SURAT SEORANG SUAMI KEPADA PENGARAH SEBUAH HOSPITAL DIMALAYSIA, TIDAK MEMBENARKAN DOKTOR LELAKI TERLIBAT DALAM PROSES BERSALIN ISTERINYA,TERSEBAR LUAS DI INTERNET!!!!
Seorang suami muda telah menghantar sepucuk surat kepada Pengarah Hospital Taiping, Perak yang menghalang penglibatan doktor lelaki dalam proses bersalin isterinya kini telah tersebar luas di alam maya.
Sudah tiba masa dan sewajarnya pihak Kementerian Kesihatan menjadikan isu ini sebagai suatu Standing Operation Procedure (SOP) kepada mana-mana jua hospital kerajaan maupun swasta agar tidak melibatkan doktor lelaki dalam proses bersalin demi menjaga maruah wanita melainkan mendapat izin dan kebenaran dari si suami.
Omak Kau cukup yakin, kini negara kita mempunyai ramai doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan wanita dan mencukupi untuk mengendalikan proses-proses bersalin yang normal maupun bukan secara normal.
Pada suami dan bakal bapa, elok juga disimpan sampel surat ini untuk dijadikan contoh bila keadaan memerlukan nanti.
Jadilah seorang suami yang baik dengan menjaga maruah diri si isteri yang disayangi.
BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT SELANGOR YANG TIDAK DI SIARKAN OLEH RTM, TV3, UTUSAN DAN BERITA HARIAN!!!! .. RAKYAT SELANGOR AKAN TERUS MENIKMATI PEMBERIAN AIR PERCUMA SEKURANG-KURANGNYA UNTUK TEMPOH 10 TAHUN AKAN DATANG!!!!
Berita sebegini, taubat lahom tak keluar di Utusan dan Berita Harian dan jangan mimpi disiarkan di semua saluran televisyen milik dan kawalan UMNO/BN.
Rakyat Negeri Selangor akan terus menikmati pemberian air percuma 20 meter padu air untuk tempoh selama 10 tahun akan datang dengan syarat Pakatan Rakyat masih memerintah negeri Selangor.
KUALA LUMPUR 23 SEPTEMBER: Rakyat negeri Selangor akan terus menikmati pemberian 20 meter padu air percuma untuk tempoh 10 tahun akan datang, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
Jaminan itu dinyatakan Khalid ketika berucap pada Majlis Dialog Belanjawan 2014, di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya hari ini.
Menurutnya, jika penstrukturan air di Selangor berjaya dilaksanakan, maka susidi air percuma itu akan diteruskan kepada tempoh yang lebih panjang.
“Penyusunan semula industri air ketika ini ada nampak cahaya di hujungnya tetapi masih belum selesai dan kita akan meneruskan program subsidi ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.
“Kita harap dapat selesaikannya kerana kita tidak mahu aset yang paling penting untuk rakyat ini diuruskan oleh pihak yang tiada kepakaran,” katanya dipetik Selangorku.
Sebelum ini, Khalid memberitahu penyusunan itu akan diselesaikan sebelum 31 Disember depan selaras dengan Akta Industri Perkhidmatan Air (Wasia) 2006.
Perkara berkenaan diputuskan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam surat bertarikh 9 September lalu.
Khalid turut memaklumkan penstrukturan itu akan memberi kemampuan kepada Kerajaan Negeri untuk menjelaskan hutang kira-kira RM1 bilion kepada Kerajaan Pusat.
“Selepas hutang itu diselesaikan, hutang Kerajaan Negeri hanya tinggal tidak lebih RM200 juta.
“Jadi oleh kerana rizab negeri ketika ini sebanyak RM3 bilion, jadi negeri Selangor tidak perlu meminta sedekah lagi, dengan ini kita dapat melaksanakan pembangunan negeri dengan baik,” katanya.
MCA desak kerajaan benar abu mayat Chin Peng dibawa pulang
Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Gan Ping Siew menegaskan, masyarakat antarabangsa akan memandang serong terhadap Malaysia sekiranya terus melarang abu mayat Chin Peng di bawa masuk ke negara.
"Kubur Karl Marx sekali pun ditempatkan di tengah ibu kota London walaupun empayar British menderita akibat ideologi Komunis yang dibawanya," kata Gan merujuk kepada pengasas ideologi komunis itu.
"Perjanjian Damai Hatyai memperuntukan jaminan kerajaan terhadap mereka yang meletakkan senjata...ia seharusnya turut terpakai terhadap mendiang Chin Peng," kata Gan lagi dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya lagi, meskipun Jepun pernah menjajah Malaysia suatu ketika dahulu, negara ini tetap mengadakan hubungan diplomatik dengan negara itu dan mengapa tidak dengan Chin Peng.
Semua agama tegas Gan menuntut penganutnya mengamalkan budaya memaafkan.
Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan mempertimbang sebarang permintaan daripada anggota keluarga Chin Peng supaya mayat bekas pemimpin PKM itu dibawa pulang ke negara ini untuk urusan pengebumian.
Najib menegaskan bekas ketua pemimpin komunis yang meninggal dunia di Bangkok itu akan terus diingati sebagai pemimpin pengganas yang terlibat melakukan pelbagai kekejaman terhadap rakyat dan serangan ke atas pasukan keselamatan.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi kerana sakit tua.
Dia dilahirkan pada 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak. – 18 September, 2013.
KES PRESIDEN PAS SAMAN FITNAH DR MASHITAH IBRAHIM .... SINAR HARIAN KEMUKAKAN MOHON MAAF TAPI SAMAN TERHADAP MASHITAH IBRAHIM KEKAL!!!!
Hari ini akhbar Sinar Harian kemukakan kepada Mahkamah Tinggi permohoan maaf kepada TGHA atas artikel yang berbentuk fitnah ditulis oleh Dr Mashitah Ibrahim suatu ketika dulu.
Saman terhadap Dr Mashitah oleh Dato' Seri Presiden PAS kekal .. Keputusan itu dicapai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta sebentar tadi.
Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang , selaku plaintif memfail saman pada 18 September lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi menamakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim sebagai defendan pertama kes itu.
Beliau turut menamakan Sinar Karangkraf Sdn Bhd iaitu Penerbit Sinar Harian sebagai defendan kedua dan Ultimate Print Sdn Bhd iaitu pencetak akhbar berkenaan sebagai defendan ketiga.
Menurut dokumen itu, plaintif menegaskan menteri itu dengan niat jahat mengeluarkan kata-kata fitnah ke atas plaintif dalam kolumnya iaitu ‘Langit Terbuka’ bertajuk Skandal Seks, Krisis Politik Pakatan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac lalu di muka surat 17, di mana kata-kata fitnah itu dikeluarkan defendan pertama sebagai kolumnis dan akhbar Sinar Harian sebagai penerbit, manakala Ultimate Print Sdn Bhd, pencetak.
“Kata-kata fitnah itu secara langsung merujuk kepada plaintif kerana nama dan jawatan plaintif disebut secara spesifik dalam artikel itu,” katanya.
Menurut pernyataan tersebut, kata-kata fitnah itu merupakan fitnah yang amat jahat ke atas plaintif sama ada dalam kapasiti peribadinya atau jawatannya selaku Presiden Pas.
Pernyataan itu juga menegaskan, meskipun plaintif melalui peguamnya telah menghantar notis pada tarikh 20 Jun kepada Sinar Harian, dan meminta syarikat tersebut menarik balik tuduhan fitnah, meminta maaf, dan membayar ganti rugi, namun Sinar Harian tidak berbuat demikian.
Antara dituntut, ganti rugi am; ganti rugi teladan; ganti rugi melampau; perintah mengarahkan defendan kedua meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah writ saman itu di muka depan Utusan Malaysia; dan kos.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan