Jumaat, 21 Disember 2012

JANGAN KITA CAKAP PERKARA YANG KITA TAK TAHU...DAN BUKAN BIDANG KITA...JANGAN TERSIALAP CAKAP...ATAU ALLAH NAK BERITAHU ILMU KITA TAK SEBERAPA

Piltdown Man: Pembohongan Evolusi Manusia
Posted on Thursday, December 20 @ 14:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: kamal_hasan

"Pada tahun 1912, Charles Dawson, seorang doktor terkenal yang juga merupakan ahli paleontologi amatur, mendakwa telah menemui satu tulang rahang dan serpihan tengkorak dalam sebuah lubang batu berhampiran desa Piltdown di England. Walaupun tulang rahang menyerupai beruk, tetapi gigi dan tengkoraknya menyerupai manusia.

Spesimen ini diberi nama Manusia Piltdown (Piltdown Man), dianggarkan berumur 500,000 tahun, dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi yang paling kukuh. Selama kira-kira 40 tahun, ia menjadi subjek kepada banyak kertas kerja saintifik, analisis dan pembinaan semula. Kira-kira 500 ahli akademik dari pelbagai universiti di seluruh dunia menyediakan tesis kedoktoran berdasarkan subjek Piltdown Man ini. 1br />
Dalam satu lawatan ke Muzium British pada tahun 1935, seorang ahli paleontologi tersohor Amerika bernama H.F. Osborn mengisytiharkan bahawa manusia Piltdown adalah "satu penemuan yang amat luar biasa tentang pra-sejarah manusia, dan menambah "Kita perlu selalu diingatkan bahawa alam penuh dengan paradoks... " 2

Pada tahun 1949, Kenneth Oakley dari Jabatan Paleontologi Muzium British memohon kebenaran untuk melaksanakan teknik pentarikhan baru menggunakan ujian fluorida pada beberapa fosil lama. Ujian ke atas Manusia Piltdown telah mendedahkan bahawa tulang rahangnya tidak mengandungi fluorida. Ini menunjukkan bahawa ia berada di bawah tanah tidak lebih daripada beberapa tahun. Bahagian tengkorak juga mengandungi tahap fluorida yang rendah, menjadikannya berusia sekadar beberapa ribu tahun sahaja.

Kronologi siasatan selanjutnya yang dilakukan berdasarkan kaedah fluorida mengesahkan bahawa tengkorak berkenaan hanya berusia beberapa ribu tahun. Turut dibongkar ialah giginya telah digosok, serta artifak kuno yang ditemui bersama fosil tersebut hanyalah bikinan semula yang dibuat dengan perkakasan keluli moden. 3

Piltdown Man yang mula ditemukan oleh Charles Dawson pada tahun 1912 diterima sebagai satu penemuan ‘rantaian hilang’ yang hebat oleh golongan evolusionis. Mereka telah menipu dunia selama lebih kurang 40 tahun sebelum pembohongan ini dibongkar sepenuhnya oleh Joseph Weiner pada tahun 1953.

Dengan analisis terperinci yang dilakukan oleh Weiner, penipuan ini terbongkar sepenuhnya pada tahun 1953. Tengkorak itu berusia 500 tahun dan milik manusia, manakala tulang rahangnya adalah kepunyaan orang utan yang baru mati! Gigi tersebut sebenarnya telah ditambah dan sambungannya digosok untuk memberi gambaran yang ianya gigi manusia. Kemudian, semua bahagian telah dilumuri kalium dikromat untuk menjadikannya kelihatan usang. Apabila tulang tersebut diletakkan di dalam asid, lumuran itu pun hilang.

Le Gros Clark, seorang daripada pasukan yang membongkar penipuan tersebut, tidak mampu menyembunyikan rasa hairannya: "bukti lelasan tiruan segera muncul di depan mata. Hakikatnya, ia terlalu ketara sehinggakan dapat dipersoalkan – kenapa mereka gagal mengesannya sebelum ini?"4

Piltdown Man yang telah dipamerkan selama lebih kurang 40 tahun sebelum ini kemudian pantas dikeluarkan dari Muzium British.

1 Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids: Eerdmans, 1980, hal. 59.

2 Stephen Jay Gould, "Piltdown Revisited," Natural History, March 1979, hal. 98.

3 Kenneth Oakley, William Le Gros Clark & J. S, "Piltdown," Meydan Larousse, Vol. 10, hal. 133.

4 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly," New Scientist, hal. 444.

http://silverheritage.blogspot.com/ "


 PMR, jangan sisihkan mereka yang kurang cemerlang.
Posted on Thursday, December 20 @ 12:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: rozmal

"Alhamdulillah keputusan PMR semalam. Alhamdulillah anak saya mendapat 4A, 2B dan 3C. Saya dan isteri berbincang dengan anak ke mana hala tuju selepas ini. Terlalu banyak pilihan sebenarnya mereka yang tidak memperolehi 9A, 8A, 7A atau yang tiada A langsung.

Malangnya media hanya menggembar gemburkan mereka yang cemerlang, seolah-olah mereka yang tiada A ni tiada harapan, sedangkan rezeki itu Allah yang beri.

Kolej Vokasional adalah pilihan yang terbaik golongan kurang mendapat A dalam PMR.

Mereka ini perlu dibimbing oleh ibu bapa, guru serta guru kaunseling apa pilihan kursus yang terbaik.

Anak-anak ini tidak tahu apakah kursus yang relevan untuk mereka, kerana mereka kurang arif akan peluang kerjaya masa kini dan masa depan.

Tak silap saya tarikh tutup permohonan ke Kolej Vokasional serta Sekolah Teknik ialah pada 30 Disember 2012.

Harapkan kepada pelajar lepasan PMR yang kurang cemerlang ini bincang dengan ibu bapa dan guru serta guru kaunseling untuk memilih hala tuju pelajaran selepas ini.

Pihak media, tolonglah, berilah semangat dan motivasi kepada pelajar yang kurang cemerlang ini.

Jangan hanya tumpukan lensa pada mereka yang mendapat 9A dan 8A.

Terapkan keyakinan kepada anak-anak, semua rezeki itu datang dari Allah dengan syarat kita berusaha bersungguh-sungguh dan kemudian bertawakal."


 Terbaru : Pelakun Mustafa Kamal Mendekati Pakatan Rakyat..
Posted on Thursday, December 20 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: abuluqman

"

Dulu Umno... Sekarang Bersama PAS!!!


Seorang pelakon terkenal tanah air dilaporkan telah muncul dalam Program Anak-anak Kelantan di Taman Dagang (Pandan) Santai bersama Rafizi.


Program yang diadakan pada jam 9 malam, 18 Disember 2012 di Restoran Number One, Taman Dagang itu telah dihadiri oleh pelakon terkenal tanahair Mustapha Kamal.

Menariknya Mustapha yang juga anak Kelantan itu telah menggunakan peluang yang ada itu untuk menyampaikan sepatah dua kata kepada anak-anak Kelantan yang bermastautin di Pandan.


Mustafa Kamal atau nama penuhnya Mustapha Kamal Mohd Daud merupakan seorang pelakon Malaysia dan dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan pada 1962.

Mustafa Kamal banyak berlakon dalam drama televisen dan turut berlakon dalam beberapa filem antaranya Dendang Remaja, Adik, Mira Edora, Syukur 21 dan KAMI The Movie.

Nukilan ABu Luqman"



Gathering Kali Ke-2 Tko Utara 22 - 23 Disember 2012
Posted on Thursday, December 20 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: memo

"

Lokasi: Hutan Lipur Ulu Kenas Kuala Kangsar Perak
Koordinat Lokasi : 4.689993, 100.894575
Tarikh: 22 -23 Disember 2012 (Sabtu - Ahad)

Semua dijemput sama menyertainya

TENTATIF PROGRAM

22/12/12 (Sabtu)


11:00 pagi - ketibaan peserta dari jauh dan dekat

3:00 petang - gotong-royong persiapan tempat, kinopi dan sebagainya. muslimah sediakan jamuan petang dan persiapan bbq.

4:30 petang - solat Asar dan minum petang

5:00 petang - xtvt tangkap ikan, mandi-manda, persiapan bbq.

7:00 malam - solat maghrib, kuliah (jika ada).
7:30 malam - mula bbq
8:30 malam - makan & sambil taaruf, ucapan alu-aluan....
selepas 10:00 malam - xtvt sendiri.

23/12/12 (Ahad)

5:45 pagi - Solat Subuh
6:15 pagi - Sediakan sarapan, pergi pasor
7:00 pagi - Senaman pagi dipimpin oleh amuk.....
8:00 pagi - Sarapan
9:00 pagi - Gotong-royong sedia makan tengahari
12:00 tengahari - makan nasi
1:00 petang - Solat
2:00 petang - habih.....

Yuran Gathering Ulu Kenas

RM25 untuk perseorangan
RM50 untuk berkeluarga

Yuran sila bayar melalui akaun di bawah

BANK : CIMB
NOMBOR AKAUN : 1225-0071384-52-0
NAMA : ZANURIN

MAKLUMAT LANJUT:-
SILA KLIK DISINI"


 Dr. Danial, betulkah begitu
Posted on Thursday, December 20 @ 11:35:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: anaabdullah

"Penulis terkejut apa mendengar perkataan yang berbunyi: ”ayat ini tidak difahami dizaman Rasulullah SAW”.

Perkataan ini keluar dari mulut DR Danial Zainal Abidin dalam rancangan Al Quran menjawap persoalan TV 9 pada pagi Selasa 18 .12. 2012.

Ayat tersebut, ialah ayat 88 surah An Naml yang bermaksud: “ Dan engkau melihat gunug ganang, engkau menyangkanya tetap beku, pada hal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awam; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap tiap sesuatu dengan serapi rapi dan sebaik baiknya; sesungguhnya ia amat mendalam pengetahuaannya akan apa yang kamu lakukan”.

Penulis tidak tahu apakah yang mendorong Dr Danial Zainal Abidin berkata ayat ini tidak difahami dizaman Rasulullah SAW.Atau penulis salah dengar. Akan tetapi, demikian yang penulis dengar dengan telinga ini.

Barangkali atas sebab Rasulullah SAW bukan seorang sainstis yang sainstifik berbanding manusia selepas zaman Rasulullah SAW disebut sebagai pakar itu dan pakar ini, termasuk pakar dalam bidang kajibumi yang ada kaitan dengan gunung ganang.

Betulkah begitu?

Jika betul alangkah malangnya orang zaman Rasulullah SAW, sedangkan zaman Rasulullah SAW adalah zaman yang sangat sangat dan amat memahami ayat ayat Allah miskipun Rasulullah SAW dan Sahabat saahabat bukan sainstis yang sainstifik.

Mengapa saya kata begitu? Kerana mustahil Rasulullah SAW tidak fahami apa yang telah diwahyukan kepadanya. Dan mustahil Rasulullah SAW tidak memberitahu appa apa yang diberitahu oleh Allah melalui Jibril secara langsung. Malah Rasulullah SAW diberitahu secara detil satu persatu.

Kalau tidak macam mana Islam boleh tersebar seluruh pelusuk dunia bermula dari zaman Rasulullah SAW sehingga ke hari ini.

Hendak kata penulis salah dengar akan perkataan tersebut, tak munsabah, kerana program TV 9 yang di hotkan oleh Dr Danial Zainal Abidin sangat sangat diminati penulis. Lebih lebih lagi Program yang dihotkan beliau begitu baik dan bermakna kepada umat islam di Negara ini.

Mana mungkin ayat ayat Allah tidak difahami dizaman Rasulullah SAW. Jika manusia zaman nabi tidak memahami ayat Allah mana mungkin mereka dilabelkan sebagai umat Islam tulen yang amat ber kualiti, tidak sepertimana umat islam zaman sekarang yang dilebalkan sebagai umat Islam jahiliah moden berkuantiti tapi tiada kualiti.

Ini menunjukkan manusia zaman Rasulullah SAW amat memahami ayat ayat Allah termasuk ayat 88 surah An Naml yang berkaitan dengan gunug ganang yang dinyatakan” hidup” dan bergerak macam bergeraknya Awam.

Yang peliknya Dr Danial Zainal Abidin boleh tahu dan percaya akan usia bumi, sedangkan tidak dinyatakan di dalam Al Quran dan hadis. Bermakna beliau lebih percaya dengan kajian yang dibuat oleh manusia kafir berbanding dengan Rasulullah SAW yang menerima wahyu Allah yang tiada sebarang keraguan apa apa yang terkandung di Al Quran itu."


 Presiden PAS diserang kerana nama dicadang sebagai PM
Posted on Friday, December 21 @ 02:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Sumber Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Serangan terhadap Presiden PAS berhubung 'Amanat Haji Hadi' dipercayai dibuat semata-mata kerana ada ura-ura nama Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri (PM).

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, memang menjadi tradisi bahawa sesiapa sahaja selain Umno yang disebut-sebut menjadi calon perdana menteri akan diserang habis-habisan.

“Sudah tentu, rakyat masih ingat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai PM.

"Kini Tuan Guru Haji Hadi pula diserang, sedangkan namanya hanya disebut oleh perwakilan di dalam Muktamar PAS bagi menolak tohmahan Umno bahawa kalau Pakatan Rakyat menang, DAP akan jadi PM,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, doktrin Umno di kalangan pengundi Melayu di kampung-kampung bahawa DAP akan menjadi Perdana Menteri gagal apabila timbul isu Presiden PAS disebut sebagai calon PM.

“Hasilnya, kini muncung senapang Umno mula dihalakan kepada Presiden PAS pula.

"Kita yakin selepas ini pelbagai tohmahan, tuduhan, fitnah akan dibuat ke atas beliau, kerana di Malaysia sesiapa yang dicadangkan sebagai PM, akan menjadi sasaran serangan media BN,” kata beliau lagi.

Tuan Ibrahim juga mengimbau kembali sejarah pertubuhan al-Arqam yang diserang habis-habisan setelah mengeluarkan sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

“Sedangkan asal bantahan hanya kepada amalan Aurad Muhammadiah sahaja. Begitulah nasib sesiapa yang disenarai sebagai Perdana Menteri.

"Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak, tetapi antara sebab hebatnya serangan adalah kerana disebut untuk menjadi PM,” kata beliau.

Justeru katanya, rakyat mempunyai satu peluang yang cerah untuk menghentikan mitos bahawa jawatan perdana menteri ini hak eksklusif Umno sahaja dengan menyokong Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan yang baru.

Sumber: Harakahdaily


  Jika Malaysia ada Piramid Kuno kenapa dirahsiakan?
Posted on Wednesday, September 26 @ 23:56:14 MYT
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

Oleh: amkns

"



Jika benar ada Piramid Kuno di tengah-tengah hutan belantara Malaysia, kenapa ianya perlu dirahsiakan dan dikawal rapi pasukan keselamatan? Kenapa ianya tidak dijadikan bahan kajian serta sebahagian dari produk pelancongan yang boleh memberi manafaat kepada bidang pendidikan dan menambahkan sumber pendapatan negara?


 Pyramids: Descendents of the Tower of Babel? 
Ancient pyramids are found in Egypt and Mexico. They are also found in Peru, Nubia, Malaysia, Iraq and China.
A pyramid in the Malaysian jungle and a pyramid in Central America are virtually identical. Sumber : http://achievebalance.com/genesis/pyramids.htm
PENDEDAHAN EKSKLUSIF : PIRAMID MELAYU
September 25, 2012
Sebelum ini maaf, tidak banyak yang saya boleh dedahkan pasal pyramid itu yang mana lokasinya terletak di sebuah hutan yang masih dara dalam Semenanjung Malaysia. Pyramid kita tidak sama dengan pyramid yang wujud di Mesir, yang mana setelah ribuan tahun masih kekal dengan bentuknya. Pyramid Melayu ini sebenarnya amat besar binaannya dan lebih besar dari yang berada di Mesir atau diseluruh dunia. Kawasan pyramid dan sekitarnya dikategorikan sebagai kawasan yang paling merbahaya dan ia dijaga oleh unit-unit khas dari angkatan tentera kita. Ada tentera yang pernah masuk dan bila keluar mendapat penyakit misteri tetapi akan pulih seperti sedia kala dalam jangka masa beberapa minggu. Pada masa sekarang, perimeter kawasan pyramid itu dijaga oleh unit-unit komando kita. 
The Mayan pyramids and the Egyptian pyramids have no discernible connection that I know of. The Mayans appear to have migrated to Central America from Malaysia. There are many similar looking ancient temples and pyramids in Malaysia that resemble the Mayan ones. The Egyptians may have built pyramids based on travels to the orient, perhaps to Indonesia and Malaysia. That could be a connection, but no one has tried that theory. 


 Patutlah Menteri Umno BN Hidup Senang Lenang...
Posted on Tuesday, September 18 @ 00:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh teori

Sumber Addin


Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri...
1. Gaji Pokok RM18,000

2. Elaun Keraian RM10,500.00

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 -

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

Lain-lain kemudahan

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia (sebenarnya duit rakyat)

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit, satu driver, minyak percuma. Kalau pakai pemandu kementerian, dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan. ~malique
 
 

 Mahakaya: Anak MP bercuti di London bersama kekasih
Posted on Thursday, November 08 @ 07:05:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: tenggara

"Ada khabar berita yang kurang senang didengar kebelakangan ini. dikala negara menangung hutang yang amat serius dan juga masalah kemiskinan rakyat masih menebal, golongan mahakaya ternyata punyai cara hidup yang berbeda
Aizat Fikri anak kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus khabarnya telah membawa seorang gadis yang acap kali dinafikan perhubungan mereka ke Kota London baru baru ini.
Memang benar, you might say that is your money and its up to you on how to spend it, tetapi pada hakikatnya kamu adalah seorang pemimpin ataupun public figure, di kampung-kampung berkempen tentang 'kita faham masalah rakyat,kita akan bela dan bantu rakyat miskin terutamanya MELAYU MISKIN. Dikala MELAYU MISKIN, kamu boros berbelanja untuk diri kamu malahan untuk teman wanita kamu.
Ini adalah satu budaya yang telah dipupuk oleh orang-orang Umno, lihat saja apa yang dibelanjakan oleh seorang menteri dari Umno kepada kekasihnya yang juga seorang artis, dikala negara mungkin berhadapan dengan pilihanraya pada bila-bila masa, masih sempat lagi untuk bercuti dan bercanda ria di luar negara.
Renungkan, jika pemimpin seperti ini yang kita masih agungkan dan pilih sememangnya negara malaysia ini akan bankrup kerana keborosan golongan mahaya umno seperti Aizat Fikri





Tiada ulasan: