HUKUM ALLAH MAMPU MEMBENTERAS JENAYAH TAPI DINAFIKAN...JANGAN KITA JADI MAKHLUK YANG BODOH LAGI DEGIL...KEMUDIAN BERLAGAK PANDAI
Tangan jadi bengkak dan hitam
|
KUALA TERENGGANU – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib seorang budak lelaki berusia empat tahun apabila tangan kanannya yang patah setelah terjatuh tangga rumah pada Rabu lalu kini membengkak dan berwarna kehitaman.
Ia gara-gara tindakan bapa mangsa, Nor Azhadi Nordin, 35, mendapatkan khidmat seorang bomoh patah untuk merawat anaknya, Nor Arif Luqman yang bertindak membalut luka tangannya yang patah itu dengan kain.
Bagaimanapun tindakan bomoh tersebut bukannya membantu memulihkan tangan budak itu sebaliknya menyebabkan ia membengkak dan berubah warna menjadi hitam.
Bimbang dengan keadaan itu, Azhadi dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Doktor yang merawat anaknya itu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini bagaimanapun tidak dapat memastikan sama ada tangan anaknya itu masih boleh diselamatkan atau tidak.
Azhadi memberitahu, anaknya terjatuh dari tangga ketika bermain di rumah di Kampung Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 2.30 petang.
“Apabila rasa sakit, anak saya beritahu tangan dia patah dan atas nasihat ahli keluarga, saya bawa dia jumpa bomoh di Kampung Dusun sejauh 15 kilometer dari rumah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Siti Nurhaliza minta maaf suami mahu privasi
KUALA LUMPUR - Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin meminta maaf kepada peminatnya di tanah air kerana tidak memberikan gambar terkini suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K yang kini terlantar sakit di New Zealand didedahkan kepada umum.
Siti yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Kosmo! memberitahu, beliau terpaksa berbuat demikian bagi menghormati permintaan suaminya itu yang mahukan privasi.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan gambar terkini kerana ia merupakan permintaan daripada suami yang mahukan privasi sepanjang menerima rawatan di Hospital Southland.
"Saya berharap semua pihak memahami situasi kami apabila kami tidak dapat memberikan gambar terkini Datuk K," katanya.
Datuk K terlibat dalam kemalangan di New Zealand Khamis lalu sewaktu beliau bersiar-siar dengan menunggang motosikal berkuasa besar Harley Davidson.
Dirempuh hingga terpelanting 50m
PASIR MAS - Tindakan seorang lelaki menggunakan landasan sebagai jalan pintas untuk ke rumahnya sambil memegang telefon bimbit mengundang padah apabila dia dilanggar kereta api dalam kejadian di Kampung Chenok, Slow Machang di sini petang semalam.
Lebih mengharukan, penduduk di kampung berkenaan sempat menjerit ke arah mangsa, Mohd. Zudilman Che Ismail, 34, mengenai bahaya yang menantinya malah kereta api tersebut juga sudah membunyikan siren.
Malang sekali pekerja sambilan Telekom Malaysia itu tidak mengendahkannya menyebabkan kereta api tersebut merempuh mangsa sehingga dia terpelanting 50 meter.
Mangsa cedera parah di kepala dan badan, meninggal dunia dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliludin Rahim berkata, mangsa dikatakan cuba melintas landasan itu sebelum dirempuh kereta api yang datang dari arah Pasir Mas ke Tumpat.
"Pekerja sambilan Telekom itu cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kes diklasifikasikan mati mengejut dan tiada unsur jenayah," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, saksi kejadian, Zulkifli Mohamad, 42, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke landasan untuk mengambil anaknya yang bermain di sekitar kawasan di seberang landasan.
"Sebelum kejadian, saya melihat mangsa baru sahaja turun dari kereta rakannya, kemudian mahu melintas landasan untuk ke rumahnya sambil memegang telefon bimbit.
"Semua penduduk kampung menjerit malah siren kereta api turut berbunyi beberapa kali, namun tiada tanda dia mahu mengelak sebaliknya mangsa meneruskan perjalanan," ujarnya.
Tambahnya, sejurus tiba di tengah landasan mangsa dilanggar kereta api dan melambung hampir 50 meter(m) dari lokasi perlanggaran.
ATM, PDRM banteras jenayah
PORT DICKSON - Strategi Lautan Biru Kebangsaan yang diperkenalkan sejak 2010 ternyata memberi impak positif apabila berjaya mengurangkan kadar jenayah di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa, kerajaan amat berpuas hati dengan hasil program berkenaan yang melibatkan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Sejak program kerjasama itu bermula pada tahun 2010 kita dapati indeks jenayah jalanan turun sebanyak 39.79 peratus dan indeks jenayah turun sebanyak 11.1 peratus.
"Malah negara kita juga telah diisytiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara dan ketiga paling selamat di Asia Pasifik di belakang New Zealand dan Jepun seperti yang dilaporkan dalam Indeks Keamanan Global 2012," katanya.
Maut kereta terbabas dalam sungai
JITRA – Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya terhumban ke dalam sungai di Kampung Telaga Batu, Jalan Sungai Korok di sini semalam.
Mangsa, Mohd. Zulrani Mohd. Nasir, 23, dari Kampung Baru Tok Pauh, Changlun di sini mati dalam perjalanan ke Hospital Jitra dipercayai akibat lemas.
Ketika kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa yang memandu Proton Iswara itu dari Simpang Balai Pos, Ayer Hitam menuju ke bandar ini.
Mangsa yang bekerja sendiri dipercayai memandu laju, gagal mengawal kenderaan di laluan yang tidak rata menyebabkannya terbabas lalu terhumban ke dalam sungai.
Menurut seorang saksi, Baw Ali, 35, ketika melalui jalan itu dia ternampak orang ramai mengerumuni tebing sungai manakala sebuah kereta berada di dalam sungai.
Katanya, dia lantas terjun ke dalam sungai dan cuba memecahkan cermin kereta dengan bantuan beberapa penduduk.
“Ketika itu kenderaan mangsa masih di permukaan air dengan keempat-empat tayar di atas. Saya juga dapat lihat mangsa berada di tempat duduk belakang dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Selepas kami memecahkan cermin kereta, mangsa berjaya dibawa keluar dan kami cuba memberi bantuan kecemasan,” ceritanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini semalam.
Mati dikelar saudara murung
MIRI - Seorang lelaki yang didakwa mengalami masalah kemurungan bertindak kejam apabila menyembelih saudaranya sendiri ketika mangsa memberi segelas minuman kepadanya dalam kejadian menyayat hati di sebuah ladang kelapa sawit di Bakong dekat sini kelmarin.
Kejadian tragis pukul 12.30 tengah malam itu mengakibatkan Matang Sakara, 33, dari Makasar, Indonesia mati akibat kecederaan parah di lehernya selepas disembelih dengan sebilah pisau oleh suspek yang kini telah melarikan diri. Mangsa dibunuh di rumah pekerja ladang tersebut.
Mengimbau semula kejadian itu, isteri mangsa, Senab Saing, 26, berkata, suspek yang juga pekerja ladang itu tinggal sebumbung dengan mereka sejak beberapa bulan lalu dan merupakan saudara jauh suaminya.
Tiga maut kereta rempuh treler
KOTA TINGGI - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di Kilometer 44, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik berkata, mereka ialah Mohd. Ali Kenid, 51, dari Kampung Felcra Sungai Layau; Abdul Samah Darmawi, 56, dari Felda Kledang dan Siti Noraizah Abdul Wahab, 21, dari Felda Sungai Mas.
Beliau berkata, Mohd. Ali meninggal dunia di tempat kejadian, Abdul Samah ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala Siti Noraizah pula lima jam selepas menerima rawatan di HKT.
"Kemalangan berlaku kira-kira pukul 5 petang apabila lori treler yang dalam perjalanan ke Kota Tinggi telah bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu oleh Siti Noraizah yang datang dari arah bertentangan.
"Kejadian itu menyebabkan lori treler berkenaan hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Wira yang dipandu oleh Mohd. Ali," katanya ketika dihubungi.
Penduduk resah air najis melimpah setiap kali hujan
AMPANG - Nasib malang menimpa empat keluarga di Jalan Bunga Melor 2, Taman Muda di sini kerana terpaksa membersihkan air najis di dalam rumah mereka yang melimpah daripada mangkuk tandas setiap kali hujan.
Seorang mangsa, Kong Ah Moi, 65, mendakwa, dia terpaksa menghabiskan empat hingga lima jam untuk membersihkan rumah apabila air najis melimpah malah terpaksa bertahan dengan bau busuk sepanjang hari.
"Masalah ini pernah berlaku tiga tahun lalu tetapi berjaya diselesaikan. "Bagaimanapun, kami tidak sangka ia berulang lagi dan menyebabkan kami bimbang setiap kali menjelang musim hujan," katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.
Turut hadir, Ketua Biro Aduan Dewan Undangan Negeri Teratai, Ben Liew.
Jelasnya, dia juga tidak dapat tinggalkan rumah dalam tempoh yang lama termasuk pergi melancong memandangkan air najis akan melimpah pada bila-bila masa.
INI KESAN SPM DAH BOLEH MASUK UNIVERSITI BUKAN STPM KEPUTUSAN BAIK BARU BOLEH MASUK
Markah teruk mahu kerja bagus
KOTA BHARU - Trend memilih pekerjaan yang popular dengan syarikat-syarikat gergasi masih melanda graduan di negara ini menyebabkan ramai dalam kalangan mereka masih gagal mendapat pekerjaan.Bahkan, menurut Ketua Sekretariat Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), Norashikin Ismail, trend itu bukan sahaja berlaku pada graduan cemerlang tetapi turut menjadi ikutan lepasan universiti yang hanya mendapat kelulusan sekadar 'cukup-cukup makan'.
Selain itu, menurutnya, kelemahan komunikasi dalam bahasa Inggeris, perwatakan serta keyakinan diri yang rendah juga merupakan faktor keengganan majikan mengambil graduan seperti itu bekerja.
Mayat jururawat ditipu tiba di India
|
MANGALORE, India - Mayat jururawat Hospital King Edward VII, London, Jacintha Saldanha, 46, yang ditemui mati selepas menggantung diri di kediamannya kerana ditipu dua penyampai radio dari sebuah stesen radio Australia yang menyamar sebagai pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II dan anakanda baginda, Putera Charles tiba di sebuah lapangan terbang di sini semalam untuk dikebumikan.
Majlis pengebumian Saldanha dijangka berlangsung pada hari ini di kampung halaman suaminya, Benedict Barboza di Shirva kira-kira 50 kilometer dari Mangalore.
Barboza bersama-sama kedua-dua anaknya Lisha, 14, dan Junal, 16, mengiringi jenazah Saldanha sepanjang penerbangan ke sini.
Paderi Gereja Our Lady of Health, Stany Tauro berkata, mayat Saldanha akan dikebumikan pada pukul 4 petang waktu tempatan.
Seramai 5,000 orang dijangka hadir pada majlis tersebut.
Saldanha ditemui mati pada 7 Disember lalu di kediaman untuk kakitangan hospital tersebut, tiga hari selepas menyambung panggilan kepada rakan setugasnya yang mendedahkan berita mengenai tahap kesihatan isteri Putera William, Kate Middleton.
Kate sebelum ini dilaporkan loya ekoran kehamilannya dan di dirawat di hospital tersebut selama empat hari.
William ialah cucunda ratu tersebut.
Saldanha yang berketurunan India turut mempunyai kecederaan di pergelangan tangan dan meninggalkan tiga keping nota.
Kedua-dua penyampai stesen radio 2Day FM, Michael Christian dan Mel Greig bertindak memohon maaf dalam satu wawancara di televisyen pada minggu lepas.
Ekoran penyamaran itu, kedua-dua penyampai radio tersebut menerima kritikan pelbagai pihak kerana menyebabkan kematian yang tragis itu.
Laporan di akhbar Sunday Times semalam menyatakan Saldanha terlibat dengan perbalahan bersama seorang rakan setugasnya sebelum kematiannya.
Dia juga dilaporkan tidak gembira yang layanan yang diberikan pihak pengurusan hospital ekoran kejadian tersebut.
Kelmarin, sejumlah pelajar India berarak ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi British di New Delhi bagi menuntut keadilan terhadap kematiannya. - Agensi
IA PERCAYA HARI KIAMAT...CUMA CARA FAHAMNYA BERBEZA
Simpan bekalan makanan, senjata hadapi hari kiamat
BERRYVILLE, Amerika Syarikat - Sebuah keluarga di Kampung Shenandoah melakukan persiapan untuk menghadapi hari kiamat berdasarkan kalendar kaum Maya pada 21 Disember ini.
Kampung itu terletak sejam perjalanan dari Washington namun, ketua keluarga itu, Jay Blevins menyimpan bekalan makanan, minuman, ubat-ubatan, senjata api dan senjata tajam di ruang bawah tanah rumah mereka.
Tujuan senjata api itu disimpan adalah untuk mengusir perompak jika kekacauan berlaku pada hari tersebut.
"Saya tidak terfikir kami membelanjakan terlalu banyak wang," kata Blevins yang mempunyai tiga orang anak.
Dia yang berusia 35 tahun kini bertugas sebagai seorang perunding perniagaan selepas menjadi penolong syerif dan pegawai Unit Khas dan Senjata Api (SWAT) di negara ini.
"Sebagai isteri dan bapa, saya mahu memastikan bahawa keluarga saya bersedia untuk menghadapi sebarang kejadian yang akan berlaku," katanya.
Menurut beberapa pakar yang mengkaji tamadun Maya, kalendar untuk kaum itu berakhir pada 21 Disember ini sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa bumi akan kiamat pada hari tersebut.
Bagaimanapun, beberapa ahli arkeologi menyatakan tidak ada bukti bahawa kaum Maya pernah meramalkan bumi akan kiamat pada hari berkenaan.
Kaum tersebut juga dipercayai mungkin tidak menggunakan kalendar berkenaan semasa kemuncak tamadun mereka antara 300 dan 600 Sebelum Masihi. - Agensi
سُوۡرَةُ القِیَامَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ (١) وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ (٢) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَلَّن نَّجۡمَعَ عِظَامَهُ ۥ (٣) بَلَىٰ قَـٰدِرِينَ عَلَىٰٓ أَن نُّسَوِّىَ بَنَانَهُ ۥ (٤) بَلۡ يُرِيدُ ٱلۡإِنسَـٰنُ لِيَفۡجُرَ أَمَامَهُ ۥ (٥) يَسۡـَٔلُ أَيَّانَ يَوۡمُ ٱلۡقِيَـٰمَةِ (٦) فَإِذَا بَرِقَ ٱلۡبَصَرُ (٧) وَخَسَفَ ٱلۡقَمَرُ (٨) وَجُمِعَ ٱلشَّمۡسُ وَٱلۡقَمَرُ (٩) يَقُولُ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذٍ أَيۡنَ ٱلۡمَفَرُّ (١٠) كَلَّا لَا وَزَرَ (١١) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمُسۡتَقَرُّ (١٢) يُنَبَّؤُاْ ٱلۡإِنسَـٰنُ يَوۡمَٮِٕذِۭ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ (١٣) بَلِ ٱلۡإِنسَـٰنُ عَلَىٰ نَفۡسِهِۦ بَصِيرَةٌ۬ (١٤) وَلَوۡ أَلۡقَىٰ مَعَاذِيرَهُ ۥ (١٥) لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦۤ (١٦) إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ (١٧) فَإِذَا قَرَأۡنَـٰهُ فَٱتَّبِعۡ قُرۡءَانَهُ ۥ (١٨) ثُمَّ إِنَّ عَلَيۡنَا بَيَانَهُ ۥ (١٩) كَلَّا بَلۡ تُحِبُّونَ ٱلۡعَاجِلَةَ (٢٠) وَتَذَرُونَ ٱلۡأَخِرَةَ (٢١) وُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذٍ۬ نَّاضِرَةٌ (٢٢) إِلَىٰ رَبِّہَا نَاظِرَةٌ۬ (٢٣) وَوُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَاسِرَةٌ۬ (٢٤) تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِہَا فَاقِرَةٌ۬ (٢٥) كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ (٢٦) وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ۬ (٢٧) وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ (٢٨) وَٱلۡتَفَّتِ ٱلسَّاقُ بِٱلسَّاقِ (٢٩) إِلَىٰ رَبِّكَ يَوۡمَٮِٕذٍ ٱلۡمَسَاقُ (٣٠) فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ (٣١) وَلَـٰكِن كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ (٣٢) ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰٓ أَهۡلِهِۦ يَتَمَطَّىٰٓ (٣٣) أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰ (٣٤) ثُمَّ أَوۡلَىٰ لَكَ فَأَوۡلَىٰٓ (٣٥) أَيَحۡسَبُ ٱلۡإِنسَـٰنُ أَن يُتۡرَكَ سُدًى (٣٦) أَلَمۡ يَكُ نُطۡفَةً۬ مِّن مَّنِىٍّ۬ يُمۡنَىٰ (٣٧) ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً۬ فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ (٣٨) فَجَعَلَ مِنۡهُ ٱلزَّوۡجَيۡنِ ٱلذَّكَرَ وَٱلۡأُنثَىٰٓ (٣٩) أَلَيۡسَ ذَٲلِكَ بِقَـٰدِرٍ عَلَىٰٓ أَن يُحۡـِۧىَ ٱلۡمَوۡتَىٰ (٤٠)بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Surah Al-Qiyama
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Aku bersumpah dengan hari kiamat; (1) Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (2) Patutkah
manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat
mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)? (3) Bukan
sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan
sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang
lain). (4) (Kebenaran
itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa
suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang
hayatnya, sehingga dia tidak mengakui adanya hari kiamat). (5) Dia bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari kiamat itu? (6) Maka (jawabnya: Hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), (7) Dan bulan hilang cahayanya, (8) Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (9) (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): Ke manakah hendak melarikan diri? (10) Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (11) Pada hari itu, kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. (12) Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang dia telah lakukan dan apa yang dia telah tinggalkan. (13) Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (14) Walaupun dia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (15) Janganlah
engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang
diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai
dibacakan kepadamu). (16) Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (17) Oleh
itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan
perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (18) Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan). (19) Sedarlah
wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan
kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia)
yang cepat habisnya. (20) Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya). (21) Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; (22) Melihat kepada Tuhannya. (23) Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh, (24) Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan. (25) Sedarlah
(janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal
orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
(26) Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)? (27) Dan dia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (28) Serta kedahsyatan mati pun bertindih-tindih. (29) (Maka) kepada Tuhanmulah pada waktu itu engkau dibawa (untuk menerima balasan). (30) (Oleh
sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka dia
tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan dia tidak
mengerjakan sembahyang (yang difardukan mengerjakannya)! (31) Akan tetapi dia mendustakan dan berpaling ingkar! (32) Kemudian dia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah. (33) (Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat! (34) Kemudian api Nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak. (35) Patutkah
manusia menyangka, bahawa dia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak
diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)? (36) Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? (37) Kemudian
air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan
menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? (38) Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis lelaki dan perempuan. (39) Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)! / (40)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan