Posted on Saturday, September 28 @ 01:39:37 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Husain masih mampu berdiri dan berjalan seperti orang lain. (Gambar kiri)
ALOR SETAR - Seorang warga emas yang sering menjadikan al-Quran sebagai pegangan dan amalan hidupnya di kala waktu pagi, petang, dan malam membuatkan hidupnya kekal pada usia lebih 100 tahun.
Tinjauan Sinar Harian di kediamannya di Kampung Hujung Teluk Kechai, dekat Kuala Kedah baru-baru ini dilihatkan betapa agungnya kebesaran tuhan terhadap penciptanya yang masih kuat pada usia seperti itu.
Difahamkan, Husain Teh yang kini dianggarkan mencapai usia pada umur 124 tahun sering menghabiskan masa dengan membaca al-Quran pada waktu lapang dan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.
Beliau yang kini dijaga anak bongsunya, Ahmad Teh, 61, dan isteri, Ku Zabedah Ku Ahmad, 58, merasakan amat dihargai kerana anak-anak masih menyayanginya.
Ahmad berkata, dengan usia yang seperti itu, ayahnya masih kuat seperti orang muda dan boleh melakukan pekerjaan seperti biasa, termasuk mengangkat barang yang tidak terlalu berat.
Menurutnya, pemeriksaan ujian darah di hospital juga mendapati ayahnya tidak menghidap sebarang penyakit meskipun penyakit yang dipanggil ‘tiga serangkai’ iaitu darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.
Husain boleh membaca al-Quran tanpa menggunakan cermin mata
“Ayah mempunyai hobi yang sangat menarik sejak usia muda. Pada waktu lapang saja, dia suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran. Boleh dikatakan setiap minggu dia akan khatam al-Quran.
“Berbanding dengan orang lain seperti kita mungkin tidak mampu untuk buat seperti itu kerana sibuk dengan urusan kerja. Kalau ada, mungkin sebulan sekali. Itu pun pada bulan Ramadan saja,” katanya kepada Sinar Harian.
Rahsia membaca al-Quran
Jelasnya, keunikan hasil daripada kekerapan membaca al-Quran itu juga membuatkan penglihatan ayahnya masih tajam dan tidak memerlukan pemakaian cermin mata untuk membaca.
“Ayah baca al-Quran tidak pakai cermin mata, penglihatan dia masih tajam. Baca surat khabar dan menonton televisyen pun tidak pakai cermin mata. Malah dia masih kenal setiap gambar yang dipaparkan, khususnya tokoh-tokoh politik,” katanya.
Ahmad berkata, keajaiban yang dimiliki oleh ayahnya sehingga mampu bertahan pada usia lebih 100 tahun itu juga turut dikagumi oleh jiran-jiran dan masyarakat setempat yang mengenalinya.
“Ramai juga jiran-jiran selalu datang rumah melawat ayah. Tambahan pula, ayah seorang yang peramah dan mudah mesra dengan orang ramai. Sehinggakan pada suatu hari, ayah berani ke bandar seorang diri menaiki bas tanpa pengetahuan kami sekeluarga.
“Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, kami sekeluarga tidak membenarkan ayah keluar rumah seorang diri kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini berlaku. Kalau nak keluar pun, kami akan keluar bersama,” katanya.
Mengulas mengenai pengambilan makanan setiap hari, Ahmad berkata, ayahnya tidak mengamalkan pemakanan yang tidak sihat.
“Kalau bab makan itu sama saja seperti kita, semuanya dia makan. Dengan keadaan gusinya yang tiada gigi itu pun masih mampu makan makanan yang rapuh. Tapi ayah tidak mengambil makan yang tidak sihat.
“Bagaimanapun, nasi lemak mesti menjadi hidangan wajib pada setiap pagi,” katanya.
Masih ingat zaman penjajah
Dalam pada itu, Husain ketika ditemui berkata, dalam fikirannya masih segar beberapa peristiwa semasa zaman jajahan British dan Jepun di tanah air. Antara yang tidak dapat dilupakan adalah keterpaksaan untuk mengingati dan menyanyikan lagu Jepun padas setiap kali berjumpa dengan anggota tentera tersebut.
“Saya ingat lagi, masa itu kami (penduduk tanah air) kena paksa nyanyi dan hafal lagu Jepun. Siapa yang tidak boleh nyanyi nanti kena pukul dengan tentera Jepun,” katanya.
Membuktikan perkara itu, beliau turut menyanyikan sebuah lagu Jepun yang dihafalnya sejak zaman tersebut yang berdurasi selama tiga minit kepada Sinar Harian.
Diselitkan pula mengenai peristiwa sejarah di Kedah, beliau mengakui telah hidup semasa tiga keturunan Sultan Kedah.
“Saya pernah berjumpa dengan Sultan Abdul Hamid Halim Shah Ibni Al-Marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah di sekitar negeri ini pada suatu ketika dulu.
“Kemudiannya, pemerintahan Sultan Kedah bertukar kepada Sultan Badlishah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah,” katanya.
Hasil perkahwinannya dengan isteri, Che Som Yakob juga telah dikurniakan enam orang cahaya mata, tiga lelaki dan tiga perempuan.
Difahamkan, beliau yang tidak lagi membuat kerja-kerja bendang sejak kebelakangan ini turut dikurniakan lebih 20 orang cucu, 10 orang cicit dan bakal menimbang seorang pipit dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.
Gagal rekod tahun kelahiran
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia, Jainisah Mohd Noor berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan umur sebenar Husain selepas didapati terdapat tanda bintang kecil pada hujung sebelah kanan MyKad beliau.
“Selalunya orang yang ada tanda bintang pada MyKad ini adalah orang yang telah hidup dari zaman jajahan tentera British ataupun Jepun. Tetapi kita tidak dapat sahkan berapa umur beliau yang sebenar pada ketika ini.
“Cumanya nombor kad pengenalan yang ada pada mykad beliau itu adalah kita ambil sempena tarikh beliau mula daftar untuk buat kad pengenalan,” katanya.-SH
Pemilihan Pas - Harap Us Tuan Ibrahim Menang, Jika Tidak Eloklah Mat Sabu Saja
Posted on Saturday, September 28 @ 07:09:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
SELAIN dari pemilihan di dalam pimpinan Umno, aku juga tertarik dengan kehangatan pemilihan pimpinan di dalam PAS iaitu parti sekutu PR yang aku sokong selama ini. Pemilihan Umno aku cuma tertarik dengan ragam mereka berkempen untuk memenangi jawatan yang ditandingi yang kadangkala menampakkan wajah Umno yang sebenarnya.
Aku hanya mahu ulas sedikit tentang pemilihan di dalam PAS. Tidak
salah rasanya jika aku meletakkan diri aku seketika sebagai ahli PAS
agar aku boleh bayangkan siapakah pemimpin PAS yang aku mahu pilih
menduduki jawatan tertinggi di dalam parti Islam tersebut.
Tuan Hj Muhammad Sabu - Timbalan Presiden PAS, bakal dicabar? |
Bagi jawatan Presiden, aku istiqomah dari dulu bahawa tiada yang lebih
layak berada di situ melainkan Tuan Guru Hj Hadi Awang. Walaupun ada
ketikanya aku kritik pendekatan Tuan Guru Hj Hadi di dalam beberapa isu,
tetapi kelemahan atau kesilapan jika ada pun pada Tuan Guru Hj Hadi
sedikitpun tidak menunjukkan PAS telah tersasar dari perjuangan Islam.
Tuan Guru tetap terbaik dan PAS tidak wajar memikirkan tokoh lain bagi
menggantikannya.
Ketua Penerangan PAS Pusat/Pesuruhjaya PAS Pahang-Us Tuan Ibrahim Tuan Man |
Timbalan Presiden pula, aku masih lagi istiqomah semenjak Muktamar
pemilihan yang lalu iaitu aku menyokong jika Us Tuan Ibrahim Tuan Man
bertanding kerusi Nombor Dua ini. Pada pemilihan yang lalu aku tidak
kecewa apabila Us Tuan Ibrahim tewas di tangan Tuan Hj Mat Sabu walaupun
waktu itu aku turut berkempen untuk Us Tuan Ibrahim. Kemenangan Tuan
Hj Mat Sabu sedikit mengubati perasaanku waktu itu kerana bagi aku Tuan
Hj Mat Sabu memang 'power' dan ada kelebihan pada beliau yang tiada
pada Us Tuan Ibrahim. Apa yang tiada pada Tuan Hj Mat Sabu hanyalah
keilmuan Islam yang mendalam seperti yang dimiliki oleh Us Tuan Ibrahim.
Us Nik Amar - Exco Kerajaan PAS Kelantan |
Kali ini, jika Us Tuan Ibrahim menyahut pencalonan yang mahukan agar
beliau menentang Tuan Hj Mat Sabu di Kerusi Timbalan Presiden, sekali
lagi aku akan berkempen habis-habisan untuk Pesuruhjaya PAS Pahang ini.
Bagi aku, PAS perlukan Timbalan Presiden seperti Us Tuan Ibrahim yang
juga seorang Ulamak tetapi tidak menyamai sifat beberapa tokoh di Dewan
Ulamak. Us Tuan Ibrahim juga bukan tokoh kontroversi yang boleh
dikaitkan dengan UG atau apa jua isu yang boleh merosakkan PAS atau PR.
Tuan Hj Mat Sabu juga begitu, namun 'markah' ilmu agama Tuan Hj Mat
Sabu ini membuatkan aku lebih tertarik dengan Us Tuan Ibrahim.
Desas desus menyebut, pemilihan kali ini Us Nik Amar dari Kelantan akan
mencuba nasib bertanding di Kerusi Nombor Dua di dalam PAS itu. Jika
benar begitu, aku lebih suka Tuan Hj Mat Sabu menang seandainya Us Tuan
Ibrahim tewas sekali lagi. Jawatan Timbalan Presiden PAS mestilah
seorang yang mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat Kebangsaan,
pandai bergaul dan disukai ramai masyarakat Non-Muslim. Sifat ini hanya
ada pada Tuan Hj Mat Sabu dan Us Tuan Ibrahim sahaja. Us Nik Amar
hanya hebat dan berpengaruh di bumi Kelantan sahaja.
Us Tuan Ibrahim, beliau bukan sahaja Ulamak tetapi boleh bergerak
seperti aktivis. Di Pahang khususnya, beberapa aktiviti yang melibatkan
aktivis-aktivis yang memperjuangkan isu Felda, Orang Asal mahu pun
alam sekitar, Us Tuan Ibrahim sentiasa masuk campor dan mengambil
bahagian. Beliau bukan membuat kerja dakwah di masjid semata-mata.
Beliau juga terkenal di seluruh Malaysia dan tiada isu panas atau
kontroversi yang boleh menjejaskan nama baiknya.
Atas sifat inilah, aku mahu agar kali ini Us Tuan Ibrahim berada di
Kerusi Timbalan Presiden. Bukan kerana Tuan Hj Mat Sabu tidak layak
atau tidak baik, tetapi Us Tuan Ibrahim pada aku lebih layak dan lebih
baik. Seandainya Us Tuan Ibrahim tidak mahu bertanding Kerusi Timbalan
Presiden, pastinya aku akan berkempen untuk Tuan Hj Mat Sabu.
W FAUZDIN NS
http://wfauzdin.blogspot.com
W FAUZDIN NS
http://wfauzdin.blogspot.com
Muktamar: Pemilihan 22 Nov, Keputusan 23 Nov
Posted on Saturday, September 28 @ 07:29:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Muktamar Tahuinan PAS ke-59 yang akan berlangsung pada 22 hingga 24 November ini akan dijadikan medan perbahasan yang cukup menarik pada kali ini, apatah lagi ia diadakan selepas berlalunya Pilihan Raya Umum ke-13.
Pelbagai isu yang akan dibangkitkan dan diperbahaskan, atau mungkin muktamar kali ini dilihat sebagai 'post morterm' pencapaian PAS dalam PRU lalu. Harakahdaily telah menemubual Pengarah Muktamar PAS ke-59 Datuk Takiyuddin Hassan di Parlimen baru-baru ini bagi mengetahui lebih lanjut berhubung perjalanan muktamar itu nanti.
Boleh Datuk jelaskan perjalanan Muktamar PAS ke-59 yang akan berlangsung November nanti.
Muktamar PAS kali ke 56 akan bermula pada malam 21 November dengan perasmian ketiga-tiga Dewan iaitu Ulamak, Pemuda dan Muslimat. Perasmian Ulamak diadakan di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Dewan Pemuda di Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan perasmian Muslimat diadakan di Dewan Jubli Perak SUK Selangor. Muktamar penuh PAS Pusat akan diadakan di Stadium Malawati Shah Alam.
Perasmian muktamar penuh bermula pada 22 November, manakala di sebelah petang iaitu selepas solat Jumaat akan adakan pemilihan parti. Insya Allah keputusan pemilihan akan diumumkan pada petang 23 November.
Saya selaku pengarah muktamar, pengerusi adalah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Timbalannya adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman.
Kita banyak jawatankuasa termasuk jawatan kuasa persiapan dan satu lagi jawatankuasa pemilihan PAS (JPP) yang dipengerusikan oleh Asmuni Awi, dan saya sebagai timbalannya. semua yang dilantik menjadi jawatankuasa pemilihan termasuk saya tidak dibenarkan bertanding.
PAS bertuah kali ini kerana dapat mengadakan muktamar di Selangor dan kita mendapat kerjasama yang baik daripada kerajaan selangor melalui MBSA dan Stadium Malawati dan agensi-agensi kerajaan negeri.
Berapa agaknya jumlah perwakilan dan pemerhati yang akan mengikuti perjalanan muktamar kali ini?
Perwakilan adalah tetap ia tidak lebih daripada 1300 orang, dari segi pemerhati kita tidak hadkan cuma kita belum dapat pengesahan khususnya pemerhati dalam negara dan luar negara. Kita ada buat jemputan, dan kebiasaanya kita jemput semua jemaah Islam di seluruh negara.
Sekarang ini, PAS khususnya Presiden kita Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sering kali menjadi ahli aktif dalam gerakan Islam di seluruh dunia. Jadi kita jemput hampir ke semua gerakan Islam yang besar-besar, termasuk duta-duta asing juga kita jemput.
Oleh kerana, Muktamar PAS kali ini diadakan di Selangor, saya yakin akan ramai pemerhati yang datang kali ini, saya nampak di Selangor ini mungkin pemerhati akan datang lebih ramai daripada biasa muktamar yang kita buat di negeri-negeri.
Selain bermuktamar, apa lagi program yang menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya muktamar?
Sepanjang perjalanan Muktamar selama tiga hari ini, kita turut membuka gerai-gerai jualan. Pada sebelah malam seperti biasa ceramah-ceramah dan persembahan artis diadakan sebagai tarikan kepada pengunjung jualan tersebut. Ceramah malam pertama kita ada persembahan artis-artis dan selebriti dakwah iaitu Ustaz Azhar Idrus, malam ke tiga ada ceramah perdana pimpinan PAS (yang menang dalam pemilihan).
Kita turut membuka 'booth' untuk pemeran-pameran yang melibatkan PAS Pusat, negeri dan agensi-agensi 2 kerajaan terutama negeri yang kita memerintah, iaitu Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Agensi kerajaan pusat pun ada begitu juga pihak swasta. Ini terbuka untuk semua orang.
Pada pandangan YB, apakah isu yang akan menjadi perbahasan hangat dalam muktamar kali ini?
Oleh kerana Muktamar kali ini, adalah yang pertama selepas PRU-13, tumpuannya banyak kepada 'post morterm' pencapaian PAS dalam PRU-13 dan mungkin juga Pilihan Raya Kecil Kuala Besut. Mungkin juga ada di kalangan perwakilan menimbulkan pencapaian PAS di peringkat parlimen yang merosot dalam PRU lepas. Penggal lepas kita ada 23 kerusi kali ini kita ada 21 kerusi. Kita menjadi 'partner' kecil dalam Pakatan Rakyat. Walaupun PAS kecil tetapi peranan kita besar untuk jadikan Pakatan Rakyat kuat.
Saya rasa isu bagaimana PAS sebagai parti politik Melayu Islam boleh mengarak langkah lebih besar lagi untuk menggantikan parti politik Melayu iaitu Umno. Ini kerana daripada statistik menunjukkan bahawa kita banyak kalah di kerusi-kerusi yang kita bertanding dengan Umno, yang mana majoriti adalah orang Melayu. Jadi dominasi PAS di dalam kawasan Melayu ini akan dibincangkan dalam Muktamar PAS nanti.
Bagaimana dengan isu 'tahaluf siyasi' apakah YB rasa ia akan menghangatkan lagi perbahasan di muktamar nanti?
Mungkin sedikit sebanyak ada perwakilan akan timbulkan isu ini, tetapi bagi kita sama ada ia dibangkitkan oleh Ulamak sekali pun ianya tidak lebih daripada untuk memantapkan Pakatan Rakyat, bukannya untuk menghancurkan. Itu adalah telaah musuh kita. Bagi kita ianya adalah untuk kebaikan PAS dan Pakatan Rakyat itu sendiri. Tanpa PAS tidak adalah Pakatan Rakyat hari ini. Kerana dalam tiga-tiga parti ini, PASlah yang mampu menggerakan ramai ahli berbanding yang lain.
Bagaimana pula dengan usul-usul dan proses pencalonan untuk pemilihan nanti?
Untuk usul kita masih menunggu lagi, oleh kerana kita ada masa dua bulan dari sekarang, mungkin tarikh akhir pada bulan Oktober. Jawatankuasa ini di bawah Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Untuk proses pemilihan, tarikh tutup bagi menghantar borang pencalonan kepada jawatankuasa khas pemilihan parti ini pada 22 Oktober jam 12.00 tengah malam iaitu lebih kurang satu bulan dari tempoh bermuktamar. Semua sudah menerima peraturan ini kerana kita sudah bagi taklimat kepada semua kawasan.
Buat pertama kali, Muktamar PAS telah meletakkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi oleh calon-calon yang bertanding. Bagaimana Datuk melihat peraturan ini?
Jawatankuasa pemilihan ini meletakkan beberapa garis panduan yang mana kita minta mereka yang bertanding ini diberi garis panduan atau etika kempen yang kita telah tetapkan. Antaranya tidak boleh menyerang peribadi calon. Tetapi umumnya adalah tidak boleh melakukan apa-apa yang menjadi kesalahan di bawah Perlembagaan PAS.
Kalau sekiranya berlaku perbuatan seumpama itu, maka perlantikan calon itu akan gugur. Kita sudah ada jawatankuasa yang ada di seluruh negeri untuk memantau. Jika jawatankuasa kenal pasti ada pelanggaran dan kesalahan serta aduan, mereka akan laporkan kepada kita, kemudian kita akan serah kepada jawatankuasa tatatertib.
Maknanya jika ada kesalahan itu, boleh membatalkan kemenangan calon itulah.
Jadi kita bagi peringatan kepada mereka yang hendak menjadi calon supaya mematuhi garis panduan dan etika ini.
Apa harapan Datuk kepada muktamar kali ini?
Sesuai dengan parti kita yang sudah setengah abad ini, dan Muktamar kali ini sudah kali ke-59. Parti PAS sudah begitu matang, dengan kempimpinan bukan sahaja di peringkat negeri bahkan di peringkat nasional dan international. Maka kita harap perwakilan juga mengambil pendekatan seumpama itu.
Pendekatan yang matang, ukhuwwah dan masing-masing perlu ada semangat untuk memperkuatkan parti PAS. Kita harap PRU-14 nanti kita akan mencapai lebih dari hari ini. Dari segi perbahasan, kita mengalu-alukan apa jua pandangan dan kritikan tetapi dengan syarat ianya konstruktif. Kritikan mesti untuk menguatkan parti.-HD

Sekolah berteraskan Islam platform bentuk sahsiah
KUALA LUMPUR - Sekolah berteraskan Islam di negara ini bukan sahaja
berperanan menyampaikan ilmu malah berperanan membentuk sahsiah peribadi
mulia seseorang pelajar, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Beliau berkata bagi merealisasi hasrat itu, guru perlu menjadikan Al-Quran sebagai asas panduan dalam penyampaian ilmu kepada pelajar dari peringkat awal lagi.
"Kita perlu kembali kepada ajaran Al-Quran untuk mendidik generasi muda menjadi insan berjaya dan berguna.
"Jika kita belakangi Al-Quran dan tidak memahami isi kandungannya akan menyebabkan kita terpesong dari ajaran sebenar, malah bersengketa sesama sendiri," katanya dalam ucapan perasmian Makan Malam Ulang Tahun ke-15 Sekolah Islam Antarabangsa Malaysia di sini malam ini.
Turut hadir Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim dan Rektor UIAM Datuk Zaleha Kamaruddin.
Dr Mahathir berkata ajaran yang terkandung dalam Al-Quran perlu difahami serta dijadikan amalan setiap umat dan bukan sekadar membaca dengan pelbagai lenggok irama sahaja.
Beliau turut menggesa generasi muda agar menjadi suatu produk yang mampu memberi sumbangan besar kepada ummah, agama dan negara.
"Adalah menjadi tanggungjawab guru dan sekolah itu sendiri untuk mendidik pelajar menjadi seorang Muslim yang baik akhlak dan pekerti," katanya. - Bernama

Remaja tawar khidmat seks RM50 - RM80
KULIM - Seorang remaja berusia 16 tahun, di sini, sudah melakukan
kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa
kali oleh teman lelakinya.
Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian, remaja bawah umur yang berpeleseran di pekan Kulim ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam ketika sedang menunggang motosikal jenis Honda EX5.
"Remaja ini menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan bagaimanapun apabila ditahan, polis mendapati dia pernah ditahan polis beberapa kali sebelum ini kerana berpeleseran," katanya.
Sinar Harian kemudiannya mendekati remaja terbabit dan bertanya sama ada masih bersekolah atau sebaliknya.
Remaja ini kemudiannya menyatakan dia tidak ke sekolah kerana tidak berminat dalam pelajaran.
Menurutnya, dia tinggal bersama beberapa rakan lain dan melakukan kegiatan pelacuran untuk menampung perbelanjaan.
“Ada kalanya saya tinggal di rumah rakan lelaki sehingga beberapa hari. Sepanjang bersama mereka saya akan diberikan makanan dan tempat tidur.
"Sebelum ini saya pernah bekerja di Pulau Pinang bagaimanapun berhenti kerana jauh," katanya.
Ditanya mengenai pelanggannya, remaja ini menjelaskan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada mat motor.
"Mereka akan membawa saya balik ke rumah untuk melakukan hubungan seks.
"Walaupun terpaksa melayani beberapa lelaki dalam satu masa, saya tetap melakukannya kerana suka dengan layanan ketika melakukan hubungan seks," katanya.
Tambahnya, pelajar sekolah juga ada menggunakan khidmat seks daripadanya dan bayaran yang dikenakan lebih murah berbanding pelanggan yang sudah bekerja.
Menurutnya, sehingga kini tidak ada mana-mana pihak yang pernah menahannya kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran kerana ia dilakukan secara senyap.
Katanya, dia senang melakukan kegiatan itu kerana mudah mendapatkan wang.

Isteri Mat Yo mohon maaf
KUALA LUMPUR - Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan
dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan
kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.
"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.
“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.
“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?
Dua individu miliki video
“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.
Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.
“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.
“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.
Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.
Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Tak terlintas saman
Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.
Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

Azizan individu ke-11 bersemadi di Muasassah
ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan
Abdul Razak merupakan individu ke-11 yang dikebumikan di Tanah
Perkuburan Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, dekat sini.
Ketua Pembangkang Dun Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, tanah perkuburan itu dikhaskan sebagai kubur bagi pemimpin Pas Kedah yang banyak berjasa khususnya dalam membangunkan Muasassah Darul Ulum itu sendiri.
Menurutnya, sebagai Pengerusi Muasassah, Azizan sangat menitikberatkan pembangunan Muasassah sebagai pusat pengajianIslam.
“Sememangnya tanah perkuburan di Muasassah dikhaskan sebagai kubur tokoh-tokoh pimpinan Pas dan mereka yang mempunyai hubungan rapat dalam usaha mengasaskan institusi pengajian itu.
“Antara pemimpin Pas Kedah yang dikebumikan di situ adalah Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan Ustaz Mohamad Shauki Ibrahim (bekas Adun Langar), yang lain saya tidak pasti, ada juga orang biasa. Kini di kawasan Muasassah sudah wujud perkampungan dan ada tanah perkuburan yang lain,” katanya.
Mengulas lanjut pemergian tokoh politik Pas Kedah itu, Amiruddin berkata, barisan Adun Kedah sememangnya merasai ketiadaan Azizan di sidang Dun sejak beliau jatuh sakit.
“Adalah sesuatu yang tidak dijangka, sebaik sahaja selesai PRU13 lalu, Azizan jatuh sakit dan tidak berupaya untuk hadir ke sidang Dun.
“Ketegasan beliau berhujah selama menjadi ketua pembangkang dan cara beri keterangan sebagai ketua kerajaan negeri dalam sidang Dun pastinya menjadi kenangan,” katanya.
Sinar Harian semalam melaporkan, Azizan meninggalkan wasiat supaya jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum berhampiran pusara bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Azizan menyuarakan hasrat supaya jasad beliau disemadikan di sebelah pusara Allahyarham Fadzil Noor iaitu rakan karibnya.

Suami isteri parah ditetak
MANJUNG – Sepasang suami isteri terpaksa merangkak dalam keadaan
berlumuran darah meminta bantuan selepas diserang sekumpulan lelaki
bersenjatakan parang dalam satu kejadian di Kampung Koh, di sini,
kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa masing-masing berusia 50-an diserang empat lelaki yang dipercayai bersembunyi berhampiran kediaman pasangan itu sebelum menyerang.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa baru pulang ke kediaman mereka dengan menunggang motosikal.
Tindakan mengejut itu menyebabkan mereka tidak sempat mengelak serangan kumpulan berkenaan dan kedua-dua mangsa cedera di tangan dan kaki.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang sempat meloloskan diri menjerit meminta bantuan penduduk berhampiran.
Melihat mangsa meminta tolong, suspek segera melarikan diri menaiki motosikal.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa diserang sekumpulan lelaki hingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.
“Mereka berdua dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.
"Kita masih belum kenal pasti motif serangan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang laporan kerugian berhubung kejadian itu,” katanya.
Beliau berkata, tiada sebarang tangkapan dilakukan buat masa ini, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Perogol bersiri diberkas
BATU GAJAH - Seorang lelaki dipercayai bekas pekerja bengkel ditahan
dirumahnya di Taman Batu Gajah Perdana di sini petang semalam kerana
disyaki terbabit dalam empat kes rogol di sekitar daerah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, 'perogol bersiri' berusia 27 tahun itu menyasarkan remaja perempuan untuk tujuan melampiaskan nafsu.
Menurutnya, modus operandi yang digunakan hampir sama kerana mangsa dibawa ke Jalan Kubur Mandailing, di sini, terlebih dahulu sebelum diperkosa suspek.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 376 dan 377(c) Kanun keseksaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan