Pemuda Pas Tekad Pertahan Kemenangan Dun Sungai Limau
Posted on Saturday, September 28 @ 08:04:33 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Jabatan
Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada
seluruh anggota keluarga Al Marhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di
atas kembalinya ke rahmatullah Al Marhum di Hospital Sultanah Bahiyah,
Alor Setar semalam.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS
Malaysia merasa cukup terkesan dengan kehilangan seorang tokoh hebat
pejuang PAS yang sentiasa istiqamah untuk memartabatkan perjuangan
menegakkan daulah Islamiyyah di dalam negara ini. Semoga roh Al Marhum
Tan Sri Ustaz Azizan akan ditempatkan di kalangan para anbia,
orang-orang soleh dan orang-orang yang hampir dengan Allah Taala.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Al Marhum Tan
Sri Ustaz Azizan sebagai seorang yang berkaliber, mempunyai gaya
kepimpinan yang berkarismatik, seorang yang berpandangan jauh untuk
kebaikan jamaah dan rakyat.. Semuanya telah dapat dibuktikan dengan
kejayaan Al Marhum memandu jentera pilihanraya PAS Negeri Kedah mencipta
kejayaan cemerlang memerintah negeri Kedah dengan mengalahkan jentera
Barisan Nasional Negeri kedah. Satu kejayaan yang cukup manis dan
gemilang kepada Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah dan rakyat negeri
Kedah.
Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini juga
turut mengisytiharkan kebersediaan dan kesiapsiagaan Pemuda PAS di semua
peringkat untuk mempastikan kemenangan calon PAS yang akan mewakili
Pakatan Rakyat bagi kerusi DUN Sungai Limau apabila diumumkan
pilihanraya kecil oleh SPR nanti. Sesungguhnya kemenangan yang akan
dicapai di dalam pilihanraya kecil itu nantilah yang akan menjadi
sumbangan kecil pemuda untuk menghargai segala jerit perih perjuangan Al
Marhum Tan Sri Ustaz Azizan selama ini.
Oleh itu, Jabatan
Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengarahkan supaya
setiap jentera Pemuda PAS di semua peringkat melakukan persediaan
terakhir dari sudut dana, persiapan teknikal dan lain-lain perkara di
peringkat masing-masing untuk bersedia turun membantu jentera Badan
Perhubungan PAS Negeri Kedah di dalam misi bagi mempertahankan maruah
kemenangan PAS di DUN Sungai Limau.
MOHD SANY BIN HAMZAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Kongsi Gelap: Jawatankuasa “Ad Hoc” Perlu Dibentuk
Posted on Saturday, September 28 @ 08:16:17 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Setiausaha
Persatuan Progresif India Malaysia Negeri Pulau Pinang (MIPAS),
Kumaresan Aramugam menggesa supaya jalan penyelesaian konkrit perlu
diambil bagi menyelesaikan masalah kongsi gelap. Menurutnya, pihaknya
menyokong tindakan kerajaan untuk membasmi gangsterisme melalui Ops
Cantas namun, pihaknya juga risau dengan keadaan tempoh hari ramai anak
muda ditangkap mahupun ditembak mati.
Menurut Kumar, dengan
operasi demikian ianya bukannya satu penyelesaian yang menyeluruh
terhadap kumpulan kongsi gelap kerana tanpa satu kaedah yang konkrit,
maka cerita kongsi gelap ini tidak akan berakhir juga.
Tambahnya
beliau, ini bukan cerita filem di mana dalam filem pada babak klimaks
dilihat orang jahat menjadi baik dan karakter tersebut ditamatkan, namun
dalam isu sekarang adalah berbeza kerana ianya adalah realiti dan
bukan untuk sekadar tontonan.
Menurutnya lagi, pihaknya juga
percaya bahawa isu kongsi gelap ini tidak akan berakhir kerana kumpulan
tersebut tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Walaupun ketua-ketua
mereka tiada lagi, namun kumpulan kongsi gelap mampu bergerak aktif
semula dengan diterajui muka baru. Menurut beliau lagi, dalam tempoh
sebulan Ops Cantas dilancarkan lebih 8,449 orang telah ditahan. Perkara
ini membimbangkan pihaknya kerana mereka yang bergiat aktif dalam
aktiviti kongsi gelap ini kebanyakkannya berumur kurang daripada 35
tahun iaitu dikategorikan sebagai belia.
Apakah punca
belia-belia ini yang sepatutnya menjadi tunjang kemajuan dan harapan
Negara ini terjerbak dalam dunia kongsi gelap? Di mana kesilapannya dan
apakah sistem yang perlu dibetulkan?
Terdapat banyak lagi
persoalan yang timbul, maka untuk mencari jawapan bagi segala persoalan
ini pihaknya menyeru supaya satu jawatankuasa "ad hoc" perlu dibentuk
dengan segera dan jawatankuasa tersebut perlu dirangkumi oleh ahli-ahli
politik daripada kerajaan, pembangkang dan juga badan-badan NGO belia.
MIPAS
juga menyeru agar semua pihak dapat ketepikan soal perbezaan politik
untuk seketika dan bersatulah untuk mencari jalan penyelesaian yang
konkrit terhadap masalah kongsi gelap ini. Tiada gunanya kita saling
tuding-menuding menyalahkan antara satu sama lain kerana keadaan ini
pastinya akan mengeruhkan lagi suasana. Jawatankuasa "ad hoc" yang
dibentuk pula perlu menjadi badan pemikir untuk membetulkan apa jua
kesalahan sama ada sistem kerajaan yang sedia ada atau pun
disebaliknya.
Kumaresan Aramugam
Setiausaha MIPAS Pulau Pinang
DUN Bukit Besi Menyusun Gerakkerja untuk PRU-14
Posted on Saturday, September 28 @ 07:43:26 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Oleh: LensaHandPhone
"
Dungun
mencipta satu rekod yang baik semasa PRU-13 dimana Parlimen Dungun
P39, Dun Sura N27, Dun Rantau Abang N26 dan Dun Paka N28 PAS menang,
tapi hanya kalah di N25 Bukit Besi.
Kekalahan ini adalah punca
status Dun siapa yang sepatutnya bertanding dikalangan PR. Kesefahaman
asal sepatutnya Cikgu Loh (Abdullah) yang mewakili PKR tetapi malangnya
calon ini dicantas sehingga Cikgu Loh terpaksa membuat laporan
bertulis kepada kepimpinan PKR pusat.
Timbul
isu PIL KUDA dan calon bidang terjun dikalangan PKR yang sudahlah
lemah di Terengganu tetapi berpecah pula kepada 3 kumpulan nakkan calon
di situ.
Pilihanraya perlukan persediaan yang mantap bukan hanya 3 atau 4 bulan nak PRU baru berebut dan nak bekerja.
Atas dasar ini saya setuju dengan Presiden PAS, PAS bersifat menyelematkan kawasan yang sepatutnya boleh memang jika ada usaha.
DUN Bukit Besi pernah menjadi milik PAS apabila Ustaz Roslan Ismail, memang di kerusi itu pada PRU-11
Mesyuarat
Agung PAS Kawasan Dungun telah membuat beberapa ketepatan dalam
perbincangan hangat bagi memastikan PR menguasai Dungun yang mempunyai 1
parlimen dan 4 dun.
Kata-kata ransang daripada bilik Gerakan
Dun Bukit Besi menunjukkan Bukit Besi milik PR untuk PRU-14 nanti dan
dengan ini PR boleh menguasai Terengganu.
"Pas gagal
memenangi hati pengundi N25 Bukit Besi masa PRU13 namun mlm ini ceramah
politik pertama untuk cipta gerakerja untuk kemenangan digarap PRU14."
OrangMuda Dungun
http://lensahandphone.blogspot.com"
Sebuah Pulau Muncul Selepas Gempa Bumi
Posted on Saturday, September 28 @ 07:37:02 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
KHUZDAR (Pakistan):
Sebuah pulau baru muncul di Pakistan selepas berlakunya gempa bumi
berukuran 7.7 pada skala Richter di wilayah Baluchistan di daerah Awaran
pada Selasa lalu yang kelihatan seperti tanah berdebu yang luas.
“Pulau
itu setinggi sehingga 100 kaki dan 200 kaki lebar, muncul selepas gempa
bumi melanda di bahagian Baluchistan,” kata pegawai kanan pentadbiran
Tufail Baluch kepada AFP.
Pegawai itu berkata, pulau yang sama
muncul di tempat yang sama di perairan kira-kira 60 tahun lalu tetapi
hilang selepas beberapa ketika, yang bermaksud ‘pulau’ sekarang ini
mungkin tidak akan bertahan lama.
Ia bagaimanapun tidak
menghalang penduduk tempatan menggunakan bot untuk meneroka pulau itu,
yang mungkin dilanda lumpur dan pasir.
Saluran televisyen
menunjukkan imej kawasan berbatu yang semakin meninggi di atas paras
laut, serta orang ramai yang kelihatan hairan dengan kejadian itu
berkumpul di pantai untuk menyaksikan fenomena yang jarang-jarang
berlaku.
Pulau baru itu tercipta akibat tekanan gempa bumi, kata
seismologi John Armbruster kepada NBC News, yang mana katanya ia membawa
kepada pembentukan sebuah “gunung berapi lumpur.”
Beliau berkata, pembentukan lumpur itu merupakan kejadian yang wujud berikutan gempa bumi sekuad magnitud tujuh atau lapan.
Kajian
Geologi Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tahap merah pada Selasa,
yang memberi amaran bahawa jumlah kematian yang tinggi berdasarkan data
sebelum ini, dan kerajaan wilayah mengisytiharkan darurat di Awaran.
“Jumlah
kematian akibat gempa bumi mencecah mencapai 208 orang sekarang. Yang
cedera adalah lebih 382 orang,” kata Asad Gilani, yang merupakan salah
seorang pegawai paling kanan pentadbiran wilayah kepada AFP.
“Pasukan
penyelamat sedang berusaha untuk mendapatkan semula mayat dan mereka
yang cedera, tetapi keutamaan kami adalah untuk membawa mereka yang
cedera ke hospital secepat mungkin,” katanya.
“Tidak ramai doktor
di kawasan itu tetapi kami cuba untuk menyediakan kemudahan secara
maksimum di kawasan-kawasan yang terlibat,” kata Jan Muhammad Baledi ,
jurucakap kerajaan Baluchistan, kepada saluran berita Ary.-kedahkini
Dr M: RM20j tugas perunding? Saya pun boleh
Posted on Saturday, September 28 @ 07:19:38 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Selepas
kerajaan membelanjakan RM20 juta sebagai yuran perundingan bagi Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir
Mohamad dengan sinis berkata beliau juga boleh melakukannya.
Bercakap
dalam satu sidang akhbar di Subang Jaya petang ini, Dr Mahathir
berkata, beliau pun boleh menjadi pakar tempatan, tapi tiada siapa yang
mahu memberinya tugas tersebut.
Beliau
mengulas pertanyaan berhubung langkah kerajaan membayar sejumlah wang
yang besar itu kepada McKinsey & Co untuk perkhidmatan perundingan.
Ia menjadi sasaran kritikan hebat pembangkang kerana mereka mendakwa firma tersebut bukan pakar dalam bidang pendidikan.
Tambahan
pula, langkah menggunakan khidmat agensi asing juga dilihat sebagai
mengetepikan teknokrat tempatan yang ramai dibawa pulang oleh PEMANDU di
bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib TUn Razak.
Mahathir juga
menyentuh tentang kedudukan yang kurang baik universiti-unversiti di
negara ini, dengan berkata ia mungkin disebabkan oleh pengembangan
terburu-buru dalam bidang pendidikan tinggi.
Katanya,
pengembangan institusi pendidikan menjadi begitu pantas sehingganya
sukar untuk mendapatkan tenaga pendidik, profesor dan pensyarah.
Bekas
perdana menteri itu berada di Sunway University hari ini untuk
menyampaikan biasiswa Yayasan Jeffrey Cheah kepada pelajar yang
berkelayakan.-mkini
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Ahad, 29 September 2013
AMALAN DAN KERJA YANG BAIK DIDUNIA IALAH MEMBUAT KERJA2 MENDATANGKAN KEUNTUNGAN AKHIRAT....IAITU ALLAH KURNIAKAN SYURGA...TAPI INI YANG SUKAR....KERANA MANUSIA NAMPAK YANG ZAHIR IAITU DUNIA SAJA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan