Ahad, 29 September 2013

JANGAN FIKIR KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN DIDUNIA SAJA...KENA FIKIR JUGA BAGAIMANA DIAKHIRAT...UNTUNG ATAU RUGI...SEDANGKAN AKHIRAT KEKAL ABADI

Mahasiswa Mesir demo menentang kudeta

Harakahdaily, 29 Sep 2013
KUALA LUMPUR: Mahasiswa Mesir telah melakukan demontrasi aman di sejumlah universiti dan sekolah terhadap apa yang mereka sebut ‘kudeta tentera’ terhadap Presiden yang dipilih rakyat, Mohamed Morsi dan pemberian kekuasaan penangkapan kepada petugas keselamatan pentadbiran kampus.

Dipetik daripada blog Kelab Greenboc, sebagaimana diberitakan oleh Anadolu, Selasa (24 September), para mahasiswa melakukan demonstrasi untuk hari keempat berturut-turut di Universiti Assuit terhadap penggulingan Mursi dan pemberian kekuasaan kepada petugas keselamatan untuk menangkap mahasiswa di kampus.

Mahasiswa juga melakukan demo di Universiti Suez Canal terhadap penangkapan dua rakan mereka selama protes satu hari sebelumnya dan apa yang mereka katakan ‘serangan’ oleh pasukan keselamatan terhadap tindakan mereka.

Satu demonstrasi aman juga diadakan di Universiti Beni Sueif terhadap penangkapan dua mahasiswa dalam demonstrasi menentang kekuasaan penangkapan diberikan kepada petugas keselamatan kampus.

Para mahasiswa membawa symbol 'Empat Jari' sebagai tanda simpati terhadap pembantaian yang dilakukan tentera Mesir terhadap rakyatnya di Bundaran Rabaa al-Adawiya, Kahera pada Ogos lalu.

Demonstrasi juga dilakukan di Universiti Mansoura di panggung terbuka, mereka membawa gambar warga yang gugur dalam penyerbuan tentara terhdapa pendukung Presiden Mursi yang melakukan aksi duduk, selain itu mahasiswa juga menyerukan pembebasan untuk teman sekelas mereka yang ditahan.

Menurut saksi mata, seorang mahasiswi ditahan oleh polis keselamatan kerana memiliki lembaran-lembaran yang 'menghina' tentera .

Tapi para mahasiswa menafikan tuduhan tersebut, mereka menyatakan bahwa lembaran-lembaran itu merupakan soalselidik tentang 'kekuasaan tentera.

PAS terima realiti pelbagai aliran pemikiran

Khairil Abdul Rahim, 29 Sep 2013


TEMERLOH: PAS yang menjadi harapan rakyat pada masa depan mesti bersedia menjadi sebuah parti besar sekali gus terpaksa menerima kepelbagaian aliran pemikiran ahli-ahlinya terutama di zaman pengaruh dan penggunaan media baru ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan, zaman PAS dilabelkan sebagai parti Pak Lebai sudah berlalu dan kini parti Islam ini sudah menerima kemasukan artis, bekas polis dan tentera, pegawai kanan kerajaan dan ahli akademik yang sudah pasti membawa pemikiran masing-masing.

“Kita kena terima realiti kepelbagaian pemikiran ahli baru yang masuk PAS dan tanggungjawab kitalah mentarbiyah dan memahamkan ahli dengan dasar-dasar parti kerana PAS tidak mungkin boleh tegak dan berkembang sehingga memerintah dengan hanya satu aliran pemikiran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau sempena Mesyuarat Agung Tahunan PAS kawasan kali ke-27 di Darul Hikmah, Kerdau semalam.

Mesyuarat dirasmikan oleh AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, PAS negeri akan mengadakan Konvensyen PAS Pahang pada 26 Oktober ini di Kuantan.
Tanda Putera rugi RM3.77j
10:19AM Sep 29 2013  
Tayangan filem kontroversi 'Tanda Putera' tamat di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan sekitar RM3.77 juta.

Filem yang dihasilkan dengan kos RM4.7 juta itu hanya menarik kutipan RM930,000 selepas 25 hari di pawagam, menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Satu lagi filem yang turut mula ditayangkan pada 29 Ogos, 'KL Zombie' berjaya mengutip sejumlah RM2.93 juta dalam tempoh sama.

'KL Zombie' dihasilkan dengan kos RM1.8 juta, kurang daripada separuh kos produksi 'Tanda Putera' dan masih ditayangkan di pawagam.

'Tanda Putera' yang merakam persahabatan di antara perdan menteri waktu itu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Ismail Abdul Rahman dalam latar peristiwa 13 Mei 1969 itu dikritik kerana memaparkan perisitiwa sejarah dengan tidak jujur.

Filem tersebut tetap mengalami kerugian walau dipromosi oleh kumpulan pendesak nasionalis, yang turut menggesa akan filem berkenaan diwajibkan tayangan di sekolah dan universiti.

Filem oleh Persona Pictures Sdn Bhd dihasilkan dengan geran RM4.2 juta dari Finas.

Menurut laman 'Tanda Putera' di Facebook, filem berkenaan akan ditayangkan di luar pawagam melalui tempahan khas, yang dijangka akan memberi tambahan kutipan RM570,000.
Menteri Dalam Negeri: Apa penahanan tanpa bicara?
 
Mnteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan kewujudan peruntukan bagi penahanan tanpa bicara di bawah cadangan pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA).

Beliau berkata, mereka yang ditahan dibenarkan untuk mencabar keputusan lembaga pencegahan jenayah.

Tegasnya, tidak ada perkara seperti penahanan tanpa bicara (di bawah cadangan pindaan) PCA.

Ahmad Zahid berkata keputusan lembaga itu untuk mengarahkan seseorang ditahan di bawah perintah tahanan boleh tertakluk kepada semakan semula oleh Mahkamah Tinggi.

Beliau menegur pihak tertentu yang telah melihat pindaan PCA secara negatif.
Mengenai MCA dan Gerakan yang menentang penahanan tanpa bicara, Zahid menggesa mereka supaya membaca  pindaan tersebut secara terperinci untuk mengkajinya, dan tidak hanya sekadar memberi komen yang negatif.

"Kami bersedia untuk bertemu dengan mereka (MCA dan Gerakan ) sebelum atau selepas PCA dibentangkan," katanya.

Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan Majlis Peguam bahawa badan itu tidak dirujuk berhubung pindaan itu sebelum ia dibentangkan .

"Saya menjemput mereka (Majlis Peguam) ... presiden (Christopher Leong) ke Sunway untuk sesi dialog," katanya sambil bertanya perundingan yang macam mana yang mereka mahukan.

"Adakah ini bermakna saya perlu duduk dengan mereka, membincangkan fasal-fasal secara terperinci atau apa?

"Kita ( kerajaan) telah mengambil usaha untuk mendengar semua pihak," kata Ahmad Zahid.

Seksyen baru diperkenalkan 15A (1) jelas menyatakan bahawa tiada semakan kehakiman dibenarkan terhadap keputusan lembaga itu atau penemuannya dalam menjalankan kuasa budi bicaranya.

Bagaimanapun, semakan kehakiman masih terpakai kepada perkara-perkara berkenaan dengan pematuhan lembaga itu dengan keperluan prosedur.

Seksyen 19A (2) membolehkan Mahkamah Tinggi menyemak keputusan lembaga itu apabila ia mengarahkan sesuatu tahanan dibuat atau melanjutkan tempoh tahanan. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan Ahmad Zahid berkata, pindaan yang dilakukan dalam Akta Pencegahan Jenayah (PCA) bagi membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan turut mendapat maklum balas baik daripada pemimpin pembangkang.
   
Beliau meminta semua pihak melihat pindaan itu secara positif kerana mengutamakan keselamatan serta keamanan rakyat dengan memerangi jenayah yang kini masalah besar kepada rakyat dan negara.
   
"Terima kasih kepada NGO yang memberi pendapat positif, terima kasih juga kepada rakan dalam parti pembangkang yang mula memahami bahawa pindaan PCA ini menjaga keselamatan rakyat keseluruhannya," katanya ketika berucap pada Forum Pencegahan Jenayah bertema 'Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Anda' hari ini.
   
Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata masih terdapat segelintir pihak tidak memahami keperluan dan kepentingan pindaan itu serta menganggapnya sebagai menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang dimansuh pada 2011.

"Walaupun beberapa pihak telah menyatakan ketidaksenangan hati mereka terhadap pindaan PCA ini, tetapi saya telah jelaskan bahawa ia bukan satu rang undang-undang yang menggantikan ISA. Ia adalah suatu rang undang-undang yang dipinda bagi mencegah jenayah semata-mata," katanya.

Beliau berkata pindaan itu juga menghadkan kuasa dan penyalahguaan kuasa menteri, sebaliknya memberi kuasa kepada lembaga yang terdiri daripada tiga anggota Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang dilantik Yang di-Pertuan Agong.
   
Terdahulu, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa pindaan PCA juga membolehkan polis melaksanakan tugas membanteras dan mencegah jenayah dengan lebih berkesan berikutan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Kediaman Terhad (RRA) 1933. 
Ku Li serah pada perwakilan buat keputusan
8:19PM Sep 28 2013  
Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata beliau tidak akan berkempen untuk mengekalkan jawatan ketua Umno bahagian itu dalam pemilihan parti bulan depan.
  
Sebaliknya, beliau menyerahkan kepada perwakilan Umno untuk menentukan kedudukannya.
  
Katanya, keputusan untuk bersara daripada politik akan diputuskan apabila ada pengganti yang lebih baik daripadanya.
  
"Tidak ada niat pula untuk saya nak tarik diri daripada mempertahankan jawatan. Perkara ini terpulanglah kepada perwakilan untuk membuat keputusan, saya tidak boleh tongkat langit kerana saya adalah orang biasa," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat Agung khairat kematian Paloh 1 Kali Ke 4 2013 di Gua Musang hari ini.
  
Dalam pemilihan parti kali ini, Tengku Razaleigh, atau Ku Li, dengan panggilan mesra, yang menerajui Umno bahagian itu sejak 1962, buat pertama kalinya bakal dicabar Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian, Datuk Bazlan Baharuddin.
  
Ku Lu berkata beliau sudah memberi notis lebih awal untuk mencari bakal penggantinya menerajui Umno bahagian itu dan mungkin ada orang lain lebih baik untuk menyambung tugasnya.
  
"Oleh itu, eloklah saya bagi isyarat lebih awal untuk rakyat dan kepimpinan lain supaya bersiap mencari orang yang paling layak untuk diangkat sebagai pengganti saya," katanya.
  
Sepanjang perkhidmatannya untuk rakyat Hulu Kelantan, Tengku Razaleigh berkata beliau sudah membawa banyak pembangunan termasuk membuka rancangan tanah Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Felda.
  
Hisham: Ketepi emosi ketika buat pilihan

Di Tawau, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan hampir 150,000 anggota Umno yang bakal memilih barisan kepimpinan Umno Oktober depan agar mengenepikan soal emosi ketika mengundi kelak.
  
Hishammudin, yang mempertahan jawatannya, berkata anggota Umno perlu memilih barisan kepimpinan parti berdasarkan kewibawaan, pengalaman serta kepimpinan pemimpin yang sudah teruji sejak sekian lama.
  
"Pemilihan dalam Umno amat penting. Pemilihan dalam kita menentukan anggota majlis  tertinggi, barisan naib presiden mestilah selari dengan kehendak mereka yang dah lalui pahit getir kepimpinan Umno dan negara.
  
"Kita boleh menawarkan diri. Kalau perwakilan kita melihat mereka ini wajar dipertahankan dan dikekalkan, kita teruskan perjuangan kita. kalau nak muka baharu, silakan. Tetapi saya percaya anggota Umno kita adalah bijak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Tawau hari ini.

Shafie: Calon perlu bijak perkenal diri


Di Kuala Lumpur, seorang lagi penyandang Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata calon yang bakal bertanding pada pemilihan Umno 2013 bulan depan perlu bijak menggunakan peluang dan keupayaan untuk memperkenalkan diri mereka kepada anggota parti.
  
Bagaimanapun, beliau berkata calon tidak boleh melanggar tata etika yang ditetapkan dalam perlembagaan parti itu.
  
"Ini sebenarnya meletakkan keupayaan kita, bagaimana kita boleh menonjolkan diri kita. Asalkan jangan langgar syarat, yang penting bagaimana kita boleh mendekati mereka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
  
Beliau mengulas syarat ketat yang ditetapkan dalam perlembagaan parti dalam pemilihan Umno tahun ini termasuk calon dilarang berkempen secara bersendirian, menjadi pelobi atau peraih undi.
  
Jawatankuasa Pemilihan Parti menetapkan calon ditegah daripada melakukan perbuatan seperti memfitnah, mempromosikan apa-apa manifesto atau berkempen di luar jadual jerayawara yang ditetapkan ibu pejabat parti.
  
Sebarang pelanggaran tataetika yang ditetapkan boleh diambil tindakan di bawah Fasal 20.9 (a)-(e) Perlembagaan Umno termasuk dibatalkan pencalonan atau dipecat daripada parti.
  
'Jauhi perkara yang rosakkan Umno'


Di Kangar, Pengerusi Perhubungan Veteran Umno Negeri Perlis Datuk Selamat Saad berkata para pemimpin Umno yang menawarkan diri bagi pelbagai jawatan dalam parti perlu menjauhi perkara yang boleh merosakkan parti dan memecahbelahkan orang Melayu, kata seorang veteran Umno hari ini.
  
Beliau berharap proses pemilihan tidak seharusnya mencemar amalan demokrasi dalam parti keramat bangsa Melayu itu.
  
Bercakap kepada Bernama hari ini, beliau yakin anggota Umno semakin matang untuk membuat pilihan mengenai pemimpin yang berkebolehan dan ikhlas untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.
  
Selamat yang juga Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Negeri Perlis berkata Umno memberi kebebasan amat luas kepada sesiapa yang menawar diri menjadi pemimpin dan berharap penawaran tidak dilihat sebagai pertandingan.
  
"Umno mendukung maruah seseorang individu, tidak diperlekehkan dan lebih tidak bermoral kalau mereka yang bercadang untuk dipilih itu memburukkan rakan yang bersaing," kata bekas anggota Exco kerajaan negeri Perlis itu.

30 tarik diri di Kelantan


Di Kota Bharu, Seramai30 individu menarik diri daripada bertanding pelbagai jawatan peringkat bahagian dan pergerakan Umno dalam pemilihan parti di Kelantan, Oktober ini.
  
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata tiga daripadanya menarik diri untuk bertanding jawatan ketua Umno bahagian dan selebihnya pelbagai jawatan di peringkat bahagian dan sayap.
  
"Sebanyak 30 yang menarik diri ini daripada keseluruhan 2,595 calon di Kelantan. Umno Kelantan akan mengetahui senarai penuh calon yang layak bertanding pada 7 Oktober depan selepas diputuskan Umno Pusat," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini.
  
Mereka yang menarik diri ialah lima orang di Machang, Ketereh (dua), Tanah Merah (tiga), Bachok (lima), Pengkalan Chepa (tiga), Gua Musang (lima), Pasir Mas (tiga), Tanah Merah (satu), Kota Baharu (dua) dan Kuala Krai (satu).

Mustapa berkata pada mesyuarat itu, Umno Kelantan bersetuju untuk menyokong semua 14 calon yang menawarkan diri untuk bertanding di peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan exco pergerakan.

Mereka membabitkan lima orang di peringkat MT, Wanita (lima), Pemuda (tiga) dan Puteri (satu).
  
Selain Mustapa, lima yang menawarkan diri bertanding di peringkat MT ialah Ketua Umno Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa, Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh Zawawi Othman, Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh Datuk Md Alwi Che Ahmad dan bekas Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Datuk Mohd Zain Ismail.
- Bernama
LGE: Apa kaitan pemilikan hotel dengan sawit?
7:31PM Sep 28 2013  
Pelaburan RM700 juta Felda - badan perladangan terbesar di negara ini - dalam bidang perhotelan, telah menimbulkan tandatanya bagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

lim guan eng interview 160813 03"Apa kaitan antara operasi dan pemilikan lapan buah hotel di serata Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan London; dengan penanaman kelapa sawit?

"Bagaimana dengan melabur RM700 juta menjalankan perniagaan
perhotelan di dalam negara dan di London dapat memberi faedah kepada kehidupan lebih satu juta orang yang tinggal di tanah rancangan Felda di seluruh negara?

"Ketika kami mula-mula mengambil alih pada 2008, kami sangat terkejut bahawa kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya begitu sarat terlibat dengan aktiviti bukan-teras di mana ia tidak memiliki kepakaran seperti menjalan operasi ladang kelapa sawit, getah, kolam ikan, hotel, kolej malah padang golf.

"Kesemua usaha yang tidak difikirkan dengan baik ini sedang menjana kerugian ketika itu," katanya dalam satu kenyataaan, sambil menambah bahawa melalui polisi melepaskan pegangan, dan penyumberan luar melalui pelaksanaan tender terbuka, kesemua kerugian operasi itu ditukar menjadi keuntungan.

Katanya, sementara usaha mempelbagai itu adalah amalan korporat yang biasa dibuat, ia mestilah berkait dengan bisnes terasnya atau mesti berkait dengan pengalaman pengurusan pakar.

"Dunia korporat bersepah dengan sampah sarap pelaburan yang tidak rasional dan cuai; dalam bisnes yang syarikat induk tidak mempunyai banyak kepakaran atau ilmu," tambahnya.

Di samping itu, tambahnya, Felda secara terang-terangan mengingkari salah satu teras utama Plan Transformasi Ekonomi (ETP) Kerajaan Persekutuan untuk melepas asset bukan teras oleh syarikata berkaitan kerajaan.
Penduduk, peniaga bantah bina sekolah agama di parkir masjid
7:50PM Sep 28 2013  
Kira-kira 50 penduduk dan peniaga berhimpun di parkir Masjid Al-Firdaus Kampung Segambut Luar di ibunegara bagi membantah pembinaan sekolah rendah agama di kawasan itu.
  
Wakil peniaga gerai Masjid Al-Firdaus Ahmad Shah Jalaludin berkata semua peniaga di situ membantah projek itu kerana boleh menjejaskan pendapatan mereka.
  
"Jika pembinaan ini diteruskan, kira-kira 100 penjaja Melayu Islam bakal berdepan masalah kerana ia menjejaskan pendapatan kami dan pendapatan bulanan masjid untuk mengisi tabung dana pembangunan bagi membiayai segala aktiviti masjid.
  
"Pihak masjid menerima bayaran sewa daripada peniaga di kawasan parkir pada setiap Sabtu, dan kami mula berniaga di sini sejak 10 tahun lepas," katanya kepada Bernama hari ini.
  
Wakil Persatuan Penduduk Segambut Azizan Zainal pula berkata penduduk sekitar juga tidak bersetuju dengan pembinaan sekolah berkenaan di kawasan itu kerana akan menyebabkan jemaah sukar mencari tempat untuk meletak kenderaan.  

"Pembinaan sekolah itu juga akan menyebabkan kesesakan lalulintas... selain itu, sudah ada empat sekolah agama di sekitar Segambut," katanya sambil menambah pelajar Melayu Islam di kawasan itu bersekolah di Sekolah Rendah Agama Segambut Dalam, Sekolah Agama Al-Qutubi, Sekolah Agama Mahmudiah Jalan Kucing dan Sekolah Agama Masjid Wilayah, yang jaraknya hanya kira-kira tiga kilometer.

- Bernama

Tiada ulasan: