Mengimbau Sejarah Menara Qutub Minar India
Posted on Wednesday, September 25 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan
Jika
anda ingin melihat struktur monumen tertinggi di India, anda akan harus
melawat Delhi, ibu negara India. Qutub Minar, sebuah bangunan yang
mempunyai struktur indah yang juga sebagai menara batu tertinggi di
India. Menara ini memiliki daya tarikan tersendiri dan amat popular di
Delhi.
Sejarah Qutub Minar bermula sejak penghujung abad ke-12,
dan menara ini dibina daripada batu pasir merah yang merupakan contoh
nyata keindahan senibina dari bangsa India kuno.
Ketika mengagumi
Qutub Minar, satu-satunya soalan yang biasanya terlintas dalam fikiran
adalah: "Mengapa monumen ini dibina begitu tinggi? "Kebanyakan sejarawan
percaya bahawa pembangunan Qutub Minar bermula oleh Qutub-ud-Din Aibak,
yang berasal dari keturunan hamba abdi. Dikatakan bahawa Qutub Minar
berfungsi sebagai tempat mu'azzin untuk melaungkan azan.
Ada juga
beberapa rujukan yang mengatakan Qutub Minar dibina oleh Prithviraj
Chauhan atau Vigraharaja. Namun, dapat dipastikan bahawa pembangunan
telah siap semasa pemerintahan Qutub-ud-din dan Iltumish pada awal abad
ke-13, berdasarkan kepada sejumlah tulisan yang terdapat di bangunan
itu.
Tingkat pertama menara itu siap semasa pemerintahan tempoh
Aibak. Tiga tingkat kemudian ditambah oleh Shams-ud-Din Iltumish,
pengganti Aibak. Dinasti itu membina semua ciri dalam balkoni, lantai
dan sekitarnya dan reka bentuk sarang lebah yang amat menarik. The Qutub
Minar direka berkeadaan sempit daripada bawah hingga keatas, ianya
memberikan kekuatan untuk struktur bangunan tersebut. Menara ini
memiliki ketinggian 72.5m (237 kaki) dan diameternya adalah 14,32m pada
dasarnya, dan 2,75m di bahagian atas menara.
Qutub minar
Dahulunya
sesiapa saja dibenarkan untuk megunjungi bahagian atas Qutub Minar
dengan melewati 378 anak tangga di dalam bangunan, dan bahagian atas
Qutub Minar menawarkan pemandangan terus ke bandar Delhi. Puak Khilji
dan raja-raja Tughlaq juga mengggunakan Minar ini untuk meninjau
aktiviti musuh yang ingin menceroboh Delhi, khususnya Mongol. Kejadian
gempa bumi telah merosakkan Qutub Minar. Namun pengubahsuaian dan
baikpulih setiap kali gempa dilakukan oleh para pemerintah Delhi,
termasuk Firoz Shah dan Sikandar Lodhi. Sekarang, struktur bangunan
terjaga dengan baik dan dipelihara oleh pihak berkuasa.
Anda
boleh menemui sejumlah monumen di dalam kompleks Qutub Minar. Pintu
gerbang berasal sejak 1310, dan struktur penting yang lain termasuk
Darwaza Alai, Alai Minar, Tiang Besi, dan Quwat-ul-Islam Masjid. Makam
Iltumish, Khilji Ala-ud-din dan Imam Zamin juga ada.
Masjid
quwat-ul-Islam Masjid, dibina tahun 1198, terletak di timur laut Qutub
Minar. Masjid itu dibina oleh Qutub-ud-Din Aibak dan merupakan masjid
tertua yang terdapat di Delhi dan telah dibina oleh sultan Delhi.
Peniggalan Hindu kuno dan kuil Jain dapat dilihat di sini, dan beberapa
tulisan yang menunjukkan bahawa kuil ini dihancurkan oleh Aibak.
Penambahan masjid ini dilakukan selama tempoh Iltumish Syams-ud-din pada
awal abad ke-13, dan kemudian di teruskan oleh Khilji Ala-ud-din.
Struktur yang menarik di halaman ini adalah ada sebuah Tiang Besi di
halaman dengan tulisan dalam naskah Brahmi. Tulisan ini berasal dari
abad ke-4 dan mengatakan bahawa tiang itu didirikan sebagai simbol bagi
Dewa Wisnu.
Tiang besi di tengah halaman Qutb Minar
Bahagian luar masjid Quwat-ul-Islam
Pintu
gerbang selatan Masjid quwat-ul-Islam dikenal sebagai Alai Darwaza,
berasal dari tahun 1311 dan dibina oleh Khilji Ala-ud-din. Penerapan
gaya senibina Islam dapat dilihat dalam struktur bangunan ini. Makam
Iltumish juga berada di kompleks tersebut dan diperbuat daripada batu
pasir merah dengan tulisan pula. corak geometri boleh didapati di pintu
masuk dan di makam.
Alai Minar
Alai
Minar terletak ke arah utara Qutub Minar. Pembangunan bermula oleh
Khilji Ala-ud-din, yang ingin membuat dua kali saiz Qutub Minar. Namun,
hanya tingkat pertama Minar boleh selesai, hingga hanya berupa asas yang
mempunyai ketinggian 25m, pembangunan terhenti di sebabkan Ala-ud-din
meninggal selama proses pembinaan.
Makam Iltumish
(Shams-ud-din Iltutmish 1211-1236, Raja ke-3 Dinasti Mamluk. Bekas hamba abdi Qutb-ud-din Aibak)
Menara Qutb
Seni ukiran
Diterjemah dari blog: nine-lounge.blogspot.com
Pengunaan garam yang berlebihan dalam makanan
Posted on Wednesday, September 25 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
JADI
para pengguna dinasihatkan berhati-hati ketika menggunakan penyedap
makanan ini kerana apa jua yang tertera sodium di bahagian kandungan,
bahan itu merupakan garam.
Bagi mereka yang tidak peka atau
kurang prihatin dengan penyakit darah tinggi, lihatlah data Kajian
Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006 bahawa penyakit itu
lebih berisiko kepada golongan dewasa berusia 30 tahun ke atas terutama
warga emas.
Menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datin Dr. Chia Yook Chin, peratusan
penghidap penyakit darah tinggi di negara ini juga bertambah sebanyak
30 peratus sejak 2006 dengan anggaran 4.8 juta individu menghidap
penyakit itu ketika ini.
Tambah beliau, jumlah tersebut tinggi ekoran amalan gaya hidup serta budaya pemakanan yang tidak sihat.
"Jika
dilihat daripada statistik terkini, sebenarnya dua per tiga daripada
jumlah ini tidak menyedari bahawa mereka menghidap penyakit darah
tinggi.
"Apa yang lebih membimbangkan, jumlah tersebut dijangka meningkat dua kali ganda pada 2025.
"Jadi,
disarankan agar setiap anggota masyarakat menjalani pemeriksaan
kesihatan setiap tahun dalam usaha mengetahui badan bebas daripada
penyakit,"ujarnya pada sidang akhbar sempena kursus ketahanan hipertensi
di Pusat Perubatan Sime Darby di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah
beliau, pemeriksaan awal penting dan sekiranya seseorang itu didapati
mempunyai penyakit, rawatan awal bukan sahaja mampu menyelamatkan nyawa
malah juga dapat mengurangkan berlakunya strok.
Hari ini dengan
pelbagai teknologi canggih yang ada dan ditambah pula dengan pelbagai
kajian, pelbagai rawatan juga mampu diberikan kepada pesakit.
Bukan
itu sahaja, pelbagai jenis ubat juga telah dicipta dalam usaha
membendung pelbagai penyakit yang 'menyerang' masyarakat hari ini.
Yook
Chin turut menasihati mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi agar
sentiasa mengambil ubat tepat pada masanya dan sentiasalah
berkomunikasi dengan doktor masing-masing dalam usaha mengetahui tahap
kesihatan dari semasa ke semasa.
Ini kerana sekiranya pesakit
tidak mengambil ubat mengikut seperti yang diarahkan penyakit yang
sedia ada akan menjadi bertambah teruk malahan akan merebak ke bahagian
lain.
Penyakit ini akan menjadi bertambah teruk sekiranya pesakit
mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, kolestrol tinggi, dan
tidak ketinggalan kepada mereka yang merokok.
Berbicara lanjut
mengenai penyakit darah tinggi ini, jelas Yook Chin, sebenarnya
pengambilan garam yang tinggi dalam makanan antara salah satu penyebab
utama darah tinggi.
Penyebab-penyebab
lain yang mampu mengundang penyakit darah tinggi ialah faktor umur,
berat badan berlebihan, dan kurang senaman.
Namun apa yang pasti katanya, punca sebenar kepada penyakit darah tinggi tidak diketahui.
Dalam
majlis itu juga, pasukan perubatan daripada pusat perubatan tersebut
memperkenal teknologi dan kaedah terkini dalam merawat hipertensi yang
digelar OneShot Renal Denervation System.
Kaedah rawatan itu telah digunakan pakai di Eropah dan Malaysia merupakan negara pertama menggunakannya di rantau ini.
Dalam
pada itu, Yook Chin menyeru penggiat industri makanan terutama
pengusaha restoran turut membantu menangani masalah penyakit darah
tinggi ini dengan mengurangkan penggunaan garam dalam hidangan mereka.
"Sewajarnya
mereka perlu ada pengetahuan mengawal penggunaan garam dalam
penyediaan makanan dan menggunakan bahan perisa asli yang lebih
berkhasiat tanpa menjejaskan keenakan hidangan yang disediakan.
"Pada
masa yang sama, masyarakat turut diseru agar menjalani gaya hidup yang
lebih sihat dengan melakukan senaman setiap hari kerana apa yang
membimbangkan keadaan atau situasi hari ini (sakit) dilihat semakin
teruk," katanya sebelum mengakhiri bicara.
MARIATUL QATIAH ZAKARIA
UM
Subhanallah! Mayat Wanita Solehah Masih Elok Harum Walaupun Sudah 19 Tahun Dikebumikan
Posted on Wednesday, September 25 @ 11:31:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Blog billyinfo
Mayat
seorang wanita di Tuban, Jawa Timur masih utuh dan mengeluarkan bau
harum ketika kuburnya digali semula untuk dipindahkan, walaupun sudah 19
tahun dikebumikan di situ. kubur itu digali semula bersama 16 kubur
lain dalam rangka perluasan masjid.
Jasad yang utuh tersebut
adalah jasad Siti Masrinah, warga Kampung Penambang, Semanding, Daerah
Tuban di Indonesia. Siti Masrinah yang dilahirkan pada 1913 itu
meninggal dunia pada 1994 dan dimakamkan di kawasan perkuburan di Desa
Bejagung
Menurut ahli keluarganya, semasa hidup Siti Masrinah
merupakan seorang wanita yang sabar dan rajin beribadah. Dia juga
menyayangi anak yatim dan tidak keberatan mendermakan sebahagian
hartanya untuk membantu anak yatim dan jiran tetangga di kampungnya.
billyinfo.blogspot.com
Fakta Suatu Kebimbangan Namun Keselamatan Negara Perlu Menjadi Keutamaan
Posted on Wednesday, September 25 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Seramai
92 penjenayah telah ditembak mati sejak 2011 sehingga Ogos 2013,
menurut laporan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Daripada jumlah tersebut, 56 orang adalah warganegara Malaysia dan
selebihnya dari Indonesia, Myanmar dan Nigeria.
Fakta ini
menunjukkan keberkesanan pihak polis menjalankan tugas membanteras
jenayah khususnya jenayah berat. Sejak akhir-akhir ini pula kerap
berlaku jenayah berat termasuk tembak mati yang dilakukan terhadap
mangsa. Justeru, keberanian pihak polis menembak mati 92 penjenayah
dalam tempoh dua tahun ini wajar dipuji.Namun demikian, disebalik
fakta ini timbul kebimbangan mengenai tahap keselamatan rakyat dan
negara ini. Persoalannya adalah sejumlah 92 orang penjenayah yang
ditembak mati tersebut boleh dianggap ramai dan membimbangkan. Ini belum
dikira mereka yang terlepas dari tangkapan, tidak dapat dikesan,
tercedera dan lain-lain lagi, sudah pasti angka tersebut amat ramai. Ini
bermakna negara ini sarat dengan penjenayah yang berbahaya dan pada
bila-bila masa sahaja boleh membahayakan nyawa manusia lain.
Dalam
pada itu, DPPM memuji pihak polis mendedahkan senarai 49 buah
pertubuhan kongsi gelap yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia. Mungkin
diantara penjenayah tersebut adalah ahli atau pemimpin pertubuhan kongsi
gelap terbabit. Apa yang diharapkan adalah kesemua suspek penjenayah
berbahaya tidak terlepas dari diburu, ditangkap dan dibunuh kerana
kesalahan dan jenayah yang mereka lakukan amat besar kepada negara.
Yang
paling penting, kerajaan bersedia menangani persoalan mengenai
pemilikan senjata api secara mudah, dengan menyiasat secara mendalam
punca perolehan serta mereka yang terlibat dalam penjualan senjata api.
Tidak ada individu atau kumpulan yang boleh dimaafkan dalam memusnahkan
negara ini.
Rakyat Malaysia meletakkan harapan besar agar kerajaan
mampu membanteras jenayah sceara bersepadu dan besar-besaran. Dalam
soal keselamatan negara, rakyat dan negara perlu menjadi keutamaan
sekalipun ratusan penjenayah yang berbahaya ditembak mati dalam tahun
mendatang.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan