Posted on Monday, September 30 @ 20:53:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
ALOR SETAR - Pas yakin mampu mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau pada pilihan raya kecil (PRK) berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Khamis lalu.
Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusof Husin berkata, Dun Sungai Limau adalah kubu kuat Pas selepas Allahyarham Azizan berjaya mengekalkannya selama lima penggal berturut-turut.
“Ini maruah kita. Lima penggal Pas mengekalkan kuasa di bawah pimpinan Azizan. Kita akan cuba pertahankan kemenangan itu pada PRK nanti,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata, Pas akan menggerakkan jentera agar supaya bekerja lebih keras bagi mempertahankan kerusi itu.
Difahamkan, mesyuarat khas yang diadakan Jumaat lalu menubuhkan jawatankuasa khas sebagai persiapan menghadapi PRK.
“Saya tidak dapat mengumumkan siapa yang terlibat dalam jawatankuasa itu. Saya adalah antara individu yang terlibat secara langsung bagi memastikan persiapan berjalan lancar,” katanya.
Pada PRU13 lalu, Allahyarham Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau selepas mengalahkan calon BN dan dua calon bebas dengan majoriti 2,774 undi.
Sebelum ini, Azizan yang juga bekas menteri besar meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, pada jam 11.05 pagi, Khamis lalu selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.
Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada darah selain kegagalan beberapa organ dalaman.
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
Sinar Harian
29 September 2013
PRK Sungai Limau: PAS Harap Awal November - Mustafa
Posted on Monday, September 30 @ 20:39:47 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
PETALING JAYA: Waktu yang dilihat paling sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau adalah pada awal November ini.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata awal November dianggap sesuai kerana ia tidak bertembung dengan Muktamar Tahunan PAS ke-59 dan pemilihan Umno juga telah selesai pada waktu itu.
"Seboleh-bolehnya janganlah dibuat ketika muktamar PAS. Saya kira waktu paling 'cantik' ialah awal bulan November sebelum muktamar PAS dan selepas pemilihan Umno.
"Boleh buat (PRK), tapi kalau boleh kita minta dielakkan," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Muktamar PAS dijadualkan akan berlangsung pada 20 hingga 24 November ini manakala PRK DUN Sungai Limau perlu diadakan selewat-lewatnya pada 27 November.
Pemilihan Umno pula akan diadakan pada 11 dan 19 Oktober ini.
Mustafa berkata sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan PRK diadakan pada hujung November, ia sedikit-sebanyak akan mengganggu perjalanan mukatamar PAS.
"Jika diadakan pada hujung November, sudah tentu tempoh berkempen termasuk dalam waktu yang sama kita mengadakan muktamar," katanya lagi.
Mengulas mengenai perkembangan dan persediaan menghadapi PRK, Mustafa berkata PAS negeri telah pun mengadakan mesyuarat berkaitan isu tersebut baru-baru ini.
Katanya, PAS negeri akan mencadangkan tiga nama calon sebelum diputuskan oleh PAS Pusat.
Mengenai peluang PAS mempertahankan DUN Sungai Limau, Mustafa yakin dan optimis PAS akan mengekalkan kerusinya itu.
Tambahnya, PAS juga tidak menghadapi masalah untuk meletakkan calon berkaliber bagi menghadapi calon Barisan Nasional (BN).
"Kita yakin boleh menang tapi kita tidak akan mengambil mudah pilihan raya ini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mustafa turut ditanya mengenai Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menggesa supaya PRK diadakan sebelum pembentangan Bajet 2014, 25 Oktober ini.
Mahfuz berkata PRK DUN Sungai Limau perlu diadakan sebelum pembentangan Belanjawan 2014 bagi mengelak pelbagai persepsi yang akan timbul daripada pengumuman yang didakwa akan disalahgunakan oleh kerajaan untuk meraih undi rakyat.
"Itu mungkin pandangan peribadi beliau," katanya.
PRK DUN Sungai Limau akan diadakan ekoran kematian bekas menteri besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak, 26 September lalu.
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, berkhidmat sebagai menteri besar Kedah yang ke-10 selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.
Pada PRU-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi yang disandangnya dengan memenangi majoriti undi 2,774 dalam pertembungan empat penjuru.
IZRA ABD RAHMAN
mStar Online
30 Sept 2013
Penumpang buka pintu pesawat sebab panas
Posted on Monday, September 30 @ 20:26:06 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin.
Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.
Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.
Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.
Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.
"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.
Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.
Sehingga pukul 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu.
Bernama
30 sept 2013
Perkara Kita Mesti Tahu Tentang Sikat Rambut
Posted on Monday, September 30 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
PERNAHKAH kita terfikir cara menyikat rambut yang berbeza akan memberikan kesan yang berlainan? Selama ini, tak pernah ambil berat pun soal cara menyikat rambut. Kadang-kadang sikat sambil duduk dan kadang-kadang sikat sambil berdirilah.
- Sekiranya kita sikat rambut sambil duduk, ia bakal menguatkan otot jantung.
- Sebaliknya jika sikat rambut sambil berdiri, ia akan melemahkan jantung.
Selain melemahkan jantung, bersikat secara berdiri akan menyebabkan kita terjebak dalam masalah hutang.
Di samping itu, sekiranya kita menggunakan sikat yang diperbuat
daripada perak @ silver ataupun sekadar bersadurkan perak, hukumnya
adalah MAKRUH.
Seperkara lagi, Nabi S.A.W juga melarang kita sikat rambut dalam bilik mandi atau bilik air.
Tapi, kenapa???
Sebab ia hanya akan melemahkan umbi rambut.
Sumber
Sebuah belantara agama dan bangsa?
Posted on Monday, September 30 @ 14:00:00 MYT

Dongeng anjing yang ligat berfikir
Seekor anjing dibawa tuannya bersafari di benua Afrika. Di rimba
segala binatang buas itu, ia terlalu asyik dengan persekitaran
sehinggakan terpisah dengan tuannya. Tatkala merayau-rayau mencari-cari
tuannya ia diteropong oleh seekor harimau bintang (Pa Tompok), “Makan
tengah hariku sudahpun di depan mata”, fikirnya sambil memecut dan
menerkam ke arah sang anjing.
Pasrah, sang anjing yang terkejut besar itu cepat-cepat berpura-pura
sedang menggesel-gesel sisa-sisa rangka tulang
entah-binatang-apa-yang-tidak-diketahuinya. Sebelum sempat menerkam dan
membaham, Pak Tompok terdengar sang anjing berkata-kata lantang sekali,
“Memang sedap betul harimau tompok!! Ada lagikah harimau ini di sini?”
Terkejut dan terkedu yang amat sangat, Pak Tompok terus berundur.
Seekor monyet yang sedang beristirihat di atas sebatang pokok Baobab
melihat seluruh episod anjing dan harimau tompok, lalu menceritakan
seluruh peristiwa pembohongan kepada Pak Tompok. Bukan kepalang
marahnya harimau tompok. “Ayuh! Kau naik ke atas belakangku, kita
kerjakan anjing bandar yang seekor ini!!” ujar Pak Tompok dengan
kemarahan membuak-buak.
Nah, sebaik saja melihat Pak Tompok dengan seekor kera di atas
belakangnya menuju ke arahnya, sekali ia ligat berfikir apakah
strategiku kali ini? Maka tatkala Pak Tompok yang masih menyala-nyala
muka ketatnya menghampirinya, sang anjing pun melaung-laung,
seolah-olah dalam keadaan yang marah yang amat sangat, “Ke mana perginya
kera penipu ini? Lebih sejam kusuruh ia bawakan aku seekor harimau
bintang. Masih juga belum nampak batang hidungnya!!”
(Cerita di atas dipetik dari buku, How to Think Fast, Valerie Pierce. Advantage Quest Sdn. Bhd, 2013.)
2.0
Cerita di atas menggambarkan betapa hebat-ligatnya sang anjing berfikir
dan kata yang empunya cerita, dengan kelincahannya berfikir itulah ia
telah berjaya melepaskan dirinya ― dalam waktu yang relatif sangat
singkat ― bukan satu kali tapi sebanyak dua kali.
Sebagai seorang ‘peminat’ dongeng, kita mungkin bertanya, “Kenapakah
sang harimau bintang yang relatif jauh lebih perkasa, boleh ditipu untuk
kedua kalinya?”
Soalan lain yang mungkin, “Kenapakah sang kera turut masuk campur
seolah-olah ia adalah seekor balaci yang setia? Apakah habuan yang
telah dijanjikan kepada seekor kera sekiranya sang anjing itu berjaya
dikorbankan? Apakah janjinya cukup lumayan untuk seekor kera?”
Katakanlah anjing, harimau tompok dan kera itu bergabung dalam satu
pakatan yang katanya masih longgar, apa pula bentuk dongeng yang boleh
kita dongengkan? Ya, dongeng untuk menguasai sebuah belantara ―
belantara politik Malaysia ― sebuah belantara agama dan bangsa?
BARAJIWA
http://barabarajiwa.blogspot.com
BARAJIWA
http://barabarajiwa.blogspot.com
Kod Etika Pemilihan UMNO Hanya Menguntungkan Pemegang Jawatan Kerajaan
Posted on Monday, September 30 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Pemilihan UMNO kali ini bukan saja menyaksikan perubahan dari segi penyertaan mereka yang diberi hak memilih tetapi juga beberapa peraturan baru berkaitan pertandingan turut diperkenalkan. Antara yang menjadi perbahasan hangat ialah mengenai peraturan kempen dan ruang untuk berjumpa dengan perwakilan.
Tidak seperti sebelum ini, dalam pemilihan kali ini mereka yang bertanding di peringkat pusat hanya dibenarkan berjumpa dengan perwakilan dalam program yang akan diaturkan oleh Badan Perhubungan Negeri saja. Menurut laporan, majlis seumpama itu akan disusun selepas 7 Oktober depan iaitu selepas senarai calon-calon yang disahkan bertanding dikeluarkan.
Semua calon khabarnya akan diberitahu tarikh dan masa majlis-majlis yang akan diiadakan itu dan hanya disitulah mereka boleh berjumpa dan beramah mesra dengan perwakilan dari setiap negeri. Kempen secara persendirian atau menemui perwakilan secara sembunyi-sembunyi tidak lagi dibenarkan dan jika didapati berbuat demikian, boleh dibatalkan penyertaan calon yang berbuat demikian.
Timbul persoalan, dengan jumlah perwakilan seluruh Malaysia mencecah 150 ribu dan di setiap negeri pula angkanya juga melibatkan belasan ribu orang, bagaimanakah calon-calon yang bertanding dapat memperkenalkan diri masing-masing dan menambat hati perwakilan?
Jika dalam setiap majlis itu diminta semua calon berucap dan memperkenalkan diri, di mana dilaporkan seramai 260 calon bertanding di peringkat MT, Wanita, Pemuda dan Puteri, majlis memperkenalkan calon itu barangkali perlu memakan masa yang panjang dan membosankan para perwakilan.
Kalau pun majlis itu diasingkan antara MT, Wanita, Pemuda dan Puteri dan diadakan pula mengikut zon atau daerah, jumlah calon yang perlu hadir dan memperkenalkan diri ialah antara 60 hingga 70 orang. Dengan ini, majlis itu tetap memerlukan tempoh masa yang lama jika semua calon diminta berucap dan memperkenalkan diri.
Tetapi sekiranya majlis itu sekadar majlis keramaian yang disertai dengan makan-makan misalnya dan semua calon mempunyai kebebasan memperkenalkan diri dan menemui perwakilan, keberkesanannya pula yang menjadi pertikaian. Cukupkah dalam majlis seumpama itu untuk seseorang calon memperkenalkan diri, menerangkan visi perjuangan dan sebagainya kepada para perwakilan dan berapa berapa ramai pula perwakilan yang boleh ditemui?
Walaupun mungkin UMNO melaksanakan kod etika itu dengan niat yang baik tetapi persoalan-persoalan ini dilihat mengekang calon-calon, terutama muka baru, calon pertama kali bertanding dan calon yang tiada jawatan dalam kerajaan seperti menteri atau timbalan menteri.
Sebab itu, apabila calon Naib Presiden UMNO, Mukhriz Mahathir meminta kelonggaran diberi untuk menemui perwakilan, ia sebenarnya wajar dipertimbangkan demi keadilan kepada semua pihak.
Bagi yang ada jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri, kod etika kempen ini mungkin tidak banyak mendatangkan masalah kepada mereka. Mereka juga tidak mengharapkan sangat wadah kempen yang diatur itu untuk memperkenalkan diri. Liputan media melalui akhbar dan tv juga memihak kepada mereka atas dasar jawatan yang disandang dalam kerajaan itu.
Meskipun sekarang ini, dilaporkan bahawa kempen hanya boleh bermula selepas 7 Oktober melalui majlis yang akan diatur oleh Badan Perhubungan Negeri, tetapi mereka yang berjawatan dalam kerajaan sudah pun memulakan kempen masing-masing melalui program kementerian yang diatur di beberapa negeri.
Ada menteri yang mengadakan karnival, ada yang mula mengatur program bertemu pemimpin masyarakat, melawat agensi di bawah kementerian, program turun padang dan mencipta seribu satu nama program lain yang tujuan dan maksudnya ialah bertemu perwakilan di seluruh negara.
Majlis itu meskipun atas nama dan belanja yang ditanggung oleh kementerian tetapi berdasarkan gambar-gambar yang tersebar, jelas sekali bahawa sebahagian besar yang hadir adalah perwakilan UMNO cawangan-cawangan belaka. Ketika calon-calon lain tidak dibenarkan berkempen dan dikekang dengan pelbagai sekatan, mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri ini bukan saja menyalahgunakan kedudukan dan perbelanjaan kerajaan untuk kepentingan jawatan dalam parti tetapi juga seolah-olah mempunyai lesen besar untuk berkempen sesuka hati.
Selain mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri mulai sibuk mengatur pelbagai program ke seluruh negara, calon yang berjawatan dalam GLC dan agensi kerajaan juga turut berbuat demikian. Mereka kini berkelilau turun padang ke seluruh negara atas berbagai program yang direka-reka namanya tetapi mauduknya ialah untuk bertemu dan berkempen kepada perwakilan UMNO.
Bagi calon yang mempunyai hubungan rapat dengan menteri atau timbalan menteri pula, bolehlah menumpang dengan turun sama ke mana-mana destinasi itu.
Bagi calon yang tiada jawatan dan tiada "godfather", kesukaran memang ternampak nyata. Bukan saja kekurangan ruang untuk berkempen dan memperkenalkan diri, malah tiada juga teduhan yang boleh mereka menumpang.
Di sinilah ternampak ketidakadilannya dan diharap Lembaga Disiplin atau Jawatankuasa Pemantau Pemilihan turut melihat pekara ini secara menyeluruh dan tidak sekadar memberi amaran akan mengambil tindakan kepada calon-calon yang melanggar peraturan tetapi akhirnya yang masuk jerat hanyalah "ikan-ikan bilis" saja sedangkan calon "ikan yu" bebas meredah apa saja halangan yang dicipta itu.
Dengan pelbagai kekangan dan sekatan yang akhirnya ternampak berat sebelah dan hanya menguntungkan satu-satu pihak saja, kod etika pemilihan yang merupakan sebahagian daripada transformasi politik Perdana Menteri, Najib Razak ini ternampak bukannya sedang menuju kemajuan, sebaliknya seperti berundur ke belakang, memberi ketidakadilan kepada sesetengah calon dan menganiaya mereka.
Sudahnya, calon yang tiada jawatan walaupun berpotensi dan mempunyai kelayakan serta kebolehan seperti tidak diberikan "lantai yang sama rata untuk menari" manakala perwakilan seramai 150 ribu yang kononnya melambangkan erti demokrasi sebenar dan inklusifnya UMNO pula seolah-olah dilayan seperti kanak-kanak tadika yang sentiasa dipantau pergerakannya dan "tidak boleh itu" dan "tidak boleh ini" akhirnya. (SH 29/09/2013).
SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com

Kerugian Tanda Putra RM3.8 Juta Bazirkan Wang Rakyat
Posted on Monday, September 30 @ 12:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KUALA LUMPUR 29 SEPT: Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.
“Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.
“Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya,” katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu ‘Awan Nano’.
Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.
Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2 juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.
Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan.
Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum.
“Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain,” ujarnya.
Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.
Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah.-KD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan