Rabu, 5 Disember 2012

SILAP TEKTIK...TEKTIK SAMSENG...RAKYAT BENCI...MENYAMPAH...MELUAT...BUKAN MELAKA...BANYAK KERUSI BOLEH TAMBAH...IN SAA ALLAH

Pakatan boleh tambah kerusi Parlimen di Melaka

Harakahdaily, 05 Dis 2012
MELAKA: Berdasarkan analisis terhadap beberapa dapatan kajian yang dilaksanakan oleh beberapa pihak, Pusat Penyelidikan PAS (PPP) menjangkakan Pakatan boleh menambah satu lagi kerusi parlimen di Melaka.

Tambahan kerusi parlimen ini menjadikan PR menguasai dua daripada enam kerusi parlimen di negeri tersebut.

Bagaimanapun, Barisan Nasional (BN) dijangka boleh menang dengan agak selesa mengekalkan penguasaan negeri Melaka, dengan memenangi sekurang-kurangnya 17 kerusi DUN daripada 28 kerusi.

Kedudukan ini memperlihatkan Melaka adalah antara negeri yang paling selamat bagi BN.

"Analisis ini dibuat berdasarkan beberapa dapatan kajian yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan pengkaji dari universiti dan pihak ketiga, di samping data yang diperolehi oleh PPP sendiri," kata Pengarah Operasi PPP, Dr Zuhdi Marzuki (gambar atas).

Kerusi Parlimen yang dijangkakan boleh ditambah oleh PR ialah kerusi P137, Bukit Katil, yang ditandingi oleh PKR.

Kerusi ini dikategorikan sebagai kerusi campuran disebabkan nisbah pengundi Melayu dan Bukan Melayu yang kecil, iaitu 52% pengundi Melayu, 42% pengundi Cina, 6% pengundi India dan selebihnya kurang dari 1% lain-lain pengundi.

Hasil analisis PPP, undi akar umbi BN di kawasan ini hanyalah 38% daripada keseluruhan pengundi, manakala golongan atas pagar adalah besar iaitu 31%.

Sekiranya PR boleh meraih sokongan golongan atas pagar ini, maka Bukit Katil boleh dimenangi oleh PR, katanya.

Bagaimanapun, dapatan analisis ini tidak selari dengan dapatan kumpulan pengkaji Majlis Profesor Negara (MPN) yang merumuskan Bukit Katil sebagai kawasan putih atau selamat bagi BN.

Bagi kerusi-kerusi DUN pula, kata Dr Zuhdi, BN dijangkakan boleh menang di sekurang-kurangnya 17 kerusi DUN, manakala PR (DAP) dijangkakan boleh mengekalkan penguasaan di 5 kerusi DUN seperti yang dimenangi pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008.

Baki enam lagi kerusi DUN iaitu, Asahan, Machap, Kelebang, Duyong, Rim dan Serkam dikategorikan sebagai kawasan kelabu, katanya.

Antara keenam-enam kerusi kelabu, kerusi DUN Asahan yang ditandingi oleh PAS berpotensi untuk jatuh ke tangan PR, sekiranya PR berjaya menggunakan strategi yang betul dan sesuai.

Kerusi DUN Asahan yang terletak di bawah Parlimen Alor Gajah bersama sebuah lagi kerusi DUN yang dikategorikan kelabu, Machap, yang terletak di dalam kawasan parlimen yang sama, memberi sedikit harapan kepada PR (PAS) untuk memberi saingan yang sengit kepada BN di Parlimen Alor Gajah.

Dalam PRU tahun 2008, kerusi Parlimen Alor Gajah yang mempunyai 57% pengundi Melayu, 30% pengundi Cina dan 13% pengundi India, dimenangi oleh MCA.

Dalam PRU tersebut BN (MCA) memperolehi 63% sokongan daripada keseluruhan pengundi.

"PPP mengunjurkan sokongan tersebut telah merosot sebanyak 3% seiring dengan peralihan sokongan pengundi-pengundi Cina di Selatan Semenanjung kepada PR," jelasnya.

Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di kawasan ini adalah sekitar 56.3%.

Meskipun kawasan ini adalah dikategorikan selamat bagi BN, sekiranya PR khususnya PAS berjaya meningkatkan sedikit lagi sokongan pengundi Melayu dan menggunakan strategi yang bijak dalam PRU akan datang, peluang untuk memenangi kerusi ini tidak boleh diperkecilkan.

Menurut kajian PPP, kata Zuhdi, sokongan terhadap PR boleh dipertingkatkan sekiranya, terdapat seorang tokoh pimpinan PR dari negeri ini yang berkaliber untuk menyaingi kepimpinan Ketua Menteri Melaka sekarang Datuk Seri Ali Rustam.

Menurut dapatan kajian MPN, populariti Ali Rustam mencecah 83%, sedangkan PR tidak mempunyai seorang tokoh pemimpin yang boleh menyaingi beliau.

"Oleh sebab itu, penyertaan Datuk Tamrin Tun Ghafar ke dalam PAS seharusnya dimanfaatkan sebaiknya untuk menjana sokongan kepada PR," kata Zuhdi.

Selain daripada itu, katanya, PR perlu meneruskan pendedahan penyelewengan dan salahguna kuasa oleh kerajaan BN di peringkat negeri dan persekutuan untuk meningkatkan lagi sokongan terhadap PR.

"Isu ini boleh memberi kesan kepada pengundi-pengundi atas pagar terutama pengundi-pengundi muda di bawah 30 tahun untuk menyokong PR," katanya.

Kongres Islam Sedunia 2012 catat sejarah

Aslani M | Foto Yusri Amin, 05 Dis 2012



KOTA BHARU: Kongres Islam Sedunia yang julung kali diadakan di Kelantan dianggap mencatat sejarah apabila berjaya diadakan selama lima hari membabitkan pembentangan lebih 80 kertas kerja.

Berakhir petang tadi dengan menampilkan pembentangan hari terakhir oleh wakil-wakil dari UM, UKM, UNITEN, UTM, UIAM, Unisel, UMK, England, Pakistan dan sebuah syarikat berkaitan IT.

Manakala pesertanya daripada Thailand, Terengganu, Selangor dan kolej pengajian tinggi tempatan serta pegawai-pegawai kerajaan.

Anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah menyifat kongres tersebut sebagai satu persidangan yang paling panjang pernah diadakan di negara ini.

“Ini seperti satu sidang akademik yang bersifat maraton. Bagi kerajaan negeri ia merupakan kali pertama diadakan dengan kehadiran begitu ramai cendikiawan dari seluruh dunia.

“Pada awalnya saya juga merasa agak bimbang dengan tempoh persidangan yang begitu panjang. Namun apa yang penting kita berjaya menghimpunkan ramai cendikiawan dan pemikir,” katanya pada perasmian penutup World Congres On Islamic Systems 2012 di sebuah hotel di sini.

Hadir sama anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

Menurutnya persidangan bercorak akademik seumpama itu akan diadakan secara tahunan bagi menghasilkan penemuan atau kajian baru.

“Melalui seminar seperti ini setidak-tidaknya dapat membantu memperkemaskan lagi pentadbiran kerajaan negeri hasil daripada penyelidikan yang dijalankan pengkaji.

“Malah ada juga pembentang dari luar negara datang turut mengambil ksempatan untuk belajar dengan pengalaman Kelantan selepas lebih 22 tahun berada di bawah gerakan Islam,” ujarnya.

Timbalan Pengerusi program berkenaan, Zulkifli Mamat berkata, seminar tersebut tidak mudah untuk diadakan dan ia dirancang sejak setahun lalu.

“Program ini dianggap bukan yang terakhir dan diharap dapat diadakan lagi di sini pada tahun akan datang,” ujarnya.

Himpunan kemuncak selamatkan Felda 28 Dis

Hazayani Zakaria, 05 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) sekali lagi akan merancang himpunan besar-besaran di Ibu Pejabat Felda, Jalan Semarak 28 Dis ini bagi menyerahkan memorandum membantah kegagalan Felda menguruskan aset dengan baik.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, ia termasuk perkembangan terbaru kejatuhan saham Felda ke paras terendah, pemilikan saham Syarikat Genting Berhad dan penjualan minyak sawit kepada syarikat Yahudi dan nasib pemegang saham Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Beliau berkata, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad mesti bertanggungjawab ke atas kemerosotan Felda.

"Kita akan menghimpunkan 30 ribu orang, bukan sahaja warga Felda tapi gabungan NGO lain kerana isu Felda sudah menjadi isu nasional seperti juga skandal Scorpene dan projek Lynas," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Himpunan tersebut akan bermula dengan Solat Jumaat di Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan akan berarak ke pejabat Felda.

Mazlan menegaskan, mereka akan menyerahkan memorandum tersebut kepada Isa sendiri dan tidak akan berganjak selagi Isa tidak menerima memorandum tersebut.

"Kita akan tunggu sehingga Tan Sri Isa terima memorandum dan kalau beliau tidakmahu terima, kita akan berkhemah, memasak di situ. Kalau seminggu, seminggulah kita akan duduk di situ.

"Kita juga akan melonggokkan setengah tan buah kelapa sawit betul-betul di hadapan pintu masuk pejabat Felda bagi menunjukkan protes," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Bertemu pemegang saham KPF


Sebelum itu katanya, Anak menubuhkan jawatankuasa selamatkan KPF kerana yakin pemegang saham KPF bimbang dengan kedudukan saham mereka apabila KPF disenaraikan ke dalam Felda Global Ventures Berhad (FGVH).

Dalam mesyuarat agung tahunan Felda yang akan diadakan pada 27 Disember ini, antara usul yang akan dikemukakan adalah cadangan pelupusan ekuiti milik KPF dalam Felda Holding Bhd dan 10 Anak Syarikat milik Felda Holdings Bhd kepada FGVH.

Ekuiti milik KPF dalam Felda Holdings adalah 51 peratus dan aset 10 anak syarikat berkenaan yang menjadi kekuatan pelaburan KPF dianggarkan RM3.13 bilion.

"Bila pegangan berkurangan, segala ekuiti akan diambil alih oleh Felda dan sebagai pertukaran maka KPF akan diberikan saham 10 peratus dalam Felda.

"Apa yang berlaku, kekuatan KPF yang selama ini telus akan ditentukan oleh FGVH dan secara automatik apa yang mereka nak supaya KPF disenaraikan ke dalam FGVH.

"Mereka boleh melonjakkan saham FGV yang jatuh sebab itu akan digunakan untuk memancing undi dalam PRU akan datang," jelasnya.

Pertemuan itu akan diadakan di kelab Sultan Sulaiman pada 21 Disember ini.

K’jaan perlu tegas tangani pemerdagangan manusia

Salmiyah Harun, 05 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru kerajaan supaya mengambil tindakan segera dan tegas terhadap pesalah pemerdagangan manusia yang terlibat dalam dakwaan penderaan 105 pekerja domestik asing tanpa izin.

Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam memandang berat lapoan media baru-baru ini di mana pekerja domestik telah dikurung, didera dan dipaksa bekerja tanpa gaji oleh agensi pembantu rumah berlesen.

Hasmy Agam dalam kenyataannya turut memuji pihak Imegresen Malaysia atas tindakan  segera mereka dalam menyelamatkan pekerja dan menempatkan mereka di rumah perlindungaan serta adalah diharapkan bahawa  mereka akan diberi penjagaan segera dan mengikut keperluan, termasuklah akses kepada psikologi, kaunseling dan perkhidmatan penjagaan kesihatan fizikal.

Pada masa yang sama, Suhakam menggesa supaya mangsa-mangsa yang diselamatkan diberi pilihan sama ada menjadi pekerja sah dari segi undang-undang atau kembali semula ke negara masing-masing.

"Pihak berkuasa Malaysia juga digesa supaya memastikan tindakan dan bantuan segera untuk merealisasikan pilihan tersebut," katanya yang akan membuat lawatan ke atas mangsa dalam masa terdekat.

Justeru, Suhakam menggesa supaya kedutaan yang terlibat akan diberi akses untuk berhubung dengan mangsa dalam mempercepatkan proses berkenaan.

Tindak ganas budaya pihak terdesak - TG Nik Aziz

Harakahdaily, 05 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kekesalan terhadap insiden keganasan ketika ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini beliau berkata, ia tentunya angkara pihak-pihak tertentu yang semakin terdesak.

"Pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini pasti akan ditolak oleh rakyat yang pastinya tidak dapat menerima budaya samseng seperti ini," kata beliau.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata demikian sebagai mengulas serangan terhadap ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini malam tadi yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya dua orang penyokong Pakatan Rakyat dilaporkan cedera.

Mangsa pertama, seorang lelaki cedera di bahu kiri dipercayai ditikam dengan objek tajam manakala seorang lagi Haider Samsudin cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu.

PAS sifatkan bajet Perlis "copy and paste"

Bashir Ishak, 05 Dis 2012
KANGAR: PAS Perlis melihat bajet 2013 yang dibentangkan hari ini oleh Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai bajet "copy and paste" kerana tiada pembaharuan yang dibawa dalam pembentangan tersebut.

Adun Simpang Empat Rus'sele Eizan (kiri) berkata, bajet kali ini tidak banyak beza daripada tahun-tahun sebelum ini.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri berkata bajet yang dibentangkan itu nampak seperti salinan daripada tahun lalu kerana banyak menyebut perkara-perkara yang telah atau sedang dilaksanakan.

"Umpamanya disebut tentang pelaburan asing yang masuk sedangkan syarikat berkenaan telahpun beroperasi. Masih banyak menyentuh perkara-perkara yang dibentangkan dalam bajet pusat oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

"Kita tak nampak pun ada banyak perkara yang baru. Program BR1M 2.0 pun masuk sebagai program negeri sedangkan benda tu dari pusat," jelasnya.

Keseluruhan bajet yang dicadangkan untuk tahun 2013 bagi negeri tu adalah sebanyak RM253 juta yang merangkumi RM181.65 juta perbelanjaan mengurus dan RM72.14 juta bagi perbelanjaan pembangunan.

Hasil yang dianggarkan bagi negeri Perlis pada tahun 2013 ialah sebanyak RM76.12 juta.

Adun Sanglang, Hashim Jasin (kanan) pula berkata, bajet tersebut hanya menyentuh aspek "madiyyah" atau kebendaan dengan mengenepikan aspek pembangunan insan.

"Keseluruhan bajet yang dibentangkan adalah baik kerana memberikan penumpuan kepada tiga aspek pembangunan dan kebajikan rakyat, tapi sayangnya aspek kerohanian atau pembangunan insan tidak langsung disentuh.

"Kerajaan tidak sepatutnya berbangga kerana berjaya mengurangkan defisit sebanyak RM2 juta berbanding tahun lalu kerana angkanya tetap tinggi," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri.

Kalau Melaka tolak, akan rayu Pulau Pinang

Ahmad Danial, 05 Dis 2012
MELAKA: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek (gambar) kesal dengan sikap pihak pentadbiran Rumah Melaka di Kaherah yang menghalang 25 pelajar anak negeri Melaka dari menginap pusat penginapan tersebut.

"Apa alasan mereka sehingga menafikan hak anak negeri Melaka ini menduduki Rumah Melaka yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

"Terbukti mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut yang terpaksa menumpang di penginapan kawan-kawan mereka dari negeri lain, jelas mereka menafikan hak pelajar-pelajar ini" ujar Kamaruddin pada majlis ceramah anjuran Majlis Tindakan Dun Ayer Molek, di sini malam tadi.

Beliau berkata hal ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab di negeri ini tetapi mereka meminta beliau merayu kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam yang merupakan Pengerusi MAIM.

"Saya sudah tahu apa keputusan yang akan diambil oleh Ali Rustam jika saya membuat rayuan, jadi tidak perlulah saya berbuat demikian.

"Kalau benar Kerajaan BN Melaka mendahulukan rakyat mengapa mereka menzalimi pelajar-pelajar tersebut sedangkan mereka melaung-laungkan merekalah pejuang Melayu dan Islam," tambah Kamaruddin.


Minta kerajaan Pulau Pinang bantu


Menurut Kamaruddin, jika pihak pentadbiran Rumah Melaka (gambar) tersebut terus dengan tindakan menzalimi pelajar-pelajar terbabit, beliau tidak teragak-agak untuk membuat permohonan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang untuk membenarkan mereka menginap di penginapan pelajar kendalian kerajaan Pulau Pinang.

"Kalau pejuang-pejuang Melayu ini terus menzalimi pelajar-pelajar tersebut saya tidak teragak-agak untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membantu supaya pelajar-pelajar ini dibenarkan untuk tinggal di Rumah Pulau Pinang di Kahirah.

"Kita akan minta bantuan dari orang yang dituduh sebagai anti Melayu, anti Islam dan kita tengok nanti siapa sebenarnya menzalimi orang Islam, orang Melayu," ujar Kamaruddin serius.

Kamaruddin juga kesal kerana MAIM yang mengutip zakat dari rakyat negeri melalui Pusat Zakat Melaka gagal memberikan hak kepada pelajar-pelajar terbabit sehingga mereka dizalimi sedemikian rupa.

Difahamkan pelajar-pelajar Melaka tersebut sudah beberapa bulan belajar di Kaherah tetapi sehingga kini permohonan mereka untuk menginap di Rumah Melaka tidak diluluskan sedangkan mereka adalah anak jati Melaka yang sememangnya layak untuk tinggal di pusat penginapan tersebut.

Peristiwa berdarah di Gombak kesan PAU12 – Mat Sabu

Harakahdaily, 05 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Serangan terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi merupakan kesan daripada Perhimpunan Agong Umno ke 66 dan barangkali adalah muqaddimah ke peristiwa 13 Mei yang digempar-gempurkan semula Umno.

“Ini adalah kesan PAU dan muqaddimah 13 Mei,” kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily tengahari tadi.

Serangan malam tadi termasuk ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam.


(Antara kumpulan samseng yang membawa berdera BN dalam kekecohan di Gombak malam tadi)

Ia berlaku ketika sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Kejadian itu memaksa pihak polis dan beberapa anggota FRU berkawal di tapak ceramah berkenaan.

(Kesan dari keganasan malam tadi)

Mohamad berkata polis harus menunjukkan kewibawaan dengan menyiasat insiden itu dengan serta merta.

“Jangan ikut telunjuk Umno,” itulah pesanan beliau kepada polis.

Tiada ulasan: