Rabu, 18 September 2013

BILA TIDAK AMANAH...TAK PENDULI HALAL HARAM MAKA PENYELEWENGAN MUDAH BERLAKU DITAMBAH JAHIL AGAMA SERTA TAK MAHU BELAJAR...ASYIK KEJAR DUNIA

Utusan diarah bayar RM40,000 kepada Husam

Harakahdaily, 17 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan akhbar Utusan Malaysia membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Datuk Husam Musa dan menarik balik laporan yang didapati memburuk-burukkan Naib Presiden PAS itu.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.


Mingguan Malaysia, versi mingguan kepada akhbar Utusan Malaysia, bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu pada muka 9 keluarannya 22 September ini.

Utusan juga berjanji tidak akan menyiarkan kembali perkataan fitnah itu dalam mana-mana penerbitannya.

Husam sebelum ini menamakan Utusan Malaysia, penulis rencana Zulkiflee Bakar dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak dalam tuntutannya.

Ia berhubung rencana bertajuk 'Menilai hujah Husam' yang disiarkan akhbar itu yang dianggap memburuk-burukkan Husam sewaktu pemilihan PAS semakin hampir pada masa itu.

Menurut Husam, rencana itu memberikan gambaran beliau tidak setia kepada PAS dan idealismenya, tidak boleh dipercayai, berniat untuk membahayakan kepentingan PAS, serta merupakan musuh kepada PAS.

Husam diwakili peguam Malik Imtiaz melalui Tetuan Thomas Philip manakala Mingguan diwakili Tetuan Shafie and Mohan.

Dalam reaksinya terhadap keputusan hari ini, Husam yang dipetik portal itu menyatakan rasa syukur dan gembiranya.

"Isu ini berlangsung selama empat tahun tanpa penyelesaian dan menjadi isu yang menyerang saya ketika itu,

"Hari ini ia selesai. Saya harap tuduhan sebegini tidak berbangkit lagi," katanya ketika ditemui selepas keputusan dibacakan.

Rayuan bantu keluarga Ops Bubar

Hazayani Zakaria, 17 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Tabung yang dilancarkan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) bagi membantu keluarga 13 peserta Ops Bubar Dun Perak akan diteruskan sehingga mereka dibebaskan.

Menurut Penyelaras Tabung OPS Bubar Mai Suharah Basaruddin, tabung tersebut bagi membantu keluarga peserta yang dihukum penjara dua tahun dan denda RM5,000.

"DMPP memberikan tumpuan kepada tabung ini dan sangat berharap orang ramai sama-sama membantu meringankan beban mereka sepanjang hukuman berlangsung," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Hukuman tersebut dijatuhkan Hakim Norsalha Hamzah selepas didadapati bersalah kerana menyertai demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan semasa dalam Ops Bubar Perak pada 6 Februari 2009.

Sehubungan itu, DMPP menyeru orang ramai yang berkemampuan agar menghulurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mereka.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank DMPP 564025400711.

Manakala sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui Whatsapp: 0192135353 atau email psu1.dmpp@pas.org.my

Jangan biarkan 16 Sept berlalu tanpa erti

Harakahdaily, 17 Sep 2013



KUALA LUMPUR: PAS melihat kerajaan mesti menjadikan tarikh 16 September setiap tahun sebagai hari perpaduan dan peringatan pembentukan negara.

“Rakyat Sabah dan Sarawak seharusnya merasai kehadiran mereka dalam pembentukan Malaysia,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh itu, tegasnya kerajaan harus berusaha lebih untuk menyatakan kegembiraan di hari tersebut dan mengajak rakyat agar turut merasai kegembiraan dengan mengingati pembentukan Malaysia.

Beliau berkata, selepas ini diharap 16 September setiap tahun jangan dibiarkan berlalu tanpa sebarang agenda bermakna bagi masa depan negara.

Berikut kenyataan penuh beliau.

16 September 1963 merupakan hari penting bagi negara. Pada tarikh tersebut terbentuknya negara Malaysia, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak menjadi komponen penting pembentukan negara. Tarikh ini disambut sebagai Hari Malaysia setiap tahun.

Namun apa yang mendukacitakan tarikh tersebut dibiarkan berlalu untuk kali ke-50 tanpa sebarang perayaan besar atau sambutan utama sebagaimana negara menyambut Hari Kemerdekaan.

31 Ogos 1957 mungkin bukan tarikh penting bagi Sabah dan Sarawak kerana penyertaan mereka bermula tahun 1963, bukan 1957 sewaktu Semenanjung meraikan kemerdekaan negara.

Penyertaan mereka jangan hanya dilihat Semenanjung mengaut pelbagai keuntungan ekonomi dan politik sedangkan masyarakat di Sabah dan Sarawak dibiarkan jauh ketinggalan berbanding Semenanjung. Walhal, kedua-dua negeri mempunyai sumber yang maha kaya berbanding negeri-negeri di Semenanjung.

Akibat dari kegagalan kerajaan menjadikan 16 September sebagai hari penting, masih ada rakyat di Sabah dan Sarawak merasai Semenanjung menjajah mereka. Suara-suara sumbang yang masih kedengaran ini menggambarkan isu perpaduan nasional antara rakyat masih belum selesai.

Begitu juga masalah pembangunan yang tidak seimbang, kemiskinan, buta huruf dan peraturan ekonomi seperti dasar kabotaj negara yang menyebabkan kos barangan di Sabah dan Sarawak jauh lebih tinggi berbanding Semenanjung. Ini adalah antara beberapa isu utama yang perlu diberi perhatian segera.
Kita berdukacita di atas kehilangan Singapura, namun apakah kita menghargai kemasukan Sabah dan Sarawak?

Kerajaan harus sedar daripada ketidak-sensitifannya yang mengambil masa 46 tahun untuk mengiktiraf betapa pentingnya tarikh hari lahir Malaysia diumum sebagai cuti umum. Kalau bukan desakan Pakatan Rakyat, 16 September masih akan kekal sebagai hari biasa tanpa keistimewaan.

Hari pembentukan Malaysia adalah tarikh sangat penting, bahkan ia lebih penting dari tarikh berundurnya Inggeris dari bumi ini.

PAS melihat kerajaan mesti menjadikan tarikh 16 September setiap tahun sebagai hari perpaduan dan peringatan pembentukan negara. Rakyat Sabah dan Sarawak seharusnya merasai kehadiran mereka dalam pembentukan Malaysia.

Oleh itu, kerajaan harus berusaha lebih untuk menyatakan kegembiraan di hari tersebut dan mengajak rakyat agar turut merasai kegembiraan dengan mengingati pembentukan Malaysia.

Selepas ini, diharap 16 September setiap tahun jangan dibiarkan berlalu tanpa sebarang agenda bermakna bagi masa depan negara.


PANASSSSSS .... SEBAHAGIAN DARI 10 BUAH KERETA MILIK BEKAS SETIAUSAHA POLITIK SHAHRIZAT JALIL YANG DIRAMPAS OLEH SPRM YANG KINI BERADA DI PERKARANGAN IBU PEJABAT SPRM PUTRAJAYA, KERANA TERLIBAT DALAM KES PENYELEWENGAN DANA 1AZAM BAGI MEMBANTU RAKYAT MISKIN!!!!
Like · · · 10 hours ago ·

SPRM rampas 10 kenderaan mewah pembantu bekas menteri

Harakahdaily, 17 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu kepada bekas menteri, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu dibebaskan pagi ini.

Lelaki berpangkat datuk itu ditahan oleh SPRM Jumaat lalu berhubung dakwaan terlibat dalam penyelewengan program 1Azam yang dikhaskan untuk membantu golongan berpendapatan rendah.

Beliau yang juga bekas Adun dan bekas presiden sebuah NGO belia dibebaskan dengan ikat jamin pagi ini.

Sementara itu, SPRM dilaporkan turut merampas sebanyak sepuluh kenderaan mewah milik lelaki tersebut.

Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Alphard, Vellfire, Camry, Volkswagen Golf GTI dan mosikal berkuasa tinggi.

Program 1Azam adalah program dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Program ini dijalankan oleh Kerajaan Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka yang tergolong dalam golongan miskin.

Bilik Sulit: Manifestasi tahan tanpa bicara

Harakahdaily, 17 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Suaram dengan kerjasama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Teater Bukan Teater, akan menganjurkan pementasan teater Bilik Sulit sebagai usaha untuk berkongsi dengan rakyat mengenai implikasi undang-undang tahan tanpa bicara.

Dalam satu kenyataan, Suaram menjelaskan teater itu akan dipentaskan di Dewan Theatrette Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) selama tiga hari iaitu pada 19, 20 dan 22 September bermula 8.30 malam.

Teater yang diadaptasi daripada pengalaman sebenar bekas tahanan ISA itu akan memberi gambaran mengenai cara pihak polis menjalankan soal siasat terhadap tahanan di dalam bilik soal siasat.

Berikut ialah kenyataan penuh Suaram.

Suaram melihat terdapat usaha daripada pihak tertentu yang ingin mempromosikan kembali undang-undang konservatif seperti Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dengan menjadikan keadaan jenayah terkini sebagai alasan, pemansuhan EO  dan ISA dikatakan sebagai punca jenayah gagal dikawal secara berkesan.

Utamakan Pemerkasaan Polis Dan Bukannya Membuat Undang-Undang Baru

Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar menjadikan alasan ketiadaan undang-undang pencegahan seperti EO menjadi punca kepada meningkatnya kejadian jenayah. Tetapi kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang mencadangkan agar pihak Polis memperbanyakkan jumlah anggota di kawasan-kawasan tertentu disamping memperkasa aktiviti risikan. Kenyataan yang sama juga dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fauzi Shari yang menyifatkan kekurangan anggota yang bertugas di bahagian jenayah menjadi punca kejadian jenayah sukar dikawal.

Suaram juga berpandangan penggubalan undang-undang baru yang memberi kuasa besar kepada Polis hanya akan mendatangkan risiko berlakunya penyalahgunaan kuasa. Undang-undang baru yang digubal tanpa reformasi besar-besaran dalam institusi kepolisan dilihat sebagai usaha tidak lengkap yang akan memberi kesan yang sangat minima.

Undang-Undang Sedia Ada Adalah Komprehensif Dan Memadai Untuk Tangani Jenayah

Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan mewujudkan sebarang undang-undang pencegahan seperti EO. Beliau juga menyifatkan undang-undang sedia ada seperti Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan sudah memadai untuk menangani jenayah. Kanun Acara Jenayah misalnya telah memberi ruang kepada pihak Polis untuk mereman suspek bagi satu kesalahan sehingga 14 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan. Sistem ini adalah persis seperti sistem yang digunakan oleh Negara maju seperti Australia.

Kerajaan Australia telah menetapkan undang-undang yang hanya membenarkan sesorang itu ditahan tidak melebihi 14 hari bagi tujuan siasatan.  Bagi undang-undang anti-keganasan, Kerajaan Australia juga hanya membenarkan sesorang suspek pengganas ditahan tanpa bicara tidak melebihi 14 hari. Jumlah 14 hari dianggap tempoh yang memadai untuk pihak Polis melakukan siasatan yang secukupnya.

Teater Bilik Sulit, Perkongsian Pengalaman Ngeri Bersama Rakyat

Banyak bekas mangsa ISA merekodkan pengalaman ngeri mereka sepanjang ditahan di bawah ISA. Tempoh 60 hari dalam tahanan Polis tanpa berpeluang dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan menjadi satu peristiwa hitam dalam hidup bekas tahanan. Didera secara mental dan fizikal menyebabkan ramai tahanan mengalami trauma yang dahsyat biarpun setelah dibebaskan.

Oleh itu, Suaram dengan kerjasama Gerakan Mansuhkan ISA dan Teater Bukan Teater, akan menganjurkan pementasan teater Bilik Sulit sebagai usaha untuk berkongsi dengan rakyat mengenai implikasi undang-undang tahan tanpa bicara. Teater ini akan dipentaskan di Dewan Theatrette Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH) selama 3 hari iaitu pada 19, 20 dan 22 September 2013 bermula 8.30 malam. Teater yang diadaptasi daripada pengalaman sebenar bekas tahanan ISA ini akan memberi gambaran mengenai cara pihak Polis menjalankan soal siasat terhadap tahanan di dalam bilik soal siasat.

Suaram percaya pementasan teater ini akan memberi mesej secara langsung kepada Kerajaan Malaysia agar tidak melangkah ke belakang dengan menggubal undang-undang seperti ISA dan EO. Kerajaan Malaysia juga perlu sedar sehingga kini masih terdapat 7 orang tahanan ISA yang belum dibebaskan dan masih dikurung di Kem Tahanan Kamunting.

Suaram juga berhasrat untuk membawa pementasan teater ini ke kawasan luar Lembah Klang bagi membolehkan mesej teater ini menjejaki masyarakat terbanyak. Buat masa ini, teater Bilik Sulit sudah mendapat persetujuan daripada Ahli Parlimen Shah Alam untuk dipentaskan di Shah Alam pada 25, 26 dan 27 Oktober. Mana-mana pihak yang berminat untuk mementaskan teater ini di tempat masing-masing boleh terus menghubungi SUARAM di talian 03-7784 3525 atau menghantarkan permohonan ke alamat emel rightotrial@suaram.net. Suaram meletakkan tempoh masa dua bulan iaitu sepanjang Oktober dan November untuk mementaskan teater ini ke tempat-tempat yang bakal ditetapkan.

Jelajah bantah TPPA dilancar malam ini

Harakahdaily, 17 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Pelancaran Jelajah Bantah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Bantah TPPA) akan berlangsung jam 9.00 malam ini di Taman Melati, Wangsa Maju.

Pelancaran ini sebagai permulaan kepada siri Jelajah Bantah TPPA ke seluruh negara sebagai mobilisasi rakyat bagi membantah TPPA dan membantah kehadiran Presiden Obama ke Kuala Lumpur pada 10 dan 11 Oktober depan.

Jelajah Bantah TPPA adalah anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dengan kerjasama Badan Bertindak Bantah TPPA (Bantah) yang turut dibarisi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Pentas pelancaran malam ini akan digegarkan oleh Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Hatta Ramli yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang juga Naib Presiden PKR, Penyelaras SAMM che'GuBard, aktivis Hishamuddin Rais, wakil mahasiswa Safwan Anang dan Adam Adli.

Turut bersama-sama ialah wakil NGO Bantah TPPA antaranya Nizam Mahshar (MTEM), Cikgu Azmi (Mapem), Syed Ibrahim (Ikram), Azlan Awang (Blindspot), Anas Alam Faizli (Blindspot), Sivarajan (Jerit).

"SAMM menjemput seluruh warga kota untuk hadir bersama menghadam maklumat mengenai bahana perjanjian TPPA dan isu semasa yang menghangat. Pesta kesedaran akan terangkan semula biarpun sekadar berbentuk ceramah sebagai pemula, ia cukup menjadikan api kemarahan rakyat dinyalakan sebaiknya. Cukuplah waktu rehat, kini tiba masanya bersama menggerak massa menyelamatkan tanahair," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

Jelajah Bantah TPPA akan bergerak ke 13 negeri sebelum kembali semuala ke Kuala Lumpur dalam satu pentas kemuncak yang mungkin mempertemukan dua tokoh terbesar tanah air.

Jelajah ini juga akan memastikan orang ramai dari seluruh negara akan bergerak dan sampai ke Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 demi satu perhimpunan di KLCC 'menyambut' Presiden Amerika, Barrack Obama dengan cara tersendiri.

"Maka bermula hari ini, SAMM bersama rakan sekutu akan menjengah ke seluruh negara dalam satu siri jelajah mobilisasi menentang perjanjian TPPA dan membantah kehadiran Presiden Obama ke Kuala Lumpur pada 10-11 Oktober ini.

"Siri jelajah juga akan dipanaskan dengan beberapa isu semasa termasuklah isu kesan kenaikkan harga petrol dan pemenjaraan 13 pejuang demokrasi," kata Edy.

Tuesday, September 17, 2013


Senarai Negara Yang Menjual Kereta Dengan Harga Mahal 2013.

Top Ten. Mahu tahu Malaysia ada atau tidak dalam senarai ini? Mahu tahu Malaysia di kedudukan yang ke berapa?

Meh kita lihat kedudukan negara kita di tangga yang ke berapa.

BTW, kajian ini dilakukan oleh laman blog ==> http://jalopnik.com/the-ten-most-expensive-places-to-buy-a-car-1256855393

Blog tue memang khusus bercerita pasal kereta.

Kali neh mereka buat perbandingan specific mengenai harga kereta Toyota PRIUS, FR-S Scion ataupun kedua2nya sekali. Kat bawah neh mencatatkan 10 tempat di mana harga2 jualan kereta di negara2 tersebut di anggap mahal.

Di anggap mahal pada mereka2 yang participate dalam survey tersebut, yakni rakyat di negara2 tersebut. Perbandingan ini tidak menyeluruh dan terperinci. Jika nak jadikan ia sebagai bahan kajian, mohon rujuk kepada bahan yang ilmiah dan terbukti. 

10. Cuba. = harga tidak direkodkan.

9. Korea Utara. = harga tidak direkodkan.

8. St. Kitts And Nevis. = harga tidak direkodkan.

7. United Kingdom. = $39,031 [FR-S Scion, lihat gambar]



6. Brazil. $36,559 [merujuk kepada PRIUS]



5. China. $43,919 [FR-S]

4. Nicaragua. = harga tidak direkodkan.

3. Indonesia. $59,666 [FR-S]

2. Malaysia. $73,529 [FR-S]

1. Singapura. $135,421 [FR-S]

Untuk rekod, perbandingan ini dilakukan dengan convert matawang. Ada matawang rendah nilainya, ada yang tinggi nilainya. Yang neh kena fahamkan juga. Di UK dorang guna POUND STERLING. Dan perbandingan ini disumbangkan oleh rakyat2 yang duduk di negara tersebut sebelum dibandingkan dan meletakkan negara2 tersebut dalam kedudukan ini.

Amek contoh harga kereta di UK. Harga $36k tue dah termasuk insurans dan itu untuk harga kereta baru. Currency di convert dengan nilai US. Kalau ikut tangga gaji UK pada mereka murah lagi. Tapi disebabkan convert, kita nampak mahal. Kerana perbezaan nilai matawang. BTW, dengan harga yang sedia ada pun pada mereka MAHAL disebabkan insurans. Hello, ada ke orang yang p UK nak kata harga kereta di negara itu MAHAL. Bahkan rakyat luar asyik puji je harga barang2 kat UK murah. Adakah mereka tak bersyukur atau apa? Jelas kat sini mereka ialah rakyat yang  sentiasa berfikir begini. Aku tahu sebagai rakyat aku boleh dapat yang lebih baik, lebih murah dan lebih bagus dari ini.

Hehe.

Mentaliti mereka dan mentaliti kebanyakkan rakyat di negara ini memang jauh berbeza. Siyes. Cuba baca di ruangan komen kat blog tersebut. Boleh nampak macam mana mereka berfikir. Dan yes, takde komen2 yang pergi menyalahkan Islam, propaganda yahudi ataupun ini semua agenda syiah. Wow. Mereka takde masalah untuk focus pada perbincangan rupanya.

Yang menarik, individu yang mencalonkan kedudukan harga kereta di Malaysia mahal ==> http://jalopnik.com/i-would-like-to-nominate-malaysia-where-in-malaysia-t-1251744055 

Telah menerima respon dari seseorang yang merasakan hey penjualan kereta di Malaysia tak la seteruk di Singapore pun..


At least you don't have to contend with COE, and actually have the choice of buying a nice, interesting used '90s car, rather than having all of them disappear from the roads. Plus, your fuel is subsidised as well. Trust me, it's a lot more miserable being an enthusiast in Singapore.

Rakyat, di mana2 negara sekalipun, rasanya sama aje kan?

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: