Jumaat, 27 September 2013

JANGAN KITA TULIS BERBELIT2 SERTA KENAPA KITA TAK MENULIS DENGAN JUJUR@BETUL DAN LAGI MENULIS BAGI MENGUATKAN IMAN DAN ISLAM

Fakta-fakta Penting Dalam Berselawat Yang Kurang Diketahui
Posted on Thursday, September 26 @ 20:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: hishamahmad

"

Semasa hayat baginda nabi, tentulah ramai para sahabat yang sentiasa ingin bersama dengan nabi. Berdampingan dengan nabi. Mereka ingin berjumpa nabi, bertanya soalan, berbincang, menziarahi, belajar ilmu, memberi hadiah dan sebagainya.

Kadangkala kita terbayang suasana ketika itu. Alangkah indah dan seronoknya mengenali dan mendampingi nabi. Menjadi makmum solat jemaah nabi. Berebut saf pertama. Berebut saf sebelah kanan agak dapat melihat dan dilihat nabi sebaik sahaja nabi menoleh kekanan. Berebut untuk memberi salam terlebih dahulu daripada nabi apabila bertemu, walaupun ia tidak mungkin berlaku. Mendengar kuliah nabi. Menatapi nabi, menghayati setiap butir kata nabi dan pelbagai perlain lain lagi. Namun semua itu hanya umpama mimpi dalam mimpi. Kami tersentak dari lamunan, kami beristighfar. Kami sedar kami bukan yang terbaik untuk berada di zaman itu. Zaman penuh dugaan dan cabaran.

Ketika zaman itu, pasti seribu macam alasan dicari, asal sahaja dapat bersama dengan nabi. Walaupun kadangkala tiada kepentingan sebenar melainkan ingatan yang kuat kepada nabi. Sekadar dapat melihat nabi atau mendengar kata baginda sudah menggembirakan hati.

Ada yang mungkin sengaja datang ketika waktu makan hampir tiba. Semua mengetahui mana mungkin nabi yang mulia pekerti berbuat tidak peduli, melainkan menjemput sekali. Dah makan, melepak lama. Buat susah nabi pula. Kalau kita ada pada masa itu, pasti kitapun beperangai macam tu.

Namun dalam hal ini Allah s.w.t. berfirman (maksudnya) :- “wahai orang yang beriman! Janganlah kamu masuk ke rumah Nabi kecuali apabila kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya. Tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah, kemudian setelah kamu makan hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga Baginda merasa malu hendak menyatakan hal itu kepada kamu, sedangkan Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran.”[ al-Ahzab (33) : 53].

Tentulah dalam keadaan tertentu, nabi perlukan masa untuk diri, isteri dan keluarga terdekat. Maka kerana itulah juga, salah satu kepentingan salawat supaya sahabat dapat mengingati dan berkomunikasi dengan nabi tanpa perlu sentiasa berada di sisi. Kenikmatan itu turut diperolehi sekelian umat islam, dulu dan kini.

Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Bacalah selawat kepadaku kerana sesungguhnya bacaan selawat kamu semua dapat sampai kepadaku di mana saja kamu berada .” [ Sila rujuk HR Abu Daud, Riyadus Solihin, 1398, Sahih menurut Imam Nawawi ]

Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda; “Tiada seseorang pun yang memberikan salam kepadaku (setelah kewafatanku),melainkan Allah mengembalikan rohku sehinggalah aku dapat menjawab salam orang itu.” [Sila rujuk HR Abu Daud dan Ahmad,Riyadus Solihin -1398,Sahih menurut Imam Nawawi ]

Hadith Sahih. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Sila rujuk Sahih Muslim-0408]

Hadith Sahih. Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “ Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.” [Sila rujuk HR An-Nasaie-1271, sahih oleh Imam Az zahabi dan Shaikh Nasiiruddin Albani ]

Hadith Sahih. Abdullah ibnu Masud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Seutama-utama manusia dengan aku di hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” [Sila rujuk HR At-Tirmizi-0483 dan beliau berkata hadith ini adalah hasan Gharib. Riyadus Salihin -1395 ]

Hadith Sahih. Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda :”apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”maka kami(para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” Maka Rasulullah (selawat Allah dan salam ke atasnya) meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”

[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]

Hadith Hasan. Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”

[Sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan, Shaikh Nasiruddin Albani.]

Hadith Sahih. Abu Hurairah (semoga Allah meredhainya) berkata,Rasulullah (selawat Allah dan salam keatasnya) telah bersabda : “Tiadalah suatu kaum berada di sesuatu majlis di mana mereka tidaklah menyebut nama Allah dan mereka tidak pula berselawat ke atas Nabi mereka.melainkan mereka pasti akan ditimpai padah(penyesalan). Maka jika Allah kehendaki ,Dia akan seksa mereka ; dan jika Dia kehendaki, Dia akan mengampunkan mereka.” [Sila rujuk HR At-Tirmiza-3440 ]

Di dalam satu riwayat yang lain ,hadith ini di akhiri dengan: “……..mereka akan ditimpa penyesalan di hari Kiamat; sekali pun mereka dapat memasuki syurga bagi pahala amalan-amalan lain yang mereka kerjakan.” [Sila rujuk Musnad Imam Ahmad. Disemak semula sebagai Sahih oleh Imam Al-Hakim, Adz-Dzahabi dan Al-Haitami]

Lafaz Selawat Sahih

Oleh itu berselawatlah sebanyak-banyaknya. Namun utamakanlah selawat-selawat dari lafaz sahih yang diajar oleh nabi sendiri.

Hadith Sahih 1:- Abdul Rahman bin Abi Lailah r.a. berkata:“Saya berjumpa dengan Ka’ab bin Abi Lailah lalu dia berkata: Mahukah aku hadiahkan kepadamu satu hadiah yang aku pernah mendengarnya daripada Nabi s.a.w.? Jawabku: Sudah tentu! Hadiahkanlah kepadaku. Dia berkata: Kami (para sahabat) pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana (cara) berselawat kepada kamu (wahai) ahli bait kerana sesungguhnya ALLAH telah mengajarkan kepada kami bagaimana (caranya) kami memberi salam (kepadamu)? Baginda menjawab: Ucapkanlah oleh kamu semua:-

اللَّهُمَّ صَلّ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صلَّيْتَ عَلى اِبْرَاهِيمَ وَعَلى اَلِ اِبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَاركْتَ عَلى إبْرَاهِيمَ وَعَلى آلِ ابْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: “Ya Allah! selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya engkau maha terpuji lagi maha mulia. Ya Allah! berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya engkau maha terpuji lagi maha mulia.” [Sila rujuk Sahih al-Bukhari].

Hadith Sahih 2:- Musa bin Talhah meriwayatkan daripada bapanya (iaitu Talhah bin ‘Ubaidullah) r.a. katanya:“Kami (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah (caranya) berselawat kepadamu? Baginda bersabda: Kamu semua hendaklah mengucapkan:-

اللَّهُمَّ صَلّ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صلَّيْتَ عَلى اِبْرَاهِيمَ وَعَلى اَلِ اِبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَاركْتَ عَلى إبْرَاهِيمَ وَعَلى آلِ ابْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:“Ya Allah! Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Dikau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Kau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Dikau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Dikau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Hadith Sahih 3:- Abu Masud al-Ansori r.a. berkata: “Rasulullah s.a.w. datang kepada kami sedang kami berada dalam majlis Saad bin Ubadah. Kemudian Basyir bin Saad bertanya kepada baginda: Allah telah memerintahkan kepada kami berselawat kepadamu wahai Rasulullah, maka bagaimanakah (caranya) kami berselawat kepadamu? Abu Masud berkata: Lalu Rasulullah s.a.w. diam sehingga kami ingin kalau sekiranya dia (Basyir bin Saad) tidak bertanya kepada baginda. Kemudian Rasulullah s.a.w.bersabda: Kamu semua hendaklah mengucapkan:-

اللَّهُمَّ صَلّ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صلَّيْتَ عَلى اِبْرَاهِيمَ وَعَلى اَلِ اِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وَعَلى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلى إبْرَاهِيمَ وَعَلى آلِ إِبْرَاهِيمِ فِي العَالمِينَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:“Ya Allah, Selawatlah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Dikau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Dikau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim mengatasi seluruh alam. Sesungguhnya Dikau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”

Sedikit Isu :- 2 selawat di atas sangat popular. Amalkan keduanya. Lafaz yang sahih ini tiada perkataan sayyidina. Perkataan sayyidina adalah penambahan atas kreativiti dan innovasi manusia. Bermaksud baik dihati namun adakah ia lebih baik pada realiti?

Walaupun ada pandangan yang mahukan penambahan perkataan sayyidina pada lafaz selawat tapi sebahagian berpendapat pandangan terpilih ialah:- berpegang pada nas yang sorih dan sahih adalah dikatakan lebih baik kerana ia adalah lafaz selawat yang diajar oleh nabi sendiri. Hujah terkuat ialah lafaz ini sebenarnya bersifat tauqifi, bukan taufiqi. Besar dan penting perbezaan dua perkataan ini.

Kalau nak berbalas hujah memang berjela. Sebahagian pula berpendapat terdapat bukti kes di mana nabi menyuruh satu kaum berdiri tanda hormat kepada seorang sahabat, ketua kaum mereka. Nabi dikatakan ada menyebut “tuan kamu”. Kalau betul kes itu, kiranya satu hujah juga.

Tapi dibalas pula bahawa ia kes lain bagi tujuan yang lain. Sedangkan semasa nabi mengajar lafaz salawat, nabi menyebut nama nendanya, Ibrahim dan keluarga Ibrahim tanpa sayyidina.

Tidak mengapalah, ikutlah mana satu hujah (bukan suara hati atau emosi) yang anda yakin kuat dan tepat.

Terserah kalau nak berpendirian bahawa di dalam ibadah khusus seperti solat, lebih perlu lafaz original dikekalkan namun dalam keadaan santai, lafaz tambahan sayyidina adalah tidak salah digunapakai. Adakah yang lebih mendekati sunnah ialah lafaz yang original?

Apapun, ingatlah penghormatan sebenar adalah melalui berselawat. Banyaklah berselawat.

Hadith Sahih 4:- Abu Humaid al-Saaidi r.a. berkata:“Sesungguhnya mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah! Bagaimana (cara) kami berselawat kepadamu? Jawab baginda: Ucapkanlah,

اللَّهُمَّ صَلّ عَلى مُحَمَّدٍ وأَزْوَجِهِ وَذُرَّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلى مُحَمَّدٍ وأَزْوَجِهِ وَذُرَّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلى آلِ إبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Maksudnya:“Ya Allah! Selawatlah kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri baginda dan keturunannya sebagaimana Dikau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah! Berkatilah Muhammad, isteri-isteri beliau dan keturunannya sebagaimana Dikau telah memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Dikau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.” (Muttafaqun ‘alaih- Sahih Bukhari dan Muslim).

untuk bacaan lengkap artikel ini, sila ziarahi blog <


hisham-ahmad.blogspot.com"
 


Nazri Jr 'beli banglo RM7j', Nazri Sr: Bukan masalah saya
Posted on Thursday, September 26 @ 22:51:44 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Sekali lagi anak menteri pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz mencuri perhatian atas dakwaan negatif. Dan sekali lagi, bapanya menolak dakwaan itu dengan dengan gayanya tersendiri.

Kali ini, anaknya Mohamed Nedim didakwa membeli rumah banglo dengan harga RM7.2 juta.

"Dia boleh beli istana, ini bukan masalah saya," kata Nazri kepada pemberita ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Bagaimanapun, beliau nampaknya seperti tidak tahu menahu berhubung laporan itu dan bertanya kembali: "Rumah apa?"

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendakwa memperoleh dokumen mengenai pembelian banglo RM 7,242,555.07 yang didakwanya dikaitkan dengan Nedim.

Penyelaras NGO itu Badrul Hisham Shaharin (kanan) berkata, bagi seorang anak muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, kemampuannya membeli harta tanah itu "amat meragukan",-mkini


 Memohon Penjelasan DS Nazri Aziz Mengenai Anak Beli Rumah Mewah RM7 Juta
Posted on Thursday, September 26 @ 22:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh edyesdotcom



Kenyataan Umum
Tarikh: 26 September 2013

Memohon penjelasan  Dato' Seri Mohamed Nazri B. Tan Sri Aziz mengenai pembelian rumah mewah lebih RM7 juta oleh anak lelakinya.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memperolehi dokumen mengenai milikan harta kekayaan anggota keluarga dan individu - individu rapat dengan beberapa orang Menteri Kabinet kira – kira sebulan yang lalu oleh pihak yang tidak dikenali.

Setelah diteliti diyakini beberapa dokumen tersebut ada kesahihannya dan SAMM tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan pertembungan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu.



Mengenepikan sentimen mengapa pemberi maklumat menyalurkan maklumat itu dan niat politiknya tetapi atas keinsafan mempertahankan kepentingan rakyat maka SAMM secara berperingkat akan menyiarkan dokumen dokumen tersebut sebagai persoalan untuk dijawab oleh Menteri terbabit.



Dokumen yang pertama ialah berkenaan pembelian sebuah banglow bernilai RM 7,242,555.07 yang dikaitkan dengan seorang yang bernama Mohamed Nedim B. Mohamed Nazri. Diperiksa dia ialah anak seorang menteri kabinet.

Bagi anak yang sangat muda dan setelah diteliti pekerjaan atau perniagaannya, adalah amat meragukan dari sudut kemampuan. Bagaimana anak menteri ini punya kemampuan untuk membeli banglow dengan harga yang sedemikian tinggi?



Maka perbagai persoalan muncul. Ini bukan tuduhan tetapi sebagai seorang Menteri sudah tentu rakyat berhak bertanya kepada Nazri mengenai banglow anaknya ini.

Bagaimana anaknya dapat membeli banglow ini? Adakah dia layak? Adakah dia membeli dengan tunai? Jika melibatkan pinjaman bank berapa banyak pinjaman dibuat dan berapa jumlah tunai yang dibayar? Bagaimana bank boleh memberikan kelulusan bernilai jutaan ringgit kepadanya, adakah kerana dia anak menteri?

Nasib kita sebagai rakyat biasa, untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli kereta kancil atau rumah kos rendah pun bagai nak gila memanjat tangga dari bank ke bank bagai mengemis.

Semua persoalan ini juga seharusnya membawa kepada Jabatan Hasil dalam Negeri dan individu tersebut harus dipanggil untuk diteliti milikan sebenar pendapatannya. Juga melalui sumber rekod Jabatan Hasil Dalam Negeri ada terdapat keraguan bagaimana dia mampu memiliki kediaman mewah bernilai tinggi dengan pendapatan yang diistiharkan.

Menarik juga dilihat dari dokumen yang diperolehi ialah bagaimana dalam proses membeli rumah mewah ini pembeli menikmati diskaun RM500,9444.08 (-7%) selaku bumiputera. Orang biasa termasuk pimpinan Umno diperingkat cawangan yang gila–gila mempertahankan Umno ada yang hanya menikmati diskaun tak sampai RM10,000 atas nama bumiputera ketika membeli rumah kerana itulah sahaja kemampuan kita orang biasa - biasa.

Melalui kenyataan ini SAMM bagi pihak anak muda Malaysia yang bergelut dengan peningkatan kos hidup dan dihimpit perbagai masalah kewangan menuntut untuk Nazri tampil dan menjawab. Anaknya ini juga yang satu ketika dahulu pernah didedahkan oleh Rafizi Ramli berkenaan menggunakan kenderaan mewah milik seorang jutawan dengan siap pengawal peribadi.

Berkenaan perkara ini kami mempunya dokumen sebut harga, perjanjian dan gambar aset tersebut. Sekali lagi kami tegaskan ini bukan tuduhan tetapi persoalan yang perlu dijelaskan.

Selain itu berkenaan individu terbabit kami punya beberapa dokumen lain yang akan kami bangkitkan persoalanya dalam berperingkat. Kami juga dalam proses penelitian peringkat akhir beberapa dokumen lain yang mengaitkan anggota Kabinet yang lain.

Sekian.

Che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan

anakmudamalaysia.com


 Jangan guna media putar belit isu Chin Peng, kata Mat Taib
Posted on Thursday, September 26 @ 18:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol



Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperalatkan media seperti TV3 dan akhbar milik Umno Utusan Malaysia untuk memberi gambaran yang salah mengenai mendiang Chin Peng dan gerakan komunis di Malaysia.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, media berkenaan digunakan sebagai medium penyelewengan kebenaran untuk menakut-nakutkan rakyat bagi melabel Chin Peng dan komunis sebagai musuh negara.

"Saya tidak melabelkan Chin Peng itu sebagai hero tetapi kerajaan perlu adil dengan kematangan pemikiran yang dibentangkan kepada masyarakat. Memang betul ramai orang Melayu mati semasa penjajahan komunis tetapi lebih ramai yang mati semasa pemerintahan Jepun.

"Jangan gunakan Utusan dan TV3 untuk seleweng fakta menakut-nakutkan rakyat dengan memutar-belit serangan komunis yang dipimpin Chin Peng. Ini tidak betul. Jangan selewengkan fakta," katanya Muhammad dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di kediamannya di Shah Alam, Selangor semalam.

Bekas Naib Presiden Umno itu turut mengecam pemimpin BN yang memberi tanggapan negatif kepada Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi pada masa sama menjalin hubungan dengan China yang menyalurkan dana kepada PKM.
"Mereka hormat dan menjalinkan hubungan diplomasi dengan Parti Komunis dari China yang beri duit pada Chin Peng. Kerajaan tidak beri pendedahan sebenar kepada masyarakat.
"Datuk Seri Najib Razak sendiri pun pergi ke China berpelukan dengan pemimpin di sana. Mereka berbincang dan adakan hubungan persefahaman.
"Saya nasihatkan masyarakat jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Kita harus anti Jepun dan British lebih besar lagi. Mereka bunuh orang Melayu lebih ramai daripada komunis," katanya.
Beliau berkata, kekejaman British juga tidak boleh dipandang enteng setelah Tok Janggut mati digantung di Kelantan dan Tok Bahaman dibunuh di Pahang.
Muhammad berkata, kempen menentang penjajah British dan Jepun perlu lebih hebat dijalankan kerana dasar kerajaan ‘talam dua muka' mengaku anti komunis tetapi mengadakan hubungan diplomasi dengan negara China yang terbukti sejak pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein dengan menjalin hubungan diplomasi bersama Mao Zedong dan Zhou En Lai dari China.
"Pada pandangan saya Chin Peng tetap dianggap musuh kerana banyak mengorbankan anggota keselamatan negara tetapi hakikatnya ialah askar Jepun yang lebih banyak membunuh orang Melayu," katanya.
Muhammad atau terkenal dengan nama timangan Mat Taib menyertai PAS dua hari selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya 2013 lalu.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia pada 16 September lalu di Hospital Antarabangsa Bunrungad, Thailand setelah lama bertarung melawan penyakit barah.
Beliau dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924.
Hujung minggu lalu bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu sebuah stesen radio tempatan Malaysia akan jadi bahan tertawa sekiranya menghalang abu mayat bekas pemimpin PKM itu masuk ke dalam negara.

HASBULLAH AWANG CHIK
Malaysian Insider
- 25 September, 2013.



SPB YDP Agong Antara Kenamaan Almarhum Ustaz Azizan
Posted on Thursday, September 26 @ 18:17:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Keberangkatan tiba SPB Yang Di-Pertuan Agong, MB dan lain-lain kenamaan menziarahi Almarhum Ustaz Azizan. — di Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena.





Jenazah Almarhum Ustaz Azizan kini ditempatkan di Dewan Markaz PAS Kawasan Pokok Sena, Jalan Langgar untnk memberi kesempatan kepada keluarga dan org ramai menziarahi jenazah. Solat jenazah dijadulkan jam 4.15 petang di Masjid Al-Ehsan, di perkarangan markaz ini. Al-Fatihah-kedahkini.info 


Nama Uniseks
Posted on Thursday, September 26 @ 16:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Oleh: Amir_ziyad

"Salam sejahtera,

Melalui artikel saya kali ini, saya ingin bercerita berkenaan orang yang memiliki ‘Nama Uniseks’ (Unisex Name).

Anda tahu apa itu Nama Uniseks?

Nama Uniseks ini maksudnya ialah orang yang mempunyai nama yang boleh digunapakai oleh kedua-dua jantina sama ada lelaki atau pun wanita.

Bagi mudah anda memahaminya, saya berikan 1 contoh seperti , ZAINI.

Bukankah kita sering mendengar dan mengalami sendiri iaitu bertemu mereka yang mempunyai nama begini dari kalangan rakan taulan, saudara mara atau pun sesiapa sahaja?

Artikel ini tidaklah bermaksud untuk memalukan atau mengejek-ngejek mereka yang mempunyai ‘Nama Uniseks’ ini. Saya hanya bercerita sahaja dan ingin menukilkan pandangan mengenai betapa uniknya diri mereka yang bernama begini.

Saya tidak pula ingin mengkaji atau pun bercerita mengenai orang yang memiliki Nama Uniseks ini dari kalangan kaum selain dari Orang Melayu. Ini kerana saya sendiri tidak pasti adakah orang dari kaum China, India,Sikh,Kaum Bumiputera Lain-Lain dan juga Orang Barat atau Eropah juga mempunyai Nama Uniseks ini. Pernahkah anda mendengarnya? Sebagai contoh, MICHELLE (disebut ‘Misyel), adakah pernah diberikan nama MICHELLE ini kepada orang lelaki atau pun kedua-duanya boleh digunakan sama ada nama untuk lelaki atau pun perempuan?

Jadinya di sini, saya suka fokuskan kepada Orang Melayu sahaja kerana saya telah banyak mendengar,berjumpa dan mengetahui mereka yang bernama Unisex ini, contoh-contoh yang lain ialah seperti :

1. ROSMAINI –Rakan saya sendiri ketika di kampus waktu belajar di universiti dahulu. Bukankah namanya kedengaran seperti nama yang digunakan juga oleh wanita?Tapi ianya nama rakan lelaki saya. Kini beliau bekerja di LHDN. Beliau hebat, berjaya sebagai eksekutif muda dan juga jaguh bermain badminton di universiti dahulu.

2. FAIRUZ/FAIRUS – Ini juga biasa kita dengar. Dua-dua bisa saja digunakan nama ini oleh lelaki atau pun wanita. Cuma bezanya, jika lelaki diletakkan MOHD FAIRUZ/MOHD FAIRUS dan kalau wanita cuma FAIRUZ/FAIRUS sahaja atau SITI FAIRUZ/SITI FAIRUS. Kita masih ingat dan kenali seorang penyanyi wanita tahun 80-an dahulu yang pernah terkenal dan menempa namanya, iaitu SITI FAIRUZ yang memiliki suara yang cukup merdu.

3.  SOFIAN/SUFIAN/SUFYAN – Ini juga kerapkali kita dengari. Nama sebegini juga mengelirukan kita jika kita tidak melihat orangnya sama ada lelaki atau pun wanita. Sebab ianya boleh digunakan oleh kedua-dua jantina.

4. AZNI – Juga sama dengan nama FAIRUZ. Untuk membezakannya, jika lelaki diletakkan MOHD di hadapannya. Tapi AZNI bunyinya lebih kepada keWANITAan, bukan? Namun ianya wujud juga lelaki yang bernama MOHD AZNI.

5. SUHAIMI/SHUHAIMI – Anda kenal Kak Shumi a. k. a SHUHAIMI BABA, kan? Alah, Produser dan Pengarah filem terkenal Malaysia tu la. Ingat filem Tanda Putera, ingatlah dia, hahaha. Ini juga merupakan nama yang barangkali boleh dipakai oleh kedua-dua jantina. Kalau wanita bernama Shuhaimi bisa saja dipanggil Shumi atau Aimi atau pun Kak Mi pun Ok, kan? Tapi, SUHAIMI/SHUHAIMI bunyinya keLELAKIan sangat, kan?

6. AZMI – Sama juga seperti SUHAIMI/SHUHAIMI, nama ini dimiliki oleh wanita ternama iaitu RAJA AZMI. Kita sedia kenal dengan Raja Azmi atau Kak Mi bekas isteri pemain badminton terkenal, Jalani Sidek. Beliau juga merupakan Pengarah Filem yang agak terkenal di Malaysia.

7. AZIZAN – Saya pernah mendengar yang nama ini juga dipakai oleh wanita. Mungkin dipanggil Kak Izan ke, Ijan ke atau pun Kak Zee ke. Namun, ianya kerap dijumpai, lelaki lah yang menggunakan nama ini.

8. MAS –Jelas didengari perkataan MAS hanya sesuai digunakan oleh wanita, contohnya MAS ANIZAN, MAS AYU atau pun MAS JULIA. Namun ada juga dipakai oleh lelaki, contohnya MAS OMAR. Anda kenal siapa dia MAS OMAR ? MAS OMAR ialah Penerbit/Produser Album terkenal dan juga Penulis Lirik lagu yang terkenal di Malaysia.

Namun,perkataan MAS boleh saja membawa maksud ‘ABANG’ jika diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia. Tapi hakikatnya wujud kedua-dua jantina lelaki dan juga wanita yang menggunakan nama ‘MAS’.

9. NAZUA/NAZWA – Bukannya NAJWA. Kalau NAJWA memang ianya hanya digunakan oleh wanita. Saya ada seorang saudara jauh, lelaki yang bernama NAZUA. Ejaannya bukan NAZWA, tetapi NAZUA. Dengar semacam nama wanita, bukan?

10. NOOR/NOR – Ini juga biasa kita dengar. Nama ayah rakan saya sendiri pun MOHD NOR/MOHD NOOR. Ianya sudah tidak jadi pelik lagi, bukan? Ianya boleh digunapakai oleh lelaki mahupun wanita, tapi jika wanita tak perlulah letak MOHD/Mohamad di hadapannya.

Jadi, kesimpulannya?

Saya membuat kesimpulan, secara kebetulan atau pun tidak, kebanyakan mereka yang memiliki Nama Uniseks ini, mereka terdiri daripada golongan orang yang unik, berjaya dan juga hebat/agak hebat kehidupannya. Betul tak? Walaupun tidaklah semuanya hebat.

Jadi, jika anda mempunyai/memiliki NAMA UNISEKS, janganlah malu. Anda sebenarnya adalah HEBAT dan boleh berusaha menjadi hebat agar orang mengenali anda kerana keunikan nama anda.

Jadilah diri kita sendiri dan hargailah dan berbanggalah dengan nama yang kita miliki walaupun orang lain berasa pelik mendengar nama kita. "
 


 Mengapa Israel takut dengan penghafal Al-Quran?
Posted on Thursday, September 26 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur




"Barangsiapa membaca satu huruf dari Al -Qur'an maka baginya satu pahala dan satu pahala diganjar sepuluh kali lipat." (HR. Tirmidzi )
Seperti yang telah kita ketahui bersama bahawa perang antara Israel- Palestin ( HAMAS ) tidak akan ada hentinya. Israel terus melakukan pembunuhan demi pembunuhan terhadap warga Palestin.


Perlu diketahui bahawa dari ribuan jiwa yang terkorban mangsa keganasan perang Israel, 75 % diantara mereka adalah kanak-kanak dan wanita. Pelbagai alasan yang diberikan oelh pihak yahudi mengenai korban tersebut. Sebahagian besar alasannya sangat tidak masuk akal sama sekali dan mengada-ada. Lebih mengecewakan lagi apabila negara-negara dunia seakan tidak mampu menghentikan ini semua, termasuk negara-negara arab sendiri.
Banyak dari kita yang mempersoalkan kenapa tentera yahudi membunuh kanak-kanak Palestin? Ada yang berkata memang tabiat tentera yahudi yang kejam dan biadab. Ada juga yang berkata tentera yahudi takut akan pertumbuhan kanak-kanak Palestin kerana kanak-kanak yang terlahir adalah generasi masa depan Islam yang gemilang. Mungkin pendapat yang kedua ada benarnya dan masuk akal juga.
Berikut adalah sebab mengapa tentera yahudi laknatullah menjadikan kanak-kanak Palestin sebagai sasaran operasi mereka selain kumpulan HAMAS.
Semasa serangan tentera yahudi terhadap Palestin pada Disember 2008 yang berlaku ketika bulan suci Ramadhan tahun 1429 H, pimpinan HAMAS Ismail Haniyah melantik sekitar 3500 kanak-kanak Palestin yang telah hafal Al-Quran. Kanak-kanak tersebut sudah menghafal 30 juz Al-Quran. Ini menjadi sumber ketakutan Zionis Yahudi.
"Jika dalam usia semuda itu mereka sudah menguasai Al-Quran, bayangkan 20 tahun lagi mereka akan jadi seperti apa? " Demikian pemikiran yang berkembang di dalam fikiran orang-orang Yahudi.
Tidak hairan jika kanak-kanak Palestin menjadi para penghafal Al-Quran. Keadaan Gaza yang dikepung dari segala arah oleh tentera yahudi laknatullah menjadikan masa mereka terus berinteraksi dengan Al -Qur'an. Tidak ada yang bermain Play Station atau 'game' bagi mereka.
Keadaan tersebut memangkin mereka untuk menjadi para penghafal Al-Quran ketika masih begitu muda. Ketakutan Zionis Yahudi laknatullah terhadap keadaan ini menyebabkan kira-kira 500 kanak-kanak penghafal Quran itu telah syahid.
Itulah sebahagian sebab mengapa HAMAS mengenakan syarat- syarat yang amat berat untuk menjadi anggota mereka antaranya hafiz Al-Quran dan tidak pernah meninggalkan solat fardhu berjemaah terutama solat subuh.
Teringat zaman emas tentang kejayaan Islam di masa kekhalifahan dahulu. Rahsia besar yang perlu dicatat dalam masa itu adalah umat Islam tidak pernah jauh dengan Al-Quran, tidak pernah melepaskan hadis Rasulullah saw menjadi pedoman. Seperti dalam sebuah hadis Rasulullah Saw pernah bersabda .
"Telah kutinggalkan untuk kalian dua perkara. Jika kalian berpegang teguh dengan keduanya, maka kalian tidak akan pernah sesat , iaitu Kitab Allah dan Sunnah Nabi- Nya "( HR. Malik).
Belajarlah dari Palestin, walaupun mereka dikurung oleh penjajahan Zionis , nyawa mereka diancam setiap saat, setiap minit bahkan setiap detik, tapi itu semua tidak melunturkan niat mereka untuk dekat dengan Sang Khalik dan mendalami lebih dalam dan lebih jauh tentang Agama Islam.
Israel memang unggul dalam segi jumlah pasukan dan kelengkapan tempur yang berteknologi tinggi. Tapi rakyat Palestin memiliki semangat juang yang tinggi, mereka berani mati demi kebebasan mereka dan anak cucu mereka. 
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com


 Bengkel Asas Photoshop
Posted on Thursday, September 26 @ 15:30:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

Info @ Maklumat
KLIK


Editing gambar, design baner, poster, pamplet dan lain-lain boleh anda pelajari di dalam bengkel ini. Hanya RM5.

Anjuran: Alternative Photography Club (APC) Gombak, Karisma, Masjid Rahimah dan Surau Al-Ehsan, Apt Casmaria

Berminat, sila isi borang online di bawah. Klik sahaja..
https://docs.google.com/forms - Borang



Facebook PAS Selangor

Surface “Mini” Dijangka Akan Hadir Pada Awal Tahun Hadapan
Posted on Thursday, September 26 @ 16:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur


Ketika pengumuman Surface tempoh hari oleh pihak Microsoft, salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah Surface “Mini”. Sementara tiada sebarang perkara diumumkan Microsoft berkenaan dengannya, kini mengikut spekulasi terbaru, ia dikatakan akan hadir pada tahun hadapan – 2014.
Tablet bersaiz sekitar 7.5-inci itu dikatakan akan hadir pada awal tahun hadapan, bersama-sama kemaskini Windows 8.1 yang dikenali dengan nama kod “Spring 2014 GDR”.


Surface “Mini” ini kelak dijangka akan menjalankan Windows RT, sekaligus memberikan idea yang mana ia akan menjalankan cip pemprosesan berasaskan ARM, sama seperti Surface 2 yang diumumkan baru-baru ini.
Buat masa ini, ia boleh dikatakan hanya sebagai spekulasi awal sahaja, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya dalam masa beberapa minggu lagi.
Sumber Rujukan: ZDNet
 


 Awas! 'Semut' pantau pengamal media sosial
Posted on Thursday, September 26 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KUALA LUMPUR - Fikir habis-habis sebelum keluarkan komen sensitif mengenai kaum, agama dan kedudukan raja pada laman media sosial kerana anda sedang diperhati.
  
Menamakan diri mereka sebagai Semut - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.
  
"Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'. Kemudian kita akan teliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat," kata penyelaras Semut Huan Cheng Guan kepada Bernama.



Katanya kebanyakan sukarelawan adalah pengamal media sosial yang menentang mereka yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook sebagai saluran menghina atau menyentuh sensitiviti orang lain.
  
"Apa yang sukarelawan ini mahu ialah masyarakat menjadikan media sosial sebagai saluran interaksi yang positif untuk membina persahabatan dan rangkaian kerja, bukan mengutuk, menghina atau mengeluarkan kenyataan tidak sensitif sehingga menyakiti hati orang lain," katanya.

Huan berkata ramai pengamal media sosial tidak faham mereka harus bertanggungjawab terhadap komen yang mereka keluarkan pada laman sosial sendiri atau milik orang lain.
  
"Benar anda boleh paparkan apa sahaja pada laman FB (Facebook), akan tetapi anda juga harus faham anda bertanggungjawab pada komen itu. Cara terbaik untuk mengelak daripada berdepan masalah ialah berhati-hati dengan kenyataan yang anda tulis," katanya.
  
Setakat ini Semut membuat dua laporan polis terhadap dua pengguna Facebook yang dikatakan mengeluarkan komen sensitif mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Nabi Muhammad.
  
"Walaupun kami tidak dapat kenal pasti identiti mereka, kami berharap dengan laporan polis dan penyaluran maklumat itu, pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.
  
Huan juga menjelaskan Semut tidak bertujuan menyaingi kuasa pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau polis kerana peranan Semut hanya untuk menyalurkan maklumat.

Ditanya sama ada sukarelawan itu dibayar oleh pihak tertentu, Huan berkata: "Kami sukarelawan dan tidak dibayar oleh sesiapa. Kami lakukan ini kerana kami tidak mahu ada yang terus menggunakan laman sosial sebagai platform untuk menghina orang lain, agama mereka dan juga raja kita."
  
Beliau turut menyangkal kaitan kumpulan itu dengan parti politik tertentu sekalipun beliau sendiri pernah menjadi naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berpangkalan di Pulau Pinang, selepas keluar daripada Gerakan pada 2009.
  
Huan yang merupakan Naib Presiden Gerakan ketika keluar parti itu, berkata:

"Saya bertanding menentang Barisan Nasional dan pakatan pada pilihan raya umum. Saya bertanding menentang kedua-duanya bagi kerusi Parlimen Batu Kawan dan Dewan Undangan Negeri Machang Bubok, jadi bagaimana saya boleh dikaitkan dengan mereka?"


Bernama
20 Julai 2013


 RON95 naik lagi?
Posted on Thursday, September 26 @ 21:11:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering



KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke
negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.



"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.
  
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.
  
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.
  
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.
  
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
  
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
  
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.


Bernama
26 Sept 

 Iblis Ingin Bertaubat
Posted on Thursday, September 26 @ 15:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur



Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dengan berkata: "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung." Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: "Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?"

Lalu berkata Iblis: "Aku adalah Iblis! Wahai Musa aku mahu kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa seorang makhluk-Nya ingin minta taubat kepadaNya." Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t. dan menyampaikan apa yang diucap oleh Iblis, kemudian Allah s.w.t. pun menurunkan wahyu yang bermaksud: "Wahai Musa, katakan padanya bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud maka aku sedia mengampuni segala dosanya."

Setelah Nabi Musa a.s. menerima wahyu dari Allah s.w.t. maka Nabi Musa a.s. pun terus memberitahu Iblis tentang apa yang telah Allah perintahkan.

Sebaik sahaja selesai Nabi Musa a.s. memberitahu segala perintah Allah s.w.t. maka dengan sombong dan bongkak Iblis berkata: "Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika ia hidup di syurga, bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati." Begitulah sifat sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan memakannya tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah s.w.t.

Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1000 tahun sekali, dan mengeluarkan Adam a.s. dari syurga, serta memerintahkan Iblis supaya sujud kepada Adam a.s. Disebabkan sikap angkuhnya dia tetap enggan sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam neraka.....
terima kasih ye bace.... :)  share la same.. :)

Tiada ulasan: