Khamis, 5 September 2013

JANGANLAH KITA JADI ORANG JAHAT BILA BERADA DALAM DUNIA

Al Sisi kini fokus tumbangkan Hamas di Gaza

http://wasukalu.blogspot.com, 04 Sep 2013
Jika kita pernah beranggapan bahawa kudeta di Mesir adalah demi keutuhan negara Israel dan menyumbang kepada penaklukan total Israel ke atas Palestine yang kini cuma tinggal sekangkang kera iaitu Semenanjung Gaza dan tebing barat; maka persepsi kita sebenarnya semakin hampir kepada kebanarab.

Kudeta Mesir dipercayai telah memasuki fasa kedua. Pasukan Keselamatan dengan kerjasama Jeneral Abdel Fattah al-Sisi, panglima tertinggi Pasukan Tentera Bersenjata Mesir telah memulakan serangan untuk menjatuhkan gerakan Hamas di Semenanjung Gaza sambil disokong oleh hasutan media pro-Sisi.

Beberapa orang aktivis telah mengadakan protes menentang kerajaan di Semenanjung itu. Aktivis tersebut dipercayai menerima bantuan kewangan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Laman baru, Secrets Of Arabia telah memerhatikan tanda-tanda perancangan kempen yang dimulakan oleh Mesir untuk menyerang Hamas dan menggulingkan kerajaan di Gaza. Sementara itu, sumber lain mendakwa bahawa UAE telah merancang kempen yang bekerjasama dengan bekas pemimpin Fatah, Mohammed Dahlan yang bekerja sebagai konsultan di Abu Dhabi Crown Prince. Mohammed bin Zayed Dahlan sebelum ini dibuang daripada Gaza berikutan kegagalannya untuk menggulingkan kerajaan Hamas yang telah dipilih secara demokrasi.

Dalam beberapa minggu ini, tentera Mesir telah melancarkan kempen besar-besaran terhadap terowong-terowong penyeludupan. Terowong tersebut digunakan untuk mengangkut barang-barang penting kepada penduduk Gaza yang terpaksa menghadapi sekatan daripada Israel. Berita juga telah dibocorkan dengan arahan daripada Pasukan Keselamatan Mesir untuk menghancurkan lebih 500 buah rumah berhampiran sempadan Semenanjung Gaza dan sejauh 500 meter ke dalam wilayah Mesir.

Operasi memusnahkan kediaman rakyat Palestin di sempadan Gaza merupakan pertama kalinya berlaku dalam sejarah hubungan Mesir-Palestin. Operasi tersebut telah menimbulkan kerisauan di rantau ini. Menurut penduduk Mesir di kawasan itu, masyarakat Mesir percaya bahawa operasi tersebut dilakukan bertujuan untuk memperkukuhkan kepungan ke atas Gaza.

Kempen Hasutan

Tindakan pihak tentera Mesir yang disokong oleh kempen yang tidak pernah berlaku sebelum ini daripada media pro-kudeta yang menyeru rakyat Palestin kepada pemberontakan terhadap Hamas merupakan satu campur tangan yang jelas dan terang-terangan. Sementara itu, saluran media yang sama telah mengkritik pihak selain Mesir yang mencampuri hal politik di Kaherah.

Tawfiq Okasha, seorang yang banyak kontroversi personaliti dalam media Mesir telah mengejutkan penonton pada petang Hari Sabtu yang lalu dengan hasutan terhadap rakyat Palestin di Gaza yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Okasha sangat rapat dengan Jeneral Sisi dan merupakan pelindung yang prominen kepada kudeta. Ia dipercayai secara meluas dalam kalangan rakyat Mesir bahawa Okasha mencerminkan kedudukannya secara rasmi dalam tentera. Beliau menerima arahan daripada Jabatan Perisikan Moral dan Ketenteraan yang menyalurkan dana kepada siaran TV beliau, al Faraein.

Pemberontakan Gaza

Sementara itu, satu gerakan baru telah muncul dengan nama Tamarod Gaza atau Pemberontakan Gaza. Gerakan tersebut menyeru rakyat Palestin di Gaza untuk menyuarakan suara protes mereka pada 11 November ini terhadap pemerintahan Hamas. Gerakan tersebut juga telah menimbulkan kontroversi di jalan-jalan Palestin.

Majoriti rakyat Palestin di Gaza percaya bahawa ahli gerakan Tamarod Gaza itu adalah lanjutan daripada anti-revolusi yang diketuai oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha menggagalkan revolusi Arab serta menjatuhkan pemerintahan Islam di dunia Arab. Gerakan itu sama seperti gerakan Tamarod Mesir yang diketuai oleh Mahmoud Badr. Badr juga dikenali sebagai Mahmoud Si Ganja (dadah) kerana didakwa sebelum ini terlibat dalam perniagaan ganja. Badr telah membina hubungan dengan UAE dan dibenarkan untuk bertemu Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan.

Rakyat Palestin juga percaya bahawa Mohammed Dahlan melakukan provokasi berikutan masalah yang berlaku di Sinai untuk mengheret tentera Mesir kepada konflik dengan Gaza. Dahlan turut dipercayai menjadi penyokong kepada Tamarod Gaza yang beraspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Hamas di Gaza sebagaimana Ikhwan dijatuhkan di Mesir.

Sumber: MiddleEastMonitor
oleh mesirkini

Mustafa Kamal Ataturk: Matinya dalam hina

http://www.selatanonline.net, 04 Sep 2013


FB Faie DeaLova
Gambar: tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!! ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah : 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. 2. Sakit jantung. 3. Penyakit darah tinggi. 4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk! Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!! ILMU YANG BERMANFAAT, SILA SHARE UNTUK TATAPAN SEMUA" width="100" height="103" align="left" />
Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum–hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.

Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung – Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.

Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini… Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.


Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah:

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!!

ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah:


1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Gambar: tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu. Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!! ϟ Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan! ϟ Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah : 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan. 2. Sakit jantung. 3. Penyakit darah tinggi. 4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk! Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!! ILMU YANG BERMANFAAT, SILA SHARE UNTUK TATAPAN SEMUA" width="481" height="481" />

Q&A: Hukum bekerja/berhias wanita dalam idah

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 04 Sep 2013
Soalan;

Apakah hukum, seorang isteri yang kematian suami, berhias untuk ke tempat kerja? Saya berhias bukan berniat untuk berkahwin lain tetapi berhias untuk diri sendiri. Harap ustaz dapat memberi jawapan pada soalan saya ini.

Jawapan;

Soalan di atas merangkumi dua hukum;
1. Hukum keluar bekerja
2. Hukum berhias

Bagi hukum pertama; dibolehkan wanita yang kematian suami untuk keluar berkerja (atau untuk urusan-urusan lain yang perlu) asalkan ia pulang untuk bermalam di rumah suaminya selama masih dalam idah (4 bulan 10 hari dari tarikh kematian suami, atau hingga melahirkan anak jika ia hamil). Menurut jumhur ulama; diwajibkan ke atas isteri yang kematian suami untuk terus tinggal di rumah suaminya[1], tidak keluar darinya melainkan untuk berkerja –jika ia seorang wanita berkerjaya- atau untuk menguruskan keperluan-keperluannya. Kewajipan itu berterusan hingga tamat idahnya. Dalilnya ialah sabda Nabi SAW kepada Fari’ah binti Malik RA (seorang wanita sahabat yang baru kematian suami); “Teruslah tinggal di rumahmu –iaitu rumah yang menjadi kediamanmu ketika datangnya berita kematian suamimu- sehingga berakhir idahmu. Berkata Fari’ah RA; Aku beridah di rumah itu sehingga 4 bulan 10 hari” (Musnad Imam Ahmad; 27087. Sunan Abu Daud; 2300. Status hadis; isnadnya hasan).

Bagi hukum kedua; diharamkan ke atas wanita yang kematian suami untuk berhias selama dalam idah itu. Perhiasan yang dilarang merangkumi; perhiasan diri (berinai, bersolek dan sebagainya), perhiasan pada pakaian dan juga barang-barang kemas (cincin/gelang emas atau perak, batu-batu permata dan sebagainya). Dalilnya ialah sabda Nabi SAW; “Wanita yang kematian suami; janganlah ia memakai pakaian yang dicelup dengan mu’asfar (pencelup berwarana kuning) atau misyq (pencelup berwarna merah), jangan ia memakai perhiasan (barang-barang kemas), janganlah ia mewarnai diri (*seperti berinai dan sebagainya), dan jangan ia bercelak” (Musnad Ahmad; 26581. Sunan Abu Daud; 2304. Dari Ummu Salamah RA. Status hadis; isnadnya soheh).

Dalam hadis lain, Nabi SAW bersabda; “Janganlah wanita berkabung atas suatu kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya iaitu 4 bulan 10 hari,[2] dan janganlah ia memakai pakaian yang dicelup (bercorak dan berwarna-warni), jangan bercelak dan jangan memakai wangian kecuali setelah bersuci dari haid; dibolehkan sedikit sahaja (untuk menghilangkan bau tidak enak pada faraj)” (Soheh Muslim; 938/66, dari Ummu ‘Atiyah RA).

Menurut ulama; maksud larangan pakaian bercelup itu ialah yang dicelup untuk tujuan menghiasnya, jadi maksud larangan itu ialah; memakai pakaian yang berhias (bercorak dan berwarna warni). Maka wanita dalam idah kematian suami hendaklah memakai pakaian yang biasa-biasa sahaja, berwarna apa sekalipun, asalkan tidak bercorak dan berwarna-warni dan tidak kelihatan tujuan untuk berhias. Tidak ditegah berpakaian elok. Tidak ada nas mewajibkan pakaian berwarna hitam atau yang mensunatkannya.

Tidak ditegah memotong kuku, membersih diri, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, menyisir rambut dan sebagainya kerana tiada dalil melarangnya. Turut tidak dilarang ialah mengemas rumah, menyembur pewangi rumah dan seumpamanya kerana yang dilarang ialah perhiasan dan wangian di badan sahaja.

Kesimpulannya; harus bagi isteri yang kematian suami untuk keluar berkerja semasa dalam idahnya, namun janganlah ia berhias.

[1] Iaitu kediamannya bersama suami ketika berlaku kematian suami. Tidak harus ia diusir keluar dari rumah itu dan begitu juga, tidak harus ia keluar dengan tindakan sendiri. Disyaratkan rumah itu sesuai didiaminya. Jika tidak sesuai didiaminya atau ia khuatir membahayakan dirinya dan anak-anaknya, harus ia keluar dari rumah itu ke rumah lain sekalipun belum tamat eddah. (lihat; Syarah Ibnu Qasim, hlm. 172).

[2] Hukum berkabung (ihdad) di atas kematian suami adalah wajib dengan ijmak ulama. Tempohnya ialah hingga tamat idah iaitu 4 bulan 10 hari bagi yang tidak hamil. Bagi yang hamil pula, hingga melahirkan anak (Tamam al-Minnah, 3/234). Adapun berkabung di atas kematian orang lain, harus sahaja hukumnya (tidak wajib). Tempohnya; tidak lebih tiga hari (Tamam al-Minnah; 3/234. Syarah Abi Qasim, hlm. 172).

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Q&A: Solat dua jemaah dalam satu masjid

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 03 Sep 2013
Soalan;
Di surau tempat saya ada dua kumpulan. Semasa solat subuh satu kumpulan solat berimam awal dan satu kumpulan lagi datang lewat dan semasa kumpulan pertama masih lagi solat berjemaah dalam rakaat kedua kumpulan kedua tidak ikut serta berjemaah tapi mereka solat sunat dan kemudian berjemaah bagi kumpulan mereka. Apakah hukumnya? Untuk pengetahuan ustaz kumpulan satu menunggu selama 15 minit, dan kerana  kumpulan dua ini mereka terlambat, mereka tidak sempat solat sunat sebelum Subuh. Katanya rugi tertinggal sunat tersebut. Bolehkah ustaz jelaskan apakah hukumnya?

Jawapan;

Ada beberapa kesalahan dilakukan oleh kumpulan tersebut;

1. Menyebabkan berlakunya dua jamaah dalam satu masjid secara disengajakan. Hal ini bertentangan dengan sunnah Nabi SAW (iaitu hanya satu jemaah sahaja yang pernah dilakukan oleh Nabi SAW dalam masjidnya, begitu juga yang menjadi amalan para sahabat selepas baginda) di samping memecahbelahkan kaum muslimin dalam rumah Allah.

2. Melakukan solat sunat sedang solat fardhu telah didirikan; perbuatan ini bercanggah dengan arahan Nabi SAW; “Apabila telah diiqamahkan, tidak ada solat melainkan solat fardhu.” (Soheh Muslim; 710/63, dari Abu Hurairah RA).

Berkata ulama –berdalilkan hadis ini - jika kita sedang melakukan solat sunat dalam masjid, tiba-tiba terdengar laungan iqamah, hendaklah kita segera menyudahkan solat sunat kita jika kita telah berada dalam rakaat kedua. Adapun jika baru berada dalam rakaat pertama, hendaklah kita menamatkan solat sunat itu dan segera mengikuti imam mengerjakan solat fardhu, kerana jika kita meneruskan solat sunat tersebut akan menyebabkan kita akan terlepas solat berjemaah dengan imam dari awal (kerana lagi awal kita dapat mengikut imam, lagi afdhal).

3. Jika kita tiba di masjid ketika imam telah berada di hujung solat; mana yang terbaik; antara terus bertakbir dan masuk dalam jemaah sedia ada, atau kita menunggu imam memberi salam dan mengadakan jemaah yang baru bersama orang-orang lain yang baru tiba bersama kita (jika ada)? Menurut ulama; yang terbaik ialah terus bertakbir untuk masuk ke dalam jemaah sedia ada, berdalilkan sabda Nabi SAW; “Apabila kamu datang kepada solat berjemaah, janganlah datang dengan tergesa-gesa, akan tetapi berjalanlah dengan tenang. Apa-apa yang kamu sempat, sembahyanglah (bersama imam). Apa-apa yang kamu ketinggalan, sempurnakanlah (sendirian)”. Arahan Nabi SAW; “Apa-apa yang kamu sempat, sembahyanglah (bersama imam)” adalah umum, yakni merangkumi juga keadaan di atas. Maka jika kita menunggu imam sedia memberi salam untuk kita melakukan jemaah yang baru, kita telah menyalahi arahan Nabi SAW supaya mengikuti imam yang sedia ada pada rakaat yang sempat dan menyempurnakan secara sendirian bagi rakaat yang ketinggalan. (Fatwa Syeikh Soleh al-Munajjid, 31029).

4. Menyedari perkara di atas, tidak harus kita beralasan “rugi tertinggal sunat” untuk kita meninggalkan solat berjamaah sedia ada bagi melakukan solat sunat kerana perbuatan tersebut bercanggah dengan arahan Nabi SAW. Lagipun solat sunat yang tertinggal itu boleh diqadha pada masa lain jika benar kita rasa rugi meninggalkannya.

Q&A: Hukum wanita menerima tetamu lelaki

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 02 Sep 2013
Soalan;
Mohon pencerahan daripada ustaz. Tiga orang sahabat lelaki zaman sekolah saya singgah di rumah saya. Mereka sempat bersolat maghrib dan isyak serta djamukan sedikit maknan oleh ibu, nenek dan ibu saudara saya. Namun, tidak lama usai solat isyak, Atuk saya yang baru pulang dari surau mula “menegur” sahabat-sahabat saya. Atuk menegaskan bahawa beliau tidak ingin bersubahat bersama kerana haram sekumpulan lelaki menziarah seorang wanita bukan mahram. Saya malu dengan tindakan Atuk menegur sahabat saya yang datang berziarah. Soalan saya, apakah benar Islam tidak membenarkan ziarah-menziarahi sebegini?

Jawapan;

Nabi SAW menegah lelaki ajnabi* dan wanita ajnabiyah* berduaan sebagaimana sabdaNya; “Janganlah seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita (yang bukan mahramnya), dan janganlah seorang wanita bermusafir kecuali dengan disertai  oleh mahramnya” (Soheh al-Bukhari; 3006. Soheh Muslim; 424/1341. Dari Ibnu ‘Abbas RA).(*ajnabi/ajnabiyah; yang asing, iaitu tiada ikatan mahram).

Istilah berdua-duaan/bersunyian hilang apabila dihadiri bersama oleh orang lain. Oleh itu, para ulama (antaranya Imam an-Nawawi) menfatwakan; jika perjumpaan antara lelaki dan wanita disertai oleh orang lain sama ada oleh lelaki yang menjadi mahram wanita itu (bapanya, abangnya, anaknya yang telah baligh dan sebagainya), atau wanita yang menjadi mahram lelaki tersebut (ibunya, kakaknya atau sebagainya), atau dihadiri bersama oleh wanita lain yang dipercayai yang menemani (seperti kes di atas; si yang bertanya ditemani oleh ibu, nenek dan ibu saudara), maka perjumpaan itu dibolehkan pada hukum Syarak kerana ia terkeluar dari makna khalwah (berdua-duaan/bersunyian) yang dilarang Nabi SAW dalam hadis tadi. Namun ia terikat dengan syarat; aman dari fitnah dan keraguan.

Maka yang diharamkan ialah; berdua-duaan/bersunyian antara seorang lelaki dan seorang wanita (keduanya ajnabi) tanpa dihadiri orang ketiga bersama mereka. Menurut Imam an-Nawawi; keharamannya telah diijmakkan ulama. Menurut beliau lagi; turut diharamkan ialah jika yang hadir bersama mereka itu ialah lelaki yang tidak disegani oleh mereka kerana masih kecil seperti anak berusia dua atau tiga tahun atau seumpamanya kerana kewujudannya sama seperti tiada. Begitu juga, turut diharamkan ialah jika berhimpun ramai lelaki dengan seorang wanita. Adapun jika berhimpun seorang lelaki dengan ramai wanita, mengikut pandangan yang soheh; dibolehkan (*dengan syarat tadi, iaitu; aman dari fitnah dan keraguan). (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).

Merujuk kepada soalan, maka diboleh seorang wanita menerima tetamu lelaki dirumahnya dengan syarat mematuhi hukum-hakam dan adab yang telah ditetapkan Syariat, antaranya;
1. Dihadiri oleh orang lain yang disegani sebagaimana dijelaskan tadi
2. Tidak membuka aurat
3. Selamat dari fitnah dan keraguan
4. Menjaga adab-adab pergaulan lelaki dan perempuan; tidak berlaku ikhtilat.
5. Tidak disertai program maksiat

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

KERANA KABINET DAPUR DAN ALMARI PAKAIAN SEORANG ARTIS TERGAMAK HATINYA MOHON PADA MAHKAMAH AGAR PENJARAKAN BAPA KANDUNGNYA SENDIRI!!!


Dulu artis wanita ini pernah mengemparkan dunia perfileman apabila video lucahnya tersebar luas diseluruh negara .. pernah didesak agar segala filem lakunannya diharamkan oleh semua stesen telivisyen namun beliau mendapat pembelaan dari Menteri Penerangan ketika itu Tun Khalil Yaakub.

Kini perangai jijik sebenarnya telah terserlah .. sanggup mohon kepada Mahkamah Tinggi Syariah agar penjarakan bapa kandungnya sendiri.

Lebih teruk dari anak tanggang!!!!

SHAH ALAM - Pelakon terkenal, Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin memfailkan notis tunjuk sebab terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, supaya memberi alasan mengapa tidak boleh dipenjarakan berhubung isu penjualan rumah di Taman Keramat.

Dalam prosiding di hadapan Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar, peguam, Mahyuddin Md Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin, 45, memaklumkan pihaknya telah menyerahkan notis kepada defendan, Wan Mohd Hussin Wan Ibrahim pada Ahad lalu.

Peguam Roshdan Sujak Rafie yang mewakili Wan Mohd Hussin, 76, kemudian mengesahkan kata-kata Mahyuddin.

Beliau bagaimanapun memohon satu tempoh masa untuk meneliti kes tersebut kerana baru dilantik.

Sehubungan itu, Mohamed Fouzi berkata, bagi melancarkan perjalanan kes, beliau mengarahkan defendan untuk membuat afidavit pembelaan sebelum kes disebut semula pada 11 September depan.

Wan Nor Azlin ketika ditemui media sejurus prosiding enggan melayani pertanyaan lanjut berhubung notis yang difailkan.

Sementara itu Roshdan pula berkata, perintah komital yang difailkan plaintif adalah berhubung isu penjualan rumah milik defendan di Taman Keramat.

Pada 31 Mei lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan permohonan Wan Nor Azlin untuk mengetepikan saman bapanya yang mahu mendapatkan perintah supaya pelakon itu keluar dari rumah berkenaan.

Wan Mohd Hussin dalam writ saman yang difailkan pada 5 Februari lalu mendakwa, dia ingin menjual rumah yang mereka duduki bersama di Taman Keramat dan mahu defendan keluar dari rumah.

Namun defendan enggan berbuat demikian kerana ada kepentingan selepas memasang kabinet dapur dan almari pakaian walaupun ia dibuat atas kehendak defendan sendiri.

KES KHALWAT KETUA PENGARAH KESIHATAN DENGAN ISTERI ORANG.....UTUSAN MALAYSIA SOKONG PELAKU KHALWAT DIBERI PELUANG KEDUA ATAS ALASAN BELIAU SEORANG YANG BERSIKAP MULIA!!!!!!!



Dijangka satu mesyuarat Lembaga Tatatertib Pegawai Tadbir dan Diplomatik ( PTD ) peringkat tertinggi akan bermesyuarat hari ini, untuk menentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan (SKIM U – Perubatan- jawatan tertinggi dalam skim Perubatan)...

Lembaga Tatatertib tersebut difahamkan terdiri dari :-

        Ketua Setiausaha Negara (KSN) (PTD) - Datuk Seri Dr Ali Hamsa
        Pengerusi SPA (PTD) – Tan Sri Mahmood Adam dan…
        Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia KKM  (PTD)


Mereka-mereka ini akan akan tentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman (56 tahun) & juga jururawat gred 41, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan (35 tahun) dalam satu mesyuarat tatatertib di Sabah pada hari ini mengikut  mengikut prosiding jenayah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Enam tindakan yang boleh diambil terhadap mereka termasuk :

      1) diberikan amaran
      2) diturun pangkat
      3) ditahan kenaikan gaji
      4) hilang enrolmen
      5) ditahan kerja
      6) dipecat


Buat masa ini, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman diarahkan bercuti dan Timbalan Pengarah Kesihatan, Dr. Lokman mengambil alih tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan untuk sementara waktu

Utusan Malaysia baru-baru ini di dalam akhbar Mingguan Malaysia menerusi nukilan Awang Selamat mengharapkan orang ramai & termasuklah juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan peluang kedua kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman kerana Awang Selamat merasakan :

       Pertama:-  Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman seorang yang bertangungjawab & mengaku terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.
      
        Kedua:-  Dengan sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman ini tanpa memberikan sebarang alasan, Awang Selamat merasakan Ketua Pengarah ini mempunyai sikap yang mulia
       
        Ketiga:- Oleh sebab itulah Awang Selamat menerusi nukilannya merasakan anda, anda, anda semua di sini patut memberikan peluang kepada Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman
       
        Dan paling admin  tertarik kenyataan Awang Selamat yang merasakan masih ada lagi pemimpin yang lebih teruk perangainya tetapi tidak mahu mengaku kesalahannya. Siapakah pemimpin yang dimaksudkan Awang Selamat?  Kalau dia maksudkan DSAI dan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pasti nama itu disebutnya.. Adakah dia maksudkan dikalangan pemimpin tertinggi UMNO dan BN?


MENGAKU BERSALAH BERKHALWAT DENGAN ISTERI ORANG DISEBUAH HOTEL MEWAH DIPUTRAJAYA DAN DIHUKUM DENDA RM3000 DIANGGAP SEBAGAI PERBUATAN MULIA KE?


INILAH KALAU MENJADI LIDAH BIAWAK RASMI UMNO.. CAKAP BEBRBELIT-BELIT TIDAK KONSISTEN DALAM SATU-SATU ISU DAN PERKARA..CUBA NAK MENJADI WIRA KEPADA PELAKU  KHALWAT DENGAN ISTERI ORANG SEMATA-MATA DIFAHAMKAN PELAKU ITU PENYOKONG KUAT UMNO!!!!

PATUTLAH UTUSAN MALAYSIA LANGSUNG TAK BELASAH PRESIDEN MCA WALAUPUN SECARA TERANG DIA HINA DAN MAKI HAMUN ISLAM MALAHAN DIPERTAHANKAN LAGI......SEBABNYA DIA SEORANG PEMIMPIN YANG BERHATI MULIA

Tiada ulasan: