Selasa, 17 September 2013

KERETA OH KERETA 1

Awas! Penyegar Udara Berbahaya

airNEW PETALING JAYA: Penyegar udara yang sering diletakkan di dalam kereta kita ataupun di rumah mungkin berbau nyaman tetapi ia boleh mendatangkan kemudaratan tanpa kita sedari.
Enam produk penyegar udara yang biasa digunakan yang ditemui di pasar raya dan kedai di seluruh negara telah diuji oleh sekumpulan pengguna, mengandungi empat bahan kimia berbahaya iaitu – toluena, benzena, formaldehid dan phthalates.
Kesemua produk didapati mengandungi salah satu daripada bahan kimia terbabit pada paras tertinggi dengan phthalates – bahan mengganggu sistem endokrin (EDS) – terkandung dalam empat daripada enam produk tersebut.
Pendedahan dalam tempoh yang lama kepada EDS boleh menjejaskan sistem imun dan otak.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi Nadarajan yang menjalan ujian itu, EDS boleh menyebabkan lelaki berkelakuan lebih feminin dan sebaliknya.
“Ia juga boleh membantutkan perkembangan organ-organ penting dan menyebabkan keguguran. Tahap kerosakan, bagaimanapun, bergantung kepada kesihatan individu, dengan wanita hamil dan kanak-kanak berdepan risiko tinggi,” katanya.
Ratna berkata sesetengah penyegar udara ditemui mengandungi campuran beberapa jenis phthalates yang jauh lebih berbahaya.
Dua daripada penyegar udara ditemui mengandungi toluena yang boleh merosakkan hati, buah pinggang dan otak jika terdedah terlalu lama kepada produk itu.
Persatuan itu turut menemui penyegar udara buatan tempatan mengandungi bahan kimia yang tinggi iaitu toluena dan tiga jenis phthalates.
Ratna menjelaskan kebanyakan orang di luar sana terutama di kawasan bandar menghabiskan beberapa jam dalam kereta setiap hari, menghidu bahan kimia dari penyegar udara itu.
“Sekurang-kurangnya, bahan kimia ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya dan kemurungan,” katanya.
Apabila berada dalam persekitaran yang terhad seperti di dalam kereta dengan udara segar yang amat sedikit, beliau berkata bahan kimia itu lebih berbahaya.
Ratna berkata mereka masih menunggu data mengenai had dan praturan penyegar udara dari pengawal selia tempatan serta negara-negara lain untuk melakukan perbandingan.
Beliau menasihatkan para pengguna untuk mengelakkan penggunaan penyegar udara terlalu kerap dan memilih pengudaraan secara semula jadi dan mementingkan kebersihan di rumah. Ratna mencadangkan alternatif semula jadi seperti daun pandan, serai dan arang.

Artikel disiar pada 09/09/2013 - 1:07 pm oleh EDITOR


Skim Sambung Bayar

“Sambung Bayar” sebenarnya adalah menyalahi undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Anda tidak mempunyai hak untuk “memindahkan” atau “Sambung Bayar” kemudahan pinjaman bank seseorang kepada orang yang lain.
Akta 212, 36A. Mana-mana pemunya, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran berkenaan dengan perjanjian sewa-beli selain daripada bayaran yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau bayaran yang dibenarkan di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
36B. Mana-mana orang yang bukan pemilik, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran daripada penyewa berkenaan perjanjian sewa-beli adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
38. Tiap-tiap orang yang, oleh pelupusan atau penjualan apa-apa barang yang terkandung dalam perjanjian sewa-beli, atau dengan pengeluaran barang-barang itu, atau oleh apa-apa cara lain, defrauds atau cuba untuk menipu pemilik adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan hendaklah, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Ia juga menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, pengedar, ejen atau syarikat untuk menerima, mengambil atau menerima sebarang deposit tanpa lesen yang sah – 1989: Seksyen 25 (1). Ia juga menyalahi undang-undang bagi mana-mana orang, pengedar, ejen atau syarikat untuk mengiklankan pengambilan deposit secara haram – 1989: Seksyen 27 (A).
Orang ramai disarankan supaya tidak terlibat dalam apa-apa jenis skim “Sambung Bayar” kereta kerana perjanjian anda tidak selaras dengan undang-undang Malaysia dan tidak mungkin boleh diterima pakai jika perkara menjadi kelam kabut yang memerlukan prosiding di Mahkamah.

Tip Rendahkan (Lowered) Kereta


Pertanyaan yang diajukan
kudin_46: halo bro...nak tanya sikit...kete sy nie agak tinggi..jadi target sy nak lowed skit.. nk kurangkn gap antara tayar dgn fender kete, tp tak tau lowed kete..ade tip tak? bleh x bg pjelasan yg trperinci, kesan baik n buruk.plz help me..
Jawapan kami
Thanks bertanya pada kudin_46 .. Sebenarnya bab ni tak berapa tau sangat lah.. cuma saya bantu berikan sedikit pandangan secara ringkas ajeer...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Tip rendah / lowered kereta
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ۩۩۩▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬
Beberapa perkara yang perlu kita buat untuk membantu merendahkan kereta korang adalah dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dengan menukar part-part standart kereta korang kepada part-part spot yang boleh membantu merendahkan kedudukan kereta korang.. antaranya ialah :
1) Tukar Spring Sport
Walau pun rasanya tak banyak membantu merendahkan kereta korang ..Carilah yang bersesuaian dengan performance kereta .. kena tengok jugak, cuba kira berapa lingkaran lebih berbanding spring stendard sedia ada tu... Cuba juga bandingkan ketinggian antara spring standert dan spring sport yang mana lebih rendah
Kalau nak masuk sport spring sahaja pun ok gak, tapi lam-lama absorber stendet tuh leh leaking.. kalo nak masuk sport spring sahaja better pakai yang branded lowering spring yang jenis baik :
- Eibach, GAB
- Jamex, Proride
- Tien, APM
- Kayaba RS
- Sachs
- H&R
Ukuran lowering sport spring pun kekadang ada orang tak puas hati, so sebelum beli sport spring tuh, tengok ukuran dia 45mm, 60mm, 80mm atau sebagainya.... tengok bebetul buat perbandingan kerana banyak perbezaan diantara ketinggian , jumlah gelung , diameter dan ketebalan besi spring juga menentukan performent kereta korang.. kat tepi spring tu selalunya ada tulis..
Jangan pulak dah beli nanti potong sport spring tuh lagi..makin lowered laa kereta tuh..dah hasilnya...rate spring akan lari dan kereta akan suffer masa kat cornering. Nak beli spring tuh, make sure yg ada pembalut pelindung supaya spring tuh tak direct contact dengan absorber punya tapak. Macam aku punya, Jamex, ada pembalut tuh..so ia akammencegah spring dari direct contact. Kalu pakai spring lowered tapi spring tu lembut sangat pun handling kereta tetap tak sedap.

2) Penukaran Sport Absober
Yang sebenarnya absorber yang menentukan tahap ketinggian atau kerendahan sesebuah kereta. kalau nak tau absober tu tinggi atau lowered ke tak, kita check dan ukur tinggi antara kaki absorber dengan mangkuk yang nak tutup spring tu.. Ketinggian kaki absorber dengan mangkuk spring tu tak sama tinggi antara satu jenama dengan jenama lain...

Tukar spring dengan absorber skali gus sebab setiap sports spring yang di rekacipta dah kira berat/ketinggian (kg/mm) kereta..bila spring kereta dah direndahkan maka kestabilan kereta turut berubah..so absorber stock(dari pengeluar asal) dah tak relevan lagi.. Kalau beli Spring jenis baik, kena laa tukar rate absorber macam :
- Monroe Sensa Trac
- Koni
- Kayaba
3) Adjustable Absorber
Bagi yg ada modal lebih..boleh le sambar adjustable yang mana lagi banyak option yg boleh kita pilih..Pada pendapat saye la, adjustable ni bagus kalau untuk race jer.. kalau keta biasa pakai macam biasa-biasa aje cuma kelebihan dia kita boleh adjust ketinggian/ kerendahan kereta tu tanpa menukar spring dan tanpa mengorbankan keselesaan pemanduan..
OK.. kalau ko nak rendahkan kereta adjust ajer sedikit dengan menggunakan adjust wrench tool..Kalau pandai buat adjustable nie memang kite leh adjust sendiri..bukan susah pun...bukak tayar...pakai alat yg dia sediakan masa beli adjustable tu...

Kalau amik adjustable, baik yang betul-betul branded cam HWL & Titan brand luar baik punya dalam RM2000++ la. kalo adjustable yang Malaysia keluarkan seperti GAB,HWL,HOTBITZ harga bawah RM2000 sahaja...Tapi ni memang kompom OK. Pilih ajer nak yang camner , nak HI/LOW atau SOF/HARD cuma kebanyakan 'adjustable absorber' bergantung pada spring yang kita pilih. kadang tu'adjustable absorber' kita beli memang siap dah ade spring lagi.
4) Potong spring
Eeemmm Kadang tu ada yang ambil mudah kerana kosnya murah..Melakukan Spring Compress kemudian depan potong 2 lingkar ...dan belakang 3 lingkar... Bila lingkaran coil telah dipotong atau dibuang 1 lingkaran(turun 1 inci) akan menyebabkan shaft absorber menghentak terlalu kuat bila kereta masuk lubang atau terhentak dalam masa pemanduan yang ganas. Minyak hydraulik dan seal yg bertindak sebagai penahan kebocoran juga akan cepat rosak. Spring standard adalah sesuai untuk absorber standard kerana ia di design mengikut beban,ketinggian spring dan panjang max dan min shaft absorber.


atau ada yang siap bakar Spring kereta tu…Sampai kadang-kala ukuran dia sudah tidak tepat dan menggangu keselesaan untuk kita memandu coz hentakan jadi cepat kurang diserap dan tak berapa main.Itu yang kelihatan tinggi sebelah kedudukan kereta nampak tak stabil.. ketahanan coil spring jadi rendah..besi bila dipanaskan molekul dia akan berubah..tu yang menganggu kekuatan besi tersebut.. pastu nanti tahap lantunan kereta akan menjadi tinggi.... So Tolonglah jangan buat benda ni semua….
So it's yours...
Senang citer camni je lah....tahap modifikasi lowered kerete bergantung kepada cara pemanduan agresif/pasif tuan punya kerete tu sendiri dan juga kesesuaian jalan yg biasa dilalui oleh tuan punya kete tu.....

Kebaikan Lowered kereta
-Aku rasa lebih ramai orang lowered kan kereta untuk nampak cantik
-Corner yang lebih mantap dan tidaklah terlalu senang membuang ("sliding")
-Kestabilan kereta tu lebih kukuh bila kita mencilok.
-Kalau lowered pakai performance part mahal.. sure kereta lebih baik...

Kelemahan Lowered kereta
-Driveshaft cepat rosak.. Driveshaft boot senang koyak, pastu pasir masuk
-Lower arm dan driveshaft dah lari dari kedudukan degree yang sepatotnya..
-Tayar makan sebelah dalam atau luar,bearing cepat rosak
-Absorber cepat bocor..(terutama kalau potong spring laa)
-Allingment selalu lari nak buat allignment pun dah mahal
-Asal jumpa bunggol jalan sangkut, terpaksa jadi ular,skirting pecah, dan sebagainya
-Kereta melantun-melantun macam naik kuda
-Tak boleh bawak penumpang ramai-ramai ..
-Tayar selalu rosak bila tersagat pada body.


"Orang kata kalau tak nak dipukul badai jangan berumah ditepi pantai, tapi kalau dah tak kisah pasal badai... ape salahnyaa..."

Apa pun ini hanya pandangan saya sahaja... kalau apa-apa yang salah harap maaf dan sila perbetulkan kesalahan yang ada...

Tip-tip memandu ketika hujan..


Soalan yang diajukan..

anis: Bro tumpang tanya.ade org kate masa hujan kena pasang double signal . tapi ade plak kata tak perlu pasang.mana satu yang betul ni? Tengah kompius ni.Pernah di lihat pemandu kereta waktu hujan hujan lebat yg amat tapi dia boleh cool tak pasang lampu, siap main potong-potong orang lain lagi. bleh tak bro bagi tip driver masa ujan.
Jawapan kami..
thanks bertanya..Entri kali ini, saya akan kongsikan mengenai tips memandu ketika hujan lebat. Tips yang saya rasa, ramai sudah maklum mengenainya.
Tip2 memandu kereta dalam hujan
...
Bila jarak penglihatan kita hanya sekadar 50 meter kebawah.. (hujan atau kabus tebal) seelok2nya memperlahankan kenderaan... memandu dengan berhati-hati ikuti beberapa tip-tip panduan seperti dibawah ni
1. Jangan memandu kalau anda tidak cekap memandu dalam keadaan hujan. Bahaya untuk diri sendiri dan orang lain.Tangguhkan perjalanan kalau boleh. Kalau terpaksa jugak, pastikan anda dan kenderaan anda bersedia untuk menempuh cuaca hujan tu. PastikanPengelap (wiper), aircon, deforger, hon dan sistem elektrikal iaitu bahagian lampu depan dan lampu brake kenderaan mestilah berfungsi dengan baik. Lampu brek utama dan ketiga adalah amat penting ketika hujan.hendaklah berfungsi dengan baik. Ini bagi membolehkan pengguna di belakang kenderaan anda dapat mengenalpasti sesuatu keadaan ketika pemanduan anda.
2. Nyalakan lampu kabus. Jika perlu nyalakan lampu utama. Jangan mengada-ngada nak nyalakan LAMPU KECEMASAN. Nanti orang ingat kereta tu tengah sedap berhenti kat tepi jalan.
Pasang Lampu Hujan
Bila time hujan, menyebabkan penglihatan agak terhad...tak boleh nampak dalam jarak yang jauh....jadi WAJIB lah pasang lampu, bukan semata-mata untuk pemandu tu sendiri nampak jalan...tapi nak bagi pemandu lain nampak kereta kamu!! Sebenarnya kereta yang pasang lampu tu nampak blurrr je dari jauh...lepas tu bila eksiden salahkan orang lain...So kalau taknak terjadinya eksiden PASANGlah LAMPU ketika hujan!!! tak rugi apa pun kan pasang lampu tu...tak luak pun bateri kereta korang tu oke!! tau tak bahaya kalau kite tak pasang lampu bile hujan?lagi-lagi kalau kereta kite kaler sama macam kaler jalan tu..contohnya kereta colour silver la..
Lampu kecemasan (hazard light)
Ia digunakan ketika kenderaan berhenti untuk kecemasan. , bukannya ketika sedang bergerak. Bukan sama sekali digunakan ketika hujan.Pada aku sangat bahaya sebab kalu kereta tu nak membelok kiri, kanan atau nak tukar lorong...orang lain tak tau...sebab dah dua-dua signal dipasang kan..kalau nak nyalakan hazard light semasa hujan lebat berhenti dulu kat tepi jalan lepas tu buka hazard light.. hazard light mungkin masih diperlukan.. untuk memberitahu pemandu dibelakang.. bahawa.. menjarakkan kenderaan mereka dari belakang kita..sebab kereta kat depan ada masalah (sebagai tanda isyarat kat kenderaan belakang yang kereta kita nak berhenti ) macam eksident atau air limpah jalan...
3. Jangan memandu terlalu perlahan atau laju. Rileklah dengan 'throttle' tu. Kurangkan penggunaan brek sebab jalan licin dan brek selalunya tak membantu sangat. Gunakan gear rendah lagi bagus.
4. Ingat kata-kata hikmat aku ni.. "MENGEKORI KENDERAAN LAIN ADALAH AMAT BERBAHAYA..! Hadkan jarak antara kenderaan di hadapan. Ikut lampu belakang kenderaan di hadapan kalau penglihatan terhad. Jangan ikut terlalu dekat sebab nanti tak sempat nak brek, tercium pulak belakang kenderaan kat depan tu.
5. Lagi bagus kalau pakai cermin mata khas untuk memandu dan bukan 'sunglass'. Cermin mata berwarna amber bagus untuk memandu semasa berkabus atau hujan kerana warna merah dan oren lebih jelas kelihatan. Tak percaya, pegi kedai pastu cuba pakai cermin mata warna amber.kalau hujan waktu siang hari, pemakaian cermin mata berwarna amber dapat membantu penglihatan anda ketika memandu di hujan lebat. Banyak kali dah cuba,banyak membantu dalam meningkatkan kualiti penglihatan anda melalui pemakaian cermin mata amber.tapi kalau waktu malam jangan lerrr pakai yerrr..kompem tak jelas nampak.
Tip2 Penunggang Motorsikal dalam hujan.....Kekadang walaupun hujan, masa tak membenarkan kita berhenti. Kalau terpaksa jalan jugak, yang susahnya pemandangan jadi masalah. Jalan tak berapa nampak, line putih hampir hilang kerana tertutup air hujan. Jadi sebagai peringatan ambil langkah-langkah tersebut..

1. Jangan suka membrake kan motorsikal anda dalam keadaan mengejut..kalau boleh elakkan selalu guna brek belakang.kerana bila brake boleh mengakibatkat motorsikal membuang kebelakang......pakai brek depan je......2. Pasang lampu bagi motor yang bukan auto pasang...kalau tak pemandu lain seperti kereta dan lori tak nampak kamu nanti...3. Pakai jaket tebal skit kalau takde baju hujan.....elakkan tubuh terlampau sejuk....nanti response tubuh jadi slow kalau ada apa2 berlaku....4. Jangan le bawak lelaju sangat....tayar kurang mencengkam kalau jalan basah....walaupun brek power dengan brek disk besar gedabak depan belakang....pun tak guna juga......Tolong jarakkan motorsikal anda dari belakang kenderaan lain..perhatikan Lampu belakang kereta atau kenderaan lain jadikan guide. Jadi kita tidak lah ikut brake motor secara mengejut...especially kalau jalan tu kita tak biasa. kalau ada lopak air, kereta depan tu langgar dulu, kita dah boleh ready. Kalau kita yang depan, termasuk lopak air dulu, jadi boleh buat langkah berjaga-jaga !
5. Pakai helmet yang ada visor.....warna jernih......untuk mengelakkan mata kita terganggu dek hujan, angin dan suasana yang kurang jelas......
Visor helmet full face pulak senang jadi berkuap, lagi problem.So langkah defensive pertama, off course lah tak leh laju-laju macam biasa. Kedua, cari benda ( biasanya kertas ) aku selit kat visor helmet tu biar dia tak tertutup habis. Angin boleh masuk sikit, jadi wap hilang. Kalau tak, visor berkuap, kalau penunggang motor tu spek mata pun berkuap sekali. Bukan lagi rabun tapi kabus tak nampak akibat wap
6. Kalau brenti bawah jambatan kat highway tu.....seelok-eloknya duduk kat luar highway.....biarkan je motor tu parking tepi jalan.....dah banyak kes motor kena langgar dek lori masa berteduh bawah jambatan.banyak nyawa melayang.dah tau masa hujan, jalan basah, lori banyak......BAHAYA......
Selalu dok perati ramai rider yg tumpang berteduh bwh flyover.... adalah dinasihatkan bleh berteduh tapi jangan la bertenggek atas motor ... kadang tu sampai masuk lane kereta.. ini adalah merbahaya kerana kadang-kadang lori yang besar besar bukan nampak sangat yang tepi tepi jalan tu tambah hujan lagi.. so klu nak bertedung park moto then dudok jauh dari jalan... silap hari bulan akibat nak bertedung kena lenyek ngan lori.. sebab ade kes dah dulu akibat berteduh dari hujan..
Adengan yang tak mau dilihat...
Keselamatan jalanraya bergantung pada anda. Jangan buat kerja gilerr.. Pastikan anda sentiasa melindungi nyawa anda dan orang lain di samping menyelamatkan duit poket anda dan orang lain.


Tiada ulasan: