalonan pun. Segalanya hak anggota jamaah dan mereka telah dididik untuk bijak dan benar memilih mengikut skima yang diajar oleh Islam.
6. Sekiranya wartawan itu atau siapa jua yang bertanya: "apakah ustaz bersetuju profesional menjadi timbalan presiden?" Nescaya saya juga akan menjawab: Ya! Saya setuju. Tetapi profesional yang haraki. Profesional yang perform dan profesional yang benar-benar mendalami dan menguasai dasar, prinsip dan manhaj perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Bukan profesional yang jahil tentang Islam.
7. Ulama' atau profesional atau aktivis mestilah memiliki kriteria layak sebelum menjadi pemimpin jamaah. Asas utama kelayakan itu ialah ilmu Islam lantaran perjuangan yang kita dokong ini adalah perjuangan Islam. Sangat tidak munasabah jika perjuangan Islam ini dipimpin oleh mereka yang tidak memahami dan mendalami manhaj perjuangan Islam. Apatah lagi yang menyanggahi nas dan ketetapan syara'.
8. Kita mahu pemimpin yang memelihara asolah [ketulenan] manhaj perjuangan Islam warisan peninggalan Rasulullah saw. kerana PAS adalah Parti Islam Se Malaysia dan ia menepati sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk mendaulatkan syariat Islam di atas tanahair tercinta ini. Tentu sahaja kita tidak mahu mereka yang membawa pengaruh negatif apalagi menodai ketulenan manhaj perjuangan Islam biarpun ia datang atas nama pembaharuan. Pembaharuan tidak semuanya betul sebagaimana tradisional tidak semuanya salah.
9. Posisi dalam parti ini banyak, bukan hanya posisi sebagai presiden dan timbalan presiden. Paling penting kesepaduan, kesefahaman dan keseimbangan trio formasi kepimpinan ini terus dipelihara dan dipertahankan. PAS bergerak secara kolektif atau jamaei.
10. Usahlah semuanya bimbang. Pasti ahli PAS memilih dengan betul dan tepat berasaskan apa yang diajar oleh Islam. Mereka tentunya sedar dan faham mengenai dosa pahala. Tidak perlu kita merendahkan nilai keintelektualan anggota parti. Hanya saya berpandangan bahawa
a - pemimpin parti Islam ini mestilah yang mendalami dan menguasai ilmu Islam, bertaqwa dan dekat dengan Allah swt pula perform dalam melaksanakan tugasnya sebagai pemimpin.
b- Mampu membaca gerak musuh yang menentang Islam serta bijak mengesan tindakan anggota parti yang merugikan Islam.
c - Memahami uslub dakwah dan menguasai approach politik semasa dalam kerangka atau frame al Quranul Karim dan sunnah An-Nabawi dengan sifat kontemporary pada tindakan, fundamental pada pegangan dan futuristik pada pemikiran.
Maka berasaskan pandangan itu , saya meletakkan keutamaan dan kesesuaian kepada alim ulama' kita yang berjuang untuk mengisi posisi dua kepimpinan tertinggi tanpa menafikan kelayakan profesional dam aktivis dalam parti, sementara profesional dan aktivis adalah rakan ganding yang mantap untuk mengisi posisi-posisi yang sesuai pula bagi membentuk formasi hebat membawa parti berjaya dan memenangi PRU akan datang sekaligus berjaya mendaulat dan menobatkan Islam di atas tanahair tercinta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan