Isnin, 17 Disember 2012

KITA PATUT KENAL SAPE PENYAMUN TARBUS....DAN MEMANG TAK BOLEH DIHARAP....MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Lynas: Residu ke Australia pilihan akhir kerajaan

Zulkefly Mohamad Omar, 17 Dis 2012



Gabungan 80 NGO Solidariti Hijau berjaya menyerahkan Memorandum Kepada Timbalan KSU MITI pada 13/12/12 menuntut agar Kerajaan dapat membatalkan Lesen Sementara Operasi (TOL) LYNAS kerana kegagalan LYNAS menyediakan 4 dokumen penting iaitu:

1.Pelan hasil penyelidikan (R&D) berkaitan hasil kitar semula residu WLP.

2.Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan).

3.Pelan dan lokasi bagi Kemudahan Pelupusan Tetap (PDF).

4.Pelan Pengurusan Sisa Buangan.

4 dokumen ini seharusnya diserahkan dan dinilai semua pihak sebelum kelulusan TOL oleh AELB kepada LYNAS kerana pentingnya dokumen-dokumen ini untuk memastikan LYNAS dan Kementerian yang bertanggungjawab menyediakan langkah-langkah pencegahan awal untuk mengelak ancaman kepada Kesihatan dan Keselamatan rakyat sebelum operasi dimulakan.

LYNAS juga tidak seharusnya diberi tempoh 10 bulan selepas kelulusan TOL untuk menyediakan semua dokumen itu kerana mereka sudah ada di Malaysia semenjak tahun 2005 lagi (Kajian Feasibility). Mereka sepatutnya sudah berupaya untuk menyediakan semua dokumen itu lebih awal lagi. Kenapa perlu diberi lagi 10 bulan selepas kelulusan TOL???

Yang ‘PELIK bin AJAIBnya’ ialah Penduduk Balok (paling dekat dengan lokasi kilang <5km atau="atau" br="br" dari="dari" dilatih="dilatih" itu="itu" juga="juga" kecemasan="kecemasan" kemalangan="kemalangan" kerana="kerana" kilang="kilang" lynas="lynas" menghadapi="menghadapi" pelan="pelan" saat="saat" tiadanya="tiadanya" tidak="tidak" tindakan="tindakan" untuk="untuk">
Nak pakai Alat perlindungan pun tak tahu. Macammana nak selamatkan diri jika berlaku kebocoran dari operasi Kilang LYNAS??? Bukankah ‘ERP’ menuntut kerjasama di antara BOMBA, PDRM, LYNAS dan Penduduk terdekat jika berlaku apa-apa kemalangan atau kebocoran sehingga memerlukan penduduk terdekat untuk berpindah??? BOMBA, PDRM dan Penduduk seharusnya dilatih dan tahu apa yang perlu mereka lakukan pada tahap kecemasan tertentu (Tier 1, Tier 2, Tier 3 dan 4).

Malah penglibatan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga perlu pada tahap kecemasan yang tertentu.  Dimanakah latihan kecemasan yang seharusnya diberikan kepada penduduk terdekat??? Sedangkan operasi Kilang LYNAS sudah pun bermula.

Solidariti Hijau juga ingin mempertikaikan bagaimanakah pilihan menghantar kembali residu ke sumber asal iaitu ke Australia dijadikan pilihan dalam dokumen pengurusan residu yang diberikan oleh AELB kepada LYNAS apabila mengetahui akan kekangan Konvensyen Basel yang tidak membenarkan penghantaran keluar sisa merbahaya dan keputusan Kerajaan Australia yang tidak mahu menerima kembali residu itu??? (sila rujuk gambarajah pengurusan residu LYNAS oleh AELB bertarikh 28/06/12).





Gambarajah itu menunjukkan jika LYNAS gagal mengguna semula atau mengitar semula residu yang banyak dihasilkan dari operasi LYNAS serta mempunyai bacaan tahap radioaktiviti melebihi 1bq/gm (becquerel per gram), LYNAS perlu menyediakan Lokasi/Pelan ‘Permanent Disposal Facility(PDF)’ atau Kemudahan Pusat Pelupusan dan jika LYNAS gagal menyediakan ‘PDF’ itu bermakna residu itu haruslah dihantar kembali ke sumber asalnya iaitu di Australia.

Ini bermakna sebelum MOSTI melalui AELB mahu residu itu dihantar kembali ke Australia, mereka membenarkan LYNAS untuk mengguna semula/mengitar semula residu itu malah jika bacaan radioaktivitnya tinggi (>1bq/gm), residu itu dibenarkan pula untuk disimpan di ‘PDF’ iaitu Kemudahan Pusat Pelupusan yang terletak di negara ini. Hanya jika ‘PDF’ gagal disediakan, baru dihantar kembali ke Australia.

Jelas terbukti pilihan pertama dan kedua yang diberi kepada LYNAS ialah residu itu dibenarkan untuk terus kekal berada di negara ini.

Hanya pilihan ketiga@pilihan akhir sahaja diberikan untuk menghantar residu itu kembali ke Australia. Terbukti keputusan menghantar residu itu kembali ke Australia bukanlah pilihan pertama atau satu-satunya pilihan yang ditetapkan kerajaan UMNO/BN kepada LYNAS.

Tanpa semua dokumen ini khususnya 'ERP', bagaimanakah TOL boleh diluluskan???. Jelas Keselamatan dan Kesihatan Rakyat dikemudiankan, Keuntungan Ekonomi diutamakan. Inilah sikap bias kerajaan terhadap rakyat.



(Penulis adalah Pengerusi NGO Green Clean World/Gabungan Solidariti Hijau)

Selangor laksana dasar wanita seminggu selepas tadbir

Salmiyah Harun, 17 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Kepimpinan Pakatan Rakyat telah melaksanakan tuntutan minimum 30 peratus kepimpinan wanita dalam barisan tertinggi kerajaan tidak sampai seminggu selepas memerintah Selangor.

Exco Selangor, Rodziah Ismail (gambar) berkata sebaik memerintah Selangor, kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu telah mengumumkan barisan kabinetnya yang mengandungi 40 peratus Exco dan seorang Timbalan Speaker wanita.

Tambahnya, keutamaan meletakkan wanita dalam barisan pembuat keputusan sangat wajar diambil serius dan segera dikotakan.

"Dalam mengumumkan bakal-bakal barisan kabinet di Putrajaya, Pakatan Rakyat akan mengotakan pertambahan ketara dalam barisan menteri sebaik diberi mandat mentadbir di Putrajaya," katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, era pemerintahan Pakatan Rakyat negara Malaysia ini akan menyaksikan barisan pembuatan keputusan yang akan dianggotai paling ramai wanita secara mendadak dalam sejarah Kerajaan Malaysia.

Katanya, dasar dan dokumentasi berkaitannya sudah berdekad di wujudkan oleh Kerajaan Umno BN, namun Malaysia hari ini berada di tangga corot dalam arena pembuatan keputusan.

Malaysia ditangga ke 120 daripada 135 negara; di belakang Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Bangladesh, Vietnam, China, Kazakhtan, Uruguay dan banyak  negara lain.

Tegasnya, apa yang perlu dilaksanakan bukanlah lagi mewujudkan mekanisme pemantauan dasar minimum 30% itu, tetapi segera mendahulukan pelaksanaan yang hanya memerlukan kesanggupan barisan politik yang berkuasa (political will).

Malangnya, pemerintahan Umno BN selama lebih setengah abad ini, telah menyaksikan kemorosotan yang menjolok mata dalam bilangan dan peratusan anggota kabinet yang boleh dianggap sebagai meremehkan kedudukan dan status wanita yang mewakili hampir 50% penduduk di Malaysia.

"Hanya seorang saja wanita daripada 30 orang Menteri yang disenaraikan kini; Menteri itu bukan pula yang mengetuai Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, satu-satunya kementerian yang paling cocok disandang oleh seorang wanita Malaysia – hanya perlu memilih seorang dari ribuan wanita yang berkaliber untuk tujuan tersebut.

"Wanita Malaysia diseru untuk meneliti dan bersikap jujur serta terbuka dalam menilai apa yang dikatakan dan dilaksanakan," katanya.

Rakyat T'ganu diajak bersatu pertahan hak

Harakahdaily, 17 Dis 2012
KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu, tanpa mengira fahaman politik, diajak untuk mempertahankan hak dan kedaulatan Terengganu dalam isu pemilikan telaga minyak baru PM 307, Bertam.

Adun Batu Burok, Terengganu, Dr Syed Azman Ahmad  Nawawi (gambar) dalam tulisannya di Harakahdaily berkata, isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat.

Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini, tulisnya.

"Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain," katanya dalam tulisan itu.

(Baca tulisan penuh beliau di sini)


Isu ini menjadi panas apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan telaga minyak yang baru ditemui PM 307, Bertam adalah di perairan Pahang.

Oleh itu, Pahang dijangka akan mula menerima sumbangan wang ehsan sebanyak RM100 juta setahun mulai 2015.

Namun dalam sidang DUN Terengganu baru-baru ini, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan ia adalah dalam kawasan perairan Terengganu.

"Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu," jawab Ahmad Said kepada soalan yang dikemukakan oleh Dr Syed Azman di dalam sidang DUN baru-baru ini.

Bertam PM 307: Pertahan kedaultan Terengganu

-, 17 Dis 2012


Soalan lisan saya di Persidangan Dewan Undangan Neegeri Terengganu berhubung dengan status hak milik kerajaan Terengganu ke atas penemuan kawasan minyak di medan minyak Bertam PM 307 akhirnya di jawab oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Jawapan yang diberikan oleh beliau amat memeranjatkan banyak pihak. Tanpa berselindung, beliau telah memberikan beberapa fakta penting mengenai penemuan hasil minyak di kawasan tersebut.

Beliau menyatakan bahawa;

"Kita (Kerajaan Terengganu) menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu...

Dengan penemuan rizab tambahan ini, Terengganu dijangka memperoleh tambahan royalti sebanyak RM100 juta setahun atau bergantung kepada anggaran pengeluaran."

Berpandukan jawapan ini, kawasan medan minyak yang baru di temui di Blok PM 307 Bertam yang terletak di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang kini sah menjadi milik rakyat Terengganu.

Medan minyak itu terletak kira-kira 160 kilometer di luar pesisiran pantai Semenanjung Malaysia bertentangan dengan sempadan Terengganu dan Pahang, pada kedalaman air 76 meter.

Ahmad Said juga turut mengesahkan bahawa kerajaan negeri ada menulis surat kepada Petronas mengenai status penemuan minyak itu, namun sehingga kini belum lagi menerima jawapan.

Namun pendedahan terbuka Menteri Besar Terengganu ini mempunyai implikasi undang-undang dan kedaulatan sesebauh negeri yang bernaung di bawah sistem Persekutuan.

Yang paling penting adalah tindakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak yang terlebih dahulu mengistiharkan pada  30 Oktober lalu bahawa negeri Pahang dan bukannya Terengganu berhak menerima royalti di medan minyak Bertam tersebut.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa negeri Pahang dijangka menerima royalti sekitar RM100 juta setahun, bergantung kepada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga tahun 2014.

Pengumuman ‘anugerah royalti minyak’ oleh Perdana Menteri kepada negeri Pahang ini telah membuka kembali terlalu banyak persoalan besar.

Ia jelas menafikan hak rakyat dan kedaulatan negeri Terengganu yang berpegang teguh kepada semangat Federalisma dan keluhuran perlembagaan negara.

Begitu juga dengan kedudukan Akta Perjanjian Petrolium yang ditandatangani pada tahun 1975 antara kerajaan negeri-negeri dan kerajaan Persekutuan bersama Petronas.

Perjanjajian ini jelas menjamin hak royalti sebanyak 5 peratus kepada negeri-negeri yang ditemui hasil minyak dan gas di perairan sempadan negeri masing-masing.

Persoalan besar adalah, apakah perjanjian asal diantara kerajaan-kerajaan negeri dengan Petronas yang ditandatangani pada tahun 1975 itu sudah tidak diterima-pakai lagi?

Dan apakah setiap penemuan hasil minyak termasuk di Sabah dan Sarawak kini boleh di agih-agihkan kemana-mana sahaja negeri hanya dengan kuasa mutlak Perdana Menteri?

Isu royalti minyak kepada negeri-negeri mula timbul sebaik sahaja Pas berjaya menawan negeri Terengganu pada pilihanraya umum ke 11 tahun 1999.

Pada 5 September 2000, di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed, Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menarik balik royalti minyak Terengganu.

Beliau menyatakan bahawa “pembayaran royalti lima peratus kepada Terengganu selama 25 tahun oleh Petronas adalah satu kesilapan dan hanya MOU semata-mata’.

Jadi dimanakah maruah dan hak negeri Terengganu  Darul Iman sebagai sebuah negeri yang berdaulat dan negeri yang berpayungkan Tuanku Al-Sultan, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud?

ni ditambah lagi dengan tindakan ‘mengehsankan’ royalti minyak Terengganu di bawah Dana Khas Persekutuan yang jelas menzalimi rakyat Terengganu yang majoritinya Melayu dan beragama Islam.

Bagi saya apa yang berlaku bukanlah isu hasil minyak yang diperolehi itu berada samada di dalam atau diluar tiga nautika dari persisir pantai negeri.

Kenapa ini tidak berlaku di Sabah dan Sarawak? Apa yang dilakukan adalah kerana dendam dan diskriminasi politik yang berjalan sejak berpuluh-puluh tahun.

Lebih parah lagi mereka sanggup menghina dan menghukum negeri yang 96 peratus penduduknya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Amat wajar diamati kembali sikap pengasas pertama Petronas, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang telah menunjukkan sifat seorang negarawan tulen.

Beliau berani berdiri dipersada politik tanahair bagi membetulkan fakta yang diselewengkan khususnya dalam perkara pembayaran royalti pertoleum kepada negeri Terengganu, Kelantan dan negeri-negeri lain.
Beliau dengan tegas menyatakan hak royalti kepada mana-mana negeri termasuk Terengganu dan Kelantan mesti ditunaikan oleh Petronas berpandukan kepada perjanjian asal pada tahun 1975.

Isu hak royalti minyak Bertam kepada negeri Terengganu adalah persoalan kedaulatan dan maruah negeri yang berdaulat.

Setiap rakyat Terengganu biarpun berbeza pandangan politik dan parti, semestinya mempertahankan hak ini demi kebaikan negeri Darul Iman ini.

Semua rakyat Terengganu yang sayangkan negerinya harus bersatu dalam mempertahankan hak negeri daripada diambil oleh negeri lain.
* Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS dan Adun Batu Burok, Terengganu.
Email: syedazmans@yahoo.co.uk Twitter: @syedazman

50 anak muda Sabah lapor polis atas Musa Aman

Harakahdaily, 17 Dis 2012


(50 anak muda Sabah mengiringi rakan mereka membuat laporan polis ke atas Musa Aman)

KOTA KINABALU: Kira-kira 50 anak muda Sabah mengiringi rakan mereka bagi membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman.

Beliau didakwa menerima wang sebanyak RM40juta berbentuk rasuah untuk kekayaan peribadi merujuk kenyataan bersumpah Datuk Seri Lajim Ukim 11 Disember yang lalu.

Menurut Boby Bin Lewat @ Ewat, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sabah berkata, mereka turut membuat laporan SPRM terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang punyai hubungkait dengan ahli perniagaan, Michael Chia.

Ia didedahkan di pelbagai sumber media bahawa anak Nazri iaitu Nedim Nazri Aziz dan keluarganya mendapat manfaat melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

Kenderaan mewah ini dianggarkan berharga lebih RM459,000 dan dimiliki oleh Michael Chia disahkan melalui carian saman di laman MyEG.

Micheal Chia yang rapat dengan Musa ditahan di Hong Kong berikutan disyaki terlibat dalam penggubahan wang haram RM40 juta turut dituduh terlibat rasuah berhubung lesen pembalakan yang juga melibatkan Musa Aman.

Menurut Lajim dalam akuan bersumpahnya, pada 9 Oktober 2012 Nazri telah mengumumkan bahawa dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah,  Musa Aman dan Michael Chia berhubung dakwaan wang rasuah berjumlah RM40 juta yang dikaitkan telah digugurkan di atas alasan wang RM40 juta yang disiasat itu merupakan derma politik kepada UMNO Sabah dan bukannya untuk kegunaan peribadi Ketua Menteri.

Namun kenyataan bersumpah Lajim Ukim menceritakan sebaliknya apabila beliau mengesahkan Umno Sabah tidak pernah menerima sebarang derma politik sebesar jumlah RM40 juta, seperti yang didakwa oleh Nazri Aziz di Parlimen.

"Apakah ini satu komplot terancang Musa dan Nazri untuk menyelamatkan antara satu sama lain?" soal SAMM dalam kenyataannya.

Sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Anggota Badan Perhubungan Umno Sabah, Lajim Ukim yang terlibat secara langsung dengan apa jua aktiviti Umno di Sabah termasuk perihal kewangan.

Lajim memperakui tiada sebarang urusniaga dan transaksi yang membuktikan Umno Sabah penerima dana RM40 juta tersebut.

Jika ada, pasti ia dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Badan Perhubungan UMNO Sabah, menurut Lajim.

Perkembangan terbaru ini jelas menunjukkan berlaku percanggahan daripada apa yang diumum oleh Nazri dan menerbitkan unsur penipuan yang membabitkan wang rakyat sebanyak RM40 juta, kata kenyataan itu.

Pengumuman Nazri Aziz juga didapati menyeleweng dan berniat untuk menutup isu yang lebih besar iaitu dakwaan salahguna kuasa dalam anugerah lesen pembalakan di Sabah.

Dengan perkembangan ini juga SAMM mendesak SPRM supaya membuka satu kertas siasatan baru melibatkan Musa Aman dan Nazri Aziz.

Kesediaan DS Lajim untuk memberi kenyataan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menyiasat skandal RM40 juta ini merupakan satu kelebihan dan kesempatan ini harus diambil oleh SPRM.

Selangor pohon bantuan polis banteras judi dan sarang maksiat

Harakahdaily, 17 Dis 2012


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor meminta pasukan polis dan Tenaga Nasional Berhad bekerjasama untuk membanteras judi haram dan pusat maksiat di negeri ini.

Bagi mereka, badan penguatkuasaan pusat ini seharusnya menjadi penggerak utama dalam membendung aktiviti perjudian haram dan pusat hiburan di Selangor.

Ini kerana kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhad berbanding polis yang mempunyai kuasa bagi menahan pesalah dan membawa kes ke mahkamah.

Begitu juga dengan TNB, dimana syarikat itu boleh memotong bekalan elektrik ke premis yang menjalankan perjudian bagi melumpuhkan operasi mereka, kata pegawai Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana dilaporkan oleh Selangorku, media rasmi kerajaan negeri Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew (gambar) berkata setakat ini, PBT di seluruh negeri sudah memainkan peranan dengan menyita premis dan merampas perkakas judi.

Malah, katanya, Kerajaan Negeri juga tidak mengeluarkan lesen bagi premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.

Tegasnya, semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Jika ada pun pusat yang baru, ia beroperasi secara haram tanpa lesen.

“Isu aktiviti premis berkenaan terletak pada penguatkuasaan, oleh itu polis lebih berkuasa daripada penguatkuasa PBT.

“Penguatkuasaan daripada polis adalah sangat penting berbanding PBT.

“Tetapi Umno-BN masih membangkitkan perkara ini sedangkan mereka tahu, bagi Kerajaan Negeri, pengeluaran lesen bukan daripada pihak kita,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa pusat judi tumbuh seperti cendawan di Selangor dan ini membimbangkan penduduk.

Menurut akhbar tersebut premis-premis tersebut banyak terletak di Petaling Jaya, Klang, Sungai Buloh, Selayang, Batu Caves, Rawang, Gombak dan Kepong.

Manakala, Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Azmizam Zaman Huri (gambar kiri) berkata undang-undang berkenaan bekalan elektrik perlu diketatkan di peringkat pusat bagi mengekang pertumbuhan premis judi haram.

Beliau berkata premis perjudian haram sukar untuk dibendung kerana pengusahanya menyalahgunakan lesen premis.

“Kalau sekat lesen premis baru beberapa ratus sahaja. Tetapi mereka beroperasi sahaja tanpa lesen perniagaan.  Cuma perkara asas yang perlu dibekalkan adalah elektrik dan air.  Operasi ini (pembenterasan) dibuat oleh pihak polis dan dibantu oleh PBT,” kata Azmizam.

Pakatan Rakyat: Berbeza tetapi bersatu

Harakahdaily, 17 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Pimpinan PAS dan DAP tidak menyorokkan perasaan mereka dan akan memberikan pandangan itu secara terbuka dan demokratik. Dalam pada itu sentiasa mencari jalan kesederhanaan di antara mereka.


Demikian pandangan penulis politik, Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/ semalam.

Baginya, secara rasminya DAP telah mengakui yang parti itu menghormati agama Islam seperti mana Islam dan penganutnya menghormati agama-agama yang lain.


Saya mendapat banyak pertanyaan tentang perbezaan di antara Karpal Singh dan PAS terutamanya setelah mendengar ucapan Karpal dalam kongres tahunan DAP yang sedang berlangsung di Pulau Pinang sekarang ini. Dalam ucapan beliau semalam, Karpal telah berlembut serta mengakui yang PAS merupakan rakan yang terkuat DAP dalam Pakatan Rakyat walaupun ada beberapa perkara yang berbeza di antara kedua-dua parti itu terutamanya tentang isu yang berkaitan dengan agama Islam dan hukum-hukumnya.

Mereka bertanyakan perkara ini kerana saya telah menyertai parti itu di dalam kongress yang sebelum ini pada 8hb Januari yang lalu. Oleh kerana pertanyaan itu datangnya bertalu-talu akhir-akhir ini maka saya merasakan saya perlu memberikan jawapan walaupun ia merupakan jawapan yang pendek sahaja.

Seperti MCA dan UMNO juga, maka DAP dan PAS tentulah mempunyai perbezaan di antara kedua-duanya. Kalau tidak ada perbezaan maka tidak mungkin wujud dua parti PAS dan DAP. Perbezaan itu memang satu hakikat dan tidak mungkin kedua-dua parti itu sama. Itulah sebabnya ada elemen permuafakatan di antara kedua-dua parti itu bersama PKR dalam apa yang di sebut sebagai Pakatan Rakyat.

Oleh kerana wujudnya perbezaan-perbezaan inilah maka timbul usaha permuafakatan yang kuat dengan matlamat yang kedua-duanya anggap sebagai matlamat yang baik. Jika tidak ada elemen perbezaan maka tidak mungkin ada permuafakatan. Begitu jugalah dalam BN atau pun Perikatan sebelumnya. MCA dan UMNO itu jauh perbezaannya. MCA hanya untuk bangsa Cina dan UMNO merupakan satu parti pada asalnya sebagai parti nasionalis Melayu yang sekarang sudah menjadi parti untuk tauke-tauke dan kroni pemimpin Melayu yang berkuasa.

Kedua-dua pihak samada dalam BN atau Pakatan Rakyat parti-parti yang menganggotai kedua-dua ‘coalition’ itu merupakan parti-parti yang berbeza. Maka wujud kerjasama di antara parti-parti yang menganggotai komponen BN dan PR itu. Dalam BN itu sendiri, khususnya UMNO itu sendiri berbeza dengan UMNO yang kita kenali dahulu. Sekarang UMNO itu untuk kepentingan gulungan eksklusif sedangkan UMNO sebelum ini adalah parti untuk orang Melayu yang ramai-ramai itu.

Walau bagaimana pun ada perbezaan di antara kerjasama Pakatan Rakayat (PR) dengan kerjasama di antara parti-parti dalam BN. Dalam perebutan mengambil hati dan jiwa rakyat yang mengundi, BN selalu memainkan kenyataan-kenyataan Karpal Singh terutamanya yang kadangkala berbeza di antara pemimpin PAS kerana masing-masing mempunyai perbezaan yang berbeza  itu.

Tetapi itulah sebenarnya cara yang baik: masing-masing mesti zahirkan perasaan walaupun ia menunjukan perbezaan. Masing-masing tegas dengan perjuangan masing-masing dan dalam keadaan itu mereka akan mencari jalan untuk mendapatkan jalan tengah yang bersesuaian dengan perjuangan kedua-dua parti yang berbeza itu. Itulah permuafakatan, berbeza tetapi bersatu dalam mencari matlamat yang baik bagi rakyat yang di pimpin oleh masing-masing parti tanpa menanggung perasaan masing-masing.

Tetapi di dalam BN pula sekarang ini tidak ada percanggahan yang ketara di antara kedua-dua parti UMNO dan MCA sedangkan mereka berbeza. Malahan perbezaan di antara UMNO/MCA adalah lebih besar dengan perbezaan PAS/DAP. Tetapi dalam BN ada pihak yang terpaksa menjadi pak turut dan sanggup maruah partinya dan agamanya di permainkan oleh rakan komponennya. Isu yang paling ketara ialah penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh Chua Soi Lek di depan mata Najib sendiri semasa Perhimpunan Agung parti MCA baru-baru ini.

MCA tidak langsung memikirkan perasaan orang-orang Melayu Islam dan Najib pula terpaksa berdiam diri kerana bagi beliau menjaga kedudukan beliau dan kroni beliau itu adalah lebih penting dari mempertahankan agama beliau. CSL begitu bebas menghentam agama kita Islam ini tanpa mendapat reaksi dari Najib dan mana-mana pemimpin UMNO. Kalau begitu sikap pimpinan UMNO maka sudah tentulah tidak ada kenyataan-kenyataan yang bercanggah kerana UMNO membiarkan sahaja rakan kongsinya menghina bangsa dan agama sekendak hati mereka (MCA).

Tetapi dalam Pakatan Rakyat ada perbezaan pandangan tentang satu-satu isu khususnya tentang agama dan hukum-hukumnya. Pimpinan PAS dan DAP tidak menyorokkan perasaan mereka dan akan memberikan pandangan itu secara terbuka dan demokratik. Dalam pada itu sentiasa mencari jalan kesederhanaan di antara mereka. Secara rasminya DAP telah mengakui yang parti itu menghormati agama Islam seperti mana Islam dan penganutnya menghormati agama-agama yang lain.

PAS pula menghormati DAP dan parti-parti lain dan akan melaksanakan hukum hudud atau apa-apa hukum yang disyariatkan oleh Tuhan dan Rasulnya untuk orang Islam sahaja. Dengan cara itu PAS tidak meninggalkan kehendak agama Islam tetapi bersama-sama dalam siasah dan bermuafakat bagi mencapai matlamat yang murni  itu menjaga kepentingan negara dan rakyat dalam erti kata yang sebenarnya.

Itulah saya sentiasa berkata yang kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah lebih meyakinkan dari kerjasama parti-parti yang berbeza dalam BN. Di dalam PR masing-masing akan mempertahankan nilai dan agama masing-masing di samping bekejasama sedangkan di dalam BN UMNO terpaksa berdiam diri dengan kutukan MCA terhadap bangsa Melayu dan agama suci kita semata-mata untuk mendapatkan undi bangsa Cina yang MCA sudah tidak dapat menguasai lagi.

UMNO terpaksa menjadi parti dayus semata-mata untuk kuasa walaupun agama dan bangsanya telah di hina dan di perlekehkan oleh MCA. Bagi UMNO, dayus pun dayuslah, asalkan mendapat kuasa sekali lagi dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Itulah baiknya di sebelah Pakatan Rakyat. Masing-masing boleh menyatakan perbezaan secara terbuka tetapi tidak berpecah kerana masing-masing bersatu dan bermuafakat untuk mencapai matlamat yang satu iaitu untuk mengasuh rakyat untuk hidup saling kasih mengasihi di antara satu dengan yang lain.

Pemilihan CEC: Tidak timbul DAP rasis

Harakahdaily, 17 Dis 2012
PARIT: Pemilihan anggota Jawatankuasa Pusat Tertinggi DAP (CEC) ditentukan oleh para perwakilan, bukannya pemimpin, kata V Sivakumar.

“Perwakilan bebas memilih sesiapa sahaja daripada 68 calon yang bertanding.

“Apa yang berlaku itu adalah keputusan pilihan perwakilan, bukan keputusan pemimpin,” ujarnya kepada Harakahdaily semasa ditemui pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Perak di Bandar Seri Iskandar, malam tadi.

Justeru, kata Adun Tronoh, Perak itu, kekurangan wakil kaum India di dalam mungkin ada kelemahan kerana kurangnya perwakilan kaum itu pada Kongres DAP Kebangsaan ke-16 minggu lalu.

Sehubungan itu, sebagai penyelesaian kepada masalah itu, beliau menjemput masyarakat India supaya menyertai DAP dan menubuhkan cawangan.

Katanya, apabaila cawangan bertambah, maka perwakilan daripada kaum India juga bertambah dan mereka boleh memilih wakil mereka untuk menduduki CEC.

Namun, beliau tidak menyalahkan sistem yang sudah wujud sejak dahulu lagi bagi pemilihan CEC.

Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan pemilihan pada kongres kali ini kerana Karpal Singh, Gobind Singh dan M Kulasingam dipilih menganggotai CEC bagi sesi 2012-2015.

Baginya, komposisi anggota CEC bukan sahaja perlu dari segi kaum tetapi wakil negeri dan gender tetapi ianya bukanlah perkara mudah.

Begitu juga, ujarnya dari segi penglibatan golongan muda dengan veteran.

Sungguhpun begitu, katanya masalah tersebut diatasi dengan pelantikan 10 anggota CEC.

“Walaupun ada kelemahan dari segi pemilihan tetapi pihak pusat ada mekanisme untuk membuat pelantikan,” ujarnya yang turut dilantik menganggotai CEC sesi 2012-2015.

Dengan itu, jelasnya menunjukkan bahawa DAP bukan parti rasisi sebagaimana yang didakwa sesetengah.

Ini, katanya berbeza dengan Umno, MCA dan MIC yang tidak menerima kaemasukan kaum lain sebagai ahli mereka.

“Parti mana lebih rasis kerana haling orang masuk Umno, itu rasis,” ujarnya lagi.

Menurutnya, DAP tidak menghalang sesiapa sahaja untuk menyertainya.

“Kalau orang India ramai nak masuk DAP, siapa haling, ianya tak boleh haling,” katanya lagi.

Rizab tunai PBT Selangor melonjak ketara

Harakahdaily, 17 Dis 2012
SHAH ALAM: Rizab tunai untuk semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor meningkat dengan mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


(Graf pencapaian MBSA)

Menurut laporan yang dibentangkan ke Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), hampir kesemua rizab tunai PBT ini meningkat dengan ketara sejak tahun 2009.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatatkan rizab tunai sebanyak kira-kira RM250 juta pada September 2012 berbanding hanya RM85 juta pada tahun 2008.

MBSA mencatatkan peningkatan rizab tunai yang ketara mulai tahun 2011.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mula mencatatkan peningkatan sejak tahun 2009 lagi.

Rizab tunai yang bermula dengan RM38 juta pada tahun 2008 meningkat tahun demi tahun sehingga mencecah RM83 juta pada September 2012.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pula, peningkatan mula dikesan pada tahun 2010 apabila rizab tunainya mula menunjukkan peningkatan.

Pada tahun 2008, rizab tunainya adalah sekitar RM80 juta sahaja, meningkat kepada RM106 juta pada 2010 dan pada September 2012 rizab tunainya mencecah RM215 juta.

(Graf pencapaian MBPJ)

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pula mencatat rizab tunai tertinggi pada September 2012 iaitu kira-kira RM376 juta berbanding sekitar RM137 juta sahaja pada tahun 2008.

Untuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS) pula, PBT ini mulai menunjukkan peningkatan pada rizab tunai mulai 2008 apabila mencatat RM20 juta dan pada September 2012, MPS mencatatkan rizab tunai sebanyak kira-kira RM52 juta.

Tiada ulasan: