DAP khuatir tindakan MPKB jejas Pakatan
8 Disember 2012
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, meskipun notis saman yang dikeluarkan berkaitan dengan kelakuan 'tidak senonoh', parti-parti musuh PR dan media mereka sudah mula memutarbelitkan tindakan majlis itu sebagai kes khalwat dan kononnya cuba mengenakan undang-undang Islam ke atas bukan Muslim.
Ia kontroversi kedua dalam tempoh kurang sebulan ini membabitkan bukan Islam dan majlis itu.
"Jika Kerajaan Pas Kelantan gagal bertindak ke atas pihak-pihak mensabotaj dalam MPKB-BRI, yang mengeluarkan saman ke atas pasangan bukan Islam berhubung kelakuan tidak senonoh, ini secara tidak langsung akan memperlekehkan mesej PR yang menghormati kebebasan beragama dan akan menjejaskan kerjasama yang sedia wujud dalam PR," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.
Laporan muka depan mengenai kontroversi terbaru ini dibawa oleh akhbar harian hari ini.
Akhbar terbabit memetik Ketua Pemuda MCA Kelantan, Gan Han Chuan berkata, pegawai MPKB-BRI bertindak keterlaluan dengan cuba mengenakan 'hukum hudud' ke atas bukan Islam.
"Ini kali pertama dalam sejarah bukan Islam diberi saman atas kesalahan khalwat," katanya.
Salah satu pasangan, berusia 30-an, dikenakan saman semasa berada dalam kereta di tepi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada waktu malam manakala pasangan yang lain, berusia 17 dan 15 tahun, berada di Taman Tengku Anis pada siang hari.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw pula berkata, kedua-dua mangsa lelaki mendakwa pegawai-pegawai yang menahan mereka meminta wang RM500 untuk menyelesaikan kes mereka.
"Dengan jelas, pegawai-pegawai majlis menyalahgunakan kuasa mereka dan tindakan segera diperlukan untuk membersihkan nama Kerajaan Negeri Kelantan, yang bebas dan bersih daripada amalan rasuah, dan daripada kebimbangan bahawa hak bukan Islam tidak dihormati dengan penguatkuasaan undang-undang Islam," katanya.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau sudah menghubungi Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menjanjikan bahawa akan berhubung dengan Kelantan dan menyelesaikan perkara tersebut.
"Saya ada memberitahu Datuk Mustafa tentang keperluan melihat isu ini dengan serius bagi mengelakkan kepercayaan bersama dan kerjasama kuat dalam PR yang sedia terjalin terjejas.
"Saya juga telah mengarahkan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Liew Chin Tong agar berkomunikasi dengan kepimpinan Pas bagi mencapai penyelesaian segera dalam isu-isu berkaitan dengan dakwaan bahawa bukan Islam tertakluk kepada undang-undang Islam," katanya lagi.
Ku Li saran mansuh Akta Rahsia Rasmi
8 Disember 2012
Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berkata, badan itu mesti mempunyai status sebuah mahkamah undang-undang dengan kuasa kehakiman yang diperlukan bagi meninggalkan kesan.
"Selepas melihat keberkesanan Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi di Afrika Selatan dalam menyatupadukan negara itu tanpa wujud sebarang perbuatan salah, banyak pihak di Malaysia berpendapat penubuhan badan itu sememangnya mempunyai merit," katanya dalam ucaptama pada Persidangan ke-78 Rotary International District 3300 di Petaling Jaya hari ini.
Teks ucaptama beliau diberi kepada Bernama di sini.
Tengku Razaleigh juga berkata, suruhanjaya itu mesti berupaya memberi pengampunan kepada mereka yang mengamalkan rasuah serta menyalah guna kedudukan ketika berkuasa bagi mengumpul kekayaan.
"Apabila berkuat kuasa kelak, suruhanjaya itu boleh, misalnya, mengisytihar tempoh tangguh selama enam atau 12 bulan, atau apa-apa tempoh lain yang munasabah bagi membolehkan mereka ini menebus kesalahan masing-masing.
"Semasa moratorium ini, tidak ada sebarang tindakan terhadap mereka. Bagaimanapun, jika didapati kemudian bahawa seorang pembuatakuan tidak berkata benar, maka dia akan berdepan tindakan undang-undang sepenuhnya," katanya.
Tengku Razaleigh berkata, di bawah langkah pengampunan ini, orang yang terlibat dengan rasuah dikehendaki mengikuti satu program rehabilitasi.
"Beliau, dan ini termasuk penerima dan pemberi rasuah, dikehendaki mengisytihar tidak akan mengamalkan rasuah lagi serta menyesal kerana pernah terlibat.
"Rehabilitasi dan sumpah ini mungkin kedengaran agak drastik, namun ia tidaklah begitu teruk dalam konteks kesan menghakis rasuah terhadap ekonomi dan keutuhan moral negara.
"Memandangkan rasuah bersifat endemik kebelakangan ini, preskripsi untuk menghapuskannya secara kekal adalah wajar," katanya.
Tengku Razaleigh berkata kerajaan juga harus berfikir secara serius untuk memansuh atau mengkaji semula Akta Rahsia Rasmi.
Beliau berkata, orang awam perlu dilindungi oleh suatu akta undang-undang terhadap pendakwaan dalam usaha mendapatkan akses kepada sesuatu maklumat, meskipun ia memalukan kerajaan yang memerintah.
"Kita perlu menghentikan amalan menggunakan sesuatu akta, yang bertujuan melindungi rahsia negara daripada didedah, terhadap sesiapa yang menarik perhatian umum kepada satu skandal salah laku," katanya. - Bernama
Usia bersara swasta: Bekas Presiden MTUC kecewa
8 Disember 2012
Beliau berkata, sikap terlalu bertolak ansur Kementerian Sumber Manusia yang membenarkan majikan swasta memohon penangguhan sebelum 28 Feb 2013 adalah satu tindakan yang mengecewakan.
"Kenapa kementerian melengah-lengahkan pelaksanaan umur persaraan ini, golongan pekerja swasta harus diberi penghargaan untuk tempoh perkhidmatan mereka yang lama.
"Pekerja swasta juga adalah aset kepada sebuah organisasi kerana mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kerjaya mereka," katanya kepada Bernama ketika mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam semalam bahawa keputusan itu dibuat selepas perbincangan tiga hala bersama wakil majikan, pekerja dan pelbagai agensi kerajaan berkaitan.
Zainal berkata, jangka hayat dan tahap kesihatan warga Malaysia sekarang adalah lebih baik berbanding dahulu dengan lelaki mencapai usia 78 tahun dan wanita sehingga 75 tahun.
Akta Umur Persaraan Minimum 2012 menetapkan umur persaraan minimum pekerja sektor swasta ialah 60 tahun, dan majikan tidak boleh memaksa pekerja bersara sebelum mencapai usia itu.
Pada masa sama, akta itu tidak menghalang seseorang pekerja memilih untuk bersara awal, berdasar apa yang termaktub dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian bersama (CA).
Akta itu diluluskan Parlimen 17 Julai lepas dan diwarta pada 16 Ogos tahun ini.
Zainal, yang kini Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) berkata, pekerja swasta adalah 'wira tak didendang' dan perlu diberi penghargaan oleh kerajaan dengan mengiktiraf kesetiaan serta perkhidmatan mereka seperti amalan di Jepun dan Korea Selatan.
Beliau juga berkata, kebanjiran pekerja warga asing diakui membantu merancakkan pembangunan negara namun gaji mereka akan mengalir ke luar negara.
Justeru, katanya, kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap kebajikan pekerja swasta serta tidak mengutamakan kemasukan warga asing manakala majikan swasta tidak harus memberi alasan gaji mereka lebih murah selain prosedur pekerjaannya lebih mudah kerana tidak perlu mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). - Bernama
Desak Koperal Jenain mohon maaf secara terbuka
8 Disember 2012
Kakak mangsa, Aisyah berkata, Jenain, 42, perlu menemui ibunya, Norsiah Mohamad, 62, untuk meminta maaf dan menceritakan segala yang berlaku kepada mereka pada malam kejadian.
“Dia (Jenain) perlu datang berjumpa, bersemuka dan meminta maaf dengan kami, terutamanya ibu. Kami hendak dengar dari mulut dia sendiri, apa sebenarnya berlaku pada malam tersebut,” katanya.
Norsiah kesal dengan tindakan Jenain yang hanya memohon maaf kepada keluarganya di hadapan pemberita, selepas dibebaskan daripada hukuman penjara dalam kes tersebut Rabu lalu.
Beliau juga terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan Jenain atas alasan hanya menjalankan tugas dan membunuh tanpa niat.
Seorang lagi kakak Allahyarham, Azura, berkata, walaupun keluarga mereka menghormati keputusan mahkamah itu mereka berasa mereka tiada berpeluang untuk membela diri seadilnya.
"Saya amat berharap semakan berhubung kes kematian adik kami dibuat semula,” katanya pada sidang media di Pejabat Parlimen Shah Alam di sini semalam.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang hadir di sidang media tersebut, berkata, pihak Peguam Negara mesti menyemak dan melihat semula keputusan mahkamah berkenaan.
Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menerima rayuan Jenain dan membebaskan dia daripada hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya pada September 2011 berhubung kes menembak mati remaja lelaki itu, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli yang mempertimbangkan rayuannya memutuskan demikian selepas mendapati Jenain, 49, tidak mempunyai niat untuk membunuh remaja berkenaan tetapi tujuan utamanya hanya untuk memberhentikan kenderaan dipandunya.
Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Beliau juga berkata tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.
Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
YANG MEMECAH BELAH DAN MENYURUH BUAT JAHAT DAN ZALIM ADALAH SYAITAN ATAU ORANG BERPERANGAI MACAM SYAITAN....AGAR MANUSIA SEMUA MASUK NERAKA BERSAMANYA..
Nik Aziz: Melayu pecah bukan kerana Pas
8 Disember 2012
Menteri Besar berkata, oleh kerana tindakan Umno yang enggan mengubah dasar itu menyebabkan Pas yang ditubuhkan oleh ahli Umno sendiri satu ketika dulu sukar untuk mendekati parti itu kembali.
“Saya lama dah sebut benda ni, tapi orang kata ini gimik politik... dia tak faham.
"Saya kata Melayu berpecah ni bukan kerana Pas, tetapi kerana Umno yang ada hari ini tolak pandangan Biro Ulama Umno sendiri, Pas yang ada hari ini bukan orang Pas buat, sebaliknya Biro Ulama Umno yang buat.
"Tapi Umno induk tolak... tolak Islam, kami orang Pas ni membajai dia, siram dia, pagar dia supaya tidak diganggu,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-14 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) itu di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Hashim Jasin yang menegaskan Pas bersedia dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Umno jika parti itu melaksanakan hukum Islam.
Hashim menjelaskan, Nik Aziz pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam.
Hashim mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Adun Tambun Tualang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ingin tahu sama ada beliau akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum akan datang kerana doa Pas agar ‘Umno KO’ tidak dimakbulkan.
Dalam pada itu, Nik Aziz berkata , perpecahan di kalangan masyarakat termasuk orang Melayu tidak akan berlaku sekiranya Umno mengambil Islam sebagai perjuangan mereka.
“Kalau Umno sendiri buang kebangsaan, kita tak akan bergaduh, Melayu pecah dua sekarang ini kerana tak terima Islam... bersatu... bersatu atas apa, perompak pun bersatu juga puak-puak dia, perompak ada geng dia, penyamun ada geng dia, orang politik ada geng dia, cuma yang itu orang panggil geng, yang ini orang panggil parti, benda sama sahaja,” katanya.
Pas sedia dibubar
8 Disember 2012
Hashim Jasin (Pas-Sanglang) berkata, Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Aziz Nik Mat) pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam.
Bagaimana pun, beliau berkata setakat ini tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk menyertai Umno kerana ia masih gagal melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Islam.
“Saya tidak akan menyertai Umno kerana ia menolak hukum Islam,” katanya ketika ketika perbahasan Bajet 2013 peringkat jawatankuasa, semalam.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BNTambun Tulang) yang ingin tahu sama ada wakil Pas itu akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana doa mereka agar ‘Umno KO’ tidak dimakbulkan.
Shahidan berkata, Umno akan terus meraih kemenangan cemerlang dalam PRU akan datang kerana ALLAH SWT merestui perjuangan selama ini.
Hashim berkata, jika mahu menyertai Umno, beliau boleh berbuat demikian sejak dahulu lagi iaitu ketika berkhidmat dengan Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur.
“Saya mempunyai ramai kawan dari Umno termasuk dalam kalangan timbalan menteri dan setiausaha parlimen (ketika itu).
Mereka mengajak saya tetapi saya menolak kerana tidak dapat menerima perjuangannya.
“Jadi saya tidak akan menyertai Umno walau apa pun yang terjadi,” katanya.
Sementara itu, Shahidan membidas Hashim kerana menuduh Umno menolak Islam sebaliknya menegasksn parti itu berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
“Biarlah Mursyidul Am Pas seorang yang menuduh Umno tolak Islam. Saya harap YB tidak terikut-ikut dengan keadaan itu.
“Saya kesal Pas tidak konsisten dengan perjuangannya. Dulu Pas kata nak menegaskan negara Islam tetapi kini mahu melaksanakan negara berkebajikan,” katanya.
Menurutnya, Umno sudah lama memperjuangkan negara kebajikan dengan menyalurkan pelbagai kemudahan kepada rakyat sejak merdeka lagi.
"Pas tidak berani mempertahankan perjuangannya disebabkan menghadapi tekanan dari rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR," katanya.
Taklimat khas elak politik samseng
8 Disember 2012
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda Pas (Juham) akan memastikan setiap anggota parti diberi taklimat khas mengenai bahaya budaya itu jika diamalkan.
Menurutnya, langkah itu diambil bagi menguatkan parti itu dan berpolitik secara sihat dan bersih.
"Juham akan sentiasa turun padang. Kita akan lakukan berulang kali jika keadaan membimbangkan. Kita tidak mahu ahli terperangkap dengan budaya samseng ini kerana ia bukan budaya kita.
"Memaki hamun, membaling batu dan sebagainya. Ia hanya merosak bangsa dan menjatuhkan maruah sahaja," katanya, semalam.
Katanya, beliau juga bimbang budaya yang pernah wujud sekitar tahun 70-an ini menular semula dan berharap semua pihak akan memainkan peranan menanganinya.
"Saya mohon semua anggota masyarakat khususnya pihak terbabit seperti polis, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semua parti politik mengembalikan imej politik bersih di negara ini.
"Saya juga yakin, rakan-rakan DAP dan PKR turut melakukan perkara sama dengan memberi taklimat seperti ini," katanya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan budaya politik samseng tidak pernah wujud di dalam parti itu.
Menurutnya, secara spesifik menjadi anggota parti, mereka sudah termaktub dengan perlembagaan untuk menjaga tatasusila dan peribadi diri.
"Ia jelas dan perkara itu telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh semua ahli termasuk kepimpinan tertinggi parti itu. Tidak ada ahli yang berkelakuan begini. tiada istilah politik samseng dalam PKR," katanya.
Orang ramai digalak pinjam dengan koperasi kredit, elak diburu Ah Long
8 Disember 2012
Pengarah SKM Kelantan Wan Mohamad Sabri Wan Harun berkata, selain mendapat kelulusan dengan kadar segera, kadar faedah yang dikenakan adalah rendah dan tanpa Kadar Pinjaman Asas (BLR).
"Banyak kemudahan disediakan kerajaan kepada orang ramai melalui koperasi kredit termasuk kadar faedah yang rendah dan tanpa BLR seperti yang dipersetujui Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya kepada Bernama pada Karnival Koperasi Peringkat Negeri dan Hari Terbuka Wisma Persekutuan di sini hari ini.
Wan Mohamad Sabri berkata setakat ini, SKM menyalurkan bantuan sehingga RM5 juta kepada koperasi di seluruh negeri ini bagi memberi pinjaman kepada anggotanya pada kadar faedah serendah 4 peratus tanpa BLR.
"Peruntukan itu adalah sebahagian kecil daripada RM100 juta pinjaman yang diluluskan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kepada koperasi kredit di seluruh negara setiap tahun," katanya.
Jabatannya setakat ini menyediakan peruntukan pinjaman sehingga RM200,000 kepada 25 daripada 46 koperasi kredit yang aktif mengeluarkan pinjaman kepada anggotanya di negeri ini.
Antara koperasi terbabit ialah Koperasi Guru-Guru Melayu Kelantan Bhd, Koperasi Guru DTC Malaysia Bhd, Koperasi Guru Muslim Kelantan Bhd dan Koperasi Warga USM Bhd dan Koperasi Pegawai Melayu Kelantan Berhad.
Sempena karnival itu, Kelab Wisma Persekutuan Kota Baharu turut mengadakan sambutan Maal Hijrah dengan bergotong-royong memasak bubur asyura bertempat di perkarangan Wisma Persekutuan itu.
Acara penutup program itu, yang melibatkan semua jabatan kerajaan persekutuan di negeri ini akan disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, esok.- Bernama
Pemuda Pas boikot barang Israel berterusan demi Gaza
8 Disember 2012
Komanden Unit Amal Kawasan Jelutong, Mohamad Zaki Osman berkata, boikot berkenaan bukanlah diadakan secara bermusim seperti segelintir pihak lain lakukan.
“Mungkin pihak lain akan boikot apabila terjadinya serangan saja, sedangkan kami melancarkan kempen perangi barang Israel ini sejak dahulu lagi, tidak kiralah dari makanan ataupun kegunaan harian.
“Paling kami kesalkan apabila sebuah restoran makanan segera antara tersenarai boikot memberikan makanan percuma kepada orang ramai, dan paling memalukan umat Islam sendiri yang beratur seolah-olah berebut.
“Kalau orang kata boikot tu sebaiknya kita bersikaplah hormat menghormati, janganlah terlalu nampak yang kita tidak sokong tapi berebut pula, sebaiknya biar ada perasaan hormat,” katanya.
Sementara itu bagi Sabaruddin Halim berkata, boikot ke atas barangan yang menyumbang kepada ekonomi Israel sepatutnya dihormati masyarakat Islam lain.
Menurutnya, orang ramai mempunyai pelbagai pendapat dan ada yang tidak mahu memboikot kerana bimbang rezeki umat Islam yang lain terjejas.
“Jika tidak mahu boikot jangan pula kita mempromosikan atau mempertikaikan seolah-olah kita bangga tidak boikot, sebaiknya kita kena ada perasaan hormat kerana ada juga yang mengambil inisiatif.
“Kerana itulah boikot berterusan diperlukan tetapi dalam masa yang sama kita kena bantu saudara Islam yang lain mencari rezeki di tempat lebih baik,” katanya.
Mereka ditemui selepas mengadakan demonstrasi menentang kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza di Masjid Jamek Hashim Yahya, hampir 60 ahli Pas bersama badan bukan kerajaan (NGO) turut menyertainya.
Demonstrasi aman yang dianjurkan Pemuda Pas Jelutong itu turut disusuli dengan membakar bendera Israel.
Pihak penganjur turut meletakkan bendera negara berkenaan di atas jalan raya sebagai simbolik membantah kekejaman.
'Mana kondominium kami?'
8 Disember 2012
Mangsa yang juga pengarah filem, Aziz M Osman mendakwa, beliau membeli sebuah unit kondominium berharga RM200,000 pada 1995.
Menurutnya, pembinaan kediaman itu bagaimanapun terbengkalai pada 2001 disebabkan pemaju bankrap dan projek tersebut diteruskan oleh pemaju baru.
“Apabila projek itu dibangunkan semula, pihak pemaju mengenakan beberapa syarat iaitu pembeli asal perlu menambah bajet bagi bahan-bahan mentah walaupun kondominium itu siap 80 peratus dan kami bersetuju,” katanya pada sidang media yang diadakan kelmarin.
“Pada penghujung 2011, kondominium saya siap namun alangkah kecewanya apabila unit rumah yang saya beli dijual kepada pembeli lain dengan harga jauh lebih tinggi,” katanya.
Aziz berkata, sehingga kini pemaju terbabit enggan mengadakan rundingan menyebabkan dia kini terpaksa menanggung kerugian besar.
Seorang lagi pembeli, Wan Jooria Hood, 50, berkata, namanya kini disenarai hitam oleh bank selepas gagal menjelaskan 20 peratus ansuran pinjamannya kerana tidak mahu kerugian memandangkan rumah masih tidak diduduki sehingga kini.
“Saya tertarik untuk membeli unit kondominium itu kerana ia bercirikan keislaman, tetapi tidak sangka akhirnya saya terpaksa menanggung beban besar,” katanya.
Dakwanya, sehingga kini masalah itu tidak selesai walaupun diajukan kepada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Sementara itu, pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zai memberitahu, wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya kini lebur selepas sebahagian besarnya digunakan untuk membeli unit kondominium itu.
“Saya cukup terkilan kerana rumah ini pada mulanya hendak diberikan kepada anak-anak, tetapi nampaknya kami sekeluarga terpaksa berputih mata,” katanya.
Bagi mendapatkan pembelaan ke atas nasib mereka, pembeli membuat laporan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya Sinar Harian difahamkan, satu memorandum akan diserahkan kepada KPKT dalam waktu terdekat.
Pihak pemaju terbabit bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai dakwaan pembeli tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan