Selasa, 24 September 2013

REZEKI ALLAH MAHU...MALAH BEREBUT2....TAPI TAAT PADA ALLAH TAK MAU....MALAH TAK BEREBUT2....MALAH ADA YANG KODEM LAGI

Sekilas tentang ‘7 Keajaiban Rezeki’
Posted on Tuesday, September 24 @ 07:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: atriza

"

Membelek helaian demi helaian, serasa mendakap sesuatu yang tak ingin dilepaskan. Berbicara soal menjadi kaya, pasti dan tentunya tiada orang yang tidak mahu hal itu menjadi nyata.

Sungguh saya terinspirasi ketika menelaah buku ini. Segalanya dengan ‘Otak Kanan’ segala yang diimpi, terlaksana menjadi kenyataan. Subhanallah. Sungguh mengujakan.


Saya huraikan ‘menu-menu’ lazat yang saya nikmati ketika menjamah hidangan ini. Moga anda mendapat manfaatnya, insya’Allah.
CAP JARI KEMENANGAN
Bab pertama pembaca diminta menulis cap jari kemenangannya. Secara jelas semua orang itu unik dan berbeza. Mudah- mudahan dengan memanfaatkan itu kita boleh tahu kemenangan kita.
Cara seseorang meraih kemenangannya layaknya seperti cap jari, berbeza antara satu sama lain. Maka kita dapat menuliskan rencana hidup kita bagi merealisasikannya.
Kalau istilah saya DNA Kejayaan!
SEPASANG BIDADARI.
Penulis menjelaskan kaitan antara LoA (Law of atraction ) dan Doa. Sepasang bidadari sendiri adalah Doa Orang Tua dan Doa Pasangan.
Ya itulah keajaiban! Dengan menyelaraskan impian kita dengan impian sepasang bidadari mudah- mudahan rezeki kita lebih cepat!
 Sangat jelas kerana 2 bidadari itu kita mendakap perhatian. Melalui kasih sayangnya, kita merasa menjadi seseorang paling beruntung, hidup menjadi lebih bermakna dengan adanya ayah bonda.
Maka selaraskan fikiran, harapan, keinginan kita dengan ayah bonda tercinta, kerana keduanya telah Allah limpahkan segalanya yang terbaik untuk kita. Apalagi doanya senantiasa diijabah Allah.
Siapakah bidadari kedua?
Dia yang dengan setia mendampingi kita suka dan duka. Dia yang selalu berusaha mengerti keadaan kita. Dia yang menjadi tempat kita bercerita bersama meniti hari-hari yang dilewati.
Dia adalah pasangan kita. Dengan berkahwin akan membuka pitu rezeki kerana memang sudah Allah khabarkan.
Memantaskan diri adalah sebuah kewajipan yang pasti, meningkatkan ibadah kepada Yang Maha Esa, sehingga mudah sahaja Allah memperkenankan keinginan kita dan kita memang layak mendapatkannya. Selain itu kita digalakkan meluruskan niat semata untuk beribadah kepada Nya.
Mereka itu adalah megnet kehidupan!
GOLONGAN KANAN
Bahagian ini, menjelaskan pentingnya menggunakan otak kanan. Isinya kurang lebih sama dengan buku 13 Wasiat Terlarang - Dahsyat Dengan Otak Kanan.
Mudah- mudahan dengan menggunakan kekuatan otak kanan dan menjadi golongan kanan kita jadi lebih berani, berfikir benar, dan kreatif.
Perhatikanlah bagaimana Allah mencukupkan hambanya. Kerap kali sering tidak masuk akal, pendapatan lebih kecil daripada perbelanjaan, tapi Allah masih mencukupkan kita.
Seorang yang dapat berkembang adalah orang yang boleh hidup dengan ketidak pastian, perubahan dan resiko. Menguruskan ketiganya sama sekali bukan hal yang mudah, tetapi kejayaan menguruskan ketiganya bererti kita telah mendapatkan sebahagian daripada tujuan kita.
Kuatnya otak kanan akan membuat kita menjadi bermotivasi di mana kita dapat kembali membakar semangat ketika merasa sedang kecewa.
JOM jadi golongan kanan. Insya’Allah pasti berhasil!
SIMPUL PERDAGANGAN
9 daripada 10 pintu rezeki itu adalah melalui perdagangan. Nabi sendiri seorang peniaga. Harusnya kita jadi orang kaya dengan berdagang.
Mudah- mudahan dengan mengaktifkan simpul perdagangan kita boleh menjadi perniagaan yang berjaya. (insya’Allah)
Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam adalah seorang peniaga yang kaya raya. Keempat-empat sahabat Nabi adalah peniaga yang juga kaya. Maka jelas ada hal yang sangat luar biasa dari perdagangan.
Nabi Sulaiman AS kaya dengan menjadi seorang raja. Memang sangat kaya raya, tetapi cuba kita fikirkan berapa besar peluang untuk menjadi seorang raja? ?  Sangat sangat kecil. Nabi yusuf AS kaya kerana menjadi menteri. Sekarang, ayuh kita fikirkan peluang menjadi seorang menteri? Masih sangat kecil bukan?
Tapi menjadi peniaga? YA. Setiap orang berpeluang besar untuk menjadi pedagang, maka cara ini yang sangat-sangat memberikan peluang yang besar agar kita menjadi seorang yang kaya.
Kalau kita bicara dengan pengusaha, yang dihargai itu bukan indeks prestasi kumulatif, tetapi indeks pendapatan kumulatif.
JADI, apalagi... ayuh kita berniaga!
PERISAI LANGIT.
Ini juga salah satu keajaiban. Penulis banyak mengulas tentang sedekah. Dahsyatnya sedekah.
Bagaimana membeli setiap kesulitan kita dengan sedekah. Mudah-mudahan dengan bersedekah rezeki kita semakin lancar dan semua kesulitan kita dapat di atasi.
Jangan pernah meragukan keajaiban sedekah. Insya’Allah semuanya akan berjalan dengan baik dan penuh keberkahan. Usaha laksana bernafas, menghirup dan menghembuskan nafas. JADI, bersedekah inilah yang dianalogikan seperti menghembuskan nafas. Agar usaha kita ‘sihat’.
Jangan menunda sedekah.
SEDEKAHLAH setiap hari, tentu kita akan menikmati sesuatu daripada Rabbul Izzati.
PEMBEZA ABADI
Perbezaan adalah 1 daripada 7 keajaiban rezeki. Agar berjaya, kita memerlukan sesuatu yang berbeza.
Memang perbezaan itu tidak kalah pentingnya. Mudah-mudahan setelah mengamalkan Perbeza Abadi ini kita benar -benar boleh mencapai kejayaan.
Setiap orang diciptakan unik, meningkatkan kekuatan akan menbuat kita jadi di atas berbeza dengan memperbaiki kekurangan, yang akan menjadikan kita biasa-biasa sahaja.
Temukanlah sesuatu yang sangat kita minati sekaligus kita kuasai.
Fikir KREATIF dan KRITIS ya!
PELANGI IKHTIAR
Pelangi ikhtiar mengandungi 7 sikap (bias) yang dimiliki setiap pemenang. Terdiri daripada impian, tindakan, kelajuan, keyakinan, pembelajaran, Integriti, dan keikhlasan.
Ini bahagian kegemaran saya!  7 Bias Pelangi ikhtiar itu benar -benar menyedarkan kita apa yang harus dilakukan untuk mencapai impian.
Mudah-mudahan mengamalkan prinsip-prinsip pelangi ikhtiar kita benar -benar boleh mencapi impian hidup kita.
Melihat daripada kekuatan otak kanan, akan memberikan imaginasi, lalu melahirkan optomisme , dan memberikan impian yang mana daripada situ akan membentuk sebuah visi dan tertuang dalam sebuah tindakan untuk menjadi yang cemerlang.
Daripada keajaiban angka tujuh, entah dalam ibadah haji, dan lain lain yang juga digunakan dalam pelbagai suku dan agama, maka di sini, bermimpilah sekali dan bertindak sebanyak tujuh kali untuk mendapatkan hasilnya, insya’Allah.
Bekerja lah dengan kelajuan yang lebih. Atau adalah suatu keniscayaan, ketika kita sama dengan yang lain, maka kelajuan lah menjadi nilai tambah kita.
Siapa yang meyuruh kita berbuat kebaikan? beribadah haji? atau perbuatan terpuji lainnya? Tentunya ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala kan?  Jadi jangan risau jika kita menemui kesulitan, Allah pasti akan bertanggung jawab dengan melimpahkan keberkahanNya dan memberikan pertolongan Apa yang wajib, kita hendaklah yakin dan pasti apa yang kita fikir serta impi itu terealisasi menjadi nyata.
Sungguh impian tanpa aksi = 0,  aksi tanpa keyakinan = 0 juga.  Segalanya bertitik tolak daripada diri. Lakukan tindakan sekarang!
Dalam kamus seorang pemenang, tidak pernah ada yang namanya kegagalan, yang ada adalah pembelajaran. Ada sesuatu yang tak ternilai harganya ketika kita melakukan hal ini, entah usaha kita sedang rugi , atau untung besar, iaitu ikhlas. Kerana sesuatu yang dilakukan dengan ikhlas akan memberikan timbal balik langsung dari Yang Maha Esa dan menjadi amalan ibadah kita. Jadi, tetaplah kita menjunjung tinggi makna keikhlasan.

ALLAH mengikut persangkaan hambaNya. CIPTAKAN yang terbaik!
__________________
Memang jika dilihat, syarat dengan angka-angka 7 , 17, 19, dan 99. Pada buku ini dijelaskan dengan sangat detial tentang hal itu.
Apa yang saya bahaskan di sini hanya adalah daripada sudut pandang dan rasa saya. Insya’Allah dengan membaca buku ini anda benar-benar akan tersedar.
KELEBIHAN BUKU 7 KEAJAIBAN REZEKI:
Masih dengan gaya bahasa khas ' kanan' - nya buku ini sangat enak dibaca. Selain berkualiti bukunya yang memang benar-benar dahsyat.
Selain itu, terdapat testimoni dari mereka yang telah mengamalkan 7 Keajaiban Rezeki dan telah mendapatkan hasilnya (Subhanallah). Dan bonus - bonus yang diberikan juga sangat bernilai mahal.
Jika anda ingin mendapatkan buku ini, boleh berhubung di MAAt. Atau mengetahui lanjut tentang buku ini silakan ke sini.
Bagi saya, anda tidak akan rugi apa-apa. Insya’Allah setelah anda menjamah buku ini, anda akan rasai dan nikmati apa yang saya kisahkan ini. Insya’Allah.
Selanjutnya silakan ke SINI. Selamat menikmatinya.

 Gambar yang buat Ibrahim Ali naik angin!!
Posted on Tuesday, September 24 @ 06:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: laniismaa

"Fadzil_Baharom_PAS_Chin_Peng

Presiden Perkasa, Ibrahim Ali naik angin apabila Pemimpin PAS Kedah, Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.

Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri.
Ibrahim Ali berkata tindakan tersebut kerana nak meraih undi Cina.
“Ini semua politik dan untuk meraih undi pengundi Cina terutama bekas ahli PKM. Chin Peng ini manusia kufur. Bagaimana pemimpin PAS yang beragama Islam ini boleh memberi penghormatan kepada pemimpin kafir seperti Chin Peng?” kata Ibrahim Ali kepada The Malaysian Insider.
Itu kerana pemimpin PAS yang pergi, kalau pemimpin Umno yang pergi nadanya tentu tak sebegitu!!. Ibrahim Ali juga menyelarkan Mat Sabu kerana kenyataan sebelum ini.
 “Sejarah Abu Jahal di Mekah dan Firaun di Mesir berbeza dengan Chin Peng. Apakah Mat Sabu tidak mengetahui sejarah Islam? Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan telah membunuh ramai askar Melayu Islam.
“Selepas peristiwa pembukaan Mekah, Allah dan Rasul melarang orang kafir memasuki Mekah. Besar implikasinya. Ramai lagi orang kafir mati di Mekah tetapi Rasullulah SAW  tidak memberi penghormatan malah berdoa untuk orang kafir,” katanya.
Gambar : Fadzil Baharom, dua dari kanan. - Resipi

Baca juga : Nadem Nazri Aziz ikut buah hati balik Myanmar
 Presiden, Timbalan tiada pertandingan, negara akan binasa juga
Posted on Tuesday, September 24 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Najib berkata dengan tiada siapa yang mencabar kedudukan beliau dan Timbalannya dalam pemilihan parti kali ini menunjukkan yang UMNO bertambah kuat dan akan terus menjadi parti harapan untuk rakyat dan negara. Katanya lagi dengan memenangi kerusi Presiden tanpa bertanding itu adalah petanda arah yang parti semakin kuat bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Sebenarnya UMNO yang asal dan UMNO yang baru ini telah wujud selama 67 tahun dan dalam usia yang sebegitu lama hanya dua kali sahaja pertandingan diperingkat Presiden itu berlaku. Pertamanya pada tahun 1978 dalam mana Hj Sulaiman Palestin yang telah bertanding jawatan Presiden itu menentang Hussein Onn dan pada 1987 dalam mana Tengku Razaleigh Hamzah telah tampil memberikan saingan kepada Presiden UMNO semasa itu Dr Mahathir Mohammed.
Dalam Perhimpunan Agung yang lainnya tiada pertandingan diperingkat Presiden ini. Selepas pertandingan 1987 dahulu UMNO tidak pernah ada pertandingan diperingkat Presiden tetapi selepas itu pula lah UMNO bertambah lemah seperti yang kita lihat pada hari ini. Tiada pertandingan telah membuktikan yang UMNO itu bertambah lemah dan ini terbukti dengan jelas dan nyata.
Dalam erti kata lain pertandingan tidak semestinya melemahkan parti dan jika tidak ada pertandingan tidak bermakna parti UMNO itu akan kuat. Ia bergantung kepada tahap mana kita boleh menjaga semangat demokrasi itu dengan betul dan baik. Begitu jugalah jika tiada pertandingan ia tidak bermakna yang sedia ada itu adalah yang terbaik dan jika ada pula pertandingan ia tidak bermakna yang ada itu tidak baik.
Dalam kes UMNO ini yang menyebabkan tiada pertandingan itu ialah kerana masing-masing yang ada dalam barisan kepimpinan itu lebih mengira dan menjaga kepentingan serta keseronokan berkuasa dalam kerajaan. Jika kita dengar gossip dan pandangan ahli-ahli UMNO itu Najib itu adalah pemimpin yang sepatutnya tidak berada dipuncak kepimpinan UMNO dan negara.
Tetapi oleh kerana manusia yang didalam kepimpinan parti itu tidak berani bertindak maka mereka terpaksa mengikut lenggang dan lenggok pucuk pimpinan itu sahaja. Mereka memberikan alasan yang biasa iaitu kesatuan dan perpaduan sebagai alasan untuk mengikut kehendak pucuk pimpinan yang berkuasa itu. Itu sebab saya selalu berkata UMNO sememangnya tidak boleh diperbaiki lagi kerana pemimpin yang baik berada diluar barisan kepimpinannya.
Bagi saya UMNO akan hanya boleh berubah apabila parti itu benar-benar tersungkur sahaja baru memulakan perubahan. Tiada apa yang akan berubah, dan ia akan tetap sama seperti UMNO sekarang dan semalam. Jika begitu lama kita menganggap UMNO mempunyai barisan pimpinan yang rasuah, maka itu jugalah keadaan selepas pemilihan ini. Tidak akan ada perbezaannya dalam apa perkara sekali pun.
UMNO akan menjadi parti yang kian hari kian buruk dan tidak ada apa yang hendak kita harapkan di masa hadapan selain dari penerusan budaya rasuah, menyalah gunakan kuasa, serta membina budaya kronism dalam pentadbiran negara.
Telinga kita akan disumbatkankan dengan puluhan malah ratusan slogan baru yang bertentangan nilainya diantara satu dengan lain. Kita akan berhadapan dengan perancangan-perancangan baru yang akan berubah dalam tempoh beberapa bulan sahaja dan Najib akan terus menerus melancarkan satu perancangan setiap beberapa bulan sekali.
UMNO akan tetap merancang banyak perkara sehinggakan tiada masa untuk melaksanakannya. Idris Jala ada di Jabatan Perdana Menteri, mengarang dan mencipta perancangan untuk Najib mengumumkannya melalui media masa dengan majlis-majlis pelancarannya. Semua perancangan-perancangan ciptaan Idris Jala itu ialah untuk Najib mengadakan majlis pelancarannya yang kita tahu dari awal tidak akan membawa negara kemana-mana sekali pun.
Jika ada pun cara untuk merubah keadaan ini hanya parti-parti dalam komponen Barisan Nasional sahaja yang mampu melakukannya. Jika PAS dalam Pakatan Rakyat sudah mula berfikir untuk mengkaji semula gabungan dan perhubungan dengan rakan kongsinya PKR, parti-parti dalam BN juga boleh melakukan perkara yang sama demi untuk mencari jalan penyelesaian masalah-masalah ciptaan UMNO dan kepimpinannya terhadap negara dan kerajaan.
Itulah sebabnya saya tetap mengekalkan pendapat saya yang perubahan mesti dilakukan dari awal seolah-olah kita belum ada kerajaan. Kita mulakan sebuah negara baru dengan perubahan kepada sistem yang baru agar dapat kita membina kembali siasah negara ini ke tahap negara yang benar-benar demokrasi dan bersih dari dosa dan noda rasuah dan budaya kuning dalam pembangunan negara dan rakyatnya. Sesungguhnya kita sedang berada dalam kesulitan yang tiada penghujungnya.

Ramailah yang akan mengkritik pandangan saya ini tetapi yang penting bagi saya pandangan ini akan pasti menjadi kenyataan tidak berapa lagi. Sementara menunggu kebenarannya biarlah saya tanggung dahulu maki hamun dan kritikan yang bakal mendatang itu.

ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
 
 Election Commission took orders from Putrajaya, Ambiga tells Bersih tribunal
Posted on Tuesday, September 24 @ 08:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Ambiga giving her statement at the tribunal today. On her right is Samad. The Malaysian Insiderpic by Afif Abd Halim,September 22, 2013.

Ambiga giving her statement at the tribunal today. On her right is Samad. The Malaysian Insiderpic by Afif Abd Halim,September 22, 2013.
Bersih co-chair Datuk Ambiga Sreenevasan said the Election Commission (EC) acted under the instructions of Putrajaya when it should have acted as an independent body.


Ambiga, who was the last witness at the Bersih People’s Tribunal in Subang Jaya, stressed that the EC had taken a partisan approach when making statements.
“EC acted like they were under Putrajaya’s control. I have problems with the commission for their failure in giving proper explanations on the issues surrounding the electoral roll and others under their purview,” she said today.
She added that the commission would not say anything when election-related issues cropped up.
“They failed to fulfil their responsibilities to investigate political violence and other serious allegations during GE13,” said Ambiga.
She told the tribunal the EC’s sole responsibility was election matters. “If they have not got it right, it just shows their lack of empowerment,” said Ambiga.
“It’s like their hands were tied.”
Among the issues brought to the tribunal’s attention was how the electoral roll did not tally with the data kept by the National Registration Department, the indelible ink, and phantom voters as well as postal voters.
Ambiga said the EC had failed Malaysians on the indelible ink issue.
“They cannot do this and give wishy-washy answers. They are just letting it fade away and hope everybody will forget all about it.
”Many questions were not answered. This is not right.
“EC should be the one advising the government, not following their orders,” said Ambiga.
She said the EC should be independent as it managed the selection process that decided which party would form the next government.
The attitude of the EC leadership, like its deputy chairman Datuk Wan Ahmad Wan Omar, was also raised as he was seen to be always criticising the opposition.
One of the tribunal’s members, Professor Madya Dr Mavis Puthucheary, later said the tribunal should focus on how to improve the EC structure instead of only looking at the weaknesses of its members.
“Our role here is not to criticise the EC but to improve the system. Maybe their hands were really tied legally,” said the former Universiti Malaya Faculty of Economics and Administration associate professor.
The tribunal started on September 18 and ended today.
Ambiga also stated it would be difficult to remove the EC members as they were appointed by the King.
Ambiga testified to a packed room. Among other witnesses today was former Kuala Selangor MP Dr Dzulkefly Ahmad. Also seen there was Bersih co-chair Datuk A Samad Said.

MUZLIZA MUSTAFA (TMI)
– September 22, 2013.

 PAS tak perlu simpati pada Chin Peng dan PKM
Posted on Tuesday, September 24 @ 09:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Pemimpin politik akan kata apa sahaja semata-mata untuk peroleh pengaruh……betulkah begitu?

Kadangkala apa yang dikatakan sesungguhnya bertentangan dengan fakta dan malah prinsip perjuangan tetapi demi mahu popular demi mahu dilihat “jaguh” demi mahu dilihat “terbuka” konon-kononnya, ada pemimpin yang sanggup begitu.

Isu bekas Setiuasaha Parti Kominis Malaya atau mendiang Chin Peng, yang meninggal dunia pada tanggal 16 September baru-baru ini di Bangkok terus hangat dipermainkan. Upacara menghormati mayat mendiang dihadiri oleh beberapa pemimpin politik Malaysia termasuklah dari PAS. Dan dalam Negara pemimpin-pemimpin politik yang bermain atas sentimen semasa, menuntut agar abu mayat mendiang dibenarkan dibawa kembali ke tanah air untuk dimakamkan di kampong kelahirannya di Perak. Tuntutan ini turut disuarakan oleh satu dua pemimpin PAS.
Bagi yang berjuang atas landasan sosialisma, nasionalisma atau apa sahaja, jika mereka simpati pada mendiang Chin Peng dan PKM kita mungkin boleh faham, tetapi apabila pemimpin gerakan Islam turut memberikan sentimen yang sama, kita jadi bimbang dan malahan kesal, bagaimana boleh jadi begini.

Mengapa harus kita tiba-tiba simpati pada mereka yang pada asasnya berjuang mewujudkan sebuah Negara komunisma mirip Kominis Cina? Bukankah pejuang-pejuang Islam di merata dunia bangkit mempertahankan tanahair mereka dari dinodai oleh anasir yang berjuang ideologi sesat ini? Ketika Mujahideen Afghanistan berjuang menentang regim Babrak Karmal dan kemudiannya Najibullah Amin yang merupakan boneka Soviet Rusia yang kominis itu, kita di sini bangkit menyokong, menghantar dana dan bantuan malah ada yang lolos masuk ke sana berjuang bersama mereka.
Elok sahaja pemimpin nombor satu kominis di Malaysia mati, kita tiba-tiba beria-ia simpati, sewenang-wenang mengampunkan segala dosanya termasuklah membunuh ribuan anggota keselamatan dan orang awam tidak termasuk harta benda.

Tidak cukup dengan serangan dan tindakan gurila di hutan PKM yang dikepalai mendiang Chin Peng ketika itu turut mahu mencetuskan huru-hara di bandar. Terakhir kalau kita sudah lupa pada tahun 1975 pengganas PKM telah melontarkan bom tangan ke Kem Pasukan Polis Hutan (PPH) di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur (berhampiran pejabat Harakah hari ini) membunuh dua anggota yang sedang berbaris dan mencederakan 41 yang lain.
Sebelum itu 6 Jun 1974 Ketua Polis Negara Allahyarham Tan Sri Abd Rahman Hashim ditembak mati di Kuala Lumpur dan kemudiannya 13 November 1975 Ketua Polis Perak Tan Sri Khoo Chong Kong ditembak mati di Ipoh, Perak.

Kedua-dua kejadian dilakukan oleh pengganas PKM yang diketuai Chin Peng.
Kalau pun kita mahu meraih populariti, terfikirkah kita akan perasaan balu dan anak-anak serta kaum keluarga ribuan mereka yang terkorban itu akibat keganasan parti “haram” yang diketuai mendiang Chin Peng? Apa istimewa dan hebat sangat ketua pengganas ini sehingga kita mahu menyanjung beliau dan acap kali seakan tiada perkara besar yang lebih penting melainkan meratib nama beliau?!

Ya mungkin kita tidak menganuti ideologi sesat itu tetapi sekadar simpati atas dasar perikemanusiaan, tetapi sebagai seorang pejuang Islam lupakah kita bahawa kita ditarbiah bahawa cenderung (sudah semestinya termasuklah simpati) pada yang zalim akan mengakibatkan kita nanti disambar api neraka. Atau kita yakin bahawa mendiang Chin Peng terkecuali dari peraturan ini?!
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dalam Kuliah Jumaatnya  di Masjid Rusila pada 4 April 2008 ada menyatakan:

Ada manusia yang menerima akidah secara membuta tuli bukan secara mengkaji. Adakala mereka berhujah berdasarkan pegangan nenek moyang semata-mata tanpa mengkaji sumber yang benar dari satu masa ke satu masa mengikut perkembangan. Penyelewengan boleh berubah cara dan ikutan. Ini dibuktikan dengan kenyataan Allah dalam surah az-Zukhruf, ayat 22:
“Bahkan mereka itu berkata, “sesungguhnya kami mendapati datuk nenek moyang kami menurut satu jalan agama dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak langkah mereka sahaja.”

Kadang-kadang, mereka tidak kenal fahaman-fahaman baru kerana namanya tidak pernah disebut dalam kitab-kitab zaman dahulu. Ini kerana fahaman-fahaman baru ini tidak ada pada zaman pengarang kitab-kitab ini. Namun al-Quran dan hadis Nabi Muhammad tetap mendedahkan secara teliti sebagai bekalan umat Islam.
Isu akidah tidak boleh dicuba-cuba atau diagak-agak. Ia tidak boleh dipilih sesuka hati kerana ia bergantung pada nasib yang memerlukan petunjuk Allah dan wahyunya. Ia juga menentukan nasib mereka di akhirat sama ada ke syurga atau negara. Ia adalah keputusan yang tidak boleh dipertikai dan diminta supaya kembali ke dunia.

Mudah-mudahan, Allah mengurniakan iman dan kekuatannya serta bersikap yang tegas pada perkara-perkara yang bercanggah dengan iman. Fahaman yang bercanggah meliputi fahaman yang pupus, yang masih berselerakan dalam masyarakat atau yang bakal tercetus. Semoga Allah memelihara umat Islam daripada fitnah di dunia, di alam kubur dan hari kebangkitan semula.
Dalam kehangatan isu Chin Peng ini kita terbaca ada mereka yang tegar mendukung fahaman anutan Chin Peng itu cuba berhujah mempertahankan dasar perjuangan mereka. Saya terbaca dalam satu blog pro kominis menulis:

Sebuah dokumen yang dikeluarkan oleh PKM pada 29 April 1985 menyebut:
Dasar PKM ialah menghormati kebebasan rakyat semua bangsa untuk menganut agama. Kepercayaan agama di kalangan massa mempunyai punca masyarakatnya yang mendalam. Kebebasan ini mesti dihormati. Hak penganut agama bagi melakukan kegiatan agama harus dibela. Dasar parti kita ini ditegakkan di atas dasar asas pandangan ilmiah Marxis yang kukuh. Dasar ini sekali-kali bukanlah satu siasat.

Dalam masalah agama, anggota PKM mengikuti garis massa parti dan menyertai kegiatan agama massa bangsanya sendiri. Komander dan perajurit Tentera Rakyat Malaya pula mempunyai kebebasan melakukan kegiatan agama dan beramal ibadat.
Apakah sebenarnya asas pandangan ilmiah MARX terhadap agama? Karl Marx yang diagungkan oleh PKM dan mereka yang mendukung perjuangannya ada menyatakan dalam manuskripnya:

Religious suffering is, at one and the same time, the expression of real suffering and a protest against real suffering. Religion is the sigh of the oppressed creature, the heart of a heartless world, and the soul of soulless conditions. It is the opium of the people.
The abolition of religion as the illusory happiness of the people is the demand for their real happiness. To call on them to give up their illusions about their condition is to call on them to give up a condition that requires illusions. The criticism of religion is, therefore, in embryo, the criticism of that vale of tears of which religion is the halo.

Criticism has plucked the imaginary flowers on the chain not in order that man shall continue to bear that chain without fantasy or consolation, but so that he shall throw off the chain and pluck the living flower. The criticism of religion disillusions man, so that he will think, act, and fashion his reality like a man who has discarded his illusions and regained his senses, so that he will move around himself as his own true Sun. Religion is only the illusory Sun which revolves around man as long as he does not revolve around himself. (Kar Marx :Critique of Hegel's Philosophy of Right)
Agama itu candu buat rakyat. Itulah fahaman Marx. Menghapuskan agama itulah sebenarnya hakikat kebahagian kerana agama dilihat mengongkong rakyat dengan pelbagai ketrbatasan. Agama itu sebenarnya sekadar khayalan yang melekakan. Rakyat perlu dipisahkan dari agama…..itulah pandangan ilmiah MARX terhadap agama. Bayangkan apa terjadi kiranya kita bebas Merdeka bawah PKM!!!

Vladimir Lenin seorang lagi pemimpin komunis Rusia yang disanjung PKM dan semua penganut ideologi komunsima pula pernah menulis:
Religion is the opium of the people: this saying of Marx is the cornerstone of the entire ideology of Marxism about religion. All modern religions and churches, all and of every kind of religious organizations are always considered by Marxism as the organs of bourgeois reaction, used for the protection of the exploitation and the stupefaction of the working class (About the attitude of the working party toward the religion)

Lenin menegaskan bahawa ungkapan “Agama itu adalah candu buat rakyat” merupakan asas penting keseluruhan fahaman MARXISMA terhadap agama. Lalu kita yang Islam ini boleh senang-senang pandang sebelah mata, dan hari ini mahu menyanjung pejuang nombor satu ideologi ini, subhanallah.
Dr Amini Amir Abdullah (UPM) menulis:

Fahaman komunis berkait rapat dengan atheisme iaitu satu fahaman yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan atau kuasa agung. Golongan ini juga dikenali sebagai golongan mulhid. Bahkan boleh dikatakan benar juga bahawa atheisme berkait rapat dengan sekularisme. Ramai manusia sekarang ini mengaku mereka tidak bertuhan dan ada juga yang mengaku sebagai free thinker. Kemerbahayaan atheisme sudah mula menapak. 15% penduduk dunia dikatakan berfahaman atheis. Orang atheis tidak percayakan kewujudan Tuhan. Dalam konteks Malaysia, orang atheis tidak layak untuk menjadi warganegara negara ini kerana berlawanan dengan semangat dan falsafah Rukun Negara yang menyatakan kepercayaan kepada Tuhan sebagai tunggak utamanya.
Fahaman komunis juga percaya bahawa kehidupan tidak berkait dengan kerohanian dan keagamaan. Justeru, mereka berpegang kepada fahaman materialisme bahawa material itu menentukan segala-galanya dan agama tidak mempunyai signifikan dalam kehidupan. Komunisme juga menafikan hak milik individu dalam sesebua Negara berkaitan dengan aset, harta, tanah, bangunan dan seumpamanya. Mereka menyatakan bahawa dalam sesebuah negara, semua elemen ini adalah milik negara ataupun pemerintah.

Pihak komunis juga percaya bahawa semua hasil bumi dan sumber-sumber alam dalam sesebuah negara adalah hak milik negara dan bukannya individu. Komunisme juga mengagung-agungkan teori Lenin mengenai gaji bahawa seseorang boleh berusaha mencari duit mengikut kemampuannya tetapi mesti diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Mereka juga mengagung-agungkan prinsip Machiavelli iaitu ‘matlamat menghalalkan cara’.
Abdul Qadir Djaelani (ahli DPR Pepublik Indonesia) dalam kertasnya bertajuk “Komunisma musuh Islam sepanjang sejarah” diterbitkan oleh Yayasan Pengkajian Islam Madinah Munawarrah 17 Mei 2000 menulis:

Dari uraian yang cukup panjang, tergambar dengan jelas bahwa Komunisme/Marxisme-Leninisme adalah sistem ideologi yang disusun asal jadi, sehingga unsur-unsurnya saling bertentangan satu dengan yang lainnya. Akibatnya, penerapan Komunisme di negara-negara Komunis, bukan saja gagal dalam mewujudkan "syurga di dunia", "masyarakat sama-rasa sama-rata", tetapi malah membawa malapetaka: pembunuhan, kerja paksa, ketakutan dan kelaparan.
Selanjutnya, secara pasti Komunisme/Marxisme-Leninisme di semua dimensi bertentangan diametral dengan Islam. Karenanya sikap dan rasa permusuhan antara kaum Komunis dengan umat Islam berjalan di sepanjang sejarah tanpa henti.  (sila rujuk – http://serbasejarah.files.wordpress.com/2010/02/komunisme-musuh-islam-sepanjang-sejarah.pdf

Berbalik kepada pengalaman di Afghanistan, semasa pemerintahan regim boneka komunis Rusia, Najibullah Amin di Afghanistan (yang akhirnya digulingkan oleh puak Mujahideen Afghanistan) , demi meraih sokongan rakyat, beliau telah mengisytiharkan Afghanistan sebagain sebuah Negara Islam pada tahun 1990 dengan memasukkan dalam Artikel 1 perlembagaan Negara tersebut bahawa “Afghanistan adalah sebuah Negara Islam”. Namun Mujahideen Afghanistan tidak dapat menerimanya kerana Najibullah terus dianggap seorang komunis.
Apa berlaku pada Najibullah? :

Najibullah was at the UN compound when the Taliban soldiers came for him on 27 September 1996. He was castrated before the Taliban dragged him to death behind a truck in the streets. His blood-soaked body was hung from a traffic light. (Najibullah mati ditangan Mujahideen pada 27 September 1996, dibunuh sebagai pengkhianat dan komunis).
Oleh itu kesimpulannya, saya merasakan tidak ada sebab walaupun kononnya atas dasar simpati, orang yang berjuang atas dasar Islam apalagi pemimpinnya meraikan tuntutan mendiang Chin Peng ini.

Biarlah abunya bertaburan di bumi Siam, dan semoga begitulah juga bertaburan pupus dan hilang fahaman anti Islam yang zalim ini di tanahair kita. Tutuplah bab Chin Peng dan PKM, bangkitlah kembali memperjuangkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS.
Wallahualam.

TAMBAHAN:  (dizaman PKM aktif, Timbalan Presiden PAS menegaskan PAS menentang dan menolak komunisma ....... dizaman PKM dah mati lain pula)

Dalam perbahasan parlimen yang berlangsung pada 23 April 1960, Zulkifli Muhammad menegaskan bahawa perjuangan PAS menentang keras fahaman dan gerakan komunis yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam (Parlimentary Debates, 23 April 1960: 411). Pada 25 April 1960, beliau bukan sahaja mengkritik tindakan seorang menteri kabinet yang menuduh PAS cuba melengah-lengahkan undang-undang pencegahan komunis, bahkan menyindir menteri tersebut yang dilihat cuba menonjolkan semangat keislamannya (Parlimentary Debates, 23 April 1960: 491). BANGKOK: Mayat Chin Peng yang masih terus menjadi subjek perbahasan awam telah dibakar di tokong Wat That Thong, Bangkok kira-kira pukul 6 petang, di sini, Isnin.
Upacara pada hari terakhir menyaksikan pertemuan lebih seratus bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM ), lelaki dan wanita, yang kebanyakannya sudah tua.


Ahli keluarga terdekat mendiang Chin Peng memberikan penghormatan terkahir di tokong Wat That Thong, Bangkok sebelum mayat bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya dibakar. -foto THE STAR/ Sia Hong Kiau
Air mata dilihat mengalir di pipi kebanyakan mereka yang hadir apabila nota selamat tinggal yang ditulis oleh bekas Setiausaha Agung KPM itu dibacakan dalam Bahasa Melayu dan Mandarin.
Beratus-ratus yang lain telah memberi penghormatan terakhir mereka ketika upacara berjaga malam selama tiga diadakan sejak Jumaat termasuk Timbalan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia M. Sarasvathy.
Bekas Perdana Menteri Thailand Gen Chavalit Yongchaiyudh, 81, yang merupakan komander tentera Thailand semasa kemuncak perjuangan gerila PKM merupakan tetamu kehormat di majlis tersebut yang diadakan secara ringkas.
Lain-lain yang hadir adalah bekas komander tentera Thailand termasuklah Datuk Kitti Ratanachaya dan General Pisarn Wattanawongkiri.
'The Bangkok Post' melaporkan bahawa abu mayat Chin Peng berkemungkinan disimpan oleh anak-anak dan cucu-cucunya dan selebihnya dibahagikan kepada empat buah kampung di mana bekas rakan-rakan menetap di selatan Thailand.
Walau bagaimanapun, jurucakap keluarga, Lee Chong menafikan dakwaan yang dibuat oleh akhbar harian Thai itu.
"Keluarga tidak pernah memberitahu sesiapa dalam media mengenai bagaimana kami berhasrat untuk mengendalikan abu.
"Kami tidak tahu dari mana laporan itu datang dan kita tidak mahu mendedahkan butiran ini," kata Lee, yang telah dikenal pasti sebagai anak saudara si mati.
Identiti anak lelaki dan anak perempuan Chin Peng, dipercayai berusia dalam lingkungan 60-an kekal tersembunyi kerana saudara-maranya menolak untuk mendedahkan ideniti mereka sebagai menghormati privasi mereka.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia akibat kanser pada pukul 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok pada 16 September, sebulan sebelum dia menyambut ulang tahun ke-89.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan membenarkan abu Chin Peng dibawa masuk ke negara ini.

LEE YEN MUN
STAR


 PR ulang kesediaan dialog dengan BN
Posted on Monday, September 23 @ 22:03:51 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



KOTA KINABALU - PR hari ini mengulangi kesediaan untuk mengadakan dialog dengan BN.
  
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dialog itu bertujuan bagi menyelesaikan beberapa isu seperti perkauman, agama, ekonomi, tata kelola menangani rasuah dan jenayah.

"Ini telah diputuskan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua (anggota) Parlimen DAP Lim Kit Siang pada Majlis Pimpinan PR yang bersidang semalam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan yang dikongsi bersama PKR, Pas dan DAP di Jalan Lintas di sini hari ini.  - Bernama




Tiada ulasan: