Tangguh AES, bukan pindah dari JPJ kepada PDRM
Hazayani Zakaria, | 18 Sep 2013 |
Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan tersebut tidak akan menjawab persoalan sama ada pelaksanaan AES dapat menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya atau tidak.
"Keputusan baru ini menunjukkan permulaan pelaksanaan AES dulu tidak dibuat berasaskan kajian yang teliti sama ada AES itu menyelesaikan kemalangan khususnya kemalangan maut dan juga tidak dibuat penelitian terhadap corak dan bentuk pelaksanaannya.
"Kalau serahkan operasi kepada pihak polis, polis sudah lama laksanakan usaha nak kurangkan kemalangan melalui ops sikap dan tindakan saman yang dibuat," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat itu juga berkata, pelaksanaan AES menggunakan kaedah yang sama dengan kaedah yang digunakan PDRM iaitu mengunakan kamera dan ia dilihat hanyalah untuk mengaut keuntungan.
"Sepanjang pelaksanaan polis itu dibuat adakah menyelesaikan masalah yang sama dengan menggunakan kaedah yang sama iaitu kamera cuma yang ini AES, yang dulu kamera polis.
"Jadi nak kumpulkan semua jenis kamera adalah lebih kepada untuk mengumpul kewangan, bukan menyelesaikan masalah.
"Sebelum ini kerajaan kata AES dibuat di kawasan berisiko kemalangan tapi baru-baru ini JPJ sebut kamera itu dipasang di tempat had laju 110 km sejam. Yang mana satu betul?" katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Justeru katanya, kerajaan harus memanggil semua kumpulan masyarakat untuk duduk berbincang kaedah yang sesuai bagi menyelaikan masalah kemalangan jalan raya.
"Yang penting sekarang kerajaan kena tangguh pelaksanaan ini, bawa kepada perbincangan. Panggil semua kumpulan masyarkat khususnya yang terlibat secara langsung dengan pengagkutan jalan seperti persatuan teksi dan bas, persatuan pengguna.
"Kami bersedia duduk semeja berbincang apakah AES ini boleh menyelesaikan masalah kemalangan jalan raya atau kita kena cari kaedah yang lain," katanya.
Kaji tahaluf siyasi untuk baiki kelemahan – Dr Rani
Muhammad Arif Ismail, | 18 Sep 2013 |
"Kaji itu bukan suruh meningggalkan Pakatan Rakyat, tetapi suruh kaji semula supaya apa yang lemah itu diperbetulkan," katanya dalam sidang media di Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, hari ini.
Turut hadir dalam sidang media itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; Ketua Penerangan PAS negeri merangkap Ahli Dewan Negeri Selangor (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib dan Pengarah Pilihanraya Negeri, Jaafar Samsudin.
Dalam konteks negeri ini, ujarnya PAS Selangor berpandangan konsep itu banyak memberi manfaat dan kejayaan serta wajar diteruskan kerana sokongan pengundi Melayu terhadap parti Islam terbesar di negara ini menunjukkan peningkatan.
Jelas beliau, walaupun undi Melayu merosot dalam Pilihanraya Umum ke 13, tetapi di beberapa kawasan seperti Sabak Bernam dan Hulu Langat undi kaum itu terus meningkat seperti kemenangan PAS dalam Dun Sabak, Dusun Tua dan Taman Templer yang merupakan kubu BN.
"Kita dapati bahawa kejayaan yang begitu baik di Selangor dalam Pilihanraya Umum ke 13 lalu, yang disebut sebagai Mini Malaysia adalah merupakan hasil daripada tahaluf siyasi," ujarnya.
Sementara itu, Khalid Samad yang juga Timbalan Pesuruhjaya III menegaskan, tahaluf siyasi bukan hanya menghadapi pilihanraya namun apa yang lebih penting ialah kemampuan Pakatan Rakyat memerintah bersama yang perlu dipertingkatkan bagi menzahirkan gabungan tiga parti itu lebih baik daripada BN.
MP dedah 'pengundi hantu' PRU13
Harakahdaily, | 18 Sep 2013 |
Beliau mendedahkan perkara itu sewaktu memberi keterangan sebagai saksi pertama prosiding Tribunal Rakyat, sebuah inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0) yang mula bersidang hari ini, lapor Selangorku.
Dalam keterangannya beliau turut mendakwa, aduan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun mereka menyatakan nama pengundi ragu itu sudah digazetkan dan tidak boleh dikeluarkan.
Selain itu, beliau turut mendedahkan terdapat pekerja asing yang dibayar oleh pihak tertentu bagi mengundi pada PRU lepas.
Ianya termasuk insiden orang ramai di Pandamaran yang menahan bas dipercayai menjadi pengundi hantu pada 5 Mei lepas.
Sementara itu, Tribunal Rakyat akan menjalankan prosiding selama lima hari bermula hari ini sehingga 22 September ini.
Bertempat di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya, prosideng akan bemula dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Enam individu ternama yang berkelayakan menganggotai tribunal ini, tiga dari luar negara dan tiga dari Malaysia.
Tribunal ini akan menerima, meneliti dan menyiasat laporan orang ramai berhubung isu berkait PRU13 lalu sebelum mengeluarkan laporan kepada umum.
Tiga individu dari luar negara yang terlibat termasuk bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai, bekas Timbalan Pengerusi SPR Indonesia, Ramlan Surbakti dan bekas Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC), Kraisak Choonhavan.
Biar diganggu dialog diteruskan
Mohd Sabri Said, | 18 Sep 2013 |
BUTTERWORTH:
Segelintir penunjuk perasaan yang menentang dialog antara agama di
Gereja St Mark, dekat sini, 16 September lalu terpegun mendengar
penjelasan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr.
Mujahid Yusof Rawa tentang kepentingan dialog itu di sudut dakwah.
Dialog yang pada awalnya dirancang diadakan di Gereja St Mark terpaksa dipindahkan ke sebuah restoran di Jalan Padang Benggali, dekat sini setelah dibantah sekumpulan penunjuk perasaan.
Namun program itu dipindahkan sekali lagi ke Gereja St Mark apabila tuan punya restoran enggan memberikan kebenaran kerana khuatir akan berlaku kekacauan.
Turut hadir pada majlis dialog itu Koordinator program, Abdul Rahman Kassim dan Paderi Gereja St Mark, John Kennady Samuel.
"Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat bertegas tidak akan tunduk dengan desakan segelintir pihak yang mempunyai agenda tersembunyi. Sebaliknya kami akan mengatur lebih banyak program seperti ini di masa-masa akan datang," jelas beliau.
Kehadiran kumpulan demonstran dalam dialog itu diambil kesempatan Dr Mujahid untuk menjelaskan tujuan program itu dilaksanakan.
Menurutnya, program dialog itu tiada kena mengena dengan keputusan mahkamah mengenai isu kalimah Allah tetapi adalah kesinambungan dialog yang pernah diadakan sejak 2010.
"Kita tahu siapa sebenarnya dalang di sebalik NGO Islam yang menentang program dialog yang boleh merapatkan PAS dengan bukan Islam. Mereka sebenarnya cemburu terhadap kejayaan PAS mendekati masyarakat bukan Islam," ujarnya.
HALAMAN HIBURAN
Diangkat dari DUNIACACAMARBA (DCM)
Kata Artis, Lelaki yang Memeluknya Hanya Sekadar Rakan Rapat
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Apakah ini hasil dari tarbiah UMNO yang memerintah Malaysia lebih dari setengah abad ini? Lihat medianya, pendidikannya, matlamat partinya dan segala macam lagi..
Beginilah yang terjadi realiti masyarakat kita. Main 'kawan-kawan dulu baru kahwin'.. Sebagai penganut agama Islam, bolehkah begitu? Couple-couple begini, salahkah hukumnya menurut Islam? Kita tidak hina siapa-siapa. Marilah kita renungkan dailog di bawah ini..
Jawab: Maaf, kita tidak menuduh awak berzina, tetapi awak 'menghampiri zina'.
Couple:Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Jawab: Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah najis penzinaan.
Couple: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Jawab: Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Ingat, pesanan Rasulullah :
Couple: Tidak semestinya semua orang bercinta, menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Jawab: Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Couple: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih. Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah:
Firman Allah: Wahai Adam!
Couple: Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Jawab: Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Couple: Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
Jawab: Ganti bercinta.... Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Couple: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Jawab: Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman:
Couple: Kami telah berjanji sehidup semati.....
Jawab: Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Couple: Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Jawab: Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Couple: Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Jawab: Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
Couple: Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Jawab: Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
Jawab: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat:
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
Kesimpulanya: Couple-couple seperti yang berlaku sekarang ini adalah salah di sisi Islam.
Wallahu 'aklam.. (IH)
Lihat sebelum ini..
KUALA LUMPUR: Institut Pemikiran Fadzil Noor akan menganjurkan Seminar Islam Penyelesaian Jenayah Manusia pada 21 September ini di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang.
Dua kertas kerja dibentangkan iaitu Penyelesaian Jenayah Manusia, Retorika Undang-undang Manusia oleh Penganalisis Jenayah Malaysia, Kamal Afendi Hashim dan Syariat Islam: Antara Keadilan, Prinsip dan Keluasan Hukum oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Zaharudin Muhamad.
Forum bertajuk Mengapa Mesti Kembali Kepada Islam turut diadakan yang membariskan Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia/Ahli Parlimen Temerloh), Wong Kah Woh (Ketua Pemuda DAP Perak/Adun Canning) dan Syahredzan Johan (Pengerusi Majlis Peguam/Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan) sebagai ahli panel.
Orang ramai boleh menghubungi Hafiz Mansor (013-4062729) atau Nurul Haini (013-5944327) untuk mendapat keterangan lanjut berhubung seminar itu.

Artis: Peluk-peluk, Kawan Biasa.Hasil Tarbiah UMNO?
HALAMAN HIBURAN
Diangkat dari DUNIACACAMARBA (DCM)
Kata Artis, Lelaki yang Memeluknya Hanya Sekadar Rakan Rapat
Seperti biasa, TM tidak mahu menghentam atau memberikan komen
panjang-panjang kerana manusia ini jika berusaha untuk berubah dan
bernasib baik diberi hidayah akan menjadi manusia yang lebih baik
daripada masa silamnya.
Cuma, mungkin banyak juga pihak terfikir, selain dosa, apakah pemberian ekslusif artis ini kepada suaminya andai lelaki yang merangkulnya dengan erat ini ditakdirkan bukan suaminya nanti.
P/s: Jangan tiru!Cuma, mungkin banyak juga pihak terfikir, selain dosa, apakah pemberian ekslusif artis ini kepada suaminya andai lelaki yang merangkulnya dengan erat ini ditakdirkan bukan suaminya nanti.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Apakah ini hasil dari tarbiah UMNO yang memerintah Malaysia lebih dari setengah abad ini? Lihat medianya, pendidikannya, matlamat partinya dan segala macam lagi..
Beginilah yang terjadi realiti masyarakat kita. Main 'kawan-kawan dulu baru kahwin'.. Sebagai penganut agama Islam, bolehkah begitu? Couple-couple begini, salahkah hukumnya menurut Islam? Kita tidak hina siapa-siapa. Marilah kita renungkan dailog di bawah ini..
Couple: Kami tidak berzina!
Jawab: Maaf, kita tidak menuduh awak berzina, tetapi awak 'menghampiri zina'.
Couple:Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Jawab: Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah najis penzinaan.
Couple: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Jawab: Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Ingat, pesanan Rasulullah :
- Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Riwayat Al-Tabrani).
Couple: Tidak semestinya semua orang bercinta, menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Jawab: Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
Couple: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih. Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah:
- Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud).
Jawab: Berdiskusi
pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam
hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang
sekalipun tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa
kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan
berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang
berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar
akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni tidak akan ditulis oleh malaikat
Raqib dan Atid?
Couple: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan)
Jawab: Study Group...? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Couple: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Jawab: Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Couple: Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Jawab: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
Couple: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Jawab: Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging), adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
Couple: Islam takde ke couple-couple ni?
Jawab: Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta suci dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah :
Couple: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Jawab: Allah
yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi
perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu
tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari
awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar
manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi
dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada
ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam
dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.Couple: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan)
Jawab: Study Group...? Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Couple: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Jawab: Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Couple: Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Jawab: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .
Couple: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Jawab: Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging), adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
Couple: Islam takde ke couple-couple ni?
Jawab: Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta suci dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah :
- Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).
Couple: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Firman Allah: Wahai Adam!
- Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (Al-Araf:19)
Couple: Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Jawab: Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
Couple: Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?
Jawab: Ganti bercinta.... Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
Couple: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Jawab: Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman:
- Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Couple: Kami telah berjanji sehidup semati.....
Jawab: Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Couple: Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Jawab: Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Couple: Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Jawab: Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!
Couple: Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Jawab: Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:
- Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Jawab: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat:
- Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
- Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
- Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.
Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
Kesimpulanya: Couple-couple seperti yang berlaku sekarang ini adalah salah di sisi Islam.
Wallahu 'aklam.. (IH)
Lihat sebelum ini..
- Kawan Sebelum Kahwin, Lagi Akibatnya. Masya Allah!...
- Halim Othman & Bakal Isteri, Kawan-kawan Dulu, Bar...
Seminar Islam Penyelesaian Jenayah Manusia 21 Sept
Harakahdaily, | 18 Sep 2013 |
KUALA LUMPUR: Institut Pemikiran Fadzil Noor akan menganjurkan Seminar Islam Penyelesaian Jenayah Manusia pada 21 September ini di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam bermula jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang.
Dua kertas kerja dibentangkan iaitu Penyelesaian Jenayah Manusia, Retorika Undang-undang Manusia oleh Penganalisis Jenayah Malaysia, Kamal Afendi Hashim dan Syariat Islam: Antara Keadilan, Prinsip dan Keluasan Hukum oleh Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ustaz Zaharudin Muhamad.
Forum bertajuk Mengapa Mesti Kembali Kepada Islam turut diadakan yang membariskan Ustaz Nasrudin Hassan (Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia/Ahli Parlimen Temerloh), Wong Kah Woh (Ketua Pemuda DAP Perak/Adun Canning) dan Syahredzan Johan (Pengerusi Majlis Peguam/Jawatankuasa Undang-undang Perlembagaan) sebagai ahli panel.
Orang ramai boleh menghubungi Hafiz Mansor (013-4062729) atau Nurul Haini (013-5944327) untuk mendapat keterangan lanjut berhubung seminar itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan